• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rancangan Integrasi Murid-Murid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rancangan Integrasi Murid-Murid"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)

Draf

BUKU PANDUAN

Rancangan Integrasi Murid-Murid

BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia

(2)

KANDUNGAN Muka Surat

BAB 1 RANCANGAN INTEGRASI MURID- MURID 3-4 BAB 2 ORGANISASI JAWATANKUASA RANCANGAN 5-10

INTEGRASI MURID-MURID

BAB 3 KEGIATAN-KEGIATAN KHAS YANG 11-19 DICADANGKAN UNTUK PERLAKSANAAN

BAB 4 PENGESANAN DAN PELAPORAN 20-26

LAMPIRAN-LAMPIRAN

(a) Lampiran‘A’ CARTA ALIRAN PELAKSANAAN 27-28 RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID

UNTUK TINDAKAN GURU-GURU BESAR KETIGA-TIGA JENIS SEKOLAH YANG BERKENAAN.

(b) Lampiran‘B’ PROSES KERJA PELAKSANAAN 29-30 RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID

UNTUK TINDAKAN GURU-GURU BESAR KETIGA-TIGA JENIS SEKOLAH YANG BERKENAAN.

(3)

BAB 1

RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID

1. Pendahuluan

1.1 Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan kaum. Sekolah adalah merupakan salah satu agen yang berkesan kearah menyatupadukan murid-murid. Sekolah juga boleh memainkan peranan yang lebih berkesan jika kegiatan-kegiatan khas dijalankan bersama di antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T) terutamanya sekolah-sekolah yang terletak di dalam satu kawasan atau yang berhampiran (tetapi bukan dalam satu kawasan). Peluang untuk bergaul dan bermesra di kalangan murid-murid bagi sekolah-sekolah di dalam satu kawasan atau yang berhampiran ini hendaklah diwujudkan. Demikian juga jika peluang untuk bergaul dapat disediakan dengan baik dan dilaksanakan secara sedar dan terancang serta bertanggungjawab, proses integrasi murid-murid pelbagai kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah itu dapat dipupuk dan dibina lebih awal sebelum mereka masuk ke sekolah-sekolah menengah.

1.2 Rancangan ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah yang berkenaan itu berkongsi mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari sekolah atau sekolah-sekolah yang terlibat akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di sekolahnya sendiri. Perkongsian ini juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mengadakan kemudahan atau peralatan tersebut bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan atau peralatan itu.

1.3 Rancangan yang dicadangkan ini adalah rancangan kegiatan-kegiatan khas dan oleh kerana itu ia tidak akan menjejaskan keperibadian serta kedudukan ketiga-tiga jenis sekolah rendah yang berkenaan. Disebaliknya, rancangan ini akan mempertingkatkan lagi kerjasama di antara ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam usaha-usaha yang mendatangkan faedah dan kepentingan bersama.

2. Konsep

Rancangan Integrasi Murid-Murid ini menekankan penglibatan dan kerjasama murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang jenis sekolah yang berkenaan di dalam:

2.1. Penggabungan kegiatan-kegiatan khas;

2.2. Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah;

(4)

3. Objektif Rancangan

Objektif rancangan ini adalah:

3.1. Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan di dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama;

3.2. Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama, tolong menolong muhibah dan toleransi di antara murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara sedar dan terancang;

3.3. Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan secara bersama dengan maksima.

4. Murid-murid Yang Terlibat

4.1. Murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan yang berada di dalam satu kawasan.

4.2. Murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan yang berhampiran (tetapi bukan di dalam satu kawasan) yang membolehkan rancangan ini dijalankan dengan berkesan. 4.3. Murid-murid dan sekolah-sekolah yang akan dilibatkan dalam rancangan ini telah pun

dikenalpasti oleh Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.

5. Pengesanan Dan Penyeliaan

5.1 Unit Ko-Kurikulum di Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan adalah bertanggungjawab di atas pelaksanaan, pengesanan dan penilaian Rancangan Integrasi Murid-Murid ini.

6. Tarikh Pelaksanaan

(5)

BAB 2

ORGANISASI JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID

1. Pendahuluan

1.1 Dalam melaksanakan Rancangan Integrasi Murid-Murid satu Jawatankuasa adalah dikehendaki ditubuhkan yang dianggotai oleh Lembaga-Lembaga Pengurus, Persatuan- Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).

