• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan Sistem Perkongsian Dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (E Sharing) Hasniza Binti Tawyer Kolej Komuniti Bandar Penawar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pembangunan Sistem Perkongsian Dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (E Sharing) Hasniza Binti Tawyer Kolej Komuniti Bandar Penawar"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

Pembangunan Sistem Perkongsian Dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (E – Sharing)

Hasniza Binti Tawyer Kolej Komuniti Bandar Penawar

___________________________________________________________________________ Abstrak

Perkembangan teknologi Internet yang semakin pesat membangun telah memberi ruang kepada komuniti – komuniti untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara atas talian yang mana seterusnya mewujudkan online community. Pembentukan komuniti ini juga memberi ruang dan peluang kepada individu – individu untuk berkongsi pendapat, idea dan pandangan. Sehubungan dengan itu, antara tujuan kertas kerja pembangunan Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Atas Talian (e-sharing) ini adalah agar warga di dalam komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar khususnya, Kolej Komuniti amnya yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar dapat berkongsi bahan rujukan pengajaran dan pembelajaran sesama mereka. Sistem yang dibangunkan ini dapat memaksimakan kebolehadaan sumber bahan yang mana sumber bahan tidak hanya terhad kepada sumber yang boleh diperolehi daripada perpustakaan utama sahaja. Ia juga dapat mewujudkan persekitaran teragih di dalam komuniti tersebut. Sistem yang dibangunkan secara atas talian ini merupakan medium pemudahcara untuk memperoleh sumber dengan hanya memuat turun bahan yang diingini. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan metodologi prototaip. Bagi pengaturcaraan pula, sistem ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP memandangkan ia bersesuaian digunakan dalam pembangunan sistem ini iaitu sistem berasaskan atas talian. Proses ini akan dihantar kepada pelayan (server) melalui Internet. Segala maklumat akan dicapai dan disimpan di pangkalan data (MySQL). Sistem yang akan dibangunkan ini cukup mudah digunakan oleh pengguna kerana antaramuka sistem yang ringkas dan menarik.

Kata Kunci:online community, Kolej Komuniti, perkongsian teragih

__________________________________________________________________________________

Pendahuluan

Internet merupakan medium pemudahcara dalam membantu pengguna memperoleh maklumat di mana ia membantu pengguna dari segi memendekkan masa, mengurangkan kos, meningkatkan keberkesanan dan kelancaran dalam melaksanakan tugas dan pencarian maklumat. Secara tidak langsung, ciri – ciri tersebut telah menyumbang kepada populariti penggunaan sistem secara atas talian. Potensi dalam pembangunan internet ini juga telah menyumbang kepada terbentuknya komuniti secara atas talian (online community), yang membolehkan individu saling berkomunikasi dan seterusnya mencapai kepuasan berkomunikasi, memperoleh maklumat dan keperluan dalam hiburan (Wu dan Chang,2005).

Sehubungan itu, Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (e – sharing) akan dibangunkan bagi kegunaan komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar khususnya dan Kolej Komuniti amnya yang mana kumpulan sasaran, terdiri daripada pensyarah dan kakitangan pentadbiran.

(2)

1857

Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (e – sharing) yang akan dibangunkan mengaplikasikan dan menggabungkan beberapa elemen yang terdapat di dalam komuniti atas talian dan perpustakaan digital. Sistem ini merupakan antara medium yang boleh digunapakai untuk mencari sumber bahan rujukan yang mana ini akan memaksimumkan kebolehadaan sumber bahan. Oleh itu, pencarian sumber bahan tidak hanya terhad didapati daripada perpustakaan utama sahaja. Di samping itu, komuniti atas talian yang diwujudkan diharapkan akan mewujudkan persekitaran perkongsian di kalangan kakitangan kolej. Ini akan menarik lebih ramai lagi individu di dalam komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar ini untuk menyumbangkan bahan yang dimiliki untuk dikongsi bersama. Secara tidak langsung sistem ini dapat memupuk sikap ingin berkongsi di kalangan ahli.

Sistem yang dibangunkan secara atas talian ini, memudahkan individu membuat pendaftaran secara atas talian untuk menjadi ahli dari mana – mana sahaja. Setelah menjadi ahli, individu boleh menggunakan semua perkhidmatan yang telah disediakan. Di antara kemudahan yang disediakan ialah memuat turun dan memuat naik bahan, bertukar – tukar pendapat di ruangan forum, perkhidmatan email dan hebahan berita terkini yang dimuatkan di ruanganbulletin board.

Sumber bahan yang terdapat di dalam sistem ini disimpan dalam bentuk digital. Antara bahan yang dapat dikongsi ialah buku, artikel, nota dan jurnal. Bahan berbentuk digital ini memudahkan ahli untuk memuat turun bahan tersebut.

Di samping itu, sistem ini juga menyediakan perkhidmatan carian bahan dalam bentuk fizikal. Pengguna boleh membuat carian dan seterusnya boleh membuat pinjaman bahan tersebut daripada tuan empunya bahan tersebut.

Antara matlamat lain yang tidak kurang pentingnya dalam pembangunan sistem ini adalah untuk membantu individu meningkatkan keberkesanan dan kelancaran dalam pengurusan rekod sumber bahan individu yang berkenaan. Pengautomasian pengurusan sumber bahan ini memudahkan pengguna untuk mengemaskini dan merekod bahan yang dimiliki. Pengurusan sumber bahan berpusat ini memudahkan proses perkongsian di kalangan individu di dalam komuniti terlibat.

Individu di dalam komuniti Kolej Komuniti bukan hanya boleh berkongsi sumber bahan peribadi malahan individu juga boleh berkongsi idea, pendapat dan pengalaman masing – masing. Kewujudan perkongsian dalamonline communityini seterusnya akan menyumbang kepada wujudnya persekitaran perkongsian teragih di kalangan individu di dalam komuniti tersebut.

(3)

Latar Belakang Masalah

Sesebuah komuniti masyarakat biasanya mempunyai pelbagai koleksi bahan peribadi yang ingin dikongsi bersama dan terdapat juga sesetengah individu di dalam komuniti tidak mahu berkongsi bahan peribadi mereka tetapi ingin meminjamnya daripada orang lain. Tambahan pula, tiada sistem yang menyediakan landasan untuk memantau dan menyelia proses peminjaman dan pemulangan ini berdasarkan kebolehpercayaan dan kesediaan untuk memberi pinjam, menyebabkan persekitaran ini agak sukar untuk diwujudkan.

Kajian soal selidik yang dijalankan memberi gambaran tentang sistem yang diperlukan untuk mengatasi masalah yang timbul. Di samping itu juga, kajian ini menunjukkan individu – individu berbeza yang terlibat secara langsung di dalam sistem ini.

