• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJAR"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ

KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Siti Fatimah Binti Dzulkifli siti.fatimah@kkselayang.edu.my

Kolej Komuniti Selayang

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian. Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif yang merupakan bentuk penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena tertentu secara mendalam dengan merujuk kepada suatu format penghuraian yang tertentu secara rasional. Populasi kajian adalah semua pelajar Fesyen dan Pakaian manakala sampel dipilih melibatkan 15 orang pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti ( Modular) Fesyen dan Pakaian. Metadologi kajian yang digunakan semasa kajian dijalankan menggunakan instrument soal selidik dan dianalis menggunakan perisian SPSS berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Elemen- elemen yang dikaji adalah kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang, interaksi pensyarah, teknik pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar, teknik penilaian dan peperiksaaan, penyediaan peralatan dan bahan, kemudahan bengkel bilik kuliah dan kemudahan lain, serta kebersihan ruang pembelajaran. Hasil analisis kajian, tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi dengan purata skor min 3.69. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Selayang terutama Program Fesyen dan Pakaian bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar.

Kata Kunci

(2)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara bagi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia 100 peratus negara maju.Kerajaan sentiasa memastikan pendidikan di negara kita berubah dengan lebih giat sebab itu ia dipanggil transformasi supaya modal insan yang kita lahirkan mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Perubahan kecemerlangan pelajar bermula dari suasana persekitaran di tempat belajar yang baik, selesa dan berkualiti. Ruang persekitaran pembelajaran yang memenuhi keperluan seseorang pelajar adalah salah satu faktor kejayaan sesebuah institusi pendidikan dan mendorong kepuasan belajar yang utama. Sesebuah institusi perlu mengutamakan penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap serta tahap kualitinya perlu dikekalkan bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelajar pada dasarnya.

Dari perspektif kualiti, pelajar merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian, dengan kehendak tersendiri yang perlu dipenuhi. Mereka mengharapkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Kepuasan pelanggan merupakan isu yang penting dan kritikal bukan sahaja di semua industri tetapi juga dalam institusi pendidikan. Pelajar bertindak sebagai pelanggan kepada sesebuah institusi mempunyai kehendak masing-masing perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi.

(3)

Menurut Ashraf dan Ibrahim (2009) kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur dan didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh pelajar dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh kerana itu, penilaian pelanggan terhadap kualiti terhadap pengajian tinggi adalah secara menyeluruh dalam organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya tertumpu kepada bahagian tertentu sahaja.

Oleh yang demikian, pelajar berhak untuk memperolehi pendidikan yang berkualiti, adalah menjadi kewajipan fakulti atau pusat pengajian menjamin kualiti kursus dan program yang ditawarkan. Namun begitu, tidak banyak usaha yang dilakukan untuk mengkaji hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kepuasan pelajar (Guolla, 1999). Oleh itu, dirasakan perlunya satu kajian dijalankan untuk meninjau impak kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan pelajar sepanjang mereka mengikuti program pengajian tertentu.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Pada masa kini kehidupan yang serba canggih menjadikan manusia menginginkan kepuasan yang lebih dalam hidup mereka. Kepuasan dari segi kualiti adalah kepuasan hidup yang sangat diidamkan pada masa kini. Maka wujud pelbagai instrumen pengukuran bagi mengukur kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan (Ramli, Chai dan Idris 2009).

Antara instrumen yang digunapakai termasuklah SERVQUAL dan SERVPERF. Pengukuran SERVQUAL telah dibangunkan oleh Parasuraman, Berry, dan Zeithaml pada tahun 1988 bagi mengukur persepsi kualiti perkhidmatan dalam bidang

(4)

perkhidmatan yang diberikan serta penilaian kualiti yang berterusan (Booth, 2003).

Bagi menjamin perkhidmatan yang disediakan mendapat tahap kepuasan yang tinggi dan berkualiti maka perlulah ada beberapa kaedah pengukuran dalam menentukan tahap kepuasan tersebut. Fokus utama kepuasan perkhidmatan yang dikaji ialah terhadap pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang ialah Sijil Kulinari, Sijil Pastri, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Animasi, dan Sijil Fesyen Pakaian. Sasaran Kajian adalah terhadap seramai 15 orang pelajar semester akhir Sijil Fesyen Pakaian.