2. Keanggotaan

Keanggotaan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah tertakluk kepada berikut:

2.1 Seorang ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi tiap-tiap satu dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.

-3 orang

2.2 Seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah bagi tiap-tiap satu dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.

-3 orang

2.3 Grur-guru Besar dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat. -3 orang 2.4 Guru-guru Penolong Kanan dari ketiga-tiga jenis sekolah yang

terlibat.

-3 orang

2.5 2 orang guru dilantik dari tiap-tiap jenis sekolah yang terlibat. -6 orang

3. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi :

3.1 Seorang Pengerusi 3.2 Seorang Naib Pengerusi I 3.3 Seorang Naib Pengerusi II 3.4 Seorang Setiausaha

3.5 Seorang Penolong Setiausaha 3.6 Seorang Bendahari dan

3.7 Tidak lebih daripada 8 orang Ahli Jawatankuasa 3.8 2 orang Pemeriksa Kira-Kira

(6)

Hendaklah Seperti Berikut :

4.1 Pengerusi hendaklah dipilih daripada salah seorang Guru-Guru Besar dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan. Jawatan ini akan dipegang oleh Guru Besar itu bagi tempoh satu penggal dan selepas itu diambil alih oleh Guru Besar yang lain. Jawatan Pengerusi ini hendaklah ditukarganti mengikut giliran seperti yang telah dipersetujui terlebih dahulu. 4.2 Naib Pengerusi I dan Naib Pengerusi II hendaklah dipilih daripada Guru-Guru Besar

ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan. Perlantikan adalah bagi tempoh satu penggal. 4.3 Setiausaha hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah itu.

Perlantikan Setiausaha ini adalah bagi tempoh satu penggal. Jawatan ini hendaklah ditukarganti mengikut giliran seperti yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Seelok-eloknya Setiausaha hendaklah dilantik dari sekolah di mana Guru Besar menjadi Pengerusi Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

4.4 Penolong Setiausaha hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

4.5 Bendahari hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

4.6 Pemeriksa Kira-Kira hendaklah dipilih daripada kalangan guru-guru dan ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

5. Perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid–Murid

5.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah ditubuh pada minggu pertama penggal satu persekolahan pada tiap-tiap tahum persekolahan.

5.2 Ahli Jawatankuasa Biasa Rancangan Integrasi Murid-Murid

(a) Seorang wakil Lembaga Pengurus dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan hendaklah menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa bagi tempoh satu tahun.

(b) Seorang wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan hendaklah menjadi Ahli Jawatankuasa bagi tempoh satu tahun. Wakil PIBG ini hendaklah tidak dari gulongan guru atau kakitangan bukan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

(7)

menjadi Ahli Jawatankuasa. Sekiranya tidak ada Guru Penolong Kanan, seorang guru kanan bolehlah dilantik untuk tujuan ini.

(d) Seramai 2 orang dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan yang telah dilantik oleh Guru-Guru Besar dari tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan hendaklah menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa.

5.3 Jika seseorang Ahli Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid tidak lagi memegang jawatannya atas apa-apa sebab sekali pun, maka Jawatankuasa tersebut adalah bertanggungjawab melantik gantinya bagi tempoh baki perkhidmatan ahli yang digantikan itu.

5.4 Pengerusi Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah menyerahkan senarai nama dan butir-butir diri Ahli Jawatankuasanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri yang berkenaan untuk direkodkan.

6. Tugas-Tugas Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid

6.1 Tugas-Tugas Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid ialah mengelola, mengatur, merancang dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan khas yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa dengan syarat tidak terkeluar daripada matlamat umum yang ditentukan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

6.2 Mesyuarat Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap penggal persekolahan.

6.3 Pengerusi jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid dengan bersendirian atau tidak kurang daripada tiga orang Ahli Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa diadakan pada bila-bila masa.

6.4 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid digalakkan membantu kegiatan-kegiatan khas bagi ketiga-tiga jenis sekolah itu.

6.5 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid adalah bertanggungjawab mengikuti perjalanan dan menilai kegiatan-kegiatan khas yang dijalankan.

7. Tugas-Tugas Pemegang Jawatan

(8)

Pengerusi Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab di atas perjalanan semua mesyuarat.