Antara masalah yang telah dikenalpasti ialah ada segelintir individu yang ingin berkongsi bahan, tetapi tidak disediakan landasan untuk mereka berkongsi sumber bahan peribadi mereka. Selain itu, mereka tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang sesuatu bahan tersebut. Di mana individu yang ingin meminjam perlu mengetahui dengan siapa patut mereka bersemuka dan perlu berjumpa dengan individu berkenaan untuk membuat pinjaman. Selalunya peminjaman ini berlaku di atas kepercayaan individu memberi pinjam dan si peminjam. Antara masalah lain yang mungkin timbul ialah sumber bahan yang diberi pinjam tidak dapat dikesan atau mungkin hilang atau rosak sewaktu di tangan si peminjam atau mungkin juga mereka lupa kepada siapa mereka memberi pinjam barang atau bahan mereka. Selain itu, ada juga segelintir individu yang menghadapi masalah dalam mengemaskini sumber bahan yang mereka miliki.

Pembangunan Sistem e - sharing ini memberi suntikan inovasi dalam mewujudkan persekitaran perkongsian teragih di dalam sesebuah komuniti masyarakat. Sistem ini mampu menyelesaikan masalah yang timbul dengan menyediakan kemudahan carian sumber bahan dalam bentuk digital dan untuk menggunakan sistem ini pengguna perlu mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pembangunan awal sistem ini dijalankan di dalam komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar iaitu di kalangan pensyarah dan pelajar secara atas talian. Sistem ini memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi bahan dengan mempamerkan bahan yang dimiliki di dalam sistem. Antara bahan yang mungkin dapat dikongsi bersama ialah bahan – bahan berbentuk ilmiah dalam bentuk digital yang merangkumi artikel, buku, jurnal, bahan hasil kajian dan sebagainya; bahan audio – visual; majalah dan video. Untuk peringkat permulaan dan percubaan, pembangunan sistem ini tertumpu kepada buku, artikel, bahan hasil kajian dan jurnal. Pengguna boleh mengguna perkhidmatan carian dengan memasukkan katakunci yang sesuai mengikut kategori yang dikehendaki. Kemudian,

(4)

1859

pengguna boleh membuat pilihan bahan dan memuat turun bahan berkenaan. Manakala pengguna yang ingin berkongsi sumber bahan yang diperolehi dengan individu lain, boleh memuat naik sumber bahan tersebut secara atas talian.

Di samping itu, sistem ini juga menyediakan fungsian tambahan yang mana pengguna boleh berkongsi idea, pandangan, pendapat dan pengalaman melalui ruangan forum yang disediakan. Ini membolehkan pensyarah dan pelajar mengadakan perbincangan walaupun di luar waktu kelas. Dengan ini, secara tidak langsung pelajar dapat mengembangkan ilmu pengetahuan melalui topik perbincangan yang dibincangkan.

Diharapkan dengan adanya sistem yang menyediakan perkhidmatan pengurusan secara berpusat, sikap ingin berkongsi di kalangan ahli komuniti dapat dipupuk dan disemai. Seterusnya persekitaran perkongsian teragih dapat diwujudkan.

Penyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang dinyatakan terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dan persoalan utama dalam pembangunan Sistem e - sharing ini ialah “Adakah sistem ini dapat membantu dalam mewujudkan persekitaran perkongsian teragih di kalangan komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar?”. Di samping itu terdapat juga persoalan yang perlu diambil kira dalam pembangunan sistem ini iaitu :

1. “Apakah elemen – elemen penting yang sepatutnya terdapat di dalam sistem perkongsian dan pengurusan sumber secara atas talian ini?”

Objektif Projek

Berikut merupakan antara objektif pembangunan projek ini :

1. Mengkaji Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (e - sharing). 2. Merekabentuk Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (e

-sharing) termasuk dari segi terma dan syarat untuk memuat turun dan memuat naik sumber bahan.

(5)

Pembangunan Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian (e - sharing) ini dibangunkan berdasarkan skop projek yang telah dikenalpasti. Berikut merupakan antara skop projek pembangunan sistem ini:

i. Sistem ini dibangunkan untuk digunakan oleh sesebuah komuniti masyarakat dan di dalam kajian kes ini pembangunan sistem dibangunkan untuk kakitangan Kolej Komuniti.

ii. Sistem e - sharing ini bertujuan untuk menggalakkan konsep perkongsian di kalangan individu di dalam sesebuah komuniti. Sistem ini memberi peluang kepada individu untuk berkongsi bahan mereka dengan individu yang lain.

iii. Sumber bahan – bahan yang ingin dikongsi terdapat juga dalam bentuk digital. Oleh itu, pengguna boleh memuat naik artikel – artikel atau bahan – bahan untuk dikongsi bersama dengan individu yang lain di samping pengguna lain juga boleh memuat turun artikel – artikel atau bahan – bahan yang terdapat di dalam sistem.

iv. Melalui ruangan forum yang terdapat di dalam sistem ini, pengguna juga boleh berkongsi pendapat, idea atau pandangan peribadi terhadap sesuatu topik. Ini membolehkan pengguna dapat berkongsi dan bertukar – tukar idea dan pandangan seterusnya dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang sesuatu perkara. Untuk tujuan pembangunan sistem ini, kajian secara mendalam terhadap sistem di atas talian telah dilakukan.

v. Sistem e - sharing memberi kemudahan kepada pengguna untuk memaparkan bahan mereka untuk dikongsi bersama di dalam komuniti. Selain itu, sistem ini memberi kemudahan kepada pengguna mencari bahan yang dikehendaki dengan menggunakan perkhidmatan bantuan carian yang disediakan. Di mana, perkhidmatan bantuan carian ini menggunakan teknik capaian data dengan menggunakan format katakunci dan direktori yang mengandungi koleksi bahan sumber.

vi. Sebagai tambahan, dalam membangunkan sistem ini, syarat dan polisi memuat naik dan memuat turun bahan dikaji secara terperinci.

Kepentingan Projek

Kertas Cadangan Pembangunan Sistem e - sharing ini merupakan satu alternatif kepada kakitangan Kolej Komuniti untuk mendapatkan sumber bahan. Dengan adanya sistem ini, capaian sumber bahan dalam bentuk digital dapat memaksimakan kebolehadaan sumber bahan/item. Capaian sumber bahan/item tidak hanya terhad dicapai daripada perpustakaan sahaja, malah carian juga boleh dibuat melalui sistem ini.

