• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan antara tahap penguasaan kemahir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan antara tahap penguasaan kemahir"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK

KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF

(SRU 6014)

TAJUK : PROJEK 2

PROPOSAL PENYELIDIKAN

HUBUNGKAIT KEMAHIRAN FAKTA ASAS SIFIR DENGAN

TAHAP PENCAPAIAN MATEMATIK MURID TAHAP DUA

PENSYARAH : PROF MADYA DR. ZULKIFLEY MOHAMED

NAMA PELAJAR :

AZAD IQRAM BIN NADMILAIL

NO. MATRIK

:

M20131000427

PROGRAM

:

SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK

SEMESTER

:

SEMESTER 1

SESI

:

2013 / 2014

TARIKH HANTAR : 6 JUN 2013

(2)
(3)

sahaja, tetapi pada masa kini peranan matematik meliputi pelbagai jenis aktiviti manusia seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusan dan komunikasi. Dalam pembelajaran matematik, Gagne (1971) telah menyenaraikan empat kategori yang harus dipelajari iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Secara kasar, pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembelajaran bagi memproses maklumat dan pembelajaran bagi menggunakan pengalaman yang telah dikuasai dan tersimpan di dalam ingatan (Atan Long : 1982). Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan.

Penggunaan jari, kaedah menyanyi dan kaedah congak merupakan kaedah-kaedah yang digunakan bagi membantu murid-murid sekolah rendah bagi mengingat fakta asas sifir. Dalam konteks fakta asas sifir, murid-murid akan melihat dan membaca fakta asas sifir. Seterusnya, proses pembelajaran berlaku apabila terdapat penerimaan rangsangan berupa maklumat seperti teks fakta sifir dan suara. Kemudian berlaku beberapa proses dalaman dan berakhir dengan tindakbalas ke atas persekitaran. Proses-proses dalaman yang berlaku adalah seperti berikut:

i. Penerimaan rangsangan berupa maklumat oleh reseptor.

ii. Melalui pendaftaran deria, tanggapan dipilih dan rangsangan diubahbentuk menjadi ciri-ciri objek untuk disimpan di dalam memori jangka pendek.

iii. Rehearsal untuk mengulang dan mengekalkan maklumat di dalam memori jangka pendek

iv. Pengkodan semantik menyediakan maklumat untuk disimpan dalam memori jangka panjang.

v. Mengeluarkan maklumat semula untuk menyimpan ke dalam memori kerja atau penjana tindakan.

vi. Memilih dan mengorganisasikan tindakan vii. Pencapaian dalam persekitaran pembelajaran viii. Kawalan proses melalui strategi eksekutif.

(4)

positif atau negatif. Sekiranya berlaku pengaruh persekitaran yang negatif, murid akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan proses seterusnya dan sekaligus menyukarkan lagi untuk mengingat fakta sifir tersebut.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak bagi menangani masalah ini yang sering dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah sejak dahulu lagi. Di Malaysia, kajian yang telah dijalankan oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan pencapaian fakta asas matematik dalam kalangan 3569 orang murid tahun tiga sekolah-sekolah kebangsaan di 128 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70% ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk mengkaji sejauh manakah hubungan kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua di sekolah rendah.

1.2 Pernyataan Masalah

Sebelum kajian ini dijalankan. penyelidik telah membuat tinjauan dan mengenal pasti kes-kes yang timbul melalui keputusan Ujian Pertengahan Semester 1 pada 13 dan 14 Mac 2013. Berdasarkan 20 soalan yang diberi kepada murid, skop soalan atau tajuk yang terlibat adalah meliputi bab Nombor Bulat sahaja. Bab ini meliputi soalan-soalan berkaitan dengan menentukan nilai tempat, membundarkan dan operasi matematik seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Daripada 20 soalan tersebut, 6 soalan terangkum soalan mengenai pendaraban.

Hasil daripada tinjauan yang dilakukan, kebanyakkan murid-murid tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan operasi pendaraban dengan baik dan betul. Antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka adalah:

(5)

Setelah dikenal pasti kesilapan-kesilapan ini, penyelidik telah memanggil 30 orang murid tahap 2 secara rawak dan melakukan ujian membaca sifir secara lisan tanpa melihat fakta asas sifir. Setelah selesai ujian tersebut, terdapat segelintir murid yang tidak menjawab soalan-soalan pendaraban semasa ujian tetapi dapat membaca fakta sifir dengan lancar. Manakala terdapat juga segelintir murid yang menjawab soalan-soalan pendaraban dengan baik semasa ujian tetapi tidak dapat membaca fakta sifir dengan lancar.

