• Tidak ada hasil yang ditemukan

AL-DILALAH AL-SARFIYYAH DALAM PEMBELAJARAN ILMU SARF BAHASA ARAB. Muhammad Hosnee Bin Zainal Abidin, 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AL-DILALAH AL-SARFIYYAH DALAM PEMBELAJARAN ILMU SARF BAHASA ARAB. Muhammad Hosnee Bin Zainal Abidin, 1"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

AL-DILALAH AL-SARFIYYAH DALAM PEMBELAJARAN ILMU SARF BAHASA ARAB

Muhammad Hosnee Bin Zainal Abidin,1 mhosnee@ukm.edu.my

1

Unit Bahasa Arab,

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGENALAN

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang dipelajari di Malaysia, maka untuk memahaminya, perlu disesuaikan makna kalimah, ayat dan uslubnya dengan kefahaman orang Malaysia dengan tidak mengabaikan unsur budaya dan kefahaman orang Arab. Lazimnya, pembelajaran bahasa akan sentiasa diiringi dengan terjemahan dan di dalam ilmu terjemahan, proses penyesuaian ini disebut laras bahasa iaitu suatu persamaan atau perkongsian makna atau konteks di antara perkataan bahasa sumber dengan perkataan bahasa sasaran.

Terlebih dahulu, sebelum ditentukan laras bahasa tersebut, tidak boleh tidak, suatu proses penentuan makna perlu diteliti dan dinilai bagi menentukan apakah unsur kesamaan atau perkongsian makna antara keduanya. Maka untuk itu, ciri-ciri mengenai keduanya akan disenaraikan dan berpandukan perkara tersebut dibina tasawwur terlebih dahulu.

Tasawwur yang dimaksudkan di sini ialah suatu gambaran yang terbentuk di dalam pemikiran seseorang dan melaluinya dia dapat mengetahui hakikat sesuatu (Ab. Latif&Rosmawati, 2009). Sebagaimana yang disebutkan di dalam takrif di atas, tujuan membina tasawwur yang betul ini dan mengukuhkannya di dalam fikiran, adalah bertujuan “mengetahui hakikat sesuatu” yakni mengelakkan seseorang itu tersalah dalam memahami konteks sebenar sesuatu itu.

Pembelajaran unsur-unsur bahasa Arab sama ada kalimah, wazan atau sighah, ayat, uslub, bunga bahasa dan sebagainya amat unik sekali. Contohnya, dalam membina tasawwur mengenai sesuatu kalimah setiap unsur kalimah tersebut memainkan peranan dalam membina maknanya. Ini termasuklah sifat hurufnya, susunan hurufnya, makhraj hurufnya, wazan hurufnya, kedudukannya di dalam ayat dan pelbagai unsur lain yang perlu diteliti sehalusnya-halusnya bagi mendapatkan makna yang sesuai. Setiap unsur ini dinamakan al-Dal iaitu petunjuk, dan yang ingin difahami tentangnya iaitu makna tersebut dinamakan al-Madlul.

Konsep al-Dilalah ini, iaitu yang merujuk kepada al-Dal dan al-Madlul ini merupakan perbahasan penting di dalam membina tasawwur untuk memahami makna. Adapun pembelajaran bahasa itu tidak dapat diasingkan daripada memahami makna dan hasil daripada ini terbina satu hubungan di antara ilmu al-Dilalah dan pembelajaran bahasa.

Oleh kerana pembelajaran bahasa Arab terlampau luas, maka kajian ini memfokuskan kepada hubungan al-Dilalah dengan morfologi. Daripada itu, diperhatikan hubungan al-Dilalah al-Sarfiyyah dengan sighah seterusnya melihat pengaruh al-Dilalah al-Sarfiyyah dalam pembelajaran Ilmu Sarf.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014

disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti

Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

(2)

2

DEFINISI AL-DILALAH DARI SUDUT BAHASA

Al-Dilalah dalam Lisan al-cArab dibahaskan di bawah bab ل ل د , merujuk kepada kalimah al-Dalil (ليلدلا ) yang bererti sesuatu yang dijadikan rujukan dengannya, dan juga bermaksud petunjuk (لادلا )(Ibn Manzur 1968: 11/238). Dengan contoh ayat iaitu :

ةللاِدو ةلولدو ةللاَد هلدي قيرطلا ىلع هلد دقو

Terjemahannya : Sesungguhnya, dia telah menunjukkannya (seseorang) jalan tersebut, dan (dia) merujuk suatu petunjuk.

