• Tidak ada hasil yang ditemukan

RAHSIA #1: Produk / Perkhidmatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "RAHSIA #1: Produk / Perkhidmatan"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1

(2)

2

RAHSIA #1: Produk / Perkhidmatan

Sebelum anda memutuskan untuk menceburi perniagaan internet, anda haruslah bersedia dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dijual. Anda boleh memilih untuk menjual produk fizikal, produk digital atau mempromosikan perkhidmatan anda.

Produk Fizikal – Produk seperti buku, pakaian, peralatan elektrik, makanan, aksesori, penggera keselamatan, peta, jam antik dan sebagainya. Namun tidak semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet seperti ikan masin, makanan yang berbau atau cepat rosak kerana dikhuatiri barangan ini akan rosak ketika proses penghantaran dilakukan.

Produk Digital – Produk seperti ebook, kad viral, grafik ataupun perisian komputer. Kebanyakan peniaga internet memilih produk digital kerana kos penghantarannya yang sangat minimum atau langsung tiada. Contohnya, pembeli hanya perlu memuat turun ebook yang dibeli, dan penjual tidak perlu membayar yuran pos untuk penghantaran.

Perkhidmatan – Anda mempromosikan kepakaran anda kepada orang ramai supaya mereka akan meminta perkhidmatan anda. Dengan itu, anda akan mendapat upah bagi setiap perkhidmatan yang dikenakan. Contoh perkhidmatan ialah merekabentuk laman web, grafik, khidmat kaunseling, melukis, akauntan, fotografi, membina kad bisnes, menggubah bunga, mengandam, jurusolek dan sebagainya.

(3)

3

Tips: Saya amat menggalakkan anda menjual berdasarkan pengetahuan dan kepakaran anda. Jika anda pakar dalam bidang fotografi, anda seharusnya menawarkan khidmat fotografi kepada pelanggan anda. Kemudian anda boleh ubah kepakaran ini kepada produk digital iaitu dengan menulis tentang tips-tips mengambil foto ataupun menjual foto-foto yang telah anda ambil. Pada masa yang sama, anda telah mengaut keuntungan dari 3 perniagaan sekaligus.

Ada satu lagi cara untuk mendapatkan produk untuk dijual ialah dengan mendapat produk yang disertakan dengan lesen Master Resell Rights (MRR) atau Private Label Rights (PLR).

MRR – Produk ini boleh dijual semula dengan harga yang anda tetapkan sendiri, tanpa perlu membayar sebarang royalti kepada sesiapa. 100% keuntungan milik anda. Cuma anda tidak dibenarkan mengedit kandungannya.

PLR – Produk ini juga boleh dijual semula cuma bezanya ialah anda boleh mengubah isi kandungan produk ini termasuk meletakkan nama anda sebagai penulisnya / penciptanya.

Walau bagaimanapun, anda harus bijak memilih produk MRR / PLR ini dengan menilai isi kandungannya. Pastikan produk tersebut benar – benar berkualiti dan persaingan pun tidak terlalu besar kerana ramai orang diluar sana turut menjual produk yang sama.

Kelebihan produk MRR / PLR ialah anda tidak perlu pening kepala mencipta produk sendiri. Sesetengah produk didatangkan sekali dengan surat jualan (salesletter), jadi tentu lebih mudah bagi anda membina laman web.

(4)

4

RAHSIA #2: Sistem Bayaran

Anda juga harus menyediakan sistem bayaran yang memudahkan untuk para pelanggan anda. Jika sistem pembayaran anda terlalu leceh atau terlalu banyak prosedur seperti perlu klik banyak butang, para pelanggan akan merasa terbeban atau merasa tidak selamat untuk membeli dari anda. Ini akan mengakibatkan mereka membatalkan niat mereka untuk membeli dari anda walaupun pada mulanya mereka sangat teruja untuk memiliki produk anda.

