• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemikiran Kanak Kanak Praoperasi Dan Kon

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pemikiran Kanak Kanak Praoperasi Dan Kon"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

Isi kandungan

Perkara muka surat

Pengenalan 2 - 4

Pengumpulan data 5- 16

Interpretasi 17- 19

Kesimpulan 19 -21

(2)

Tajuk tugasan : Pemikiran Kanak-kanak Praoperasi dan Konkrit. 1.0 Pengenalan.

Dalam melaksanakan uji kaji ini, saya telah menemuramah dua orang murid yang berbeza umur dan latar belakang. Kanak-kanak A yang saya gunakan adalah berumur 7 tahun dan mempunyai latar belakang keluarga yang tidak begitu stabil. Manakala kanak-kanak B yang berumur 5 tahun ini pula mempunyai latar belakang keluarga yang agak baik Di bawah saya rumuskan maklumat murid dalam bentuk jadual.

Maklumat Kanak-kanak

A

Kanak-kanak B

Nama Amelia ak Robin Castello ak John

Umur 7 Tahun 5 Tahun

Jantina Perempuan Lelaki

Pekerjaan bapa Buruh kasar Kerani

Pekerjaan ibu Suri Rumah Tangga Pembantu Pra Sekolah

Kelayakan tertinggi bapa UPSR SPM

(3)

2.0. Teori Piaget.

2.1 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)

Menurut Piaget, pada peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa. Oleh itu, mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

2.2 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)

(4)

yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep.

2.3 Matlamat kajian.

(5)

3.0 Pengumpulan Data Untuk Tugasan 1: Konservasi Cecair.

Dalam melaksanakan tugasan ini saya telah menyediakan dua buah balang kaca yang sama besar berisi air yang sama banyak pada peringkat pertama. Kanak-kanak ini ditanya untuk mendapatkan data. Seterusnya saya mengambil sebuah lagi balang yang lebih panjang dan menuang air daripada salah satu balang yang berisi air tadi ke dalam balang yang lebih panjang , tanpa mengurang dan menambah air yang sedia ada di dalamnya. Kemudian saya akan bertanya lagi kepada kanak-kanak ini untuk mendapatkan maklumat yang saya kehendaki. Di sini saya telah memperolehi beberapa data. Ikuti perbualan saya dengan kanak-kanak ini.

(6)

Temu bual bersama Amelia

Peringkat pertama:

Mengisi air dalam balang yang sama besar. Kandungan air sama banyak. Diletakkan di hadapan Amelia agar dapat dilihat dengan jelas.

Penyelidik : Sekarang saya telah mengisi air dalam kedua-dua balang ini. Sila

perhatikan betul-betul . Adakah kamu nampak dengan jelas air dalam balang ini ?

Kanak-kanak A : Ya, saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik : Adakah air yang ada di dalam kedua-dua balang ini sama banyak ? Kanak-kanak A : Ya. Sama banyak.

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Pertama

(7)

Peringkat Kedua:

Penyelidik menuang air daripada salah satu balang yang berisi air tadi ke dalam sebuah balang yang lebih besar.

Penyelidik : Sekarang, saya akan menuang air yang dalam balang ini ke dalam balang yang lebih besar. Saya hendak kamu perhatikan apa yang akan berlaku pada kandungan air yang di dalam balang besar itu. Adakah kamu nampak dengan jelas apa yang berlaku ?

Kanak- kanak A : Ya saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik : Pada pemerhatian kamu adakah kandungan air dalam kedua-dua balang ini sama banyak ?

Kanak- kanak A : Ya, sama banyak.

Penyelidik : Mengapa kamu mengatakan ia masih sama banyak ? Kanak-kanak A : Sebab ia masih merupakan air yang sama.

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Kedua

(8)

Profile Kanak-kanak B:

Mengisi air dalam balang yang sama besar. Kandungan air sama banyak. Diletakkan di hadapan Castello agar dapat dilihat dengan jelas.

Penyelidik : Saya telah mengisi air ke dalam kedua-dua balang ini. Sila

perhatikan betul-betul . Adakah kamu nampak dengan jelas air dalam balang ini ?

Kanak-kanak B : Ya, saya dapat melihatnya dengan jelas.

