• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2013/2014 UNIBERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2013/2014 UNIBERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

PANDUAN PENDAFTARAN

KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI

SESI AKADEMIK 2013/2014

UNIBERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

PUSAT TAMHIDI

(2)

2

1. PENDAHULUAN

Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian Program Tamhidi di USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai Pelajar USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi pelajar terbilang dalam bidang masing-masing yang tinggi dengan nilai penghayatan islam.

2. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

(a) Syarat-sayarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i.

(b) Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Saudara/i disah oleh Senat Universiti sebagai ditawarkan. (ii) Saudara/i lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada sama ada daripada hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan. USIM berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk mengikuti pengajian. Saudara/i dikehendaki membawa Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah lengkap diisi semasa mendaftar.

(iii) Saudara/i menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran kemasukan ini.

(iv) Saudara/i dikehendaki mencarum dan patuh kepada syarat-syarat Skim Takaful Kemalangan Diri yang ditetapkan oleh USIM.

(c) Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan atau penuntut yang sedang mengikuti apa-apa program di mana-mana institut perguruan atau institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara atau sedang mengikuti apa-apa program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara.

(3)

3

(d) Sepanjang tempoh pengajian:

(i) Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Universiti dan Kolej Universiti, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dari semasa ke semasa;

(ii) Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua; (iii) Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan

akademik dan pentadbiran USIM;

(iv) Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan USIM seperti memulaukan kuliah dan seumpamanya;

(v) Saudara/i hendaklah bekerjasama dengan Pengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada saudara/i penghuni atau tidak; (vi) Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian

dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta perkhidmatan masyarakat yang dilaksanakan oleh USIM untuk saudara/i; dan

(vii) Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan kepada saudara/i oleh USIM.

(e) Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus.

(f) Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Jika saudara/i gagal mendaftar, tawaran kemasukan ini dianggap batal walaupun saudara/i telah mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan ini melalui laman web USIM, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah diperolehi daripada USIM.

(g) Bayaran-bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. (h) USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan

(4)

4 kemasukan tidak benar.

3. DOKUMEN PENDAFTARAN DAN PROSES PENDAFTARAN DIRI

(a) Pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi USIM bagi Sesi Akademik 2013/2014 adalah pada 30 Mei 2013, di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan mengikut jadual berikut:

(i) 30.5.2013, 8.30 – 11.30 pagi

 Pelajar Tamhidi Sains & Teknologi  Pelajar Tamhidi Pergigian

(ii) 30.5.2013, 11.30 pagi – 2.30 petang  Pelajar Tamhidi Perubatan

 Pelajar Tamhidi Perakaunan & Muamalat  Pelajar Tamhidi Syariah & Undang-Undang

(b) Sila hadir mendaftar mengikut jadual yang ditetapkan sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

(c) Bagi tujuan pendaftaran, sila sediakan dokumen-dokumen berikut:

(i) Dokumen asal untuk pengesahan

(1) Kad Pengenalan

(2) Surat tawaran kemasukan

(3) Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

* Sila sediakan dokumen asal berikut untuk semakan sahaja. * Sila pastikan dokumen asal tersebut diterima semula sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran.

(ii) Dokumen untuk diserahkan di Kaunter Pendaftaran dan arahan susun atur

* Salinan Dokumen berikut hendaklah diserahkan kepada Petugas Pendaftaran

(1) Borang AKAD A/01, Laporan Pemeriksaan Kesihatan (2) Borang AKAD A/08, Perakuan Kebenaran Bius (3) Filem X-ray

(iii) Set Borang Biasiswa lengkap seperti berikut: Di kepilkan bersama

(1) Tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa yang telah dimatikan setem setiap satu

(2) Satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin

(3) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disahkan benar

(4) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan benar

(5)

5

(iv) Slip bayaran/slip pembayaran bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai bukti pembayaran Yuran Pendaftaran

(vi) Salinan Dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Pelajar yang dibekalkan

(1) Salinan Kad Pengenalan (2) Salinan Sijil Kelahiran

(3) Salinan Surat Tawaran Kemasukan

(4) Salinan Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (5) Sekeping gambar berukuran pasport – dilekatkan di ruang

yang telah disediakan

(d) Carta Alir Pergerakan pelajar semasa proses pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014 pada 30 Mei 2013 adalah seperti di Lampiran 1.

