Conference Proceedings on
IN
CAMBODIA,
LAO
PD~&
VIETNAM
24-26 June 2010
Holiday Villa Hotel, Phnom Penh, Cambodia
Editors
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Wan Salleh Wan Ibrahim
Programme*
·,_,,.,23 June
~o·fti
(Wednesday)
15.00- 17.00 Registration (Secretariat Room, Holiday Villa Hotel)
24 June 2010 (Thursday)
07.30 Registration
08.00 Du'a
08.10 Welcoming Address by Tan Sri Dato' Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein, President of GAP ENA
08.20 Address and Official Opening by Dato' Prof. Ir. Dr Sabol Hamid Abu Bakar Vice Chancellor, Universiti Teknologi MARA, Malaysia
08.30 Keynote Address by H.E. Dr. Khlot Thyda, President of the Royal Academy of Cambodia
09.00 Morning Tea
09.30
I
Chairperson: H.E. Dr.
Chan SornnobleProf. Data' Dr. Nik Hassan Shuhaimi NikAbdul Rahman,
"Pengajian Melayu Kemboja, Lao PDR dan Vietnam: Mat/amat & Cabaran"
Malay Studies in Cambodia, Lao PDR and Vietnam: Goals & Challenges 09.~0 Prof. Datuk Dr. Zainal Kling, "Hubungan Melayu Champa: Perbandingan
Inderaputra"
Champa Malay Relations: An Inderaputra Comparison
10. ~.0 Assoc. P~of. Df. Wan Salleh Wan Ibrahim,
Pre-Angkor Malay Port Polities in Cambodia, Lao PDR and Vietnam l 0.30 Assoc. Prof. Dr. Mohamad Zain Musa,
The Malay-Cham Lexicogfaphy: A N~w Challenge l 0.50 Question & Answer
PARALLEL SESSIONS
xiiPenemuan Seramik Khmer di Sepanjang Sg. Johor: Satu Penilaian Semula Tentang Evolusi dan Fungsi
Khmer Ceramics Findings along Sg. Johor: A Reassessment About Evolution and Function.
Assoc. Prof Dr. Asyaari Muhamad Penemuan Tembikar Vietnam di Lembah Bujang Kedah
Vietnam Pottery discovery in the Lembah Bujang Valley
Farhana Abdullah
Indo-Pacific Beadsmaker in Southeast Asta: Focusing on the Sungai Mas and OC-EO Glass Beads
Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Antique Tie Dye Textiles of Cambodia: a Northeast Malay Peninsula link to Insular Southeast Asia
Gillian Sandra Green
Question & Answer
Question & Answer
15.20- 16.40 Chairperson: From GAPENA
Pendidikan Masyarakat Cam di Kemboja: Warisan dan Sumbangan Masyarakat Melayu Malaysia
Education of Malay Cham in Cambodia: Heritage Contribution ofMalays of Malaysia
Farid Mat Zain, Assoc. Prof Dr. Mohamad Zain Musa & Fatimah Abdullah
Politics, Policy & The Society: A Brief
Look At The Chams In The Malay World
Prof Madya Dr. Nasrudin Mohammed
bittle Champa In Malaysia: The Personal Tale ofHj Mohd Salleh Bin Mohd Nor
Prof Dr. Che Husna, Prof Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff & Assoc. Prof Dr. Mohamad ZainMusa
Chairperson: From UiTM r
Jaringan Dakwah Malaysia- Kemboja, Lao PDR & Vietnam
Malay Da'wah Networking in Cambodia, Lao PDR and Vietnam
Assoc. Prof Dr. Abdul Ghafar Don
Perkembangan Gerakan Dakwah di Kemboja: Peranan Ulama dan Golongan Profesional
Development ofDa'wah Movement in Cambodia: The Role of Scholars and Professionals
Assoc. Prof Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Assoc. Prof Dr. Abdul Ghafar. Don dan Assoc. Prof Dr. Badlihisham Mohd Nasir Kelestarian Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dan Kitab Kuning dalam Masyarakat Cam di Kemboja
Sustaining Malay, Jawi script and the Kitab Kuning in the Cham Community in Cambodia
Prof Madya Dr. Pisol Maidin
Notes on Islamic Champa in The Works of Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani
Zaidi Bin Hassan
Question & Answer
Chairperson: From RAC
In Search of the Origins of the Malay Architectural Heritage
Assoc. Prof Ar. Norwina Mohd Nawawi
& Dr. Noor Hanita Abdul Majid
Vernacular Landscape in Kota Bharu, Kelantan, Malaysia: Impact of Multiple Built Environment Characteristics
Nik Mastura Nik Mohammad
Citra Kamboja- Champa di Indonesia
Cambodian - Cham History in Indonesia
Viddy AD Daery
25 June 2010 (Friday)
08.00-09.30 Chairperson: From UKM .. ·~,
Navigating The Rift: Muslims and Buddhists Intermarriage in Cambodia
YsaOsman
An Insight into the Tonie Sap and Mekong Delta's Role in Kampuchea's Civilization
Assoc. Prof Dr. Nik Ismail Azlan AbdRahman
Mekong River Basin and Climate Change: Threats to Cambodia?
Haliza Abdul Rahman
Unsur Kemboja, Laos dan Vietnam dalam Kesusasteraan Melayu
Cambodian, Lao and Vietnamese Elements in Malay Literature
Dr. Kamariah Kamarudin & Assoc. Prof Dr. Lim Swee Tin
Question & Answer
10.00- 11.30 Chairperson: From UiTM'
Virtual Alternatives To Re-Living The Malay
Heritage In Cambodia, Lao PDR & Vietnam
Rashidah A b. Rahman
Community Based Tourism: An Experience of Homestay Programme in Malaysia Applicable to Malay Cambodia, Lao PDR
& Vietnam Community
Dr. Nora in Othman, Rozian Mohd Taha & Noralisa Ismail
XIV
Chairperson: From UKM
Warisan Pakaian Melayu Cam di Kemboja dan Vietnam
Heritage of Cham Dresses in Cambodia and Vietnam
Assoc. Prof Dr. Wan Salleh Wan Ibrahim, Ass:Jc. Prof Dr. Mohamad Zain Musa & Noor Farhani Othman
Masjid Kampung Laut-Warisan Kemboja di Malaysia
Kampung Laut Mosque: Cambodian Heritage in Malaysia
Dr. Membunga @ Siti Meriam Yaacob, Dr. Fatimah Hassan, Dr. Sakinah Abu Bakar dan Dr. Azmah Abd Manaf
Kepimpinan Dalam Kepulauan Melayu! Kemboja, Lao PDR & Vietnam- Satu Penilaian
Leadership in Malay Archipelago/ Cambodia,
Lao PDR & Vietnam -An Evaluation
Datuk Prof Dr. Hjh. Ramlah Adam & Prof Madya Dr. Nasrudin Mohammed Pelancongan Diraja dalam Kontek Pelancongan Budaya Kemboja
Royal Tourism in the Context of Cambodian Cultural Tourism
Dr. Fatimah Hassan
Question & Answer
Chairperson: From UKM
Pembandaran Sebagai lnisiatif Pengupayaan Sosioekonomi Bumiputra /Melayu: Apa yang dipelajari dari Malaysia dan Cambodia
Urbanisation as Socioeconomic Empowerment Initiative of Bumiputra/ Malay: What can we Learnt from Malaysia
& Cambodia
Noraziah Ali & Hasnah Ali
Overview on the Characteristics of the Malay and the Khmer Traditional Houses
Valuing_Cultural Heritage of Cambodia,
Lao PpR & Vietnam: Lesson Learned
,_
,·:~~ttb~~~-K~1~:fbir1pur
., .. ;Ni'i<Farha~~h HJ. Nik Azhari &
