• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rawatan Infertiliti dari Perspektif Maqa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Rawatan Infertiliti dari Perspektif Maqa"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

[5]

Rawatan Infertiliti dari Perspektif Maqasid al-Shari’ah

Mohd Anuar Ramli, Halimah Mazlan & Mohammad Naqib Hamdan

Pengenalan

Anak merupakan anugerah Ilahi. Mempunyai zuriat ataupun anak daripada benih sendiri merupakan impian dan keinginan kuat bagi

tiap pasangan yang mendirikan rumah tangga1 kerana dapat

meneruskan kelangsungan nasab keturunan di samping turut menyumbang terhadap kebahagiaan rumahtangga, kestabilan emosi, keceriaan hidup dan melibatkan pewarisan harta. Dengan itu, memperolehi anak dan penerusan zuriat adalah maqasid al-Shariah dalam pensyariatan perkahwinan. Ini kerana anak adalah pengikat hubungan dan hasil interpretasi kasih sayang dalam rumahtangga. Sebaliknya infertiliti atau kemandulan menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keruntuhan institusi

kekeluargaan2.

Nasab keturunan merupakan sesuatu yang amat penting dalam Islam. Hal ini terbukti dalam sejarah Islam di mana Rasulullah SAW telah menasabkan Zaid bin Harithah kepada dirinya selepas Zaid memilih untuk kekal bersama-sama dengan

Nabi walaupun telah dipujuk oleh Ibu bapa kandungnya sendiri3.

Kemudian Allah SWT menurunkan ayat Quran dalam surah al-Ahzab ayat 4-5 yang menegur perbuatan Nabi SAW menasabkan anak angkat tersebut kepada dirinya. Nasab merupakan suatu nikmat yang besar kepada manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan 25, ayat 54: Technologies, Fordham Urban Law Journal, 30 (1), 2002, 147-157.

2 Che Hashim Hasan, Perkahwinan dan Penceraian di Kelantan: Satu Kajian Demografik dalam Abd. Rahim Abd. Rashid et al., Krisis dan Konflik Institusi Keluarga (Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2006), 9.

(2)

Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya) .

Ayat di atas menerangkan bahawa nasab adalah suatu anugerah kurniaan Allah SWT dan nasab juga merupakan salah satu

dari lima maqasid al-syari ah yang perlu dijaga. Maka atas dasar dan

keperluan inilah, Islam menyuruh ummatnya untuk berkahwin sekaligus dapat merealisasikan matlamat perkahwinan iaitu untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Namun, dalam realiti kehidupan berumahtangga pasti akan ada yang diuji oleh Allah SWT sebagai ukuran keimanan, seperti dengan masalah infertiliti. Firman Allah SWT dalam surah al-Syura, ayat 50:

Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. (49) atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. (50)

Berdasarkan ayat tersebut, Allah menganugerahkan anak-anak sebagai penyambung zuriat sama ada lelaki atau perempuan dan Allah SWT juga menjadikan kemandulan kepada sesiapa sahaja. Masalah infertiliti dalam kalangan pasangan suami isteri di seluruh dunia didapati meningkat dan membimbangkan sejak kebelakangan ini. Infertiliti adalah satu masalah bersama suami isteri. Oleh itu, perkara ini tidak boleh dibebankan kepada pihak isteri sahaja. Pihak suami juga perlu memahami hakikat bahawa infertiliti juga boleh berpunca dari kaum lelaki. Secara amnya, 25% infertiliti disebabkan oleh pihak lelaki, 25% oleh wanita dan 25% oleh masalah pada kedua-dua pasangan suami isteri. Manakala baki 25% lagi masih tidak diketahui. Kumpulan pasangan yang tidak diketahui sebab

kemandulan mereka digelar mandul tanpa sebab unexplained

(3)

terhadap kualiti sperma pada masa kini mendapati bahawa sebahagian besar daripada kumpulan mandul tanpa sebab ini sebenarnya disebabkan oleh masalah sperma. Ini bermakna, penyebab kemandulan pasangan suami isteri pada masa kini lebih

kepada pihak lelaki.4 Menurut Mehta et al., infertaliti hadir dalam

10% daripada semua pasangan dan sebahagiannya atau sepenuhnya

disebabkan oleh faktor lelaki kira-kira 50% daripada kes-kes.5

Masalah infertiliti ini boleh memberikan kesan buruk terhadap pasangan suami isteri. Kesan-kesan buruk ini mungkin melibatkan aspek-aspek sosial, psikologi dan keutuhan perkahwinan dan hubungan kelamin. Dari segi sosial, kemandulan merupakan satu pukulan hebat terhadap maruah pasangan suami isteri kerana tujuan asas dalam perkongsian hidup mereka tidak dapat dicapai. Mereka juga akan merasa rendah diri dan dengan itu cuba mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat sekeliling. Hubungan suami isteri juga boleh menjadi tegang dan boleh menjadi retak dengan ketiadaan anak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan anak menjadi isu sensitif kepada mereka khususnya jika ia ditimbulkan oleh rakan-rakan yang telah mempunyai anak. Masalah infertiliti ini bukan sahaja memberikan kesan kepada pasangan, malah melibatkan unit keluarga, masyarakat dan negara.

Namun begitu, dengan perkembangan sains dan teknologi kini khususnya dalam dunia perubatan, pelbagai cara dan kaedah rawatan kesuburan yang boleh dijalankan terhadap pasangan infertiliti, antaranya dengan menggunakan teknologi moden terkini

seperti kaedah persenyawan luar rahim (in vitro fertilization, IVF),

kaedah ibu tumpang (surrogate mother), kaedah permanian beradas

(intra-uterine insemination, IUI), malah kini transplantasi organ

reproduktif turut menampakkan hasil yang positif.6

4 Zainul Rashid Mohammad Razi, Kemandulan Lelaki Masih Ada Harapan, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 2013), 9.

