• Tidak ada hasil yang ditemukan

NORMA BAHARU UNTUK COVID-19: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOPs) UNTUK PUSAT MEMBELI-BELAH DI PULAU PINANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "NORMA BAHARU UNTUK COVID-19: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOPs) UNTUK PUSAT MEMBELI-BELAH DI PULAU PINANG"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

NORMA BAHARU UNTUK COVID-19:

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOPs) UNTUK PUSAT MEMBELI-BELAH

DI PULAU PINANG

TERMA PENAFIAN (DISCLAIMER)

SOP ini berfungsi sebagai garis panduan dan bukan dalam bentuk jaminan dan menjamin penyekatan terhadap penularan Covid-19 pada bila-bila masa. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membuat pernyataan, waranti atau jaminan mengenai garis panduan / SOP ini. Pemilik premis mempunyai tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai sentiasa dilaksanakan dan diamalkan.

(2)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

1. MELANTIK PENYELIA / JAWATANKUASA PEMANTAUAN UNTUK MEMASTIKAN PEMATUHAN SOP

1.1. Syarikat harus melantik penyelia atau jawatankuasa pemantauan untuk menghasilkan, melaksanakan dan meningkatkan keberkesanan operasi norma baharu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Penyelia / Jawatankuasa pemantauan mesti sentiasa merujuk kepada Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malysia, yang terdapat di http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm dan https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pembukaan-semula-ekonomi/

1.2. Penyelia / jawatankuasa pemantauan perlu memastikan pematuhan dengan keperluan operasi norma baharu. Peranan dan tanggungjawab penyelia / jawatankuasa pemantauan yang dicadangkan harus merangkumi, tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -

1.2.1. Menghasilkan dan melaksanakan langkah-langkah yang ditetapkan dalam garis panduan operasi norma baharu.

1.2.2. Melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan yang sewajarnya untuk meningkatkan keberkesanan garis panduan operasi norma baharu mengikuti garis panduan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

1.2.3. Langkah-langkah dan keperluan garis panduan umum operasi norma baharu disiapsediakan untuk pihak-pihak berkepentingan (seperti penyewa, kontraktor, pembekal, pelawat, pengunjung dan orang ramai) mengikut keadaan yang bersesuaian.

1.2.4. Sentiasa memastikan bahawa semua pekerja memahami dan mematuhi kehendak garis panduan yang telah ditetapkan.

1.2.5. Tabiat kebersihan diri semua pekerja harus diperhatikan dan penjarakan sosial yang selamat harus diamalkan di tempat kerja. Penyelia dan ahli jawatankuasa pemantauan harus melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa.

2. PROSES KOMUNIKASI UNTUK PEMATUHAN SOP

2.1. Untuk menyampaikan kepada pekerja – pekerja syarikat mengenai perkara berikut:

2.1.1. Perincian, ukuran dan keperluan garis panduan operasi norma baharu.

2.1.2. Peranan, tanggungjawab dan bagaimana mereka dapat menyumbang kepada keberkesanan garis panduan yang ditetapkan,

2.1.3. Implikasi dan akibat yang mungkin disebabkan oleh ketidakpatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan.

2.2. Penyelia / jawatankuasa pemantauan perlu menyiapkan dan mempamerkan Garis Panduan “Do’s & Dont’s” di kawasan strategik untuk panduan pengunjung, pekerja dan pihak – pihak berkepentingan pada setiap masa. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada pemeriksaan suhu badan secara harian, memperhatikan gejala pernafasan seperti batuk, symptom selesema atau gejala sesak nafas, dan sentiasa berwaspada dan mengamalkan

(3)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

amalan kebersihan yang baik, seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan mengamalkan tabiat pernafasan yang beretika.

2.3. Buku log mesti disediakan untuk pelawat, pekerja dan pihak berkenaan. Ia hendaklah disimpan dan dikekalkan sekurang-kurangnya 6 bulan dengan maklumat yang mencukupi untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

2.3.1. Rekod pencegahan dan buku log hendaklah direkodkan dan disahkan oleh penyelia atau jawatankuasa pemantauan setiap hari, manakala log suhu hendaklah disimpan oleh jabatan masing-masing.

2.4. Syarikat berkenaan perlu mendaftar dengan MySejahtera atau PGCare dan memaparkan kod QR yang unik di semua pintu masuk untuk tujuan pengesanan kontak rapat semua pelawat, pekerja dan pihak berkenaan.