(6)

1861

Selain itu, sistem ini dapat menjimatkan dan mengurangkan masa proses membuat carian bahan/item. Sistem secara atas talian ini memudahkan pengguna untuk membuat carian bahan/item dan sistem ini juga dapat menjimatkan masa pengguna di mana, pengguna hanya perlu memuat turun bahan yang dikehendaki.

Seterusnya, dengan adanya sistem ini pengurusan data sumber bahan/item milikan peribadi setiap individu di dalam komuniti menjadi lebih sistematik dan teratur.

Kepentingan pembangunan sistem ini tertumpu kepada kakitangan Kolej Komuniti Bandar Penawar di mana, diharapkan dengan adanya sistem ini, individu di dalam komuniti bukan sahaja dapat berkongsi dan bertukar – tukar sumber bahan/item mereka malahan juga dapat bertukar – tukar idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara/topik yang mana persekitaran sebegini dapat memupuk sifat ingin berkongsi dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran perkongsian teragih di kalangan ahli di dalam komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar.

Sistem e - sharing ini yang dibangunkan boleh dikembangkan kepada perkongsian bahan – bahan lain dan boleh juga dikembangkan kepada komuniti yang lain.

Online Community

Dalam membentuk kumpulan komuniti atau program komuniti yang pelbagai jenis dan tujuan ia tidak semudah seperti yang diperkatakan. Perkataan komuniti itu sendiri ditafsirkan daripada pelbagai sudut dan konteks. Joseph (2002), berpendapat bahawa di dalam sesebuah komuniti perlu mengandungi elemen – elemen interaksi secara banyak – kepada – banyak

(many – to - many)di mana, elemen – elemen tersebut dicipta untuk dikongsi secara bersama – sama dengan ahli di dalam komuniti tersebut dan komuniti tersebut hanya akan memberi manfaat kepada ahlinya sekiranya mengimplementasikan interaksi many – to – many. Ahli komuniti boleh menggunakan pelbagai teknik untuk berinteraksi, antaranya papan buletin

(bulletin board), ruang bersembang (chat room) dan sebagainya. Menurut pendefinasian Kamus Dewan (2002) pula, komuniti bermaksud sesebuah kumpulan individu yang mempunyai sifat – sifat (kecenderungan dan kepentigan) yang serupa.

Para akademik (Rheingold, 1994; Armstrong dan Hagel, 1996; Hagel dan

Armstrong, 1997; Werry, 1999;Wang et al., 2002; Wang dan Fesenmaier, 2004) menyifatkan

online communitysebagai komuniti maya, computer – mediated communityatau lebih mudah dikenali sebagai e – community. Rheingold (1994, pp. 57-58) mendefinasikan online community sebagai gabungan dan interaksi sekumpulan sosial yang wujud melalui internet apabila individu awam berbincang dalam suatu jangka masa yang panjang dengan

(7)

membuahkan pendapat dan pandangan masing – masing untuk membentuk hubungan di alam maya. Rheingold juga berpendapat bahawa komuniti maya merupakan sekumpulan orang awam yang tidak bersua muka dan bertukar – tukar pandangan atau idea mereka melalui media papan buletin (bulletin board) dan rangkaian komputer. Armstrong dan Hagel (1996) menyatakan bahawa ia merupakan sekumpulan orang awam yang berkumpul bersama – sama yang mempunyai minat yang sama dan seterusnya membentuk sebuah komuniti yang mempunyai minat yang sama. Komuniti maya ini juga terbentuk berdasarkan empat keperluan asas manusia biasa iaitu minat, hubungan sosial, fantasi dan transaksi. Di samping itu, Armstrong dan Hagel juga berpendapat bahawa fungsi perniagaan secara konvensional seperti pemasaran dan jualan akan memberi impak kepada persekitaran komuniti.

Kewujudan Internet, telah membuka lembaran baru membenarkan dan menyediakan ruang kepada ahli komuniti tersebut dalam berkongsi dan bertukar –tukar pendapat mereka di mana, perkembangan Internet ini secara tidak langsung telah mewujudkan peluang kepada individu berkenaan mewujudkan kumpulan individu secara atas talian iaitu online community. Perkongsian ini tidak terhad kepada perkongsian maklumat tetapi ia telah memberi peluang kepada individu untuk berkongsi pelbagai koleksi peribadi mereka.

Menurut kajian, ekoran rentetan perkembangan Internet menyebabkan penggunaan komputer di seluruh dunia telah terlibat dalam aktiviti komersial secara atas talian (Chou et al., 2005; Kuo et al., 2004; Liang et al., 2004). Kebanyakan daripada pengguna telah menyertai satu atau lebih online community yang menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam penyediaan maklumat, komunikasi dan hiburan (Wang et al., 2002).

Secara keseluruhannya, Internet merupakan medium pemudahcara kepada pengguna dalam berkongsi segala maklumat, pendapat, idea, sumber bahan peribadi, pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi bersama. Namun begitu, di dalam perkongsian ini terdapat beberapa elemen – elemen penting yang perlu diambil kira. Antaranya ialah elemen keselamatan data atau sumber bahan peribadi , kebolehpercayaan dan interaktiviti sesama individu.

Elemen – elemen di dalamonline community

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Porter (2004) beliau telah meggariskan beberapa elemen – elemen penting yang patut dikaji terlebih dahulu dalam membangunkan sesebuah

online community di mana beliau melihat online community ini daripada pelbagai cabang sudut dan perspektif.

(8)

1863

Hasil kajian beliau menunjukkan terdapat lima elemen penting yang patut diberi perhatian serius oleh pembangun sesebuah online community bagi memberikan kepuasan dan keseronokkan yang sepenuhnya kepada ahli yang terlibat di dalam komuniti tersebut. Antara lima elemen tersebut ialah tujuan (purpose), tempat (place), landasan (platform), struktur interaksi di dalam populasi dan model keuntungan (profit). Dari sudut pandangan sesebuah pengurusan, online community yang mempunyai gabungan elemen yang unik, di mana mempunyai faktor kejayaan kritikal yang berbeza – beza dan seterusnya membuahkan hasil kepada penaja dan organisasi yang terlibat.

Kaedah dan Pendekatan Kajian

Terdapat dua kaedah utama dalam melaksanakan sesuatu kajian iaitu secara kuantitatif ataupun secara kualitatif. Kaedah kajian ini dipilih adalah berdasarkan kepada kesesuaian sesuatu kaedah itu diaplikasikan kepada sistem yang akan dibangunkan. Bagi kaedah kuantitatif, ia merupakan kaedah kajian yang sangat menitikberatkan nombor dan sesuatu yang boleh dikira atau diukur. Berdasarkan kepada kenyataan Olson (2003), kaedah kuantitatif dianggap melibatkan atau dianggarkan sebagai kuantiti. Kebiasaannya kaedah ini akan disampaikan atau ditunjukkan dalam bentuk jadual, graf atau statistik.

