• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL UNTUK PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN) A. KEPERLUAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL BERKUALITI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL UNTUK PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN) A. KEPERLUAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL BERKUALITI"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 1 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN FIZIKAL UNTUK

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN)

A. KEPERLUAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN AWAL BERKUALITI

1. Hasil berbagai kajian mengenai amalan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak menunjukkan bahawa kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek:

i. keselesaan dan kesesuaian premis atau bangunan;

ii. kawasan luaran serta sekitaran yang boleh merangsang minda, fizikal dan emosi kanak-kanak; dan

iii. kemudahan peralatan pembelajaran luaran yang berkualiti dan memenohi keperluan kanak-kanak.

adalah sangatlah penting bagi memastikan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dan berpanjangan. Malahan kemudahan fizikal dan sekitaran luaran boleh berperanan sebagai guru ketiga kepada kanak-kanak selepas ibu-bapa dan tenaga pendidik di pusat didikan awal. Oleh itu kemudahan fizikal dan pembelajaran pusat didikan awal perlulah menyumbang kepada pembinaan keyakinan, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di pusat-pusat tersebut.

(2)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 2 B. CIRI-CIRI PREMIS PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK

2. Pada masa ini kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh pelbagai agensi pelaksana di sektor awam berbeza dari segi jenis, jumlah dan kualiti kerana ia tertakluk kepada jumlah sumber kewangan yang terhad. Kemudahan yang berbeza-beza ini terbukti tidak berupaya memberi hasil pembelajaran yang optima kepada kanak-kanak terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar berbanding dengan kemudahan yang disediakan oleh sektor swasta di kawasan bandar misalnya, di mana ibu bapa mampu dan bersedia membayar kos yang tinggi bagi membolehkan anak-anak mereka mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti. Oleh itu dasar yang diluluskan ini bertujuan untuk memastikan supaya kemudahan dan sekitaran pembelajaran yang disediakan di semua pusat asuhan dan didikan awal memenuhi kriteria berikut:

i. memenuhi keperluan saiz fizikal kanak-kanak bawah 4 tahun; ii. memenuhi keperluan dan selaras dengan aktiviti dan teknik

pembelajaran Kurikulum Kebangsaan ;

iii. berupaya untuk merangsang pertumbuhan dan menyokong perkembangan pembelajaran kanak-kanak;

iv. mempunyai ciri-ciri mesra kanak-kanak; dan

v. dibuat dari bahan tempatan untuk menimbulkan rasa hormat kepada alam semulajadi.

3. Bagi membolehkan penyertaan maksima dari kumpulan sasar adalah dicadangkan supaya bangunan premis pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak disediakan di lokasi yang berhampiran atau berada di dalam kawasan kediaman kumpulan

(3)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 3 sasar supaya anak-anak mereka dapat menyertai program di pusat tanpa memerlukan mereka menanggung kos pengangkutan yang tinggi atau mengambil masa yang lama untuk sampai ke pusat tersebut. Pada peringkat permulaan, premis ditumpukan di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar kerana kumpulan sasar ialah anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

C.

CADANGAN PELAKSANAAN

4. Sebagai langkah untuk menghadkan kos pembangunan premis kepada yang minima dan mengelakkan pembaziran sumber sedia ada bangunan atau premis bolehlah ditubuhkan melalui salah satu dari tiga cara yang boleh dipertimbangkan iaitu:

(a) Menaiktaraf Bangunan Atau Premis Taska Yang Sedia Ada Melalui kaedah ini agensi pelaksana boleh mengubahsuai dan menaiktaraf premis atau bangunan taska mereka yang sedang beroperasi, contohnya taska-taska KEMAS di kawasan luar bandar , agar selaras dengan keperluan kurikulum dan kaedah pembelajaran Kurikulum Kebangsaan.

(b) Mengubahsuai Bangunan Sediaada Yang Sesuai Lokasi Dan Strukturnya.

Kaedah ini melibatkan agensi pelaksana mengenalpasti bangunan sedia ada di kawasan luar bandar atau pinggir bandar yang tidak digunakan oleh mana-mana agensi Kerajaan dan mengubahsuainya untuk dijadikan sebuah pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Ini bermakna struktur dan kemudahan yang telah tersedia hendaklah dipastikan selamat dan dapat memenuhi keperluan anak-anak di bawah umur 4 tahun.