2.5. Galakkan penggunaan media komunikasi alternatif untuk tujuan perjumpaan dan perbincangan seperti persidangan video, whatsapp atau panggilan telefon dengan pelawat untuk mengelakkan hubungan fizikal.

2.6. Mempromosikan dasar tidak berjabat tangan di pejabat.

3. PROSES PEMBERSIHANI DAN PENYAHKUMAN

3.1. Pusat membeli-belah dikehendaki untuk menjalankan aktiviti housekeeping seperti biasa.

3.2. Proses pembersihan dan penyahkuman harus dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali (3x) sehari untuk semua kawasan umum (termasuk kawasan makanan dan minuman (F&B)).

3.3. Buku log diperlukan untuk memantau kekerapan pembersihan dan penyahkuman di kawasan-kawasan yang terlibat.

3.4. Pusat membeli-belah harus menjalankan prosedur penyahkuman dan merekodkan di dalam buku log. Alat-alat pelindung diri seperti face mask dan sarung tangan (mengikut kesesuaian) juga perlu disediakan untuk pekerja dan / atau kontraktor yang menjalankan tugas penyahkuman serta menghasilkan prosedur untuk melindungkan pekerja-pekerja tersebut.

3.5. Langkah pencegahan dan pembersihan harus diseragamkan. Pusat membeli-belah adalah dinasihatkan untuk menggunakan air dan detergen (atau peluntur dengan kadar pencairan 1 peluntur dengan 49 air), manakala untuk kawasan yang telah disyaki bersentuhan dengan kes Covid-19 yang disahkan, produk pembersih yang mengandungi jumlah bahan aktif yang sesuai adalah disyorkan seperti berikut: -

(4)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

Bahan – Bahan Aktif Masa Sentuhan di Permukaan (min)

Accelerated Hydrogen Peroxide (0.5%) 1

Benzalkonium Chloride (0.05%) 10

Chloroxylenol (0.12%) 10

Ethyl Alcohol (70%) 10

Iodine in Iodophor (50 ppm) 10

Isopropanol (50%) 10

Povidone-Iodine (1% iodine) 1

Sodium Hypochlorite (0.05-0.5%) 5

Sodium Chlorite (0.23%) 10

Table 1.0 Bahan Aktif untuk penyahkuman Virus COVID-19

3.6. Kawasan umum termasuk, tetapi tidak terhad seperti berikut: -

a. Lift, eskalator, travellator, tangga, pintu pusing dan kawasan yang bersesuai termasuk tetapi tidak terhad kepada butang, pagar, pegangan atau mekanisme yang berkenaan.

b. Kaunter / kios maklumat, kaunter pembayaran tiket, dan bahan seperti peta dan menu yang dikongsi atau mekanisme yang berkenaan

c. Pintu (termasuk tombol pintu, pemegang atau mekanisme yang berkenaan) d. Tandas / Bilik Air / Ruang Persalinan Bayi / Bilik Penyusuan Ibu / Solat (Surau) e. Kawasan beratur

f. Pengangkutan seperti trem, people-moving system, kerusi roda, atau mana-mana mekanisme yang berkenaan.

g. Pintu Masuk, Foyer dan Lobi

h. Ruang menunggu atau makanisme yang berkenaan.

i. Restoran serta kawasan F&B

j. Kawasan awam (di dalam bangunan dan luar bangunan) k. Bilik Mesyuarat / Bilik Fungsi / Bilik Pembelajaran

l. Pantri / Kantin / Kantin untuk pekerja atau mekanisme yang berkenaan.

m. Kemudahan Lain (Auditorium / Amphitheatre / Pawagam / Atrium / Kawasan Tayangan / Bilik Mesyuarat dan lain - lain)

n. Ruang pameran atau mana-mana yang berkenaan.

o. Kawasan umum lain seperti kerusi / bangku dan meja, laluan pejalan kaki atau mana-mana yang berkenaan.

p. Kawasan belakang rumah, pejabat, ruang punggah, kedai, dapur dan lain-lain (di mana persiapan makanan atau bahan mentah terlibat, disyorkan penyahkuman secara selamat).

3.7. Pengurusan sampah dan sisa – sisa harus dijalankan seperti biasa.

(5)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

3.8. Tong sampah tertutup mesti disediakan di semua kawasan umum. Face mask hendaklah dibuang ke dalam tong sampah tertutup.

3.9. Kemudahan pembersihan tangan harus disediakan di semua kawasan umum. Sabun basuh tangan yang mencukupi mesti disiapsediakan di semua tandas dan tempat basuh tangan.