5 Akanksha Mehta, Ajay K. Nangia, James M. Dupree & James F. Smith,

Limitations and Barriers in Access to Care For Male Factor Infertility , Fertility and Sterility, Vol. 105, No. 5, May 2016, 1128-1137.

(4)

Kejayaan rawatan kesuburan dengan menggunakan teknologi moden ini sudah dilakarkan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Seluruh dunia telah digemparkan dengan kelahiran bayi tabung uji yang pertama di dunia, iaitu Louise Joy Brown pada 25

Julai 1978 dan Natalie menerusi teknik persenyawaan in-vitro

fertilization (IVF) pada 1982.7

Walau bagaimanapun, aplikasi teknologi baharu ini akan memberikan implikasi negatif jika mengetepikan nilai-nilai agama

dan etika. Contohnya Kaedah In Vitro Fertilization (IVF) yang

dipraktikkan di negara barat membenarkan proses kelahiran anak

melalui ibu tumpang (surrogate mother) atau melalui persenyawaan

benih lelaki dengan perempuan yang bukan suami isteri. Keadaan ini akan memberi kesan kepada emosi, kesihatan, hak penjagaan dan pemilikan. Ia bertentangan dengan hukum Syarak dari segi

kesahtarafan atau legitimacy anak yang dilahirkan dan isu-isu lain

yang bersangkutan seperti pemilikan harta pusaka, wali dalam pernikahan, hubungan kekeluargaan, batasan aurat dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini menfokuskan tentang hukum penggunaan teknologi moden dalam rawatan kesuburan dari

perspektif maqasid dengan mengambilkira aspek hifz al-nasl/nasab.

Ini kerana kecenderungan teknik rawatan ini melibatkan percampuran nasab keturunan walaupun jika tidak melibatkan sebarang pemindahan maklumat genetik yang berlaku antara

pihak-pihak yang terlibat.8

Konsep dan Kategori Infertiliti

Infertiliti bermaksud kegagalan isteri untuk hamil apabila melalui gerbang perkahwinan selepas tempoh setahun (untuk infertiliti

& Renato Fanchin, "Uterine transplantation: a promising surrogate to surrogacy?" Annals of the New York Academy of Sciences 1221 (2011): 47-53.

7 Nik Hasliza Nik Hussain dan Shaiful Bahari Ismail, Infertiliti, Hala Tuju, Cabaran Seribu Pengharapan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka), 57- 58.

(5)

primer) atau dua tahun (untuk infertiliti sekunder),9 dengan

melakukan hubungan kelamin dengan kekerapan yang sewajarnya

tanpa menggunakan sebarang ubat dan alat pencegah kehamilan.10

Terdapat juga pakar yang menganggap mereka yang hamil tetapi gagal melahirkan anak disebabkan keguguran yang berulang (habitual abortion) juga sebagai mereka yang mandul.11

Infertiliti dikategorikan kepada dua jenis, iaitu infertiliti

primer (primary infertility) di mana kehamilan tidak pernah berlaku

sejak berkahwin dan infertiliti sekunder (secondary infertility) pernah

hamil sebelum ini sekurang-kurangnya sekali, kemudian gagal

untuk hamil bagi mendapatkan anak yang seterusnya.12 Jadi, usaha

untuk mendapat rawatan pakar perubatan perlu dilakukan selepas setahun perkahwinan untuk infertiliti primer dan dua tahun perkahwinan untuk infertiliti sekunder.

Faktor-Faktor Infertiliti

Kehamilan berlaku selepas proses persenyawaan antara sperma dan ovum. Selepas persenyawaan, embrio akan terbentuk dan menempel di dinding rahim. Kehamilan memerlukan sperma yang cukup kuantiti dan kualiti, dan mampu bergerak melalui pangkal rahim,

rahim dan seterusnya sampai ke saluran fallopio (fallopian tube)

untuk proses persenyawaan pada waktu yang sesuai. Waktu ini berbeza mengikut tempoh kitaran haid setiap wanita dan ovum hanya mampu bertahan selama 24 jam manakala sperma mampu

bertahan sehingga 3 hari di dalam organ pembiakan wanita.13 Antara

9 Ahmad Murad Z, Zailin Shah Y., Mansor S., Ahmad Irfan IH. & “bdullah L., Is Assisted Reproductive Technique Shari a-compliant ? A Case Study at a Fertility

Centre in Malaysia , The International Medical Journal Malaysia, 13 (2),2014, 21-27. 10 Alaina B. Jose-Miller Jennifer W. ”oyden, Keith “. Frey, Infertility , American

Family Physician 75, no. 6 (2007), 2.

11 Ralph C. ”enson, M.D., San Francisco, Habitual “bortion , Western Journal of Medicine, 72, No. 6, (Jun 1950), 442.

12 Buck, Germaine M., Lowell E. Sever, Ronald E. Batt, and Pauline Mendola. "Life-Style Factors and Female Infertility." Epidemiology 8, no. 4 (1997): 435-441. 13 Kemandulan: Sebab-Sebabnya, Penilaian Perubatan Dan Pilihan Rawatannya ,

(6)

http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-faktor infertiliti termasuklah menurunnya tahap kesuburan, kecacatan alat kelamin atau disfungsi sistem pembiakan wanita, kongenital atau penyakit genetik diperoleh, dan gender (pasangan

homoseksual).14 Walau bagaimana pun, faktor-faktor infertiliti boleh

dikategorikan kepada beberapa faktor, antaranya:

1. Faktor-faktor infertiliti yang berpunca daripada isteri.

a. Faktor ovari, iaitu kilang penghasilan benih/ovum yang tidak normal, di antara 15-20% sahaja, di mana ovulasi (penghasilan

benih) yang tidak berlaku secara terus menerus (persistent

anovulation).15 Antara puncanya adalah gangguan hormon

disebabkan pengambilan pil pencegah kehamilan, pengambilan hormon estrogen yang berdos tinggi, hormon yang tidak seimbang,

terlampau stres, terlalu kurus (anorexia nervosa), terlalu gemuk

(obese), ketumbuhan pada otak, masalah pada kalenjar pituitari, faktor genetik, pengambilan ubat-ubatan seperti phenothizine dan reserpine dan sebagainya. Mereka yang mengalami masalah ovulasi biasanya mengalami gejala seperti infertiliti, tidak datang haid, darah haid yang sedikit daripada kebiasaan yang normal, waktu kedatangan haid yang tidak menentu, mempunyai bulu-bulu rambut yang sepatutnya tidak terdapat pada bahagian tubuh wanita seperti bulu rambut pada dagu, dada, dan kaki.