Manakala, kaedah kualitatif melalui penyataan Boeree (2005), merupakan satu kaedah yang tidak terlibat dengan ukuran ataupun statistik. Di mana kaedah ini merupakan kaedah yang mengkaji tindak balas dan kajian kes seperti yang dinyatakan oleh Myers (2005). Teknik-teknik yang digunakan di dalam kaedah kualitatif ialah melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, dan dokumentasi. Berdasarkan kepada teknik-teknik yang digunakan, pengumpulan data dan menganalisis maklumat dapat dibuat. Justeru itu, kaedah kualitatif ini amat bersesuaian digunakan dalam melaksanakan projek ini.

Rangka Kerja Projek

Projek ini dapat dibangunkan berdasarkan kepada fasa-fasa yang tertentu agar setiap perlaksanaan berjalan dengan teratur,lancar dan lebih sistematik. Ini adalah supaya setiap perlaksanaan dapat disiapkan dengan sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Fasa-fasa ini adalah untuk memastikan perlaksanaan projek mempunyai panduan dan landasan. Bagi perlaksanaan projek ini terdapat tujuh fasa yang telah dikenalpasti iaitu:

i. Fasa 1: Perancangan Awal ii. Fasa 2: Analisis Data iii. Fasa 3: Rekabentuk Sistem

(9)

iv. Fasa 4: Pembangunan Sistem v. Fasa 5: Implementasi Sistem vi. Fasa 6: Pengujian Sistem vii. Fasa 7: Dokumentasi

Fasa-fasa di atas merupakan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan dari awal sehingga akhir projek. Kesemua fasa dalam metodologi projek ini telah disusun namun begitu, Kertas Kerja Cadangan pembangunan sistem ini sehingga Fasa 3 : Rekabentuk Sistem. Rajah 1 menunjukkan rangka kerja yang telah dibuat serta penerangan mengenai setiap aktiviti adalah di dalam subtopik yang berikutnya.

(10)

1865

Pembangunan sistem berdasarkan ciri – ciri yang telah dipilih Merekabentuk sistem berdasarkan data yang telah dianalisis Online Community

Cadangan dan pemilihan tajuk Mengkaji latar belakang masalah

FASA 1

PERANCANGAN AWAL

Rajah 1 : Rangka Kerja Projek Kajian Literatur Hasil Literatur Perpustakaan digital FASA 2 ANALISIS DATA FASA 3 REKABENTUK SISTEM Cadangan dan pemilihan tajuk

Mengkaji latar belakang masalah Kajian Literatur

Perpustakaan digital

Merekabentuk sistem berdasarkan data yang telah dianalisis FASA 3

REKABENTUK SISTEM

Pembangunan sistem berdasarkan ciri – ciri yang telah dipilih

Merekabentuk sistem berdasarkan data yang telah dianalisis FASA 3

REKABENTUK SISTEM

FASA 1

PERANCANGAN AWAL

FASA 2

ANALISIS DATA Pengumpulan Data Analisa permasalahansistem semasa

Analisa keperluan sistem dan ciri – ciri sistem

Hasil Literatur Konsep Perkongsian dan

Pengurusan sumber di dalam komuniti

Cadangan dan pemilihan tajuk Mengkaji latar belakang masalah

Kajian Literatur Perpustakaan digital Dokumentasi sistem FASA 6 PENGUJIAN SISTEM FASA 7 DOKUMENTASI SISTEM Implementasi ke atas sistem

Pengujian sistem

FASA 5

IMPLEMENTASI SISTEM

FASA 4

PEMBANGUNAN SISTEM Pembangunan sistem berdasarkan ciri – ciri yang telah dipilih

Merekabentuk sistem berdasarkan data yang telah dianalisis FASA 3

REKABENTUK SISTEM Dokumentasi sistem FASA 6 PENGUJIAN SISTEM FASA 7 DOKUMENTASI SISTEM Implementasi ke atas sistem

Pengujian sistem

FASA 5

IMPLEMENTASI SISTEM

FASA 4

PEMBANGUNAN SISTEM Pembangunan sistem berdasarkan ciri – ciri yang telah dipilih

FASA 1

PERANCANGAN AWAL

FASA 2

ANALISIS DATA Pengumpulan Data Analisa permasalahansistem semasa

Analisa keperluan sistem dan ciri – ciri sistem

Hasil Literatur

Cadangan dan pemilihan tajuk Mengkaji latar belakang masalah

Kajian Literatur

Isu – isu legal

FASA 1

PERANCANGAN AWAL

FASA 2

ANALISIS DATA Pengumpulan Data Analisa permasalahansistem semasa

Analisa keperluan sistem dan ciri – ciri sistem

Hasil Literatur

Cadangan dan pemilihan tajuk Mengkaji latar belakang masalah

Kajian Literatur Perpustakaan digital FASA 1 PERANCANGAN AWAL FASA 2 ANALISIS DATA Pengumpulan Data Analisa permasalahansistem semasa

Analisa keperluan sistem dan ciri – ciri sistem

Hasil Literatur

Cadangan dan pemilihan tajuk Mengkaji latar belakang masalah

Kajian Literatur

Elemen-elemen online community

(11)

Metodologi Pembangunan Sistem

Pada asasnya metodologi pembangunan sistem merupakan satu kaedah yang diaplikasikan di dalam melaksanakan sistem ini. Pelbagai jenis metodologi yang boleh digunakan di dalam pembangunan sistem seperti metodologi prototaip, Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC), pembangunan sistem berorientasikan objek, Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD) dan Pembangunan Aplikasi Bersama (JAD).

Berdasarkan daripada kenyataan Dennis (2005), metodologi pembangunan sistem terbahagi kepada dua iaitu secara rekabentuk berstruktur dan secara pembangunan aplikasi pantas (RAD). Bagi metodologi rekabentuk berstruktur, ia telah mula digunakan pada 1980an. Rekaan berstruktur merupakan satu metodologi yang beroperasi secara langkah demi langkah dengan menggunakan pendekatan Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC). Metodologi ini dilaksanakan mengikut langkah demi langkah, iaitu setelah selesai satu fasa, maka fasa seterusnya dimulakan. Antara contoh model yang masih lagi digunakan di dalam metodologi ini ialah Model Air Terjun (Waterfall development).