(4)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 4 (c) Membina Premis Atau Bangunan baru

Sekiranya bangunan sedia ada tidak diperolehi atau tiada bangunan yang sesuai yang boleh diubahsuai, maka bangunan baru boleh dibina bagi dijadikan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak. Kaedah ini adalah lebih mudah kerana bangunan yang dibina akan dapat memenuhi keperluan dan spesifikasi khas pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak dan memenuhi keperluan Kurikulum Kebangsaan yang akan dilaksanakan. Namun ia akan memerlukan peruntukan kewangan yang lebih tinggi.

5. Walau apa pun kaedah penyediaan premis akan digunakan, agensi pelaksana hendaklah memastikan pelan atau rekabentuk bangunan yang diubahsuai, dinaiktaraf atau dibina baru perlu memenuhi keperluan fizikal anak-anak yang disasarkan. Contohnya ketinggian sinki, tandas atau kemudahan lain dalam bangunan mestilah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun. Bangunan juga mestilah memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diperlukan oleh pelbagai agensi Kerajaan lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Bomba. Premis juga mestilah menampakkan ciri-ciri keceriaan dan kecantikan yang menarik minat kanak-kanak untuk berada di dalam atau disekitarannya. Secara keseluruhannya bangunan atau premis perlulah mewujudkan keyakinan di dalam kanak-kanak dan keluarga mereka bahawa anak-anak akan berasa selamat dan gembira secara fizikal dan psikologikal semasa berada di premis ini. Dengan adanya rasa selamat dan dilindungi kanak-kanak akan lebih bebas, berkeyakinan dan bersemangat untuk belajar melalui aktiviti meneroka, mencuba dan pelbagai pengalaman kehidupan yang menyeronokkan.

(5)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 5

D.

KONSEP BANGUNAN

6. Bangunan secara keseluruhannya hendaklah mengikut konsep mesra kanak-kanak (child-friendly) bersesuaian dengan fungsi utamanya sebagai pusat asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang berumur di antara 1 hingga 4 tahun.

E. KEPERLUAN BILIK/RUANG AKTIVITI PEMBELAJARAN 7. Program pembelajaran adalah berasaskan konsep terbuka atau open

concept di mana aktiviti pembelajaran kanak-kanak dijalankan secara aliran bebas atau free flow. Keperluan bilik/ruang bagi tujuan aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian penggunaannya boleh disediakan seperti berikut :

(a) Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran mengikut 6 modul pembelajaran berkonsepkan aliran bebas.

(b) Bilik/Ruang Rehat Kanak-Kanak 1-2 tahun (c) Bilik/Ruang Rehat Kanak-Kanak 2-3 tahun (d) Bilik/Ruang Rehat Kanak-Knak 3-4 tahun (e) Bilik Menunggu

(f) Bilik Komputer / Bacaan (g) Bilik Seni Persembahan

(6)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 6 Contoh:

Ruang Aktiviti Pembelajaran Terbuka

8. Walaubagaimanapun, sekiranya ruang yang ada adalah terhad, penyediaan bilik/ruang boleh diminimakan bersesuaian bagi aktiviti-aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Bagi pusat yang mempunyai keluasan terhad, penyediaan sekurang-kurangnya 2 bilik/ ruang seperti berikut:

(a) Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran mengikut 6 modul pembelajaran berkonsepkan aliran bebas yang boleh dipelbagai gunakan sebagai ruang berehat kanak-kanak selepas tamat aktiviti pembelajaran.

Di ruang ini boleh lah diwujudkan 6 sudut yang mengikut 6 komponen perkembangan yang terdapat dalam modul PERMATA. Antara ruang tersebut ialah:

(i) Sudut Perkembangan Fizikal( motor halus dan motor kasar)

(7)
(8)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 8 (ii) Sudut Perkembangan Pra Matematik dan Pemikiran Logik

(9)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 9 (iv) Perkembangan Sahsiah, Sosio Emosi dan Kerohanian

Alat pembelajaran main peranan

(10)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 10 (v) Perkembangan Bahasa, Kominikasi dan Literasi Awal

(11)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 11 (vi) Sudut Deria dan Pemahaman Dunia Luar

(12)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 12 Ciri bilik/ruang ini adalah seperti berikut:

(i) satu dinding dipasang dengan kabinet termasuk pintu dari jenis laminated MDF di bahagian atas setinggi 7 kaki tinggi dari paras lantai; dan

(ii) satu dinding hendaklah dipasang cermin dengan ketinggian 6 inci dari paras lantai.

