• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suatu Tinjauan Sistem Pendidikan Islam d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Suatu Tinjauan Sistem Pendidikan Islam d"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Suatu Tinjauan Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Tahfiz al-Islam Tasek

Gelugur, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang

Abdul Munir Bin Ismail

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang sistem Pendidikan Islam di Sekolah Tahfiz al-Islah, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Kajian ini mengkaji sejarah penubuhan dan perkembangan serta pendidikan yang diamalkan selaras dengan kaedah pendidikan Islam semasa. Juga meneliti sumbangan sekolah tahfiz ini kepada masyarakat di samping mengkaji kaedah pengajaran para guru dalam subjek pendidikan Islam. Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji menggunakan metode kajian perpustakaan dan metode kajian lapangan serta menganalisis data. Hasil kajian mendapati sistem pendidikan di Sekolah Tahfiz al-Islah mempraktikan sistem pengajaran yang laksanakan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini menawarkan sistem pendidikan bersepadu iaitu dengan menggabungkan hafazan al-Quran dan akademik. Matlamat utama sekolah ini ialah untuk melahirkan pelajar yang menguasai keseimbangan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat di samping perkembangan emosi yang stabil.

Kata kunci; Sekolah tahfiz, pendidikan Islam, pendidikan bersepadu.

PENDAHULUAN

Mendapat pendidikan peringkat rendah merupakan asas penting terhadap seorang kanak-kanak. Ibu bapa diberi amanah dan tanggungjawab bagi memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak mereka. Abdullah Nasih Ulwan (2004) mengatakan bahawa ibu bapa hendaklah memberi pendidikan secara formal dan tidak formal kepada anak-anak mereka secara berterusan dan berhikmah supaya terbentuk sebuah masyarakat yang harmoni, anak-anak patuh kepada ajaran Islam, menghormati ibu bapa, guru-guru, alim ulama serta menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan munkar. Kebanyakan ibu bapa memilih pendidikan perdana iaitu sekolah rendah kebangsaan yang disediakan oleh kerajaan dengan pelbagai kemudahan. Namun, ada juga di kalangan ibu bapa kini memilih pendidikan peringkat rendah sebagai tempat untuk anak-anak mereka menuntut ilmu agama. Tidak dinafikan sekolah yang menawarkan hafazan al-Quran dan ilmu agama kini mendapat sambutan masyarakat kini. Meski pun sekolah tersebut mengenakan bayaran setiap bulan ia tidak menjadi halangan ibu bapa menghantar anak mereka menuntut ilmu.

Sementara itu, Maznah & Zakiah (2009) mengatakan bahawa anak-anak yang mencapai umur 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka. Ibu bapa perlu menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak supaya mereka boleh menempuh kehidupan mereka dengan sempurna. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak tentang akhlak mulia berpandukan akhlak Rasulullah saw. Selaras dengan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;

(2)

Berdasarkan maksud hadis di atas, dapat difahami bahawa dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak wajib diberi perhatian oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka dengan sebaik mungkin. Tugas ibu bapa bukan sekadar memberi makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya tetapi berperanan sebagai pemberi nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan dengan menegur perbuatan anak-anak secara hikmah sekiranya terdapat perbuatan yang melanggar batasan agama Islam.

Samsinas, (2009) mengatakan para ibu bapa menaruh keyakinan tinggi terhadap sistem pendidikan agama yang dipraktikan di sekolah agama kerana dapat melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hal ini dibuktikan terhadap para pelajar sekolah rendah agama mempamirkan akhlak mulia dan pencapaian akademi yang membanggakan ibu bapa. Dari itu, ibu bapa mula beralih arah di dalam memberi pendidikan anak-anak mereka dengan memilih sekolah tahfiz al-Quran sebagai alternatif dalam usaha memberi pendidikan kepada anak mereka. Sekolah yang menawarkan pendidikan bersepadu mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat mendapat tempat dalam masyarakat kini.

Kamarul (2007) menyatakan falsafah pendidikan adalah asas kepada pembentukan P&P dalam sesuatu institusi pendidikan. Falsafah merupakan panduan pembentukan hala tuju institusi pendidikan. Biasanya falsafah dibentuk berasaskan latar belakang sejarah, budaya dan agama sesuatu bangsa sebagai mana yang dijelaskan sebelum ini. Pendidikan agama merupakan teras kepada pendidikan peradaban manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun (2000), maka Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewujudkan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) untuk merealisasikan nilai dan ketinggian ilmu yang terdapat dalam ajaran Islam. Hasilnya, Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dibentuk dengan memberi perhatian kepada aspek sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar.