Menurut al-Jauhariy dalam kamus beliau al-Sihhah (al-Jauhariy t.t: 4/510), perkataan al-Dilalah itu berasal daripada: ةلولدو ةللادو ةللاد لدي لد . Beliau menyatakan makna al-Dilalah dari sudut bahasa bermaksud perkara yang dinisbahkan kepada sesuatu (لادلا ) atau yang menunjukkan sesuatu (هب لدتسي ام ).

Di dalam Taj al-cUrus karangan Sayyid Muhammad Murtada Husainiy al-Zabidiy di bawah bab ل ل د (1993:28/497), beliau menyebutkan beberapa pendapat berkaitan lafaz bacaan ةللاد dengan mengatakan Ibn Sayyidah membacanya hanya dengan Dilalah, manakala al- Saghaniyy menyebutkan ia boleh dibaca dengan Dilalah dan Dalalah dan mengatakan Dalalah lebih utama.

DEFINISI AL-DILALAH DARI SUDUT ISTILAH

Adapun dari sudut istilahnya, al-Dilalah itu ialah keadaan lafaz ketika ia dilafazkan dengan makna yang diingini berdasarkan maklumat yang diyakini (al-Zabidiy 1993:28/497) atau ketika ia digunakan dapat dibayangkan daripadanya makna yang ingin dikehendaki (al-Jurjaniy t.t) atau makna lafaz yang dipersetujui oleh ulama dan cendekiawan dalam sesuatu bidang keilmuan dari pelbagai cabang ilmu, atau pakar dari suatu bidang pekerjaan (Emel Yacakub t.t: 674).

Contoh lafaz “al-Dakhil”, ulama bahasa Arab mentakrifkan ia dengan maksud suatu lafaz bukan daripada bahasa Arab yang dibawa masuk ke dalam bahasa Arab, manakala ulama cArudh mentakrifkan lafaz yang sama dengan maksud huruf sahih di antara al-Rawiy dan al-Alif sebelum al-Rawiy” (Emel Yacakub t.t: 674).

Kesimpulannya, al-Dilalah itu adalah suatu maksud yang diingini bagi suatu lafaz ketika ia digunakan, dan ini bergantung kepada keadaan dan petunjuk yang menyokong makna tersebut.

ILMU SARF DAN AL-DILALAH AL-SARFIYYAH

Ilmu Sarf adalah ilmu yang berlegar perbahasannya sekitar kaedah pembinaan kalimah, beserta penerangan tentang keadaan dan bentuk binaan kalimah tersebut (al-Rajihi t.t:7), dan secara tidak langsung diterangkan kaedah dan fungsi binaan tersebut. Ilmu Sarf itu umumnya perbahasan mengenai kalimah atau sebahagian daripadanya dan ia membantu kepada pembinaan ayat, ia adalah perbahasan ilmu bahasa Arab kedua selepas ilmu al-Aswat sebelum ilmu Nahu (al-Rajihi t.t:7-8).

Beberapa istilah yang wajib diketahui di dalam ilmu Sarf antaranya Sighah, al-Abniyyah, dan al-Mabaniy. Istilah-istilah ini teras dan mempunyai perbahasan khusus dalam perbahasan ilmu Sarf. Kesemuanya mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan al-Dilalah (al-Jundi, 2007: 51).

Dr. Abdul Hamid Hendawi dalam buku beliau al-cIjaz al-Sarfiy Fi al-Quran al-Karim dengan menyatakan al-Sighah itu salah satu daripada ciri-ciri kalimah. Ia adalah suatu bentuk susunan kalimah yang terdiri daripada huruf-huruf di atas suatu bentuk khusus yang terkandung makna yang khusus. al-Bina’ dan al-Sighah mempunyai makna yang sama (2001/1422H:17). Kedua-dua istilah ini bermaksud binaan atau bentuk bagi suatu kalimah. Dirujuk kepada Ibn Jinni, beliau telah menulis dalam satu bab yang jelas pada menghubungkan al-Dilalah dan Sighah iaitu bab “Bab Fi Dilalah Lafziyyah, wa

(3)

al-3

Sinaciyyah wa al-Mcanawiyyah”. Di sini, Ibn Jinni jelas menyatakan bahawa al-Sighah atau al-Bina’ itu mempunyai Dilalahnya yang tersendiri.