Sistem bayaran anda juga seharusnya selamat, iaitu tidak mendedahkan maklumat akaun atau menyelewengkan pembayaran pelanggan anda kepada pihak tertentu. Oleh itu, gunakan ‘merchant service’ yang diakui sah seperti PayPal, 2checkout (2CO) ataupun World Pay. Ini sangat penting khususnya bagi menerima pembayaran melalui kad kredit / kad debit, dan umumnya untuk semua transaksi perbankan seperti bank transfer, cash deposit, maybank2u, CIMB Clicks dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan servis

‘Payment Gateway’ seperti senangpay.my

Selain itu, seharusnya juga anda menyediakan pilihan cara pembayaran kepada pelanggan anda. Jika anda hanya menetapkan satu cara bayaran sahaja, tidak semua pelanggan akan boleh menggunakannya. Contohnya, anda hanya menyediakan pembayaran melalui Maybank sahaja.

Bagaimana pula jika pelanggan anda tinggal di kawasan yang tiada Maybank? Tentu menyusahkan mereka kan…

Semestinya mereka tidak akan membeli dari anda dan beralih ke pesaing anda yang menyediakan sistem bayaran yang lebih sesuai. Oleh itu, cuba pelbagaikan sistem bayaran anda.

(5)

5

Contohnya:

Untuk memesan, sila depositkan RM100 ke salah satu akaun berikut:

Maybank: 1111 1111 1111 CIMB: 2222 2222 2222 BSN: 3333 3333 3333

Kemudian faxkan atau scan slip pembayaran anda kepada saya melalui fax:03-8888888 atau email: email@saya.com ATAU

Jika menggunakan kad kredit / kad debit, klik butang PayPal dibawah dan emailkan kepada saya butir – butir pembayaran anda.

*Butang PayPal Disini*

Lihat, pelanggan anda memiliki pilihan sistem pembayaran yang memudahkan mereka. Sudah tentu mereka merasa selesa membeli dari anda. Itulah rahsianya, sediakan sistem bayaran yang memudahkan.

(6)

6

RAHSIA #3: Informasi

Cuba anda fikirkan, mengapa ramai orang melayari internet? Adakah hanya untuk berchatting? Mungkin ya, tetapi lebih dari 70% pengguna internet menggunakan internet untuk mencari maklumat ataupun informasi samada untuk keperluan sendiri atau keperluan syarikat dimana mereka bekerja. Sebab itu juga internet dianggap Information Technology (IT), kerana fungsinya yang banyak memberi maklumat tentang apa sahaja.

Oleh itu, laman web anda juga harus mempunyai informasi yang banyak dan memenuhi kehendak para pelayar internet. Walaupun anda berniat menggunakan laman web sebagai surat jualan untuk perniagaan anda, jangan lupa bahawa pengguna memerlukan informasi sebelum membeli dari anda. Laman web yang tiada informasi, hanya penuh dengan ayat promosi produk sahaja tidak akan dilayan oleh pengguna internet kerana beranggapan tiada ilmu atau pengetahuan yang boleh mereka dapat di laman web anda.

Anda juga akan dilihat sebagai seorang yang ingin mengaut keuntungan semata – mata dan tidak profesional.

Untuk menjadikan laman web anda digemari ramai dan sering dilawati, sediakan informasi yang banyak di laman web anda. Contohnya anda menjual buku ‘Tips Membaiki Kereta’, anda boleh letakkan informasi mengenai punca – punca kerosakan kereta, tips bagaimana menjaga enjin kereta ataupun cara – cara memandu yang akan mengurangkan kerosakan pada kereta. Bagi mereka yang meminati dunia permotoran, informasi seperti inilah yang akan dicari oleh mereka dan laman web anda pasti akan menjadi tumpuan.

(7)

7

Apabila menjadi tumpuan, peluang untuk anda menjual buku anda adalah besar kerana mereka beranggapan anda pakar dalam bidang tersebut.

Dengan meletakkan banyak informasi di laman web, anda akan kelihatan profesional dan pakar dalam apa yang anda bincangkan di laman web anda. Ini akan membuatkan rasa percaya dan yakin di kalangan pelawat untuk membeli daripada anda. Laman web anda juga akan sentiasa diingati.

Contohnya: seorang kawan bertanya,“Mana kau dapat informasi ni?” lalu kawan yang seorang lagi menjawab,

”Ala..kat motor.com la”. Laman web anda akan disebut selalu dan perniagaan anda akan kelihatan besar walaupun dilakukan anda seorang sahaja.

(8)

8

RAHSIA #4: Domain Name

Domain Name ataupun nama domain merupakan nama laman web anda. Contohnya, google.com, amimnajmie.com, buatduitusd.com dan sebagainya.