Zalina Hj. Samadi
The Malay Ikat Textile
Dr. Norwani Md.Nawawi
Question & Answer
14.00- 15.30 Chairperson: From RAC
Peribahasa Melayu-Cam Berkaitan dengan Perkahwinan dan Kekeluargaan: Satu Penelitian
Malay-Cham Peribahasa in Connection with Marriage and Family: An Evaluation
Fatimah Abdullah, Mohamad Zain Musa &
Farid Mat Zain
Psikologi Kematian: Huraian Peribahasa Melayu dan Masyarakat Cam
Funerary Psychology Through Malay and Cambodian Peribahasa Analysis
Assoc. Prof Asmah Bee Md Noor
Arah Tuju Perlindungan Pengetahuan Tradisi Warisan Melayu & Sumber Genetik untuk Kepentingan Generasi Melayu Serantau pada Masa Hadapan
The Protection of Traditional Knowledge and Genetic Resources of Malay Heritage for the Benefit of Future Malay Generation in this Region: A Way Forward
Assoc. Prof Rohazar Wati Zuallcobley
Question & Answer
Heritage Elements in The Interior and
Architectural Spaces in Hotels and Resorts:
Comparison Between Cambodia and Malaysia
Assoc. Prof Dr. Mariam Jamaludin, Siti Rohamini Yusoff & Prof Dr. Mohd Sabrizaa Abdul Rashid
Comparison of Malay Food Culture between Malaysia and Cambodia
Assoc. Prof Dr. Hamdin and Dr Norain Othman
Question & Answer
Chairperson: From UKM
Penggunaan Herba Dokumentasi Burkil/ 1930 dalam Merawat Penyakit Bayi dan Kanak-Kanak di Malaysia: Perspektif Antropologi Perubatan
Usage of 1930 Burkill Herbal Documentation
in Treatment ofYoung Babies & Children of
Malaysia: A Medical Antropological Perspective
Hajjah Wan Aminah Haji Hasbullah & Noor Eshah Tom Ab Wahab
Penggunaan Landak Sebagai Bahan
Perubatan Traditional : Perbandingan Antara Masyarakat Melayu Lama dan Masyarakat Kemboja serta Vietnam Pada Masa Kini
Usage of Porcupine as Traditional Medicinal Material: A Comparison Between Old Malay and Cambodian, Vietnam's Present Practice
Norsuhana A.H & Shukor Md. Nor
Hubungan Malaysia- Kemboja da/am Konteks Perpaduan & Kesatuan Melayu Serumpun Prof Datuk Dr. Abdul Latif.f'Abu Bakar
Question & Answer
15.30- 16.00 Feedback Discussion on Working Papers/ Research Initiatives (Mekong I)
16.00- 16.30 Closing Ceremony (ME:kong I)
By Y.Bhg. Dato' Ghazali Mohd Yusoff, CEO, Nusantara Technologies Sdn Bhd Followed by Coffee Break
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN
MALAYSIA
D~
MASYARAKAT CHAMPA
Membunga @ Siti Meriam Yaacob Fatimah Hassan
Sakinah Abu Bakar Azmah Abd. Manaf
Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia
Abstrak
Meskipun Champa tidak lagi tercatat di peta dunia, namun nama ini telah mencatat sejarah penting khususnya terhadap penyebaran agama Islam di rantau Nusantara. Sungguhpun maklumat mengenainya ,' amat sedikit, namun sejarah mampu membuktikan kewujudan dan jasanya dalam meluaskan syiar : Islam. Masjid Kampung Laut yang berusia lebih 300 ratus tahun melambangkan kegigihan dan semangat orang-orang Champa dalam menyebarluaskan agama Islam. Masjid tertua di Kelantan ini , juga membuktikan ajaran Islam begitu berkesan di jiwa penganutnya; masjid dibina secara
bergotong-royong antara pendatang dan penduduk tempatan secara sukarela dan tulus ikhlas. Memandangkan masjid ini masih utuh walaupun berusia ratusan tahun, keunikan seni binanya dan dihasilkan dari kerjasama antara penduduk tempatan dan pendakwah Champa, maka wajar sekali masjid ini terus dipulihara. Ia merupakan satu warisan khazanah yang tidak temilai untuk generasi akan datang. Bagi menyelamatkan warisan khazanah yang berharga ini, masjid yang dahulunya terletak di Kampung Laut telah dipindahkan ke Nilam Puri dan dipelbagaigunakan oleh pelajar Akademi Islam, Universiti Malaya. '' Kertas kerja ini akan membincangkan sumbangan Champa dalam penyebaran Islam, pembinaan masjid, , reka bentuk yang unik dan sumbangannya terhadap masyarakat setempat. Masjid ini perlu diiktiraf ' sebagai lambang kejayaan intelek, semangat kerjasama, perpaduan, toleransi dan keutuhan jati diri ' masyarakat Malaysia dan Champa. Malah ia boleh dijadikan produk pelancongan untuk merapatkan • kedua-dua negara. Masjid Kampung Laut akan terus terpelihara dan menjadi warisan khazanah yang
tidak temilai jika penyelengaraan yang sempuma terus diusahakan.
Kata kunci: Penyebaran Islam, orang-orang Champa, Masjid kampung Laut dan Keunikan Seni bina
Abstract
Despite Champa was no longer recorded in the world map, it had played a major role specifically on Islamic spread in Malay Archipelago region. Although the information is very limited, history itself has
' proven its existenGe and the contribution into the process of widening Islam religion. Kampung Laut
Mosque which is aged approximately 300 years old, symbolized Champs' perseverance and enthusiasm in order to widespread the knowledge of Islam. It is also the oldest mosque in Kelantan which represents how Islam touches its believer's soul whom had made this mosque together; immigrant and locals by sincerely volunteered. The mosque has an architectural uniqueness on it and still intact although it has already aged hundred of years. Furthermore, it was produced by cooperation between locals and Champs' preachers; therefore this mosque should be continued to be prese~e. It is a priceless
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
heritage treasure for the upcoming generation. One of the actions was by transferring this from Kampung Laut to Nilam Puri for the tm~J,ti-purpose usage of Akademi Islam, Universiti 'v"''"'"'n str.ulents. This paperwork shall be discussing regarding the role of The Champs in widening the of Islam, the construction of the mosque,:ihe uniqueness of its design and the contribution towards locals. This mosque should be recognized as a symbol of intellect success, the spirit of cn~mPIMfi.,...
unity, tolerance and the integrity among Malaysian and Champs. Moreover, it can be a
which able to tight-knitted these two countries. Kampung Laut Mosque will be preserved and will as the heritage treasure, through its on going inspections.
