• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi We

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi We"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Community College Eduresearch Conference 2015

Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi Web 2.0 di Dalam Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran

Mohd Azran Mohd Sallleh

a

, Mohd Mohsin Abd Rahim

b*

, Siti Nurul Mahfuzah Mohamad

c

a Sistem Komputer dan Sokongan, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT),Masjid Tanah, Melaka b Unit Multimedia dan Sumber, Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBBM), Bukit Beruang, Melaka.

c Sistem Komputer dan Sokongan, Kolej Komuniti Selandar (KKSL), Selandar, Melaka

Abstrak

Teknologi Web 2.0 telah mengubah cara pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Beberapa aplikasi atas talian dan platform kini mentakrifkan bagaimana pengguna berkongsi pandangan, pendapat, dan pengalaman menerusi aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang popular seperti blogspot, Edmodo, Online Whiteboard, Mind Map Maker dan sebagainya. Satu kelebihan utama Web 2.0 adalah alat ini percuma dan mudah digunakan. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi subjek rangkaian. Seramai 30 orang pelajar dari Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) dan Kolej Komuniti Selandar (KKSL) memberi maklum balas kepada kajian ini. Soal selidik secara atas talian telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengukur penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, penggunaan Web 2.0 boleh meningkatkan pembelajaran dalam mata pelajaran rangkaian. Pelajar menunjukkan minat terhadap aplikasi tersebut dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada pelajar menggunakan pembelajaran atas talian di dalam kelas.

Kata Kunci: Web 2.0, Kolej Komuniti, Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan

(2)

beberapa perkakasan atas talian dan platform yang mentaksirkan bagaimana pengguna berkongsi perspektif, pendapat, pemikiran dan pengalaman.

Perkakasan Web 2.0 seperti weblogs, RSS, video casting, penandabuku sosial, rangkaian sosial, podcasts dan laman perkongsian gambar telah menjadi bertambah popular. Salah satu kelebihan besar perkakasan Web 2.0 adalah kebanyakannya percuma. Secara tidak langsung, Hsu et al (2014) bersetuju bahawa aplikasi Web 2.0 memperkasakan pengguna dengan tempat untuk penyataan peribadi, perkongsian, komunikasi, dan kolaborasi dengan yang lain. Pengarang juga menyatakan pembelajaran melalui kolaborasi bersama aplikasi Web 2.0 memberi peluang kepada pengguna dan perlu digunakan dalam pendidikan. Sumber dan interaksi di dalam kelas bergantung pada kurikulum yang digunakan di dalam kelas. Internet bukan pendekatan kepada pendidikan, tetapi sebagai perkakasan yang boleh digunakan dengan pelbagai jenis teori pendidikan. Ia menjadi sumber informasi tambahan yang ada; ia meningkatkan komunikasi dinamik, dan membuatkan kolaborasi menjadi mudah dengan mengurangkan keperluan untuk pengkolaborasi, dan pada tempat dan masa yang sama.

Sorotan Kajian

Pelajar mendalami sepenuhnya teknologi Web 2.0 (contohnya , blog, twitter, podcast, wiki, laman rangkaian sosial, dunia maya, perkongsian video dan perkongsian gambar) dan Internet, yang mana memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial dan kehidupan akademik (Lego dan Towner, 2009). Tujuan utama kajian ini adalah untuk membuat kajian persepsi pelajar dalam penggunaan perkakasan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Rangkaian di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Selandar. Blog adalah salah satu aplikasi yang diambil dari 100 aplikasi yang paling popular yang telah diukur oleh Hart (2012). Dalam kajian yang berkaitan oleh Arsad et al (n.d) yang telah melibatkan 64 guru dari sekolah menengah, penulis telah menyatakan bahawa 22% daripada responden menggunakan jaringan blog (Blogger) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas (Rajah 1). Dapatan kajian beliau menunjukkan, responden kerap menggunakan aplikasi mind map Mindmeister (91%) dan juga Online Whiteboard seperti Wallwisher (86%) dan Blackboard (86%).

(3)

Rajah 2 pula menunjukkan tenaga pengajar mempunyai kemahiran menghantar maklumat di dalam blog (28%), berkongsi maklumat (22%), menjemput pelajar dalam social networking (19%) dan sentiasa mengemaskini laman blog masing-masing (19%).