Anda harus bijak memilih nama domain untuk laman web anda. Nama domain yang pendek, ringkas dan bermakna akan mudah diingati serta ditaip. Elakkan menggunakan nama domain yang panjang atau menyebabkan kekeliruan kepada pengguna.

Contoh nama domain yang ringkas dan pendek (digalakkan):

www.yahoo.com www.google.com www.cayalah.com www.mudah.com.my www.lelong.com.my

Contoh nama domain yang panjang (tidak digalakkan)

perusahaanmembinabangunan.com

(boleh dipendekkan kepada binabangunan.com)

teknikmembaikimotorsikal.com

(boleh dipendekkan kepada baikimotor.com)

panduan-menanam-kelapa-sawit.com (boleh dipendekkan kepada sawit.com) Contoh nama domain yang mengelirukan

(9)

9

www.product2u.com

Mungkin ditaip www.product2you.com Mungkin ditaip www.producttoyou.com

Mungkin juga ditaip www.product-two-u.com

Kecuali anda mempunyai modal besar untuk mempromosi laman web anda seperti Maybank yang mempromosikan maybank2u.com, anda bolehlah meletakkan nama domain anda seperti ini.

Nama domain seharusnya mempunyai kaitan dengan laman web anda. Contohnya anda menjual kain batik, maka nama domain anda ialah www.batik.com. Jangan pula anda letakkan www.bungacantik.com, walaupun bunga ada kaitan dengan corak batik. Ini akan memesongkan perhatian para penggemar batik kerana beranggapan anda menjual bunga.

Oleh itu, anda harus bijak memilih nama domain agar laman web anda sentiasa dikunjungi, diingat seterusnya menghasilkan jualan. Saya ucapkan selamat berjaya dalam memilih nama domain!

(10)

10

RAHSIA #5: Hosting Berbayar

Hosting ialah tempat dimana anda meletakkan laman web anda. Jika diumpamakan dengan perniagaan fizikal biasa, hosting ibarat tanah dimana anda menyewa untuk kedai anda. Nama domain pula umpama papan tanda kedai anda.

Ada 2 jenis hosting iaitu berbayar dan percuma. Bagi para newbie atau yang masih baru dalam perniagaan internet, ramai yang berfikir untuk memilih hosting percuma untuk menjimatkan kos. Antara hosting percuma ialah Geocities, 007sites, CEDhost dan TopCities. Anda boleh lihat banyak lagi dengan menaip ‘free web hosting’ di enjin pencari.

Namun, penggunaan hosting percuma tidak digalakkan.

Terdapat beberapa kekurangan yang akan menurunkan reputasi laman web anda. Apabila anda menggunakan hosting percuma ini, anda dikehendaki menayangkan iklan – iklan mereka di laman web anda. Kadang kala, server yang digunakan turut mengalami masalah dan agak sukar untuk dibaiki selain bantuan teknikal yang lambat. Apabila laman web anda dibanjiri dengan iklan, fokus pelawat web anda akan beralih, daripada menumpukan perhatian terhadap apa yang anda tawarkan mereka mungkin tertarik dengan iklan yang dipaparkan.

Selain itu, laman web anda juga akan kelihatan begini:

geocities.com/webanda atau webanda.net007.net. Ini menyebabkan perniagaan anda seolah-olah tidak serius.

(11)

11

Bayangkan anda seorang jurutera yang membina pejabatnya diatas tanah setinggan. Adakah itu kelihatan profesional?

Oleh itu, gunakan hosting berbayar agar laman web anda kelihatan profesional dan berprofil tinggi. Contohnya:

webanda.com, webanda.com.my, webanda.net. Harga untuk mendapatkan hosting berbayar ini tidaklah begitu mahal iaitu antara RM60-RM100 untuk setahun. Anda boleh bandingkan harga yang ditawarkan oleh penyedia hosting sebelum membuat pembelian. Saya mencadangkan anda mendapatkan hosting dari penyedia hosting tempatan seperti www.netkl.com. Bantuan teknikal mereka pun sangat memuaskan disamping harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Jika anda benar-benar serius menjadi usahawan internet, hosting berbayar adalah pilihan yang tepat. Cuba anda lihat disekeliling, tidak ada seorang pun usahawan internet yang Berjaya, yang menggunakan hosting percuma.