(9)

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Pertama

(10)

Peringkat Kedua:

Penyelidik menuang air daripada salah satu balang yang berisi air tadi ke dalam sebuah balang yang lebih besar.

Penyelidik : Sekarang, saya akan menuang air yang dalam balang ini ke dalam balang yang lebih besar. Saya hendak kamu perhatikan apa yang akan berlaku pada kandungan air yang di dalam balang besar itu. Adakah kamu nampak dengan jelas apa yang berlaku ?

Kanak- kanak A : Ya saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik : Pada pemerhatian kamu adakah kandungan air dalam kedua-dua balang ini sama banyak ?

Kanak- kanak A : Tidak sama banyak.

Penyelidik : Mengapa kamu mengatakan ia tidak sama banyak ? Kanak-kanak A : Sebab balang yang baru ini lebih besar.

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Kedua

(11)

4.0 Pengumpulan Data Untuk Tugasan 2 : Konservasi Jisim

Dalam melaksanakan tugasan ini pula, saya telah menyediakan dua ketul plastisin yang sama banyak. Saya ketulkan sebesar bola hoki. Kedua-duanya sama saiz. Pada peringkat pertama, saya bertanya untuk mendapatkan maklumat dan data tentang persamaan pendapat mereka. Pada peringkat kedua saya telah mengubah bentuk salah satu daripada bola berkenaan dan bertanyakan semula pendapat mereka tentang perkara yang sama. Di sini juga saya mendapat respon yang saya hendak daripada kanak-kanak ini. Saya tidak pasti adakah ianya pengaruh rakan sebayanya atau gambarannya sendiri. Ikuti perbualan saya bersama mereka secara data.

Kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama :

Temu bual bersama Amelia

Penyelidik : Di depan kamu sekarang ada dua ketul plastisin. Saya akan ketulkan plastisin ini sama bentuk. Dapatkah kamu melihat bentuk plastisin ini dengan jelas ?

Kanak-kanak A : Ya. Saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik : Pada pemerhatian kamu adakah kedua-dua ketul plastisin ini sama besar ?

Kanak-kanak A : Ya. Sama besar.

(12)

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama

(13)

Peringkat Kedua :

Penyelidik mengubah bentuk dengan memanjangkan salah satu daripada plastisin itu tanpa mengurangkan kuantitinya. Perkara ini dilakukan di hadapan kanak-kanak A.

Penyelidik : Sekarang, saya telah mengubah bentuk salah satu daripada plastisin ini. Adakah kamu nampak apa yang telah saya lakukan dengan jelas ? Kanak- kanak A : Ya, saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik : Pada pemerhatian kamu sekarang, adakah kedua-dua bentuk ini sama besar ?

Kanak- kanak A : Ya. Kedua-dua ketulan ini masih sama besar. Penyelidik : Mengapa kamu mengatakan demikian ? Kanak-kanak A : Sebab ia masih ketulan yang sama.

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Kedua

(14)

Kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama :

Temu bual bersama Castello

Penyelidik : Di depan kamu sekarang ada dua ketul plastisin. Saya akan ketulkan plastisin ini sama bentuk. Dapatkah kamu melihat bentuk plastisin ini dengan jelas ?

Kanak-kanak B : Ya. Saya dapat melihatnya dengan jelas.

Penyelidik : Pada pemerhatian kamu adakah kedua-dua ketul plastisin ini sama besar ?

Kanak-kanak B : Ya. Sama besar.

Penyelidik : Adakah kamu pasti dengan jawapan kamu? Kanak-kanak B : Ya. Saya pasti.

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Pertama

(15)

Peringkat Kedua :

Penyelidik mengubah bentuk dengan memanjangkan salah satu daripada plastisin itu tanpa mengurangkan kuantitinya. Perkara ini dilakukan di hadapan kanak-kanak B.

Penyelidik : Sekarang, saya telah mengubah bentuk salah satu daripada plastisin ini. Adakah kamu nampak apa yang telah saya lakukan dengan jelas ? Kanak- kanak B : Ya, saya telah melihat apa yang berlaku dengan jelas.

Penyelidik : Pada pemerhatian kamu sekarang, adakah kedua-dua bentuk ini sama besar ?

Kanak- kanak B : Tidak. Kedua-dua ketulan ini tidak sama besar. Penyelidik : Mengapa kamu mengatakan demikian ?