b. Faktor tiub fallopio yang berpunca daripada faktor genetik,

trauma, inflamasi, kanser, endametriosis, dan juga ganguan fungsi

fisiologi turut mempengaruhi infertiliti.

c. Faktor rahim (Uterus) yang disebabkan oleh faktor genetik,

perkembangan rahim (uterus) yang tidak normal (uterine aplasia,

hypoplasia, septate or subseptate uterus) dan kecederaan pada uterus

sakit-puan-oag/115-kemandulansebab-sebabnya-penilaian-perubatan-dan-pilihan -rawatannya.

14 Ellen Schenkel Lorenceau, Luis Mazzucca, Serge Tisseron, Todd D. Pizitz, “

cross-cultural study on surrogate mother's empathy and maternal–foetal

attachment , Women and Birth, Vol. 28, Issue 2, June 2015, 154-159.

(7)

ketika proses pengguguran secara haram oleh pihak yang tidak berkelayakan.16

d. Faktor Pangkal Rahim (Cervix). Seramai 5 hingga 10% wanita

menghadapi masalah infertiliti akibat daripada faktor pangkal rahim. Puncanya sama seperti faktor rahim dan juga faktor tiub falopio iaitu faktor genetik yang diwarisi sejak lahir menyebabkan saiz pangkal rahim kecil atau perkembangannya tidak terbantut. Selain itu, kecederaan pada pangkal rahim seperti extensive

cauterization, amputation as in Fothergill s operation turut boleh

mengakibatkan masalah pangkal rahim dan infertiliti.17

e. Faktor Faraj/ Vagina disebabkan faktor genetik yang

menyebabkan perkembangan faraj tidak normal (vaginal aplasia or

vaginal septum), inflamasi pada faraj yang menyebabkan pertambahan medium berasid dan rembesan cecair yang boleh membunuh sperma. Kesannya, sperma mati akan dan persenyawaan antara ovum dan sperma tidak berlaku.

f. Faktor-faktor Umum seperti penyakit kencing manis, TB dan pengambilan nutrisi yang tidak cukup. Faktor psikologi turut boleh menghalang proses ovulasi.

2. Faktor-faktor infertiliti yang berpunca daripada suami

Infertiliti juga turut terjadi dalam kalangan suami dan kajian menunjukkan peratusan infertiliti yang dialami oleh pihak suami mencecah hingga 40%. Berdasarkan dapatan ini, jumlah infertiliti yang disebabkan oleh pihak suami adalah lebih tinggi berbanding pihak isteri. Berikut adalah faktor-faktor infertiliti yang sering dialami oleh suami:

a. Kegagalan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma). Proses penghasilan sperma memerlukan testis berada pada suhu yang rendah sedikit daripada suhu badan manusia yang normal. Oleh yang demikian, testis perlu berada di skrotum (kantung di belakang zakar) kerana suhu di skrotum lebih rendah

16 Tomaževič, T. et al., Septate, Subseptate “nd “rcuate Uterus Decrease

Pregnancy “nd Live ”irth Rates In IVF/ICSI , Reproductive Biomedicine Online Journal 21, no. 5 (2010), 700-702.

(8)

daripada suhu badan manusia. Antara punca kegagalan spermatogenesis adalah testis berada pada tempat yang tidak

normal (undescended testes), penyakit varicocele (saluran darah dari

testis yang tersumbat) disebabkan oleh mandian wap atau air panas dan seluar dalam yang ketat.

b. Cecair semen yang tidak normal, iaitu masalah cecair semen yang mempunyai kandungan gula fruktosa dan prostaglandin yang

rendah atau mempunyai kepekatan yang tinggi (high viscosity).

c. Kegagalan proses pengangkutan sperma. Masalah ini adalah

dikaitkan apabila kedua-dua saluran vas deferens tersumbat

disebabkan oleh jangkitan gonorea atau tuberculosis, komplikasi

pembedahan inguinal hernia dan juga saluran kencing tersumbat

menyebabkan sperma tidak dapat disalur keluar dari testis. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan infertiliti si suami.

d. Kegagalan memancutkan air mani ke dalam faraj. Masalah ini kebiasaannya berlaku apabila kegagalan zakar untuk menegang dan mengeras, pancutan air mani pra-matang, pancutan ke belakang dan

bukaan lubang zakar bukan pada tempat yang normal (penile or

scrotal hypospadias).18

3. Infertiliti yang tidak diketahui sebabnya (unexplained infertility)

Biasanya infertiliti yang dikategorikan ini tidak mempunyai sebab yang jelas. Walau bagaimanapun, 60% pasangan dengan diagnosis infertiliti yang tidak diketahui sebabnya akan hamil selepas 3 tahun. Justeru, bagi mana-mana pasangan yang menghidap masalah infertiliti, ujian boleh dilakukan untuk mencari punca kepada masalah infertiliti tersebut. Doktor boleh mencadangkan langkah penyelesaian yang sewajarnya berdasarkan keputusan ujian tersebut

sesuai dengan masalah yang dihadapi.19

Rawatan Infertiliti

Assisted Reproductive Technology (ART) adalah istilah umum yang

digunakan untuk merujuk kepada kaedah tiruan atau

sebahagiannya tiruan untuk mencapai kehamilan atau untuk

(9)

rawatan kemandulan

.