Bagi metodologi Pembangunan Aplikasi Pantas atau lebih dikenali sebagai Rapid Application Development, ia mula wujud pada 1990an. Kewujudan metodologi ini adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kelemahan dan kekurangan pada metodologi rekabentuk berstruktur. Antara perubahan yang jelas dapat dilihat ialah dengan menyelaraskan fasa SDLC bagi mempercepatkan sistem pembangunan. Dengan cara ini, pengguna akan lebih memahami sistem. Di dalam metodologi ini terdapat tiga model iaitu Pembangunan Fasa, Prototaip dan Prototaip Pakai Buang.

Setelah melihat kedua-dua jenis metodologi ini, Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD) adalah lebih sesuai untuk digunakan bagi tujuan pembangunan sistem Perkongsian dan Pengurusan sumber peribadi secara atas talian. Model yang dipilih ialah Prototaip sebagai panduan sepanjang proses perlaksanaan projek. Penerangan secara lanjut akan dijelaskan di dalam subtopik di bawah.

Metodologi Prototaip

Metodologi prototaip merupakan metodologi yang mempunyai tiga fasa iaitu, analisis, rekabentuk dan implementasi. Ketiga-tiga fasa ini akan beroperasi secara berulang-ulang sehingga sistem siap dibangunkan. Bagi semua perancangan awal sistem akan dijalankan pada fasa perancangan, di dalam fasa ini proses memahami mengapa dan bagaimana sistem ini dibangunkan adalah amat penting sebelum proses perlaksanaan dijalankan. Fasa analisis

(12)

1867

adalah untuk memahami masalah dan keperluan sistem. Manakala bagi fasa rekabentuk, ia merupakan fasa dimana semua keperluan pengguna terhadap sistem telah dikenal pasti. Fasa ini akan merekabentuk sistem mengikut kehendak dan keperluan yang diingini. Setelah rekabentuk selesai dan sistem sudah sedia diimplementasikan di dalam fasa implementasi. Ketika di fasa implementasi, sistem akan dibangunkan menjadi prototaip sistem. Manakala bagi fasa operasi dan fasa penyenggaraan akan dijalankan setelah prototaip sistem yang siap ditukarkan kepada sistem yang sebenar.

Metodologi prototaip ini sesuai digunakan kerana di dalam metodologi ini apabila prototaip pertama disiapkan, prototaip akan diuji buat pertama kalinya. Sekiranya prototaip tidak memenuhi spesifikasi dan keperluan pengguna, prototaip akan diperbaikan dan diubah mengikut kitaran fasa seperti sebelumnya sehinggalah prototaip yang menepati citarasa pengguna dan memuaskan hati pengguna. Setelah pengguna berpuas ati terhadap prototaip, prototaip sistem yang sebenar akan dihasilkan. Rajah 2 menunjukkan fasa-fasa yang terdapat di dalam Metodologi Prototaip yang disebut di atas.

Aliran Kerja Proses Peminjaman dan Pemulangan Sumber Peribadi

Rajah 3 menunjukkan aliran kerja proses peminjaman dan pemulangan semasa. Proses ini selalunya berlaku di antara dua orang individu yang mempunyai keinginin meminjam dan memberi pinjam. Individu A mempunyai sumber bahan tersendiri. Manakala individu B pula berkeinginan untuk meminjam bahan tersebut. Maka B perlu meminta kebenaran daripada A

Perancangan Analisis Rekabentuk Implementasi Implementasi Sistem Prototaip Sistem

(13)

terlebih dahulu. Setelah persetujuan dicapai maka bahan tersebut baru diberi pinjam. Apabila sampai tempoh masa yang telah dijanjikan maka, bahan tersebut perlu dipulangkan kepada A.

Rajah 3 : Gambarajah Aliran Kerja untuk sistem semasa Penyataan Masalah dalam konteks Organisasi

Secara tradisionalnya, proses peminjaman dan pemulangan sumber peribadi berlaku secara manual. Individu di dalam komuniti perlu mengetahui sumber peribadi yang ingin dipinjam dimiliki oleh individu tertentu. Peminjam perlu menghubungi individu berkenaan sama ada dengan menelefon atau berjumpa secara bersua muka untuk membuat pinjaman. Proses ini memakan masa dan mendatangkan masalah sekiranya bahan yang ingin dipinjam tidak diketahui siapa peminjam sebelumnya. Di mana, sesetengah individu yang kurang bertanggungjawab tidak memulangkannya pada masa yang telah dijanjikan dan ada kemungkinan bahan tersebut tidak dapat dikesan atau kehilangan semasa di dalam simpanan individu berkenaan. Permasalah ini memerlukan sebuah sistem yang dapat menjimatkan masa dan seterusnya dapat menguruskan dan menyelenggara rekod bahan – bahan yang dimiliki oleh individu dan dapat berkongsi sumber bahan dengan individu lain. Selain itu, memerlukan sistem yang mampu menguruskan dan menyelenggara rekod peminjaman dan pemulangan bahan di samping memudahkan individu untuk memperoleh bahan – bahan.

Permodelan Data dan Proses Semasa (As – Is)

Individu A Sumber Bahan Individu B memiliki meminjam meminta kebenaran

bersetuju memberi pinjam

(14)

1869

Proses Peminjaman dan Pemulangan Sumber Peribadi pada masa kini dilakukan secara manual. Permodelan sistem semasa akan ditunjukkan melalui subtopik – subtopik yang seterusnya.

RajahUse – Case(Use Case Diagram)

Pinjam

Pulang

Peminjam Sumber Peribadi Individu Memberi

Pinjam

Pelajar Pensyarah

Pelajar

Pensyarah

Rajah 4 : GambarajahUse Caseuntuk sistem semasa

Untuk proses peminjaman dan pemulangan semasa, peminjam akan memberi pinjam kepada individu yang dipercayai dan perlu dipulangkan apabila sampai tamat tempoh pinjam. Untuk membuat pinjaman, status bahan perlu diketahui terlebih dahulu sama ada bahan tersebut sedia untuk dipinjam atau sudah dipinjamkan kepada individu lain.

Penerangan RajahUse – Case

Nama Use Case : Selenggara Sumber Peribadi ID: 1 Peringkat : Tinggi Aktor Utama: Individu Memberi Pinjam

(Pensyarah, Pelajar) Jenis Use Case: Perlu

Pihak terlibat:

Pensyarah – sumber bahan yang diperolehi Pelajar – sumber bahan yang diperolehi Penerangan Ringkas:

Use case ini menerangkan sumber bahan yang dimiliki oleh pensyarah dan pelajar. Penyebab (Trigger):

Pensyarah atau pelajar yang ingin membuat pinjaman perlu mengetahui individu yang memiliki sumber yang ingin dipinjam. Mengetahuinya sama ada daripada individu itu sendiri atau dari rakan – rakan lain. Pensyarah atau pelajar boleh membuat panggilan telefon atau bersua muka untuk memastikan sama ada bahan tersebut ada atau tidak. Untuk meminjam, pensyarah dan pelajar perlu bersua muka.