Rajah 2: Aktiviti penggunaan aplikasi Web 2.0

Menurut Embi et. Al. (2012) yang diceritakan dalam Mohamad et al (2014), kekurangan masa merupakan penyebab utama masalah penyediaan e-kandungan pengajaran dan pembelajaran. Salam et al (2013) mencadangkan penggunaan perkakasan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diimplimentasikan ke dalam pendidikan teknikal seperti di Politeknik dan Kolej Komuniti supaya pensyarah dapat mengurangkan masa persediaan dan boleh menarik perhatian pelajar. Dalam transformasi, walaubagaimanapun, cara terbaik untuk memperluaskan kegunaan Web 2.0 adalah dengan mendapatkan perkakasan terlebih dahulu dalam mengoptimis aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sejak pendekatan pengajaran bagi pensyarah boleh mempengaruhi sikap pelajar, yang mana sekarang kebanyakannya golongan digital (Margaryan, Littlejohn, & Vojt, 2011), sesetengah rangka kerja berdasarkan rekabentuk Web 2.0 telah dihasilkan supaya dapat menggalakkan lebih keyakinan dalam mempelajari penggunaan perkakasan Web 2.0.

(4)

Metadologi Kajian

Kajian ini dijalankan terdiri dari 30 orang pelajar kolej komuniti yang mengambil matapelajaran rangkaian (networking) dari program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) bagi menilai keutamaan pelajar ke arah menggunakan perkakasan Web 2.0 dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini dianggap telah mempunyai kemahiran menggunakan Internet. Setiap Pelajar-pelajar telah melengkapkan soal selidik yang telah diberikan secara atas talian. Analisis soal selidik telah disiapkan dengan menggunakan statistik deskriptif.

Rajah 3 menunjukkan muka depan blog yang digunakan untuk kajian ini. Rajah 4 merupakan Text Mind Mapping yang disediakan oleh pelajar di dalam kelas.

Rajah 3: Muka depan blog untuk pendidikan

Rajah 4: Text Mind Mapping

Untuk mendapatkan pengukuran persepsi pelajar semasa menggunakan Web 2.0 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, soal selidik telah digunakan. Soal selidik mengandungi 23 soalan meliputi kesangatgunaan (usefullness) (15 item) dan kebolehcapaian (accessibility) (8 item). Setiap item mengandungi Five point Likert– pilihan. Pilihan ini dikodkan sebagai 1 untuk “Sangat Tidak Setuju”,

2 untuk “Tidak Setuju”, 3 untuk “Tiada Pilihan”, 4 untuk “Setuju” dan 5 untuk “Sangat Setuju”. Satu

(5)

Dapatan Kajian

Jadual 1 menunjukkan demografi responden untuk kajian ini. Kajian ini melibatkan pelajar dari Sistem Komputer dan sokongan sahaja.

Jadual 2 menunjukkan julat min dari 4.01 hingga 4.49. Item 11 menunjukkan nilai min tertinggi yang mana nilai min adalah 4.49. Analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju yang informasi yang diberikan blog adalah terkini dan tepat. Pelajar juga bersetuju bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan dalam laman blog memberikan lebih banyak idea semasa di dalam kelas (min = 4.40).

Jadual 3 pula menunjukkan analisis penerimaan senang digunakan. Analisis menunjukkan kebanyakkan pelajar bersetuju bahawa web blog tiada masalah dengan masa muat turun dengan nilai min paling tinggi iaitu 4.47. Diikuti dengan pautan adalah sah dan aktif (Min=4.35).

Jadual 2 Penerimaan Kesangatgunaan

No. Kesangatgunaan Min Sisihan

Piawai 1 Terdapat widget yang sangat berguna dalam bar sisi. 4.18 0.57 2 Terdapat gadget yang sangat berguna dalam bar sisi. 4.01 0.65 3 Saya akan mencadangkan blog ini kepada kawan saya 4.23 0.61 4 Blog ini memberi banyak informasi kepada saya 4.30 0.42

5 Tema yang digunakan sesuai untuk pembaca 4.15 0.56

6 Topik yang dikemukan sangat menarik setiap bulan 4.02 0.40

7 Blog ini memberi saya banyak idea. 4.40 0.65

8 Terdapat arkib, kategori, tag, profil pengarang dan info yang lain 4.03 0.54

9 Kandungan adalah percuma 4.46 0.68

10 Tidak terdapat sebarang ralat seperti kesalahan ejaan dan

sebagainya 4.03 0.46

11 Informasi adalah terkini dan tepat. 4.49 0.52

12 Pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi di antara satu sama

lain 4.21 0.66

13 Tugasan dapat dihantar secara atas talian 4.15 0.57

14 Saya dapat mempelajari subjek rangkaian dengan mudah 4.21 0.49

(6)