Keywords: Spread of Islam, the Champs, Kampung Laut Mosque and architectural uniqueness
Pengenalan
Warisan bermaksud sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun temurun ataupun pe•mn,gg.aia·n., (Kamus Dewan, 2004: 1801 ). Justeru itu apa jua yang diwarisi dari generasi terdahulu ad;:rnyata ataupun tidak nyata dianggap sebagai warisan. Ia amat penting untuk dipuliharakan denii kepentingan generasi akan datang. Khazanah warisan mempunyai nilainya tersendiri dan mengandungi fakta sejarah yang sangat penting khususnya untuk generasi Melalui warisan, generasi bam dapat mengenal asal usul, budaya, kepercayaan, "'""';au;~an
hidup, perhubungan silam antara negeri, kekayaan intelek, akal budi dan lain-lain. Kampung Laut atau juga dikenali sebagai Masjid Tua Kampung Laut merupakan warisan peninggalan generasi terdahulu yang sangat penting. Masjid ini mempunyai yang tersendiri, khususnya berkaitan dengan perhubungan Kelantan dengan negara khususnya kerajaan Champa. Dalam kertas kerja ini akan dibincangkan latar sejarah ada hubungannya dengan Masjid Kampung Laut yang telah pun diangkat sebagai
kh~zanah. Fakta sejarah, peristiwa benar dan pengalaman masyarakat terdahulu diperjelaskan kepada generasi muda sebagai usaha menyemai semangat cintakan dan seterusnya memuliharanya demi generasi seterusnya. Menerusi langkah ini generasi akan dapat menilai dan menghargai pengorbanan, perjuangan, daya intelek, pemikiran dan ragam hidup masyarakat terdahulu. Seterusnya akan mendorong mereka untuk me:ne1r0Ki lebih jauh, mendalami lebih banyak ilmu, bersikap lebih kreatif dan inovatif, lebih saing dan berwawasan kerana peluang pendidikan yang lebih luas dan teknologi yang canggih.
Kerajaan Champa
Memandangkan kur,angnya maklumat mengenai Champa, maka berbagai versi telah khsusnya mengenai bila bermulanya kerajaan Champa, pengislamannya dan kel~entnl:mg:amlly Menurut Lafont, sejarah Champa yang ditulis dalam bahasa China atau Vietnam sangat bilangannya, manakala epigraf tidak disebutkan tarikhnya dan ditulis dalam bahasa Cam 149). Kerajaan Champa dikatakan wujud dalam abad kedua hingga suku pertama abad dan terletak di kawasan Vietnam Tengah sekarang. Ia merupakan sebuah kerajaan tertua pernah wujud dan disebut dalam teks China pada akhir abad ke-11 Masihi. :fada
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
bad pertama Masihi, Champa adalah sebahagian daripada dunia Melayu. Pada mulanya
i~ berkebudayaan Hindu dan kemudiannya bertukar menjadi sebuah negeri Islam di abad
.Xvl
Masihi. Champa merupakan sebuah kerajaan yang terdiri daripada banyak wilayah dan rakyatnya adalah berbilang etnik. Ini ditegaskan oleh Dhahna (1996: 144), kerajaan Champa •·; ukan "negeri orang Cam" tetapi sebuah negeri polietnik dan bukan-Cam yang berasal dari tanah tinggi juga memainkan peranan penting dalam kerajaan. Abdul Rahman Hj. Abdullah pula berpandapat sejarah Champa bermula dengan nama Lin-Yi, hinggalah pada abadke-21"
u
PJ.mlURAI'IGA u•
---"-<
Sumber: P-B Lafont, 1996
Peta Kerajaan Champa
201 PA\II;>URANGA ~ .... Porik ,... d'IMo-OJ NMDdabmW...Viecua ... "T.,.t~ C> Po Dharma- CIICPI
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
7, apabila nama Champa dijumpai pada prasasti (2006: 23). Pendapat lain pula menaaoo kerajaan Melayu Champa wujud semenjak kurun ketiga dan kemuncak kerajaan ini sekitar abad 9 d~m 10 Masihi. Walaup!h kerajaan Champa dikalahkan oleh Vietnam 1471, namun saki bakinya masih k~~\fll sehingga abad 16. Rekod China melaporkan kerajaan Champa pemah menghantar bantuan tentera kepada kerajaan Melaka dalam menentang Portugis. Dalam hal ini Nguyen The Anh (1996: 118) menyebut bahawa
meluaskan pengaruhnya dan menghapus Champa berrnula pada abad ke-11 dan ... , .. ll,~Hi:li~'lll
Champa secara muktamad di hujung abad 17. Peluasan wilayah Veitnam ini diteruskan k wilayah Kemboja. Namun bagi Coedes (1981: 32) kerajaan Lin-yi merupakan inti
negeri Champa yang masuk sejarah dalam akhir abad ke-2. Naskhah-naskhah China memang. menunjuk saat pendiriannya sekitar 192. Menurut Dharmo (1989: 79), zaman kegemilangan Champa ialah dalam abad ke-10 dan 15. Namun Lafont mempunyai pendirian yang agak lain dalam mempastikan apakah Lin-Yi itu adalah Champa. Bagi beliau jika kita mengetahui dengan jelas bahawa pertalian Lin-Yi dengan Champa- yang diyakinkan oleh sejarah melalui ilmu linguistic dan etnografi, seperti mana yang telah ditunjukkan dengan jelas oleh R.Stein - berlaku antara dekad terakhir pada abad kedua dan penghujung abad keenam, kita juga tidak mengetahui dengan tepat sejak hila kita boleh menganggap persamaan Lin-yi
=
Champa ada1ah sah (Lafont, 1995: 156).Dalam abad kesepuluh sempadan utara Kerajaan Champa terpaksa berpindah sedikit demi sedikit ke selatan disebabkan tekanan daripada Vietnam. Hari ini hanya terdapat beberapa puluh ribu orang yang menduduki kawasan selatan Vietnam Tengah dan hanya terdapat lebih kurang 100,000 orang di Kemboja yang terdiri daripada gabungan orang Cam dengan orang Melayu (Dharma, 1996: 139). Sejarah kerajaan Champa terbahagi kepada 2; iaitu Champa berpengaruh Hindu dan Champa Islam atau juga dikenali Champa peribumi.
Champa berpengaruh Hindu berrnula dalam tahun-tahun terakhir abad kedua hingga tahun 1471. Pada tahun ini ia ditakluki oleh Le Thanh Tong dan memusnahkan ibu kota daJ;J. menghalau rakyat Champa ke kawasan lain. Bagi mengesahkan kemenangan ini Dai-Vjet melenyapkan Vijaya dan merampas bahagian utara Champa yang merupakan nadi bagi Champa beragama Hindu. Namun kerajaan selatan Champa tidak ditakluki; ia kemudiannya ml!mcul dengan agama baru, iaitu Islam (ibid; 147). Champa Islam ini juga tidak bertahan lama kerana ia kemudian dirampas buat selama-lamanya oleh maharaja Minh Menh pada tahun 1832. Dengan penaklukan ini maka kerajaan Champa telah dipadamkan dari peta dunia buat selama-lamanya setelah wujud lebih daripada 16 abad (ibid; 148). Maharaja Minh Menh (Vietnam) bertindak menghapuskan Campa dari peta Indochina, dan mengvietnarnkan orang-orang Champa yang berkebudayaan Melayu dan beragama Islam kepada kerakyatan, kebudayaan dan kepercayaan Vietnam. Memandangkan terdapat pelbagai versi mengenai hila berrnulanya sejarah Champa maka ia boleh dianggap ia berrnula seawal abad pertama dan berakhir pada abad 19 setelah Vietnam menaklukinya pada 1832. Lagipun pendapat-pendapat ini ada yang saling bertindihan. Begitu juga dengan zaman kemucnaknya; ia boleh dianggap antara kurun ke-9 dan sehingga kurun ke-15 sebagimana yang didakwa oleh sesetengah pendapat.
