1
Bab 14 : KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN
14.1 PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL
Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain dan berdagang.
Denai dan lorong digunakan untuk mencari hasil hutan selain menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai.
Pengankutan air melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting.
Perdagangan yang dijalankan menggunakan system barter dan penggunaan mata wang iaitu duit emas.
Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat seperti berikut:
i. Asap : api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang lain
ii. Bunyi : isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk, ketuk-ketuk dengan batang kayu/buluh dan laungan.
14.2 KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL PADA
ZAMAN PENJAJAH
Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan pengangkutan & perhubungan di Negara kita.
Mereka mengeksploitasi sumber khususnya bijih timah dan getah
14.2.1 PENGANGKUTAN JALAN DARAT
Kemasukan British telah memodenkan system pengangkutan.
1885 : British telah membina landasan kereta api yang pertama dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 13 km untuk mengangkut bijih timah untuk dieksport.
1981 : Landasan kereta api dibina dari Seremban ke Port Dickson
Akhir abad ke-19 : Kuala Lumpur ke Port Swettenham
Perkembangan system kereta api telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.
Rangkaian pengangkutan lebih padat di sebelah pantai Barat Semenanjung kerana tumpuan kegiatan ekonomi.
Sabah : Landasan kereta api dibina dari Wetson ke Beaufort & dari Tenom ke Jesselton(Kota Kinabalu)
Sarawak : Landasan kereta api dibina dari Kuching ke Batu 10 kerana negeri ini masih bergantung pada system pengangkutan air untuk mengangkut hasil pertanian.
Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu menghubungkan Taiping dengan Matang kemudian bersambung ke Kerian dan Seberang Perai
Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang
2
14.2.2 PENGANGKUTAN AIR
Pada zaman penjajahan British, pengangkutan air melalui sungai dan pelabuhan adalah penting.
Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut bekalan makanan, jentera dan buruh.
Kapal wap digunakan untuk membawa hasil seperti bijih timah dan getah ke Negara penjajah.
Kemasukan buruh asing dari India dan China melalui pengangkutan air.
Pihak British telah membuka beberapa buah pelabuhan seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Port Swettenham dan Pelabuhan Labuan.
Pelabuhan ini menjadi pusat untuk mengimport barang buatan dan perkakas kilang.
14.2.3 PERHUBUNGAN AWAL
Penjajah British juga telah memulakan perhubungan awal melalui pos dan telegraf.
Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1862 di Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau Pinang.
Perkhidmatan pos ini diperkembang dan melibatkan pengangkutan surat khabar, dokumen perniagaan, bungkusan dan juga kemudahan insurans.
Perkembangan telegraf selari dengan perkembangan landasan kereta api.
System telegraf yang pertama digunakan di Perak pada tahun 1876.
Perkhidmatan ini penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan negeri-negeri Melayu.
3
Pada peringkat awal, system telegraf ini dibina untuk menjaga kepentingan pihak British di kawasan perlombongan di Perak dan Selangor selain membolehkan maklumat dan arahan dari pusat pentadbiran jajahan di Singapura disampaikan dengan cepat ke pusat pentadbiran di Tanah Melayu.
Di Malaysia, perkhidmatan telefon mula diperkenalkan di negeri-negeri Selat pada tahun 1886.
Pada masa itu, telefon digunakan untuk tujuan keselamatan dan dipasang untuk menghubungi pihak polis
Kemudian, penggunaannya berkembang untuk tujuan pentadbiran, digunakan peniaga, pemodal, dan pengusaha estet yang memerlukan maklumat dengan cepat.
KATA KUNCI
Interaksi : Saling kaitan antara satu individu dengan individu yang lain Jong : Kapal layar Cina
Mengeksploitasi : Meneroka sasuatu sumber untuk sesuatu kepentingan sendiri
Sara diri : Tanaman untuk keperluan sendiri
Lanca : Kenderaan beroda dua untuk seorang atau 2 penumpang yang ditarik oleh seseorang
Ketersampaian : Darjah senang atau susah/payah untuk sampai ke sesuatu kawasan
Kesimpulan: Keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi
4
Bab 15 : PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN
15.1 PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN
15.1.1 PENGANGKUTAN DARAT i. Jalan Raya
Jaringan jalan raya yang terdapat di negara kita adalah sepanjang 66 445 km.
Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya adalah lebih padat dan tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah dan pantai barat Sarawak.
Kawasan tersebut mempunyai jaringan penduduk yang tinggi dan keperluan terhadap pengangkutan adalah tinggi.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah meningkatkan taraf jalan raya yang sedia ada.
Cth: Lebuhraya Persekutuan dinaikkan taraf daripada 2 lorong kepada 3 lorong.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, jalan baru sepanjang 3214km akan dibina.
Hal ini telah meningkatkan tahap ketersampaian penduduk luar Bandar dan meningkatkan ekonomi mereka.