Mungkin sebagai permulaan atau percubaan, anda boleh menggunakan hosting percuma ini. Namun jika perniagaan anda mula berkembang, eloklah bertukar kepada hosting berbayar.

(12)

12

RAHSIA #6: Fokus

Salah satu ciri laman web yang efektif ialah laman web yang fokus. Maksudnya ialah laman web tersebut hanya menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja.

Ramai peniaga di internet cuba mempelbagaikan produk mereka didalam satu laman web dengan harapan akan mengaut banyak keuntungan dan menjimatkan kos. Tetapi anggapan ini tidak 100% betul, malah ada yang mengalami kerugian yang teruk. Hmm..kenapa?

Jika laman web anda mempelbagaikan produk, fokus para pelawat web anda akan hilang. Mungkin mereka melihat produk A sangat sesuai untuk mereka, tetapi tiba-tiba mereka ternampak produk B yang lebih baik. Pada masa itu, fokus utama mereka terhadap produk A telah hilang. Pada masa yang sama mereka keliru untuk memilih mana satu yang terbaik untuk mereka dan kemungkinan mereka menangguhkan hasrat untuk membeli atau beralih ke pesaing anda. Nah, anda sudahpun kehilangan seorang pelanggan 

Kebaikannya jika anda memfokuskan satu produk untuk satu laman web anda, pelawat yang datang akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda tawarkan. Dengan menumpukan perhatian, secara tidak langsung ia membangkitkan rasa teruja terhadap produk anda dan tidak mustahil mereka akan membeli dari anda 

Ingat, keuntungan yang kecil jika digandakan akan mendatangkan keuntungan yang besar. Menggabungkan

(13)

13

pelbagai produk dalam satu laman web bukanlah satu tindakan yang terbaik, sebaliknya laman web yang fokus kepada 1 produk akan menghasilkan keuntungan.

1 laman web, 1 produk!

(14)

14

RAHSIA #7: Autoresponder

Salah satu rahsia laman web yang efektif atau banyak menghasilkan jualan ialah laman web yang lengkap dengan sistem Autoresponder. Penggunaan autoresponder banyak diaplikasikan oleh usahawan-usahawan internet untuk mempromosi, menyampaikan maklumat ataupun membuat pengumuman kepada para pelanggan mereka.

Autoresponder merupakan satu sistem yang akan menghantar email secara automatik kepada prospek atau pelanggan anda mengikut jangka masa yang anda tetapkan.

Mungkin kali pertama pelawat melawat laman web anda, mereka tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak pada masa itu. Oleh itu, sediakan borang Opt-In beserta sistem autoresponder. Dapatkan email mereka dengan menawarkan sesuatu yang percuma untuk mereka. Contohnya sebegini:

Dapatkan Ebook Rahsia Web Efektif secara PERCUMA dengan mengisi borang dibawah

Nama Email

Setelah mendapatkan email mereka, mulakan kempen email anda menggunakan autoresponder. Anda boleh setkan email-email follow up anda mengikut jangka masa yang anda

HANTAR

(15)

15

tetapkan seperti 1 hari, 3 hari, 4 hari atau 6 hari selepas prospek mengisi email mereka. Ini adalah kerana biasanya prospek anda membeli selepas email follow up yang ke lima atau ke enam.

Anda juga boleh menggunakan autoresponder untuk mengendalikan kursus melalui email. Dengan mengendalikan kursus, anda akan dilihat sebagai pakar dalam apa yang anda promosikan. Contohnya, anda boleh mengendalikan kursus

‘Bagaimana Menghasilkan Laman Web Yang Efektif Dalam Masa 7 Hari’. Apapun, gunakan kreativiti anda untuk mengoptimakan autoresponder.

(16)

16

RAHSIA #8: Tagline dan Logo

Apakah yang terbayang difikiran anda apabila seseorang menyebut “Sedap Hingga Menjilat Jari”? Saya pasti anda akan teringatkan KFC. Bagaimana pula dengan tagline “Just Do It”? Tentu anda teringat jenama Nike. Inilah tagline yang digunakan oleh syarikat tersebut untuk menggalakkan orang ramai mengingati mereka.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda bersedia dengan tagline anda? Jika belum, cuba dapatkan. Tagline anda tidak perlu panjang, tetapi ringkas, mudah diingati dan memberi makna. Contohnya, anda menjual batik. Jadi tagline anda mungkin boleh jadi begini: “Batik Terbaik Untuk Anda”

atau “Anggun Ibarat Puteri”. Paparkan tagline anda disetiap halaman web anda, produk anda, risalah-risalah ataupun kad bisnes anda. Dengan cara ini, perniagaan anda akan mudah diingati.