(15)

Jenis : Luaran Hubungan :

Aliran normal peristiwa: Sub-aliran:

Aliran alternatif:

Rajah 5 : PeneranganUse Caseuntuk Selenggara Sumber Peribadi

Nama Use Case : Pinjam Sumber ID: 2 Peringkat : Tinggi Aktor Utama: Peminjam (Pensyarah,

Pelajar) Jenis Use Case: Perlu

Pihak terlibat:

Pensyarah – membuat pinjaman bahan sumber Pelajar – membuat pinjaman bahan sumber Penerangan Ringkas:

Use case ini menerangkan bagaimana pensyarah atau pelajar yang ingin membuat pinjaman sumber bahan.

Penyebab (Trigger):

Pensyarah atau pelajar yang ingin membuat pinjaman perlu mengetahui individu yang memiliki sumber yang ingin dipinjam. Mengetahuinya sama ada daripada individu itu sendiri atau dari rakan – rakan lain. Pensyarah atau pelajar boleh membuat panggilan telefon atau bersua muka untuk memastikan sama ada bahan tersebut ada atau tidak. Untuk meminjam, pensyarah dan pelajar perlu bersua muka.

Jenis : Luaran Hubungan :

Aliran normal peristiwa:

1. Pensyarah/pelajar membuat panggilan telefon, pergi ke bilik atau secara lisan. 2. Pensyarah/pelajar menyatakan persetujuan.

3. Peminjaman ditentukan Sub-aliran:

Aliran alternatif:

Rajah 6 : PeneranganUse Caseuntuk Pinjam Sumber

(16)

1871

Aktor Utama: Peminjam (Pensyarah,

Pelajar) Jenis Use Case: Perlu

Pihak terlibat:

Pensyarah – memulangkan bahan sumber Pelajar – memulangkan bahan sumber Penerangan Ringkas:

Use case ini menerangkan tentang pemulangan bahan sumber Penyebab (Trigger):

Apabila tamat tempoh peminjaman, maka sumber bahan perlu dipulangkan semula kepada individu yang memberi pinjam bahan tersebut.

Jenis : Luaran Hubungan :

Aliran normal peristiwa:

1. Pensyarah/pelajar memulangkan sumber bahan dengan pergi ke bilik/bersua muka.

Sub-aliran: Aliran alternatif:

Rajah 7 : PeneranganUse Caseuntuk Pulang Sumber RajahClass(Class Diagram)

(17)

Item Nama_item Jenis_item Kuantiti Status carian() Pensyarah NO_staf Nama email NO_bilik NO_telefon pinjam() pulang() semak_status() Pinjam Sumber Nama_item Tarikh_pinjam Tempoh pinjam() 11 1..n 1..n Pulang Sumber Nama_item Tarikh_pulang pulang() 11 1..n 1..n Pelajar NO_matrik Nama email Kursus pinjam() pulang() semak_status() 1..n 1..n 1..n 1..n

Rajah 8 : Gambarajah kelas untuk sistem semasa

Rajah kelas sistem semasa terdiri daripada Pensyarah, Pelajar, Item, Pulang dan Pinjam.

Pensyarah dan Pelajar memiliki bahan yang ingin dikongsi bersama dengan individu lain di dalam komuniti. Pensyarah dan Pelajar boleh membuat pinjaman dan pemulangan bahan.

(18)

1873

Pensyarah :

Pensyarah Pelajar : Pelajar Bahan

membuat carian pinjam pulang membuat carian pinjam pulang

Rajah 9 : Gambarajah jujukan untuk peminjaman dan pemulangan

(19)

Mula

Mencari sumber bahan

Berjumpa dengan individu yang berkenaan Meminjam bahan Memulangkan kembali Tamat tempoh peminjaman Tamat Meminta kebenaran

Mencari sumber lain

Setuju

Rajah 10 : Gambarajah aktiviti untuk proses peminjaman dan pemulangan Keperluan Pengguna

Keperluan pengguna dapat dibahagikan kepada dua jenis keperluan iaitu keperluan fungsian dan keperluan bukan fungsian. Namun begitu keperluan ini akan berubah dari semasa ke sama berdasarkan kepada permintaan dan keperluan semasa pengguna sistem ini.

Bagi keperluan fungsian, antara modul yang akan dibangunkan ialah modul untuk pentadbir sistem dan modul pengguna. Bagi modul pentadbir sistem terdiri daripada beberapa fungsi iaitu mengemaskini rekod peminjaman dan pemulangan, membina katalog dan melihat senarai rekod sumber peribadi. Manakala bagi modul pengguna pula terdiri daripada sub – modul maklumat ahli, sub – modul peminjaman dan pemulangan, sub – modul carian item dan sub – modul komuniti. Bagi sub – modul peminjaman dan pemulangan, antara fungsian peminjaman dan pemulangan yang terdapat di dalam sub - modul ini ialah mengemaskini rekod sumber bahan/item, mencetak, menempah sumber bahan/item yang dikehendaki, melihat paparan senarai sumber bahan/item dan juga membuat peminjaman dan pemulangan bahan/item. Yang mana jika keperluan fungsian ini dapat dipenuhi ia akan memudahkan individu mencari sumber bahan/item yang dikehendaki kerana carian dilakukan secara atas

(20)

1875

talian dan seterusnya dapat menjimatkan masa. Di samping itu, sistem ini akan memudahkan individu menyelenggara, mengemaskini dan memantau rekod sumber bahan/item mereka.

Bagi keperluan bukan fungsian pula pengguna semestinya mengharapkan memperoleh sistem yang dapat memberi persembahan yang baik dari segi interaktif yang mana mempunyai antaramuka yang ringkas dan mudah untuk digunakan serta dapat menarik lebih ramai individu untuk menggunakannya. Selain itu, sistem yang bakal dibangunkan mempunyai ciri mudah dicapai dalam masa yang singkat di mana sistem ini mudah dicapai. Seterusnya sistem ini dapat menampung kapisiti yang tinggi dalam satu – satu masa dan sudah tentunya selamat digunakan.

