• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahan Bengkel KMK P2 2017.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahan Bengkel KMK P2 2017.docx"

Copied!
93
0
0

Teks penuh

(1)

LATAR BELAKANG WATAK Nama asal : Raja Kecil Besar Anakanda kepada : Raden Tengah

Berkahwin dengan : i – anak Tun Perpatih Permuka Berjajar

ii- Tun ratna wati iii- Anak Raja Pekan

Berputerakan : i- Raja Kecil Lambang Raja Mahkota

ii- Raja Kassim iii- Raja Ibrahim

PERWATAKAN

Seorang pemerintah yang adil – mendorong kedatangan pedagang ke Melaka (hlm 79-80) Seorang yang baik dan menghormati tetamu Bertanggungjawab terhadap kemajuan dan kemantapan Melaka

Adil

Watak dan Perwatakan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Sultan Muhamad Syah ( Raja Kecil Besar )

(2)

LATAR BELAKANG WATAK Nama asal : Raja Kassim

Anakanda kepada : Sultan Muhamad Syah

Berkahwin dengan : i – anak Bendahara Seri Amar Diraja Raden Anum

ii- Tun Kudu

Berputerakan : i- Raja Abdullah

Pernah disingkirkan oleh Raja Rekan Menyamar menjadi nelayan semasa dalam pelarian

PERWATAKAN

mempunyai perangai yang baik,adil, pemurah dan saksama terhadap rakyat

memperantikkan undang-undang terhadap menteri supaya tidak melanggar peraturan

sanggup berkorban semata-mata mahu melihat Melaka terus berada dalam keadaan aman

bersifat tegas dan tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Siam

Cthnya : apabila Siam meminta Melaka menyembah Siam.

seorang sultan yang menghormati dan menghargai jasa orang lain

Cthnya : Tun Perak dilantik menjadi menteri dan akhirnya sebagai Bendahaa kerana jasanya kepada Melaka

Sultan yang mempunyai sikap pilih kasih

Cthnya ; walaupun Seri Wak Raja Bendahara, namun baginda lebih suka mendengar cakap Seri Nara Diraja 7.Banyak meminta nasihat dari Seri Nara Diraja Tun Ali

Mempunyai sifat Pengasih khususnya terhadap keluarga

Patuh pada janji.

Bijak/berpandangan jauh – Melihat peselisihan faham antara Tun Ali dengan Tun Perak tidak

menguntungkan Melaka lantaran itu baginda cuba mendamaikan antara keduanya.

(3)

LATAR BELAKANG WATAK Nama asal : Raja Abdullah

Anakanda kepada : Sultan Muzaffar Syah

Berkahwin dengan : i . Tun Putih ii . Puteri Onang

Sari iii . Raden Galuh Cendera Kirana iv . Puteri Hang Liu Berputerakan : i- Raden Kelang ii- Paduka Hamimat

PERWATAKAN

seorang yang baik parasnya, adil dan pemurah

merupakan sultan yang gemar meluaskan jajahan takluknya baginda

seorang sultan yang berdaulat

Cth : bila baginda menyambahkan Raja China, Raja China mendapat sakit kedal akibat tulah Sultan Mansur Syah

seorang sultan yang bertanggunjawab terhadap negeri Melaka

Cth : baginda menyurah laksamana Hang Tuah menghalang tindakan Semerluki yang cuba memusnahkan jajahan Melaka

mempunyai rasa kemanusian dan sanggup membantu rakan atau kalangan raja di negeri lain

berpandangan jauh - mentadbir Melaka dengan berusaha menjalin perhubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit dan Siam.

Mempunyai sikap terbuka dan mahu mengakui kesilapan.

Membuat kesilapan besar apabila terburu-buru menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah menyebabkan Hang Jebat bangkit memberontak. Menjalankan dasar perluasan kuasa.

Bijak - merajakan Raja Muhamad di Pahang – peristiwa sepak raja

Mementingkan ilmu/cinta akan ilmu – menggalakkan rakyat menguasai pelbagai ilmu (hlm 106)- Belajar kitab Duri’l-mazlum daripada Maulana Abu Bakar Beriman

Berilmu- belajar ilmu agama Tegas/tetap pendirian Sultan Mansur Syah (Raja Abdullah)

(4)

Sultan Alau’d-Din Riayat Syah ( Raja Ahmad )

LATAR BELAKANG WATAK

Nama asal : Raja Ahmad

Anakanda kepada : Sultan Mansur Syah Berkahwin dengan : i –seorang anak raja

ii- Tun Naja Berputera-puterikan : i- Raja Menawar

ii- Raja Zainal iii- Raja Hitam iv- Raja Muhamad v- Raja Fatimah

PERWATAKAN

1. seorang yang gagah perkasa/berani – membenteras kecurian

2. sultan yang adil kerana

mengembalikan harta curi yang dijumpainya

3. sultan yang bertanggungjawab terhadap masa depan dan keamanan Melaka

4. seorang yang bertanggungjawab Cth : menyuruh pahlawan-pahlawan baginda membantu menghalang tindakan orang Haru yang merosakkan jajahan Melaka 5. baginda juga seorang sultan yang

menghormati tetamu 6. tegas pendirian

Cth: menitahkan Laksamana selesaikan masalah yang terjadi di Siak setelah Tun Jana Pakibul membunuh orang tanpa

memberitahu ke Melaka terlebih dahulu.

7. digambarkan sultan yang berdiplomasi dan berpandangan jauh.

Cth : menerima pendapat bendahara paduka Raja agar tidak menyerang Pahang.

(5)

LATAR BELAKANG WATAK Nama asal : Raja Mamad

Anakanda kepada : Sultan Alau’d-Din Riayat Syah

Berkahwin dengan : i –anak Sultan Muhamad Syah ii- Tun Teja

iii-Tun

Fatimah Berputera: i- Raja Ahmad

PERWATAKAN seorang yang pendendam

seorang yang buas nafsu dan sukakan perempuan

Cth : membunuh keluarga Tun Mutahir kerana inginkan Tun Fatimah yang pada itu telah berkahwin dengan Tun Ali

sultan yang mementingkan diri bersifat zalim

Cth : semasa memerintah Melaka, melakukan pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja, Tun Ali Sandang dan keluarga Tun Mutahir adalah di luar batas kemanusiaan. mempunyai sikap pilih kasih

sultan yang bongkak

Cth : tindakan baginda yang menghendaki Puteri Gunung Ledang sebagai permaisuri baginda kerana baginda inginkan kelainan daripada raja-raja Melaka yang lain berguru dengan Maulana Yusuf yang datang dari Arab dan menyuruh anakandanya, Sultan Ahmad mengikut jejaknya.