(e) Layout Stadium Tertutup Nilai bagi proses pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014 pada 30 Mei 2013 adalah seperti di Lampiran 2.

(f) Pakaian semasa Pendaftaran/Lapor Diri dan sepanjang Minggu Taaruf adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Tarikh/ Masa Aktiviti Pakaian Lelaki Wanita 30.5.2013 8.00 pagi - 9.00 malam Pendaftaran (Lapor Diri), Taklimat Pengarah, Ceramah Motivasi  Baju Putih  Seluar Gelap  Tali Leher USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM17.00)  Baju Putih  Tudung Putih  Kain Gelap 31.5.2013 8.00 pagi - 9.00 malam Taklimat HEP, Majlis Amanat Naib Canselor  Baju Korporat USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM69.00)  Seluar Gelap  Baju Korporat USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran , RM69.00)  Tudung Putih  Seluar /Kain Gelap 1.6.2013 8.00 pagi - Eksplorasi, Senam  Baju Sukan/T- Baju

(6)

Sukan/T-6 2.00 petang Robik, Gotong Royong, Kenduri Shirt (diberikan percuma pada hari pendaftaran)  Seluar Sukan  Kasut Sukan Shirt (diberikan percuma pada hari pendaftaran )  Tudung Putih  Seluar Sukan  Kasut Sukan

(g) Reka bentuk (design) Baju Korporat USIM yang perlu dibeli oleh pelajar pada hari Pendaftaran adalah seperti berikut:

(7)

7

(h) Semua barang-barang peribadi seperti beg, buku, alat keperluan harian dan Iain-lain TIDAK BOLEH dibawa ke tempat pendaftaran. Sila letakkan di tempat yang selamat.

(i) Hanya satu (1) kenderaan sahaja bagi setiap pelajar dibenarkan masuk untuk tujuan menurunkan barang-barang ketika mendaftar di kolej-kolej kediaman. Sila ikut arahan dan panduan Pengawal Keselamatan USIM.

4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

(a) Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.

(b) Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

(c) Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta yang diiktiraf dan bertauliah.

(d) Saudara/i juga perlu melengkapkan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan.

(8)

8

(e) Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran.

(f) Kegagalan saudara/i mengemukakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan atau Laporan Pemeriksaan Kesihatan saudara/i menunjukkan saudara/i tidak sesuai untuk meneruskan pengajian, saudara/i boleh ditamatkan pengajian walaupun setelah saudara/i sah mendaftar sebagai pelajar USIM.

5. YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAJIAN

(a) Yuran Program Tamhidi dibahagikan kepada dua (2) komponen utama, iaitu bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan bayaran berulang setiap semester. Rujuk struktur yuran Pusat Tamhidi seperti Jadual A.

JADUAL A:

STRUKTUR YURAN PROGRAM TAMHIDI KOMPONEN YURAN ITEM BAYARAN (RM) (A) Yuran Pendaftaran (Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian) Pendaftaran 20.00 Kebajikan 30.00 Minggu Ta’aruf 150.00

Aktiviti Pusat dan Buku Panduan 55.00

Kad Pelajar 10.00

Malaysian University English Test (MUET) 100.00 JUMLAH (A) 365.00 (B) Yuran Pengajian, Penginapan dan Lain-lain (bayaran berulang setiap semester) Pengajian ** Penginapan ** Kemudahan Peralatan 25.00 Perpustakaan 25.00

Ko–Kurikulum dan Sukan 20.00

Komputer dan ICT 100.00 Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar 50.00

Aktiviti kolej kediaman 40.00

Pengangkutan 25.00

Insurans 5.00

JUMLAH (B) 290.00

JUMLAH BESAR (A) + (B) 655.00

** Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan dibiaya oleh KPT (dibayar terus oleh KPT kepada USIM).

(9)

9

(b) Yuran yang perlu dibayar pada Semester I Sesi 2013/2014 adalah yuran bagi kedua-dua komponen iaitu sebanyak RM655.00. Yuran ini perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. (c) Yuran yang perlu dibayar pada Semester II Sesi 2013/2014

adalah yuran bagi komponen berulang sahaja iaitu sebanyak RM290.00. Yuran ini boleh dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran semester II.