20 Terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan

pada masa kini, antaranya adalah:

a. Persenyawaan Luar Rahim (In-Vitro Fertilizaton, IVF)

Kaedah persenyawaan luar rahim (in-vitro fertilizaton, IVF)

melibatkan persenyawaan ovum isteri dengan sperma suaminya di

dalam vitro (kaca). Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil

dipindahkan ke dalam rahim.21

b. Kaedah Pemindahan Gamet Dalam Fallopio (Gamete Intrafallopian

Transfer, GIFT)

Gamet merujuk kepada sperma lelaki atau telur perempuan. Dalam proses GIFT, sperma dan telur akan dicampur dan kemudian disuntik ke dalam salur rahim (tiub fallopio) untuk proses persenyawaan. Selepas persenyawaan, embrio akan bergerak ke

dalam rahim untuk proses kehamilan yang seterusnya.22 Kaedah

GIFT ini hanya sesuai dilakukan ke atas wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu salur rahim normal. Bagi lelaki yang menghadapi masalah kemandulan pula, kaedah GIFT hanya dicadangkan jika spermanya mampu bersenyawa dengan ovum.

c. Kaedah permanian beradas (intrauterine insemination, IUI)

Kaedah IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. Kaedah ini hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai

rahim yang normal dan tiub fallopio tidak tersumbat.23 Dalam

kaedah IUI ini juga, wanita tersebut perlu menjalani rangsangan

ovari. Ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau

suntikan gonadotropin setiap hari. Apabila diameter folikel telah

20 Suleiman Zubair, Abubakar Sadik Mustafa, Ahmad Ali Badri, Ali Reza Lari, Mohammadreza Daroonparvar & Fauzi Hussin, “ Revisit Of “ssisted

Reproduction Technology “nd The Humanization Paradigm , PERINTIS E-Jurnal, 3(1), 2013, 1-16.

21 M.“. “llard et al., The Experience Of In Vitro Fertilization Procedure IVF , Gynecologie, Obstetrique & Fertilite 35, no. 10 (2004), 1010.

22 H. Abramovici et al., Gamete Intrafallopian Transfer “n Overview , The Journal Of Reproductive Medicine 38, no. 9 (1993), 688.

(10)

mencecah 18 mm, suntikan hCG akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. Di Metro IVF, suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur IUI dijalankan 36 jam berikutnya.

d. Kaedah injeksi sperma intra-sitoplasma (intracytoplasmic sperm

injection, ICSI)

Kaedah ICSI adalah antara kaedah yang baru dikembangkan dan telah banyak membantu dalam menangani masalah-masalah seperti

oligozoospermia (bilangan sperma yang rendah) dan asthenozoospermia

(pergerakan sperma yang lemah). Melalui kaedah ICSI, hanya beberapa sperma sahaja yang diperlukan. Satu sperma akan disuntik

ke dalam ovum menggunakan mikropipet yang sangat halus.24

Ovum disenyawakan secara manual melalui kaedah ICSI manakala melalui kaedah IVF persenyawaan berlaku secara semula jadi.

e. Kaedah diagnosis genetik pra-penempelan (Preimplantation Genetic

Diagnosis, PGD)

Kaedah PGD membolehkan pakar perubatan mengesan penyakit genetik dalam embrio sebelum kehamilan berlaku lagi. Maka, embrio dianggap sebagai pesakit yang boleh diberikan rawatan juga.25

f. Kaedah ibu tumpang (Surrogate Mother)

Istilah ibu tumpang bermaksud seseorang yang meminjamkan rahimnya kepada pasangan lain supaya mereka boleh memperolehi

anak.26 Walaupun berhadapan dengan tentangan etika perubatan

dan agama, kaedah ini semakin popular, terutamanya di Barat disebabkan kesukaran mendapatkan anak angkat. Kaedah ibu

24 Centro de Reproducciónet al., Successful ICSI In “ Case Of Severe Asthenozoospermia Due To 93% Non-Specific Axonemal Alterations And 90%

“bnormal Or “bsent Mitochondrial Sheaths. , Reprod Biomed Online 5, no. 3 (2002), 270.

25 Peter Braude et al., Preimplantation Genetic Diagnosis , Nature Reviews Genetics 3, no. 12 (2002), 941.

26 Raziel Arieh, Schachter Morey, Strassburger Deborah, Komarovsky Dafna, Ron-El

Raphael, Friedler Shevach, Eight years' experience with an IVF surrogate

(11)

tumpang biasanya dilakukan bagi pasangan yang mempunyai masalah pada pihak isteri.

Penggunaan Teknologi Moden Dalam Rawatan Infertiliti Menurut Perspektif Maqasid al-Shari’ah

Dalam perbincangan maqasid al-Shari ah, menjaga keturunan

termasuk dalam daruriyyat al-khams, iaitu hifz al-nasl. Ulama berbeza

pandangan antara al-nasab, al-nasl atau al-bud u. Antara yang

menyebut al-nasab adalah Razi, Ibn Qudamah, Baydawi,

al-Qarafi, Sadr al-Shari ah, al-Tufi dan lain-lain. Manakala yang

menggunakan al-nasl adalahal-Ghazali dalam kitab al-Mustasfa,

al-Amidi, Ibn al-Hajib, al-Shatibi, al-Zarkashi dan lain-lain. Sedangkan

yang menggunakan al-bud u atau al-farj adalah Imam al-Haramayn,

al-Ghazali dalam kitab Shifa al-Ghalil, Ibn Taymiyyah dan lain-lain.27

Menurut al-Yubi tidak terdapat perbezaan signifikan perbezaan tersebut kerana ketiga-tiganya akan membawa contoh hukuman

pengharaman dan hukuman had terhadap kesalahan zina.28

Menjaga keturunan adalah fokus utama kehidupan manusia yang merupakan asas kepada kesejahteraan umat manusia. Penjagaan keturunan dapat dilihat dalam dua aspek, iaitu

mewujudkannya (داجيإا) dan meniadakannya (مدعلا). Dari aspek

mewujudkannya, disyariatkan perkahwinan bagi kelangsungan keturunan, galakan mengahwini wanita yang subur dan poligami. Manakala dari aspek meniadakannya adalah larangan membujang atau tidak berkahwin, mencegah kehamilan dan menggugurkan

kandungan. 29

Bertitik tolak daripada hakikat tersebut, Islam

menitikberatkan aspek keturunan kerana terdapat implikasi yang besar di sebalik kegagalan untuk memeliharanya. Menurut al-Suyuti, terdapat 12 hukum yang berkait dengan keturunan, iaitu pewarisan harta, wilayah (penjagaan), pengharaman wasiat, tanggungjawab diyat, wali perkahwinan, wali memandikan mayat

27 Muhammad Sa id al-Yubi, Maqasid al-Shari ah al-Islamiyyah Wa Alaqatuha Bi al-Adillah al-Shar iyyah,(Riyadh : Dar al-Hijrah, 1998), 237-240.

