• Tidak ada hasil yang ditemukan

HMEF5043 Educational Psychology 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HMEF5043 Educational Psychology 1"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

MASTER OF EDUCATION

HMEF 5043

Educational Psychology ASSIGNMENT

Behaviorism, Cognitivism and Constructivism

Name : ZAINAH BINTI DON

Matric number : CGS 00373406

NRIC : 660426-07-5178

Telephone number : 019-4437782

E-mail address : enzd2604@yahoo.com

Tutor’s name : DR. LEE WAI HENG

Learning Centre : PPW Kedah

(2)

1.0 Pengenalan

1.1 Behaviorisme

Kemunculan Behaviorisme sebagai system yang mentafsir psikologi sebagai kajian tingkah laku bermula apabila Zeitgeist atau semangat zaman mula menunjukkan tanda-tanda kea rah menjadikan tingkah laku yang boleh diperhatikan secara langsung dan dikuantiti dianggap lebih bermakna sebagai bahn subjek kajian psikologi, bukan hanya suatu manifestasi yang mendasari peristiwa mental. Secara formal pergerakan behaviorisme, bermula apabila John B.Watson menerbitkan kertas kerjanya berjudul “Psychology as the behaviorist views it (1913). Watson mengemukan suatu cadangan ke arah perubahan radikal formulasi psikologi yang sedia ada dengan menegaskan suatu haluan yang dianggaapnya lebih munasabah bagi perkembangan displin psikologi. Ia bukan lagi tertumpu kepada isu-isu fikiran sedar dan fikiran tidak sedar dalaman seperti yang terdapat dan menguasai pemikiran ahli psikologi pada masa itu. Malahan, Watson menolak langsung keseluruhan keadaan mental fikiran sedar bukan fizikal yang dianggapnya sebagai permasalahan pseudopsikologi. Menurutnya’

Psychology as the behaviorist views it is a purely objective branch of natural science. Its theoretical goal is the prediction and control of behavior. Introspection forms no essential part of its methods, nor is the scientific value of its data dependent on the readiness with which they lend themselves to interpretation in terms of conciouness. The behaviorist, efforts to get unitary scheme of animal response, recognizes no dividing line between man and brute. The behavior of man, with all of its refinement and complexity, forms only part of the behaviorist’s total scheme of investigation.(1913, m.s. 158).

Melalui pengisytiharan Watson itu, bermula satu zaman hamper setengah abad lamanya psikologi dianggap sebagai sains yang kehilangan “akal” dan kemungkinan juga “kemanusiaannya”. Ini terutama sekali apabila dilihat daripada kajian pengikut aliran tingkah laku itu sendiri yang sebahagian besarnya melibatkan haiwan makmal seperti tikus putih sebagai subjek kajian mereka. Daripada penemuan diperolehi dari kajian ke atas haiwan, pengkajian aliran

(3)

tingkah laku mengemukakan generalisasinya kepada tingkah laku manusia. Dalam tahun 1930, Watson sekali lagi menegaskan,

Behaviorisme claims that conciousness is neither a definite nor usable concept. The Behaviorist who has been trained always as an experiment holds further that believe in the existence of the conciaosness goes back to the anciests of superstitidus and magic. (Watson, 1930, m.s.2).

Kehilangan akal dan kemanusiaan daripada disiplin psikologi boleh juga dilihat daripada cadangan Watson supaya pengikut aliran tingkah laku mengetepikan langsung isu-isu seperti kepekaan, pengamatan, imej, keinginan, hasrat, emosi dan pemikiran kerana istilah sedemikian boleh ditafsir hanya secara subjektif. Program penyelidikan dan isu di ketengahkan oleh golongan ini turut menafikan sebarang usaha mengkaji persoalan tentang akal dan fikiran. Pengikut aliran tingkah laku dengan penuh yakin merujuk kepada penemuan kajian ke atas tikus dan haiwan makmal lain bertujuan memperolehi pengertian tentang motivasi dan pembelajaran maanusia, termasuk formulasinya tentang pembelajaran bahasa.

