• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN OPU BUGIS LIMA BERSAUDARA DI JOH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN OPU BUGIS LIMA BERSAUDARA DI JOH"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN OPU BUGIS LIMA BERSAUDARA DI JOHOR: KAJIAN

BERDASARKAN TEKS SILSILAH MELAYU DAN BUGIS, HIKAYAT UPU

DAENG MENAMBUN DAN HIKAYAT NEGERI JOHOR

Alwi Daud* Universiti Malaya

Abstrak

Makalah ini membincangkan peranan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam politik Johor sekitar abad kelapan belas berdasarkan tiga teks utama iaitu Silsilah Melayu

dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor. Walaupun

terdapat pengkaji terdahulu antaranya Abdullah Zakaria Ghazali (2002), Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria (2011), Mardiana Nordin (2011) dan Arba’iyah Mohd Noor (2007) membincangkan mengenai topik ini, tetapi perbincangan mereka kurang menyeluruh. Abdullah Zakaria dan Ahmad Farhan lebih menumpukan watak perseorangan dan menggunakan teks berkait rapat dengan Opu Bugis Lima Bersaudara. Mardiana dan Arba’iyah pula hanya menyentuh perbincangan secara umum dan tidak menggunakan ketiga teks yang dinyatakan. Oleh itu, makalah ini bertujuan membuktikan peranan Opu Bugis Lima Bersaudara yang menyebabkan perubahan ketara dalam politik Johor berdasarkan teks Silsilah Melayu dan Bugis,

Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor. Makalah ini akan:

mengenal pasti pentadbiran Kesultanan Johor; menganalisis peranan Opu Bugis Lima Bersaudara keturunan bangsawan diraja Bugis Luwu Sulawesi Selatan dalam politik Johor; dan menilai peranan mereka sama ada memberi impak atau sebaliknya. Secara keseluruhannya, peranan Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mengubah landskap politik Kesultanan Johor. Antaranya: mengekalkan kuasa keturunan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV sebagai Sultan Johor yang dirampas oleh Raja Kechil; membentuk jawatan Yang Dipertuan Muda yang tampak lebih berkuasa daripada sultan dan hanya dipegang oleh suku Bugis; dan mengubah struktur jajahan di Johor. Seterusnya, legitimasi Daeng Parani dan Daeng Chelak keturunan bangsawan diraja Bugis dari Luwu Sulawesi Selatan masih mendominasi kerajaan Johor dan Selangor hingga kini (2016).

(2)

FIVE BUGINISE PRINCES ROLE IN JOHOR: A STUDY BASED ON THE TEXT OF THE SILSILAH MELAYU DAN BUGIS, HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN,

AND HIKAYAT NEGERI JOHOR

Alwi Daud University Of Malaya

This paper discusses the role of the Five Buginese Princes in Johor politics around the 18th century based on three main texts, the Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu

Daeng Menambun, and Hikayat Negeri Johor. The previous literature such as Ghazali

(2002), Abdullah @ Zakaria (2011), Nordin (2011) and Mohd Noor (2007) still have lack discussion, for certain instance, Ghazali and Abdullah @ Zakaria more focus on the individual character and optimised the relevant texts that associated with the Five Buginese Princes. Nordin and Mohd Noor, however, briefly and generally discussed without referring to the named three texts. Therefore, this paper aims to demonstrate the role of the Five Buginese Princes which caused a significant change in Johor political landscape. This paper will: identify administrative of Johor Sultanate; analyse the political role of the Five Buginese Princes; and assess their role either giving impact or otherwise to Johor political landscape. This paper is fully referred to the named three texts. Hence, other supplementary texts were also used in this study. The findings generally suggest that the role of the Five Buginese Princes managed to change the political landscape of the Johor Sultanate. These include: to preserve the power of Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV descendants as the Sultan of Johor, which seized by the Raja Kechil; to establish the post of Yang Dipertuan Muda, who appeared to be more powerful than the sultan; and to restructure of Johor the colonies. Hence, the legitimacy of the Daeng Parani and Daeng Chelak descendants still dominating the Johor and Selangor government until today.

(3)

Pengenalan

Opu Bugis Lima Bersaudara merupakan putera aristokrat Bugis yang berasal dari tiga

kerajaan iaitu Luwu, Bone dan Tanete (Barru) Sulawesi Selatan Indonesia.

Kemasyhuran mereka dalam senario politik Melayu telah meninggalkan kesan yang

ketara. Malah legitemasi kekuasaan mereka kekal hingga ke hari ini, khususnya di

Johor dan Selangor. Opu Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Parani (berkahwin

dengan puteri dari kerajaan Johor, Selangor dan Kedah), Daeng Menambun (menjadi

Raja di Pontianak), Daeng Marewah (Yang Dipertuan Muda pertama), Daeng Chelak

(Yang Dipertuan Muda kedua) dan Daeng Kemasi (Raja di Sambas Kalimantan)i .