7.2 Naib Pengerusi I

Dalam masa ketiadaan Pengerusi, Naib Pengerusi I hendaklah menjalankan tugas-tugas Pengerusi.

7.3 Naib Pengerusi II

Dalam masa ketiadaan Pengerusi dan Naib Pengerusi I, Naib Pengerusi II hendaklah menjalankan tugas-tugas Pengerusi.

(Catatan: Jika ketiga-tiga Pengerusi, Naib Pengerusi I dan Naib Pengrusi II tidak ada, Jawatankuasa boleh melantik salah seorang daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa.)

7.4 Setiausaha

Setiausaha hendaklah mencatatkan dan menyimpan semua minit mesyuarat, menguruskan hal-hal surat-menyurat dan pentadbiran Rancangan Integrasi Murid-Murid. Beliau hendaklah juga membentangkan Laporan Tahunan Rancangan Integrasi Murid-Murid untuk diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

7.5 Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam urusan-urusan Rancangan Integrasi Murid-Murid dan menjalankan tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaan beliau.

7.6 Bendahari

(a) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal ehwal kewangan Rancangan Integrasi Murid–Murid.

(b) Bendahari hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab keatasnya.

(c) Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan Rancangan Integrasi Murid- Murid bagi tiap-tiap tahun kewangan untuk diodit.

(9)

8.1 Mesyuarat Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diadakan di sekolah yang mana Guru Besarnya telah dipilih sebagai Pengerusi atau pun disalah sebuah sekolah lain yang dipersetujui.

9. Kuorum Mesyuarat

9.1 Kuorum Mesyuarat ialah sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah bilangan Ahli-Ahli Jawatankuasa. Kuorum ini hendaklah diwakili oleh guru-guru dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

10. Kewangan

10.1 Pendapatan

Semua pendapatan, derma dan sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak yang diberikan kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid dan disimpan sepertimana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.

10.2 Kuasa Membelanja Wang Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Muird

10.2.1 Segala cek dan kenyataan pengeluaran wang untuk tujuan perbelanjaan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Pengerusi atau Naib Pengerusi I/Naib Penggerusi II Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid .

10.2.2 Bendahari Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $50.00 pada satu-satu masa.

10.3 Penyimpan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid

10.3.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah mengarahkan supaya Bendahari menyimpan akaun yang sepatutnya dan lain-lain rekod berkenaan dengan perjalanannya.

10.3.2 Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap tahun kewangan untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

(10)

10.3.3 Penyata Kewangan Rancangan Integrasi Murid-Murid yang telah diodit itu hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid untuk diterima dan diluluskan.

10.3.4 Akaun Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diodit oleh Pemeriksa Kira-Kira Rancangan Integrasi Murid-Murid.

10.3.5 Tahun Kewangan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah berakhir pada minggu akhir penggal ketiga persekolahan tahun persekolahan berkenaan.

11. Kuasa dan Sekatan

11.1Kegiatan-Kegiatan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah diarahkan kesemuanya kepada matlamat dan Rancangan Integrasi Murid-Murid.

11.2Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid tidak boleh melibatkan diri dalam apa jua bentuk pun di dalam aspek agama, akademik, bahasa pengantar dan kurikulum ketiga-tiga jenis sekolah yang menyertai Rancangan Integrasi Murid-Murid.

12. Am

12.1Dalam semua Kegiatan-Kegiatan untuk mencapai matlamat Rancangan Integrasi Murid-Murid, semangat bekerjasama, muhibah bertoleransi, bertolak ansur dan berkesefahaman hendaklah menjadi teras utama kepada pelaksanaan rancangan ini. Jawatankuasa seharusnya mengamalkan konsep integrasi untuk mencapai matlamat tersebut.

(11)

BAB 3

KEGIATAN-KEGIATAN KHAS YANG DICADANGKAN UNTUK PELAKSANAAN

Penglibatan dalam Kegiatan-Kegiatan Khas adalah salah satu cara bagi mencapai matlamat perpaduan di antara kaum dalam negara ini. Ianya penting kerana melalui penglibatan dalam Kegiatan-Kegiatan Khas, murid-murid dari berbagai bangsa dan keturunan dapat disemai, dipupuk dan ditanamkan dengan semangat muhibah, toleransi, kerjasama, berbaik sangka, kekitaan dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