3.0 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, latar belakang masalah yang telah dihuraikan menunjukkan terdapat beberapa kekurangan dari segi kepuasan pelajar – pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian terhadap perkhidmatan pengajaran yang pembelajaran yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Selayang, Selangor

Kajian mengenai tahap kepuasan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) dilakukan kerana belum pernah ada kajian seumpama ini bagi Program Sijil Fesyen dan Pakaian. Maka kajian seumpama ini dibuat untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan pelajar terhadap elemen kepuasan pelajar berkaitan penilaian keatas diri sendiri, interaksi pensyarah bersama pelajar, bimbingan pensyarah terhadap pelajar di kelas, juga dari segi teknik penilaian dan peperiksaan yang dilakukan, penyediaan keperluan peralatan dan bahan.

4.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan gambran sejauh manakah kepuasan pelajar-pelajar semester akhir Sijil Kolej Komuniti (Modular) Fesyen dan Pakaian. Diantara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah :

(5)

II. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar

III. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah serta pengunaan alat bantu mengajar

IV. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan V. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap peralatan bahan yang

disediakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

VI. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan

VII. Menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran

5.0 METADOLOGI KAJIAN

Metadologi kajian yang digunakan ialah jenis kajian berbentuk deskriptif. Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kaedah deskriptif jenis tinjauan sampel iaitu meninjau tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang. Menurut Sabitha Marican (2005), Soal selidik merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawap persoalan kajian. Malah Sherri L. Jackson (2006) juga menyatakan ianya juga merupakan kajian mendalam tentang satu atau lebih individu dengan harapan mendedahkan hal hal yang benar.

(6)

Oleh kerana kajian ini berbentuk kajian social, maka jenis instrumen kajian yang dipilih adalah kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat responden dan bahagian B mengandungi item untuk mengukur tahap kepuasan pelajar terhdapa pengajaran dan pembelajaran dalam bidang fesyen pakaian.

Skala Likert amat sesuai digunakan untuk menjalankan kajian tinjauan ini. Ini kerana Skala Likert membolehkan pengkaji mengawal maklum balas yang berat sebelah. Skala akan diberikan bermula daripada no 1 hingga no 5. Perincian skala tersebut seperti dalam Jadual 1.

Skala Tafsiran

1 Lemah

2 Kurang memuaskan

3 Sederhana

4 Baik

5 Cemerlang

Jadual 1: Skala Likert

Skala pengukuran skor min dirujuk berdasarkan interpretasi skor min bagi Skala Likert seperti jadual 2.

Skor Min Tahap Kecenderungan

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

(7)

Sekiranya item yang dianalisis berada pada julat 1.00-2.33, ini menunjukkan tahap kepuasan pelajar berasa pada tahap yang rendah. Keputusan sederhana pula merangkumi skor min antara 2.34-3.67. Manakala skor min 3.68-5.00 pula menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang

6.0 Dapatan Kajian

Hasil daripada analisis yang dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min ialah 3.69. Jadual 3 menunjukkan skor min yang diperolehi mengikut elemen penilaian yang dikaji.

No Item Min Tahap

1 Kepuasan diri 3.93 Tinggi

2 Teknik pengajaran pensyarah 3.93 Tinggi

3 Interaksi pensyarah terhadap pelajar 3.86 Tinggi

4 Pengunaan alat bantu mengajar 3.66 Sederhana

5 Sistem penilaian dan peperiksaan 3.66 Sederhana

6 Peralatan bahan yang disediakan 3.20 Sederhana

7 Kemudahan bengkel fesyen 3.66 Sederhana

8 Kemudahan bilik kuliah 3.60 Sederhana

9 Kemudahan lain 3.53 Sederhana

10 Kebersihan ruang pembelajaran 3.86 Tinggi

Nilai Keseluruhan 3.69 Tinggi

(8)

7.0 PERBINCANGAN

7.1 Persoalan kajian 1

“Apakah tahap kepuasan pelajar keatas diri sendiri belajar di Kolej Komuniti Selayang?”

Secara keseluruhan bagi tahap kepuasan diri pelajar belajar di Kolej Komuniti Selayang bagi Sijil Sijil Kolej Komuniti Modular Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti Selayang berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.93 berbanding 5.00. Ini menunjukkan pelajar berpuas hati kerana telah dapat menyambung pelajaran mereka di sebuah instusi pengajian tinggi awam seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.