Kelima mereka merupakan putera Opu Tenriborong Daeng Rilekkek Ibni La

Maddusila putera raja Luwu ke-24 dan 26 [ CITATION muh10 \l 5124 ]. Mereka

meninggalkan tanah Bugis (Sulawesi Selatan) ketika berlakunya perang saudara

antara Gowa-Makassar dengan Belanda, yang dibantu oleh beberapa kerajaan Bugis

iaitu Bone dan Soppeng. Konflik sedekad antara kedua pihak tersebut membawa

kepada penghijrahan besar-besaran orang Bugis ke pelosok Nusantara termasuk Johor,

begitu juga hal nya dengan Opu Bugis Lima Bersaudara yang keluar dari Sulawesi

untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Justeru, makalah ini akan membincangkan peranan Opu Bugis Lima Bersaudara

(4)

Silsilah Melayu dan Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri

Johor. Walaupun terdapat pengkaji terdahulu antaranya Abdullah Zakaria Ghazali

(2002), Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria (2011), Mardiana Nordin (2011) dan

Arba’iyah Mohd Noor (2007) membincangkan mengenai topik ini, tetapi

perbincangan mereka tidak menyentuh secara menyeluruh tentang peranan Opu Bugis

Lima Bersaudara di Johor. Abdullah Zakaria dan Ahmad Farhan lebih menumpukan

watak perseorangan dan menggunakan teks berkait rapat dengan Opu Bugis Lima

Bersaudara. Manakala Mardiana dan Arba’iyah pula hanya menyentuh perbincangan

secara umum dan tidak menggunakan ketiga teks yang dinyatakan secara

keseluruhanya. Oleh itu, makalah ini bertujuan membuktikan peranan Opu Bugis

Lima Bersaudara yang memberi kesan ketara dalam politik Johor berdasarkan kepada

tiga teks diatas. Makalah ini akan: mengenal pasti pentadbiran Kesultanan Johor;

menganalisis peranan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam politik Johor; dan menilai

peranan mereka sama ada memberi impak atau sebaliknya.

Pentadbiran Johor

Kerajaan Johor diasaskan pada tahun 1528 oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II.

Baginda merupakan Sultan pertama yang memiliki geneologi kesultanan Melaka

(Nordin 2008: 19). Kerajaan Johor pernah mengecapi era kegemilangan sebagai

(5)

berjaya menawan Melaka akan tetapi keturunan raja Melaka masih wujud dan

mengasaskan kerajaan Melayu Johor ( Zakaria 1997: 4). Namun kegemilangan

warisan kesultanan Melaka ini, berakhir setelah berlaku suatu detik hitam dalam

Sejarah Melayu, apabila Sultan Mahmud Syah II mati di bunuh. Baginda yang

memerintah dari tahun 1685 hingga 1669 telah dibunuh oleh Megat Seri Rama.

Peristiwa ini menyebabkan berakhirnya waris Kesultanan Melaka dan Raja Seri Teri

Buana, yang dikaitkan dengan pahlawan agung Iskandar Zulkarnain dari Makedonia.

Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara Berdasarkan Teks Silsilah Melayu dan

Bugis, Hikayat Upu Daeng Menambun dan Hikayat Negeri Johor

Rentetan daripada kemangkatan Sultan Mahmud Syah II (mangkat di julang),

mengakibatkan Johor diperintah oleh Bendahara. Pada 8 Rabiul awal 1111 bersamaan

1 September 1669, Bendahara Tun Abdul Jalil menaiki takhta kerajaan Johor dengan

gelaran Sultan Abdul Jalil Syah IV (Nordin 2008: 21). Baginda memerintah selama

lapan belas tahun (Hassan 2014: 56). Namun setelah itu muncul seorang putera raja

dari Siak Minangkabau ingin menyerang Johor. Beliau adalah Raja Kechil yang

mengaku sebagai waris terakhir Sultan Mahmud Syah II. Beliau yang mendapat

bantuan dari Orang Laut, telah menyerang Johor dan berjaya menyingkirkan Sultan

Abdul Jalil Syah IV dari takhta. Raja Kechil kemudian menaiki takhta kerajaan Johor

(6)

Sementara itu Bendahara Tun Abdul Jalil yang mempunyai seorang Putera iaitu

Raja Sulaiman dan tiga orang puteri Tengku Tengah, Tengku Mandak dan Tengku

Kamariah telah berundur ke Terengganu dan kemudiannya ke Kuala Pahang.

Bendahara Tun Abdul Jalil kemudiannya mati dibunuh oleh hulubalang-hulubalang

Nahkoda Sekam atas arahan Raja Kechil ketika sedang menunaikan solat subuh

(Nordin 2008: 23).

Peristiwa ini menimbulkan kemarahan Raja Sulaiman. Memandangkan

ketidakupayaan baginda untuk memerangi Raja Kechil, baginda meminta bantuan

daripada Bugis. Pakatan Bugis diketuai oleh Opu Bugis Lima Bersaudara berada di

Siantan pada masa tersebut. Mereka bersetuju untuk membantu Raja Sulaiman

merampas kembali takhta kerajaan Johor-Riau.

Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara bermula apabila membantu Raja Sulaiman

merampas kembali takhta kerajaan Johor dari Raja Kechil. Pakatan mereka diiringi

oleh hulubalang Daeng Manompo’, Daeng Massuro dan Daeng Muntu serta seorang

penggawa iaitu Taskuni dan beberapa Anri Guru.

Perang antara Pakatan Bugis diketuai oleh Opu Bugis Lima Bersaudara dengan

Raja Kechil berlangsung selama beberapa hari, akhirnya Raja Kechil dikalahkan dan

berundur ke Pulau Bayan. Beberapa hari berikutnya pertempuran tercetus dan sekali

(7)

Namun demikian semasa Raja Kecil berundur ke Siak, segala alat kebesaran

seperti bedil kerajaan Lela Majnun, dengan Kendanga emas iaitu periuk emas dan

puan iaitu tempat sirih emas telah dibawa sekali olehnya. Tengku Kamariah adinda

Raja Sulaiman juga yang diperisterikan Raja Kecil kemudian di bawa ke Siak. Untuk

itu suatu perjumpaan telah dibuat antara Opu Bugis Lima dengan Raja Sulaiman.

Dalam Silsilah Melayu dan Bugis (Arenawati (penyelenggara) Silsilah 1973) Raja

Sulaiman menyatakan seperti berikut:

Maka inilah saya sangat benar-benar minta tolong dengan seboleh-bolehnya kepada Opu-opu yang berlima beradik ini, buangkan arang yang ada terconteng di muka saya semua orang Riau iniii

Pakatan Opu Bugis Lima bersetuju untuk melanggar Raja Kecil di Siak tetapi

ingin membuat perjanjian terlebih dahulu. Melalui perjanjian ini, peranan Opu Bugis

Lima Bersaudara semakin berkembang. Intipati perjanjian menyebut bahawa jawatan

Yamtuan Muda atau Yang dipertuan Muda akan diberikan kepada Opu Bugis Lima

Bersaudara dan keturunannya. Raja Sulaiman Yang Dipertuan Besar, manakala salah

seorang dari kerabat Bugis pula akan dilantik menjawat jawatan sebagai Raja Tua.

Menurut Andaya, jawatan Yang Dipertuan Muda menyamai dengan jawatan yang ada

dalam kerajaan Bone di Sulawesi Selatan. Ia juga diistilahkan sebagai Tomarilaleng.

(8)

kerajaan, tetapi berkuasa untuk menangani seluruh urusan rasmi dan urusan penting.

Malahan dalam kerajaan ia sangat dekat dengan penguasa yakni raja. Tomarilaleng

Lolo dan Tomarilaleng Toa merupakan penasihat atau menteri yang mempunyai

hubungan akrab kepada raja. Model jawatan inilah yang dijadikan paksi kepada

jawatan Yang Dipertuan Muda dan Raja Tua yang menjadi dambaan Opu Bugis Lima

Bersaudara dalam kerajaan Melayu (Andaya 2010: 22). Sementara itu, Daeng Parani

kekanda kepada Opu Bugis Lima yang lain menyatakan dalam Silsilah Melayu dan

Bugis seperti berikut:

Dan lagi pula Yamtuan Besar jadi seperti perempuan saja, jika diberinya makan maka baharulah ia. Dan Yamtuan Muda jadi seperti laki-laki. Dan jika datang satu-satu hal atau apa-apa juga bicara, melainkan apa-apa kata Yamtuan Muda. Syahdan sekalian perjanjian kita mana-mana yang tersebut itu, tiada boleh diobahkan lagi. Maka boleh kita semua pakai sampai kepada anak-cucu-cicit turun-temurun kita kekalkan selama-lamanyaiii

Menurut Andaya lagi, kata-kata ini bersifat spontan dan bukanlah bermaksud

kuasa yang dimiliki oleh Opu Bugis Lima bersaudara melalui Jawatan Yang Dipertuan

Muda itu bersifat Mutlak. Ia bermaksud untuk menyampaikan sumpah dan taat setia

kepada raja, dalam kes ini ia melibatkan Opu Bugis Lima Bersaudara dengan Sultan

Sulaiman (Andaya 2010: 22).

Walau bagaimanapun resolusi ini bakal meluaskan lagi peranan Opu Bugis Lima

(9)

mengumpulkan orang-orang Bugis dan menyediakan kelengkapan perang. Manakala

Raja Sulaiman ke Pahang untuk meminta bantuan dari ayah saudara baginda iaitu

Bendahara Pekok.