Jadual 3 Penerimaan Senang Digunakan

No. Senang Digunakan Min Sisihan

Piawai

1 Tiada pautan yang rosak dalam blog ini. 4.21 0.56

2 Tiada masalah dengan masa muat turun. 4.47 0.56

3 Enjin pencarian dalam blog disediakan 4.01 0.67

4 Mempunyai pautan ke laman yang berkaitan 4.42 0.52

5 Kesemua pautan adalah sah dan aktif 4.35 0.49

6 Mudah untuk dapatkan maklumat yang terkini dan berguna 4.11 0.58

7 Blog ini mudah dicapai pada bila-bila masa 4.28 0.62

8 Pelajar boleh mendapatkan maklumat untuk sesi pembelajaran 4.02 0.66

Kesimpulan

Web 2.0 tidak perlu untuk memuat turun, pensyarah dan pelajar boleh menguasainya dalam masa beberapa minit. Teknologi telah menjadi semakin senang atau lebih akses kepada semua. Dapatan dari kajian ini telah membongkar yang kebanyakan pelajar menunjukkan paras minat yang tinggi dengan pembelajaran menggunakan blog apabila mempelajari matapelajaran rangkaian. Oleh itu, pensyarah perlu lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran dan perlu menggabungkan semua perkakasan Web 2.0 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Rujukan

Aghaei, S., Mohammad, A.N dan Hadi, K.F. (2012). Evolution Of The World Wide Web: From Web 1.0 To Web 4.0. International Journal of Web & Semantic Technology (IJWesT). 3(1), pp. 1-10. Arsad , N. M., Mohamad, A. E., Kamisah, O. dan Rian, V. (n.d). Use Of Web 2.0 Applications By Teachers.

http://stemstates.org/assets/files/351_USE%20OF%20WEB%202.0%20APPLICATIONS%20BY%20 TEACHERS%20(ABSTRACT%20NO%20351).pdf

Bower, M., Hedberg, J. G., dan Kuswara, A. (2010). A framework for Web 2.0 learning design. Educational Media International, 47(3), 177–198.

Embi, M.A., Hanafi A., Sidek A.A., Norazah M.N dan Afendi H., 2012. Scenario Study Report e-Learning Module Module. Higher Education Leadership Academy, Ministry of Higher Education, Malaysia. pp. 9-13.

Grosseck, G. (2009). To use or not to use web 2.0 in higher education? Procedia - Social and Behavioral Sciences, 1(1), 478-482.

Hart, J. (2012). Top 100 Tools for Learning 2012. Centre for Learning & Performance Technologies (C4LPT) http://c4lpt.co.uk/top-100-tools-2012/

(7)

Lego C. dan Towner T (2009). Opening facebook: How to use facebook in the college classroom. In I. Gibson et al. (Eds.). Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education International Conference , pp. 2623-2627. Chesapeake, VA: AACE.

Margaryan, A., Littlejohn, A., dan Vojt, G. (2011). Are digital natives a myth or reality? University

students’ use of digital technologies. Computers & Education, 56(2), 429-440.

Mohamad, S.N.M., Sazilah, S. dan Norasiken, B. (2014). Lecturers Perceptions and Attitudes Towards the Usage of Online Learning at Polytechnic. International Journal of Science Commerce and Humanities. 2(1), pp 169-172.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan memberikan kesan baru berupa perancangan Cafe- Library and Resto pengunjung dapat menikmati hidangan restoran, juga dapat membaca atau mencari informasi pada

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Penerimaan Fungsional Rumah Sakit Jiwa adalah penerimaan yang diperoleh sebagai imbalan atas pelayanan baik berupa barang atau jasa yang diberikan oleh Rumah

Tokoh cerita merupakan orang-orang yang ditampilkan dalam suatu karya naratif atau drama oleh pembaca kualitas moral dan kecenderungan- kecenderungan tertentu

1) Masukan sarana (instrumental input) meliputi keseluruhan sumber dan fasilitas yang memungkinan bagi seseorang atau kelompok dapat melakukan kegiatan belajar. 2) Masukan

Dari data yang diperoleh dapat diketahui bahwa terjadi peningkatan keterampilan generik sains mahasiswa calon guru baik yang diajarkan secara konvensional maupun

Penelitian tersebut memperoleh hasil bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi siswa terhadap penerapan model pembelajaran kooperatif tipe tutor sebaya dengan

Menetapkan kegiatan pembelajaran yang tepat yang mampu mengaktualisasikan potensi dan kreativitas peserta didik sesuai dengan tujuan pembelajaran yang akan dicapai pada