(d) Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membiayai sepenuhnya bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan saudara/i seperti yang ditunjukkan dalam Jadual A. Yuran Pengajian dan Penginapan ini akan dibayar terus oleh KPT kepada USIM.

(e) Segala bayaran yang telah saudara/i jelaskan tidak akan dikembalikan.

6. PANDUAN MEMBAYAR YURAN

(a) Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 20 Mei 2013 (Isnin) dan hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran.

(b) Saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip pembayaran tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), program pengajian dan tujuan bayaran dibuat.

(c) Bagi tujuan perekodan di pihak USIM, hanya no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx) yang diperlukan di slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut. JANGAN gunakan nombor kad

pengenalan saudara/i bagi tujuan pembayaran tersebut.

(d) Sila pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, no. akaun

05058010008884. Pastikan

juga saudara/i mencatatkan butiran diri saudara/i termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), no. kad pengenalan dan program pengajian di bahagian bawah muka hadapan slip pembayaran bil tersebut dengan jelas dan terang.

(e) Sila semak cetakan pada slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut bahawa bayaran telah dibuat atas nama BENDAHARI USIM dengan nombor akaun yang betul seperti di para (d) dan bukan kepada pihak lain. USIM tidak akan

(10)

10

bertanggungjawab sekiranya kesilapan bayaran berlaku kepada pihak lain atas sebab kesilapan nombor akaun.

(f) Sila pastikan saudara/i mendapatkan kembali kesemua tiga (3) salinan slip bayaran tersebut (atau satu (1) salinan slip pemba-yaran bil) untuk dikemukakan pada hari pendaftaran sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat.

(g) Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh menyebabkan pendaftaran saudara/i tidak diterima.

(h) Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di Jadual B.

JADUAL B:

KADAR BAYARAN YURAN MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN

Program Bayaran Yuran

(RM)

Q0070 Tamhidi Pergigian 655.00

Q0080 Tamhidi Perubatan 655.00

Q0210 Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

655.00 Q0601 Tamhidi Syariah dan

Undang-undang

655.00 Q0800 Tamhidi Sains dan Teknologi 655.00

(i) Sekiranya saudara/i menghadapi kesulitan menjelaskan bayaran yuran yang ditetapkan, saudara/i boleh menghubungi Jabatan Bendahari di talian 06-798 8247 atau 06-798 8036 (Puan Azreen Filzah Ahmad Azizan atau Encik Norman Iskandar Abdul Jamal).

(j) Saudara/i juga dikehendaki membuka akaun Wadi'ah di BIMB dan mengemukakan satu (1) salinan buku akaun atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut yang mengandungi butiran nama dan nombor akaun pada hari pendaftaran.

7. BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI IPTA

(a) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menawarkan

Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA kepada semua pelajar

program Tamhidi. Bantuan Kewangan yang ditawarkan adalah meliputi Elaun Wang Saku mengikut jumlah yang ditetapkan oleh KPT, Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan setiap semester. Selain itu, bagi pelajar Sabah dan Sarawak, KPT akan menanggung tambang penerbangan untuk sekali (pergi/balik).

(11)

11

(b) Saudara/i perlu menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan akan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Program Asasi IPTA, Borang KPT(Bs)Mtr.Pind.1/2009.

(c) Semakan dan cetakan surat tawaran serta lain-lain borang perlu dibuat sendiri oleh pelajar secara online melalui modul semakan dan tawaran di portal Kementerian Pengajian Tinggi di https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php (d) Dokumen Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang perlu

dicetak oleh pelajar adalah seperti berikut:

(i) Surat tawaran Program Bantuan Kewangan Asasi IPTA; (ii) Borang Perjanjian;

(iii) Surat pengakuan kedudukan kewangan penjamin; dan (iv) Buku panduan mengisi borang perjanjian;

(e) Sila baca dan fahamkan panduan mengisi borang perjanjian yang dibekalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengelakkan masalah kelewatan pembayaran biasiswa kelak. (f) Kesemua dokumen di para (iv) a, b dan c hendaklah diserahkan

semasa pendaftaran. Kegagalan/kelewatan saudara/i mengemukakan dokumen berkenaan akan menjejaskan urusan pembayaran biasiswa kelak.