(6)

Bendahara Paduka Raja ( Tun Perak )

LATAR BELAKANG WATAK

Gelaran : Bendahara Paduka Raja Anak kepada ; Seri Wak Raja Saudara kepada : I- Tun Kudu

ii- Tun Perpatih Putih

Tugas : menjadi penghulu bagi orang-orang di Kelang.

PERWATAKAN

1. Petah bercakap

Cth : mematahkan tuduhan dan kata-kata Seri Amerta iaitu Bentera Melaka

2. Bijaksana/ bijak bertindak

Cth : membuat muslihat sehingga tentera Siam berundur pulang

3. Mempunyai pengaruh besar di Melaka 4. Menjadi penasihat sultan dalam hal-hal

pentadbiran dan pendapat beliau diikuti sultan

5. Seorang yang rendah diri

6. Taat/setia terhadap sultan tidak berbelah bagi

7. Memiliki sifat tegas

8. Pandai meramal apa yg berlaku pd masa hadapan

Cth : meramal Tun Mutahir akan menjadi Orang Besar suatu ketika nanti tetapi tidak kekal lama.

9. Pakar strategik 10. Bertanggungjawab 11. Amanah

12. Berilmu

13. Merendah diri/tidak besarkan diri/tidak bermegah-megah

Bendahara Paduka Raja (Tun Perak)

(7)

LATAR BELAKANG WATAK

1. Anak kepada Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali.

2. Berdarah campuran India kerana datuknya, Mani Purindam berasal dari India.

3. Bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah 4. Anak saudara kepada Tun Perak

5. Pernah memegang jawatan temenggung

PERWATAKAN

Menitikberatkan kebersihan. (hlm 207)

Dihormati oleh pedagang luar dan musuh (hlm 245)

Mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bendahara-bendahara yang lain. Tegas dalam melaksanakan tugas.

Kebolehan yang luarbiasa dalam perniagaan Kaya

Seorang yang pemurah Taat dan setia kepada raja Degil dan tidak mudah dinasihati Mudah mempercayai orang Bendahara Seri Maharaja

(8)

Watak dan perwatakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur EN. MUHAMMAD

1. Bijak mengurus

Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2. Berani

Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3. Berkarisma

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan

Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih

Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6 Bertanggungjawab

Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

7 Merendah diri

En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

8 Tenang/sabar

En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8 Simpati

En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA.

MAHANI 1. Hormat – menghormati

Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa berada di pejabat. 2. Prihatin

Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong LembahTualang hendak dibangunkan – memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

3. Berbudi bahasa

Mahani memilki budi bahasa yang baik sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk menjadikan sebagai menantu.

4. Kasih sayang

Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya menyatukan mereka dengan ikatan pertunangan.

5. Bersopan santun

Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik Puan Tipah

6 Setia

7. Taat kepada perintah Allah 8. Rajin

(9)

RAHIM 1. Berpandangan jauh.

Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2. Amanah

Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya erjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang. 3. Bijaksana

Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan erjaya kepada penduduk erjaya.

4. Merendah diri

Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5. Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi

LEBAI MAARUP 1 Sanggup berkorban.

Sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam.

2 Bertanggungjawab

Giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang

3 Bertaqwa/beriman

Sentiasa mengerjakan soalat berjemaah di surau 4 Patuh kepada hukum agama

5 Pemaaf 6 Tabah 7 Redha

(10)

6. Berani

Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

7. Gigih

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau erjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.

(11)

1.0 PEMBANGUNAN INSAN

Konsep Pembangunan Konsep Insan

Perihal membangun, proses

membangun(mencapai kemajuan, perkembangan dsb)usaha atau kegiatan membangunkan

(memajukan dan mengembangkan)

(Kamus Dewan edisi keempat hlm. 93)

pembangunan merupakan proses berbagai-bagai dimensi yang melibatkan perubahan terhadap struktur masyarakat, sikap, dan institusi yang juga melibatkan pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar ketidakadilan dan penghapusan kemiskinan.

Makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang tidak terlepas daripada kealpaan, insan juga ditakrifkan sebagai manusia.

Pembangunan juga harus menngizinkan mereka bergerak meninggalkan keadaan dan suasana yang sukar dan kurang memuaskan kehidupan yang dianggap lebih baik dari segi material dan rohaniah

.

modal insan yang baik pertama, insan yang bertaqwa yang mengikut ajaran dan perintahNya serta meninggalkan segala yang ditegah. Kedua, insan yang mempunyai hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, ketuturunan dan warna kulit

.

(12)

Kesimpulan Pembangunan Insan

1.1 KEAGAMAAN

Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaaz, perbuatan, atau sebagainya.

Nilai agama merujuk kepada sifat ketinggian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Kehidupan beragama merujuk kepada perihal hidup yang mematuhi ajaran agama, taat agama, beribadat. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam artikel beliau “Peradaban dan Jati Diri Melayu” (atas talian), kehidupan beragama bukan sekadar perilaku yang ritualistik sahaja, tetapi menuntut interaksi yang amat mendalam antara makhluk dengan Khalik. Suatu tuntutn yang habluminallah,yang menyatu antara yang ritualistik dengan ketaqwaan dan keimanan, juga interaksi perilaku dan tuturkata yang hablumminannas sesama manusia. Nota: Nilai Islam dan

kehidupan beragama yang dinyatakan di atas hanya sebahagian daripada konsep. Pelbagai nilai Islam dan kehidupan beragama boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

1.1.1 Antara nilai agama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah ialah:

Taubat. Amanah

Nilai Islam

Kehidupan Beragama

Insan atau modal insan merujuk kepada manusia yang dianggap sebagai aset paling penting dan berharga yang perlu dibangunkan secara berterusan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi dan negara.

Pembangunan insan juga boleh dilakukan melalui gerakan dakwah yang bertujuan menyeru dan mengajak manusia kepada ALLAH s.w.t . Ini bertepatan dengan ajaran Islam tentang tanggungjawab umat ini pada mengerjakan dakwah sebagaimana ALLAH berfirman yang bermaksud :Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia , kamu mengajak untuk mengerjakan kebaikan dan kamu menegah daripada mengerjakan kejahatan.

(13)

Takut akan Allah (khauf). Sanggup berkorban

Zahid / zuhud. Pemaaf

Sabar. Bertaqwa

Mensyukuri nikmat. dll

Ikhlas. Tawakkal.

Kasih kepada Allah taala.

Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala. ingatkan mati.