Jika diteliti satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, (2002) menyebut bahawa Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Qur’an dan sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan insan mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Alfatiah Mat Rani (2011), berpendapat pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk pelajar agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri proaktif, menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara.

(3)

akal. Para pendidik perlu memastikan setiap pelajar menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Abdullah al-Qari (1972) menjelaskan Pendidikan Islam adalah pendidikan yang bercorak Islam atau pendidikan yang diajar mengikut kehendak ajaran Islam. Pendidikan Islam juga merupakan bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum agama Islam. Menurut Ahmad Mohd Salleh, (2008), selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia dilihat lebih menjurus kepada pembangunan empat aspek utama iaitu pertama menjadikan al-Qur’an dan sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran seumur hidup bagi mendapat ilmu, kemahiran dan penghayatan. Kedua, membentuk umat Islam menjadi hamba Allah S.W.T. yang mahir, keperibadian tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari dengan ajaran Islam. Ketiga, membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan alam sekitar. Keempat, membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Menurut Rahil Mahyuddin et. Al (1997) menjelaskan sistem pendidikan Islam yang digabungkan dengan sistem tahfiz perlu mengandungi elemen-elemen penting bagi memberi gambaran yang jelas berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh aktiviti yang berlaku dalam dan luar kelas yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran, objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kaedah pengajaran dan penilaian guru terhadap murid perlu diterapkan dalam sistem pendidikan Islam semasa. Ini kerana menurut Sharifah Alawiyah (1986) model pengajaran yang sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pihak pengurusan sekolah menyusun rancangan kurikulum sebagai panduan interaksi antara guru dan murid serta penentuan bagi menyediakan bahan-bahan pengajaran. Mohd Aderi (2008) merumuskan model pendidikan Islam dan tahfiz boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk memudahkan para guru pendidikan Islam memilih dan menyesuaikan dengan suasana murid serta persekitaran pembelajaran.

LATARBELAKANG KAJIAN

(4)

Berikutan itu, suatu pandangan yang dikemukakan secara menyeluruh bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya dibentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) tahun 1982 diikuti Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) tahun 1988. Sistem Pengajaran Islam dan Quran bukan sahaja diperkenalkan bagi membolehkan murid membaca ayat suci al-Quran dengan baik tetapi aspek hafazan dan penghayatan terhadap al-al-Quran turut diberi perhatian. Sementara itu Adnan, (2009); Ahmad, (2004) menjelaskan tilawah al-Quran dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang terdiri daripada tiga komponen iaitu pelajar dapat membaca ayat al-Quran dengan betul dan fasih, menghafal surah-surah terpilih dengan lancar dan memahami maksudnya serta menghayati pengajarannya.

Menurut Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 18), menyatakan sistem Pendidikan Islam diperkukuhkan lagi dengan mewajibkan subjek Pendidikan Islam diajar kepada semua kanak-kanak Islam. Sistem pendidikan Islam merupakan wadah utama membentuk identiti anak bangsa menjadi alat terpenting untuk menjayakan agenda pembangunan negara, perpaduan dan kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin, 1990). Jika diteliti jumlah sekolah yang menyediakan sistem pendidikan Islam dan tahfiz secara bersepadu di Malaysia terdapat banyak sekolah yang diusahakan oleh pihak swasta. Ia lebih dikenali sebagai sekolah rendah Islam integrasi tahfiz yang menggabungkan pendidikan akademik dan pendidikan agama. Sekolah peringkat rendah integrasi ini terdapat di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

Bagi mereka yang mempunyai minat menceburi dalam industri pendidikan haruslah melihat peluang ini sebagai asset yang sangat penting bagi mencapai sebuah negara maju. Walaupun kerajaan menyediakan garis panduan khusus pengendalian sekolah swasta, namun pemantauan berterusan bagi menjaga kualiti pendidikan tidak seharusnya dipandang ringan. Berdasarkan falsafah pendidikan Islam yang telah dibincangkan di atas, maka para pengusaha sekolah swasta peringkat rendah hendaklah memasukkan eleman tersebut dalam pembelajaran dan pendidikan. Persoalannya sejauh manakah sistem Pendidikan Islam di Sekolah Tahfiz al-Islah, Tasek Gelugor Pulau Pinang menerima pakai falsafah pendidikan Islam sesuai dengan tuntutan semasa.