1. Panduan Am

1.1 Kegiatan-Kegiatan Khas yang disenaraikan di bawah ini adalah dicadangkan untuk dipertimbangkan perlaksanaanya sebagai Rancangan Integrasi Murid-Murid, iaitu seperti: 1.1.1 Merentas desa

1.1.2 Lumba jalan kaki 1.1.3 Bola sepak 1.1.4 Bola jaring 1.1.5 Bola keranjang 1.1.6 Bola baling 1.1.7 Sukaneka

1.1.8 Kegiatan-kegiatan khas bercorak khidmat masyarakat seperti gotong royang iaitu: (a) Membersihkan kawasan sekolah.

(b) Mengindahkan kawasan sekolah

1.2 Pemilihan Kegiatan-Kegiatan Khas seperti yang dicadangkan di atas itu adalah tertakluk kepada kemudahan-kemudahan yang ada serta kemampuan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan untuk melaksanakannya.

1.3 Perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian sebelum sebarang kegiatan yang telah disyorkan itu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

1.3.1 Senarai yang disyorkan itu hendaklah tidak ditokok tambah.

1.3.2 Tiap-tiap undang-undang dan peraturan permainan hendaklah diterangkan dan diajar terlebih dahulu di dalam bahasa pengantar masing-masing di tiap-tiap jenis sekolah yang berkenaan.

(12)

dipersetujui di dalam suasana muhibah, tolak ansur, kerjasama dan hormat menghormati serta mendapat persetujuan sebulat suara oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi murid-murid yang berkenaan.

1.3.4 Cara-cara mendapatkan punca-punca kewangan serta cara-cara membelanjakannya hendaklah mendapat persetujuan sebulat suara dari Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid di dalam suasana yang muhibah dan kerjasama.

1.3.5 Tiap-tiap kegiatan yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan hendaklah dijalankan sebagai kegiatan tambahan kepada kegiatan-kegiatan yang sedia ada dan dilaksanakan di luar waktu rasmi persekolahan.

1.3.6 Murid-murid yang terdiri dari semua kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan hendaklah dilibatkan bersama pada setiap masa dan setiap kali latihan dan pertandingan. Setiap pasukan yang ditubuhkan hendaklah bercorak berbilang kaum.

1.3.7 Kegiatan-kegiatan khas yang sesuai bolehlah dipertunjukkan kepada ibu bapa murid-murid dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal persekolahan. Contoh kegiatan-kegiatan yang dimaksudkan adalah seperti:

(a) Sukaneka

(b) Perlawanan persahabatan permainan-permainan yang telah dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

2. Strategi Pelaksanaan

2.1 Pelaksanaan Kegiatan-Kegiatan Khas di dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

(a) Permainan

(b) Penyertaan beramai-ramai

(c) Khidmat masyarakat (gotong royong)

2.2 Permainan

2.2.1 Jenis-Jenis permainan

(a) Bola sepak (b) Bola jaring

(13)

(c) Bola keranjang (d) Bola baling

2.2.2 Murid-Murid Yang Terlibat

Semua murid-murid Darjah 4, 5 dan 6 dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

2.2.3 Jangka Masa

2.2.3.1 Sekolah-sekolah yang berkenaan boleh mengadakan latihan mingguan atau bulanan sepanjang tahun mengikut penggl-penggal seperti berikut:

Penggal Pertama :Bola Sepak dan Bola Jaring Penggal Kedua :Bola Baling

Penggal Ketiga :Bola Keranjang

2.2.3.2 Pertandingan persahabatan boleh dijalankan mengikut darjah/kelas, rumah dan di antara sekolah-sekolah dalam daerah-daerah yang berlainan.

2.2.4 Objektif

2.2.4.1 Untuk memupuk semangat muhibah, toleransi, bekerjasama, berbaik sangka, hormat menghormati dan saling bantu membantu di antara murid-murid yang berbilang kaum dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan.

2.2.4.2 Untuk melibatkan murid-murid secara beramai-ramai sebagai satu unit tanpa memikirkan kaum, latar belakang dan cara hidup yang berlainan.

2.2.4.3 Untuk menimbulkan suasana kemeriahan dan keriangan di kalangan murid-murid dari berbilang kaum.

2.2.4.4 Untuk bertolak ansur, bertoleransi dan bekerjasama di dalam perkongsian kemudahan dan peralatan serta penggembelingan tanaga untuk kepentingan dan faedah bersama.

