• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Pertanian Negara Ketiga mac

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dasar Pertanian Negara Ketiga mac"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3 memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani (agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).

Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian.

Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.

(2)

PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI SEKTOR PERTANIAN

3.1 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian

Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003 hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak 85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran kepada yang

menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian, sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.

3.2 Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian

FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta

disediakan untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.

3.3 Pelaksanaan Program Bumi Hijau

RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep “kitchen garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

(3)

3.4 Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti

Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing” dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun 2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.

3.5 Konsep Ladang Merdeka

Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.

Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu. KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi membolehkan

(4)

sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan 225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.

3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani

Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts. Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.

Referensi

Dokumen terkait

4. Batas waktu studi mahasiswa yang pindah jenjang/program pendidikan, baik dari dalam maupun dari luar Universitas Kanjuruhan Malang ditetapkan sama dengan batas

Berikut adalah data dari Dinas Perdagangan dan Perindustrian Kabupaten Indragiri Hilir tentang jumlah pedagang pakaian bekas di tiga pasar pakaian bekas yang ada di

“Magmula no’ng ako’y natutong umawit, nagkabuhay muli ang aking paligid, Ngayong batid ko na ang umibig, sa sariling tugtugin o himig, sa isang makata’y maririnig, mga

Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu | perpustakaan.upi.edu BAB IV HASIL PENELITIAN DAN PEMBAHASAN.. Hasil

Hasil penelitian ini sebagai sumbangan pemikiran terhadap pihak manajemen Bank Perkreditan Rakyat di Lumajang untuk terus meningkatkan posisi kredit nya dengan

pendekatan yang difokuskan untuk mem- beri penekanan pada penanaman nilai-nilai sosial dalam diri peserta didik, diterima- nya nilai-nilai sosial tertentu oleh mereka,

(1) Petugas operasional yang merupakan unsur pelaksana teknis operasional dan penunjang UPT Jamkesda bertugas dan berkewajiban membantu kelancaran pelaksanaan

Model ini merupakan model hubungan yang dijalin oleh pemerintah dengan Citizen (publik / masyarakat) dalam upaya membangun hubungan yang baik diantara kedua