3.10. Memastikan amalan kebersihan pekerja yang baik

3.10.1. Rekod pencegahan dan buku log hendaklah direkodkan dan disahkan oleh penyelia atau jawatankuasa pemantauan setiap hari, manakala log suhu hendaklah disimpan oleh jabatan masing-masing.

3.10.2. Dengan menyediakan proses atau memaparkan bahan bacaan atau notis yang relevan untuk mendidik pekerja mengenai kawalan jangkitan dan amalan kebersihan diri serta etika pernafasan yang baik.

3.10.3. Dengan mematuhi dan melaksanakan COVID-19: MANAGEMENT GUIDELINES FOR WORKPLACES, ANNEX 25 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

3.11. Mempertimbangkan pembukaan tingkap untuk pencahayaan semula jadi dan pengudaraan yang lebih baik.

4. PROTOKOL UNTUK PENGUNJUNG / PELAWAT

4.1. Untuk memaparkan kod QR MySejahtera / PGCare di semua pintu masuk untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

4.2. Sentiasa memaparkan Garis Panduan “Do’s & Don’t’s” untuk semua pengunjung dan pelawat di lokasi – lokasi strategik pusat membeli-belah untuk panduan pengunjung / pelawat.

4.3. Penjarakan sosial mesti diamalkan di semua kawasan umum (seperti lobi, beranda, lif dll) dengan penanda fizikal yang dipaparkan berdasarkan jarak 1 meter antara pengunjung / pelawat termasuk barisan untuk kaunter pendaftaran masuk (Check in counter), restoran, lif dan sebagainya.

4.4. Para pengunjung /pelawat digalakkan memakai Face Mask semasa pendaftaran masuk, daftar keluar dan di semua kawasan umum.

4.5. Semua tempat duduk hendaklah diatur dengan jarak seperti berikut:

4.5.1. Kawasan umum:

Mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain

4.5.2. Kawasan F&B:

Jarak 2 meter antara meja mengikut keadaan yang bersesuaian. pusat membeli-belah juga perlu menetapkan jangka waktu makan maksimum yang bersesuaian untuk pengunjung mengikut masa operasi masing-masing untuk mengehadkan jumlah pelanggan di restoran pada satu-satu masa.

(6)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

4.6. Pusat membeli-belah mesti memeriksa suhu badan pengunjung sebelum membenarkan akses ke dalam premis (sama ada untuk proses pendaftaran masuk (check in), makan malam, perjumpaan atau mesyuarat di premis) dan memerhatikan pengunjung yang mengalami gejala pernafasan seperti batuk, selesema atau sesak nafas. Setiap pengunjung dengan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius dan / atau menunjukkan gejala pernafasan akan diminta untuk mendapatkan rawatan perubatan di mana- mana pusat perubatan berdekatan. Pengunjung yang mengalami sebarang gejala sepanjang lawatan tersebut mesti memaklumkan kepada pengurusan pusat membeli- belah dan pihak berkuasa kesihatan.

4.7. Semua penyewa pusat membeli-belah harus mengimplikasikan buku log untuk pelawat dan memaparkan kod QR MySejahtera / PGCare di pintu kemasukan untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

4.8. Pelawat yang tidak dapat mendaftar masuk melalui MySejahtera atau PGCare perlu mengisi Buku Log Tetamu / Pelawat untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

4.9. Format Buku Log Pengunjung / Pelawat Masa

(Time)

Nama (Contact Name)

Nombor telefon (Contact Number)

Suhu Badan (Body

Temperature)

Catatan / Simptom

(Remarks / Other Symptoms)

Tarikh / (DATE)

Jadual 2.0 Buku Log Pengunjung / Pelawat

4.10. Pengunjung / pelawat diminta untuk membuang face mask mereka ke dalam tong sampah yang tertutup.

4.11. Pengunjung / pelawat diminta untuk memaklumkan kepada pusat membeli-belah dan mendapatkan rawatan perubatan di pusat perubatan yang terdekat sekiranya menunjukkan gejala susah nafas semasa di pusat membeli-belah.

5. PROTOKOL UNTUK PEKERJA DAN PIHAK KETIGA YANG BERKENAAN / THIRD PARTY ASSOCIATE (VENDOR, PEMBEKAL, PENYEWA & KONTRAKTOR)

5.1. Memaparkan kod QR MySejahtera / PGCare di semua pintu masuk untuk tujuan pengesanan kontak rapat. Semua pekerja dan pihak ketiga diwajibkan mengimbas kod QR sebelum memasuki premis.