2.2.4.5 Untuk menjimatkan perbelanjaan dalam penggunaan kemudahan dan peralatan.

2.2.4.6 Untuk meningkatkan kemahiran asas sukan, kesihatan fizikal dan mental murid-murid berbilang kaum.

(14)

2.2.4.7 Untuk menjadikan suasana di sekolah sebagai satu tempat yang lebih menarik dan mengembirakan murid-murid.

2.2.5 Kemudahan

2.2.5.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-murid hendaklah mengenalpasti kemudahan-kemudahan seperti padang, gelanggang dan dewan yang terdapat di sekolah-sekolah yang berkenaan.

2.2.5.2 Sekiranya sekolah-sekolah yang terlibat dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ini tidak mempunyai kemudahan-kemudahan tersebut adalah dicadangkan supaya dapat mengusahakannya dari kemudahan-kemudahan awam yang sedia ada dari kawasan sekitar.

2.2.6 Tenaga (Personel)

2.2.6.1 Guru-guru permainan/Jurulatih-jurulatih yang dikenalpasti dan dilantik oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-murid mengikut bidang masing- masing akan bertanggungjawab mengelolakan Kegiatan-Kegiatan Khas yang telah dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.

2.2.7 Kewangan

2.2.7.1 Peruntukan kewangan adalah seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid berkenaan.

2.2.7.2 Peruntukan yang ditetapkan hendaklah termasuk: a) Perbelanjaan latihan.

b) Perbelanjaan pertandingan persahabatan. c) Perbelanjaan pengangkutan.

d) Perbelanjaan untuk hadiah dan cenderamata jika difikirkan perlu.

2.2.8 Kekerapan Berinteraksi

2.2.8.1 Jadual waktu latihan dan pertandingan hendaklah disediakan berdasarkan kepada persetujuan sebulat suara dari semua pihak dan berasaskan kepada kemudahan dan peralatan yang ada.

(15)

Integrasi Murid-Murid yang berkenaan.

2.2.8.3 Latihan dan pertandingan hendaklah dijalankan di luar waktu rasmi persekolahan.

2.2.8.4 Kegiatan-Kegiatan Khas yang difikirkan sesuai dan yang telah dipersetujui bersama bolehlah ditunjukkan kepada ibubapa-ibubapa murid-murid dari berbagai-bagai kaum dengan kerjasama pihak PIBG dan Lembaga Pengurus Sekolah, sekurang-kurangnya sepenggal sekali.

2.2.9 Penyeliaan

Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan hendaklah membuat penyeliaan dan pemerhatian terhadap Kegiatan-Kegiatan Khas Rancangan Integrasi Murid-Murid yang telah dipersetujui dan dijalankan dari masa ke semasa.

2.3 Penyertaan Beramai

2.3.1 Jenis Kegiatan-Kegiatan Khas Yang Bercorak Sukan

(a) Merentas desa (b) Lumba jalan kaki (c) Sukaneka

2.3.2 Murid-Murid Yang Terlibat

2.3.2.1 Semua murid dari Darjah 4, 5 dan 6 dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan terlibat.

2.3.2.2 Mengadakan latihan mingguan atau bulanan.

2.3.2.3 Pertandingan boleh dijalankan mengikut darjah/kelas, rumah dan di antara sekolah-sekolah.

2.3.2.4 Pertandingan di peringkat daerah boleh juga dijalankan.

2.3.3 Jangkamasa

2.3.3.1 Setahun sekali.

2.3.3.2 Merentas Desa-Penggal 1. 2.3.3.3 Lumba Jalan Kaki-Penggal 11.

(16)

2.3.3.4 Sukaneka-Penggal 111.

2.3.4 Objektif

Kegiatan-kegiatan khas yang dicadangkan ini diharap akan dapat mencapai matlamat-matlamat berikut:

2.3.4.1 Memupuk semangat muhibah, bekerjasama dan saling bertolong bantu di antara murid-murid dari berbilang kaum.

2.3.4.2 Menimbulkan suasana kemeriahan dan keriangan di kalangan murid-murid dari berbilang kaum.

2.3.4.3 Mencungkil minat, bakat dan daya kreatif murid-murid.

2.3.4.4 Meningkatkan kemahiran, kesihatan fizikal dan mental murid-murid.

2.3.5 Kemudahan dan Peralatan

2.3.5.1 Kemudahan Asas untuk digunakan bagi permainan sukaneka.

2.3.5.2 Tempat-Di kawasan tanah lapang berhampiran dengan sekolah atau padang sekolah.

2.3.6 Tenaga(Personnel)

2.3.6.1 Jurulatih-jurulatih yang telah dikenalpasti oleh jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid mengikut bidang masing-masing akan bertanggungjawab mengelolakan Kegiatan-Kegiatan Khas yang telah dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.