Begitu juga dengan logo. Anda seharusnya meletakkan logo perniagaan anda disetiap halaman web anda. Logo merupakan lambang perniagaan anda. Logo anda juga tidak semestinya mengandungi unsur grafik yang rumit. Sebaliknya logo yang ringkas akan mudah diingati. Anda boleh lihat logo McDonalds, Nike, Adidas mahupun Microsoft. Adakah logo mereka terlalu rumit? Tidak, tetapi ianya tetap segar diingati semua orang! Inilah rahsia bagaimana laman web anda akan sentiasa diingati dan dilawati!

Baiklah, jika anda belum lagi mempunyai logo atau tagline, dapatkan sekarang! Kemudian, paparkan logo dan tagline anda di laman web anda, kad bisnes, risalah dan

(17)

17

letterhead. Logo dan tagline yang kecil atau ringkas mampu menjadikan laman web anda kelihatan seperti perniagaan yang besar dan profesional.

(18)

18

RAHSIA #9: Grafik Yang Minimum

Jika anda mahu laman web anda menjual dengan banyak, sediakan satu laman web yang ringkas tetapi padat dengan informasi disamping surat jualan yang memukau.

Dengan memenuhkan laman web anda dengan grafik, ia bukanlah jaminan untuk laman web anda akan laku. Namun anda boleh abaikan nasihat ini jika perniagaan anda menjual atau merekabentuk grafik.

Ramai orang beranggapan dengan meletakkan grafik yang canggih akan membuatkan laman web tersebut menjadi laku.

Walau bagaimanapun, laman web yang tiada grafik juga akan menjejaskan perniagaan anda. Oleh itu, sediakan grafik yang sederhana tetapi menarik. Contohnya, jika anda menjual ubat untuk menyuburkan rambut, sediakan gambar seorang lelaki yang berkepala botak dan gambar beliau dengan rambut selepas menggunakan produk anda. Itu sudah cukup untuk memberitahu pelawat anda bahawa produk anda memang berkesan!

(19)

19

RAHSIA #10: Testimoni

Testimoni merupakan pandangan ataupun pendapat para pengguna yang telah mendapatkan produk anda.

Mereka akan komen mengenai kebaikan produk anda.

Komen – komen mereka ini anda boleh letak di laman web anda untuk mempengaruhi pelawat lain untuk membeli produk anda.

Cara untuk mendapatkan testimoni adalah sangat mudah, kebiasaannya melalui 2 kaedah yang simple:

Langkah1:

Email para pelanggan yang telah mendapatkan produk anda, minta mereka menulis pendapat mereka tentang produk anda selepas menggunakannya. Minta mereka memberi testimoni yang baik serta ikhlas. Kemudian, letakkan testimoni mereka di laman web anda. Adalah lebih baik jika anda meminta pemberi testimoni tersebut menyertakan sekali gambar serta alamat URL mereka. Dengan ini, testimoni anda akan nampak kukuh.

Langkah 2:

Anda ingin meletakkan testimoni sebelum laman web anda dilancarkan, bagaimana nak buat? Senang, edarkan produk anda secara percuma kepada kenalan anda dan mintalah mereka memberikan pendapat mereka tentang produk anda.

Minta juga mereka menyertakan gambar serta alamat URL (jika ada). Cara ini juga amat sesuai jika anda ingin meminta

(20)

20

usahawan-usahawan internet yang mempunyai reputasi yang besar untuk memberikan testimoni.

Kebaikan meletakkan testimoni di laman web anda ialah ianya akan menguatkan lagi bahawa produk anda berkualiti kerana ada yang sangat gembira dengan produk anda itu.

Secara tidak langsung, pelawat yang melawat laman web anda tidak akan ragu-ragu akan kualiti produk anda.

NOTA: Jangan meletakkan testimoni palsu. Cara ini amatlah tidak beretika dan berniat menipu orang ramai. Ada sesetengah laman web memaparkan testimoni palsu. Anda juga boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh privasi seseorang tanpa kebenaran disamping memusnahkan reputasi anda sebagai usahawan internet.