1.1.2 Antara aspek kehidupan beragama yang mungkin terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah:

Membaca Al Quran Menuntut ilmu agama

Berdakwah Mengajarkan ilmu.

Sambutan dan perayaan Berdoa.

Bersedekah. Berkhatan/berkhatam

Berpuasa, Mengucap

Perkahwinan

Taat guru/memuliakan alim ulama Menegakkan pemerintahan yang adil Sembahyang

Meninggalkan dan menunaikan wasiat

1.1.3 Aspek keagamaan berdasarkan watak Maulana Abu Bakar dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang membentuk pembangunan insan.

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l mazlum.

2. Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu Bakar. 3. Mengaajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf dan para pembesar Melaka.

4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh Maulana Abu Bakar)

5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka

6. Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.

7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu Bakar.

1.1.4 Nilai keagamaan yang membawa kepada pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur .

(14)

1. Sanggup berkorban – insan yang sanggup berkorban demi/kepentingan agama dipertahankan. Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam. Tanah pusaka Lebai Maarup dicadangkan tapak surau untuk penduduk Kampong Tualang.

2. Bertanggungjawab mengembangkan agama Islam – insan yang menjalankan gerakan dakwah. Lebai Maarup giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang. Ramai golongan muda dating ke surau untuk solat berjemaah.

3. Bertaqwa/beriman - - insan yang kuat pegangan dan kepatuhan ajaran Islam/melaksanakan hukum/ajaran Islam. Walaupun sudah kaya/moden masyrakat bandar yang teguh kepada ajaran Islam seperti datang ke surau sembahyang berjemaah. Tan Sri Syed Aris dan Isteri Syarifah Mu’inah sentiasa soalat berjemaah di rumahnya.

4. Patuh kepada hukum agama – melaksanakan pembahagian harta pusaka mengikut ajaran Islam/mengikut hukum faraid. Peguam keluarga Datuk Indera dengan dibantu tuan kadi Wilayah Tualang diamanahkan untuk membuat pembahagian harta pusaka Datuk Indera secara faraid. Semua ahli keluarga Encik Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mendapat bahagian masing-masing mengikut hukum faraid yang ditetapkan.

5. Pemaaf – Insan yang mempunyai nilai keimanan yang tinggi akan memaafkan orang lain. Lebai Maarup mempunyai tahap keimanan yang agak tinggi apabila beliau memaafkan Mat Akil.

1.1.5 Pembangunan insan dari aspek keagamaan seperti yang tergambar dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

1. Asas ketuhanan (Ilmu ketuhanan/tasawuf/suluk/tauhid) – sifat-sifat tuhan yakni bahasa zat, bahasa sifat dan bahasa af’al yang diketahui oleh Maulana Abu Bakar (Berdasarkan kitab Duri’l mazlum.

2. Cinta agama/Belajar agama – Sultan Mansur Syah dan Kadi Yusuf belajar agama daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Syah belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan. Bertanya satu masalah agama ke Pasai (hlm 247)

3. Mengajar agama – Maulana Abu Bakar mengajar agama kepada Sultan Mansur Syah, Kadi Yusuf dan para pembesar Melaka.

4. Kewalian (wali Allah) – orang yang mempunyai makam yang tinggi (cahaya menerangi tubuh Maulana Abu Bakar)

5. Berdakwah- Maulana Abu Bakar dari Mekkah ke Melaka (hlm 56)

6. Kitab agama – Kitab Duri’l mazlum karangan Abu Ishak guru kepada Maulana Abu Bakar.

7. Persoalan isi syurga dan isi neraka – dibangkitkan oleh Sultan Mansur Syah kepada Maulana Abu Bakar.

8. Tahu hukum hakam/peraturan/undang Islam – Wasiat Sultan Mansur Syah (hlm 170 –dosa dan pahala, haram dan halal)

9. Solat/kepentingan solat – Membuka Melaka (hlm 71) Kedatangan Islam Ke Melaka- Syed Abdul Aziz (hlm 73) Pembukaan Pasai – Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad

10. Amanah/jujur – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah 11. Adil – Sultan Alau’d-Din Riayat Syah, Sultan Mansur 12. Sabar – Sultan Mansur

13. Akhlak terpuji/beriman/bertaqwa/pekerti yang baik/zuhud/merendah diri – Fakir Muhammad, Sultan Mansur Syah, Sultan Mahmud Syah(Sultan Membuang Kerajaan-hlm 266)

14. Ukhuwah/Silaturrahim/perpaduan – Tun Perak dengan Tun Ali – satu cara mengelak pecah belah (hlm 92)

15. Baca Al-Quran/belajar Al-Quran – Fakir Muhammad (Mula kedatangan ke Alam Melayu – hlm 57)

16. Taat kepada pemimpin – selagi tidak bercanggah dengan ajran Islam 17. Memuliakan/menghormati alim ulamak/guru agama

1.1.6 Aspek keagamaan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur s e b a g a i t ong g a k p e m b a n gun a n s a h s i a h .

(15)

Taqwa. Adalah sifat yang paling penting dalam diri orang yang beriman. Takut kepada Allah dan harap kepada rahmatnya. Takut melakukan dosa kerana akan menyebabkan azab Neraka. Harap pada rahmat Allah dan dapat masuk syurga. Tuan Guru Sheikh Syed Salim tidak membenarkan Syarifah Naimah dan syarifah Mu’inah bergaul bebas dengan Syed Aris kerana mereka bukan mahram (hlm. 30).

Redha akan qada’ (Ketetapan / keputusan) Allah taala. Tidak marah-marah kepada orang yang menganiaya. Sanggup memberikan kemaafan dan terima nasib malang dengan redha. Lebai maarup redha dengan peristiwa buruk yang menimpanya. Dia menjemput orang kampong ke balairaya untuk menyatakan sikapnya yang tidak berdendam dan tidak akan melakukan pembalasan terhadap dengan orang yang memukulnya (Mat Akil).(hlm. 311).

Sabar. Lebai maarup bersabar bila dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil. Dia tidak mahu menuntut keadilan dari pihak berkuasa. Dia mahu kes dia dipukul dimatikan saja, tidak ada umpat mengumpat dan huru-hara dalam kampung (hlm. 311)..