Berdasarkan daripada kes-kes yang dinyatakan, kajian ini akan menganalisis mengenai hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua. Kajian ini juga akan dapat membantu bagi mengetahui sejauh manakah tahap hubungkait antara kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua jika wujud hubungkait tersebut.

1.3 Sorotan Kajian Berkaitan

Mengkaji hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik tahap dua amat penting kerana hasil dapatan kajian dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sekaligus mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi khususnya dalam mata pelajaran matematik. Terdapat kajian yang dijalankan bagi mengetahui hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua seperti yang dijalankan oleh Carmel E. DeMaioribus (2011). Kajian beliau berkaitan mengenai ‘automaticity’ yang didefinisikan sebagai kebolehan untuk mengingat dengan pantas dan tepat terhadap fakta asas sifir dalam peringkat tidak sedar. Kajian ini telah dilakukan ke atas 125 orang pelajar di sebuah sekolah tinggi, di Amerika Syarikat. Responden kajian beliau adalah meliputi pelajar yang berumur 15 hingga 18 tahun.

(6)

pengalaman sewaktu di sekolah tinggi. Yang menjadi tarikan utama keputusan kajian ini adalah hampir 90% pelajar yang terlibat dalam kajian ini tidak menguasai ‘automaticity’ terhadap fakta asas sifir.

Amy Bystom (2010) telah menjalankan kajian mengenai kesan amalan bacaan fakta asas sifir setiap hari. Kajian yang dijalankan oleh beliau adalah untuk melihat kesan amalan bacaan fakta asas sifir setiap hari terhadap kelancaran bacaan fakta asas sifir, pencapaian murid dalam matematik, keyakinan murid dalam topik pembahagian panjang dan sikap terhadap matematik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas 5 orang murid tahun 5 yang masing-masing mempunyai pencapaian matematik yang berbeza. Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kajian kuantitatif merangkumi ujian tulisan fakta asas sifir sebanyak 60 soalan. Seterusnya responden kajian beliau diuji dengan soalan matematik yang melibatkan pendaraban dan pembahagian. Kajian kualitatif pula meliputi temu bual dan pemerhatian.

Hasil kajian beliau mendapati bahawa murid tidak mempunyai masalah sekiranya mereka melakukan amalan membaca fakta asas sifir setiap hari dengan bantuan kad imbas dan petak nombor. Namun, sekiranya mereka tidak membaca fakta asas sifir dalam masa sehari, mereka mengalami masalah untuk membaca fakta asas sifir pada hari berikutnya. Begitu juga keputusan yang sama sekiranya mereka tidak dirangsang dengan penggunaan kad imbas atau petak nombor. Mereka akan mengalami masalah yang sama untuk membaca fakta asas sifir dengan lancar. Beliau juga menggunakan teknologi Information and Communication Technologies

(7)

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Konseptual Kajian

Kajian ini akan melihat hubungkait kemahiran fakta asas matematikdengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua. Sebuah kerangka kajian telah dibentuk bagi menunjukkan hala tuju kajian ini.

Rajah kerangka di atas menjelaskan hubungan antara kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik. Setelah dijalankan ujian kemahiran fakta asas sifir, keputusan ujian tersebut akan dinilai bagi melihat tahap pencapaian dalam kemahiran fakta asas sifir. Kemudian, ujian matematik pula dijalankan bagi melihat tahap pencapaian terbabit. Hasil daripada ujian tersebut, akan dinilai tahap pencapaiannya dan dapatan kajian akan diperoleh. Berdasarkan daripada model di atas juga, kerangka konsep kajian dapat dibentuk dan difahami. Metodologi kajian

(8)

secara kasar juga dapat dilihat. Hal yang demikian dapat memudahkan pengkaji-pengkaji yang lain untuk memahami konsep kajian ini.

2.2 Kepentingan Kajian

Secara umum, murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat sifir secara lisan mahupun tulisan. Kemahiran asas sifir merupakan salah satu kemahiran empat M (4M) iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran ini mesti dikuasai oleh semua murid sekolah rendah. Bagi peringkat ini, murid sepatutnya menguasai kemahiran asas sifir sekurang-kurangnya sifir sembilan semasa berada di tahun tiga. Hal ini berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Walaupun murid dapat menguasai kemahiran asas sifir ini, terdapat juga segelintir murid yang tidak tahu dan tidak dapat mengaplikasikan kemahiran asas sifir ini dalam keadaan lain seperti semasa menjawab soalan ujian yang diberikan ataupun semasa mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan kajian ini, pengkaji berharap dapat mengetahui dan menganalisis perkaitan antara kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid di sekolah rendah.