(b) Bilik / Ruang Pelbagai Guna (Multi Purpose Room) boleh dipelbagai gunakan sebagai bilik persalinan dan lain-lain aktiviti mengikut kesesuaian saiz.

Ciri bilik/ruang ini adalah seperti berikut:

(i) salah satu dinding hendaklah dipasang cermin dengan ketinggian 6 inci dari paras lantai.

(13)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 13 Ruang yang digunakan untuk sudut pembelajaran

9. Ruang Menunggu

Satu ruang menunggu hendaklah disediakan di pintu masuk hadapan untuk digunakan sebagai:

(a) kaunter penerimaan anak dan temat daftar keluar masuk anak ; dan

(14)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 14 Ruang menunggu bersaiz besar

(15)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 15 Ruang menunggu bersaiz kecil

F. KEPERLUAN BILIK/RUANG PERKHIDMATAN

SOKONGAN

10. Selain itu, setiap pusat perlu menyediakan bilik/ruang untuk perkhidmatan sokongan seperti berikut:

a) Pejabat

b) Dapur

c) Ruang Makan

d) Bilik air kanak-kanak e) Bilik air dewasa f) Stor

(16)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 16 (a) Pejabat (keluasan minima 10’ X 10’ jika berbilik)

11. Penyediaan bilik/ruang pejabat adalah perlu untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pengurusan pusat. Disamping itu pejabat juga akan dijadikan tempat simpanan fail/dokumen. Pendidik dan ibubapa boleh mengadakan perbincangan tertutup di dalam pejabat.

Ruang pejabat berbilik

12. Sekiranya keluasan bangunan adalah terhad untuk dibina satu bilik pejabat, satu ruang pejabat terbuka hendaklah disediakan di sudut yang mempunyai pergerakan kanak-kanak paling minima.

(17)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 17 Ruang pejabat terbuka bersekali dengan ruang menunggu

(b) Dapur ( dengan keluasan minima 10’ X 10’) 13. Penyediaan makanan di pusat dilakukan melalui 2 cara iaitu:

(i) penyediaan makanan bermasak; atau

(ii) penyediaan makanan oleh pembekal makanan 14. Walau apapun cara penyediaan makanan di pusat, sebuah dapur

hendaklah disediakan yang dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan dapur seperti:

(i) Kabinet pasang siap kekal (built in cabinet) bahagian bawah dari bahan kayu keras atau MDF Board serta aksesori

(ii) Kitchen top dengan kemasan jubin tahan lasak. (iii) Sinki berkembar dengan 2 paip air.

(iv) Rangka pintu kabinet bawah hendaklah 6 inci dari paras lantai

(18)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 18 (v) Kabinet pasang siap atas berpara dan berpintu

cermin.

(vi) Dapur (hob) dan penyedut asap dapur (hood) siap terbina

Kabinet kekal dengan hob dan hood dan 2 sinki berkembar serta 2 paip air

(c) Ruang Makan

15. Sekiranya disediakan dalam bangunan, kedudukannya bersebelahan dapur penyediaan makanan dengan dibina 2 buah sinki kanak-kanak dengan ketinggian 3 kaki dari lantai.

(19)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 19 Contoh Ruang Makan Di Luar Bangunan

Contoh Ruang Makan Dalam Bangunan

(20)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 20 Sinki berkembar saiz kanak-kanak di ruang makan

16. Sekiranya ruang makan khusus tidak dapat disediakan, ruang yang sesuai di luar bangunan seperti di serambi boleh dijadikan sebagai ruang makan dengan dibina 2 sinki kanak-kanak pada ketinggian 3 kaki dari lantai di ruang tersebut.

Contoh:

(21)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 21 (d) Bilik Air Kanak-Kanak

17. Setiap pusat hendaklah mempunyai bilik air kanak-kanak yang khusus dan mengandungi perkara-perkara berikut:

(i) 2 buah tandas saiz kanak-kanak ( tandas cangkung atau/dan tandas duduk)

(ii) 2 buah sinki saiz kanak-kanak dengan ketinggian 3 kaki dari lantai.

(iii) 2 tempat mandi dengan pancur air mandi saiz kanak-kanak.

(iv) Pemanas air terpilih yang diluluskan dipasang di bilik mandi.