Permodelan Data dan Sistem Akan Datang (To – Be)

Berdasarkan pemahaman terhadap sistem semasa yang telah dipraktikkan setelah sekian lamanya, didapati bahawa dengan adanya sistem Sisteme - sharingini kelak merupakan suatu penambahbaikkan terhadap sistem manual semasa yang mana ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa pengguna malah pengguna dapat mengemaskinikan rekod sumber peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Teknik yang digunakan dalam pembangunan sistem ini ialah Business Process Automation (BPA) yang mana teknik ini akan mengubah dan mengautomasikan proses bisnes sedia ada, banyak penambahbaikkan dilakukan terhadap sistem semasa di mana, sistem secara manual akan digantikan dengan sistem berkomputer secara atas talian.

Penambahbaikkan ini akan menambahkan keefisyenan dan keefektifan proses peminjaman dan pemulangan dan juga proses pengurusan dan penyelenggaraan rekod sumber peribadi individu di dalam komuniti ini.

RajahUse – Case(Use – Case Diagram)

Rajah use case bagi sistem baru telah dikenalpasti. Terdapat dua rajah utama use – caseiaitu untuk rajahuse caseuntuk admin dan pengguna.

Untuk use case admin terdiri daripada berita terkini, hebahan, mengemaskini maklumat, melihat paparan, login dan logout. Admin bertanggungjawab mengemaskini maklumat senarai

(21)

pensyarah, pelajar dan senarai bahan yang terdapat di dalam sistem. Hebahan merupakan pengumuman, maklumat dan agenda terkini yang berlaku di fakulti. Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Hebahan Melihat Paparan Login Logout Mengemaskini Maklumat Berita Terkini Admin Aktifkan Akaun

Rajah 11 : GambarajahUse Caseuntuk Admin Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian

Bagi actor pengguna terdiri daripada pensyarah dan pelajar. Use case bagi pengguna terdiri daripada mengemaskini maklumat, forum, muat turun, muat naik, melihat paparan, login, logout.

(22)

1877 Pengguna Mesej Baru Balas Mesej Hebahan Login Logout Melihat Paparan Muat turun Mesej Pemulangan Mengemaskini Maklumat Pensyarah id_pensyarah nama email no_tel cari_item() muat_turun() muat_naik() mesej_baru() balas_mesej() hebahan_baru() pinjam_item() pulang_item() Tempahan Pinjaman <<include>> Semak Status <<include>> Pelajar no_matrik nama email no_tel cari_item() muat_turun() balas_mesej() pinjam_item() pulang_item() Muat naik

Rajah 12 : GambarajahUse Caseuntuk Pengguna Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian

(23)

Rekabentuk Sistem

Setelah proses rekabentuk secara UML dilakukan sistem boleh direkabentuk

dengan lebih terperinci, iaitu modul sistem dan senibina sistem dapat dikenalpasti dengan lebih terperinci. Sub topik dibawah menerangkan modul-modul sistem yang terlibat dan juga rekabentuk senibina sistem yang akan dibangunkan.

Modul Sistem

Sistem e - sharing terdiri daripada dua modul utama iaitu Modul Pentadbir dan Modul Pengguna.

Rajah 13 : Gambarajah Modul Sisteme - sharing

i. Modul Pentadbir

Bagi modul ini membolehkan pentadbir mengemaskini maklumat bahan/item dan pengguna. Di samping itu, pentadbir juga boleh melihat paparan bahan/item yang terdapat di dalam sistem dan juga pengguna

ii. Modul Pengguna

Modul pengguna terdiri daripada beberapa sub – modul - Sub – modul peminjaman dan pemulangan bahan

Sub modul ini membolehkan pengguna mengemaskini maklumat bahan. Memasukkan bahan baru untuk dikongsi bersama. Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini status bahan dari semasa ke semasa.

(24)

1879

- Sub – modul memuat turun atau memuat naik

Sub – modul ini membolehkan pengguna memuat turun atau memuat naik artikel atau bahan yang terdapat di dalam sistem. Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini atau menyelenggara maklumat bahan/item yang dimiliki. Pengguna juga boleh mencetak artikel atau bahan.

- Sub – modul maklumat ahli

Di dalam modul ini pengguna boleh mengemaskini maklumat dan untuk pengguna baru, perlu membuat pendaftaran menjadi ahli terlebih dahulu. - Sub – modul carian item

Sistem juga menyediakan fungsi carian kepada pengguna. Bahan – bahan carian dikelompokkan mengikut katergori item. Oleh itu, pengguna hanya perlu memasukkan katakunci carian untuk membuat carian yang mereka ingini.

- Sub – modul komuniti

Sub – modul komuniti merupakan modul tambahan di dalam sistem ini, di mana melalui perkhidmatan ruang forum, pengguna boleh berkongsi idea, pendapat, pandangan dan pengalaman masing – masing. Pensyarah merupakan moderator di dalam ruangan forum ini. Di mana pensyarah akan membuat topik baru. Berdasarkan topik tersebut pensyarah dan pelajar boleh membuat mesej baru dan membalas mesej. Selain itu, pensyarah boleh memasukkan hebahan ke dalam sistem.

Senibina Sistem

Rajah 14 menunjukkan rekabentuk senibina Sistem e - sharing. Pentadbir sistem bertanggungjawab menyelenggara dan mengemaskini segala maklumat sistem. Pengguna boleh melayari sistem dengan menggunakan Internet Explorer atau Netscape Navigator. Semua maklumat akan dicapai dan disimpan ke dalam repositori pangkalan data. Sistem ini memerlukan pelayan web untuk memastikan pengguna dan pentadbir mencapai sistem.

(25)

H an tarm ak lum at Re sp on Meny eleng gara Sistem M en ca pa im ak lum at R es po n Sim pa n m ak lu m at

Rajah 14 : Gambarajah Senibina Sistem Perkongsian dan Pengurusan Sumber Secara Atas Talian

Rekabentuk antaramuka

Secara umumnya, antaramuka merupakan bahagian yang agak penting dalam pembangunan sesebuah sistem. Antaramuka yang mudah dan mesra pengguna dapat mengubah persepsi pengguna terhadap sesuatu sistem. Oleh yang demikian, antaramuka perlulah ringkas dan menarik perhatian untuk digunakan. Antaramuka juga merupakan satu cara bagi pengguna berinteraksi dengan sistem.

Antaramuka juga penting bagi membolehkan pengguna mendapat maklumat dan panduan tentang bagaimana untuk menggunakan sistem. Malah antaramuka juga dapat berfungsi untuk memberi arahan kepada sistem untuk mewakili apa yang diperlukan oleh pengguna. Malah ianya juga penting untuk membolehkan kemasukan data ke dalam sistem dan untuk memproses data.Selain daripada itu, antaramuka penting bagi menyampaikan maklumbalas kepada pengguna dalam bentuk yang lebih sempurna.