(12)

dan solat ke atasnyya, wali kehartaan, wali hadhanah, tuntutan

hukuman had, gugur qisas, dan menaikkan jumlah diyat.30 Selain

itu, nasab turut memberi implikasi terhadap kewajipan nafkah, larangan berkahwin, kewajipan berbuat baik dan silaturrahim, keharusan berkhalwat dan safar, keharusan menyentuh, batasan

aurat, pengharaman tabanni, pengharaman nafi anak, kepimpinan

dan seumpamanya.31

Infertiliti Satu Ujian Perkahwinan

Antara tujuan utama perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak dan meramaikan umat Nabi SAW. Namun begitu, Allah SWT ada

menyebutkan di dalam al-Qur an bahawa: Dia mengurniakan anak

perempuan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa sahaja yang doa kehendaki. Dia mengahwinkan lelaki dan wanita, dan Dia menjadikan sesiapa sahaja

yang Dia kehendaki menjadi mandul”.32 Berdasarkan ayat ini, Allah

SWT menjadikan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki mandul. Malah di peringkat global, 10% -15% daripada pasangan yang melahirkan

anak berpengalaman melalui fasa ketidaksuburan.33

Sorotan ke atas beberapa karya tafsir utama mendapati

kebanyakan mufassirin tidak menyebut langsung mengenai rawatan

kemandulan dan seolah-olah ia merupakan takdir yang tidak boleh

diubah34. Hal ini berkemungkinan disebabkan kemandulan adalah

penyakit yang masih belum dapat dirawat berdasarkan teknologi pada zaman tersebut. Maka, tidak hairanlah terdapat sebahagian

30 Al-Suyuti, al-Ashbah wa al-Naza ir, 267.

31 Sufyan Umar ”uruq ah, al-Nasab wa Mada Ta thir al-Mustajiddat al-Ilmiyyah fi Ithbatihi, (Riyadh: Dar Kunuz Ishbiliya, 2007), 81-82.

32 Al-Qur’an, al-Shura: 30.

33 Salwa Obeisat, Muntaha K. Gharaibeh, Arwa Oweis, Huda Gharaibeh.

“dversities of ”eing Infertile: The Experience of Jordanian Women , Fertility and

Sterility, Volume 98, Issue 2 , August 2012, 444-449.

34 Al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bi Ghalib, Jami‘ al-Bayan fi

Ta’wil al-Qur’an,ed. Ahmad Muhammad Shakir (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 2000), j.21, 556-558; Qurtubi, Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakr bin Farh al-Ansari, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, ed. Hisham Samir al-Bukhari (Riyad: Dar

(13)

fuqaha klasik yang meletakkan salah satu dari penyakit yang

dibenarkan untuk fasakh perkahwinan adalah kerana lubang vagina

yang tersumbat. Namun, selari dengan perkembangan teknologi perubatan pada hari ini, penyakit ini boleh diselesaikan dengan menjalani prosedur pembedahan tertentu. Maka, perubahan hukum berubah dengan perkembangan teknologi selari dengan kata-kata

Ibn Qayyim: Tidak boleh diingkari perubahan hukum disebabkan

perubahan zaman, tempat dan keadaan35. Oleh itu, jika terdapat rawatan

yang mampu merawat kemandulan tersebut, maka pasangan suami isteri boleh mendapat rawatan tersebut selari supaya boleh mendapat zuriat. Malah, tindakan mereka ini selari dengan salah satu dari maqasid perkahwinan iaitu bagi mendapatkan zuriat.

Rawatan Infertiliti: Daruriyyat atau Hajiyyat?

Timbul persoalan sama ada mendapatkan rawatan infertiliti ini

berada pada tahap daruriyyat atau hajiyyat? Menurut Ahmad

al-Zarqa , mendapatkan rawatan kemandulan hanya berada pada

tahap hajiyyat36. Rawatan ini juga boleh menyampaikan pesakit

kepada maqasid asal perkahwinan iaitu untuk mendapatkan zuriat. Ini kerana, Islam tidak mewajibkan semua pasangan yang mandul untuk mendapatkan rawatan (darurah ammah), namun ia boleh

menjadi daruriyyat pada peringkat individu, atau pasangan suami

isteri sebagai satu jalan bagi mereka untuk mendapatkan anak. Malah, Nabi Zakariyya sendiri berdoa supaya dikurniakan anak lelaki bagi menyambung tugas dakwahnya dan doa beliau merupakan salah satu dari usaha untuk mendapatkan anak. Kaedah fiqh juga ada menyebut:

Terjemahan: Sesuatu yang menjadi keperluan (hajah) bagi

manusia secara umum boleh berada pada tahap darurah

bagi individu yang terdesak.37

35 Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, I lam al-Muwaqqi in an Rabb al-Alamin. c. 2, (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1992), juz. 3, 11.

36 Ahmad al-Zarqa’, Sharh al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah (Damshik: Dar al-Qalam, cet.4,

1996), 209.