Kanak-kanak B : Sebab ketulan yang baru ini lebih panjang.

Gambar kajian Konservasi Jisim Peringkat Kedua

(16)
(17)

5.0 Interpretasi

Rumusan data yang telah

diperolehi:-Tugasan Murid A

( 7 Tahun )

Murid B ( 5 Tahun )

Konservasi Cecair Peringkat 1 Peringkat 1

Sama Sama

Peringkat 2 Peringkat 2

Sama Tidak Sama

Konservasi Jisim Peringkat 1 Peringkat 1

Sama Sama

Peringkat 2 Peringkat

(18)

Melalui rumusan yang telah saya lakukan ini, jelas terlihat oleh kita bahawa, terdapat perbezaan antara kanak-kanak berumur antara 5 tahun dengan kanak-kanak berumur 7 tahun. . Di sini, kita boleh nampak dengan jelas, kanak-kanak A yang berusia 7 tahun dan kanak-kanak B yang berusia 5 tahun ini mempunyai tahap pemikiran yang tidak sama. Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ini adalah lebih matang lagi tahap pemikirannya berbanding dengan tahap pemikiran kanak-kanak yang berumr 5 tahun. Melalui kajian ini, tahap pemikiran mereka yang berbeza ini dapat kita buktikan. Selain daripada faktor usia perbezaan ini mungkin juga disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti latar belakang keluarga dan pengaruhi sekeliling semasa kajian dijalankan. Sesuai dengan kenyataan Piaget di mana beliau menyatakan kanak-kanak pada usia ini tidak dapat membezakan angan-angan dengan kenyataan.

Keseluruhannya pada peringkat pertama tugasan, kanak-kanak memang memberikan jawapan yang sama. Namun pada peringkat kedua, jawapan daripada kedua-dua mereka agak berbeza mengikut pemerhatian dan penaakulan mereka sendiri . Menurut Piaget pada tahap pra operasi konkrit ini, kanak-kanak ini akan menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakulan daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Ini membuktikan yang dia memang boleh menggunakan gambaran-gambaran mental untuk memahami dunianya, tetapi pemikirannya yang begitu simbolik, hanya direfleksikan dengan apa yang dia nampak dengan jelas. Inilah yang berlaku pada kanak-kanak B iaitu adik Castello yang berusia 5 tahun ini. Pemikirannya yang simbolik ini pula ,ada yang dilahirkan dengan penggunaan kata-kata dan gambaran. Di sini penggambaran mental mulai digunakan dan ini ada kalanya, yang melampaui hubungan informasi sensorik daripada tindakan fisik. Akan tetapi, ada beberapa hambatan dalam pemikiran anak pada tahap ini, seperti egosentrisme dan sentralisme. Oleh yang demikianlah saya rasakan pada tugasan yang kedua iaitu konservasi jisim itu, mereka memberikan jawapan yang tidak sama pada bola plastisin yang sepatutnya sama saiz itu walaupun setelah diubah bentuk salah satu daripadanya.

(19)

dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik- beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

(20)

7.0 Kesimpulan.

Secara kesimpulannya menurut kajian yang saya jalankan ini, ia lebih cenderung menyokong teori piaget. Ini kerana menurut piaget, perkembangan kanak-kanak adalah berperingkat-peringkat. Apa yang saya jalankan di sini adalah peringkat praoperasi ( 2 – 7 tahun ) dan peringkat konkrit ( 7 – 11 tahun ).

Sesuai dengan kajian saya pada peringkat praoperasi ini, kanak-kanak ini, hanya boleh menggunakan simbol dan bahasa. Mereka belum memahami akan hukum keabadian jisim, luas, berat, isipadu dan nombor. Jesteru itulah kita dapat melihat jawapan dan reaksi mereka semasa mereka menjawab soalan kita, mereka sememangnya belum memahaminya.

Menurut data yang diperolehi hasil dari kajian ini, adik Castello yang berusia 5 tahun, tidak mampu menginterpretasikan kenyataan. Apa yang mampu dinyatakan oleh adik ini hanyalah pada perkara yang boleh dia nampak dengan jelas. Contohnya objek yang besar dan kecil atau benda maujud yang jelas di pandangannya, itulah yang akan menjadi jawapannya. Di sini kita nampak kejujurannya menjawab berdasarkan pemerhatian. Ini amat bersesuaian dengan teori piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak pada peringkat ini hanya boleh menggunakan bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.