5.2. Amalan kebersihan diri untuk semua pekerja harus diperhatikan dan jarak yang selamat mesti diamalkan di tempat kerja pada setiap masa.

(7)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

5.3. Semua kawasan di mana interaksi antara pekerja dan pengunjung tidak dapat dielakkan, mesti mengamalkan tindakan pencegahan yang sepatutnya. Walaupun para pengunjung digalakkan memakai face mask, tetapi untuk pekerja diwajibkan memakai topeng muka yang sesuai pada setiap masa. Semua permukaan, barang dan kawasan persentuhan harus dinyahkuman dengan bahan pencuci yang disyorkan. pusat membeli- belah harus menyediakan pembersih tangan di semua titik interaksi, dan menggalakkan e-pembayaran mengikut keadaan yang bersesuaian.

5.4. Pengurusan perlu memaparkan garis panduan Do's and Don't untuk semua pekerja di lokasi yang strategi di seluruh pusat membeli-belah dan menyediakannya untuk rujukan setiap masa.

5.5. Setiap pekerja mesti direkodkan suhu badan dua kali sehari dan memantau gejala pernafasan seperti batuk, selesema atau sesak nafas. Log pemantauan suhu pekerja hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik untuk tujuan rekod dan ditunjukkan kepada jabatan kesihatan atau pihak berkuasa tempatan yang berkenaan sekiranya perlu.

Pekerja dan kakitangan pihak ketiga yang mencatatkan suhu badan lebih daripada 37.5 darjah Celsius atau lebih tinggi, dan / atau menunjukkan gejala pernafasan harus mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana pusat perubatan berdekatan dengan segera, dan tidak boleh dibenarkan bekerja atau dibenarkan masuk.

5.6. Format Buku Log Pekerja

Tarikh (Date)

Name & ID Pekerja (Employee Name

& ID)

Suhu Badan (Body

Temperature)

Catatan / simptoms

(Remarks / Other Symptoms) (AM) (PM)

Jadual 3.0 Buku Log Pekerja

5.7. Mana-mana pihak ketiga yang berkenaan memasuki premis untuk tujuan penghantaran barang atau perkhidmatan sedemikian harus diperiksa suhu badan dan dipantau gejala pernafasan seperti batuk, selesema atau sesak nafas sebelum penghantaran barang atau memasuki premis mengikut keadaan yang bersesuaian.

5.7.1. Pihak berkenaan yang menunjukkan suhu badan lebih daripada 37.5 darjah Celsius dan / atau menunjukkan gejala pernafasan susah diarah untuk mendapatkan rawatan perubatan segera di mana-mana pusat perubatan berdekatan, dan tidak boleh dibenarkan bekerja atau dibenarkan masuk.

5.7.2. Untuk pihak yang berada di premis tidak melebihi 4 jam, pihak ketiga harus diperiksa sekali dan log perlu disimpan dengan maklumat yang mencukupi untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

5.7.3. Untuk jangka masa di premis yang melebihi 4 jam, pemeriksaan suhu badan harus dilakukan dua kali dan rekod tersebut harus disimpan dengan maklumat yang mencukupi untuk tujuan pengesanan kontak rapat.

(8)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

5.8. Format Buku Log pihak ketiga / third party associate (kemasukan kurang dari 4 jam) Masa

(Time)

Syarikat & Nama (Company &

Name)

Nombor telefon (Contact

Number)

Suhu Badan (Body

Temperature)

Catatan / Remarks / Other Symptoms (TARIKH / DATE)

Jadual 4.0 Buku Log pihak ketiga (kemasukan kurang dari 4 jam)

Masa (Time)

Syarikat & Nama (Company & Name)

Nombor telefon (Contact Number)

Suhu Badan (Body

Temperature)

Catatan / Remarks / Other Symptoms

Jadual 5.0 Log pihak ketiga (kemasukan lebih dari 4 jam)

5.9. Pekerja yang kembali bekerja mesti menyatakan sama ada mereka pernah mengunjungi atau pernah ke kawasan yang terjejas oleh COVID-19 dan tidak menjalankan proses kuarantin, atau mana-mana pekerja yang berada di bawah Arahan Kuarantin dengan alasan sedemikian tidak dibenarkan bekerja. Borang pengisytiharan diri disyorkan untuk semua pekerja yang kembali bekerja setelah cuti.

5.10. Menyediakan bekalan face mask yang mencukupi dan kemudahan akses untuk kerap cuci tangan kepada semua pekerja dalam syarikat.