Cth: progam Jalan Kanibongan-Nangoh di Sabah dan Jalan Pesisiran Pantai Triso-Melebu-Pusa di Sarawak.
Jalan raya juga dibina untuk menghubungkan kawasan penanaman getah, kelapa sawit, perlombongan bijih timah, serta kawasan perindustrian dengan pelabuhan.
Hasil bahan mentah dan barangan kilang dihantar ke pelabuhan dengan mudah.
Cth: Jalan raya dan lebuhraya yang menghubungkan Ipoh dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan kawasan perindustrian Shah Alam ke Pelabuhan Klang.
Di Semenanjung Malaysia, jalan raya dan lebuhraya dibina untuk menghubungkan sesuatu kawasan dan untuk memendekkan perjalanan.
Cth: Padang Besar di sempadan Thailand ke Johor Bahru, Lebuh raya Timur-Barat yang dibina merentasi Banjaran Titiwangsa dan Jambatan Pulau Pinang yang mengubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang.
Di kawasan pinggir pantai Sarawak, jalan raya dibina bagi menghubungkan Bandar raya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Di Sabah, jalan raya tertumpu di pantai barat dan pantai timur untuk menghubungkan Kudat dengan Membakut dan pantai timur sabah untuk menghubungkan Lahad Datu, Semporna dan Tawau.
Lembah Klang mempunyai jaringan jalan raya paling padat di Malaysia.
Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan jalan raya.
Lebuh raya Persekutuan dibina untuk menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Klang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas selain Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE).
LDP menggunakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) iaitu alat pengesan pergerakan kenderaan yang pertama di lebuh raya Bandar.
5 Penggunaan ITS melibatkan alat pengesan susunan kenderaan, rangkaian maklumat, video berkeupayaan tinggi dan peralatan pengawasan.
ii. Jalan Kereta Api
Landasan keretapi terawal dibina menghubungkan Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) pada tahun 1885.
Tujuan pembinaan adalah untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan.
1913, Perlis dan Singapura dihubungkan dengan jalan keretapi 1930, Gemas dihubungkan dengan Tumpat sehingga ke Hat Yai. Gemas merupakan stesen persimpangan keretapi antara pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Di Sabah, landasan keretapi menghungkan Tanjung Aru ke Tenom sepanjang 138km yang tertumpu di pantai barat Sabah Di Sarawak dan Terengganu, tiada perkhidmatan keretapi. Perkhidmatan keretapi digunakan untuk mengangkut barangan dan penumpang selain meningkatkan hubungan dengan kawasan pedalaman dan memudahkan usaha membangunkan ekonomi kawasan berkenaan.
Kini, landasan keretapi yang terdapat di Malaysia adalah sepanjang 1949km.
Kerja membaik pulih dan menaik taraf landasan keretapi rel juga dilakukan. Koc-koc baru menggantikan koc lama.
Perjalanan penumpang menjadi lebih selesa dan perkhidmatan keretapi juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan barangan dan membantu meningkatkan urusan perniagaan dan perdagangan.
Untuk perjalanan jarak jauh, perkhidmatan yang disediakan seperti Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi (Utara-Selatan) dan Ekspres Kenali dan Ekspres Wau (pantai timur) dan perjalanan adalah dari KL Sentral ke Singapura dan Hat Yai.
6 Perkhidmatan keretapi Ekpres Antarabangsa menghubungkan Bangkok, KL dan Singapura. Perkhidmatan ini telah menggalakkan industri pelancongan di negara kita.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah menyediakan perkhidmatan rel bersepadu yang moden dan canggih di Lembah Klang antaranya Komuter dan transit aliran ringan seperti STAR-LRT, PUTRA-LRT, KL Monorel dan ERL ( Express Rail Link) .
Perkhidmatan rel bersepadau diperkenalkan di Lembah Klang kerana keperluan terhadap pengangkutan penumpang adalah tinggi.
Perkhidmatan ini amat penting kerana dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandaraya KL.
Penumpang tidak perlu membazir masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selain memberikan keselesaan kepada penumpang dan masa perjalanan dapat dipendekkan.
Perkhidmatan rel bersepadu menjadikan system pengangkutan awam lebih cekap dan masalah pencemaran udara dapat dikurangkan selain menjadi alternative kepada penumpang terutama di pusat bandaraya KL.
7
15.1.2 PENGANGKUTAN AIR i. Sungai
Di Sabah dan Sarawak, pengangkutan sungai masih penting sebagai system pengangkutan.
Cth: kapal laut dapat berlayar atau mudik ke Sibu sejauh 112 km dan ke Kapit sejauh 274 km sepanjang Sungai Rajang. Sibu dan Sarikei merupakan pelabuhan sungai terbesar di Sungai Rajang Sungai Baram, Sungai Kemena dan Batang Lupar di Sarawak digunakan juga sebagai pengangkutan penumpang dan barangan seperti hasil pertanian dan kayu balak
Di Sabah, Sungai Kinabatangan, Sungai Segama dan Sungai Padas merupakan sungai yang terpenting.