Oleh itu, dapatkan testimoni dengan cara yang sah dan beretika.

(21)

21

RAHSIA #11: Percuma

Hmm..apa yang percuma ya? Habislah perniagaan saya jika semuanya percuma! Jangan salah anggap tajuk perbincangan ini. Maksud saya ialah sediakan sesuatu yang percuma untuk pelanggan anda, jika mereka membeli dari anda.

Ada sesetengah kes dimana ada pelanggan yang membeli produk hanya untuk mendapatkan hadiah percuma sahaja. Jika anda menawarkan sesuatu yang istimewa untuk mereka, mereka akan merasa apa yang mereka laburkan adalah berbaloi…senang cerita, mereka dapat lebih daripada apa yang mereka bayar. Akhirnya, laman web anda menjadi tumpuan.

Jika anda menjual buku ‘Panduan Membaiki Kereta’, anda boleh berikan pembeli anda sebuah buku ‘Bagaimana Memilih Kereta Idaman’ atau berikan mereka percuma alat penjimatan minyak. Bonus atau pemberian percuma anda tidak terhad kepada produk digital atau fizikal sahaja, malah anda boleh tawarkan kepada mereka voucher pembelian untuk produk anda yang lain atau membeli belah di Giant, Carrefour atau apa sahaja. Tawarkan juga khidmat pelanggan secara percuma agar mereka melihat anda seorang peniaga yang benar-benar ikhlas dan profesional.

Harus diingat juga, jangan berikan pelanggan anda bonus ‘sampah’ yang tidak berkualiti dan lapuk. Contohnya, anda menjual ‘Panduan Membaiki Kereta’, jangan pula anda berikan ‘Resepi Masakan Melayu’ kepada pelanggan anda, kerana bonus yang anda tawarkan tiada kaitan langsung

(22)

22

dengan produk anda. Ini menyebabkan anda kelihatan

‘hentam keromo’ sahaja dalam perniagaan.

Oleh itu, sediakan bonus yang benar-benar berkualiti dan dapat membantu pelanggan anda. Dengan menyediakan bonus yang berkualiti, jualan laman web anda akan meningkat sekurang-kurangnya 50%. Berikan lebih kepada pelanggan anda!

(23)

23

Penutup…

Semoga topik yang dibincangkan akan membantu anda untuk memajukan lagi perniagaan anda. Apa yang penting ialah, anda lakukan segala tips-tips dan panduan yang dibincangkan untuk melihat hasilnya. Sekadar mengetahui sahaja tidak memadai jika tidak melakukannya.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada anda. Perniagaan internet mampu mengubah kehidupan anda jika dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh.

Terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Dari satu sudut, Internet menawarkan pasaran yang terbuka luas kepada entiti perniagaan atau sesiapa sahaja yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang boleh dtawarkan kepada

Namun, instrumen-instrumen Hak Asasi Manusia tersebut tidak mampu menjamin tidak terjadinya pelanggaran Hak Asasi Manusia, seperti pelanggaran Hak Asasi Manusia

Untuk menanggulangi masalah ini langkah pertama di tempuh dengan pemasangan portal dengan di berikan kemungkinan untuk dispensasi agar jangan sampai menghambat

harapan kedepannya dapat berpengaruh positif pada siswa-siswi untuk berkreasi dalam pembelajaran pendidikan jasmani dengan menggunakan petunjuk pelaksanaan dan norma

Apabila HAH Melayu yang pada dasarnya merupakan bentuk sambutan atau bentuk transformasi dari teks Amir Hamzah yang juga terdapat dalam berbagai khazanah sastra di berbagai

Berdasarkan tujuan penelitian ini adalah untuk memahami, mendeskripsikan dan menganalisis peran UNHCR dalam penerapan prinsip Non Refoulement terhadap kasus

1. Faktor-faktor dalam pemantul tipe v-through yang berpengaruh terhadap arus dan tegangan luaran sel surya adalah sudut α, tinggi dan warna permukaan pemantul. Kombinasi

Pedoman Teknis ini dimaksudkan untuk memberikan acuan dan panduan bagi petugas Dinas lingkup Pertanian baik Provinsi, Kabupaten/ kota maupun petugas lapangan dalam