• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 SESI JULAI 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 SESI JULAI 2"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 SESI JULAI 2016 TENTANG PERPADUAN KAUM DI KOLEJ KOMUNITI JASIN

Syahira binti Md Desa

(2)

kaum. Kajian menjurus kepada semangat kejiranan, perkongsian penginapan dan persekitaran. Data-data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 20. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan bagi persepsi pelajar sesama rakan berlainan etnik adalah 1.59. Min keseleruhan bagi hubungan kejiranan pula adalah 1.70. Ini jelas menunjukkan terdapat jurang yang besar di kalangan pelajar Kolej Komuniti dalam mewujudkan kolaborasi sesama kaum yang berlainan.

KATAKUNCI : Perpaduan, kaum, hubungan dan kejiranan

1. PENGENALAN

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

(3)

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Sebagai salah seorang tenaga pengajar Kolej Komuniti Jasin, pengkaji sering kali mendapat rungutan sekiranya aktiviti berkumpulan dilaksanakan. Para pelajar akan memilih ahli kumpulan di kalangan kaum yang sama. Apabila kumpulan mereka dirombak dengan mencampurkan pelbagai kaum, maka mereka akan memberikan reaksi negatif. Pengkaji juga meninjau persekitaran Kolej Komuniti Jasin pada waktu rehat dan luar waktu kelas. Kebiasaannya pelajar akan berkumpul di sesuatu tempat mengikut kaum masing-masing.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah:

(a) Mengenal pasti taburan pelajar Semester Pertama (mendaftar pada Sesi Julai 2016) di Kolej Komuniti Jasin mengikut keturunan, umur dan jantina

(b) Mengenal pasti persepsi pelajar sesama rakan yang berlainan etnik dalam melaksanakan sesuatu program, sesi pembelajaran dan pergaulan di Kolej Komuniti Jasin

(4)

1.3 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan tertutup merangkumi soalan-soalan yang menggunakan Skala Likert lima (5) tahap. Skala 1 “Sangat Tidak Setuju” dan Skala 2 menunjukkan “Tidak Setuju”, Skala 3 menunjukkan “Kurang Setuju” manakala Skala 4 “Setuju” dan Skala 5 menunjukkan “Sangat Setuju”.

Antara kelebihan menggunakan Skala Likert adalah ia mempunyai tahap kebolehpercayaan dan ketepatan yang baik iaitu 85% (Mohamad Najib, 1996). Format Skala Likert yang digunakan adalah seperti di Jadual 1. Sebagai tambahan, dalam kajian ini pengkaji menggunakan tafsiran skor min untuk mencapai objektif kajian. Tafsiran dapatan hasil daripada soal selidik dianalisis seperti Jadual 2.

Jadual 2: Tafsiran Statistik Menilai Semangat Perpaduan Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Jasin

(5)

2. SOROTAN KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan bermaksud penggabungan, pelaburan, penyesuaian, kecocokan, perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain). Integrasi pula bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dan sebagainya) menjadi satu kesatuan dan penyatuan.

Zahir bin Zainudin (2015) di dalam kajiannya yang bertajuk Persepsi Pelajar Terhadap Perpaduan Kaum Sebelum dan Selepas Kemerdekaan menyimpulkan bahawa tahap keprihatinan dan persepsi pelajar UteM terhadap isu perpaduan kaum di Malaysia menunjukkan mereka peka terhadap isu ini namun lebih selesa untuk berdiam diri kerana menganggap isu ini adalah perkara sensitif dan tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya. Ia dilakukan demi menjaga semangat kekitaan yang semakin mekar.

Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia telah dijalankan oleh Rusimah Sayuti, Mohd Aminuddin Iskandar Lee Abdullah dan Prof. Madya Datin Hajah Salma Ishak. Hasil kajian menunjukkan terdapat kecenderungan suasana / iklim interaksi antara kaum di dalam kampus yang lebih positif. Ini bermakna kurang wujudnya polarisasi kaum di kalangan mahasiswa dalam pergaulan kehidupan mereka sehari-hari di dalam kampus. Tahap keselesaan berinteraksi antara kaum di dalam kampus berada pada tahap yang sederhana dan tinggi.

(6)

mudah difahami umum agar tidak menimbulkan ketidak selesaan dan perasaan syak wasangka di kalangan pelatih.

3. ANALISIS DAN KEPUTUSAN

Analisis yang akan dibincangkan adalah berdasarkan data yang diperolehi daripada Borang Soal Selidik yang telah disediakan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan telah diedarkan kepada responden setelah tamat Program 1SRN 1Komuniti 1Kasih Sayang. Segala data yang diperolehi diproses menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 20 dan keputusannya adalah dalam bentuk min dan peratus.

Jadual 3 menunjukkan peratus responden yang menjawab soal selidik. Pelajar lelaki adalah terdiri daripada 49 peratus iaitu 34 orang manakala pelajar perempuan adalah berjumlah 36 orang iaitu 51 peratus daripada jumlah responden.

Kaum Melayu terdiri daripada 59 orang iaitu 54.2 peratus adalah lelaki dan 45.8 peratus adalah perempuan. Kaum Cina pula terdiri daripada 3 orang sahaja di mana 33.3 peratus adalah lelaki dan 66.7 peratus adalah perempuan. Kaum India merupakan kaum yang kedua tinggi mendaftar pada Sesi Julai 2016 iaitu 7 orang yang diwakili oleh 14.3 peratus lelaki dan 85.7 peratus perempuan. Hanya seorang sahaja pelajar yang berketurunan Bumiputera Sarawak iaitu pelajar perempuan.