Manakala pada peringkat operasi konkrit ( 7 – 11 tahun ) kanak-kanak ini telah maju setapak ke hadapan. Mereka ini lebih klasifikasi, reversibiliti dan telah boleh memahami serba sedikit hukum keabadian jisim, luas, berat, isipadu dan nombor. Kalau dilihat dari cara mereka menjawab soalan pun, mereka berkenyakinan dan berfikir dulu sebelum menjawab. Agak berbeza dengan kanak-kanak praopreasi.

(21)

terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Contohnya ketulan plastisin yang telah diubah bentuknya , kanak-kanak ini masih tetap mengatakan yang saiznya masih sama walaupun bentuknya berbeza kerana dia nampak dengan jelas yang itu adalah plastisin yang sama.

Sesuai dengan kenyataan Piaget dalam teorinya yang mengatakan kanak-kanak ini mempunyai pelbagai pemikiran dan memori yang baik tentang perkara-perkara yang konkrit yang diperhatikannya seperti objek-objek atau benda maujud yang jadi bahan kajian. Jesteru itu, dalam konservesi jisim yang dilakukan kanak-kanak ini dapat menaakul dalam mindanya tentang kuantiti dan perubahan pada objek yang dipaparkan.

(22)

Rujukan:

Teori Piaget dan Vygotsky oleh Opini, 2011. Di perolehi pada 26.03.2013.

http://edukasi.kompasiana.com/2011/01/01/teori-piaget-dan-vygotsky-329469.html

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980) oleh R.A&S,2011. Diperolehi pada 26.03.2013.

http://www.ipgktarpengajiansosial.com/2011/04/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Sekolah Rendah : Komponen 1 & 2 ) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, 2003, Kuala Lumpur.

Piaget, J. (1983). Piaget's theory. Dalam P. Mussen (ed.). Handbook of Child Psychology. ed. ke-4. Vol. 1. New York: Wiley.

Piaget, J. (1985). The Equilibration of Cognitive Structures: The Central Problem of Intellectual Development. Chicago: University of Chicago Press.

Traill, R.R. (2012). Dasar molekuler untuk Piaget-“schème” (sabagai memori-kode): Beberapa implikasi mengejutkan; Makalah yang disajikan, pada 42 Konferensi Tahunan dari Jean Piaget Masyarakat.

Vonèche, J.J. (1985). Genetic epistemology: Piaget's theory. International Encyclopedia of Education, Vol. 4. Oxford: Pergamon.

Gambar

Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Pertama
Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Kedua
Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Pertama
Gambar kajian Konservasi Cecair Peringkat Kedua
+5

Referensi

Dokumen terkait

Kecernaan adalah ukuran nilai pakan suatu hijuan yang ditetapkan dari jumlah pakan yang diserap oleh saluran pencernaan, ditunjukkan dengan satuan persen (Cowder

Peubah dan waktu pengamatan adalah (1) dua minggu sekali : tinggi tanaman yang diukur dari permukaan tanah sampai, jumlah daun per tanaman, luas daun dengan

Boleh juga sekali-kali shalat empat rakaat dengan satu kali salam. Disunnahkan mempunyai jumlah rakaat tertentu, jika ia tertidur dan tidak shalat maka diqadha’

DalamPasal 1851 ayat (2) hanya dijelaskan tentang kebolehan membuat persetujuan perdamaian mesti harus berbentuk akta otentik. Persetujuan perdamaian adalah bentuk

15 menit merancang simulasi/memodelkan bagaimana teknik pra-observasi dan pemberian feedback pada pos-observasi serta tindak lanjut. Secara acak Master trainer akan meminta

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Pelaksanaan multigrade teaching atau pembelajaran kelas rangkap menyangkut.. struktur, perencanaan dan pembelajaran di sekolah kelas rangkap. Beberapa guru mengira mereka

Achmad Dahlan (Jl. Gegerkalong Hilir No. Gegerkalong Hilir No. Sentot Alibasyah No. Sentot Alibasyah No. Sentot Alibasyah No. Sentot Alibasyah No. Terusan Buah Batu No. Terusan