Beliau menjelaskan perkara ini melalui wazan Ism Facil Qama iaitu Qaim (مئاق), Dilalah lafaznya (al-Dilalah al-Mcujamiyyah) menunjuk kepada peristiwa (ثدحلا) manakala al-Dilalah Sighahnya (al-Dilalah al-Sarfiyyah) menunjukkan kepada pelaku kepada perbuatan (orang yang berdiri) (Ibn Jinni 2001: 328).

Dr. Faiz membuat rumusan ringkas tentang al-Dilalah al-Sarfiyyah, dengan menyatakan Sarf itu membawa sesuatu perkataan akar – yang dimaksudkan adalah al-Dilalah asasnya – lalu meletakkannya di bawah satu tugasan tertentu, sebagaimana yang jelas terdapat di dalam mucjam – terkumpul di bawah suatu perkataan akar itu, cabang-cabang yang pelbagai peranan dan tugasannya (al-Dayah 1985:21).

Jika didirikan sepatah perkataan di atas al-Sighah Ism Facil, maka daripadanya terdapat al-Dilalah al-Mcujamiyyah dan juga al-Dilalah lain itu al-Dilalah al-Sarfiyyah iaitu pemilik/pelaku kepada perbuatan. Jika dipecahkan satu kalimah mengikut Ishtiqaq Sarf, maka di sana lahir pelbagai kalimah yang mempunyai al-Dilalah yang berbeza di antara satu sama lain, walaupun al-Dilalah al-Mcujamiyyahnya menunjukkan makna yang sama, tapi pada sudut al-Dilalah al-Sarfiyyahnya ia berbeza.

KEDUDUKAN AL-DILALAH AL-SARFIYYAH DI DALAM PERBAHASAN AL-DILALAH

Perkembangan zaman, melahirkan kajian yang lebih mendalam terhadap jenis-jenis al-Dilalah. Hasil daripada itu, pengkaji bahasa Arab, Dr. Faiz al-Dayah membuat kesimpulan di atas analisis yang beliau lakukan, bahawa al-Dilalah itu terbahagi kepada empat jenis (Faiz al-Dayah 1985:20), iaitu :

al-Dilalah al-Asasiyyah ataupun al-Mucjamiyyah al-Dilalah al-Sarfiyyah

al-Dilalah al-Nahwiyyah

al-Dilalah al-Siyaqiyyah al-Mauqiciyyah

al-Dilalah al-Asasiyyah adalah makna asas dan merupakan gabungan elemen asas kalimah iaitu huruf, yang kemudiannya dibentuk mengikut syarat Isytiqaq dan wazan sarfnya, dan kadang-kadang digunakan dengan makna sebenar (al-Dilalah al-Haqiqiyah) dan ada ketikanya dengan makna kiasan (al-Dilalah al-Majaziyah). Pada sebahagian lafaz/kalimah dalam sebahagian mucjam, turut tersusun di bawah makna asas ini : makna sarf Dilalah al-Sarfiyyah), makna nahu Dilalah al-Nahwiyyah) dan makna konteks (al-Dilalah al-Siyaqiah al-Mauqiciyyah) (Faiz al-Dayah 1985: 20-21).

Dr Yahya Mahmud al-Jundiy (2007: 32) juga berpendapat, kebiasaannya al-Dilalah itu terbahagi kepada empat jenis iaitu :-

Al-Dilalah al-Mucjamiyyah Al-Dilalah al-Sarfiyyah Al-Dilalah al-Nahwiyyah Al-Dilalah al-Sautiyyah

PERANAN SIGHAH HUBUNGANNYA DENGAN MAKNA

Ilmu Sarf, suatu ilmu yang membahaskan kaedah pembinaan kalimah, wazan atau sighah binaan kalimah tersebut serta peranan kalimah yang dibina di atas wazan atau sighah tertentu itu di dalam pembinaan ayat, dan ia adalah perbahasan ilmu bahasa Arab kedua selepas ilmu al-Aswat sebelum ilmu Nahu (al-Rajihi t.t:7-8).

Apabila diteliti daripada bab perbahasan sarf, maka didapati makna asas atau al-Dilalah al-Asasiyyah itu akan diperkembangkan maknanya menurut wazan atau sighah

(4)

4

kalimah. Kalimah ركش apabila dimasukkan ke dalam wazan Ism Facil lalu membentuk ركاش maka akan berkembang makna bersyukur kepada orang yang bersyukur.

Apabila ditukarkan wazan Ficl Madhi ركش kepada Mudharci ركشي maka berubah daripada telah bersyukur kepada sedang bersyukur atau akan bersyukur dan begitulah selanjutnya. Maka benar sebagaimana kaedah mengatakan, ىنعملا يف داز ىنبملا يف داز اذإ.