Walaupun kerajaan Champa sudah tidak wujud lagi, namun masyarakatnya masih boleh ditemui di mana sahaja. Mereka Champa boleh dijumpai bukan sahaja di Indochina tetapi sebilangan besarnya ditemui di Amerika utara dan juga Eropah (Eric Crystal, 1995: 138) .
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
111:-ctrartg Champa yang berhijrah ke Semenanjung Malaysia beberapa ratus tahun dahulu ditemui dengan agak ramainya di Kelantan, terutamanya di Pengkalan Chepa dan Gong di Pasir Puteh. Orang Champa di Vietnam kini dianggarkan sekitar 41 ribu yang Islam
'Ull~·,.,-· di bahagian selatan Vietnam. Paling ramai ialah di Provinsi Chau Doc dan Tay dan puluhan ribu yang lain menetap di pedalaman dan dikatakan beragama 'Islam iaitu campuran Islam-Hindu-Buddha. Justeru itu kajian mengenai masyarakat Champa dilakukan; ia mampu mengembalikan rasa bangga dan jati diri masyarakat Champa · negara asal sudah tidak wujud lagi. Maklumat mengenai sejarah kegemilangan kerajaan mampu memberi kekuatan dalaman kepada masyarakat Champa untuk meneruskan
walaupun berada di bumi asing.
di Nusantara
datang ke Nusantara melalui 3 tahap; persinggahan, pertapakan dan peluasan pengaruh. persinggahan berlaku melalui melalui perdagangan; pertapakan ialah melalui bukti ditemui di tapak-tapak yang pemah dihuni dan perluasan pengaruh ialah penaklukan penyebaran Islam itu sendiri.
Islam telah lama bertapak di Malaysia dan kerajaan Melayu Melaka telah memainkan penting dalam menyebarluaskannya. Kerajaan Melaka yang makrnur dan yang strategik telah menjadikannya sebagai entropot. Perdagangan yang memungkinkan Melaka mempunyai pengaruh yang besar terhadap kejiranan. Perkahwinan dan penaklukan turut membantu menyebarkan agama Islam. bertapak kuat di Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459 -1477) dan
mwdia1nn~ra menjadi pusat kerajaan Islam terbesar di Thnggara Asia (Dusuki Haji Ahmad 14). Namun ini tidak bererti Melaka menerima Islam lebih awal daripada negeri-negeri di Semenanjung. Penemuan wang emas pada 1914 M di bekas tapak kota istana Kubang membuktikan negeri Kelantan merupakan negeri yang awal menerima kedatangan Islam. Labu merupakan salah sebuah kota yang terawal sekali yang dibuka di Kelantan; pada tahun 1702. Kota ini dijadikan pusat pemerintahan sehingga 1782 apabila Long memindah pusat pentadbiran ke kawasan barn, di Galoh (Adi Haji Taha, 1987: 89). ini tertulis dengan bahasa Arab dania bertarikh 577 H; yang bersamaan dengan 1181. penemuan wang ini boleh dijadikan bukti, maka jelaslah Islam bertapak lebih awal di
.~1auLa1u berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Di samping itu Kelantan juga
lanJ~gatp mempunyai sejarah yang lebih tua daripada sejarah negeri Melaka jika dirujuk
keterangan arkeologi dan juga sumber-sumber yang bertulis seperti sumber China Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 1987: 2-3).
Walaupun tidak terkenal seperti Melaka, Kelantan memain peranan penting dalam llelltyeJnaJ:_aklk:an islam khususnya dalam abad kesembilan belas. Sesuai dengan peranannya memperkukuhkan ajaran Islam, Kelantan terkenal dengan 'Serambi Mekah'. Hal tidak menjadi keganjilan kerana Kelantan suatu waktu dahulu aktif menjalankan syiar Islam. Selain daripada penduduk tempatan, terdapat juga mereka yang datang dari negeri lain _untuk mendalami Islam. Malah guru-guru yang memberi tunjuk ajar mendapat pendidikan
di Masjidil Haram, Mekah. Di samping itu terdapat juga ulama dari daerah ,ain seperti Haji,
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
Muhd Said daripada Linggi, Negeri Sembilan, Sidi Azahari dari Mekah dan Tok Khurasan Afghanistan mUlai awal abad kedua
pii"'1fth.
Manakala pelajar luar Kelantan dan :sernertani1ungTanah Melayu, ialah mereka dari~,~emboja, Wiluh Selatan Siam, Kepulauan . Vietnam. Suasana ini menyebabkan Kelantan ada disebut-sebut oleh anak-anak negeri ini sebagai 'Serambi Mekah' di dalam konteks pendidikan agama di Asia Tenggara (Nik Abdul Aziz 1983: 3). Hal ini turut diperkatakan oleh Wan Burhadin Wan Omar (1983: 92).
Persoalannya bagaimanakah masyarakat Nusantara menerima Islam. Perdagangan, penaklukan dan perkahwinan merupakan antara faktor yang tidak boleh dipertikaikan dalam urusan ini. Malah kedatangan Islam turut dikaitkan dengan berbagai mitos. Masing-masing ingin memperagungkan keturunan dengan mengaitkan kedatangan Islam dengan peristiwa ajaib, anih dan kejadian yang boleh dipersoal atau diperdebatkan. Dalam hal ini terdapat teori yang mengatakan Islam di Nusantara datang dari China dan juga Champa. Syed Naquib al-Attas pula mendakwa terdapat 120,000 orang Islam di Canton semasa Dinasti Tang. Orang-orang Islam juga dikatakan telah datang ke China di zaman pemerintahan Pang ( 627 -650M). Pemberontakan petani terhadap Dinasti Tang memaksa ramai orang-orang Islam melarikan diri ke Champa, Kedah dan Palembang.
Pendapat lain pula mendakwa Islam datang dari Champa sejak abad ke-8M. Sumber sejarah China, Phan-Rang di Champa telah menerima Islam pada abad 960M. Pendapat-pendapat ini telah diperkukuhkan dengan penemuan batu bersurat di Semenanjung Malaysia dan juga di Champa. Misalnya batu nisan bertarikh 419 H (1028M) di Pekan, Pahang dan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh 702H (1303M). Sementara itu terdapat juga batu nisan di Champa Selatan yang bertarikh 1035 dan 1039M. Ini semua membuktikan bahawa Islam datang ke Nusantara melalui arah timur iaitu China dan Champa (Mohd. Jamil Mukmin, 2004: 35). Daripada beberapa pendapat dan kesimpulan yang telah dibuat itu, maka teori yang mengatakaii Islam datang ke Nusantara dan khususnya Semenanjung Malaysia itu. adalah dari China dan Champa tidak dapat disangkalkan. Cuma ia agak kontra dengan Pt?Ddapat lain yang mendakwa Champa Islam hanyalah bermula setelah 14 71, apabila Champa pengaruh Hindu runtuh.