Ketika Opu Bugis Lima Bersaudara ke Selangor, Raja Kechil yang berundur ke

Lingga telah datang kembali lalu melanggar Johor-Riau. Konflik ini berjaya diatasi

oleh Raja Kechil. Lantaran itu, Raja Kechil sekali lagi menguasai Johor-Riau dan saki

baki orang Bugis yang tewas, berundur ke Selangor untuk mendapatkan bantuan dari

Opu Bugis Lima Bersaudara.

Sementara itu di Selangor, Opu Bugis Lima Bersaudara mengadakan

perbincangan untuk melanggar Johor-Riau setelah mengetahui Raja Kechil berjaya

mengukuhkan kedudukan dan menawan kembali Johor-Riau. Perbincangan

melibatkan Opu Bugis Lima, penggawa dan Anri Gurunya. Kata sepakat telah dicapai

untuk terlebih dahulu menyerang Linggi. Hal ini disebabkan Linggi mempunyai

kepentingan dan pengaruh yang kuat kepada Raja Kechil. Situasi ini sekali lagi

memperlihatkan peranan yang dibuat oleh Opu Bugis Lima Bersaudara apabila

mereka mengepalai pakatan Bugis untuk melanggar Linggi. Perseteruan ini dimenangi

oleh pakatan Bugis, dan penghulu Linggi menghantar surat kepada Raja Kechil,

(10)

Jika tiada lekas Duli Tuanku berangkat ke Linggi ini membantu akan patik-patik semua, niscaya alahlah negeri Linggi ini, dan patik-patik semua bertuankan Bugislah.iv

Setelah mendapatkan surat tersebut, Raja Kechil mempersiapkan bala tenteranya

untuk menentang pakatan Bugis. Pakatan Raja Kechil ini kemudian memasuki Linggi

menyiapkan kubu dan mengatur penjajap berhadapan dengan kubu pakatan Bugis.

Peperangan meletus dan berlanjutan hingga kemalam hari dan berhenti apabila paluan

gendang dipalu.

Kesempatan ini digunakan oleh Opu Bugis Lima Bersaudara dengan Daeng

Manompo’ dan kerabat Bugis lainnya berbincang bagi memperkemaskan strategi

perang mereka. Di sini peranan Opu Bugis sekali lagi ditonjolkan, apabila strategi

perang mereka berjaya direalisasikan. Dalam teks menyebut seperti berikut:

Maka bersabdalah Opu-opu itu kepada segala mereka itu, “Maka pada siasatku dan ijtihadku dan fikiran ku, esok hari kita berperang bersungguh-sungguh. Adapun kubu-kubu jarang-jarang membedil, dan perahu-perahu berperang juga sampai undur ke kuala perlahan-lahan, supaya diikut oleh orang-orang Siak, kerana disangkanya kita hampir-hampir tewas hingga malam.” Dan menurut teks Silsilah Melayu dan Bugis lagi,

(11)

Strategi ini berjaya dilaksanakan sekali gus mengalahkan Pakatan Raja Kechil

dan Linggi. Sebenarnya baginda Raja Kechil terlalu awal menjangkakan bahawa

pakatan Bugis akan kalah apabila melihat beberapa ghurap Bugis telah berundur ke

Kuala. Pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara semakin jauh berundur ke Kuala dan ia

sekali gus memberi keyakinan yang tinggi bahawa Bugis akan kalah.

Situasi ini sebaliknya, Pakatan Bugis yang di ketuai Opu Bugis Lima Bersaudara

sebanyak dua puluh ghurap telah berjaya menawan Riau. Percaturan yang di rancang

oleh Opu Bugis Lima Bersaudara telah membuahkan hasil. Raja Kechil berundur ke

Siak dan yang masih tinggal ialah Penghulu Linggi dan pengikutnya. Tatkala melihat

Raja Kechil berundur ke Siak, beliau lalu berkata kepada pengikut-pengikutnya:

Pasanglah oleh kamu semua bendera putih tanda kita tunduk kepada Bugis seperti kehendak setengah kamu yang mula-mula itu, kerana yang kita perangkan ini raja, sekarang raja sudah lari. Kita di tinggalkannya, hendak dijadikan tawanan orang.vi

Akhirnya Penghulu Linggi akur kepada Opu Bugis Lima Bersaudara dan

mengakui tidak akan menderhaka kepada Bugis.

Dalam pada itu peranan Opu Bugis lima bersaudara diteruskan lagi apabila

mereka bakal melanggar Siak. Dalam pertempuran sebelumnya, Raja Kechil telah

berundur ke Siak bersama alat-alat kebesaran Johor-Riau. Justeru, Opu Bugis Lima

(12)

kerajaan Johor-Riau. Persiapan telah dilakukan oleh pakatan Opu Bugis Lima

Bersaudara, dan dengan itu mereka melanggar Siak. Pakatan Opu Bugis memasuki

kota pedalaman Siak memaksa Raja Kechil dan pengikutnya berundur ke hulu Siak.