PERANANNYA DALAM P&P KEMAHIRAN BAHASA ARAB

Tercatat daripada analisis kajian yang dilakukan, di antara kelemahan pelajar di dalam memahami wazan atau pola perkataan khususnya dan ilmu Sarf umumnya adalah disebabkan pelajar belum lagi menguasai penggunaan dan fungsi pola-pola tersebut (Che Radiah Mezah, 2006). Tanpa menguasainya, maka mereka akan mengalami kekaburan dalam memahami makna dan perbahasannya (Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, 2006). Dengan kata lain, apabila mereka boleh memahami dan menguasainya, ia menjadi asas binaan yang baik untuk mereka menguasai peringkat tatabahasa, selain mempertingkatkan daya tumpuan dan minat mereka (Mohd Zaini, 2012).

Daripada pernyataan di atas boleh dibuat kesimpulan, “jelas atau kabur” dalam memahami makna kalimah atau ayat tidak terlepas daripada turut melihat penggunaan wazan Sarf terlebih dahulu. Walaupun terdapat Dilalah Asasiyyah atau Mu’jamiyyah bagi kalimah tersebut tetapi tidak memadai untuk menyimpulkan bahawa ia adalah makna kalimah tersebut semata-mata terutamanya apabila memahaminya daripada konteks ayat. Dengan kaedah “apabila berubah binaan kalimah, maka berlaku perubahan pada maknanya (makna cabangnya)” maka ia perlu diteliti terlebih dahulu daripada sudut al-Dilalah as-Sarfiyyah adakah terdapat unsur tambah kepada makna kalimah itu.

Makna itu merupakan tonggak kepada struktur Nahu Arab (Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, 2006) dan perlu diberi perhatian (Che Radiah Mezah, 2006) dalam P&P Bahasa Arab. Dalam pembelajaran Bahasa Arab, memahami makna itu penting, tambahan dari itu pembelajaran Bahasa Arab memfokuskan makna. Namun untuk menyampaikan makna atau menunjukkan kepada makna, ia tidak sama dengan membuat terjemahan bagi kalimah atau struktur ayat walaupun pada asasnya nampak serupa.

Dengan menerapkan konsep al-Dilalah dalam P&P, pengajar atau guru dapat membina kreativiti dalam penyampaiannya, pelajar pula dapat membina dan bermain dengan imaginasi dalam memahami kalimah. Sebagai contoh, َبَرَض . Guru yang faham akan al-Dilalah al-Asasiyyah akan menggunakan isyarat memukul tanpa perlu meluahkan maknanya. Murid yang melihat akan membina al-Dilalah tersebut di dalam mindanya. Ketika menyampaikan َبَّرَض maka guru akan mengulanginya banyak kali atau memanggil ramai pelajar menggayakannya atau apa sahaja kreativiti bagi menyatakan Dilalah al-Sarfiyyahnya iaitu ريثكتلا .

Al-Dilalah itu merupakan hubungan di antara makna dan kalimah yang mana ia itulah yang perlu disampaikan dalam P&P terlebih dahulu sebelum diungkapkan makna terjemahan atau laras bahasa yang sesuai daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu. Tujuannya, supaya terbina tasawwur di dalam minda pelajar tentang hubungan lafaz/kalimah dengan makna.

Pengetahuan dan kreativiti guru bahasa sangat penting dalam menyampaikan al-Dilalah al-Sarfiyyah kepada para pelajar. Jika guru tidak mempunyai pendekatan dan penguasaan yang baik dalam hal ini, maka objektif P&P tidak akan tercapai (Samat Buang, 1995). Ini kerana, ia bukan menyampaikan terjemahan tetapi menyampaikan petunjuk kepada makna kalimah. Dengan proses P&P yang kreatif dan penguasaan yang jitu, bukan sahaja pelajar mampu tertarik bahkan boleh mengingatinya. Lebih daripada itu, P&P berteraskan

(5)

al-5

Dilalah ini bukan semata-mata hanya berpaksikan guru, tetapi juga boleh diaplikasikan kepada berpaksikan murid.