Kemunculan behaviourisme sebagai aliran paling berpengaruh di Amerika bukannya peristiwa yang berlaku dengan tiba-tiba. Tanda-tanda kemunculan Behaviorisme boleh dikesan sejak zaman sebelum Greek Klasik hinggalah ke abad ke Sembilan belas. Ahli-ahli falsafah zaman pra Socrates seperti ahli fizis ionia dan hippocrate mula menghurai aktiviti manusia sebagai reaksi mekanikal berasaskan penyebab biologi atau hukum fizikal. Dalam abad ke Sembilan belas terdapat pula ahli falsafah British menyediakan asas intelektual paling jelas yang membawa kepada kemunculan behaviorisme. Falsafah Locke tentang kepasifan mental, misalnya menyediakan bukti minda manusia bergantung kepada alam sekitar bagi mendapatkan kandungannya selain itu, dua tema utama falsafah British, iaitu empirisme dan aliran perkaitan, Turut menyediakan kekuatan ke arah kemunculan behaviorsme. Pembelajaran melalui adaptasi tingkah laku

(4)

organisme sebagai perangsang alam sekitar yang ditentukan prinsip perkaitan adalah teras utama Behaviorisme.

Ditinjau dari segi kajian saintifik terdapat dua aliran penyelidikan muncul selari dan menyediakan asas kemunculan behaviorism. Pertama, terdapat kajian yang cuba menghurai proses tingkah laku berasaskan fisiologi dipelopori sekumpulan ahli fisiologi Rusia terdiri daripada Ivan M. Sechenov (1829 -1905), Vladimir M. Bekhterev (1857-1927) dan Ivan P. Pavlov (1849-1936). Kedua, terdapat kajian ahli fungsional Amerika yang dipeloporo Edward M. Thorndike dan diteruskan oleh Watson, Edwin B. Holt (1873 – 1946), Albert P. Weiss (1879 – 1931), Walter S. Hunter (1889-1954) dan Karl S. Lashley (1890-1954) yang seterusnya membawa kepada kemunculan behaviorisme Amerika moden, yang dikemukakan oleh Edwin R. Guthrie (1886- 1959), Clark L. Hull (1884-1952), Edward C. Tolman (1886-1959), dan B. F. Skinner (1904-1990). Secara keseluruhannya, tumpuan utama behaviorisme ialah untuk mengkaji tingkah laku kerana ia boleh dikaji melalui pemerhatian dibuat secara langsung. Di sebaliknya, pengikut aliran tingkah laku menganggap peristiwa mental perlu diketepikan kerana ia tidak boleh dikaji secara langsung.

Walaupun pengikut behaviorisme mempunyai matlamat yang sepunya yakni mengkaji tingkah laku yang boleh diperhatikan secara langsung, mereka masih boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai paradigmenya masing-masing. Pertama, terdapat golongan yang berpegang kepada pendirian fungsionalistik yang banyak dipengruhi kaedah saintifik Darwinisme, dalam ertikata, ia mengutamakan hubungan di antara tingkah laku dan penyelarasannya terhadap tuntutan alam sekitar. Kedua, terdapat pendirian perkaitan (associationistic), kerana pengikutnya melihat pembelajaran atau tingkah laku dipelajari atau terbina berasaskan hokum perkaitan. Pendirian perkaitan bermula daripada falsafah Aristotle yang kemudiannya dihurai oleh Locke, Berkeley dan Hume. Ketiga, terdapat segolongan pengikut behaviorisme yang menghurai tingkah laku

(5)

dengan memberi perhatian aspek kognitif. Pendirian yang diperkenalkan oleh Plato itu di perkembangkan oleh ahlifalsafah kemudian seperti Ibnu Sina, Descrates, Kant dan ahli psikologi Gestalt.

1.2 Kognitivisme 1.3 Kongstruktivisme 2.0 Teori Pembelajaran

Pembelajaran adalah satu fenomena biasa bagi kita. Dalam kehidupan. kita banyak belajar daripada pengalaman. Malah kita tidak dikatakan belajar kalau kita bertingkahlaku seperti dahulu. Dengan itu, pembelajaran membuatkan kita berbeza daripada dahulu. Sesuatu perbuatan atau pekerjaan akan menjadi senang kalau kita mempelajarinya dengan tekun.