METODOLOGI

Metode yang sesuai digunakan dalam sesuatu kajian adalah amat penting dan mempunyai kebolehkepercayaan terhadap dapatan kajian, Idris Awang (2001). Bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan, kajian ini menggunakan metode perpustakaan yang mencakupi metode historis. Juga pengkaji menggunakan kajian lapangan, mencakupi metode temubual dan metode pemerhatian. Temubual dilakukan kepada beberapa orang responden yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dan ditandakan sebagai R1 hingga R seterusnya. Pengkaji membuat pemerhatian di sekolah tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan pendidikan Islam dan akademik seperti sains dan matematik. Melalui metode pemerhatian membolehkan pengkaji menilai dan menganalisis sistem pendidikan yang diamalkan oleh Sekolah Tahfiz al-Islah.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Sejarah Penubuhan Sekolah Tahfiz al-Islah

(5)

kepada STAIL dan juga SMART iaitu Sekolah Menengah Arab Tahfiz (R2). Kedua-dua sekolah ini bernaung di bawah satu pusat pendidikan yang sama. Pada peringkat awal Sekolah Tahfiz al–Islah ini menerima dua belas orang pelajar sahaja. Para pelajar ini dilatih, dibimbing membaca dan menghafal al-Qur’an dengan betul dan mantap. Ini adalah selaras dengan tujuan penubuhan Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL) adalah untuk melahirkan generasi cerdik pandai dalam al-Qur;an dan seterusnya menjadi golongan yang menghafal al-Qur’an.

Mengikut catatan awal (R3), Sekolah Tahfiz al-Islah ditubuhkan pada tahun 2000 bertempat di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Pada waktu itu sekolah mempunyai pelajar daripada darjah satu sehingga darjah tiga sahaja. Kemudian, atas permintaan ibu bapa STAIL menyediakan pendidikan bersepadu diwujudkan kelas tahun empat, tahun lima dan tahun enam. Secara amnya, sokongan ibu bapa pelajar banyak membantu sekolah dengan memberi sumbangan berbentuk wang ringgit dan galakan sepanjang awal penubuhan STAIL sehinggalah berjaya mendirikan kompleks pendidikannya terdiri daripada Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART). Kini jumlah pelajar sekolah rendah tahfiz adalah seramai 519 orang.

Matlamat Penubuhan

Tujuan penubuhan Sekolah Rendah Tahfiz al-Islah adalah untuk melahirkan golongan huffaz dan hafizah yang terdiri daripada kanak kanak berumur kurang dari dua belas tahun. Puteri Roslina Abdul Wahid, (2008) menjelaskan kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas mempunyai jiwa yang bersih, memiliki daya ingatan yang kuat, merupakan elemen yang sangat membantu dalam proses menghafaz al-Qur’an. Menurut Ustazah Wardatul Iman merupakan guru besar STAIL (R1), pada waktu awal penubuhan STAIL, terdapat banyak sekolah agama, tetapi belum ada sekolah yang menawarkan pendidikan akademik dan tahfiz dalam masa yang sama. Atas faktor ini mendorong Ustazah Wardatul Iman dan suaminya menguatkan tekad untuk menubuhkan sebuah sekolah rendah tahfiz bentuk integrasi. Moto Sekolah Tahfiz al-Islah ialah, ‘Untukmu Islam yang Kucintai’. Simbol gerbang mihrab atau masjid yang terdapat dalam logo sekolah ini melambangkan ke arah satu usaha untuk para pelajar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Lambang al-Qur’an pula menunjukkan wahyu daripada Allah SWT dan merupakan teras pendidikan di STAIL. Lambang bumi dan orbit yang terdapat di tengah tengah gerbang masjid mewakili global dan teknologi bermaksud penekanan terhadap subjek akademik. Warna biru yang merupakan warna teras bagi logo STAIL menunjukkan kelembutan dan disiplin dalam proses pendidikan. Perkataan tahfiz yang terdapat dalam logo sekolah ini pula menunjukkan STAIL memberi penekanan terhadap al-Qur’an kepada para pelajarnya.