(v) Pintu dinding tandas dari jenis cemboard untuk tandas dan pintu

18. Bilangan tandas, sinki dan tempat mandi boleh ditambah mengikut keluasan bilik air dan boleh disediakan satu bilik air khusus untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

(22)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 22 Contoh:

Gambar Bilik Air

(23)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 23 Sinki saiz kanak-kanak dan pancur air mandi

(e) Bilik Air Dewasa

19. Setiap pusat hendaklah mempunyai sebuah bilik air dengan tandas dan sinki saiz dewasa. Jika pusat mempunyai keluasan yang mencukupi sebuah tandas dewasa yang boleh diakses dari luar bangunan hendaklah dibina.

(f) Stor

20. Sebuah stor hendaklah disediakan untuk penyimpanan peralatan pembelajaran. Stor tersebut hendaklah dibina dengan keluasan minima 5’ X 4’ atau 5’ X 5’ dengan para / rak terbina serta dipastikan mempunyai ruang aliran udara.

(24)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 24 21. Sekiranya pusat mempunyai keluasan yang mencukupi, sebuah stor

simpanan makanan kering boleh dibina dengan saiz yang sama berhampiran dapur.

(g) Ruang Pilihan (Optional)

22. Tempat jemuran (di dalam/luar bangunan) bagi tujuan mengeringkan kain.

(25)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 25

G. KEMASAN BANGUNAN

(a) Tingkap

23. Sebaik-baiknya tingkap-tingkap hendaklah dibina rendah bagi membolehkan pandangan aras mata kanak-kanak melihat persekitaran luar. Tingkat hendaklah dielakkan dari mempunyai kepingan cermin (nako) yang boleh mencederakan jari kanak-kanak.

(26)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 26 (b) Kemasan Lantai

24. Kemasan lantai hendaklah dari bahan yang tahan lasak dan sesuai untuk kanak-kanak. Cadangan kemasan untuk keseluruhan bilik/ruang pusat adalah dari bahan berikut:

i) Lantai tahan licin seperti vinyl dan rubber mat; atau ii) Lantai dari jubin tak licin (non-slip tile); atau

iii) Kayu (Timber Strip) terutama di bilik/ruang rehat kanak-kanak.

(c) Kemasan Dinding

25. Kemasan dinding bagi dapur dan ruang makan adalah separuh jubin setinggi 5 kaki. Manakala kemasan dinding bilik air adalah separuh jubin bermotif kanak-kanak setinggi 5 kaki.

(27)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 27 (d) Cat

26. Keseluruhan dinding yang bercat hendaklah dicat dengan cat emulsi anti bakteria dengan pilihan warna yang ceria atau pastel sesuai untuk kanak-kanak.

Contoh

Gambar dinding PAPN cat warna ceria dan pastel

(28)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 28 Dinding bercat warna ceria

(29)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 29 (e) Siling

27. Keseluruhan siling hendaklah dipastikan dari jenis bebas bahan asbestos berikut:

(ii) UAC; atau (ii) Fibrous plaster. (f) Soket

28. Keperluan minima soket untuk setiap bilik/ruang pusat adalah seperti berikut:-

(i) Bilik/Ruang Aktiviti Pembelajaran - 6 unit soket 13Amp untuk kegunaan peralatan elektrik seperti radio, TV, perakam CD dan lain-lain

(ii) Ruang Menunggu - 1 unit soket 13Amp

(iii) Pejabat - 3 unit soket 13 Amp untuk kegunaan peralatan pejabat seperti komputer, mesin pencetak, mesin fak dan lain-lain

(iii) Dapur - 3 unit soket 13 Amp, 2 unit soket memasak 30 Amp dan 1 unit soket bulat 15 Amp

(30)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 30 (g) Kemudahan Pendingin Hawa

29. Pendingin hawa (air-conditioner) hendaklah dipasang di bilik berikut:

(i) Bilik Pelbagai Guna dan Bilik Rehat, jika digunakan sebagai tempat tidur; dan

(ii) Pejabat.

(h) Kemudahan Kipas Angin

30. Kipas angin jenis siling hendaklah dipasang di semua bilik/ruang dalam pusat, kecuali stor. Kemudahan kipas angin jenis siling juga perlu disediakan di ruang luar bangunan yang digunakan sebagai ruang makan dan ruang aktiviti.

(i) Kemudahan Lampu

31. Lampu hendaklah dipasang di semua bilik/ruang dalam pusat. Bahagian luar pusat jugak hendaklah dipasang lampu pagar dan lampu sorot (sport lights) untuk dipasang pada waktu malam. (j) Binaan Suis

32. Semua suis hendaklah dipastikan pada ketinggian yang tidak dapat dicapai oleh tangan kanak-kanak.

(31)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 31

H. CADANGAN SAIZ RUANG BAGI PENYEDIAAN

BILIK/RUANG

RUANG SAIZ

Bilik/Ruang kanak-kanak 1-2 tahun 20 meter persegi Bilik/Ruang kanak-kanak 2-3 tahun 16 meter persegi Bilik/Ruang kanak-kanak 3-5 tahun 17.4 meter persegi

Pejabat 10.5 meter persegi

Ruang masuk 10.5 meter persegi

Ruang duduk 16.5 meter persegi

Ruang muzik 6.6 meter persegi

Ruang komputer 77.5 meter persegi

Ruang bacaan 10.5 meter persegi

Laluan pembelajaran 21 meter persegi

Ruang makan 26 meter persegi

Dapur 15 meter persegi

Stor 7.5 meter persegi

Ruang pengeringan pakaian 12 meter persegi

Tandas dewasa 3 meter persegi

Tandas kanak-kanak lelaki 6.9 meter persegi

Tandas kanak-kanak perempuan 6.6 meter persegi

(32)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 32

I. KEMUDAHAN FIZIKAL DI LUAR BANGUNAN

33. Pagar dan Pintu Pagar (a) pintu pagar utama

(b) Pagar di sekeliling bangunan dari jenis chain link.

(c) Papan tanda konkrit dengan tulisan “shining” berplak dengan perkataan PUSAT ANAK PERMATA NEGARA

(33)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 33 Tiang Bendera dan Tapak Perhimpunan

34. Memasang 3 bilangan tiang bendera di kawasan tapak perhimpunan.

Tiang bendera

(34)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 34 Penutup longkang

35. Memasang penutup longkang besi/MS Grating/slab konkrit di longkang di luar bangunan.

Gambar penutup longkang

Gril Keselamatan

36. Memasang grill keselamatan untuk tingkap, pintu hadapan dan belakang

(35)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 35 Gambar gril keselamatan

J. PEMBINAAN PERALATAN PEMBELAJARAN DILUAR

(OUTDOOR) DAN LANSKAP: 37. Lanskap (Landscape & Hardscape)

(36)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 36 Rumput karpet

b) Tanaman Herba.

(37)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 37 Tanaman Heba (Serai, Lengkuas & Kunyit)

c) Tanaman pokok segera mengikut kesesuaian tanah dan saiz batang tidak kurang 100 mm dan tinggi tidak kurang 2400 mm.

(38)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 38 d) “Railway Sleepers” dengan 100 mm tebal pasir dan plastik

(39)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 39 e) Kemasan “sand stone” dengan konkrit setebal 100 mm.

(40)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 40 38. Permainan Air ( Water Playing Area)

a) Struktur bumbung menggunakan kayu keras berawit merangkumi kekuda, alang, pelapik tiang dan kayu belabas. b) Bumbung dari jenis tiles / genting.

c) Kolam konkrit sedalam 400 mm X 150 dari aras tanah setebal 100 mm dengan selapis membrane kalis air, BRC A8 dan kemasan jubin mozek.

d) Water channel konkrit dan kemasan simen lepa berwarna. e) Luring konkrit untuk pam.

f) Peralatan pembelajaran berikut : i. Balancing 1.2 m X 0.9 m ii. Gravity drop water. iii. Water granty pump. g) Pam air dan penapis air.

(41)
(42)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 42 39. Play Structure

(a) Struktur bumbung menggunakan kayu keras berawit merangkumi kekuda, alang, pelapik tiang dan kayu belabas. Kawasan pasir putih setebal 250 mm dengan lapisan plastik hitam dan batu kuari setebal 100 mm.

(b) Penyekat batu bata setinggi 300 mm dengan pelapik kayu keras di atas dengan bucu bulat.

(43)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 43 40. Pondok (Miniature House)

a) Binaan sebuah rumah miniature termasuk dinding, bumbung, pintu, tingkap dan tangga.

b) Hamparan batu sungai termasuk lapisan pasir di halaman rumah.

(i) Keluasan : 12” X 12”

(ii) Konsep : Beranjung, Berbumbung Rumbia, Berlantai kayu Kemasan Seakan Rumah Kayu Kecil dan Traditional.

(44)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 44 41. Permainan Pasir (Wet / Dry Sand Pit)

a) Struktur bumbung menggunakan kayu keras berawit merangkumi kekuda, alang, pelapik tiang dan kayu belabas. Binaan kolam kering konkrit dengan lapisan lantai 100 mm dengan paip sesalur.

(45)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 45 c) Binaan struktur tiang dengan aras konkrit.

d) Penutup kanvas bagi kolam wet/dry sand pit. e) Pasir putih.

f) Pili air di sebelah dalam sand pit dengan keluasan : 6 m X 2.5 m

K. PERALATAN PEMBELAJARAN PILIHAN / OPTIONAL 42. Be Brave Tunnel

a) Terowong dengan ‘concrete kerb’ di bahagian kiri dan kanan terowong.

b) Pasir pada bahagian dalam terowong.

(46)
(47)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 47 43. Terowong (tunnel)

a) Binaan terowong daripada “culvert” bersaiz 1200 mm termasuk hiasan .

(48)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 48 44. Bump and Wall Climbing

a) Binaan bukit tanah yang dipadatkan dengan lapisan “top soil”.

b) Kawasan berumput rapat.

c) Binaan lekuk pasir setebal 200 mm dengan lapisan plastik hitam dan saliran bawah tanah.

d) Binaan 150 mm tinggi dinding setebal 115 mm dengan simen lepa kasar di ke dua-dua belah dan dicat emulasi tahan cuaca. e) Rel besi tahan karat.

f) Batu memanjat (climbing store) dengan aksesori yang sepatutnya.

(49)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 49 45. Ruang Pancur Mandi Luar (Outdoor Shower Area)

a) Binaan lantai konkrit 100 mm tebal dengan BRC 8 dan merenda tapak shower termasuk kemasan dan kerja-kerja yang berkaitan.

b) Pancur mandi dan kelengkapannya termasuk saluran paip dan perparitan.

(50)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 50 46. Terowong Sesat / Labyrinth

(a) Keluasan : 6 m X 10 m.

(b) Menggunakan 300 pokok kecil - “Ixora Juwanika” ,

47. Gua

a) Keluasan / panjang 6.4 m, tinggi : 1 m @ 1.2 m. b) Menggunakan U Drain – saiz 1.2 m X 1.0 m c) Cement Ferro – kreatif.

(51)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 51 48. Jambatan Gantung Mini

(52)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 52

(53)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 53 50. Spiral bench/Tempat duduk wakaf

(54)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 54 51. Log seating

(55)

PUSAT ANAK PERMATA NEGARA – PENYEDIAAN KEMUDAHANFIZIKAL| 55 52. Rumah Panjang

Gambar

Gambar Bilik Air
Gambar dinding PAPN cat warna ceria dan pastel

Referensi

Dokumen terkait

Berau Coal telah memiliki dokumen Laporan Hasil Cruising 5 % pada areal yang akan dimanfaatkan kayunya dan lokasi sesuai dengan izin IPK yang dimiliki pada areal seluas 727 Ha

Angka Partisipasi Murni (APM) adalah persentase jumlah anak pada kelompok usia sekolah tertentu yang sedang bersekolah pada jenjang pendidikan yang sesuai dengan usianya terhadap

Peraturan Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Nomor 1 Tahun 2014 tentang Peningkatan Nilai Tambah Mineral Melalui Kegiatan Pengolahan dan Pemurnian Mineral di Dalam

Salah satu model pembelajaran yang dapat digunakan dalam pembelajaran adalah model pembelajaran student facilitator and explaining, model pembelajaran ini sangat efektif

masyarakat Desa Umbanume ini masih sangat rendah dimana tingkat pendidikan masyarakat hanya sebatas lulus sekolah dasar saja, dibandingkan dengan warga masyarakat

Pengelolaan pariwisata tidak terlepas dari peranan pemerintah, pihak swasta dan masyarakat, anggaran juga sangat berperan dalam pengelolaan wisata, dengan sarana

Hambatan yang dihadapi oleh pihak P2M terkait pengelolaan KPM hanya sebatas dana program KPM, namun dalam hasil penelitian, peneliti menemukan banyak hambatan yang dihadapi