Sungai Kinabatangan dapat dimudik oleh kapal sejauh 192 km. Pengangkutan sungai di Semenanjung Malaysia kurang penting kerana keadaan sungai yang cetek, pendek dan sempit menyebabkan kapal tidak sesuai digunakan.
Walau bagaimanapun, pengangkutan sungai masih penting di sungai-sungai besar
Cth: di Pahang, bot digunakan untuk membawa pelancong sepanjang Sungai Tembeling ke Taman Negara
Kerajaan telah melaksanakan projek meningkatkan keupayaan dan membangunkan pengangkutan sungai seperti mendalamkan sungai di bahagian pelabuhan di muara sungai. Cth: pembesaran Pelabuhan Lahad Datu di Sabah.
8
ii. Laut
Malaysia mempunyai jaringan jalan laut yang menghubungkan pelabuhan utama dengan pelabuhan negara lain seperti Pelabuhan Yokohama, Jepun dan Pelabuhan New York di US.
Sebanyak 90% perdagangan antarabangsa dikendalikan melalui pelabuhan.
Kerajaan telah meningkatkan taraf dan kemudahan infranstruktur pelabuhan seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Bintulu.
Keadaan ini telah telah menambahkan jumlah dan saiz kapal yang dapat singgah di pelabuhan tersebut selain pertambahan jumlah import dan eksport dan perdagangan antarabangsa. Kerajaan juga melengkapkan pelabuhan dengan kemudahan kontena dan membaiki kapal.
Cth pelabuhan kontena: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu.
Pengangkutan pesisiran pantai penting bagi penduduk yang tinggal di pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal seperti hasil pertanian dan kayu balak dari pelabuhan kecil ke pelabuhan utama.
Cth: barangan dibawa dari pelabuhan kecil iaitu Pelabuhan Tumpat ke Pelabuhan Kuantan malah penting juga untuk mengangkut penumpang.
Di Lumut, jeti digunakan untuk menghubungkan Pulau Pangkor dengan tanah besar Semenanjung Malaysia.
Selain itu, Pelabuhan Lumut juga terdapat pangkalan tentera laut untuk mengawal keselamatan pengairan negara.
15.1.3 PENGANGKUTAN UDARA
Pengangkutan udara di Malaysia semakin berkembang pusat kerana menyediakan system pengangkutan yang cekap.
9 Pengangkutan udara juga merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Kawasan Lapangan Terbang
Antarabangsa Lapangan Terbang Domestik Semenanjung Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, Bayan Lepas, Langkawi dan Senai
Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bahru
Sarawak Kuching Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Mukah
Sabah Kota Kinabalu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Pulau Labuan
Perkhidmatan penerbangan membolehkan pergerakan penumpang antara negara kita dengan Negara luar. Kemasukan pelabur dan pedagang asing dapat ditingkatkan.
Barangan seperti komponen computer, bunga dan buah-buahan dieksport melalui udara kerana barangan ini mudah rosak dan perlu dihantar dengan segera.
Melalui Rancangan Malaysia ke-8, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan dan prestasi perkhidmatan udara di Malaysia.
KLIA dibangunkan menjadi pusat penerbangan serantau. Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dipertanggungjawabkan
untuk mengurus kesemua 36 lapangan terbang dan padang terbang negara.
10
15.1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
JARINGAN PENGANGKUTAN
i. Dasar Pembangunan negara
ii. Perkembangan ekonomi
iii. Kemajuan teknologi iv. Aspek fizikal
v. Keselesaan pengguna
15.2 PERBANDINGAN KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DENGAN
NEGARA LAIN
Perkara Malaysia Kanada
1. Jalan raya/lebuh raya
Pengangkutan darat yang padat&termoden di dunia
Merangsang pembangunan pelbagai industry seperti pelancongan dan perindustrian
Cth: Tasik Merah dan Nilai
66445 km Cth: Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Jambatan Confederation Bridge: jambatan terpanjang&berterusan melalui laut yang diliputi ais
9000000 km Cth: Trans Canada Highway Jambatan Pulau Pinang: jambatan terpanjang di Asia 2. Jalan kereta api Penting membawa penumpang & barangan
System pengangkutan utama di Kanada
Penting membawa bhn mentah, buruh &
penumpang
Cth: Perkhidmatan Kereta Api Pasifik Kanada & Kereta Api Kebangsaan Kanada 3. Jalan air Pelabuhan
Penting menggalakkan perdagangan Cth:Pelabuhan Klang Pelabuhan penting Cth: Jalan Air St. Lawrence-Tasik tasik besar 4. Pengangkutan udara Penting
Cth:MAS, Air Asia
Penting
Cth : Air Canada
15.3 KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM
SEKITAR
15.3.1 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Pencemaran udara Pencemaran bunyi
Kesan terhadap air dan perubahan landskap
15.3.2 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Penggunaan alat catalytic converter Pengurusan trafik
Kawalan undang-undang