(6)

Pentadbiran dan Tenaga Pengajar

Organisasi tertinggi dalam pentadbiran STAIL ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pentadbiran STAIL dengan dibantu oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada guru besar selaku, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan ko-kurikulum dan guru guru kanan mata pelajaran. Di samping itu, hal yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah dibantu oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru STAIL. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL) terdiri daripada waris para pelajar STAIL banyak membantu daripada aspek kewangan serta memberi nasihat dalam pelbagai aspek terutama pembangunan sekolah.

Terdapat 20 orang tenaga pengajar di Sekolah Tahfiz al-Islah terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan lulusan Sekolah Menengah Agama. Berdasarkan temubual (R1), menjelaskan latar belakang guru amat penting dan amat dititik beratkan ketika proses pengambilan temuduga calon guru yang berkelayakan. Keutamaan diberikan kepada guru yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam dan berminat dalam aspek pengajaran dan pendidikan. Ini adalah kerana, guru merupakan insan yang sentiasa dilihat oleh para pelajar daripada pelbagai aspek terutamanya dalam aspek sahsiah atau akhlak. Guru yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam bertindak sebagai qudwah hasanah kepada para pelajarnya.

Sumber Kewangan danKemudahan Fasiliti

Sumber utama kewangan Sekolah Tahfiz al-Islah ialah daripada yuran sekolah. Yuran yang dikenakan kepada pelajar setiap bulan merupakan sumber utama dana sekolah. Yuran sekolah yang diperoleh digunakan untuk membayar gaji guru dan kakitangan STAIL. Selebihnya duit ini digunakan untuk pembangunan dan keceriaan sekolah. Daripada aspek penambaikan prasarana sekolah, ibu-bapa kepada para pelajar di sekolah ini serta sumbangan daripada pihak-pihak tertentu dan orang-orang persendirian yang prihatin banyak membantu. Pusat Zakat Pulau Pinang adalah pihak yang paling banyak membantu dalam pembangunan STAIL. Setiap tahun, Pusat Zakat Pulau Pinang akan memberi peruntukan kepada Sekolah Tahfiz al-Islah berdasarkan perkapita pelajar.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji terdapat kemudahan prasarana. Antara kemudahan asas ialah bilik kelas, kantin, pejabat sekolah, bilik guru lelaki dan perempuan, surau, perpustakaan dan makmal komputer. Terdapat kira-kira 13 buah kelas di STAIL. Kelas tersebut terletak di bahagian bawah Pusat Pendidikan STAIL. Kesemua kemudahan ini adalah untuk kegunaan para pelajar Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL). Kemudahan prasarana yang terdapat di STAIL adalah hasil sumbangan pihak-pihak tertentu, orang-orang persendirian dan juga ibu-bapa pelajar di Sekolah Tahfiz al-Islah.

Struktur Pengajian dan Pembelajaran

Sekolah Tahfiz al-Islah menawarkan mata pelajaran agama dan akademik kepada para pelajarnya. Mata pelajaran asas ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik. Selain itu, pentadbiran sekolah mewajibkan para pelajarnya mengambil subjek-subjek

deeniyah. Antara subjek-subjek deeniyah yang dipelajari ialah Bahasa Arab, Jawi, Tajwid, Fekah, Sirah, Akidah, dan Akhlak. Menurut Guru Besar Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL), Ustazah Wardatul Iman menjelaskan walaupun terdapat banyak subjek yang perlu dipelajari oleh para pelajar STAIL, ianya tidak menjejaskan prestasi akademik para pelajarnya. Bahkan, ianya banyak membantu para pelajar untuk menjadi manusia yang seimbang ilmu duniawi

(7)

kepada para pelajar, tenaga pendidik dan juga kakitangan sokongan. Setiap minggu, tenaga pengajar dan kakitangan di Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL) diwajibkan untuk mengikuti

usrah bagi memastikan setiap guru dan kakitangan di STAIL sentiasa diberi nasihat dan peringatan agar menjadi manusia berjaya di dunia dan akhirat dan dapat memberi sumbangan kepada Islam khususnya, bangsa dan negara. Selain itu, dengan menghadiri usrah atau halaqah, seseorang itu sentiasa terdidik hatinya agar setiap detik yang dilaluinya tidak terlepas daripada mengingati Allah.