Mengikut Kamus Dewan, Pembelajaran dikatakan sebagai “tindakan untuk memperoleh ilmu, kefahaman, atau menguasai dengan bantuan pengalaman atau kajian”. Kimble, seorang ahli psikologi pembelajaran telah memberi satu definisi yang agak munasabah bagi ahli-ahli psikologi yang lain, Satu perubahan yang agak kekal dalam potensi bertingkah laku yang berlaku hasil dari amalan yang diberi pengukuhan. Kemudian definisi ini diperbaiki, dan kini pembelajaran didifinisikan sebagai:

“Satu perubahan yang secara relatifnya kekal dalam tingkah laku atau tingkah laku yang berpotensi hasil daripada pengalaman dan perubahan ini berlaku bukan kerana perubahan keadaan badan yang sementara seperti ketika dipengaruhi keletihan, penyakit atau dadah”.

(6)

Ini adalah kerana dadah boleh mengubah tingkah laku seseorang. Contoh yang ketara ialah apabila kita mengambil ubat untuk melegakan demam badan kita berubah daripada segar menjadi ‘layu’ kerana kesan dadah penenang. Begitu juga orang yang letih seringkali membuatkan dia tidak ingin bekerja keras seperti kebiasaan. Perubahan ini adalah sementara.

Walaupun kesan pembelajaran boleh dalam pelbagai bentuk, ramai ahli psikologi berpendapat ada tiga jenis pembelajaran utama: pembelajaran klasik, pembelajaran instrumental dan pembelajaran secara pengamatan.

2.1 Behaviourisme

2.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Pavlov adalah seorang ahli fisiologi pemakanan. Beliau pernah

memperoleh hadiah novel kerana penyelidikan beliau dalam fisiologi pemakanan. Ketika menjalani penyelidikan fisiologi inilah beliau bertembung dengan fenomena yang menarik tentang peranan rangsangan yang berhubungkait dengan pemberian makanan kepada haiwan beliau.

Anjing-anjing eksperimen beliu didapati memperlihatkan pengliuran ketika makanan dibawa kepada mereka. Malahan ada anjing mengliur ketika berbau makanan atau kadang-kadang dengan hanya melihat pinggan yang biasanya diletakkan makanan ke dalamnya. Ada juga yang mengeluarkan air liur dengan hanya melihat kedatangan pengkaji atau mendengar bunyi tapak kasut mereka. Pavlov dengan itu berpendapat bahawa rangsangan-rangsangan ini telah menjadi isyarat kepada makan. Anjing-anjing itu telah mempelajari bahawa rangsangan-rangsangan ini bertindak sebagai isyarat bahawa makanan akan dibawa selepas itu. Beliau menyedari hakikat bahawa dengan mengulang padanan dua rangsangan, haiwan akan mempelajari bahawa makanan akan mengekori kalau rangsangan –rangsangan yang dengannya sudah wujud.

(7)

Rangsangan itu dikatakan boleh memencing sesuatu respons. Selepas ini Pavlov banyak menghabiskan eksperimen yang berkait dengan pembelajaran klasik ini.

Pavlov meminjam istilah yang digunakan Socrates ribuan tahun terdahulu iaitu apabila dua sensasi dialami bersama secara berulangan ia akan saling berkaitan. Misalnya, kalau anda sering bersama seseorang ke pantai atau ke tempat-tempat tertentu ia akan mencetus kenangan manis/pahit apabila suatu ketika anda melawati tempat tersebut seorang diri. Pavlov menyatakan bahawa pembelajaran klasik itu adalah satu bentuk yang berlaku secara perkaitan (asosiasi). Ia merupakan perkaitan antara rangsangan yang biasanya memancing tingkah laku dengan rangsangan yang mula-mula tidak memberi kesan apa-apa kepada tingkah laku atau rangsangan neutral. Secara khususnya Pavlov membunyikan loceng (rangsangan neutral) yang boleh didengari anjing sebelum makanan diberi. Air liur seperti biasa akan menitis. Selepas beberapa kali dipasangkan atau dipadankan bunyi loceng dengan makanan anjing mula mengeluarkan air liur pada ketika loceng dibunyikan. Jadi, apabila loceng sahaja dibunyikan, haiwan itu akan mula mengeliur sekalipun daging belum diberikan.