37 Al-Juwayni, Abu al-Ma‘ali, al-Ghiyathi, ed. ‘Abd al-‘Azim al-Dib (Qatar:

(14)

Terjemahan: Terdapat cara (wasilah) yang berada pada

tahap hajah, boleh berubah menjadi keperluan darurah

dan terdapat cara yang berada pada tahap hajah hanya

berumah kepada keperluan yang bermanfaat (hajah

nafi ah).38

Dua kaedah ini menunjukkan rawatan infertiliti sekadar berada

pada tahap hajah jika dilihat pada kerangka masyarakat umum

berbeza dengan perkahwinan yang berada pada tahap darurah jika

dilihat pada kerangka yang sama. Namun, rawatan infertiliti boleh

menjadi darurah bagi pasangan mandul jika dilihat pada kerangka

keluarga kecil atau individu tertentu.

Analisis Maqasid terhadap Resolusi dan Fatwa Beberapa Badan Fatwa Utama

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, terdapat enam bentuk rawatan infertiliti iaitu; Persenyawaan luar rahim, pemindahan gamet dalam fallopio, permanian beradas, injeksi sperma intra-sitoplasma, diagnosis genetik pra-penempelan dan ibu tumpang. Semua ini adalah kaedah rawatan yang melihat kepada proses rawatan infertiliti dilakukan. Bagi perbincangan hukum pula, para fuqaha lebih cenderung membahagikan bentuk rawatan infertiliti dengan melihat kepada sumber sperma dan ovum, di samping rahim yang akan mengandungkan janin tersebut.

Resolusi utama yang sering menjadi rujukan adalah resolusi yang

diputuskan oleh Majma al-Fiqh al-Islami yang telah

membincangkan isu ini dalam tiga persidangan mereka iaitu Persidangan Ke-5 (1402H), Persidangan Ke-7 (1404H) dan

Persidangan Ke-8 (1405H). Mereka membahagikan teknik

persenyawaan luar rahim kepada tujuh iaitu39: (1) Teknik pertama:

38 Muhammad ‘Abdu, al-Fikr al-Maqasidi ‘inda al-Imam al-Ghazali (Rabat: tesis sarjana

Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan, Universiti Muhammad Khamis, 1996), 209.

(15)

Sperma diambil dari si suami dan disuntik ke tempat yang sesuai di dalam rahim isterinya sehingga sperma tersebut bertemu dengan

ovum isteri secara semulajadi. (2) Teknik kedua: Sperma diambil

daripada lelaki asing dan disuntik ke dalam rahim wanita yang bukan isterinya sehingga sperma tersebut bertemu dengan ovum

wanita. (3) Teknik ketiga: Sperma diambil daripada suami dan ovum

diambil daripada isteri dan disenyawakan di dalam tabung uji. Selepas disenyawakan, embrio yang terhasil ditempelkan ke dinding

rahim isteri. (4) Teknik keempat: Persenyawaan dibuat melalui

tabung uji antara sperma suami dengan ovum daripada wanita asing yang bukan isterinya. Embrio yang terhasil ditempelkan ke rahim

isterinya. (5) Teknik kelima: Persenyawaan dibuat di luar rahim

antara sperma lelaki dan ovum wanita yang tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan. Embrio yang terhasil ditempel pada

wanita lain yang sudah berkahwin. (6) Teknik keenam:

Persenyawaan dibuat di luar rahim antara sperma suami dan ovum isteri tetapi embrio yang terhasil ditempel pada rahim wanita asing

yang sanggup menanggung kehamilan pasangan tersebut. (7)

Teknik ketujuh: Teknik ini sama seperti teknik keenam, tetapi wanita yang akan mengandungkan anaknya ialah isteri kedua suaminya yang menjadi sumber sperma tadi. Lalu madu wanita yang memberikan ovumnya menawarkan diri untuk mengandungkan anak wanita tersebut.

Berdasarkan tujuh teknik yang disenaraikan ini, pihak Majma dalam persidangan ke-7 memutuskan teknik pertama, ketiga dan ketujuh dibenarkan. Namun, keharusan teknik ke-7 ditarikbalik dalam persidangan pada tahun berikutnya dengan alasan kecelaruan nasab keturunan. Ini kerana, anak yang lahir dari teknik ketujuh ini akan mengalami kesulitan dalam menentukan ibunya yang sebenar, sama ada ibu yang memberikan ovum untuk disenyawakan dengan sperma suami, atau ibu yang melahirkan

kandungan tersebut. Al-Qur an juga menjelaskan ibu bagi

kedua-dua keadaan iaitu ibu yang menjadi sumber ovum (al-Nahl: 4) dan ibu yang mengandungkan bayi (al-Mujadilah: 2). Kecelaruan yang sama juga berlaku kepada ibu tumpang. Manakala, baki empat lagi teknik tidak dibenarkan dengan alasan yang sama.

(16)

hukum penggunaan bayi tabung uji,40 percantuman benih bagi

mendapatkan zuriat,41 bank air mani,42 kaedah khidmat ibu tumpang

(surrogate motherhood) untuk mendapatkan zuriat43 yang melihat

penentuan hukum berdasarkan:

1) Sumber air mani/ ovum – benih daripada ibu dan bapa hasil

perkahwinan yang sah.

2) Proses persenyawaan- dalam tempoh perkahwinan yang

sah.

3) Dan medium ditempatkan- Rahim wanita yang sah.

Keputusan hukum yang sama juga pernah diputuskan oleh beberapa ulama lain seperti Syeikh Muhammad “bduh dan Syeikh Syi rawi. Menurut mereka percantuman air mani sekiranya daripada pasangan suami isteri yang sah maka hukumnya adalah harus. Manakala percantuman telur isteri dengan air mani lelaki lain disebabkan suaminya tidak mempunyai masalah ketidaksuburan maka hukumnya adalah haram dan termasuk dalam kategori

perbuatan zina.44 Dalam masalah percantuman benih perempuan

dengan mani lelaki yang bukan suaminya dan kemudian dipindahkan ke dalam rahim isteri lelaki tuan punya air mani itu maka para ulama bersepakat menghukumkannya sebagai haram dan termasuk juga dalam pengertian zina kerana akan menyebabkan

bercampur-aduknya keturunan dan syara melarangnya.45

40 ”ayi Tabung Uji , dicapai November 4, http://www.e -fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/bayi-tabung-uji.