Pakatan Opu Bugis Lima terus menyerang dan mengejar, situasi ini menyebabkan

Raja Kechil berundur ke Sinapalan dan naik ke darat. Pakatan Opu Bugis Lima

termasuk Anri Gurunya dan Daeng-daeng Punggawa melanjutkan serangan memaksa

Raja Kechil berundur ke hutan belantara. Pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara

akhirnya berjaya mendapatkan semula alat-alat kebesaran Johor-Riau seperti Lela

Majnun, kendaga emas, periuk emas dan puan tempat sirih. Kejayaan ini secara tidak

langsung berjaya menegakkan kembali kedaulatan Johor-Riau dan pada ketika itu

juga, Raja Sulaiman telah selamat kembali dari Pahang dan bakal ditabalkan sebagai

Sultan.

Seterusnya Opu Bugis Lima Bersaudara mengadakan perbincangan dengan

penggawa Bugis iaitu Taskani, merangkap wakil untuk menghadap baginda Raja

Sulaiman bagi perlantikan Yamtuan Muda atau Yang di Pertuan Muda. Penggawa

Taskani menghadap Raja Sulaiman secara protokol dan mempersilakan Opu Bugis

Lima untuk menghadap baginda Raja Sulaiman. Baginda Raja Sulaiman meminta

keputusan dari Opu Bugis Lima mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Yamtuan

(13)

baginda Raja Sulaiman dan baginda berkenan melantik Daeng Parani sebagai

Yamtuan Muda pertama. Bagaimanapun Daeng Parani menolak dengan rela hati

kerana ingin memberi laluan kepada adik-adiknya. Silsilah Melayu dan Bugis

menyebutkan seperti berikut:

Adapun yang seperti saya ini, memohonlah dengan seboleh-bolehnya, karena yang saya hajati siang dan malam ini hendak mencari kesenangan adik-adik saya yang bertiga ini. Dan seperti adik-adik saya Daeng Manambun sudah tentulah tempatnya, karena ia dibuat menantu oleh Raja Matan. Maka yang disusahkan lagi adik saya yang bertiga itu. Maka boleh pilihlah lagi oleh baginda di dalam dianya yang bertiga inivii

Baginda Raja Sulaiman sekali lagi berbincang dengan Opu Bugis Lima dan

akhirnya sebulat suara memilih Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda pertama

dengan gelaran Kelana Jaya Putera. Untuk itu suatu majlis telah dibuat bagi meraikan

pertabalan Daeng Marewah dan perkahwinan kerabat Bugis dan Melayu juga turut

dilangsungkan. Baginda Raja Sulaiman menitahkan Bendahara agar mengarahkan

Temenggung menyiapkan balai untuk istiadat tersebut. Sementara itu, setelah Daeng

Marewah dilantik menjadi Yamtuan Muda, beliau lalu bangkit dan mangngaru di

hadapan Raja Sulaiman dalam bahasa Bugis seperti berikut:

(14)

Selesai upacara mangngaru, Opu Bugis Lima Bersaudara bermuafakat dan

bangkit lalu berkata seperti berikut:

Pada hari ini Raja Sulaiman menjadi Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, Raja Johor, Pahang dan Riau dengan segala takluk daerahnya sekalian.ix

Setelah itu baginda Raja Sulaiman berkenan menikahkan Tun Tipah dengan

Daeng Manompo, Daeng Parani dengan Tengku Tengah (adinda baginda Raja) Daeng

Massuro dengan Tun Kecil (anaknda Marhum Muda) dan Daeng Muntu di nikahkan

dengan Tun Inah (anaknda Marhum Muda) (Md.Nor Silsilah :1984: 89) Daeng Chelak

pula dikahwinkan dengan adinda Raja Sulaiman iaitu Tengku Mandak.

Perkahwinan antara kerabat Bugis dan kerabat Melayu ini mengukuhkan lagi

peranan dan pengaruh Bugis khususnya Opu Bugis Lima Bersaudara dalam kerajaan

Melayu. Upacara pertabalan dan perkahwinan antara kedua mempelai dibuat secara

besar-besaran.

Setelah selesai upacara perkahwinan diraja Bugis dan Melayu, Opu Daeng

Parani menghadap baginda Sultan Sulaiman untuk ke negeri Selangor. Opu Daeng

Parani ke Selangor diiringi oleh Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi.

Dalam Hikayat Upu Daeng Menambun, Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara

dalam kerajaan Johor-Riau dinyatakan ketika Raja Sulaiman memohon bantuan untuk

(15)

Raja Sulaiman yang kemudiannya menduduki Johor-Riau. Dengan bantuan Bugis,

Raja Kechil ditewaskan. Walaubagaimanapun Raja Kechil sempat melarikan beberapa

alat kebesaran kerajaan Johor-Riau termasuklah bedil kerajaan Laila Majnun,

gendanga emas dan periuk emas serta puan emas (A.Hamid Hikayat 1980: 34).

Tengku Kamariah adinda Raja Sulaiman juga turut di bawa ke Siak oleh Raja Kechil.