Dalam aspek peraturan, Sekolah Tahfiz al-Islah menekankan peraturan yang digariskan oleh Islam di samping peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antara peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran STAIL ialah melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, pihak pentadbiran STAIL telah menetapkan penggunaan tangga dan laluan yang berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan. Selain itu, peraturan lain yang dapat dilihat di STAIL ialah daripada aspek pemakaian. Pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung labuh, berstokin manakala pelajar lelaki pula diwajibkan memakai kopiah putih. Ini bagi menunjukkan imej Sekolah Tahfiz al-Islah sebagai salah sebuah sekolah Islam swasta selain ianya merupakan tuntutan agama Islam.

Subjek akademik seperti Sains dan Matematik yang diajar kepada para pelajarnya mengandungi silibus tambahan dikenali sebagai kurikulum merentasi tauhid. Guru yang mengajar subjek-subjek ini membawa para pelajar untuk mengenali Maha Pencipta melalui kaedah pemerhatian terhadap isi pengajaran. Hasilnya, para pelajar bukan sahaja mendapat pengetahuan atau kemahiran baru, tetapi dapat mengenali Pencipta. Selain itu, pendidikan bersepadu yang diamalkan STAIL menggambarkan keistimewaan sekolah ini yang dikategorikan sebagai sebuah sekolah agama swasta. Pendidikan bersepadu yang dimaksudkan ialah keseimbangan di antara akademik dan agama. STAIL bukan sahaja sebuah sekolah yang memberikan penekanan kepada subjek akademik tetapi subjek agama terutamanya pembacaan al-Qur’an diutamakan. Para pelajar diajar membaca al-Qur’an dengan tajwid yang betul di samping galakan turut diberi kepada para pelajar STAIL untuk menghafaznya. Di samping itu, kajian mendapati bahawa Sekolah Tahfiz al-Islah sangat menitikberatkan soal akhlak serta pendidikan keimanan kepada para pelajarnya. Salah satu usaha yang dibuat oleh pihak pentadbiran STAIL dalam membentuk akhlak mulia serta memberikan pendidikan keimanan kepada para pelajarnya adalah dengan mewajibkan para pelajarnya mengikuti usrah dan aktiviti ko-kurikulum. Ia bertujuan untuk memantapkan pembentukan jati diri muslim dan muslimah.

(8)

menggambarkan seluruh aspek pendidikan di dalam Islam yang diberi penekanan secara seimbang, berasaskan kesepaduan ilmu-ilmu agama dan akademik bentuk teori dan praktikal.

Dari sudut yang lain, pengkaji mendapati falasafah pendidikan STAIL membentuk insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Pelajar yang tamat pendidikan di sekolah ini lazimnya mampu memahami dan menghayati hakikat kelahirannya di dunia ini. Kekuatan yang diperlihatkan di dalam falsafah pendidikan Islam STAIL ialah bersumberkan al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjadi nadi falsafah pendidikan Islam. Justeru, ia menepati prasyarat yang dikehendaki di dalam Islam dengan memberi penekanan kepada melahirkan generasi yang mengamalkan akhlak mulia dan penghayatan amalan Islam.

Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah aspek prasarana yang terdapat di Sekolah Tahfiz al-Islah (STAIL) masih kurang mencukupi. Dalam pelaksanaan operasi sesebuah institusi pendidkan, prasarana merupakan asas yang perlu disediakan oleh pihak pengurusan. Walaupun, STAIL telah beroperasi selama 15 tahun lebih, namun masih terdapat kekurangan seperti peralatan bilik belajar yang sesuai dan teratur, bahan pembacaan, penggunaan ICT dan kemudahan pentadbiran. Prasarana dilihat tidak cukup untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat saban tahun. Selain itu, kurangnya pendedahan berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diberikan kepada tenaga pengajar di STAIL khususnya guru yang mengajar subjek akademik. Kebanyakan tenaga pengajar didapati tiada pengalaman atau kepakaran dalam bidang yang diceburi.