, Persoalannya ialah apakah benar Champa menerima Islam bermula dengan jatuhnya Champa yang beragama Hindu atau ada tarikh lain? Terdapat beberapa pandangan dalam mempastikan bilakah Champa menerima Islam. Jika dirujuk kepada penemuan dua buah batu nisan yang bertarikh 1025M dan 1035, dan 1039M yang ditemui di Phanrang, maka Islam boleh dikatakan telah betapak di Champa dalam abad ke-11 dan berkembang sehingga tahun 1471M.
Manakala ada pihak lain berpandangan Islam datang ke Champa hanyalah pada abad ke-16M dengan terdapatnya beberapa bukti. Padera Escalona O.EM mendakwa dia telah diserang oleh penduduk yang beragama Islam ketika melalui pantai Champa pada 1640. Paderi yang bernama M.HJ!ingues pula mendapati penduduk Champa telah pun menganut Islam pada tahun 1675 ketika beliau datang untuk mengembangkan agamanya. M.Mahot M.E.P, yang diutuskan ke Champa untuk mengembangkan Kristian telah mendakwa bahawa pada 1685, penduduk di situ telah pun beragama Islam. Sumber Belanda mengesahkan dakwaan mubaligh Perancis tersebut apabila raja Champa menggunakan gelaran Melayu 'Paduka Sri Sultan ketika mengutus surat kepada Gabenor di Batavia (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 2006: 111). Dharma (1996: 149) mendakwa agama Islam wujud di Champa pa~a penghujung
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
.abad 16 dan dibawa masuk melalui pelabuhan Kauthara dan Pandarunga oleh pelaut-pelaut. · alam hal ini Abdul Rahman Hj. Abdullah merumuskan bahawa tarikh yang sah tentang
~:adanya raja Chafupa yang beragama is~m ialah pada tahun 1676-1685 (ibid). Bagi Lafont,
~perdagangan dan persinggahan oran~rang C~ampa di pelabiihan ini telah memperkenalkan
'' roereka kepada masyarakat Islam dan secara tidak langsung memperkenalkan Islam kepada '' roereka (Lafont, 1995; him 214). Manakala Cabaton (1981: 223) berpendapat ada alasan · untuk menduga bahawa Islam masuk ke negeri Champa sekitar abad ke-11 oleh pedagang
Arab dan Parsi yang memperkenalkannya pada zaman yang sama di Indonesia. Bahkan boleh diduga bahawa agama Islam di Champa tidak akan bertahan lama jika orang Melayu tidak datang berdakwah pada abad ke-14. Cabaton membuat dakwaan ini dengan merujuk senario di Kemboja yang mana orang-orang Cam terus bergaul dengan orang Melayu yang mengamalkan Islam dan mereka kekal sebagai Islam. Manakala mereka yang bergaul dengan penganut agama lain, terus hanyut dan hilang identiti Islam. Jika diteliti dan dipadankan pendapat, hujah dan bukti mengenai keislaman Champa, maka ia boleh dirumuskan bahawa Islam bertapak di Champa dalam abad ke-11 dania berkembang sehingga kejatuhan Champa pada 1832. Manakala orang-orang Champa, khususnya pedagang menerima Islam lebih awal
lag~'jika dikaitkan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan yang bersifat antarabangsa dengan orang-orang Islam.
Jika dihubungkan kedatangan Islam ke Champa dengan perkembangan Islam di rantau Nusantara, haruslah Champa boleh dikatakan turut memberi sumbangan, khususnya jika dihubungkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid ini dikatakan telah dibina oleh orang-orang Champa semasa dalam perjalanan ke Tanah Jawa. Tarikh sebenar pembinaannya tidak diketahui, namun dianggarkan telah dibina di akhir abad ke-16 atau awal abad ke-17, iaitu terkemudian sedikit daripada masjid Demak di Jawa dan masjid Kono di Champa (Salleh Mohd. Akib, 2003: 120). Jika pembinaan masjid ini dihubungkan dengan orang-orang Champa, ia ada relevennya kerana zaman kegemilangan Champa berakhir pada abad 19. Lagipun orang-orang Champa merupakan pelayar-pelayar yang berani mep.garungi lautan luas. Menurut Lafont (1995: 211) seorang paderi, Odoric de Pordenone yang suka belayar melihat penduduk Champa membina suatu armada yang besar yang dapat membekalkan peralatan penangkapan ikan di laut dalam. Justeru itu tidak menghairankanjika orang Champa sering berulang alik ke Jawa atau alam Melayu yang lainnya. Persinggahan orang-orang Champa di Kelantan semasa dalam berjalanan ke Thnah Jawa ada kebenarannya kerana Jawa merupakan an tara negeri di seberang laut yang paling awal menjalinkan hubungan dengan Champa. Pada tahun 774, Jawa telah melakukan serangan pertama terhadap Aya Tra (Nhatrang zaman sekarang) kerana tertarik dengan kekayaan Champa. Manakala ada teks yang menyebut seorang pembesar dari Champa mengunjungi Jawa pada akhir abad kesembilan, seorang duta besar dari kerajaan Seriwijaya telah mengunjungi istana Champa pada 992, perkahwinan Raja Che Man dengan seorang puteri Jawa pada abad ke-13 dan perkahwinan saudara perempuan Raja Champa dengan Raja Majapahit pada abad ke-15. Perhubungan
t '
Champa-Kelantan dapat juga dibuktikan dengan penghijrahan Katip Sumat ke Kelantan dan tinggal di sana beberapa waktu untuk mendalami Islam. Manuskrip Champa menyebut bahawa Katip Samat telah bersepakat dengan ahli politik peringkat pertengahan dan mendapat sokongan daripada pembesar-pembesar kerajaan negeri dan kemungkinan besar juga Sultan Kelantan sendiri. Katip Samat dengan askar Kelantan telah ke Champa setel~ mendapati
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
kerajaan itu diserang orang·orang Vietnam pada 1832 (Dharma, 1989: 80). Menurut Eropah, jika MeJ~a menjadi kawasan ~dagangan, Kelantan pada kepercayaan Champa merupakan tempat suci bagi orang-orang Islam dan merupakan negeri Kelantan dikatakan mengalu-alukaff kedatangan orang-orang Champa sama ada lawatan rasmi, berdagang, mendalami Islam dan khususnya ilmu batin. Pendapat ini kebenarannya jika dirujuk kepada perkembangan Islam di Kelantan. Kelantan telah pintu seluas-luasnya untuk sesiapa sahaja datang ke Kelantan, khususnya untuk Islam. Justeru itu Kelantan digelar sebagai 'Serambi Mekah'. Dalam konteks ini, adalah bahawa Champa dan negeri Kelantan memang mempunyai hubungan yang ... 5~ucu~,
Masjid Kampung Laut merupakan bukti yang nyata. Justeru itu Masjid Kampung Laut dikekalkan demi kepentingan generasi, khususnya masyarakat Champa yang mana yang pernah gemilang dahulu sudah tidak wujud lagi di peta dunia. Bukti lain masyarakat Champa di Kelantan ialah dari segi istilah yang ada kaitannya dengan 'champa'. Misalnya, Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Keris Chepa.
Masjid Kampung Laut
Kampung Laut terletak di tepi barat Sungai Kelantan, kira-kira 15 kilometer dari Kota ibu negeri Kelantan. Kampung Laut boleh juga dikunjungi melalui jalan sungai dari Bharu dan ia lebih dekat kerana Kota Bharu juga terletak di tepi Sungai Kelantan . .... ...,.J..., ...
tidak diketahui bilakah Kampung Laut dihuni. Namun ia merupakan antara kampung tertua di Kelantan. Ia dikatakan sezaman dengan Kampung Banggol, Kampung
dan Jeram. Malah ia dikatakan lebih awal daripada pemerintahan Long Yunus yang menta1dt Kelantan antara 1763-1798. Justeru itu tidak menghairankan jika nama kampung ini disebut oleh Munsyi Abdullah dalam bukunya, Kisah Pelayaran Abdullah.