5.11. Menyediakan peralatan pelindung yang diperlukan seperti face mask dan sarung tangan mengikut keadaan yang bersesuaian. Mengadakan proses untuk melindungi pekerja dan / atau kontraktor yang melakukan kerja pembasmian kuman.

5.12. Memastikan pengamalan kebersihan diri yang baik

5.12.1. Dengan membangunkan proses atau memaparkan bahan bacaan / notis yang relevan untuk mendidik pekerja mengenai kawalan jangkitan dan amalan kebersihan serta etika pernafasan yang baik.

5.12.2. Dengan mematuhi dan melaksanakan COVID-19: MANAGEMENT GUIDELINES FOR WORKPLACES, ANNEX 25) yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

6. PROTOKOL UNTUK KEMUDAHAN DAN AKTIVITI DI PREMIS 6.1. Lobi / Kawasan Umum

(9)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

6.1.1. Mengehadkan atau mengawal jumlah pengunjung di kawasan umum dan lobi.

6.1.2. Mengehadkan pintu masuk / keluar untuk mengawal pergerakan pengunjung / pelawat.

6.2. Kemudahan dan Aktiviti di dalam Premis

6.2.1. Saranan Kerajaan Malaysia pada masa ini tidak membenarkan aktiviti kontak secara rapat. Larangan ini mengambil kira 3C (Crowded places, Confined places, Close conversation) dan menggalakkan amalan 3W (Wash, Wear and Warn) pada setiap masa untuk membanteraskan rantai penuluran virus COVID-19.

6.3. Kawasan F&B

6.3.1. Kedai makanan dan minuman di pusat membeli-belah hanya dibenarkan beroperasi untuk makan malam dan makanan bungkus (take away) sahaja, jamuan bufet adalah tidak dibenarkan.

6.3.2. Jarak 2-meter antara meja mengikut keadaan yang bersesuaian. Pusat membeli- belah juga perlu menetapkan jangka waktu makan maksimum yang bersesuaian untuk pengunjung mengikut masa operasi masing-masing untuk mengehadkan jumlah pengunjung di restoran pada satu-satu masa.

6.3.3. Kawasan F&B hanya dibenarkan untuk menerima pengunjung dalam kumpulan dengan pelaksanaan penjarakan sosial. (Contohnya makan malam syarikat / santapan korporat untuk pekerja / mesyuarat kumpulan / seminar).

6.3.4. Pengendali makanan diminta memakai face mask dan sarung tangan serta mengamalkan penjarakkan sosial sepanjang masa.

6.3.5. Operasi kafe / restoran dikehendaki untuk mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna (KPDNHEP) dan Majlis Tempatan (MBPP / MBSP) dengan sewajarnya.

(10)

Dokumen ini disiapkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ia adalah tertakluk kepada pindaan dan kemas kini dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layani: -

AMMK Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Tingkat 52, KOMTAR, 10503 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

T: +604-6505133 / 2619888 https://petach.gov.my/

“Pelonggaran kawalan pergerakan

bukan bermakna gaya hidup kembali

kepada ‘normal’. Anda

bertanggungjawab untuk menjaga

keselamatan diri, keluarga dan

komuniti anda. JADIKAN IA SEBAGAI

TANGGUNGJAWAB ANDA."

Gambar

Table 1.0  Bahan Aktif untuk penyahkuman Virus COVID-19

Referensi

Dokumen terkait

rafflesiae ini amat diperlukan dalam menghuraikan dengan terperinci ciri anatomi dan mikromorfologi daun pada keratan rentas petiol, tulang daun, lamina, tepi daun, batang, akar dan

Kesimpulan Ibu dengan tingkat pendidikan lebih tinggi, memiliki sikap percaya dengan adanya Covid-19, setuju dengan pencegahan Covid-19 pada anak, dan pernah mendapat

Penelitian ini bertujuan untuk membuktikan bahwa masih terjaganya produksi dan distribusi di industri rotan Desa Trangsan bahkan pada era pendemi COVID 19, serta penelitian ini

5.00 PETANG.. Status COVID-19 di Sarawak. i) Status Kemasukan Semasa di Hospital Merawat. Positive Cases Previous Cumm.. ii) Perincian kes-kes COVID-19 baharu yang dilaporkan

Sumber Bahan/ Referensi PENDAHULUAN Apersepsi: hambatan- hambatan yang dialami mahasiswa ketika akan berbicara di depan publik 15” diskusi Laptop, power point dan LCD

Kajian yang dijalankan dalam populasi di Malaysia berhubung impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental telah dijalankan oleh Hemavathi et al., (2020) pula

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke