• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD

KETUA EDITOR / EDITOR-IN-CHIEF Mohd Azam Yahya

EDITOR KERJA / EXECUTIVE EDITOR Mohd Sufiean Hassan

Nurul Athirah Mohd Azmi Mohd Sabree Nasri

Norizan Samri Siti Nur Afiqah Syafie

Noor Azizah Jakaria

AHLI SIDANG EDITOR / EDITORIAL BOARD MEMBERS Mohd Taib Dora (Prof. Dr.) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Mohd Fadzil Mohd Idris (Prof. Madya Dr.) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Rahisam Ramli Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Abd. Basir Mohamad (Prof. Dr.) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Nasran Mohamad (Prof. Dr.) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sanep Ahmad (Prof. Madya Dr.) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Zulfakar Ramlee (Dr.) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) Nur A’thiroh Masya’il Tan Abdullah@Tan

Ai Pao (Dr.)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Zulkefli Abu Bakar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Mohd Hakim Mothar Rijan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Muhd Taufiq A. Razak @ A. Rashid Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Azharuddin Abdollah Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Saharia Ismail Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Fatimah Nadirah Mohd Noor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

GRAFIK / GRAPHIC Mohd Azzumardy Suboh

(3)

PENERBIT

KONSEP, REKABENTUK & PERCETAKAN

JURNAL ‘ULWAN (ISSN: 2504-8511) diterbitkan setahun sekali oleh Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) untuk / dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam KUIM. Ianya adalah sebagai platform penyebaran ilmu dan maklumat dari aspek teori, aplikasi dan penyelidikan dalam bidang Syariah (Kewangan Islam, Perundangan Islam, Sumber Manusia), Usuluddin dan Quran Sunnah.

SUMBANGAN ARTIKEL

Segala pertanyaan mengenai jurnal dan sumbangan artikel hendaklah dialamatkan kepada:

Editor

Jurnal ‘Ulwan

Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka, KM 45 Kuala Sg. Baru, 78200 Melaka.

E-mel: editor.ulwan@kuim.edu.my

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by DE Advertising & Enterprise

No 5, Jalan MP11, Merdeka Permai, 75350 Melaka.

(4)

JURNAL‘ULWAN

JILID 1 (VOLUME 1)

ISSN 2504-8511

2016/1437 H

Murtad: Antara Hak Kebebasan Beragama dan Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia

Mohd Sabree Nasri & Mohd Sopiee Shiddeq

1

Pembiayaan Rumah Menerusi Kontrak Musharakah Mutanaqisah di Institusi Perbankan Islam Malaysia: Sorotan Literatur Sistematik Rahisam Ramli & Ahmad Dahlan Salleh

19

Instrumen Pelaburan bagi Penjanaan Dana Wakaf Institusi Pengajian Tinggi (IPT): Satu Tinjauan

Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis Ismon & Shahrina Romli

41

Fardhu ‘Ain Sebagai Kerangka Pembentukan Disiplin Pelajar di Institusi Pendidikan Islam

Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya & Fatimah Nadirah Mohd Noor,

63

Skim Zawaj: Produk Perkhidmatan Untuk Perkahwinan Nurul Athirah Mohd Azmi & Sanep Ahmad

79

Keberkesanan Kelas Takmir Dalam Pengajian Hadis Di Masjid Daerah Melaka Tengah: Pendekatan Dan Penambahbaikan

Azmi Budin

95

Metodologi Perumian Kitab-Kitab Klasik, Kajian Terhadap Kitab Tafsir Nur Al-Ihsan

Luqman Hakeem Rusdi

119

Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Pemakaiannya Di Malaysia: Isu Dan Cabaran

Adam Badhrulhisham

137

Pengajian Syariah Dan Pembinaan Tamadun Islam Di Malaysia Nur Hayati Md Dahlal & Mohd Izzuddin Mohd Noor

159

Risiko Pengurusan Dana Wakaf Untuk Institusi Pendidikan Tinggi Di Malaysia: Satu Kerangka Konseptual

Nur Farhana Dahalan, Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Yuhanis Ismon & Shahrina Romli

175 Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

(5)

MURTAD: ANTARA HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN

KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA

Mohd Sabree Nasri Kolej Universiti Islam Melaka

Mohd Sopiee Shiddeq Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak kurun ke-12 lagi. Malah kedudukan Islam sebagai agama utama Persekutuan turut dinyatakan melalui Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Namun kedudukan tersebut terjejas dengan isu murtad di Malaysia dengan alasan Hak Kebebasan Beragama. Tidak terdapat peruntukkan undang-undang yang jelas dan ketidakseragaman undang-undang mengenai kesalahan berkaitan murtad turut menambah derita bagi isu murtad di Malaysia. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk mengulas mengenai isu murtad di Malaysia secara ringkas dan kemudian memberikan cadangan mekanisme ke arah penyeragaman undang-undang murtad di Malaysia.

Kata kunci: Murtad, kebebasan beragama, Perlembagaan Persekutuan,

(6)

19

PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH

MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM

MALAYSIA: SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK

Rahisam Ramli Kolej Universiti Islam Melaka

Ahmad Dahlan Salleh Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Pembiayaan Musharakah Mutanaqisah (MM) mempunyai struktur yang lebih unik kerana boleh mengurangkan tempoh pembiayaan dan mempercepatkan hak pemilikan. Namun perbahasan MM masih kurang dianalisis menggunakan pendekatan sorotan literatur sistematik berbanding sorotan literatur secara naratif dan tematik. Sorotan literatur sistematik boleh meningkatkan pembuktian dengan terperinci dan berkesan terhadap sesuatu permasalahan. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam talian dan perpustakaan. Sebanyak 47 artikel sebagai sumber utama untuk dianalisis. Analisis kajian mendapati sebanyak 46 artikel (98%) kajian MM diperolehi menerusi dalam talian dari pelbagai sumber seperti buku, kertas kerja persidangan, artikel elektronik, jurnal dan tesis. Manakala sebanyak 1 bahan (2%) sorotan literatur diambil dari pangkalan data bukan talian di Perpustakaan UM. Kajian mendapati bentuk konseptual mendominasi fokus utama dalam kajian MM berbanding bentuk empirikal. Dari aspek cadangan pula, sorotan literatur MM tertumpu pada model pengiraan MM yang lebih seimbang, penentuan kadar sewa yang lebih praktikal, pemindahan risiko kepada pelanggan dan kaedah perlindungan risiko jika wujud kes penamatan awal. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan MM dalam perbankan Islam.

Kata kunci: Pembiayaan rumah, Musharakah mutanaqisah, perbankan Islam,

(7)

INSTRUMEN PELABURAN BAGI PENJANAAN DANA WAKAF

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT):SATU TINJAUAN

Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis Ismon

& Shahrina Romli Kolej Universiti Islam Melaka Abstrak

Wakaf pendidikan merupakan sesuatu dana dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan yang digunakan untuk pembangunan pendidikan. Wakaf pendidikan tinggi telah mula berkembang di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia yang ingin mengurangkan kebergantungan pendidikan dengan menggunakan dana kerajaan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menubuhkan tabung wakaf pendidikan melalui IIUM Endowment Fund pada tahun 1999. Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah IPT lain dari tahun ke tahun. Namun begitu, penjanaan dana wakaf melalui instrumen pelaburan masih belum berkembang. Terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang boleh digunakan oleh IPT tetapi belum ada kajian khusus yang dilakukan untuk mengkaji instrumen tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji instrumen-instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah jenis kajian deskriptif. Kaedah kajian menerusi kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada artikel, jurnal, kertas persidangan, penyelidikan dan dokumen yang berkaitan yang dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat empat instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT. Instrumen tersebut ialah sukuk musyarakah, wakaf korporat, sukuk ijarah dan wakaf amanah pelaburan hartanah Islam (i-REIT). Implikasi penting kajian ini mendapati pendekatan baru perlu dilaksanakan oleh IPT dalam penjanaan dana wakaf dengan mereka bentuk model pelaburan yang bersesuaian untuk pembangunan wakaf IPT.

Kata kunci: Penjanaan dana wakaf, intrumen pelaburan, dana wakaf IPT, sukuk

(8)

78

FARDHU ‘AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBENTUKAN DISIPLIN

PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, & Fatimah Nadirah Mohd Noor Kolej Universiti Islam Melaka

Abstrak

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti dan menganalisis ilmu fardhu ‘ain sebagai kerangka pembentukan disiplin pelajar. Penelitian ini penting memandangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan analisis tekstual yang telah dilakukan ilmu fardhu ain yang mempunyai tiga elemen utama iaitu Tauhid (akidah), Fekah (syariat) dan Tasauf (akhlak) mampu memberikan kesan kepada pembentukan disiplin pelajar. Hal ini kerana elemen akidah akan membina hubungan ketuhanan antara pelajar dengan tuhan. Manakala elemen Fekah (syariat) juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan landasan kehidupan yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni dari faktor dalam diri pelajar.

(9)

Jurnal ‘Ulwan Ulwan’s Jurnal Jilid 1 2015: 79-94

SKIM ZAWAJ: PRODUK PERKHIDMATAN UNTUK

PERKAHWINAN

Nurul Athirah Mohd Azmi & Sanep Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu produk kewangan untuk membantu mengurangkan beban kewangan kepada pasangan yang ingin berkahwin. Kajian ini penting rentetan daripada isu kekangan kewangan dan fenomena kahwin lewat dalam kalangan golongan muslim Malaysia. Produk akan dibentuk menggunakan metodologi Guidelines on Introduction of New Products sebagaimana ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu bagi memastikan produk berstatus patuh Shariah, kajian juga menggunakan kaedah istinbat hukum Shariah berdasarkan ilmu usul fiqh dan qawa'id fiqhiyyah. Hasil kajian menunjukkan satu produk baru Skim Zawaj boleh ditawarkan menggunakan kontrak ijarah disasarkan kepada bakal pengantin yang tidak mempunyai simpanan. Skim pembiayaan dinamakan

ijarah al-khadamat yang menghendaki pihak bank berkolaborasi dengan wedding planner dalam menguruskan majlis resepsi perkahwinan sebagaimana dipohon

oleh bakal pengantin. Pihak bank mengenakan upah atas sewa perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sebagai pulangan pembiayaan. Implikasi penting kajian adalah Skim Zawaj dilihat sangat membantu dalam mengatasi masalah kos pinjaman, dijangka dapat menggalakkan golongan muda melaksanakan perkahwinan lebih awal dan secara tidak langsung dapat mengatasi masalah sosial akibat perkahwinan lewat.

Kata kunci: Produk perkahwinan, Skim Zawaj, Ijarah al-Khadamat, Kahwin

(10)

159

KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS

DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN

PENAMBAHBAIKAN

Azmi Budin

Kolej Universiti Islam Melaka azmibudin@kuim.edu.my Abstrak

Peranan Kelas Takmir dalam Pengajian Hadis di Masjid adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan Islam kepada masyarakat Islam dalam menghayati sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan mereka serta mengamalkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Kajian ini dilaksanakan berasaskan soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran pengajian hadis. Lima buah masjid yang dipilih di daerah Melaka Tengah iaitu Masjid Ar-Rabbani Tangga Batu Pekan, Masjid Wahdi As- Siddiq Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Masjid As- Shuhada Kem Terendak, Masjid Al-Ghufran Bertam Ulu dan Masjid Al- Rahmah Bukit Kechil. Keputusan kajian menunjukan Pengajian Hadis memainkan peranan penting dalam menambahkan kefahaman yang lebih luas kepada masyarakat, mendedahkan kepentingan Kelas Takmir dan sekaligus memertabatkan peranan insitusi masjid dalam penyebaran ilmu Islam. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis amat bersesuaian dengan semua golongan dalam menambahkan ilmu tentang amalan sunnah Rasulullah S.A.W dan menyedari kepentingan mempelajari hadis. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis ini boleh ditingkat keberkesananya melalui kepelbagaian metodologi pengajaran dan pembelajaran oleh guru Takmir

(11)

METODOLOGI PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN

TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN

Luqman Hakeem Rusdi Kolej Unversiti Islam Melaka Abstrak

Kitab Tafsir Nur al-Ihsan didatangkan dengan skrip tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan merumi terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku, makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang ditulis oleh Haji Muhammad Sa’id, Mufti Kedah. Hasil kajian ini mendapati Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan, beberapa kaedah perumian juga turut diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap baris ayat al-Qur’an dan teks kitab berkenaan. Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh generasi pada masa kini.

(12)

159

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PEMAKAIANNYA DI

MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

Adam Badhrulhisham

Kolej Universiti Islam Melaka Abstrak

Sejarah merekodkan kedatangan Islam ke Malaysia atau Tanah Melayu adalah berasal dari para pedagang dan pendakwah Yaman yang berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekaligus menjadikan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai pegangan yang digunapakai secara meluas dan menjadi mazhab rasmi bagi masyarakat Islam sehingga hari ini. Namun begitu terdapat segelintir masyarakat yang berpegang dengan fahaman selain ASWJ dan mula mencabar kedudukan ASWJ sebagai pegangan utama masyarakat. Kertas kerja ini cuba menjelaskan realiti pemakaian akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan mengupas isu yang dihadapi dan cabaran yang terpaksa dilalui dalam menangani kepelbagaian mazhab akidah yang mula wujud dalam konteks Malaysia.

(13)

PENGAJIAN SYARIAH DAN PEMBINAAN TAMADUN ISLAM DI

MALAYSIA

Nor Hayati Md Dahlal Universiti Utara Malaysia Mohd Izzuddin Mohd Noor Kolej Universiti Islam Melaka Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang perkembangan sistem pengajian Syariah dan sumbangannya dalam membina tamadun Islam di Malaysia, bermula daripada abad yang ke -14 sehinggalah ke zaman moden. Ekoran daripada itu, artikel ini lebih merupakan usaha awal yang cuba menganalisa model-model yang sepatutnya diterapkan secara bersepadu di dalam pengajian syariah dalam pembinaan tamadun Islam di Malaysia. Bagi mencapai hasrat ini, kajian ini akan cuba menumpukan perhatian terhadap pengajian syariah di dalam pembinaan tamadun melayu, yang kemudiannya akan cuba dibandingkan dengan realiti pembaharuan sistem pendidikan Islam semasa di Malaysia.

(14)

175

RISIKO PENGURUSAN DANA WAKAF UNTUK INSTITUSI

PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA: SATU KERANGKA

KONSEPTUAL

Nur Farhana Dahalan, Rahisam Ramli, Roslina Hashim, Nur Yuhanis Ismon & Shahrina Romli

Kolej Universiti Islam Melaka Abstrak

Wakaf pendidikan tinggi merupakan suatu dana sama ada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan yang digunakan untuk menyediakan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Namun, pengurusan risiko dalam mengendalikan wakaf pendidikan tinggi kurang diperdebatkan berbanding aspek pengurusan wakaf untuk membina masjid, surau dan pusat komersial yang lain. Sedangkan pengurusan risiko dalam pendidikan tinggi dapat menyediakan maklumat berguna kepada pengurusan wakaf. Keupayaan pengurusan wakaf dalam mengenal pasti risiko mampu meningkatkan keberkesanan urus tadbir. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menyumbang beberapa risiko-risiko yang wujud dalam pengurusan wakaf pendidikan tinggi.

(15)

Panduan Penulisan

Jurnal ‘Ulwan Akademi Pengajian Islam Kolej Universiti Islam Melaka

1. Tajuk makalah mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris. 2. Makalah boleh ditulis dalam bahasa Melayu ATAU bahasa Inggeris.

3. Abstrak mestilah ditulis dalam bahasa Melayu, DAN bahasa Inggeris berserta kata kunci (keywords).

4. Setiap artikel atau petikan yang diambil dari terbitan lain mesti diletakkan nota kaki sebagai rujukan.

5. Makalah mestilah dihantar dalam bentuk softcopy berserta dua salinan hardcopy untuk tujuan penilaian.

6. Nama, gelaran, jawatan, alamat penuh, nombor telefon, dan butir-butir mengenai penulis hendaklah disertakan selepas kesimpulan.

7. Makalah hendaklah ditaip pada kertas putih bersaiz A4 sahaja, langkau 1.0 baris, menggunakan Font Times New Roman saiz 11.

8. Penulis tidak boleh menghantar makalah yang telah ditulis oleh penulis lain atau makalah yang telah diterbitkan oleh media cetak, media elektronik atau lain-lain bentuk terbitan.

9. Melampirkan bibliografi pada bahagian akhir makalah.

10. Jumlah patah perkataan adalah antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan. 11. Editor berhak menolak mana-mana makalah atau artikel yang tidak memenuhi

syarat-syarat penerbitan seperti di atas.

12. Manuskrip lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel atau pos atau serahan tangan ke alamat:

Editor Jurnal ‘Ulwan Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka,

KM 45 Kuala Sg. Baru, 78200 Melaka.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu dapat disimpulkan bahwa penerapan pengajaran menggunakan strategi amati tiru modifikasi (ATM) dengan media video memberikan pengaruh yang lebih

Selain itu karakter tersebut tetap menjadi poin utama dalam penciptaan karya ini, meskipun tahapan eksplorasi yang dilakukan baik dari segi media atau karakter

Pembuatan  dan  pemanfaatan  arang  limbah  kayu  untuk  menjerap  gas  metan.….Heri  Soedarmanto,  dkk..  Arang  yang   dihasilkan  (kondisi  panas)  kemudian

Tingginya kandungan nutrisi yang dimiliki Lemna minor diharapkan dapat digunakan sebagai alternatif bahan dalam penggunaan substrat Lemna minor dan lumpur untuk

Hasil dari penelitian menunjukkan bahwa kehadiran Imam Desa dalam proses politik memberikan pengaruh yang cukup signifikan dan membawa perubahan pada pola prilaku

Tugas akhir ini bertujuan untuk mengimplementasikan suatu sistem yang dapat mengidentifikasi karakter tanggal pembayaran, Nomor Induk Mahasiswa (NIM), nama mahasiswa, dan

pengertian sistem informasi prototype digunakan untuk membantu sistem desain yang akan dibangun sistem informasi secara intitusi dan mudah diubah untuk end user, prototipe

Meningkatnya kandungan thiamin dapat menginisiasi pertumbuhan akar tanaman anggrek pada perlakuan pemberian leri beras merah pecah kulit frekuensi 2 atau 4 hari sekali untuk