PENGHARGAAN
Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini tanpa menghadapi masalah.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian tokoh-tokoh perjuangan Islam ini.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan. Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah iaitu guru matapelajaran Pendidikan Islam saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan kerjasama cikgu.
Kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Nurul Najiha Binti Abd Rauf, Teh Masrah Binti Md Suhaimi dan Nur Adlin Mazliza Binti Mazlan, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu kerja kursus saya ini.
Sekian, terima kasih
Nor Diyanah Binti Nor Hisham 1 Al Kindi
A
B
U
B
A
K
A
R
A
S
S
I
D
D
I
Q
RIWAYAT HIDUP SAIDINA ABU BAKAR
Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 572 masihi iaitu dua tahun selepas kelahiran Rasulullah. Beliau berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy. Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan menyumbang kepada perkembangan dakwah Islam. Beliau ialah lelaki pertama memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah orang yang mula-mula beriman dengan dakwah Rasulullah. Beliau diberi gelaran 'As-Siddiq' kerana pendiriannya sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah. Beliau dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullah wafat. Beliau meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun.
PERIBADI SAIDINA ABU BAKAR
Saidina Abu Bakar As-Siddiq memiliki peribadi yang sangat mulia. Sebelum memeluk Islam, beliau tidak pernah menyembah berhala dan minum arak. Setelah memeluk Islam, beliau terkenal sebagai sahabat yang sangat teguh imannya sehingga tiada siapa pun yang dapat menyamai iman Abu Bakar. Akhlaknya sangat mulia serta dikagumi oleh sesiapa sahaja.
PERIBADI BELIAU:
Sentiasa bersopan santun Tabah menghadapi dugaan Pengasih dan amat penyayang Setia kawan
Bersifat lemah lembut Pembela kebenaran
Ikhlas dalam perjuangan Benci kepada kejahatan
Bercakap benar Jujur hatinya
SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA ABU BAKAR
Sebelum Menjadi khalifah
1. Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk. 2. Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan membayar tebusan. 3. Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan.
4. Sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Rasulullah. 5. Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.
PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH
Setelah Rasulullah wafat, Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah dan untuk memilih orang yang akan menjadi khalifah. Mereka sebulat suara memilih Saad Ibn Ubadah untuk menjadi khalifah mengantikan tempat dan menyambung tugasan Rasulullah. Pada ketika itu, umat Islam sedang sibuk menguruskan jenazah Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar itu diketahui umum, Saiidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah pergi ke Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja.
Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangkan memilih salah seorang dari dua samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang daripada Ansar dan seorang daripada Muhajirin. Kemudian Basyir bin Saad dari pihak Ansar bangun dan meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu sebagai khalifah", serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam yang hadir. Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara Islam selama 2 tahun 3 bulan.
JASA ABU BAKAR AS SIDDIQ
Saidina Abu Bakar As Siddiq ialah seorang khalifah yang telah berjaya meneruskan perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah menjalankan pemerintahan dengan adil, sentiasa mengutamakan kepentingan agama, masyarakat dan negara daripada kepentingan peribadi. Saidina Abu Bakar sangat tegas dan mengambil berat dalam memastikan kesuciaan perundangan Islam dan keamanan Negara berjalan lancar. Bagi menjamin kesejahteraan masyarakat, usaha menyelesaikan bibik-bibik perpecahan yang mungkin melanda umat Islam telah dilakukan. Dengan ini, bolehlah dikatakan bahawa Saidina Abu Bakar telah berjaya meletakkan asas kepimpinan yang boleh diteladani oleh pemimpin-pemimpin selepasnya.
JASA-JASA SAIDINA ABU BAKAR
Jasanya ketika menjadi Khalifah
Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku menjadi nabi
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom
Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran
IKTIBAR
1. Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.
2. Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan sanggup berkorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama, bangsa dan negara
3. Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin seperti menyertai pilihanraya untuk memilih ketua ataupun pemimpin
Riwayat hidup saidatina khadijah
Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Beliau daripada keluarga mulia dan berharta. Beliau juga seorang tokoh perniagaan yang kaya-raya. Hidupnya dalam keadaan sederhana. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia
Saidatina
khadijah Binti
KhuwaIlid
empat puluh tahun, manakala Rasulullah pada ketika itu berusia dua puluh lima tahun. Saiditina Khadijah ialah isteri pertama Rasulullah dan wanita pertama menganut Islam.
Peribadi saidatina khadijah
Saidatina Khadijah wanita yang mulia memiliki peribadi, taat kepada perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan, dan berfikiran kreatif. Maka tidak hairanlah Rasulullah sangat mencintai Saidatina Khadijah dan menghargai pengorbanannya. Beliau wafat pada tahun ke sepuluh selepas baginda dilantik menjadi rasul, iaitu tiga tahun sebelum hijrah ke Madinah bersamaan dengan 620 masihi.
Sumbangan saidatina khadijah
Saidatina Khadijah berperanan sebagai isteri dan sahabat yang setia serta jujur dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau juga selaku pendorong dan sumber inspirasi bagi memastikan perjuangan baginda berjalan terus. Beliau telah berjaya meredakan kebimbangan baginda ketika menerima wahyu pertama yang diturunkan. Pada saat itu, beliau telah berjaya mententeramkan dan memberi keyakinan untuk meneruskan perjuangannya. Beliau sanggup berkorban harta, tenaga, perasaan, dan pemikiran untuk bersama Rasulullah mengembangkan agama Islam.