Bersyukur. Berterima kasih kepada Allah setelah menerima pertolonagan Allah. Sudin bersyukur kepada Allah kerana dia tidak meninggal dunia setelah dipukul oleh mat Akil (109). En Muhammad bersyukur kerana Syarikat perlombongan Berjaya ditubuhkan. Dia bersembahyang tahajud dan berzikir kepada Allah. YB Mohd Yusuf dan En Muhammad bersyukur kepada Allah kerana rancangan pindahkan penduduk ke FELDA dilihat akan Berjaya (260). Sudin meminta penduduk Kampung Pulai bersyukur kepada Allah kerana mempunyai pemimpin seperti YB Mohd Yusuf dan En Muhammad yang baik hati (hlm. 328).

Pemurah dan tidak bakhil. En Muhammad menyumbang 10 ribu ringgit untuk kenduri 3 hari 3 malam meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera (hlm. 171). Sekali lagi dia menyumbangkan seekur kambing untuk dikendurikan sempena pengumuman YB Mohd Yusuf dan pegawai FELDA di masjid (hlm 171). En Muhammad juga mengumumkan untuk member saguhati kepada penduduk yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarganya, sekiranya mereka mahu pindah ke FELDA.

Tawadhu dan menghormati yang lebih tua. Anak saudara En Muhammad yang bernama Muhamad Alif bin abdul Karim, seorang yang bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan sarjana ekonomi dari London school of economics, merendahkan dirinya kepada En Muhammad dan memanggil En Muhammad sebagai Pak Su (hlm. 338).

Amanah. Menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah termasuklah menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Menjalankan dakwah mengajak manusia bertaqwa kepada Allah. Lebai Maarup menegaskan dia berusaha untuk berdakwah mengajak manusia kepada Allah. Mengajar budak-budak mengaji al-Qur’an (hlm 311).

Fatanah / Bijaksana. Menyusun strategi untuk selesaikan masalah. En Muhammad menyusun pelbagai strategi untuk menjayakan projek perlombongan di Kampun Tualang. Penduduk akan dipindahkan ke rancangan FELDA. Tanah penduduk akan dibayar dengan harga yang tinggi. Penduduk tidak bertanah diberikan saguhati. Sudin diambil bekerja dengan Syarikat perlombongan Lembah Tualang. Imam Saad akan dijadikan Imam di Pekan Kuala. Tuk Empat Dahlan dijadikan penghulu Pekan Tualang. Imam Pekan Tualang dipindahkan ke Pekan Kuala dan Imam Pekan Kuala diminta bersara awal. Untuk memujuk Imam Pekan Kuala bersara, Sani diambil bekerja dengan YB Mohd Yusuf.

(16)

Tan kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya bagi menyambut kedatangan Datuk Tan ke pejabatnya (hlm. 1).

Menuntut ilmu agama dan mengajarkannya. Syed Salim al-Makky belajar ilmu agama di Mekah. Bila pulang dia pulang menjadi guru agama di istana (hlm. 28) . Tok guru haji Ismail pula menjadi guru agama yang disegani di Kampung Pulai. Imam Saad dan Pak Salim berguru kepadanya (Hlm 87). Imam Saad kini menjadi imam dan bertanggungjawab mengajar mengaji kepada budak-udak kampung (93). Lebai Marup pula belajar ilmu agama di Tanjung karang dan pulang ke kampong Pulai untuk mengajar ilmu agama di sana pula (hlm 310).

Mendirikan solat. Mendirikan solat fardhu dan juga solat sunat. Lebai Maarup, Imam Saad, Bilal Endut dan Kemat Jerangkung adalah orang yang rajin mendirikan solat berjemaah termasuklah solat subuh (hlm. 307). En Muhammad juga rajin mendirikan solat tahajud kepada Allah, contohnya pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang (hlm. 260)

Berdoa. Memohon bantuan daripada Allah supaya masalah hidup dapat diselesaikan. Selain berzikir, En Muhammad juga berdoa kepada Allah supaya cita-citanya untuk melaksanakan projek perlombongan akan berjaya (hlm. 260).

Sedekah. Menjamu makan termasuk dari amalan sedekah atau menginfaqkan harta yang disukai Allah. En Muhammad termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah. Dia menyumbang 10 ribu ringgit untuk mengadakan jamuan bagi meraikan perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Orang Kaya Indera (hlm. 171). Dia mengadakan kenduri meraikan pernikahan Sudin dengan gayah di rumahnya (hlm. 140). Syed Aris juga mengadakan kenduri sempena pertunangan Mahani dengan Rahim (hlm. 208).

Mewakafkan harta. Memberikan harta untuk kegunaan orang ramai. Imam Saad mewakafkan tanahnya di Kampung Pulai untuk dibina surau (hlm. 256). Lebai maarup juga mahu mewakafkan tanahnya seluas 2 ekar kepada syarikat perlombongan Lembah Tualang bagi pembinaan kompleks pekerja termasuklah pembinaan surau (hlm. 360).

Bertunang, berkahwin dan mengadakan walimatul urus. Dalam Islam majlis pertunagan, perkahwinan dan jamuan walimatul urus sebaiknya dibuat secara sederhana sahaja. Tidak perlu secara besar-besaran yang biasanya melibatkan pembaziran. Mahani meminta ibubapanya mengadakan majlis pertunangannya dengan Rahim dibuat secara sederhana saja, jangan besar-besaran untuk elak pembaziran (hlm.hlm. 208 ) Majlis perkahwinan Sudin dengan Gayah juga dibuat secara sederhana dan tidak melibatkan persandingan (hlm. 140).

Menziarahi orang sakit. Melawat orang sakit atau orang yang ditimpa musibah adalah dianjurkan dalam Islam. Semasa Sudin terlantar di rumah sakit setelah dipukl oleh Mat Akil, YB Mohd Yusuf telah dating melawatnya (hlm. 105). Sudin pula diminta oleh En Muhammad supaya menziarahi Lebai maarup di hospital (hlm. 327). En Muhammad sendiri juga telah datang menziarahi Lebai maarup yang dipukul oleh kawan-kawan Mat Akil (hlm. 341).

Berzikir atau mengingati Allah. Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir kepada Allah . Termasuklah juga beristighfar dan berselawat kepada rasulullah s.a.w.. En Muhammad bangun bersolat tahajud, berzikir dan bersyukur kepada Allah pada malam penubuhan Syarikat Perlombongan Lembah Tualang. Dia merasakan dirinya dekat dengan tuhan. (hlm. 260).

Menunaikan hutang. Setiap hutang wajib dibayar. Memberi hutang dan membayar hutang adalah merupakan ibadat kerana menolong orang yang berada dalam kesempitan. Sudin telah meminta En

(17)

Muhammad memberikan hutang kepada Sani sebanyak 9000 ringgit. En Muhammad minta Sani mencagarkan geran tanah ataupun mendapatkan jaminan dari YB Mohd Yusuff (hlm. 191). Mat Akil pula membayar hutang kepada kawannya yang bernama Man tetapi tak cukup 10 ringgit dan dia minta dihalalkan (hlm. 278).