41 Pencantuman ”enih Untuk Mendapatkan Zuriat , dicapai November 4, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pencantuman-benih-untuk-mendapatkan-zuriat-0.

42 ”ank “ir Mani , dicapai November 4, http://www.e -fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/bank-air-mani.

43 Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan

Zuriat , dicapai November 4, http://www.e -fatwa.gov.my/fatwa- kebangsaan/hukum-menggunakan-kaedah-khidmat-ibu-tumpang-untuk-mendapatkan-zuriat.

44 Al-Fatawa al-Islamiyyah Min Dar al-Ifta al- Misriyyah, (Kaherah: Wizarat al-Waqf, 1983), 9: 3220, lihat juga Ali al-Tantawi, Fatawa, (Jeddah: Dar al-Munarah, 1987), 102.

(17)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa para ulama bersepakat mengharuskan secara mutlak penggunaan kaedah rawatan kesuburan melalui teknologi moden sekiranya percantuman benih sperma dan ovum tersebut berasal daripada pasangan suami isteri yang sah. Mereka juga turut bersepakat mengharamkan secara mutlak sekiranya percantuman benih sperma atau ovum tersebut berasal daripada lelaki dan wanita lain yang tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan yang sah di sisi syara seperti percampuran benih antara suami dan wanita lain, atau percampuran benih isteri dengan lelaki lain, atau memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri, atau menggunakan rahim wanita lain selain isteri untuk mendapatkan zuriat.

Faktor suasana semasa, individu dan kondisi yang dialami turut diambilkira bagi penentuan hukum di peringkat yang lebih

kecil iaitu institusi keluarga.46 Suasana yang berbeza yang dialami

oleh individu yang berlainan menyebabkan keperluan mereka juga tidak sama dan tidak boleh dihukumkan dengan ketetapan hukum yang sama. Sebagai contoh, bagi pasangan suami isteri yang mempunyai sistem reproduksi yang normal dan tidak mempunyai masalah infertiliti tidak perlu menggunakan kaedah persenyawaan IVF, IUI dan sebagainya untuk memperolehi cahaya mata kerana dikira tiada keperluan untuk berbuat demikian, berbeza dengan mereka yang benar-benar mengalami masalah infertiliti.

Apabila berlaku pertembungan antara maslahah dan

mafsadah, Islam mengajarkan supaya mendahulukan maslahah yang

lebih besar dan mengangkat kemudaratan yang lebih berat.47 Di

samping mentarjihkan di antara keduanya. Sehubungan itu, sebelum

sesuatu ketetapan hukum dibuat, perlu mengetahui apa yang baik di antara dua perkara yang baik, mengetahui apa yang lebih buruk di antara dua perkara yang buruk. Sebagai sandarannya mesti diingat

bahawa maqasid syari ah itu untuk membawa maslahah dan

46 Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, (Damsyik: Dar al-Fikr, 1997), 1: 261-262.

(18)

menyempurnakannya di samping mengangkat kemudaratan atau

meminimakannya.48 Pertimbangan ini sangat penting bagi mengelak

berlakunya pengabaian dengan meninggalkan kewajipan dan

melakukan perkara yang diharamkan. Oleh itu, proses pentarjihan di

antara maslahah dan mafsadah mesti dilakukan mengikut neraca

syari ah, bukannya berdasarkan gerak hati, hawa nafsu dan sifat

prejudis agar mukallaf tidak membelakangi syariat semata-mata

adanya maslahah dan mafsadah.

Bibliografi

Ahmad al-Zarqa, Sharh al-Qawa id al-Fiqhiyyah. Damshiq: Dar al-Qalam,

cet. 4, 1996.

Ahmad Murad Z, Zailin Shah Y., Mansor S., Ahmad Irfan IH. &

“bdullah L., Is “ssisted Reproductive Technique Shari aa -compliant ? “ Case Study at a Fertility Centre in Malaysia , The International Medical Journal Malaysia, 13 (2),2014, 21-27.

“llard, M.“. et al., The Experience Of In Vitro Fertilization Procedure IVF , Gynecologie, Obstetrique & Fertilite 35, no.10 (2004), 1010. Alaina B. Jose-Miller Jennifer W. Boyden, Keith A. Frey, Infertility ,

American Family Physician 75, no. 6 (2007), 2.

Ali al-Tantawi, Fatawa. Jeddah: Dar al-Munarah, 1987.

Anjana Nair, Jeanetta Stega, J. Richard Smith & Giuseppe Del Priore, "Uterus transplant: Evidence and ethics," Annals of the New York Academy of Sciences 1127 (2008): 83-91.

Arieh, Raziel, Schachter Morey, Strassburger Deborah, Komarovsky

Dafna, Ron-El Raphael, Friedler Shevach, Eight years' experience

with an IVF surrogate gestational pregnancy programme , Reproductive BioMedicine Online, Vol. 11, Issue 2, 2005, 254-258.

Buck, Germaine M., Lowell E. Sever, Ronald E. Batt, and Pauline

Mendola. "Life-Style Factors and Female Infertility." Epidemiology 8,

no. 4 (1997): 435-441.

Centro de Reproducciónet al., Successful ICSI In “ Case Of Severe

Asthenozoospermia Due To 93% Non-Specific Axonemal Alterations “nd 9 % “bnormal Or “bsent Mitochondrial Sheaths. , Reprod Biomed Online 5, no. 3 (2002), 270.

(19)

Che Hashim Hasan, Perkahwinan dan Penceraian di Kelantan: Satu

Kajian Demografik dalam Abd. Rahim Abd. Rashid et al, Krisis dan

Konflik Institusi Keluarga. Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2006.

Al-Fatawa al-Islamiyyah Min Dar al-Ifta al- Misriyyah. Kaherah: Wizarat al-Waqf, 1983.