Opu Bugis Lima Bersaudara bersetuju membantu Raja Sulaiman untuk

melanggar Raja Kechil. Walau bagaimanapun mereka sebelumnya telah mengadakan

perjanjian. Dalam perjanjian ini Raja Sulaiman menjadi Yang Dipertuan Besar

manakala salah seorang dari Opu Bugis Lima akan dilantik menjadi Yang Dipertuan

Muda. Setelah mencapai persetujuan dan membuat upacara sumpah setia kepada

perjanjian, pakatan Bugis dan Melayu Johor-Riau bergerak untuk melanggar Raja

Kechil. Dalam peperangan ini pakatan Raja Kechil berjaya di kalahkan. Segala

alat-alat kebesaran kerajaan telah berjaya didapatkan semula.

Seterusnya Pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara menerima ucapan penghargaan

daripada Raja Sulaiman, dan meminta Opu Bugis Lima bermesyuarat bagi memilih

salah seorang daripada mereka untuk menjawat jawatan sebagai Yang Dipertuan

Muda (Zakaria 2002 : 115). Setelah itu Opu Bugis Lima menghadap baginda Raja

(16)

Parani (Daeng Pali) sebagai Yang Dipertuan Muda pertama. Opu Daeng Parani

menolak, dalam teks Hikayat Upu Daeng Menambun menyatakan seperti berikut:

“Saya ini belum boleh jadi Yang Amtuan Muda, kerana saya hendak mencarikan

kesenangan saudara saya yang berempat ini”x

Hasil dari pertemuan ini sebulat suara melantik Daeng Marewah (Kelana Jaya

Putera) sebagai Yang Dipertuan Muda yang pertama. Baginda Raja Sulaiman bertitah

kepada rakyat negeri Johor-Riau untuk patuh kepada Yang Dipertuan Muda Daeng

Marewah demi kesejahteraan negeri Johor-Riau. Sementara itu baginda Raja

Sulaiman mengahwinkan Daeng Chelak dengan adindanya iaitu Tengku Puan.

Perkahwinan ini mengukuhkan lagi cengkaman, peranan dan pengaruh Opu Bugis

Lima Bersaudara keatas kerajaan Johor-Riau. Kemudian Daeng Parani memohon

perkenan baginda Raja Sulaiman untuk belayar ke Selangor. Daeng Parani

kemudiannya berkahwin dengan anaknda Yang Dipertuan Raja Selangor.

Dalam Hikayat Negeri Johor, peranan Opu Bugis Lima Bersaudara banyak

berkisarkan kepada bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk merampas kembali

takhta kerajaan Johor-Riau dari Raja Kechil. Selepas kematian Sultan Abdul Jalil

Syah IV yang dibunuh oleh Nakhoda Sekam atas perintah Raja Kechil, baginda Raja

Sulaiman dan adindanya telah di bawah ke Riau (Zakaria 2002: 119). Selama enam

(17)

Lima Bersaudara telah melanggar Riau untuk menyingkirkan Raja Kechil dan

peperangan ini telah dimenangi oleh pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara.xi Baginda

Raja Sulaiman kemudian dilantik menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman

Badrul Alam Shah, Daeng Menampok pula dilantik sebagai Raja Tua dan Daeng

Marewah (Kelana Jaya Putera) menjadi sebagai Yang Dipertuan Muda dengan gelaran

Sultan Alaudin (Hussien 1979: 237). Sementara itu Daeng Parani dan Daeng

Menampok dikahwinkan dengan adinda baginda Sultan Sulaiman iaitu Tengku

Tengah dan Tun Tipah (Taip 2003: 55). Hikayat Negeri Johor juga mencatatkan

bagaimana pakatan Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mematahkan serangan

daripada Raja Kechil pada 7 Safar 1736. Seterusnya pada tahun 1748, datang pula

pakatan Raja Alam anaknda Raja Kechil bersama-sama dengan Daeng Mateko dan

Raja Emas untuk menyerang Johor-Riau. Walaubagaimanapun pakatan ini juga

berjaya dikalahkan oleh pakatan Bugis yang diketuai oleh Opu Bugis Lima

Bersaudara.

Impak Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara

Peranan Opu Bugis Lima Bersaudara meninggalkan banyak kesan kepada kerajaan

Johor. Melalui peranan yang dimainkan mereka, wilayah dan naungan jajahan

kerajaan Johor pada sekitar abad kelapan belas meliputi Riau, Terengganu, Pahang,

(18)

Selain itu, dinasti Bendahara yang wujud selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah

II dapat di kekalkan dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara. Dengan Bantuan

Opu Bugis Lima Bersaudara, putera sulung Bendahara Tun Abdul Jalil telah

ditabalkan menjadi Sultan Johor ke XIII bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam

Syah.