2.3.7 Kewangan

2.3.7.1 Peruntukan kewangan adalah seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan.

2.3.7.2 Peruntukan yang dicadangkan hendaklah termasuk: (a) Kos latihan

(b) Kos pertandingan dalam berbagai peringkat pertandingan yang dicadangkan.

(17)

(c) Kos pengangkutan/minuman.

(d) Kos untuk hadiah dan cenderamata jika difikirkan perlu.

2.3.8 Kekerapan Berinteraksi

2.3.8.1 Tiap-tiap sekolah dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ini hendaklah menyenaraikan kumpulan murid mengikut kelas atau rumah sukan untuk mengadakan latihan bersama.

2.3.8.2 Jadual latihan disediakan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan.

2.3.8.3 Pertandingan dijalankan sama ada mengikut kelas atau di antara rumah-rumah sukan.

2.3.8.4 Pertandingan/persembahan kegiatan dari jenis kegiatan bercorak sukan ini boleh ditunjukkan kepada ibubapa-ibubapa murid pada sesuatu hari tertentu yang dipilih dan diputuskan bersama dengan pihak PIBG atau Lembaga Pengurus Sekolah.

2.3.9 Penyeliaan

2.3.9.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan hendaklah membuat penyeliaan dan pemerhatian terhadap Kegiatan-Kegiatan Khas Rancangan Integrasi Murid-Murid yang telah dipersetujui dan dijalankan dari masa ke semasa.

2.4 Kegiatan-Kegiatan Khas Yang Bercorak Khidmat Masyarakat Seperti Gotong Royong

(a) Membersihkan kawasan sekolah. (b) Mengindahkan kawasan sekolah.

2.4.1 Murid-Murid Yang Terlibat

2.4.1.1 Semua murid dari Darjah 4, 5 dan 6 dari ketiga-tiga jenis sekolah yang berkenaan terlibat.

2.4.1.2 Sejumlah guru-guru boleh dilibatkan dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.

(18)

2.4.2 Jangkamasa

Sepenggal sekali yang diadakan secara bergilir di antara ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.

2.4.3 Objektif

Kegiatan-Kegiatan Khas yang dicadangkan ini menuju matlamat berikut: 2.4.3.1 Untuk menyemai sifat yang mulia iaitu sentiasa menjaga kebersihan

dan kecantikan serta ingin mengamalkan tabiat bersih diri dan alam sekeliling.

2.4.3.2 Untuk memupuk semangat bekerjasama dan bantu membantu serta gemar kepada kerja-kerja amal.

2.4.3.3 Untuk menjalin hubungan erat sesama murid/komuniti sekolah tanpa mengira keturunan/kaum.

2.4.3.4 Untuk menanamkan sikap menghargai kemuliaan sebarang pekerjaan (dignity of labour).

2.4.4 Tempat

Mengenalpasti satu-satu kawasan/benda yang dicadangkan untuk kegiatan gotong royong itu.

2.4.5 Kewangan

2.4.5.1 Peruntukan kewangan adalah seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid yang berkenaan. 2.4.5.2 Sekolah di mana projek gotong royong dijalankan hendaklah

menyediakan sedikit peruntukan minuman atau jamuan ringan. 2.4.5.3 Bagi kedua-dua buah sekolah yang diundang di dalam rancangan ini,

jika perlu eloklah menimbangkan bagi menyediakan peruntukan kewangan bagi pengangkutan murid-murid mereka ke sekolah di mana projek gotong royong itu dijalankan.

(19)

2.4.6.1 Tiap-tiap sekolah yang terlibat hendaklah memilih kumpulan murid-murid yang berlainan bagi tiap-tiap kegiatan gotong royong yang berlainan dijalankan.

2.4.7 Penyeliaan

2.4.7.1 Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah membuat penyeliaan dan pemerhatian terhadap Kegiatan-Kegiatan Khas Rancangan Integrasi Murid-Murid ini yang telah dipersetujui dan dijalankan dari masa ke semasa.