Fasa 1

UCS UCR

(daging) (pengliuran)

Fasa 2

UCS + NS UCR

(daging) + loceng (pengliuran)

Fasa 3

CS CR

(loceng) (pengliuran)

Rajah 1

Pelaziman klasik dengan menggunakan loceng dan daging pada anjing

(8)

Dalam fasa 1, daging yang dikatakan sebagai rangsangan tak terlazim (UCS) memencing respon tak terlazim (UCR) dan ini adalah proses biasa. Daging boleh memencing respons tanpa dipelajari. Ia adalah satu refleks yang ada pada setiap organisma hidup. Dalam fasa 2, rangsangan neutral (NS) digunakan yang selalunya tidak diberi perhatian oleh organisme kerana tidak ada perkaitan antara NS dengan makanan yang memancing respons pengliuran. Bagaimanapun selepas beberapa waktu, peranan NS menjadi ketara kerana kehadirannya sudah boleh memancing pengliuran. Fasa 3, melihat urutan dari persembahan NS. Ketika ini loceng sudah boleh memancing pengliuran. Ia kini berfungsi sebagai rangsangan terlazim (CS) yang boleh memancing pengliuran sekalipun UCS tidak ada. Dengan iut rangsangan terlazim adalah rangsangan yang memperoleh data memancing respons yang dipancingnya (dalam kes ini pengliuran) adalah respons terlazim (CR).

2.1.2 Teori Thorndike

Ahli psikologi yang terkemuka dalam bidang pembelajaran, Thorndike adalah orang yang pertama menemukan pembelajaran secara instrumental ini. Beliau telah menggunakan sebuah sangkar yang dikenali sebagai ‘kotak sesat Thorndike). Dalam kotak ini ada satu tuas kecil yang perlu dipijak haiwan yang dikurung untuk keluar melalui pintu yang terselak (kunci). Apabila kucing Berjaya memijak tuas ini, selak akan terangkat dan pintu akan terbuka. Kucing kemudian akan diberi makan sebagai ganjaran kepada kejayaan membuka pintu sangkar tersebut. Prosedur ini diulang sampai kucing itu menyedari bahawa untuk keluar daripadasangkar dan kemudian mendapat ganjaran makanan ia perlu menekan tuas kecil itu.

Thorndike menyatakan bahawa kucing itu telah mempelajari sesuatu kerana masa yang diambil untuk menekan tuas telah berkurangan dan dengan itu dinyatakan bahawa pembelajaran instrumental telah berlaku. Bermula dengan

(9)

eksperimen ini Thorndike telah memperkenalkan beberapa istilah yang penting dalam psikologi terutama sekali psikologi pembelajaran. Antara hokum ciptaan Thorndike yang sering dibincangkan ialah: Hukum Kesediaan, Hukum Latihan, Hukum Kesan, Respons secara analogi, kesepunyaan dan penyebaran kesan. Hukum-hukum ini ada kaitan dengan asosiasi antara respons dan pengukuhan yang diberikan.

2.1.3 Teori Pelaziman Operan Klasik

Pembelajaran instrumental lebih banyak dikaitkan dengan seorang lagi ahli psikologi pembelajaran Universitu Harverd, Skinner. Beliau menggunakan alat yang ciptaannya sediri yang dinamakan Kotak Sknner. Dalam kotak ini, terdapat tuas yang perlu ditekan haiwan supaya ia dapat menghubungkan litar mekanisme yang akhirnya akan membebaskan pellet makanan kepada haiwan yang terlibat. Di samping itu terdapat juga perakam kumulatif yang boleh memberi maklumat melalui graf tentang kadar respons haiwan bagi satu-satu masa.