KESIMPULAN

Hasil daripada kajian di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa di antara kelemahan pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab khususnya dan bahasa lain khususnya adalah kerana ketidakupayaan dalam memahami unsur tambah daripada wazan atau sighah Sarfiyyah. Maka untuk menanganinya adalah dengan mendalami perkara tersebut. Namun untuk menyediakan pembelajaran yang efektif terutamanya untuk para pelajar bukanlah dengan secara langsung didedahkan kepada terjemahan kerana ia hanya menerangkan sebahagian unsur sahaja iaitu makna asasi. Apa yang perlu diusahakan adalah dengan diaplikasikan konsep al-Dilalah di dalam pembelajaran tersebut sama ada melalui huraian atau isyarat yang berpaksikan guru atau boleh diaplikasikan suatu kaedah pembelajaran yang berpaksikan pelajar dengan berkonsepkan penerangan al-Dilalah. Sekali lagi diulangi di sini, pembelajaran berkonsepkan al-Dilalah bukanlah sama seperti terjemahan bahkan ia merupakan penerangan yang membuka minda dan membina tasawwur mengenai suatu perkataan, ayat, uslub, situasi dan sebagainya. Ia merupakan petunjuk kepada makna kalimah. Dan kajian ini mencadangkan agar terjemahan dalam pembelajaran tetap juga digunakan namun tidak semata-mata terjemahan bahkan perlu didahului dengan konsep al-Dilalah ini. Dengan keduanya dalam pembelajaran, dapat memberi kekuatan pada sudut kefahaman dan hafalan pelajar.

RUJUKAN

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali@Mat Zin. (2009). Pengantar Ilmu Mantik. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Hassan. (1999). Kesilapan Membina Ayat Asas Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Disertasi Sarjana Bahasa Moden, Universiti Malaya.

al-Hendawi, Dr Abdul Hamid. (2001). 'Ijaz Sarfiy Fi Quran Karim. Beirut: al-Maktabat al-'Asriyyah.

al-Jundi, Dr. Yahya Mahmud. (2007). Asalah Fi 'Ilm Dilalah. Dar Kutub al-Misriyyah.

al-Muslim Mustapa, Zamri Arifin. (2012). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab : Satu Tinjauan Literatur di Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (hlm. 278-285). Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Che Radiah Mezah. (2006). Kesilapan Leksikal Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Ibn Jinni, Abu al-Fath Uthman. (2001). al-Khasais. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa. (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaysia.

Mohd Zaini. (2012). Penekanan Ilmu Morfologi Dalam Buku Teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab (hlm. 190-205). Bandar Baru Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Hosnee Zainal Abidin. (2013). Ketepatan Padanan Terjemahan Dilalah

Al-Mu‘jamiyyah, Al-Dilalah Al-Sarfiyyah Dan Al-Dilalah Al-Nahwiyyah Dalam Terjemahan Hadith Dalam Syamail Muhammadiyah. Bangi: UKM Tesis Sarjana Pengajian Islam.

Samat Buang. (1995). Teknik Sumbang Saran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pelita Bahasa, hlm. 23-25.

Tammam Hasan. (2001). Al-Lughatul 'Arabiyah, Ma'naha, Wa Mabnaha. Maghribi: Dar ath-Thaqafah.

Referensi

Dokumen terkait

Kecilnya diameter batang bibit kelapa sawit hasil penelitian ini diduga karena perbedaan varitas bibit yang digunakan dengan bibit kelapa sawit menurut Sihombing (2013),

Että jos on niinku taustatuki kunnossa, että niinku on aikuisia, jotka välittää, niin semmosilla on paljon helpompaa kun niillä, jotka tavallaan joutuu tulee omillaan toimeen

Keadaan apapun yang sedang dialami anak (anak sakit, tidak taat, dll) orang tua harus percaya dengan iman bahwa saat mereka memperkatakan firman kepada anak, sesuatu yang baik

Dari penelitian yang telah dilakukan dapat ditarik kesimpulan, yaitu semakin cepat waktu tunggu yang digunakan dalam mendinginkan produk pengecoran logam dan

Belum ditemukenali dengan cermat dan akurat tingkat relevansi kompetensi lulusan Jurusan Teknik Elektro FTK UNDIKSHA dengan tuntutan kerja yang menjadi tugasnya

Metode yang digunakan pada penelitian ini adalah metode eksperimen dengan cara menguji kemampuan isolat Lactobacillus plantarum 1 R.1.3.2, Lactobacillus plantarum

Atas kuasa dan rahmat dan kemudahan yang telah diberikan- Nya, sehingga skripsi yang berjudul Studi Kelayakan Bisnis Usulan Investasi Perluasan Tempat Usaha (Studi

Hasil analisis statistik menunjukkan bahwa pengaruh dosis inokulum dan lama fermentasi terhadap kandungan bahan kering dan protein kasar menunjukkan interaksi yang