3. Perhatian

3.1 Kegiatan-Kegiatan Khas yang dicadangkan ini pada umumnya boleh dijalankan di dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid bagi ketiga-tiga jenis sekolah yang berada di dalam satu kawasan.

3.2 Beberapa pengubahsuaian mungkin perlu dibuat untuk melaksanakan Kegiatan-Kegiatan Khas ini bagi ketiga-tiga jenis sekolah yang berhampiran (tetapi bukan dalam satu kawasan).

(20)

BAB 4

PENGESANAN DAN PELAPORAN

1. Pengesanan atau ‘monitoring’ ialah cara untuk mengetahui sejauhmana pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid telah dicapai matlamatnya. Berdasarkan kepada maklum balas dan cadangan-cadangan yang dikemukakan, maka strategi baru dapat diadakan untuk menyelesaikan masalah serta menjadikan pelaksanaan rancangan itu lebih berkesan lagi.

2. Cara Melaksanakan Pengesanan

2.1 Langkah pertama yang patut diusahakan oleh semua Jawatankuasa sekolah-sekolah yang terlibat dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid ialah menyimpan semua rekod yang lengkap dan kemaskini mengenai mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan dan semua kegiatan yang telah dijalankan. Ini akan menjadi sumber untuk mendapatkan maklumbalas yang diperlukan.

2.2 Selain dari itu maklumbalas boleh diperolehi melalui saluran-saluran berikut:

· Perbincangan ramai (melibatkan semua anggota Jawatankuasa Rancangan Integrasi murid-murid).

· Pemerhatian oleh Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid atau pihak sekolah- sekolah yang berkenaan.

· Kajiselidik yang boleh dijalankan berdasarkan kepada contohan.

2.3 Kesemua maklumat itu harus dikumpulkan dan seterusnya dianalisa sebelum dibuat dalam bentuk laporan atau sebagainya.

3. Tanggungjawab dan Masa Pelaksanaan Pengesanan

3.1 Pihak Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid khasnya Setiausaha adalah bertanggungjawab untuk mengumpulkan maklumat atau maklumbalas dan menyediakan

laporan yang diperlukan. Untuk tujuan ini satu jawatankuasa kecil boleh dibentuk supaya pengumpulan maklumat itu dapat dijalankan secara sistematik dan penyediaan laporan itu disiapkan pada masa yang ditetapkan.

3.2 Adalah dicadangkan laporan itu disediakan sekali sepenggal dan dihantarkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri yang berkenaan untuk perhatian Unit Ko-Kurikulum.

(21)

4. Tindakan Seterusnya

4.1 Segala maklumbalas yang diterima hendaklah dianalisa. Masalah-masalah yang dihadapi juga hendaklah disenaraikan. Cadagan-cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut perlu diperolehi dan dibentangkan kepada semua ahli J/kuasa Rancangan Integrasi

Murid-Murid. Rancangan serta strategi baru bolehlah dijalankan tetapi hendaklah mendapat persetujuan dari ketiga-tiga jenis sekolah yang terlibat.

Demikianlah seterusnya iaitu segala pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid hendaklah dikesan dari semasa ke semasa secara berterusan bagi menentukan matlamat- matlamat Rancangan Integrasi Murid-Murid itu dicapai.

5. Bidang Yang Perlu Dikesan

Antara bidang-bidang yang perlu dikesan meliputi aspek-aspek seperti struktur organisasi, kegiatan, penglibatan dan masalah-masalah yang timbul. Pengesanan terhadap aspek-aspek ini, boleh dilakukan dengan cara‘checklist’ yang di ‘scale’ kan, iaitu daripada keadaan yang memuaskan kepada keadaan yang tidak memuaskan ditandakan di mana berkenaan. Contoh:‘Checklist’ tersebut adalah seperti di bawah:

Pengesanan dan Pelaporan Rancangan Integrasi Murid-Murid.