(7)

Rajah 2 pula menunjukkan kategori umur responden yang baru mendaftar di Kolej Komuniti Jasin pada Sesi Julai 2016. 92 peratus atau 64 orang pelajar adalah terdiri daripada remaja yang berumur 20 tahun ke bawah. Lebih tepat lagi, Kolej Komuniti Jasin merupakan destinasi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lain-lain pelajar pula adalah terdiri daripada belia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun; sebanyak 4 peratus atau 3 orang pelajar. Begitu juga dengan kategori 31 hingga 40 tahun, juga hanya 3 orang pelajar.

20 tahun ke bawah 92%

21-30 tahun 4%

31- 40 tahun 3%

UMUR RESPONDEN

Rajah 2 Kategori Umur Responden

(8)

Jadual 4 Min Bagi Persepsi Pelajar Sesama Rakan Yang Berlainan Etnik

Min tertinggi pula ditunjukkan oleh tindakan mereka apabila rakan etnik lain dilantik sebagai ketua dalam aktiviti yang dijalankan iaitu 1.77. Kebanyakan mereka menyatakan mereka agak berat hati tetapi akan tetap memberikan kerjasama yang baik demi kebaikan kumpulan.

(9)

Jadual 5 Hubungan Kejiranan Pelajar

(10)

ramai responden menyatakan mereka akan membantu seadanya sekiranya berlaku sesuatu musibah tanpa mengira etnik.

Min tertinggi pula iaitu 2.01 ditunjukkan oleh kepercayaan kepada jiran yang berlainan etnik. Kebanyakan responden menyatakan mereka agak ragu-ragu untuk menyerahkan kunci rumah kepada jiran yang berlainan etnik atas dasar kepercayaan.

Min keseluruhan bagi mentafsir hubungan kejiranan responden sesama rakan yang berlainan etnik adalah 1.69 iaitu berada di tahap yang rendah juga. Ini jelas menunjukkan responden agak kurang responsif dengan jiran yang berlainan etnik dan lebih kepada keutamaan kepada etnik yang sama.

4. KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden agak berat hati dalam menjalinkan hubungan sesama rakan yang berlainan etnik. Oleh kerana responden adalah terdiri daripada pelajar semester pertama, dan kebanyakan mereka adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, berkemungkinan mereka tidak pernah terdedah dengan pergaulan sesama rakan berlainan etnik. Kebanyakan pelajar Kolej Komuniti adalah terdiri daripada pelajar luar bandar dan kebiasaannya mereka belajar di sekolah yang terdiri daripada satu-satu kaum sahaja dan kejiranan mereka juga terdiri daripada etnik yang sama.

(11)

Sebagai langkah untuk meningkatkan perpaduan di kalangan responden, pihak pengurusan Kolej Komuniti Jasin perlulah merangka dan melaksanakan pelbagai program yang dapat memperkenalkan budaya etnik lain, juga proses pengajaran dan pembelajaran turut diterapkan dengan nilai-nilai persefahaman antara satu sama lain. Wajibkan supaya setiap kumpulan tugasan atau projek perlulah mempunyai ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik.

RUJUKAN

Rusimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Prof. Madya Datin Hajah Salma Ishak, Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia.Repo.uum.edu.my

Pustaka D.B. (2013). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Diperolehi daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my

Vishalache Balakrishnan, Penilaian Program Latihan Khidmat Negara Dari Perspektif Pelatih: Satu Kajian Kes, Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 69–80, 2013

Langkah Mengukuhkan Perpaduan Di Kalangan Rakyat Malaysia, www.1Malaysia.com.my, 2015

Shiamala Danabalan, Sistem Pendidikan Malaysia dan Perpaduan Kaum, www.academia.edu, 2016

(12)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rahmatNya, saya dan rakan-rakan berjaya menghasilkan kajian ini. Jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada keluarga kami yang berkorban masa. Terima kasih kepada Pengarah Kolej Komuniti Jasin, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Abdul Razak bin Sabtu atas sokongan. Tidak dilupakan kepada Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti yang telah membuka ruang untuk seminar ini dan Kolej Komuniti Besut yang telah menguruskan seminar ini.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk merancang sebuah perlakuan panas pada beberapa paduan dengan sifat yang diinginkan, hubungan (ketergantungan) waktu dan suhu dari paduan dengan sifat yang

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan berkat dan rahmatnya kepada penulis sehingga penulis dapat menyelesaikan penulisan hukum / skripsi

Persepsi masyarakat dapat diarahkan melalui proses tertentu, merupakan bagian dari usaha-usaha industri, dalam rangka memengaruhi konsumen dengan gaya pakaian, sehingga secara

Ginko yang dimarginalkan dalam bidang kedokteran bersikap pantang menyerah dan terus berusaha untuk masuk di universitas kedokteran agar.. tujuannya bisa

Didalam penelitian ini ditemukan beberapa kendala. Kendala tersebut adalah sebagai berikut. Data yang diperoleh dari Perusahaan BRT transmusi adalah data operasional bus

[r]

Amanat Peraturan Pemeritah Nomor 19 Tahun 2008, Pasal 16 tersebut, menunjukan bahwa camat selaku pemimpin kecamatan mempunyai tugas, kedudukan, dan peranan yang

[r]