Pelaziman Instrumental atau operan istilah Skinner melibatkan beberapa langkah utama. Kalau langkah-langkah ini tidak diikuti, pembelajaran operan mungkin tidak berlaku seperti yang dikehendaki. Pertama sekali haiwan perlu menjalani proses deprivasi. Dalam proses ini haiwan diletakkan sama ada mengikut jadual deprivasi selama 23 jam atau makan bebas dengan makanan terhad yang telah ditetapkan beratnya. Dalam kes pertama haiwan diberi makan sebanyak mana yang disukainya selepas dideprivasikan selama 23 jam. Dalam diprevasi ini bagaimanapun air disediakan. Dalam kes kedua pula haiwan diberi beberapa gram makanan untuk selama 24 jam. Berat badan harus berkurang sehingga 80 peratus daripada asal sebelum eksperimen dimulakan. Jika tidak haiwan tidak ‘berminat’ (bermotivasi) untuk menjalani “latihan pembelajaran”.

(10)

Selepas diprevasi, haiwan diletakkan ke dalam kotak Skinner bagi latihan magazine. Pengkaji boleh menggunakan suis tangan untuk menggerakkan mekanisme pemberi makanan yang akan menjatuhkan pellet makanan ke mangkuk makanan yang ada di dinding kotak Skinner, di samping memastikan haiwan itu tidak selalu berada dekat dengan mangkuk makanan. Ketika menjatuhkan makanan, biasanya mekanisma pemberi makanan ini akan mengeluarkan bunyi ‘klik’ yang kuat. Tujuan latuhan ini ialah untuk mengajar haiwan itu mengaitkan bunyi tersebut dengan kewujudan makanan dalam mangkuk makanan. Pada masa ini bunyi ‘klik’ itu menjadi pengukur sekundarnya yang bertindak sebagai isyarat atau tandasaran yang menendakan bahawa makanan itu akan berada dalam mangkuk makanan.

Prosedur seterusnya ialah meletak haiwan ke dalam kotak Skinner tanpa diganggu. Lama-kelamaan, haiwan itu akan menekan tuas dan makanan akan dijatuhkan ke mangkuk. Pada permulaannya secara tidak disengajakan tetapi kemudian tikus menjadi lazim menekan tuas bagi mandapat ganjaran makanan. Mengikut prinsip operan, sesuatu tingkahlaku apabila diberi ganjaran dan meningkatkan kebangkalian ia diulangi pada masa yang akan dating.

Cara di atas mengambil masa yang agak lama. Ada satu cara lain yang lebih cepat iaitu pembentukan. Dalam prosedur ini, respons yang diingini digalakkan dengan menggunakan pengukuhan keberbedaan dan tafsiran berurutan. Haiwan seperti biasa diletakkan dalam skinner tetapi tidak dibiar sampai tertekan tuas dengan tidak sengaja. Sebaliknya haiwan itu diajar melalui pembentukan sampai menyedari bahawa tindakan menekan tuas boleh mendatangkan ganjaran makanan.

(11)

2.2.1 Teori Pembelajaran Gestalt

Ahli Psikologi Gestalt sudahpun diperkenalkan ketika membicarakan fenomena persepsi. Pada asasnya mereka berpendapat bahawa pembelajaran sebagai fenomena kognitif. Apabila sesuatu makhluk mengalami sesuatu masalah wujudlah apa yang dikatakan sebagai ‘ketidak seimbangan kognitif’. Keadaan ini menimbulkan desakan atau motivasi yang mendorong makhluk terlibat mengembalikan keseimbangan. Keseimbangan akan wujud apabila masalah dapat diselesaikan.

Apabila sesuatu makhluk dihadapkan dengan masalah, ia akan memikirkan kesemua kemungkinan yang ada untuk menyelesaikan masalah tersebut. Secara kognitifnya ia akan cuba menyatukan unsur-unsur yang bersesuaian bagi menyelesaikan sebelum mencuba alternative yang lain. Biasanya, penyelesaian kepada masalah datang secara tiba-tiba. Dengan kata lain, makhluk itu dikatakan telah mendapat kecelikan akal bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pembelajaran celik akal mempunyai empat cirri utama. Pertama, transisi daripada masa sebelum ada penyelesaian sampai kepada penyelesaian masalah adalah satu proses yang terjadi secra tiba-tiba yang lengkap. Kedua, penyempurnaan tugas dengan cara celik akal biasanya licin dan bebas daripada kesalahan. Ketiga, cara menyelesaikan masalah melalui celik akal akan lebih kekal dalam ingatan daripada kaedah lain. Akhir sekali, prinsip yang diperoleh melelui celik akal boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah lain.