Berbakti dan menunaikan hak orang tua. Bila ibubapa telah tua dan uzur, anak hendaklah bertanggungjawab menjaga orang tua itu sebagaimana mereka dulu menjaga kita di waktu kita kecil. Sudin telah membawa diri kerana kecewa ibubapanya tidak mahu meminang Gayah. Setelah 15 tahun dia kembali semula ke rumah ibubapanya kerana menginsafi bahawa ibubapanya telah tua dan perlu dibantu (hlm. 94).

Taat kepada ibubapa. Anak tidak boleh derhaka kepada ibubapa. Suruhan mereka hendaklah dipatuhi. Larangan mereka hendaklah dijauhi. Tidak taat kepada ibubapa menyebabkan anak menjadi derhaka. Syarifah Mu’inah mematuhi suruhan ayahnya, Syed Salim supaya kahwin dengan abang iparnya sendiri, Syed Aris selepas kakaknya meninggal dunia. Arahan itu dipatuhi walaupun dia terasa amat berat (hlm. 29).

Amar makruh Nahi Mungkar. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tugas ini amat berat tetapi sangat besar ganjaran pahalanya di sisi Allah. Lebai Maarup meminta penjelasan dari En Muhammad apakah benar ingin membina hotel di jeram Medang. Pembinaan hotel itu akan mengundang angkara judi, arak dan zina. Kalau boleh dia tidak mahu semua maksiat itu berlaku di Kampung Pulai (hlm. 261).

Menolong orang yang kesusahan. Sifat tolong-menolong atau membantu orang yang kesusahan adalah sifat yang terpuji. Orang yang menerima bantuan akan sentiasa terkenang budi orang yang sanggup menolong. Pertolongan itu sangat perlu terutama kepada orang miskin dari kalangan kaum keluarga dan jiran tetangga dekat. En Muhammad berhasrat mahu menolong orang kampungnya yang miskin. YB Mohd Yusuf juga sentiasa bekerja untuk menolong orang kampung. Mereka berdua berbincang untuk membantu penduduk yang miskin itu (hlm. 69).

Mencari rezeki yang halal dan baik. Tidak baik mencari rezeki yang tidak halal ataupun dengan cara yang tidak baik. Pada mulanya Syed Aris tidak membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi akhirnya dia membenarkan Mahani menjadi setiausaha tetapi di pejabat En Muhammad sahaja. Dia bimbang Mahani akan terjebak dalam angkara dosa (hlm. 79).

(18)

1. Nilai Islam merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur [25] 2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

.

“sebermula ,maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wa salam, baginda bersabda pada segala sahabat: “Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semudra namanya; maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semudra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semudra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda nabi salla’llahu ‘alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Semudra itu. Syarif di Mekah menyuruh sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu’tabari; adapun nama nakhoda kapal Sheikh Ismail itu

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 55)

(a) Nyatakan hal yang berkaitan Islam sebagaimana yang tergambar dalam petikan di atas. [5] (b) Berdasarkan watak fakir dalam petikan di atas, ulaskan kehidupan beragama sebagai tonggak

pembangunan insan. [20]

Cadangan jawapan

(a) Hal yang berkaitan dengan Islam ialah;

1. Rasul Allah salla”alaihi wa salam - Orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam

2. Wali Allah - Orang yang diberi kelebihan oleh Allah.

3. Fakir - Seseorang yang tidak mementingkan hal keduniaan. Kehidupannya tertumpu pada akhirat semata-mata.

4. Mekah - iaitu kota suci umat Islam.

5. Sabda – Pesanan Rasul Allah salla”alaihi wa salam 6. Dakwah – menyebar dan menyampaikan ajaran Islam 7. Sahabat Rasul Allah salla”alaihi wa salam

(b) Kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan insan. 1. Berdakwah/menyebarkan ajaran Islam

Fakir menyebarkan/menyampaikan Islam bukan sahaja di negeri Semundra, malah Fakir berjaya menyebarkan ajaran Islam di Fansuri,Lamiri dan Haru.

2. Menyuruh membaca al-Quran.

Setiap tempat yang disingahi oleh Fakir Muhammad, maka beliau menyuruh orang membaca al-Quran

3. Mengislamkan masyarakat.

Fakir telah mengislamkan masyarakat/rakyat di negeri yang disinggahinya seperti negeri Semundra, Fansuri, Lamiri dan Haru. Beliau juga telah mengislamkan Mereh Silu apabila sampai ke negeri Semudra.

4. Bersifat merendah diri.

Sultan Muhammad sanggup merendah diri untuk menjadi fakir semata-mata menunaikan amanat Rasul Allah dan cintanya akan Islam.

(19)

Sharif Mekah dan Fakir Muhammad patuh pada perintah Nabi untuk mengislamkan isi negeri Semundra..

6. Dedikasi dalam pekerjaan.

Fakir sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk menyebarkan ajaran Islam ke Alam Melayu. Beliau meninggalkan takhta dan negara untuk mengajar agama di Semundra sebagai menyahut perintah Rasul.

3. Berdasarkan wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), huraikan aspek keagamaan yang terkandung dalam wasiat tersebut yang dapat

dimanfaatkan dalam kehidupan anda. [25]

Cadangan jawapan Pengenalan

1. Keagamaan merujuk kepada perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat, lafaz, perbuatan, atau sebagainya.

2. Isi yang akan dibincangkan.

B. Isi

1. Kehidupan di dunia tidak akan kekal.

Segala sesuatu yang hidup di dunia ini tidak akan kekal buat selama-lamanya, sama ada ianya manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Semuanya akan mati. Yang kekal hanya Allah jua. 2. Iman yang sempurna/kesempurnaan iman.

Setiap manusia harus beriman terhadap Allah s.w.t dan sentiasa melakukan amal salih. 3. Pekerti yang baik.

Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang baik akan dikenang/disebut orang selama-lamanya. Orang yang mempunyai pekerti yang baik juga akan disenangi dan disayangi oleh sesesiapa saja. 4. Berlaku adil.

Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya atau orang di bawahnya.

5. Amanah.

Seseorang raja ditegah sama sekali mengambil hak milik orang lain sesuka hati. Perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya penganiayaan. Allah s.w.t. juga tidak akan mengampuni orang yang mengambil hak orang lain kecuali dengan izin tuannya.