Di Kampung Laut inilah dahulunya terletak masjid yang tertua di Kelantan. yang dikenali sebagai Masjid Kampung Laut ini dikatakan telah dibina oleh perl_geJmblm perigembang agama Islam dari Champa dengan bantuan ulama-ulama dan penduduk tem.patl Tarikh pembinaan yang tepat tidak diketahui dengan jelas, namun dipercayai dibina awallagi dari zaman pemerintahan Long Yunus (Abdul Halim Nasir, 1979: 173). lain yang hampir sama ialah ia dikatakan dibina oleh sekumpulan alim ulama yang dala!p perjalanan dari Champa menuju ke Tanah Jawa. Justeru itu masjid ini dianggarkan dibina di akhir abad ke-16 atau awal abad ke-17, iaitu terkemudian sedikit daripada Demak di Jawa dan masjid Kono di Champa. Kedua-dua pendapat ini tidak jauh kerana pemerintahan Long Yunus adalah allltara 1763-1798.
Masjid ini pada asalnya dibina dalam bentuk yang ringkas sahaja, iaitu seperti bertiang empat batang dan beratap rumbia. Tiang empat itu merupakan tiang seri, ·-···-~·-J daripada nibong. Luasnya dianggar 6x6 meter dan dindingnya daripada kulit kayu Mohd. Akib, 2003: 3). Walaupun pendapat ini merupakan pandangan yang berdasarkan daripada penduduk tempatan, naml!n ia boleh dianggap sebagai berasas kerana dalam abad dan sebelumnya penduduk Kelantan menggunakan bahan-bahan sedemikian untuk ... ...,, ... ~·~·
rumah. Malah ada yang berlantai dan berdindingkan buluh. Rasional seterusnya ialah dirujuk kepada cerita yang disampaikan oleh penduduk tempatan. Dikatakan d:4lam pelayaran
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
Masjid Kampung Laut yang Kini Terletak di Nilam Puri (Foto 2008)
orang-orang Champa ke Thnah Jawa, kapal mereka bocor semasa memasuki perairan Kuala Kelantan. Mereka bemazar jika mereka sempat sampai ke daratan, mereka akan mendirikan masjid di tempat tersebut. Mereka selamat sampai ke Kampung Laut dan dapatlah mereka membaiki kapal. Sebagai yang dinazarkan, masjid telah didirikan dengan pertolongan dan sokongan tempatan (ibid; 12). Dalam keadaan musafir, tentunya orang-orang Champa tidak mempunyai kelengkapan yang ban yak untuk membina masjid. Kehidupan penduduk tempatan di abad itu juga tidak memungkinkan mereka mengadakan masjid yang lebih besar dan menggunakan bahan-bahan yang lebih baik. Justeru masjid yang sangat sederhana binaannya mampu menjadi kemegahan penduduk tempatan kerana ia turut menggunakan tenaga ulama-ulama Champa. Ulama sangat dipandang tinggi oleh masyarakat Kelantan kerana ilmu agamanya, bersifat tawaduk dan dianggap berkat.
Orang-orang Champa juga boleh berbangga kerana mereka diterima baik oleh masyarakat tempatan dan kapal mereka boleh diperbaiki dan seterusnya membolehkan mereka meneruskan pelayaran ke Tanah Jawa. Apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah kewujudan kerjasama antara penduduk tempatan dan orang asing serta penerimaan orang-orang Kelantan terhadap Champa. Situasi ini memperlihatkan sikap penganut Islam yang menerima baik sesama Islam dan tidak adanya prasangka. Dalam hal ini ia juga menggambarkan Islam mampu menyatukan umat manusia meskipun berbeza wama kulit, bangsa dan negara.
Masjid ini kemudiannya dibesarkan setelah jumlah penduduk bertambah. Keluasannya t
telah menjadi 12 x 15 meter dan bangunannya diperbuat daripada kayu cengal yang keras. Masj id ini diperbesarkan lagi di zaman pemerintahan Sultan Ahmad 1 dan seterus diperbesarkan di zaman pemerintahan Sultan Kelantan yang lain sehinggalah ke zaman Sultan Muhammad II yang memerintah antara 1859-1886 (Salleh Mohd. Akib, 2003: 22).
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
",..
Sumber: .bdul Rahman Al-Ahmadi, 1990.
Masjid Kampung Laut
Sumber: Salleh Mohd. Akib, 2003
Masjid Kampung Laut pada 1960
Negeri Kelantan sehingga kini terkenal dengan musim tengkujuh dan banjir. Banjir sama ada kecil atau besar akan memberi kesan kepada tebing sungai. Fenomena alam ini turut m<;tmberi kesan kepada masjid yang tertua di Kelantan ini. Banjir besar yang berlaku pada 1966 telah memberi kesan buruk kepada masjid ini. Keadaan masjid di waktu itu digambarkan seperti berikut oleh Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia;
Manakala berlaku bah besar dalam tahun 1966, air telah naik hingga ke paras atap masjid itu dan manakala air bah itu surut, didapati tebing sungai tempat tapak masjid itu telah roboh dan dihanyutkan. Sebahagian dari kaki limanya telah roboh, begitu juga kolahnya. Bahkan lantai dan tiang-tiangnya, pun telah menjadi senget dan membahayakan. Dengan itu masjid itupun ditutup dan kerajaan negeri telah mendirikan sebuah masjid yang barn menghala ke darat sedikit.
Pada waktu itulah Persatuan ini mengambil keputusan untuk menyelamatkan masjid yang bersejarah ini. Nyatalah sekiranya dibiarkan masjid itu akan roboh dengan sendirinya dan mungkin hanyut dalam bah-bah yang berlaku kemudian kelak. Kebenwan pun diminta
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
Sumber: Salleh Mohd Akib, 2003
Masjid Kampung Laut Selepas Banjir pada 1966
dan diperolehi dari kerajaan negeri untuk meroboh dan memindahkan masjid itu ke sebuah tempat yang baru, iaitu ke sebuah tapak yang tanahnya diberi oleh Kerajaan negeri, tempat
berada sekarang ini (Salleh Mohd. Akib, 2003: 11).
Daripada gambaran yang diberikan adalah wajar sekali masjid ini dipindah dan dibaik pulih. Jika langkah ini tidak diambil, kita akan kehilangan warisan yang amat penting. Generasi muda tidak akan mengetahui bahawa Kelantan suatu waktu dahulu telah pun mempunyai hubungan dengan negara lain, khususnya Champa. Mereka juga tidak akan mengetahui bahawa terdapatnya sikap kerjasama yang padu antara sesama Islam tanpa mengira kaum dan negara semenjak dahulu lagi. Generasi muda juga tidak akan tahu bahawa tingginya pemikiran generasi terdahulu sehingga mampu mengadakan bangunan yang unik, teguh dan indah hanya dengan menggunakan kemudahan yang terhad.