Rekabentuk Pangkalan Data

Pangkalan data bertanggungjawab dalam penyimpanan data dan berupaya memberikan kesepaduan dan Perkongsian dan Pengurusan data. Pangkalan data ini mengandungi 19 jadual iaitu:

i. admin = (uid, username, passw, access, email)

(26)

1881

iii. berita = (no_berita, tajuk_berita, isi_berita, tarikh) iv. download = (dw_id, nama_fail, dw_file)

v. hebahan = (no_hebahan, tajuk_hebahan, tarikh, isi_hebahan)

vi. item = (id_item, nama_kategori, id_pensyarah, nama, ringkasan, tajuk, dw_file) vii. kategori_item = (id_kategori, nama_kategori)

viii. maklumat_pelajar = (no_matrik, nama, katakunci1, katakunci2, email, no_tel)

ix. maklumat_pensyarah = (id_pensyarah, nama, katakunci1, katakunci2, email, no_tel, foto_pensyarah)

x. mesej = (id_mesej, tajuk, no_matrik, nama_pensyarah, nama, tarikh, tajuk, isi)

Rekabentuk Program

Sistem e - sharing ini terdiri daripada dua modul utama dan empat sub – modul. Modul-modul yang terlibat ialah pentadbir dan pengguna. Manakala sub – sub modul pula terdiri daripada memuat naik dan memuat naik bahan, maklumat ahli, carian item dan komuniti. Modul-modul ini telah digambarkan pada Rajah 13 di atas.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya kertas cadangan ini menerangkan tentang cadangan pembangunan Sistem e - sharing. Kajian mendapati bahawa pembangunan sistem merupakan medium pemudahcara dalam berkongsi sumber bahan sesama individu di dalam komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar dan sebagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam latar belakang dan penyataan masalah. Di samping itu, objektif dan skop projek yang telah ditetapkan dapat dijadikan panduan dalam pembangunan sistem ini kelak. Diharapkan dengan adanya sistem ini, sikap ingin berkongsi di kalangan individu komuniti Kolej Komuniti Bandar Penawar dapat dipupuk dan disemai. Di samping itu, sistem pengurusan sumber secara berpusat ini akan dapat meningkatkan keefisyenan dan keefektifan dalam menguruskan sumber dan seterusnya memudahkan perkongsian berlaku di kalangan individu di dalam komuniti dan dapat memaksimakan kebolehadaan sumber bahan.

Rujukan

Alexandre, A, Martin, M, Tim, W. L., Wentling dan Reed, S. (2006), “Cultural influences on knowledge sharing through online communities of practice”.

(27)

Armstrong, A., Hagel, J. III (1996), "The real value of online communities", Harvard Business Review, pp.134-40.

Arms, W.Y. (1995), “Key concepts in the architecture of the digital library”, D-lib Magazine, available at http://www.dlib.org/dlib/July95/07arms.html

Bakewell, K.G. (1990), “Resource Sharing : Practice and Problems”, Library Management, Vol. 11, No.3.

Boettcher, S. (1999), “What types of virtual communities can I build and what tools are available?”, available at http://www.fullcirc.com/index.htm

Cleveland, G. (1998), “Digital libraries : Definition, Issues and Challenges”, UDP Occational Paper, Vol. 8, International Federation of Library Associations and Institutions, available at http://www.ifla.org/VI/5/op/udtop8/udtop8.htm

Dennis, A., Wixom, B. H. dan Tgarden, D. (2000), “System Analysis & Design : An Object – Oriented Approach with UML”. McGraw – Hill.

Guha, T. K. dan Saraf, V. (2005), “OPAC usability: assessment through verbal protocol”, The Electronic Library,Vol. 23 No. 4, pp. 463-473.

Hildreth, C.R. (1985), “Online public access catalogs”, in Williams, M.E. (Ed.), Annual Review of Information Science and Technology (ARIST), Vol. 20, Knowledge Industrial, Inc., New York, NY, pp. 232-85.

Matthews, J.R., Lawrence, G.S. and Ferguson, D.K. (1983), “Using online catalogs: a nationwide survey. A report of a study sponsored by the Council on Library Resources”, in Matthews, J.R. (Ed.), The Impact of Online Catalogs, Neal-Schuman, New York, NY.

O’Brien, A. (1994), “Online catalogs: enhancements and developments”, in Williams, M.E. (Ed.), Anuual Review of Information Science and Technology, Vol. 29, Learned Information, Medford, NJ, pp. 219-42.

Sridhar, M.S. (2004), “OPAC vs card catalogue: a comparativestudy of user behaviour”, The Electronic Library, Vol. 24, No. 2, pp. 175-83.

Rheingold, H. (2000). “The Virtual Community: Homesteading on the Electronic Frontier”. London: MIT Press.

Varnum, K. (1999), “Digital Library : Models and Implementations”, available at http://www.si.umich.edu/mdl/F94/essays/varnum/

White, N (2002), “Defining the purpose of Your Community”, available at http://www.fullcirc.com/

(28)

1883

Wu, J.J, Chang,Y.S. (2005). “Towards understanding members' interactivity, trust, and flow in online travel community”.

Referensi

Dokumen terkait

Proporsi kematian akibat sistem sirkulasi dan pernapasan lebih besar pada lansia berusia 65 tahun ke atas dibandingkan usia 55–65 tahun, sedangkan proporsi kematian akibat

dikarenakan titik didih fluida organik yang rendah. Kelebihan dari siklus ORC adalah mampu bekerja pada temperatur rendah. Pemanfaatan limbah panas ini mampu

Penelitian tersebut memperoleh hasil bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi siswa terhadap penerapan model pembelajaran kooperatif tipe tutor sebaya dengan

Bentuk-bentuk kalimat negatif yang ditemukan adalah kalimat negatif yang terbentuk dari not berjumlah 37 data, kalimat negatif yang terbentuk dari do yaitu don’t, doesn’t,

sumber daya yang dibutuhkan dalam mendukung proses  produksi pengolahan  bahan pangan nabati dan hewani menjadi  produk pembersih 3.7 Memahami proses  pengolahan bahan  pangan

Penelitian ini merupakan penelitian kuantitatif dengan menggunakan rancangan deskripsi analitik observasional yang dilakukan secara potong silang. Populasi pada

Adapun faktor yang menyebabkan berasosiasinya kedua jenis burung tersebut dengan vegetasi hutan mangrove yaitu seperti yang kita ketahui bahwa mangrove Rhizophora

• Hubungan dengan Publik Karyawan (employee Relations) Merupakan salah satu bentuk dari kegiatan internal publik relations yang menitikberatkan kepada hubungan antara