Impak yang terbesar setelah campur tangan Bugis dalam kerajaan Melayu khususnya

Johor-Riau ialah kewujudan jawatan Yang Dipertuan Muda. Jawatan ini merupakan

jawatan yang dicipta dan disandang oleh Bugis bagi membolehkan penglibatan

mereka dalam politik dan urusan pentadbiran kerajaan Johor serta jajahan

takluknya.xiiJawatan Yang Dipertuan Muda dan Raja Tua hanya dipegang dan diwarisi

oleh suku Bugis dan keturunannya. Daeng Marewah menjadi Yang Dipertuan Muda

pertama bergelar Kelana Jaya Putera. Berikutnya Daeng Chelak yang kemudiannya

diteruskan oleh Zuriat Daeng Parani iaitu Daeng Kemboja menjadi Yang Dipertuan

Muda ketigaxiii.Yang Dipertuan Muda ke empat dipegang oleh Raja Haji seterusnya

Raja Ali menjadi Yang Dipertuan Muda ke lima dan Raja Jaafar ke enam. Sementara

itu jawatan Raja Tua disandang oleh Daeng Menampok.

Peranan yang dimainkan oleh Opu Bugis Lima Bersaudara, telah memberi impak

kepada kemakmuran Johor. Begitu juga halnya dengan kekuatan angkatan perang. Ia

(19)

keamanan kerajaan Johor. Mengikut catatan Belanda, pada tahun 1714, kekuatan

ketenteraan kerajaan Johor dan takluknya meningkat dengan ketara.xivIa menjadikan

Johor sebagai sebuah kerajaan yang masyhur dan menjadi tumpuan aktiviti

perdagangan dengan keamanan yang sedia ada.

Sementara itu, Selangor yang menjadi negeri dibawah naungan Johor telah ditadbir

urus oleh penguasa atau pemangku Raja. Beliau ialah Datuk Suliwatang atau Daeng

Lakani juga dari suku Bugis. Pada tahun 1730, Raja Lumu putera Daeng Chelak

telah dihantar ke Selangor untuk mentadbir negeri dan baginda kemudian ditabalkan

sebagai sultan Selangor pertama dengan gelaran Sultan Salehuddin Riayat Syah Ibni

Daeng Chelak. Untuk mendapatkan gelaran sultan yan berdaulat, Sultan Salehuddin

kemudiannya ke Perak untuk memohon perkenan secara rasmi sebagi Sultan

daripada Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud.

Selain itu, keadaan ekonomi Johor-Riau semakin maju dan meningkat, Tuhfat al-Nafis

menceritakan bagaimana perahu-perahu dagang datang dari barat dan timur.

Perdagangan secara sistem barter dijalankan dengan lancar dan aktiviti perdagangan

dikawal rapi dengan diketuai oleh Yang Dipertuan Muda. Tuhfat juga menyebut

bagaimana Yang Dipertuan Muda berperanan untuk menggalakan aktiviti

penanaman gambir di Riau. Ia meningkatkan ekonomi penduduk Johor pada masa

(20)

dari luar negeri termasuk dari arab sekaligus menyampaikan dakwah di

masjid-masjid. Kekuatan ketenteraan dan diperkuatkan dan kubu-kubu diperkemaskan.

Kesimpulan.

Secara keseluruhannya, peranan Opu Bugis Lima Bersaudara berjaya mengubah

landskap politik Kesultanan Johor. Antaranya: mengekalkan kuasa keturunan Sultan

Abdul Jalil Riayat Shah IV sebagai Sultan Johor yang dirampas oleh Raja Kechil;

membentuk jawatan Yang Dipertuan Muda yang tampak lebih berkuasa daripada

sultan dan hanya dipegang oleh suku Bugis; dan mengubah struktur jajahan di Johor.

Seterusnya, legitimasi Daeng Parani dan Daeng Chelak keturunan bangsawan diraja

Bugis dari Luwu Sulawesi Selatan Indonesia masih mendominasi kerajaan Johor dan

Selangor hingga kini (2016).“Walaupun muncul penguasaan politik pemerintah baru

iaitu suku Bugis di dalam politik kerajaan Johor, setidak-tidaknya suku Bugis ini

masih membantu dalam mengekalkan institusi kesultanan Johor daripada runtuh dan

menyelamatkan empayar Johor itu sendiri” (Nordin 2008: 62).

(21)

emel daeng_putera_bugis@yahoo.com.