7.2 Persoalan Kajian 2

“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar” Bagi persoalan kajian kedua, menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap interaksi bersama pensyarah pada tahap tinggi. Dapatlah disimpulkan bahawa pensyarah di Kolej Komunti Selayang mahir berinteraksi dengan pelajar mengikut peringkat usia juga pensyarah dapat meluangkan masa berinteraksi dengan pelajar di luar waktu P&P bagi menjawap segala permasalahan yang pelajar alami.

7.3 Persoalan Kajian 3

“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap teknik pengajaran pensyarah serta

pengunaan alat bantu mengajar?”

(9)

7.4 Persoalan Kajian 4

“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan?”

Keseluruhannya bagi tahap kepuasan pelajar terhadap penilaian dan peperiksaan adalah sederhana. Ini menunjukkan pelajar agak berpuas hati terhadap keputusan peperiksaan. Kepuasan ini merangkumi aspek penilaian berterusan dan juga aspek penilaian akhir yang di lakukan.

7.5 Persoalan Kajian 5

“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah

dan lain lain kemudahan?”

Hasil dapatan kajian yang diperolehi, pengkaji telah menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel fesyen, bilik kuliah dan lain lain kemudahan berada pada tahap sederhana semuanya. Bagi kemudahan bengkel keputusan skor min ialah 3.66, diikuti dengan kemudahan bilik kuliah 3.60 manakala kemudahan lain di Kolej Komuniti Selayang pada skor min 3.53. Kepuasan ini merangkumi kemudahan mesin jahit yang disediakan di bengkel fesyen, kemudahan kerusi yang selesa bagi penggunaan bilik kuliah dan juga kemudahan lain seperti tandas, surau, perpustakaan dan sebagainya.

7.6 Persoalan Kajian 6

“Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan ruang pembelajaran?”

(10)

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) Fesyen dan Pakaian berada pada tahap tinggi. Majoriti pelajar berpuas hati terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Namun begitu mutu pengajaran dan pembelajaran haruslah ditingkatkan ke skor min yang tinggi oleh kerana hasil nilai keseluruhan skor min adalah 3.69 adalah sangat hampir dengan nilai keseluruhan skor min sederhana iaitu 3.67. Selain itu mutu pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditingkatkan kerana kepuasan pengguna merupakan satu elemen terpenting dalam menentukan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh sesbuah organisasi.

Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak pensyarah untuk memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada supaya kepuasan belajar dapat ditingkatkan sekaligus dapat memperbaiki mutu dan prestasi pelajar di Kolej Komuniti Selayang.

(11)

RUJUKAN

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md Din Mohamad Harun. Panduan Latihan Mengajar ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992

Mee , Lee Shok. Pedagogi IV: Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 1990

Mohd Zahari Ismail. Tahap Kepuasan Bekerja Di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Hill, F.M (1995). Managing service quality in higher education: the role of the student as primary consumer. Quality Assurance in Education 3(3) : 10-21.

(12)
(13)

Referensi

Dokumen terkait

Sedikitnya ada lima keuntungan mengikuti Program Adiwiyata sebagai berikut 6 (1) Mendukung pencapaian standar kompetensi/kompetensi dasar dan standar kompetensi

(1) Pengawasan Keamanan Pangan Segar pada tahap pra pemasaran produk dilakukan dengan sertifikasi produk yang didaftarkan pada dinas sebagaimana dimaksud dalam Pasal 8

tidak akan efektif untuk mendeteksi gas-gas yang ada di dalamnya karena akan lebih dulu over range di sensor. Jika dipaksakan maka sensor akan rusak.. • Lakukan pengukura sesuai

Tokoh cerita merupakan orang-orang yang ditampilkan dalam suatu karya naratif atau drama oleh pembaca kualitas moral dan kecenderungan- kecenderungan tertentu

 b) Working model, Working model, dibuat tidak dibuat tidak harus mempresentasikan fungsi harus mempresentasikan fungsi produk produk secara keseluruhan dan dibuat pada skala

Dari data yang diperoleh dapat diketahui bahwa terjadi peningkatan keterampilan generik sains mahasiswa calon guru baik yang diajarkan secara konvensional maupun

Hasil penelitian didapatkan sebagian (54,2%) responden di wilayah kerja Puskesmas Muara Kumpeh berperilaku kurang baik dalam pencegahan filariasis, sebagian (59,4%)

Penelitian tersebut memperoleh hasil bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi siswa terhadap penerapan model pembelajaran kooperatif tipe tutor sebaya dengan