Masjid ·ini telah dipindahkan ke Nilam Puri, yang terletak berhampiran jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai ( kira-kira 14 kilometer ke Kota Bharu) dengan rasminya pada 30 Oktober 1968 dan diuruskan oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Antara persetujuan yang dibuat ialah ia
~, ?~leh diro~bak dan dipindahkan serta dibina semula dalam b~ntuk yang sama. Perpindahan
~~ m1 telah dtmulakan pada 3 November 1968 (Salleh Mohd. Akib, 2003: 24-26).
Kedudukan Masjid Nilam Puri ini amat strategik kerana kini kedudukannya berhampiran dengan Akademi Islam, Universiti Malaya. Masjid ini telah dipelbagai gunakan oleh mahasiswa di samping dijadikan tempat bersolat. Kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan perumahan dan jalan raya turut menjadikan masjid ini sebagai tempat beribadah masyarakat sekitar dan musafir. Sesungguhnya masjid ini mampu berbakti kepada masyarakat Islam meski berusia ratusan tahun, dan akan terus dirahmati mereka yang membinanya meski telah lama meninggalkan alam fana.
Daripada gambar-gambar yang dirakam dalam dekad berbeza in, adalah jelas Masjid Kampung. Laut telah diberi perhatian yang sewajarnya. Tahun demi tahun ia mengalami (. perubahan, diperindahkan dengan dikekalkan beberapa elemen asal. Jika ia dibiarkan dan tidak
l
, diambil peduli oleh pihak berwajib, masjid yang menyimpan momen sejarah ini sudah lama hilang dari pengetahuan dan penglihatan kita semua. Sikap perihatin ini patut dicontohi dan
•
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
dilakukan ke atas monumen yang lain agar generasi terkemudian menghargai dan ----... ... peninggalan generasi terdahulu. Masyarakat Kelantan seharusnya berbangga mempunyai menyimpan Jffiazanah ini. . ~
Masjid ini mempunyai b€?J?,erapa keistimewaan yang boleh dianggap sebagai Pertamanya ia dibina tanpa meri(i'unakan paku. Sebaliknya ia menggunakan potongan Konsep ini terns diguna pakai semasa dipindahkan ke Nilam Puri, namun tidak kes;emuan Paku digunakan di tempat-tempat tertentu. Bangunan kayu yang dibina tanpa paku dianggap sebagai satu kelebihan atau unik bagi masyarakat sekarang, namun munculnya pengetahuan moden dan teknologi yang canggih, konsep tanpa paku adalah bagi masyarakat Kelantan dan masyarakat lainnya. Justeru itu sebuah bangunan mengatmb masa yang Jama untuk disiapkan. Penggunaan pahat, gergaji, tukul, ketam kayu, kapak lain-lain peralatan secara manual menggunakan tenaga yang banyak di samping uu ... ,l\.i:IJ waktu yang agak lama. Bangunan tanpa paku juga dapat bertahan lama kerana ia me:mrmn sokongan yang kuat berbanding dengan paku yang kecil saiznya dan turut mengalami pereputan. Masjid Kampung Laut mampu bertahan lama kerana ia dibina tanpa mengl~un,ak~Lll
paku dan juga dengan menggunakan kayu yang berkualiti. Kayu cengal merupakan kayu berkualiti dan boleh bertahan ratusan tahun.
Keunikan kedua ialah masjid ini turut dilengkapkan dengan ukiran. Ukiran bermotifkan tumbuhan dilekatkan di tiang seri atau juga dipanggil sebagai tetupai dan .. "'· '""'tll
masjid. Turut dilengkapkan dengan ukiran ialah 'pagar musang' yang dibina di serambi masjid. Ukiran atau awan larat ini juga bukan merupakan sesuatu yang unik jika dirujuk . kepada kesenian orang-orang Kelantan. Orang Kelantan sudah lama terkenal dengan seni ukir yang halus. Kesenian ini boleh dirujuk kepada lukisan batik, ukiran di bahagian hadapan perahu nelayan, wayang kulit, wau bulan, bahtera diraja dan Perahu Kenaikan Diraja dan lain-lain lagi. Malah ukiran yang menarik yanag bermotifkan tumbuhan dapat dilihat pada Bahtera Diraja yang berada di sisi Istana Jahar atau juga dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat. Manakala ukiran yang unik boleh dilihat pada kepala perahu Kenaikan DiRaja. Ukiran-.ukiran ini memperlihatkan kehalusan seni yang dimiliki oleh orang-orang Kelantan dan ia . · dipercayai diwarisi dari Siam yang pemah menjajah Kelantan sebelumya. Malah ada yang ·
~erpendapat ukiran yang wujud di 'frengganu dan Pahang pada asalnya diperkembangkan oleh pengukir-pengukir dan negeri Kelantan. Ini memperlihatkan bahawa Kelantan memang · terkenal dengan seni ukir dan tidak menjadi kehairanan jika masjid turut dihiasi dengan ukiran · yang menarik. Walaupun Masjid Kampung Laut ini dimulakan oleh orang-orang Champa, namun ukiran ini tidak boleh dihubungkan dengan kesenian mereka. Hal ini adalah kerana kesenian orang-orang Champa lebih kepada area dan ukirannya lebih kepada patung kerana Champa dahulunya dipengaruhi oleh agama Hindu. Lagipun di peringkat awal, masjid ini
dibina secara ringkas sahaja; sedangkan orang-orang Champa hanya singgah di Kampung Laut sebagai menunaikan nazar mereka sahaja. Ukiran tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat kerana ia memerlukan ketelitian, kehalusan dan sudah tentu ia memakan masa.
Keunikan k~tiga ialah ia mempunyai bumbung yang berbentuk tiga lapis, iaitu bentuk Melayu-Nusantara. Bentuk bumbung sebegini terdapat juga di masjid lama Melaka, Jawa,
I
Pattani, Perak dan Kemboja. Ia merupakan bentuk tradisi tempatan. Masjid Agung di Demak mempunyai bentuk bumbung yang hampir sama dengan Masjid Kampung Laut; iaitu bumbung tiga tingkat yang juga dikenali sebagai bumbung bertenggek (Salleh Mohd. Akib,MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
Ukiran pacta mimbar Masjict Kampung Laut. Mimbar ini beracta di Masjid Pasir Pekan dan
masih digunakan.
Sumber: Salleh Mohd Akib, 2003 Ukiran pacta pagar musang
Masjid kampung Laut
Sumber: Mustapha Mohammad
Ukiran yang terdapat di salah satu tiang masjid Kampung Laut
Pagar musang di serambi besar Masjict Kampung Laut
. 2003: 79). Bumbung Masjid Kampung Laut ini juga menyerupai Masjid Kuno Champa yang ·· merupakan masjid tertua di rantau ini. Masjid ini telah dibina di zaman keagungan Islam di Champa antara abad 11 dan 14 Masihi. Persamaan ini memperkuatkan lagi hujah bahawa masjid Kampung Laut telah dibina oleh orang-orang Champa. Mereka tentu membina masjid mengikut pengalaman dan pengetahuan mereka; dan sudah tentu mereka merujuk kepada masjid di tempat asa] mereka. Lagipun ia melambangkan identiti masyarakat mereka dan boleh diingati selagi mana masjid itu mampu berbakti. Apa yang mereka hasilkan kini menjadi kenyataan, ia mampu membuktikan kehadiran orang-orang Champa dan juga membukitkan kewujudan dan kegemilangan kerajaan Champa.