KESIMPULAN

Sekolah Tahfiz al-Islah merupakan salah sebuah sekolah Islam swasta yang memberi penekanan kepada pelajar tentang akademik dan tahfiz bagi melahirkan insan yang seimbang dan seterusnya mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Hal ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga falsafah Pendidikan Islam yang mana tujuannya untuk melahirkan insan yang seimbang. Sekolah Tahfiz al-Islah berteraskan al-Qur’an yang menjadi panduan mendidik manusia mengenali Allah dan Rasul-Nya khususnya peringkat asas. Penekanan terhadap pentingnya wujud satu suasana kerohanian di antara pendidik dengan penuntut agar keimanan dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dalam proses pendidikan. Kekuatan melahirkan "integrated personality" atau sahsiah yang bersepadu menyediakan seseorang individu untuk menghadapi seluruh aspek kehidupan ini. Penumpuan terhadap keperluan rohani dan material menusia yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Pembinaan iman dan nilai-nilai murni di dalam hati dan pemikiran generasi muda serta kemajuan dalam pembentukan akhlak dan kerohanian pelajar.

RUJUKAN

Abdul Rashid Ahmad (1991). Surah Luqman: Suatu Analisa tentang asas-asas pendidikan Luqman dan hubungannya dengan pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Pengajian Islam, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah al-Qari b. Haji Salleh (1972), Dasar-dasar Pendidikan Menurut Islam, cet. 1, Kelantan: Pustaka Aman Press.

(9)

Abdullah Nasih Ulwan (2004). Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. (Terj. Syed Ahmad Semait). Jil. 1 dan 2. Cet. Ke 13. Singapura: Pustaka Nasional.

Abu Daud al-Sajistany Sulayman bin Ash’ath (1387H). Sunan. Jil 1. Kafur : Matba’ah al-Majidi.

Adnan Mohamed Yusoff (2009). Pendidikan Islam tahun 5 dan 6, Seri Kembangan : Open Universiti Malaysia.

Ahmad Mohd Salleh (2004). Pendidikan Islam, falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh, (2008). Pengajian Agama Islam & J-Qaf Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Alfatiah Mat Rani, (2011). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Islam di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Daerah Pasir Putih, Kelantan, Tanjong Malim, Tesis Sarjana Muda Pendidikan Islam, UPSI.

Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, (2002). Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi, Kuala Lumpur, Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ibnu Khaldun, (2000). Muqaddimah Ibnu Khaldun. Jakarta, Terjemahan oleh Ahmadi Thoha, Pustaka Firdaus, cet. Ke iv.

Idris Awang, (2001). Kaedah Penyelidikan : Suatu Overview, Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Akta Pelajaran 1961, seksyen 36 (1).

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran & pembelajaran, Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Mohd Aderi, (2008). Hubungan antara amalan pengajaran guru dan pencapaian tilawah al-Quran pelajar tingkatan dua di Malaysia. Tesis Phd, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Maznah & Zakiah (2009). Persediaan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Rohani Terhadap Anak-Anak: Kajian Di Taman Batu Permai, Kuala Lumpur, Jurnal Ilmiah, Johor : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Puteri Roslina Abdul Wahid, (2008). Bahasa Dalam Komunikasi Verval : Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-kanak, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19.

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar (1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran, Selangor, Longman.

(10)

Sharifah Alawiyah (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil Wawancara anggota Intelkam Polda kalimantan Barat.. tugas perbantuan tidak menjadi efektif, dan yang lebih parah adalah tidak berguna ketika terjadi

Ketika melihat konteks dari percakapan antara Bara dan Velin diatas, maka dapat disimpulkan bahwa tuturan Bara mengandung implikatur berupamaksud untuk memberikan

Monitoring Gardu induk dan Gardu Distribusi dilakukan dengan cara mengukur tegangan, arus dan suhu dari gardu induk/distribusi oleh suatu peralatan elektronik

43 Ketika wilayah ini sudah menjadi kawasan destinasi wisata budaya (culture tourism), terjadi pergeseran cara pandang masyarakat terhadap kebudayaannya. Suatu

Banyak nilai tambah yang diperoleh mahasiswa setelah melaksanakan PPL 2 ini yaitu mendapatkan pengalaman yang banyak mengenai kegiatan belajar mengajar di

Pegawai akan menjadi terampil apabila mempunyai kecakapan (abiliti) dan pengalaman (experience) yang cukup. Apabila manajemen perusahaan di kelola dengan baik dapat

Semakin berkembangnya teknologi informasi dan mudahnya akses informasi menjadikan para remaja semakin mudah mendapatkan informasi tentang kesehatan reproduksi yang

Pemahaman materi oleh siswa tersebut, ditunjukkan pada saat guru memberikan tugas pada siswa untuk mendiskripsikan tentang apa manfaat memiliki motivasi belajar,