(g) Untuk tujuan pembiayaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini, saudara/i dikehendaki melaksanakan yang berikut:

(i) membuka akaun Wadi'ah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);

(ii) menyediakan satu (1) salinan buku akaun tersebut (muka surat yang mengandungi butiran diri dan no. akaun sahaja) atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut; dan

(iii) melengkapkan tiga (3) salinan Borang Perjanjian dan dimatikan setem setiap satu serta satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin.

8. ETIKA PAKAIAN PELAJAR

(i) Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah sepatutnya mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti ketika menghadiri kuliah, majlis rasmi atau

(12)

12

berurusan dengan mana-mana pejabat.

(ii) Tertib berpakaian di USIM adalah seperti berikut:

a. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang menutup sebahagian muka (berpurdah) yang boleh menyukarkan pengenalan diri.

b. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpakaian yang tidak bersih atau tidak sopan. c. Saudara/i TIDAK BOLEH berselipar atau memakai

kemeja-T tidak berkolar semasa menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat.

d. Pelajar lelaki yang ingin menutup kepala dibenarkan bersongkok hitam.

(iii) Tatacara pemakaian semasa hadir mendaftar dan sepanjang Minggu Ta'aruf/Suai Kenal adalah seperti diperincikan di

perkara 3 di atas.

9. MINGGU TA'ARUF/SUAI KENAL

(i) Program Ta'aruf/Suai Kenal akan bermula pada hari yang sama selepas tamat Pendaftaran. Program Ta'aruf/Suai Kenal akan diadakan mulai 30 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013.

(ii) Program Ta'aruf/Suai Kenal WAJIB diikuti oleh semua pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014.

(iii) Jadual Program Ta'aruf/Suai Kenal adalah seperti di Lampiran 3.

10. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

(i) Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi nombor-nombor yang berkaitan pada waktu pejabat a. Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, 2.00

hingga 5.00 petang.

b. Jumaat: 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari, 2.45 hingga 5.00 petang.

(ii) Saudara/i juga boleh mengemukakan sebarang soalan/ pertanyaan/kemusykilan di laman web USIM, helpdesk.usim.edu.my dan hantarkan soalan di Sistem HelpDesk USIM.

(iii) Senarai pegawai rujukan adalah seperti berikut:

a. Tawaran Kemasukan: Pusat Tamhidi - Tel: 06-798 7019 (Puan Azlinda Abd Aziz, Encik Junisam Jurimi)

(13)

13

b. Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Tel: 06-798 6168/6169/6170 (Encik Hazrul Fareeeza Harun / Puan Azlin Mahmud)

c. Bayaran Yuran: Jabatan Bendahari - Tel: 06-798 8247 / 8036 (Puan Azreen Filzah Ahmad Azizan / Encik Norman Iskandar Abdul Jamal)

(14)

14

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN

Sebelum saudara/i hadir mendaftar, pastikan perkara-perkara berikut telah diambil tindakan:

1. Sahkan terima/tolak tawaran melalui laman web

www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran

2. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Syarat-syarat Tawaran

Kemasukan (AKAD A/04) dalam laman web

www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran

3. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Peraturan Pakaian Pelajar (AKAD A/02) dalam laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran

4. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Ikrar Mahasiswa (AKAD A/10) dalam laman web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran

5. Lengkapkan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (AKAD A/01) yang boleh di dapati di laman web web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran dan di bawa pada hari pendaftaran

6. Lengkapkan Lampiran Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan (AKAD A/08) yang boleh di dapati di laman web web www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran dan di bawa pada hari pendaftaran 7. Bayar yuran di mana-mana cawangan BIMB mulai 10 Mei 2012 (Khamis)

menggunakan slip bayaran (atau - slip bayaran/slip pembayaran bil) dan serahkan tiga (3) salinan pembayaran bil BIMB (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) pada hari pendaftaran.

8. Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport pada semua ruangan yang memerlukan gambar

PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar

9. Sediakan sekurang - kurangnya satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport dan tulis nama, no. Daftar dan kod program pengajian di belakang setiap gambar

PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar

10. Sediakan satu (1) salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil/slip keputusan dan surat tawaran kemasukan bagi tujuan rekod pelajar yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional

11. Bawa sijil/slip keputusan asal SPM pada hari pendaftaran untuk tujuan semakan. Sila pastikan saudara/i mendapatkan semula dokumen asal tersebut untuk simpanan sendiri selepas disemak.