Selain itu, mengikut Gestalt pembelajaran itu didasarkan kepada memahami apa yang mendasari sesuatu masalah itu. Pembelajaran cara ini datang daripada individu itu sendiri tanpa dipaksa oleh orang lain. Dengan itu juga ia mudah dimanfaatkan kepada keadaan lain dan diingati untuk sekian lama. Pemahaman sesuatu masalahmelibatkan emosi, sikap, persepsi dan daya intelek seseorang individu. Apabila menyelesaikan masalah, individu harus

(12)

secara kognitif menyusun komponen-komponen masalah sehingga tercapai penyelesaian melalui pemahaman.

2.2.2 Teori Pembelajaran Piaget

2.2.3 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Permodelan didapati banyak mempengaruhi tingkah laku manusia. Banyak tingkah laku boleh dipelajari dengan melihat cara model bertingkah laku dan diberi pengukuhan kerana tingkah laku tersebut. Perolehan tingkah laku ini adalah hasil daripada pengukuhan vikarius. Begitu juga banyak tingkah laku diketepikan kerana melihat model didenda akibat tingkah laku bersalahan dengan harapan masyarakat. Ada tingkah laku yang digeruni tetapi dilakukan juga oleh pemerhati kerana in telah dilakukan oleh model tanpa mendatangkan apa-apa kesan yang memudaratkan. Pemodelan juga boleh merangsang kreativiti dalam diri pemerhati. Pemerhati boleh melihat an memilih strategi-strategi yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2.2.4 Teori Pembelajaran Ausubel 2.2.5 Model Pemprosesan Maklumat

2.3 Konstruktivisme

2.3.1 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 2.3.2 Peranan Pelajar dan Peranan Guru

(13)

3.1 Behaviourismedalam pembelajaran berbantukan computer

3.2 Kognitivisme dalam perisian Pembelajaran Berbantukan Kompoter 3.3 Konstruktivisme dalam Sains

4.0 Perbandingan antara Teori-teori Pembelajaran

4.1 Pembelajaran 4.2 Pengajaran 4.3 Penilaian

4.4 Pengurusan Bilik Darjah Rujukan

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan pembelajaran umum : Mahasiswa dapat memahami proses perubahan sosial dalam perspektif sosiologi dan psikologi Jumlah pertemuan : 1 (satu) kali. Pertemuan

Dari definisi-definisi para ahli tersebut, dapat disimpulkan bahwa pembelajaran kooperatif adalah metode pembelajaran yang melibatkan sejumlah kelompok kecil siswa

Nota: Di mana pertanyaan adalah rumit, bank akan memberi satu jangka masa yang munasabah memastikan pelanggan diberi maklumat terkini dari semasa ke semasa.. Counter

Tujuan pembelajaran umum : Mahasiswa dapat memahami proses perubahan sosial dalam perspektif sosiologi dan psikologi Jumlah pertemuan : 1 (satu) kali. Pertemuan

Berdasarkan definisi yang diungkapkan oleh para ahli di atas dapat disimpulkan bahwa sikap merupakan kecenderungan psikologi untuk menilai objek secara positif atau

Dari definisi – definisi para ahli tersebut, dapat disimpulkan bahwa pembelajaran kooperatif adalah metode pembelajaran yang melibatkan sejumlah kelompok kecil

Demikian juga pada indikator menentukan perubahan entalpi reaksi siswa masih mengalami miskonsepsi karena meskipun siswa mengetahui definisi perubahan entalpi tetapi

Seorang guru tidak akan dapat melaksanakan tugasnya bila tidak menguasai salah satu metode mengajar yang telah dirumuskan dan dikemukakan para ahli psikologi