Sumbangan Saidatina Khadijah
Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap perjuangan Rasulullah.
Isteri solehah yang sentiasa setia dan jujur.
Rasulullah.
Memahami tanggungjawab Rasulullah dan sentiasa yakin dengan kebenaran perjuangan baginda.
Iktibar
1. Berusaha menjadi isteri solehah seperti taat kepada suami dan sanggup berkorban untuk kesejahteraan keluarga.
2. Penyayang dan sabar seperti sanggup bersusah payah untuk kebahagiaan keluarga.
3. Memiliki sifat keibuan seperti mendidik anak dengan penuh kasih sayang.
SUMAI
YAH
UMMU
AMMA
R BIN
YASIR
RIWAYAT HIDUP SUMAIYAH UMMU AMMAR
Nama sebenar beliau ialah Sumaiyah Binti Khabbat, seorang hamba kepada pembesar Quraisy bernama Abu Huzaifah bin al- Mughirah. Beliau berkahwin dengan Yasir bin Ammar seorang pengembala dan mendapat seorang anak
SUMBANGAN SUMAIYAH UMMU
AMMAR BIN YASIR
bernama Ammar bin Yasir. Ketika Rasulullah berdakwah, Sumaiyah dan keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya.
Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumaiyah memeluk Islam, mereka diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut. Yasir, Sumaiyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka. Namun, mereka tetap mempertahankan kesucian akidahnya. Sumaiyah pula dipakaikan baju rantai daripada besi dan dijemur di tengah panas matahari. Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."
Walaupun diseksa, Sumaiyah tetap mempertahankan akidahnya. Akhirnya Abu Jahal menikam Sumaiyah lembing sehingga mati. Beliau merupakan wanita pertama Syahid dalam Islam.
PERIBADI SUMAIYAH UMMU AMMAR
• Teguh iman • Sabar dan tabah • Tetap pendirian • Taat kepada Allah
• Berani menyatakan yang hak walaupun disiksa
• Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian aqidah
• Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam mempertahankan agama Islam
IKTIBAR
Kesucian aqidah wajib dipertahanan seperti tidak terpengaruh dengan kefahaman atau perbuatan yang merosakkan iman walau dalam apa keadaan sekalipun.
Hendaklah tabah menghadapi ujian hidup seperti tidak terpengaruh dengan tawaran pangkat atau harta untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat.
Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran dari Allah
Usaha menegakkan Islam memerlukan pengorbanan yang tinggi seperti berani menyatakan sesuatu yang hak.
BILAL
BIN
RABA
RIWAYAT HIDUP BILAL BIN RABAH
Bilal bin Rabah lahir pada tahun 43 sebelum hijrah. Beliau hamba kepada Umaiyah bin Khalaf. Penganut Islam yang pertama daripada kalangan hamba. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu, Khadijah binti Khuwailid, Abu
Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.Beliau menganut Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Apabila tuannya mengetahui tentang keislamannya, beliau telah diseksa di padang pasir panas terik. Kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat serta diletakkan batu besar di atas perutnya. Penyeksaan yang begini dasyat, sedikit pun tidak menggugat keimanannya. Mulutnya sentiasa menyebut “Ahad!! Ahad!! “ ketika diseksa. Beliau meninggal dunia pada 20 hijrah ketika berumur 63 tahun.
PERIBADI BILAL BIN RABAH
Bilal bin Rabah seorang patuh kepada perintah Rasulullah. Beliau juga seorang yang kuat imannya kepada Allah. Selain itu, Bilal bin Rabah juga merupakan seorang yang tabah dan berani menghadapi dugaan. Beliau juga sentiasa ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
SUMBANGAN BILAL BIN RABAH
Sumbangan yang boleh dirumuskan daripada peristiwa Bilal bin Rabah seperti berikut
:-SUMBANGAN BILAL BIN RABAH
• Menjadi "Muazin" (tukang azan) yang pertama pada zaman Rasulullah A) Memiliki iman yang teguh. E) Taat.
B) Berperibadi mulia. F) Rajin bekerja.
C) Sabar. G) Kuat iman. D) Cekal. H) Berani.
• Menjadi contoh teladan terungggul dalam mempertahankan kesucian aqidah
• Membantu Rasulullah menembangkan dakwah Islam dikalangan hamba
• Menyertai peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat
IKTIBAR
Iktibar yang dapat dipetik daripada perjalanan hidup Bilal bin Rabah, antaranya :-
• Menggunakan kebolehan yang ada pada diri yang untuk perkara yang baik dan berfaedah kepada agama, bangsa dan Negara seperti membantu rakan dalam kemahiran
menggunakan komputer.
• Mempertahankan prinsip Aqidah Islam adalah tanggungjawab setiap mukmin seperti tidak terpengaruh dengan ejeran sesat.
• Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t seperti sanggup bekerja lebih masa untuk kemajuan syarikat.