2.3 Batasan Kajian

Batasan kajian digariskan dalam kajian bagi mengelak sebarang ralat dan kekeliruan. Dalam kajian ini, beberapa batasan telah digariskan supaya perjalanan kajian ini berjalan dengan lancar. Responden kajian terdiri daripada 60 orang responden yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun. Latar belakang murid tidak diambil kira. Pemilihan responden juga hanya melibatkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan St. Edmund Limbang, Sarawak.

Soalan ujian kemahiran fakta asas matematik yang dikemukakan mengandungi 100 soalan sahaja. Soalan-soalan tersebut mengandungi soalan fakta asas matematik bermula dari sifir satu hingga sifir sembilan. Soalan-soalan berupa soalan ringkas dalam bentuk lazim. Soalan-soalan ini diambil dan diubahsuai supaya ianya sesuai dengan tahap pemikiran murid tahap dua.

(9)

perpuluhan dan wang. Rasional bagi soalan-soalan yang dikemukakan adalah bagi memberikan gambaran seperti soalan peperiksaan yang sebenar. Soalan-soalan pula berbentuk subjektif bagi menganalisis kaedah penyelesaian yang digunakan bagi memberikan skor terhadap setiap jawapan yang diberikan. Aras kesukaran juga mengikut aras-aras yang sesuai sejajar dengan tahap soalan yang diberikan.

2.4 Definisi Operasional

2.4.1 Fakta Asas Sifir Konsep

Fakta yang menunjukkan daftar angka yang digandakan berkali-kali (Kamus Dewan, 2005)

Operasi

Dilihat dari segi kelancaran bacaan secara lisan dan ketepatan jawapan sama ada lisan atau bukan lisan.

2.4.2 Pencapaian Matematik Konsep

Pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh individu dalam bidang matematik. (Research Centre on Academic Success, 2005)

Operasi

Pencapaian yang dicapai murid sekurang-kurangnya 80% daripada markah keseluruhan bagi ujian pencapaian matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum

Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk mengkaji hubungkait kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid tahap dua.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut:

(10)

3.2.2 Untuk menganalisis perkaitan antara murid yang tidak menguasai kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik. 3.2.3 Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian kemahiran fakta

asas sifir murid yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun. 3.2.4 Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian kemahiran fakta

asas sifir murid di antara murid lelaki dan perempuan.

3.2.5 Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian matematik murid yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.

3.2.6 Untuk menganalisis perbezaan tahap pencapaian matematik murid di antara murid lelaki dan perempuan.

3.3 Soalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut: a) Adakah terdapat perkaitan signifikan antara murid yang menguasai

kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik.

b) Adakah terdapat perkaitan signifikan antara murid yang tidak menguasai kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik.

c) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian kemahiran fakta asas sifir murid yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.

d) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian kemahiran fakta asas sifir murid di antara murid lelaki dan perempuan.

e) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian matematik murid yang berumur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun.

f) Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian matematik murid di antara murid lelaki dan perempuan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Responden bagi kajian ini ialah 60 orang murid tahap dua Sekolah Kebangsaan St. Edmund, Limbang. Responden kajian akan dibahagikan mengikut kategori tahun dan jantina seperti berikut:

Tahun Jantina

Lelaki Perempuan Tahun 4 10 orang 10 orang

Tahun 5 10 orang 10 orang

(11)

Responden akan dipilih secara rawak tanpa diukur atau dinilai berdasarkan tahap pencapaian matematik mereka di dalam ujian atau peperiksaan yang lalu. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang bias dalam kajian ini.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan

Jadual Perancangan Tindakan

Bil Aktiviti Tindakan Rujukan 1 i. Pelaksanaan ujian bacaan sifir

secara lisan

Pengkaji Borang Ujian Kelancaran Bacaan Sifir

2 i. Pelaksanaan ujian sifir secara bertulis

Pengkaji Borang Ujian Sifir 3 i. Ujian Pencapaian Matematik Pengkaji Borang Ujian

Pencapaian Matematik

5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data

5.2.1 Instrumen Kajian

1) Ujian lisan kemahiran fakta asas sifir

(12)

bagaimanapun, sekiranya murid membaca dengan lancar namun terdapat kesalahan, bacaan tersebut tidak dikira sebagai lancar. Instrumen kajian ini akan digunakan bagi mengumpul data, menganalisis data dan mencapai objektif 3.2.3 dan 3.2.4.