(15)

15

12. Lengkapkan tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa dan dimatikan setem setiap satu, satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin, satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar DAN satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar.

 Rujuk laman web Kementerian Pengajian Tinggi berikut: https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php

13. Pastikan keperluan harian serta perbelanjaan sara hidup harian yang mencukupi disediakan sepanjang Minggu Ta'aruf.

14. Hadir mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan mengikut jadual masing-masing.

15. Hadir mendaftar berpakaian seperti yang telah ditetapkan.

16. Baca dan fahamkan Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014 Universiti Sains Islam

Malaysia yang boleh didapati di laman web

www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran

(16)

16

LAMPIRAN 1 CARTA ALIR PERGERAKAN PELAJAR

Pelajar tiba di Stadium Tertutup Nilai (STN)

Kaunter Pertanyaan (jika perlu sahaja)

Ruang Menunggu Di Atas Stadium

Kaunter A1: Serahan Surat Tawaran Rasmi

Kaunter A: Semakan Maklumat Gambar

ADA TIADA

Kaunter B: Ambil Gambar

Kaunter C: Semakan & Pendaftaran

Kaunter D: Asrama

Kaunter E: Serahan Kad Pelajar

Kaunter F: Punch Out

Kaunter G: Koperasi

Tamat

- Serah semua dokumen yang diperlukan kepada petugas - Serah Fail Pelajar

- Ambil Slip Pengesahan Pendaftaran Pelajar Baru & Pendaftaran Kursus

- Beli Tali Leher USIM (Lelaki sahaja), RM17.00

- Beli Baju Korporat USIM (Lelaki & Perempuan), RM69.00

Terus ke asrama dan ikuti program Minggu Taaruf seperti yang telah

ditetapkan dalam Buku Program

Note: 50 orang pertama yang tiba terus ke Kaunter A

- Isi maklumat yang diperlukan di Fail Pelajar

- Susun atur dokumen dengan betul

- Ambil Kunci Kolej Kediaman - Ambil Beg Minggu Taaruf

- Ambil Kad Pelajar (jika telah siap dicetak)

(17)

17

LAMPIRAN 2 LAYOUT STADIUM TERTUTUP NILAI

LAYOUT PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAMHIDI SESI 2013/2014

30 MEI 2013 STADIUM TERTUTUP NILAI

MASUK A Ambil Gambar Se m ak an dan D af tar & da ft ar Kur su s Se rah an Kunc iKol ej Ke di am an Se rah an Kad Pe lajar B C D G KELUAR Se m ak G am ba r Ruang

Menunggu MenungguRuang

Ruang Menunggu Ruang Menunggu Pu nc h O ut F Su su na n Ku nc i2 bi lik Ki t Pel aja r Kit Pel aja r Su su na n ka d pel aja r ik ut no pel aja r A 1 Cetakan surat tawaran E Koperasi Serah sura t ta w ar an Kau nte r kh as ka spel a jar G am ab r ba ru am bi l Ruang Menunggu E 1

(18)
(19)

19

LAMPIRAN 3 JADUAL/ATUR CARA MINGGU TA’ARUF TAMHIDI SESI AKADEMIK 2013/2014

Hari/Masa 8.30 pg - 3.00 ptg 1.00 tgh - 2.00 ptg 4.15 ptg – 5.45 ptg 5.45 ptg – 8.00 mlm 8.00 mlm – 9.30 mlm 9.30 mlm 30 Mei 2013 (Khamis) Pendaftaran Pelajar Tamhidi

Makan Tengah Hari/ Rehat/Solat Zohor

Taklimat Pengajian oleh: Pengarah Pusat Tamhidi

Minum Petang/Solat Asar/Makan Malam/Solat

Maghrib

Motivasi oleh:

Prof. Madya Dr. Abd Halim Mohd Hussin

(Stadium Tertutup Nilai)

Minum Malam

(Stadium Tertutup Nilai)

(Stadium Tertutup Nilai)

(Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup Nilai)

Hari/Masa 7.30 pg - 9.00 pg 9.00 pg – 10.00 tgh 10.00 pg – 12.00 tgh 12.00 tgh - 3.00 ptg 3.00 ptg - 5.00 ptg 5.00 ptg - 8.00 mlm 8.00 mlm – 10.00 mlm 10.00 mlm 31 Mei 2013 (Jumaat)

Sarapan Pagi Latihan Lafaz Ikrar Majlis Amanat Naib

Canselor dan Lafaz Ikrar

Makan Tengah Hari/ Rehat/Solat Zohor/Solat

Jumaat

Taklimat Hal Ehwal Pelajar Minum Petang/Solat Asar/Makan Malam/ Solat Maghrib Majlis Bersama Pengerusi Lembaga Pengarah: Profesor Emeritus Tan Sr. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin Minum Malam (Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup Nilai)

(Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup

Nilai) (Stadium Tertutup Nilai) (Stadium Tertutup Nilai)

(20)

20 Hari/Masa 7.00 pg – 7.30 pg 7.30 pg - 11.00 pg 11.00 pg - 1.00 ptg 1 Jun 2013 (Sabtu) Sarapan Pagi

(Kompleks Sukan Tuanku Najihah)

Eksplorasi *Senamrobik *Walkaton *Gotong-Royong *Kenduri

(Kompleks Sukan Tuanku Najihah, Tasik Dataran Selera)

Makan Tengah Hari/ Bersurai

(Dataran Selera)

* Bas memulakan pergerakan untuk membawa pelajar seawal jam 6.30 pagi dari Kolej Kediaman Nilam Court pada 31 Mei dan 1 Jun 2013.

* Pemeriksaan kesihatan diberikan kepada ibu bapa pelajar (terhad kepada 200 orang) secara percuma semasa hari pendaftaran dengan kerjasama Unit Kesihatan Pelajar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian.

* Pelajar lelaki diwajibkan memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar gelap dan bertali leher pada 30 Mei 2013.

* Pelajar perempuan diwajibkan memakai baju kurung berwarna putih, berkain gelap serta bertudung putih pada 30 Mei 2013. * Pelajar lelaki bersolat Jumaat di KoleKediaman 1 manakala pelajar perempuan mengikuti program Bicara Siswi .

* Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher USIM yang akan dijual pada harga RM17.00 di kaunter Koperasi semasa hari pendaftaran.

* Semua pelajar diwajibkan memakai baju korporat USIM pada 31 Mei 2013. Baju korporat tersebut akan dijual pada harga RM69.00 di kaunter Koperasi semasa hari pendaftaran.

* Pada 1 Jun 2013 pelajar dikehendaki memakai t-shirt yang dibekalkan.

* Slot Eksplorasi: Pelajar akan akan melaksanakan aktiviti senamrobik di Kompleks Sukan Tuanku Najihah seterusnya melaksanakan aktiviti walkaton ke Dataran Selera untuk aktiviti gotong-royong. Di Dataran Selera, pelajar akan dibahagikan kepada (5) lima kumpulan untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong dengan diterajui oleh pelajar badan beruniform seramai 20 orang untuk setiap kumpulan.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikan peneliti fokus terhadap fashion yang bisa menjadi peran dalam branding wilaya Subang, dan Batik Nanas dapat membantu mempromosikan industri batik itu

Strategi dilakukan oleh beberapa perusahaan dalam mempertahankan loyalitas pelanggannya dengan konsep dari Customer Relationship Management (CRM), merupakan suatu

Saudara/saudari diminta untuk menjelaskan bayaran yuran pendaftaran dan fee kemasukan pada hari pendaftaran (sila muat turun buku panduan kemasukan, borang

J5: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/ terbatal

Yuran pengajian yang dikenakan tertakluk kepada subjek yang diambil pada semester semasa dengan kadar jam kredit =RM 280 / jam Jumlah yuran tidak termasuk fee kemasukan (RM50),

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke

Pelajar yang gagal Saringan Risiko COVID-19 atau positif Ujian Nasal COVID- 19 akan menjalani isolasi di dalam kampus dan akan dibawa oleh kenderaan Universiti ke

Faktor putus obat dalam kekambuhan pasien perilaku kekerasan.Sudah umum diketahui bahwa klien yang gagal makan obat secara teratur mempunyai kecenderungan untuk