CO 439/1 The Administration Report Of The State Selangor, For the Year 1889.

ii Raja Ali Haji, Silsilah Melayu dan Bugis, Arena Wati, (penyelenggara), Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Antara, 1973, hlm.67.

x Rogayah A. Hamid, (diselenggarakan), Hikayat Upu Daeng Menambun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm.37.

xi Ismail Hussien (ed), Hikayat Negeri Johor : A nineteenth Century Bugis History Relating events

in Riau and Selangor, R.O Winstedt, A History of Johore, M.B.R.A.S. Reprint No.6, Kuala Lumpur

: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1979, hlm 237.

xii Mardiana Nordin, Penglibatan Keluarga Bugis di Kalimantan Barat pada abad ke-18

berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, dlm Persada Jauhari, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.2012, hlm

211. Hakikatnya juga, jawatan ini tercipta lantaran membalas jasa Bugis kerana sumbangan besar sehingga tertabalnya Raja Sulaiman ke atas takhta Kerajaan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1761).

xiii SP. 5215/1919. Genealogical Table in Respect of Raja Zainab Binti Raja Sulaiman. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Politik dan Pentadbiran Johor-Riau 1721 Hingga 1824: Satu Tinjauan

Ringkas, dlm Polemik Sejarah Malaysia, Jil 2, 2009, hlm 94. Kekuatan ketenteraan di Terengganu

seramai 500 perajurit yang berkhidmat dengan sultan. Pahang 600 perajurit dengan 10-12 perahu kecil dengan satu meriam di haluan dan 3-4 meriam di bahagian tepi. Riau 2000 orang perajurit, Lingga 500 perajurit 7-8 kapal perang dengan meriam. Begitu juga di daerah-daerah jajahan lain termasuk Selangor yang memiliki 300 orang perajurit yang berkhidmat untuk raja, hlm 94.

Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali (1997). Istana dan Politik Johor (1835-1885). Yayasan Penataraan Ilmu.

Kuala Lumpur.

Abdullah Zakaria Ghazali, (2002). ‘Daeng Chelak Ibni Daeng Rilekkek, : Menelusuri Maklumat

(22)

Tinjauan Ringkas, dlm Polemik Sejarah Malaysia,Jil 2, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Haryati Hassan (2014). Peranan Bugis Dalam Kerajaan Johor-Riau pada Awal Abad ke-18, dlm

Warisan Bugis di Rumpun Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Ismail Hussien (ed). (1979). Hikayat Negeri Johor : A nineteenth Century Bugis History Relating

events in Riau and Selangor, R.O Winstedt, A History of Johore, M.B.R.A.S. Reprint No.6: The

Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur.

Leonard Y. Andaya. (2010). Diaspora Bugis, Identitas dan Islam di Negeri Malaya, dlm Diaspora

Bugis Di Alam Melayu. Ininnawa, Makassar.

Mardiana Nordin (2012) Penglibatan Keluarga Bugis di Kalimantan Barat pada abad ke-18

berdasarkan Tuhfat Al-Nafis, dlm Persada Jauhari, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mardiana Nordin,(2008) Politik Kerajaan Johor 1718-1862, Yayasan Warisan Johor, Johor Baru.

Mohd. Yusof Md. Nor (1984) (Diusahakan), Silsilah Melayu Dan Bugis, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Petaling Jaya.

Muhlis Hadrawi. (2010) Menelesuri geneologi “Lima Bersaudara” Berdasarkan Naskhah Lontara.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Raja Ali Haji, (1973). Silsilah Melayu dan Bugis, Arena Wati, (penyelenggara). Penerbit Pustaka

Antara, Kuala Lumpur.

Rogayah A. Hamid, (1980), (diselenggarakan), Hikayat Upu Daeng Menambun, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Rusphin@ Mohd. Asyraf Taip. (2003). Sejarah Politik Negeri Selangor: Kajian Berdasarkan

kepada Teks: Hikayat Negeri Johor (Latihan Ilmiah), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

(23)

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini dapat kita buktikan dari beberapa kesuksesan promosi produk , strategi merangkul komunitas, inovasi produk, tampilan / desain logo produk, dan acara lifestyle yang

Beberapa dampak yang dirasakan murid yaitu murid belum ada budaya belajar jarak jauh karena selama ini sistem belajar dilaksanakan adalah melalui tatap muka,

bermakna bahwa laporan keuangan yang disiapkan oleh klien (manajemen perusahaan yang diaudit oleh auditor eksternal) tidak mengandung salah saji material dan

Kalender Kamariah Urfi didasarkan pada peredaran bulan mengelilingi bumi dalam orbitnya dengan masa 29 hari, 12 jam, 44 menit, 2,8 detik setiap satu bulannya.. Rentang waktu

Perlengkapan pemadam lain / other fire appliances Dikapal dilengkapi perlengkapan lain sebagai penunjang pemadam kebakaran adalah firemen outfit, yaitu baju pemadam

yang telah melimpahkan rahmat, taufik dan hidayahnya sehingga penulis dapat menyelesaikan tugas akhir yang menjadi salah satu syarat untuk menyelesaikan program

Perlu adanya teknik khusus untuk proses penyempurnaan sintesis hidroksiapatit berporogen kitosan agar diperoleh pori-pori dengan ukuran yang optimum, bentuk pori

kedaerahan dan keindonesiaan, belum mampunya menciptakan sistem politik yang kongruen antara pusat dan daerah, adalah kinerja otonomi daerah itu sendiri yang dinilai publik belum