Melihat kepada struktur bumbung antara Masjid Kampung Laut, Masjid Kuno Champa dan masjid Demak di Jawa Tengah, jelas ketiga-tiganya ada persamaan dan boleh dianggap saling berkaitan jika dirujuk kepada perhubungan antara Champa dan Jawa, manakala Kelantan sebagai tempat laluan/persinggahan. Justeru itu Masjid Kampung Laut wajar sekali dikekalkan demi generasi yang akan datang. Bukti yang bersifat nyata ini perlu diabadikan demi membuktikan berlakunya perhubungan yang bersifat antarabanga dalam abad terawal.
211
;.' .. ·.l·.t
b!
l
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
Sumber: Mustapha Mohammad, 1982
Ulctran kepala burung Petala Indera Sri Kelantan yang terdapat di perahu kenaikan Diraja Kelantan
Bahtera Diraja (2008)
Sumber: Salleh Mohd Akib, 2003 Masjid Kuno Champa
Ukiran yang terdapat pada Bahtera Diraja dari dekat (2008)
Sumber: Abdul Halim Nasir, 1979 Masjid Demak di Jawa Thngah
MASJID KAMPUNG LAUT- WARISAN MALAYSIA DAN MASYARAKAT CHAMPA
.t~2~t <"';>~~·,,~;~:
':
· .
. · 'siri.YtiYang berhampiran dengan jalan raya dan berdekatan pula dengan
f'U\,.c~u-. ... • lslam, Universiti Malaya sudah pasti ia memudahkan dikunjungi sama ada oleh
oel~mc<Jn,g tempatan atau luar negara. Keindahan dan keunikan seninya sudah tentu memberi
ociJl~culau,,au barn dan mampu memberi panduan kepada peminat seni bina untuk mendalami
ukir dan seni binanya. Bagi pelancong luar negara khususnya masyarakat Champa masjid ini mampu mengundang nostalgia silam; wilayah Champa pemah tersohor dan
orang-mernpakan pelayar yang berani, mempunyai semangat juang yang tinggi dan berdaya kreatif.
Masjid Kampung Laut yang dibina dalam abad 18 ini akan terns menjadi khazanah warisan yang dibanggakan jika ia terns diselenggara dengan baik. Tidak dinafikan masjid ini telah dijaga bersih persekitarannya dan mempunyai landskap yang menarik. Ia tidak sahaja digunakan oleh penduduk tempatan dan pelajar Akademi Islam, Universiti Malaya untuk bersolat, namun turnt dioptimakan penggunaannya. Namun tinjauan yang dilakukan pada 2008 sedikit mengecewakan. Bekalan air terganggu dan didapati ia sering berlaku. Hal ini tidak sewajamya berlaku kerana masjid ini turnt menjadi persingahan ramai sama ada untuk menunaikan solat atau menggunakan kemudahan lainnya kerana lokasinya yang strategik. Sedikit sebanyak keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan apatah lagi ia mernpakan masjid warisan yang sentiasa mengundang pelawat. Hal ini berlaku berkemungkinan kerana .· sesetengah kawasan di Kelantan berhadapan dengan tekanan air rendah. Jika perkara ini dapat diatasi, Masjid Kampung Laut akan terns berbakti kepada orang ramai tanpa menimbulkan " sebarang kesulitan.
· Rujukan
:. Abdul Halim Ahmad (1982). Pendidikan Islam di Kelantan dlm Khoo Kay Kim Beberapa
Aspek Warisan Kelantan. Kota Bharn: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Abdul Halim Nasir (1979). Panduan ke Tempat-tempat Bersejarah Kelantan. Kuala Lumpur: · Jabatan Muzium.
Abdul Rahman Al-Ahmadi (1990). Bangunan Kuno Masjid Kampung Laut: Hubungannya dengan Campa dan Demak dlm Warisan Kelantan IX Kota Bharn: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Abdul Rahman Hj. Abdullah (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications.
Adi Haji Taha (1987). Penyelidikan Arkeologi Sejarah di Kota Kubang Labu dan Palekbang, Kelantan dim Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman Kelantan Zaman Awal:
Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia. Kota Bharn: Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan.
Cabaton, Antoine (1981). Orl!ng Cam Islam di Indocina Perancis dim Ecole Francaise
D'extreme-OrientKerajaan Campa. Jakarta: Balai Pustaka.
Coedes, George (1981). Sejarah Champa, dari Awal Sampai Tahun 1471 dlm Ecole Franc Ecole Francaise D'extreme-Orient Kerajaan Campa. Jakarta: Balai P!staka.
CONFERENCE PROCEEDINGS ON MALAY HERITAGE
Dharma, Po (1996):' Kerajaan Champa dlm Lafont, Pierre-Bernard Semenanjung
- Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pus taka.
~---(1989). Peranan ~ntan dalam Pergerakan Islam di Champa 1833-dlm Warisan Kelantan Kfil. Kota Bharu, Kelantan: Perbadanan Muzium ... ,.,.
Kelantan.
Dusuki Haji Ahmad (1980. Islam diMalaysia- Kebangkitan danMasa Depan. Kuala
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Eric Crystal (1995). Campa dan Kajian Tentang Asia Tenggara dim Ismail Hussein, Lafont & PO Dharma, Dunia Melayu dan Dunia Jndocina. Kuala Lumpur:
Bahasa dan Pustaka.
Farid Mat Zain & Ezad Azraai Jamsari (2007). Perkembangan Islam di Negeri Kelantan abad ke-19 dlm Farid Mat Zainlslam di TanahMelayuAbadke-19. ShahAlam:
Publications.
Kamus Dewan (2005 (edisi 4)). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad (ed.) (1970). Kisah Pelayaran Abdullah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Lafont, Pierre-Bernard (1996). Pengenalan Kepada Semenanjung IndoChina dlm P-B Lafont,
Semenanjung Indochina - Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pus taka.
_ _ _ _ _ _ (1995). Peristiwa-peristiwa Penting dalam Sejarah Campa dlm Ismail Hussein, P-B.Lafont & PO Dharma, Dunia Melayu dan Dunia Indocina. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Jamil Mukmin (2004). Me/aka - Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Melaka:
Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP).
Mustapha Mohammad (1982). Perkembangan Seni Ukir dlm Khoo Kay Kim (ed). Beberapa Aspek Warisan Kelantan. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Nguyen The Anh (1996). Vietnam dlm P-B Lafont Semenanjung Indochina - Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Abdul Aziz Nik Hassan (t.t) Islam dan Masyarakat Kota Bharu Di antara Tahun 1900 - 1933 dalam Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (1987). Sejarah Kelantan Sebelum Long Yunus- ·~ Satu Gambaran Umum dlm Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah di Malaysia. Kota Bharu: Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan.
Salleh Mohd. Akib (2003). Masjid Tua Kampung Laut. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Shaharir Mohamad Zain (2003). Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Thlisan Bahasa Melayu dlm Sari 21 (129-149).
Thylor, Nora A. (1995). Seni Ukir Campa dan Hubungannya dengan Seni Melayu dlm Ismail Hussein, H·B Lafont & PO Dharma (edit) Dunia Melayu dan Dunia Indocina. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Burhanudin Wan Omar (1983). Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Sehingga 1974) dlm Nik Abdul Aziz Haji Nik Hassan (peny.) Islam di Kelantan. Kuala Lumpur: