• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN A. Soalan A1 (10 markah) Burung tekukur atau burung balam ialah spesies burung liar yang sangat sinonim dengan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN A. Soalan A1 (10 markah) Burung tekukur atau burung balam ialah spesies burung liar yang sangat sinonim dengan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A

Soalan A1 (10 markah)

Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang digarisi. Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Burung tekukur atau burung balam ialah spesies burung liar yang sangat sinonim dengan kehidupan orang Melayu di negara ini. Burung liar ini menjadi (1) hibur kepada para petani sejak zaman-berzaman selepas penat mengusahakan sawah. Bulu burung tekukur berwarna coklat muda. Bulu pada bahagian perutnya berwarna coklat muda (2) perang-perang. Pada bahagian tengkuk dan bahu burung tekukur jantan ada bulu berwarna hitam serta bintik putih yang halus dan cantik seperti (3) tabur bintang di langit. Warna ini lebih (4) serlah pada burung jantan dewasa terutama ketika musim mengawan. Burung tekukur amat gemar berbunyi dan (5) keluar suara yang merdu. Ketika berbunyi, bahagian pangkal lehernya menggelembung dan ini menambahkan lagi kecantikan burung ini.

(2)

smi/sampelkertas1/1na

Soalan A2 (5 markah)

Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi tiap-tiap keterangan yang bergaris bawah dalam teks berikut. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

(A) burung terbang dipipiskan lada

(B) pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar (C) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis (D) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (E) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

(F) berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul (G) cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar (H) harapkan (mendengar) guruh di langit, air di tempayan dicurahkan (I) laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan (J) berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Salihin terjelopok di atas kerusi. Safiah hanya mampu memandang suaminya itu dengan simpati. (6) Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri. Apabila Salihin mendengar desas-desus bahawa syarikatnya akan memberikan semua pekerja bonus tiga bulan, Salihin berasa sangat teruja. Dia pun mula (7) merancang untuk membeli televisyen besar walaupun belum pasti akan memperoleh bonus tersebut. Memandangkan dalam simpanannya ada wang yang cukup untuk membeli televisyen tersebut, Salihin membuat keputusan untuk membeli dahulu televisyen tersebut menggunakan wang simpanannya. Safiah cuba menasihati Salihin supaya (8) berhati-hati membelanjakan wang simpanannya agar tidak terpedaya dan habis harta. Isterinya takut kalau-kalau desas-desus itu hanya khabar angin sahaja. Rupa-rupanya benar sangkaan Safiah. Syarikat Salihin sebenarnya mengalami kerugian dan terpaksa memecat beberapa orang pekerjanya, termasuk Salihin. Salihin benar-benar menyesal kerana telah (9) membelanjakan wang simpanannya yang sedia ada kerana mengharapkan bonus yang belum tentu. Apakan daya nasi telah menjadi bubur. Walaupun Safiah kecewa dengan sikap Salihin, dia tetap bersabar kerana dia tahu (10) manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Safiah berharap Salihin belajar daripada kesilapannya ini.

(3)

Soalan A3 (5 markah)

Arahan: Pilih sepatah perkataan yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan bagi mengisi tempat kosong dalam teks berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

dari bergerak otot

positif beralih lemak

terbaik daripada

Senaman merujuk kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan otot badan yang bertujuan memperoleh manfaat kesihatan. Aktiviti senaman mampu memberikan kesan yang (11) _____ kepada kesihatan, kecergasan fisiologi dan psikologi individu. Secara biologinya pula, apabila seseorang itu bersenam, (12) _____ yang digerakkan akan menggunakan tenaga yang dihasilkan melalui proses metabolisme zat makanan terutamanya (13) _____ sumber karbohidrat. Sumber karbohidrat ini akan dibakar hingga berkurangan sebelum (14) _____ kepada lemak dan protein untuk digunakan bagi penghasilan tenaga seterusnya. Oleh sebab itu, senaman merupakan kaedah (15) _____ bagi mengimbangkan jumlah kalori dalam badan supaya berada pada tahap optimum dan sesuai dengan keperluan seharian individu. Prinsip senaman yang berkesan menekankan empat aspek penting, iaitu kekerapan, intensiti, masa, dan jenis senaman.

(4)

smi/sampelkertas1/1na

BAHAGIAN B (10 markah) Arahan: Baca dan teliti petikan yang berikut.

Petikan 1

SUSUNAN: JULIDA MOHD ZAINI

Ada segetintir daripada kita yang tidak gemar dengan air masak atau air putih. Setiap masa hanya 'mengidamkan' air manis sahaja. Namun, ada beberapa fakta yang perlu kita tahu agar selepas ini kita akan memastikan tubuh kita mendapat air masak yang mencukupi. Jom baca apa kebaikan air masak!

1 Menguruskan Badan Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Oleh itu, air masak mampu mengurangkan berat badan kita dan amat membantu mereka yang berdiet.

2 Melancarkan Sistem Pencernaan

Air masak melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan sembelit. Malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lebih efisien.

3 Melambatkan Proses Pertumbuhan Zat Penyebab Barah

Air masak bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

4 Tubuh Lebih Segar Dan Sihat Air masak bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan apabila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini adalah kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

5 Menyihatkan Jantung

Selain itu, air masak juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan alternatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

6 Sumber Alkali Termurah Kebanyakan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat asid. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkali akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil. 7 Pelarut Nutrien

Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

8 Melembutkan Kulit Secara Semula Jadi

Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. lni tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembap dan tidak kering.

9 Menyeimbangkan Suhu Badan

Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan minum air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas.

10 Mencegah Keletihan Dan Pening Kepala

Terdapat banyak sebab seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Perkara ini juga berpunca akibat kekurangan air dalam badan (dehidrasi), iaitu faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan.

(5)

Arahan: Berdasarkan petikan di halaman 5, jawab soalan-soalan yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Kemudian, tulis jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

16 Antara kebaikan air ialah air ____________. (A menggantikan ubat-ubatan

(B) memastikan suhu badan kita stabil (C) menjadikan makanan bersifat alkali

(D) membakar nutrien yang terdapat dalam tubuh kita

17 Air masak mempunyai fungsi-fungi berikut kecuali ___________. (A) mengurangkan berat badan seseorang

(B) meneutralkan pH makanan yang diambil (C) mengelakkan keletihan dan pening kepala (D) menjadi pelarut semua vitamin dalam badan

18

Kita masih boleh hidup dengan hanya meminum air kerana air ___________. (A) dapat mencegah pelbagai penyakit

(B) mudah didapati di mana-mana sahaja (C) bahagian terbesar komposisi tubuh kita (D) dapat menyeimbangkan suhu badan kita

(6)

smi/sampelkertas1/1na Petikan 2

Oleh MOHD. ASRI MOHAMMAD

Judul Buku Pengarang Penerbit Harga Tahun Terbit Pengulas

: Merokok Selangkah Ke Alam Kubur : Ab. Aziz Al-Safi Ismail dan Shareen Nui : Dewan Bahasa dan Pustaka

: S$7.00 : 2013

: Mohd. Asri Mohammad

Diabetes ialah penyakit kronik yang berlaku apabila paras gula dalam darah berlebihan. Gula ialah pembekal tenaga utama kepada badan seseorang, ibarat petrol membekalkan tenaga kepada enjin kenderaan. Apabila seseorang kekurangan gula dalam badan, dia berasa letih dan tidak bermaya. Sebaliknya, jika ada lebihan gula dalam darah, gula itu bertukar menjadi racun kepada badan dan menjejaskan fungsi jantung, mata, saraf dan buah pinggang.

Penyakit diabetes terbahagi kepada dua jenis, iaitu diabetes jenis 1 dan jenis 2. Diabetes jenis 1 (bergantung pada insulin – IDDM) dihidapi oleh kanak-kanak dan golongan muda. Diabetes jenis 2 (tidak bergantung pada insulin - NIDDM) pula biasanya dihidapi oleh golongan dewasa.

Buku Rawatan Diabetes ini menerangkan kaedah rawatan kepada pesakit secara teratur, amalan pemakanan untuk pesakit diabetes dan cara mengenal pasti penyakit diabetes pada peringkat awal. Buku ini juga membincangkan jenis penyakit diabetes, penyebab diabetes, tanda penyakit diabetes dan pendidikan kesihatan kepada pesakit diabetes. Hal ini termasuklah juga kaedah menyuntik insulin di dalam badan, peralatan suntikan dan pengukuran sendiri paras gula dalam darah.

Penulis buku ini bergiat aktif dalam memberikan pendidikan kepada pesakit diabetes dan keluarga mereka, pelajar sarjana dan pelatih dalam bidang kejururawatan. Penulis

juga bergiat aktlf dalam persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan.

Buku ini sangat sesuai dimiliki oleh semua peringkat umur. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis banyak berkongsi pengalaman dan menggunakan kajian kes sebagai contoh bagi menerangkan keberkesanan rawatan diabetes pada peringkat awal dalam buku ini. Amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama bagi menghindari penyakit ini.

Peningkatan jangkitan penyakit diabetes yang tinggi pada setiap tahun di negara Malaysia menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil Iangkah drastik dalam menanganinya. Pelbagai kempen dan kesedaran tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua pihak. Penerbitan buku ini diharap dapat membantu kempen memerangi penyakit diabetes di Malaysia.

(7)

Arahan

:

Berdasarkan petikan di halaman 7, jawab soalan-soalan yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Kemudian, tulis jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

19

Penyakit diabetes berpunca daripada ___________. (A) kebergantungan pada insulin

(B) keadaan mudah letih dan tidak bermaya (C) kandungan gula yang berlebihan dalam darah

(D) fungsi jantung, mata, saraf dan buah pinggang yang terjejas

20

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk ____________.

(A) berkongsi pengalaman dan kajian kes

(B) membantu kempen memerangi penyakit diabetes

(C) memberikan maklumat yang lengkap tentang penyakit diabetes (D) menerangkan keberkesanan rawatan diabetes pada peringkat awal

(8)

smi/sampelkertas1/1na

BAHAGIAN C (30 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan dengan teliti.

Sesungguhnya, aku amat kasihan melihat Faridah. Sepatutnya dia tidak menerima nasib sebegini malang. Dia bukan menantu yang keras hati, tetapi emak terus membencinya. Malang sungguh Faridah menerima ibu mertua seperti emak.

Sebagaimana hari-hari sebelumnya, pagi ini Faridah menjadi orang pertama yang meninggalkan tempat tidur. Dia bangun setengah jam sebelum beduk subuh berbunyi. Emak, ayah, aku dan adik-adik belum pernah bangun mendahului Faridah semenjak dia tinggal di rumah kepunyaan emak dan ayah ini kira-kira dua bulan lepas. Dia akan ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga.

Segala kataku kepada emak dan ayah dahulu sudah menjadi kenyataan di depan mata. Namun demikian, mengapa emak masih juga tidak mahu menerima Faridah sebagai isteriku dan menantu mereka yang baik?

“Dia gadis baik, Mak. Percayalah.”

“Ah, kalau sudah mabuk cinta, semuanya dipandang elok! Dia itu orang tidak berharta. Bukankah Nora lebih baik daripada Faridah? Rupa ada, harta emak bapaknya pun banyak ...”

Walaupun emak menentang keras, aku tetap mengahwini Faridah. Bukan aku mahu menderhaka tetapi aku yakin Faridah akan menjadi isteri yang baik. Nora pula kutolak kerana aku dapat meramalkan bahawa dia tidak akan menjadi isteri sebagaimana yang aku impikan selama ini. Dia anak gadis yang suka melawa dan selalu keluar berpelesiran. Dia tidak pandai memasak dan membenci kerja-kerja rumah.

Ayah pula terus dengan sikapnya yang suka berdiam. Namun, ada ketikanya dia campur tangan dalam pertelagahan antara aku dengan emak. Walaupun ayah bersuara sebagai orang tengah, tetapi dia lebih banyak menyebelahi aku. Hal ini semakin meluap-meluapkan kemarahan emak.

Faridah tidak pernah melawan sikap emak yang selalu menunjukkan keengganan untuk menerimanya sebagai menantu. Dia tidak pernah juga berkecil hati. Oleh sebab itu, aku berasa semakin cinta kepadanya.

Pada suatu malam, aku makan malam bersama-sama dengan ayah, Faridah, dan adik-adik. Emak pula berada di ruang depan. Memang emak tidak akan ke dapur jika Faridah ada di sana.

“Mak akan makan nanti,” balas adikku.

Tiba-tiba ayah bergegas ke ruang depan. “Mari makan. Jangan membenci menantu yang baik!”

Aku yakin bahawa tiang kesabaran ayah telah tumbang.

5 10 15 20 25 30

(9)

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 9, jawab soalan-soalan yang berikut. Seberapa yang boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

21 Apakah yang membuat ”aku” kasihan melihat Faridah?

(3 markah)

22 Sikap “aku” yang tidak mahu berganjak daripada pendiriannya banyak dipengaruhi oleh ibunya. Jelaskan pernyataan ini dengan memberikan bukti.

(3 markah)

23 Terangkan dua bukti yang menunjukkan Faridah seorang yang rajin.

(5 markah)

24 Berikan sebab-sebab “aku” tidak mahu memperisterikan Nora.

(5 markah)

25 Faridah seorang menantu yang baik. Berikan dua bukti bagi menyokong pernyataan ini.

(5 markah)

26 Terangkan dua perkara yang membuat emak “aku” terus membenci Faridah. (5 markah)

Arahan: Terangkan maksud perkataan yang berikut berdasarkan penggunaannya dalam petikan.

27 berpelesiran (baris 20) (2 markah)

28 pertelagahan (baris 22) (2 markah)

Referensi

Dokumen terkait

Utang piutang adalah salah satu bagian praktek ibadah muamalah yang diatur sedemikian rupa dalam Islam. Utang piutang dilakukan masyarakat desa Klampokan yang

Fasilitas utama yang ada pada wisata taman air di Sanur ini terbagi menjadi fasilitas utama rekreasi keluarga & anak-anak berupa kolam keluarga dan anak-anak

bahasa asing, akan tetapi juga para Murabbi/ah dan Musyrif/ah. Murabbi/ah haruslah menguasai minimal 1 [satu] bahasa Asing [Bahasa Arab atau Bahasa Inggris] selain

n keuangan a yaitu lapo haan yang m an laba rug haan dalam an perubah engurangan. an arus da periode t diri. n atas La an dan ha kkan. un tujuan da mberikan in usun sebag agai

Apabila seluruh variabel yang dimiliki oleh dua buah obyek mempunyai data bertipe biner, maka umumnya ukuran similaritas antara dua obyek tersebut didefinisikan berdasarkan

Kantor Kesehatan Pelabuhan Kelas I Denpasar sebagai UPT Pusat mempunyai tugas pokok kegiatan kekarantinaan dan surveilans epidemiologi, sebagai upaya untuk

Secara umum steganografi merupakan seni atau ilmu yang digunakan untuk menyembunyikan pesan rahasia dengan segala cara sehingga selain orang yang dituju, orang lain tidak

Kepemimpinan kepala sekolah setelah dijadikan salah satu sekolah negeri dijabat oleh beberapa orang yang memiliki dedikasi dan cinta yang besar terhadap pendidikan, serta memiliki