6. Perihatin.

Raja atau pemerintah mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesukaran. Raja atau pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya dengan sebaik-baiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadil-adilnya, yakni, tanpa pilih kasih.

Penutup

(20)

2. Pengarang Saudagar Besar dari Kuala Lumpur memuatkan nilai keagamaan dalam usaha mendidik insan dalam novelnya. Bincangkan penyataan tersebut. [25] _________________________________________________________________________________ Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

Nilai bolehlah ditakrifkan sebagai sifat ketinggian yang merangkumi pemikiran, agama dan sebagainya. Manakala keagamaan pula bermaksud perihal yang berkaitan dengan agama. Di antara nilai-nilai agama seperti sanggup berkorban, beriman, bertangungjawab dan sebagainya.

Isi [20]

Antara nilai Islam yang mampu mendidik insan berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah sanggup berkorban demi agama/kepentingan agama dipertahankan/wakafkan harta/sedekah. Kesanggupan berkorban demi agama merupakan kesediaan seseorang individu melakukan sesuatu dengan rela hati tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Apa yang dilakukan adalah semata-mata mencari keredhan Allah serta mengharapkan pembalasan dari Allah jua. Sifat ini akan menjadikan seseorang itu redha atas segala ketentuanNya, sabar, tawakal dan dekat kepada Allah, tanpa mengharapkan sesuatu ganjaran di dunia ini. Jika seseorang itu mementingkan diri dan harta dunia dengan meletakkan material lebih penting dari agama sudah tentu dia akan menjadi seorang yang sangat bakhil.Sifat bakhil merupakan sifat yang amat dimurkai oleh Allah. Lebai Maarup misalnya, sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan masyarakat Kampung Pulai mendirikan surau. Sesungguhnya pengorbanan Lebai Maarup adalah kerana kecintaannya terhadap agama Islam sebagaimana yang dinyatakannya kepada Encik Muhammad. Pengorbanan yang dilakukan oleh Lebai Maarup menjadikannya seorang yang penyabar, pemurah, redha dan dekat dengan Allah. Jelaslah kesanggupan berkorban demi agama mampu membentuk seseorang individu lebih bersifat zuhud tidak pentingkan diri sendiri.

1.2 ILMU

Konsep ilmu

Rahmah Ahmad Osman dalam , Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori & Praktis menyatakan secra tidak langsung, dapat difahami bahawa ilmu adalah sesuatu yang bertentangan dengan kejahilan

(21)

secara mutlak. Apa jua bentuk kejahilan, yang biasanya wujud tanpa asas yang kukuh, fakta yang jelas, sumber yang boleh dipercayai, akan membuatkan diri jauh dari ilmu lebih-lebih lagi cabang ilmu yang didapati langsung daripada sumber utama bagi umat Islam iaitu al-Qur’an dan Hadith.

Mengikut Rahmah Osman lagi, konsep ilmu dalam Islam adalah konsep yang menyeluruh dan bersepadu. Secara dasarnya, keseluruhan konsep ilmu Islam bukan sahaja terhad kepada ilmu yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul, tetapi juga kepada manusia lainnya melalui beberapa cara seperti pemahaman wahyu, pemerhatian terhadap alam semesta, pengkajian sejarah, inovasi dan pengalaman hidup manusia itu sendiri.

Mengikut Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya Tinjuan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam, Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahuai yang diketahui.

Jelaslah, ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan masyarakat .

(22)
(23)

Ilmu dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur – sekadar contoh JENIS ILMU ILMU AGAMA ILMU TASAWUF ILMU KEPAHLAWANAN ILMU GAJAH ILMU KUDA ILMU FIRASAT ILMU HIKMAT ILMU BATIN JENIS ILMU ILMU AGAMA ILMU PERNIAGAAN ILMU KEPAHLAWANAN ILMU PERLOMBONGAN ILMU PENGURUSAN ILMU KESETIAUSAHAAN ILMU PERTANIAN

(24)

LATIHAN

1. Ilmu penting dalam kehidupan setiap insan. Dengan menggunakan contoh watak daripada Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) huraikan kepentingan ilmu dalam konteks pembangunan insan di

Melaka.

[25]

Cadangan jawapan Pengenalan [3]

1. Konsep ilmu - Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya. Ilmu juga merujuk kepada pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod yang tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu

2. Isi yang akan dibincangkan Isi [20]

1. Agama

Sultan Muhammad syah belajar agama dengan Maulana Abdul Aziz, begitu juga dengan Sultan Mansur Syah belajar ilmu agama dengan Kadi Yusof dan Maulana Abu Bakar.

2. Ilmu gajah

Sultan Mansur Syah menyuruh segala anak tuan-tuan berguru ilmu gajah dengan Maharaja Dewa Sura.

3. Ilmu kuda

Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya.

4. Ilmu firasat/nujum/amalan

Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawan-pahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dengan ilmu firasat yang ada padanya dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya.

5. Ilmu kepahlawanan

Sultan Mansur Syah menggalakkan rakyatnya mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu kuda dengan sanggup membiayainya.

6. Tasawuf

Maulana Abu Bakar telah membawa kitab Duri’l Mazlum karangan Maulana Abu Ishak ke Melaka. Ianya merupakan kitab tasawuf.

Penutup [2]

(25)

STPM Ulangan 2013

2. Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan

dalam pembangunan insan. [25]

Cadangan jawapan: Pengenalan[3]

1. Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan sebagainya. Ilmunya juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metode yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk menerangkan /merungkaikan gejala/fenomena tertentu.

2. Menyenaraikan kelima-lima isi penting yang hendak dikemukakan. Isi [20]

Ilmu perdagangan penting dan dapat diaplikasikan dalam pembangunan insan. Ilmu perdagangan akan melahirkan ahli perniagaan yang dinamik dan berjaya dalam mengharungi dunia perdagangan dan perniagaan yang serba mungkin. Ilmu perdagangan juga akan melahirkan seseorang yang faham dan arif tentang sepak terajang dunia perniagaan. Penguasaan terhadap ilmu perdagangan juga akan melahirkan seorang ahli perniagaan yang mampu bersaing sama ada diperingkat tempatan atau antarabangsa yang akhirnya membawa kepada pembangunan insan. Kedangkalan tentang selok belok perdagangan dan perniagaan akan meletakkan seseorang ahli perniagaan itu dalam kerugian, atau ketinggalan berbanding dengan orang yang mempunyai ilmu perdangangan. Encik Muhammad misalnya, mempunyai ilmu perdagangan yang cukup mantap dan luas. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Tan, yakni rakan kongsi Encik Muhammad. Keyakinan Datuk Tan terhadap Encik Muhammad menyebabkan Datuk Tan menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Encik Muhammad memenuhi kontrak membekalkan lada hitan ke Jerman. Selain itu juga, Encik Muhammad juga menyediakan anaknya Rahim dengan ilmu perdagangan. Encik Muhammad telah menghantar Rahim belajar di England dalam jurusan Pengurusan Dagang. Dengan ilmu yang dimiliki oleh Rahim, diharapkan Rahim dapat menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jayanya. Jelaslah di sini bahawa ilmu perdagangan mampu menyediakan seseorang itu peluang untuk berjaya dan membangun.