2) Ujian tulisan kemahiran fakta asas sifir

Ujian ini mengandungi 100 soalan asas sifir yang melibatkan sifir 1 hingga sifir 9. Responden perlu menjawab soalan dalam masa 10 minit sahaja. Soalan-soalan akan dikemukakan dalam bentuk lazim. Markah bagi melepasi kemahiran ini adalah 80 soalan yang dijawab adalah betul. Instrument kajian ini akan digunakan bagi mengumpul data, menganalisis data dan mencapai objektif 3.2.3 dan 3.2.4.

3) Ujian Aplikasi Matematik

Soalan ujian ini mengandungi 20 soalan berbentuk subjektif. Masa bagi menjawab soalan ujian ini adalah 40 minit sahaja. Topik-topik yang terlibat pula hanya melibatkan nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan wang. Rasional bagi soalan-soalan yang dikemukakan adalah bagi memberikan gambaran seperti soalan peperiksaan yang sebenar. Markah bagi setiap jawapan akan dikemukakan di dalam soalan. Skor mencapai tahap pencapaian cemerlang bagi instrument ini ialah 80 markah. Instrumen kajian ini akan digunakan bagi mengumpul data, menganalisis data dan mencapai objektif 3.2.1, 3.2.2, 3.2.5 dan 3.2.6

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.3.1 Analisis Data Instrumen Kajian

Program SPSS 11.00 (Statistical Package for Social Science 11.00) akan digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Data dianalisis dengan statistik deskriptif. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis kemahiran fakta asas matematik, pencapaian matematik, perbezaan jantina dan perbezaan umur untuk mendapatkan frekuensi, sisihan piawai dan min. Ringkasan pengujian analisis kajian adalah seperti berikut:

1. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji perkaitan antara angkubah bersandar dan tidak bersandar iaitu menguji perkaitan antara kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian murid tahap dua.

2. Analisis T-test digunakan untuk:

(13)

b. Perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan terhadap tahap pencapaian matematik murid tahap dua

c. Perbezaan kelancaran bacaan sifir terhadap kemahiran fakta asas sifir.

3. Analisis ANOVA digunakan untuk:

a. Perbezaan umur sepuluh, sebelas dan dua belas tahun terhadap markah ujian bertulis kemahiran fakta asas sifir.

b. Perbezaan umur sepuluh, sebelas dan dua belas terhadap markah ujian pencapaian matematik murid tahap dua.

6.0 BIBLIOGRAFI

Amy B. (2010). The Impact of Daily Multiplication Fact Review. Nebraska : University of Nebraska-Lincoln.

Atan long (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengaja. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd.

Carmel E. D. (2011). Automaticity Of Basic Math Facts: The Key To Math Success?. Minnesota : Universiti of Minnesota Duluth.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learnings and Theory of Instruction. 4th

Edition. New York : Holt, Rinehart & Winston.

Referensi

Dokumen terkait

Internasional dapat menjadi aktor mandiri berdasarkan haknya.Misalnya saja dapat kita lihat dari kasus pernikahan anak di bawah umur yang ada di India dimana UNICEF

Puskesmas dan dinas kesehatan kabupaten/ kota dapat menetapkan tingkat urgensi suatu kegiatan untuk dilaksanakan segera pada tahun yang akan datang berdasarkan prioritasnya!.

Hasil penelitian Pengaruh Kualitas Pelayanan terhadap Loyalitas Konsumen melalui Kepuasan Konsumen diperoleh hasil Aroian test atau Thit bernilai 2,60 dengan t-tabel sebesar

Sedangkan, nilai-nilai agama dalam agama yang menjadi aspek pendukung merupakan implementasi dari tindakan rasionalitas nilai, nilai –nilai absolut seperti agama yang

Akan tetapi citra kawah putih mulai menurun dikarenakan sarana Transportasi yang disediakan objek wisata kawah putih masih kurang aman dan kurang layak bagi

"Analysis of Undergraduate Students’ Mathematical Understanding Ability of the Limit of Function Based on APOS Theory Perspective", Journal of Physics: Conference Series,

Berdasarkan hasil penelitian mengenai pengaruh variabel beban kerja, peran individu dalam organisasi, dan kepribadian seseorang terhadap stres kerja perawat di

standar keuangan (untuk menjamin keabsahan dari standar tersebut) yang mana dapat. diperoleh ketika standar tersebut memiliki kekuatan hukum karena telah di dukung