Fondazione Ospedale et al., Intrauterine Insemination , Human

Reproduction Update 15, no. 3 (2009), 265.

H. Abramovici et al., Gamete Intrafallopian Transfer “n Overview ,

The Journal Of Reproductive Medicine 38, no. 9 (1993), 688.

http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-sakit-puan-oag/115- kemandulansebab-sebabnya-penilaian-perubatan-dan-pilihan-rawatannya.

Hossam E. Fade, The Islamic Viewpoint On New Assisted Reproductive

Technologies, Fordham Urban Law Journal, 30 (1), 2002, 147-157.

Ibn Hajr al-“sqalani, al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, Beirut: Dar al-Jil, 1991.

Ibn Kathir, Isma il bin Umar bin Kathir al-Qurashi, Tafsir al-Qur an al

-Azim, ed. Sami bin Muhammad Salamah. Riyad: Dar Tibah, 1999.

Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, I lam al-Muwaqqi in an Rabb al-Alamin. c.

2, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1992.

Ibn Taymiyyah, Majmu al- Fatawa Shaikh al-Islam Ibn Taymiyyah., t.tp.: t.p, 1398H.

Ibn Taymiyyah, Manhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah. Mesir: Mu assasah

Qurtubah, 1986.

Al-Juwayni, Abu al-Ma ali, al-Ghiyathi, ed. “bd al-“zim al-Dib. Qatar:

Kementerian Hal Ehwal Agama, t.t.

Lorenceau, Ellen Schenkel, Luis Mazzucca, Serge Tisseron, Todd D. Pizitz, “ cross-cultural study on surrogate mother's empathy and

maternal–foetal attachment , Women and Birth, Vol. 28, Issue 2, June

2015, 154-159

Mehta, Akanksha, Ajay K. Nangia, James M. Dupree & James F. Smith, Limitations and ”arriers in “ccess to Care For Male Factor Infertility , Fertility and Sterility, Vol. 105, No. 5, May 2016, 1128-1137.

(20)

Mohammad Naqib bin Hamdan, Mohd Anuar Ramli, Noor Naemah binti Abdul Rahman & Ahmad Ashraf Ilman bin Zulbahri. 2015.

Pemindahan Organ Reproduktif dari Perspektif Fatwa Semasa. Jurnal

Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. 5 (1): 107-124.

Muhammad “bdu, al-Fikr al-Maqasidi inda al-Imam al-Ghazali. Rabat: tesis sarjana Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan, Universiti Muhammad Khamis, 1996.

Muhammad Sa id al-Yubi, Maqasid al-Shari ah al-Islamiyyah Wa Alaqatuha Bi al-Adillah al-Shar iyyah. Riyadh : Dar al-Hijrah, 1998.

Nik Hasliza Nik Hussain dan Shaiful Bahari Ismail, Infertiliti, Hala Tuju,

Cabaran Seribu Pengharapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Obeisat, Salwa, Muntaha K. Gharaibeh, Arwa Oweis, Huda Gharaibeh. “dversities of ”eing Infertile: The Experience of Jordanian Women , Fertility and Sterility, Volume 98, Issue 2 , August 2012, 444-449.

P. Helm dan L Westergaard, Cervix Factors As A Cause Of Infertility ,

Ugeskrift For Laeger Journal 152, no. 17 (1990), 1212-1214.

Peter ”raude et al., Preimplantation Genetic Diagnosis , Nature Reviews Genetics 3, no. 12 (2002), 941.

Ilmiyyah fi Ithbatihi. Riyadh: Dar Kunuz Ishbiliya, 2007.

Suleiman Zubair, Abubakar Sadik Mustafa, Ahmad Ali Badri,, Ali Reza Lari, Mohammadreza Daroonparvar & Fauzi Hussin, “ Revisit Of Assisted Reproduction Technology And The Humanization Paradigm , PERINTIS E-Jurnal, 3(1), 2013, 1-16.

Al-Tabari, Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bi Ghalib, Jami al

-Bayan fi Ta wil al-Qur an,. ”eirut: Mu assasah al-Risalah, 2000. Tomaževič, T. et al., Septate, Subseptate “nd “rcuate Uterus Decrease

Pregnancy “nd Live ”irth Rates In IVF/ICSI , Reproductive Biomedicine Online Journal 21, no. 5 (2010), 700-702.

Zainul Rashid Mohammad Razi, Kemandulan Lelaki Masih Ada Harapan.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.

Al-Zuhayli, Wahbah, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Damsyik: Dar

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan ana- lisis statistik anova, bahwa faktor blan- ching dan metode pengeringan berpenga- ruh nyata terhadap Indeks Penyerapan Air (IPA) tepung ubi jalar

Penelitian berikutnya yaitu penelitian yang dilakukan oleh Rahmat Purbadi (2013) menyatakan bahwa permasalahan dalam penelitian ini adalah pelayanan pembuatan Surat Izin Mengemudi

nosokomial yang terus menjadi ancaman bagi petugas kesehatan dan klien. Penerapan kewaspadaan umum merupakan bagian pengendalian infeksi yang tidak terlepas dari peran

Dalam puisi yang berjudul Tentang Mata terdapat representasi cinta kasih yang terlihat dalam kutipan Mata kejora!Mata kejora!/Mata kekasih dalam dekapan malam//

Tanggapan antivirus adalah kompleks, karena beberapa faktor yang berperan seperti tempat virus masuk tubuh, tempat virus me- lekat pada sel, aspek patogenesis

Dalam rangka mendukung pencapaian prioritas nasional sebagaimana telah ditetapkan dalam visi dan misi Presiden dan Wakil Presiden terpilih yang dijabarkan dalam RPJMN periode

Dokter atau teknisi echocardiography menggunakan jelly dan meletakkan diujung probe (alat seperti mikrofon yang memancarkan gelombang suara frekuensi tinggi untuk

Penelitian pirolisis dan gasifikasi sludge cake dan pulp reject dari pabrik pulp kraft menggunakan agen gasifikasi steam untuk menghasilkan bahan bakar gas nilai kalor