Ilmu agama penting dalam pembangunan diri insan. Ilmu agama yang diperolehi akan menjadikan seseorang insan itu lebih bertaqwa, redha, dan berakhlak mulia. Dengan mendalami ilmu agama juga, seseorang itu akan lebih dekat dengan Allah, tahu akan halal haram sesuatu perkara, dan sentiasa mengamalkan yang makruf serta menjauhi yang mungkar. Sebaliknya, jika seseorang itu dalam keadaan jahil/cetek pengetahuan agamanya, maka sudah tentu akan mendorongnya melakukan sesuatu yang mungkar dan bertentangan dengan hukum tabii manusia. Orang yang jahil juga adalah orang yang rosak akhlaknya. Ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup dalam novel SBDKL telah menjadikannya insan yang berakhlak mulia, redha dengan ketentaun Allah dan sentiasa menjaga hubungan sesama manusia. Akhlak mulia yang terjelma hasil dari ilmu agama yang ada padanya terserlah apabila Lebai Maarup sanggup mewakafkan tanah pusaka miliknya untuk didirikan surau demi kemaslahatan penduduk Kg Pulai. Keadaan ini jauh bezanya dengan Mat Akil. Mat Akil tidak memiliki ilmu agama, lantaran itu didapati Mat Akil bukanlah seorang berakhlak mulia. Ini dapat dilihat apaabila beliau memberaki katil pengantin-Sudin, memukul Lebai Maarup, menyebarkan fitnah terhadap Lebai Maarup dan sebagainya. Jelaslah di sini bahawa ilmu agama yang diaplikasikan dalam kehidupan akan membentuk peribadi yang mulia.

(26)

Jati Diri

Patriotik

Bijaksana

Jujur

Amanah

Bertanggungjawab

Berdikari

Gigih

Setia

Berwawasan

Berani

1.3 JATI DIRI Konsep

Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Mengikut Zainal Abidin Borhan dalam makalahnya Peradaban dan Jati Diri Melayu (atas talian) menyatakan bahawa Jati diri Melayu itu ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari sudut siratan yang bertali kepada asal-usul sejarah, bahasa, budaya, agama dan wilayah. Penerokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman atau batiniah Melayu.

(27)

LATIHAN

1.

Jati diri merupakan tonggak pembangunan sahsiah. Berdasarkan jati diri Sultan Mahmud Syah dalam Sulalatus Salatin (sejarah Melayu), sejauh manakah jati diri boleh membawa kepada pembangunan

sahsiah. [25]

Cadangan jawapan Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.

2. Latar belakang watak Sultan Mahmud Syah. 3. Isi yang akan dibincangkan

Isi [ 20]

1. Mementingkan pendidikan/ilmu pengetahuan

Contoh :Belajar Maklumat dengan Maulana Yusuf, memberi galakan dan didikan agama kepada puteranya dan pembesar belajar agama, hantar utusan ke Pasai bertanya masalah agama.

2. Menghormati guru/merendah diri

Contoh :Sanggup membahasakan diri sebagai fakir Mahmud semata-mata ingin menuntut ilmu dengan Maulana Yusuf

3. Berwawasan/berpandangan jauh

Contoh :Menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong dan Seri Maharaja menyerang Kelantan-meluaskan tanah jajahan dan mengukuhkan pemerintahan.

Hubungan diplomatik –hantar Hang Nadim ke Benua Keling, bantu Pahang menentang Legor,bersahabat dengan Pasai

4. Penyelamat dan pelindung

Contoh :Membantu Pahang menentang Legor 5. Pemurah

Contoh :Memberi anugerah kepada mereka yang berjasa-anugerah persalinan 6. Tabah/gigih

Contoh: Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka di samping

Nota:

Calon dikehendaki menilai sesuatu faktor, perkara, atau hal dalam sesuatu proses atau fenomena berbanding dengan fak,tor, perkara, atau hal yang lain

Penutup[ 2 ]

(28)

2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan jati diri. Huraikan sifat jati diri yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. 2. Latar belakang watak wanita dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) seperti Tun Kudu, Tun

Teja, Tun Fatimah dan sebagainya. 2. Isi yang akan dibincangkan B. Isi [ 20]

1. Tabah

Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.

Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah mertuanya.

3. Bijaksana

Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. 4. Sanggup berkorban.

Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya.

5. Setia

Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi.

6. Tegas

Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

Penutup[ 2 ]

(29)

3. Jati diri merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan

insan. [25]

Cadangan jawapan Pengenalan [ 3 ]

1. Konsep jati diri-Jati diri merupakan keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. 2. Latar belakang watak Rahim.

3. Isi yang akan dibincangkan Isi [ 20]

1. Berpandangan jauh.

Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2. Amanah

Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.

3. Bijaksana

Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.

4. Merendah diri

Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5. Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

6. Berani

Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin

(30)

7. Gigih

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London. C. Penutup[ 2 ]

(31)

1.4

KEMANUSIAAN

KONSEP

Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

1.4.1 Nilai-nilai kemanusiaan merangkumi nilai

Nota: Nilai kemanusiaan yang dinyatakan di atas hanya sebahagian sahaja . Pelbagai Nilai kemanusiaan boleh diperoleh dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.

(32)

1.4.2 Antara contoh nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

NILAI KEMANUSIAAN

SULALATUS SALATIN SAUDAGAR BESAR DARI KL

Setia- Tun Perak setia kepada raja walau

anaknya dibunuh oleh Raja Muhammad Gigih- En. Muhammad memajukan perniagaan

Amanah – Tun Perak menjaga Tun Tahir dan Tun Mutahir setelah kematian ayahnya dengan penuh amanah

Bertanggungjawab – Sultan Alau’d-Din Ri’ayat menyamar pada waktu malam utk memastikan keamanaan dalam negeri.

Bijaksana – Tun Bijaya Sura cepat menaksir perbuatan orang Majapahit yang bertujuan menghina raja Melaka

Insaf – Sultan Maliku’t Tahir menyesal kerana menjatuhkan hukuman buang negeri kepada Sultan Malik’l-Mansur dan

membunuh Sidi Asma Yaumi’d-Din.

Tabah – Tun Perak tidak berkecil hati apabila haknya menjadi Bendahara Melaka dinafikan apabila Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara.

Sanggup berkorban – Hang Tuah sanggup mempertahankan maruah raja Melaka sewaktu berada di Majapahit

Bertimbang rasa – Penghulu Mahmud membenarkan penduduk kampong menumpang di tanah miliknya.

Bersyukur – En Muhammad menunaikan solat syukur sebagai tanda ia bersyukur

Sopan santun – Mahani bersikap sopan santun sewaktu mengunjungi Cik Puan Tipah di rumahnya (hlm 25)

Amanah – En Muhammad membahagikan harta dengan adil mengikut hukum faraid.

Redha – Lebai Maarup redha apabila dipukul dengan tidak membuat laporan polis.

Berbakti kepada raja – Tun Perak dan Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud yang sakit.

Pemurah – Lebai Maarup mewakafkan tanah miliknya untuk didirikan surau di Kg. Pulai.

Adil - Sultan Mansur Syah menjatuhkan

Pemaaf – Lebai Maarup memaafkan En Muhammad yang menghinanya.

(33)

LATIHAN

1. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan Isi [20]

1. Bijak mengurus

Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin. 2. Berani

Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3. Berkarisma

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan

Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih

Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6 Bertanggungjawab

Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Penutup [2 markah]

(34)

2. Watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) ada memperlihatkan nilai kemanusiaan. Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak-watak wanita dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) yang membawa kepada pembangunan insan. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan Isi [ 20]

1. Tabah

Tun Fatimah merupakan seorang wanita yang amat tabah. Ketabaahan Tun Fatimah terserlah apabila beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan Tun Fatimah bukan alang kepalang, tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis.

2. Tidak mementingkan harta dan kedudukan.

Tun Fatimah bukanlah wanita yang mementingkan harta dan kedudukan. Walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah, beliau tetap berdukacita mengenang ayah, suami, adik, dan ayah mertuanya.

3. Bijaksana

Kebijaksanaan Tun Fatimah dapat dilihat apabila beliau sedar Raja Ahmad akan menjadi penganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja. 4. Sanggup berkorban.

Sifat ini boleh dilihat dalam watak Tun Kudu. Tun Kudu terpaksa berkorban apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya.

5. Setia

Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah setia dan kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Kesetian Tun Fatimah terbukti apabila beliau dikatakan ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi.

(35)

6. Tegas

Tun Fatimah digambarkan sebagai wanita yang keras hati dan tegas. Selepas mengharungi tragedi yang menyedihkan, Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Beliau bertindak berani dengan mengugurkan kandungannya apabila mendapati dirinya hamil. Tun Fatimah bertindak sedemikian berulang kali sebagai manifestasi penentangan dan rasa benci terhadap Sultan Mahmud Syah. Ketegasan Tun Fatimah akhirnya terlerai apabila Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.

Penutup[ 2 ]

(36)

3. Nilai kemanusiaan merupakan asas penting dalam pembangunan insan. Berdasarkan watak Rahim dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda sebagai generasi muda. [25] Cadangan jawapan

Pengenalan [ 3 ]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan Isi [ 20]

1. Berpandangan jauh.

Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2. Amanah

Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.

3. Bijaksana

Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.

4. Merendah diri

Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5. Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

6. Berani

Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

7. Gigih

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London. Penutup[ 2 ]

(37)

3. Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda, “Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia, kerana firman Allah Taala Inna’llahu ma’as sabirin, yakni bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan, suatu pekerjaan Allah, dan suatu pekerjaan Dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah Taala yang akan memeliharakan kamu, kerana wa man yatawakkal ‘ala’allah. Dan segala anak Melayu bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah; kerana segala Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al-‘abdi tinu’l-maulahu, yang hamba itu tanah tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei anakku, hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kaukerjakan, supaya berkat diberi Allah subha nahu wa taala.”

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad [peny.] 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 186 - 187)

“Nilai kemanusiaan dapat membentuk pembangunan insan.” Berdasarkan petikan di atas bincangkan

pernyataan tersebut [25]

Cadangan jawapan Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan Isi [20]

1. Sabar

Setelah kejatuhan Melaka di tangan Peringgi, Sultan Mahmud Syah masih lagi berusaha melancarkan serangan ke atas Peringgi di Melaka dengan mengarahkan Hang Nadim, Sri Udani, Tun Umar dan lain-lainnya merampas semula Melaka.

2. Pemaaf

Insan yang mempunyai nilai keimanan akan memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain. Sultan Mahmud Syah tidak memaafkan kesalahan Tun Mutahir, sebaliknya menyimpan perasaan dendam terhadap Tun Mutahir. Kerana dendam akhirnya Tun Mutahir dibunuh.

3. Bertanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap negara, rakyat, keluarga dan anak buah. Tun Perak menjaga Tun Tahir dan Tun Mutahir dengan baik. Tun Perak juga memastikan Melaka terselamat dari serangan musuh.

4. Tawakal/Berserah kepada Allah

Berserah kepada Allah setelah berusaha, percaya dengan sepenuh hati kepada Allah semasa berada dalam kesusahan atau penderitaan. Setelah Melaka diserang oleh Peringgi, Sultan Mahmud Syah telah berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankannya kerana katanya “istiadat raja-raja itu, negeri alah rajanya mati.” (hlm 280), namun tidak mampu. Akhirnya Sultan Mahmud Syah hanya berserah kepada Allah agar hulubalang Melayu syahid melawan Peringgi setelah bagindaa dibawa lari oleh Seri Nara Diraja.

5. Adil

Seseorang raja atau pemerintah yang hebat ialah yang mampu berlaku adil terhadap rakyatnya atau orang di bawahnya.

(38)

4. Nilai kemanusiaan merupakan suatu aspek penting untuk pembangunan insan. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala

Lumpur. [25]

Cadangan jawapan Pengenalan [3]

1. Nilai kemanusiaan - Nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik.

2. Perihal manusia atau sifat-sifat manusia yang baik yang dapat membangunkan seseorang insan menjadi individu yang unggul.

3. Isi yang akan dibincangkan Isi [20]

1. Bijak

Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin. 2. Berani

Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3. Berkarisma

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4. Berwawasan

Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5. Gigih

Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6 Merendah diri

En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

7. Tenang/sabar

En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8. Simpati

En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA.

Penutup [2 markah]

Referensi

Dokumen terkait