1. Penerangan Konsep Rancangan Integrasi Murid-Murid.

1.1 Rancangan Integrasi Murid-Murid sudah dimaklumkan kepada: 1.1.1 Guru-guru

1.1.2 Pelajar-pelajar 1.1.3 Jawatankuasa PIBG 1.1.4 Lembaga Pengurus Sekolah 1.1.5 Ibu bapa

1.1.6 Masyarakat Setempat 2. Maklumat telah diberikan dengan cara:

(22)

2.1 Taklimat sahaja

2.2 Taklimat dan bahan bertulis 2.3 Bahan bertulis sahaja

3. Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid

3.1 Tarikh ditubuhkan

3.2 Bilangan ahli Jawatankuasa:

a) Guru Besar orang

b) PIBG orang

c) Lembaga Pengurus Sekolah orang d) Guru Penolong Kanan orang

e) Guru-guru orang 3.3 Kekerapan bermesyuarat. a. Sebulan sekali b. Sepenggal sekali c. Ad hoc d. Lain-lain (nyatakan

3.4 Keputusan mesyuarat adakah berkaitan dengan: a. Perlantikan ahli-ahli

b. Penyediaan Kemudahan dan peralatan c. Pemilihan jenis kegiatan khas

d. Peningkatan penglibatan pelajar

(23)

f. Aspek-aspek kewangan g. Mengatasi masalah-masalah 3.4 Keputusan-keputusan mesyuarat:

a. Diambil tindakan sertamerta b. Tidak diambil tindakan

c. Ditangguhkan kerana sebab-sebab tertentu Nyatakan sebab-sebab:

4. Pelaksanaan Rancangan

4.1 Jenis Kegiatan Khas

4.1.1 Permainan Penggal 1 Penggal 2 Penggal 3

a. Bola Sepak b. Bola Jaring c. Bola Baling d. Bola Keranjang 4.1.2 Penyertaan Beramai: a. Merentas desa b. Sukaneka c. Lumba Jalankaki

4.1.3 Khidmat Masyarakat (Gotong Royong)

a. Membersihkan kawasan sekolah

(24)

b. Mengindahkan kawasan sekolah

5. Kekerapan Kegiatan Khas

Permainan Peyertaan Ramai Khidamat Masyarakat

5.1 Seminggu sekali 5.2 Sebulan Dua Kali 5.3 Sebulan Sekali 5.4 Sepenggal sekali 5.5 Setahun sekali 5.6 Setahun dua kali 5.7 Secara ad hoc 5.8 Berterusan

6. Tahap Penyertaan pelajar-palajar

Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi

6.1 Permainan a. Bola Sepak b. Bola baling c. Bola Jaring d. Bola Keranjang 6.2 Penyertaan Ramai: a. Merentas desa

(25)

b. Lumba Jalankaki c. Sukaneka

6.3 Khidmat Masyarakat (Gotong royong)

a. Membersihkan kawasan sekolah b. Mencantikkan kawasan sekolah

7. Penglibatan ketiga-ketiga jenis sekolah yang berkenaan dalam pelaksanaan rancangan: 7.1 Sangat memuaskan

7.2 Memuaskan 7.3 Kurang memuaskan 7.4 Tidak memuaskan

8. Sekiranya tidak memuaskan, beri sebab-sebab: 8.1 Kurang penerangan

8.2 Masalah kewangan 8.3 Kurang tenaga kepakaran 8.4 Kurang kemudahan dan peralatan 8.5 Masalah pengangkutan

8.6 Sikap

i. Sekolah dan guru-guru ii. Murid-murid

iii. Masyarakat setempat 8.7 Dan lain-lain (nyatakan):

(26)

9. Masalah Yang Dihadapi Dalam Pelaksanaan Rancangan: 9.1 Kewangan

9.2 Tenaga kepakaran 9.3 Kemudahan dan peralatan 9.4 Sikap ibu bapa dan masyarakat 10. Pada pandangan anda program ini:

10.1 Telah mencapai matlamatnya 10.2 Belum berjaya mencapai matlamat 10.3 Tidak Berjaya mencapai matlamat

(27)

Carta Aliran Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Tindakan Guru-Guru Besar Ketiga-Tiga Jenis Sekolah Yang Berkenaan

Menerima Buku Garispanduan pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid setelah menghadiri bengkel.

Memberi penerangan/taklimat kepada guru-guru di sekolah masing-masing mengenai konsep, matlamat dan rancangan Integrasi Murid-Murid.

Memberi penerangan kepada murid-murid di sekolah masing-masing mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid.

Memberi peneragan/taklimat kepada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan masyarakat setempat mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid.

Menghubungi Guru-Guru Besar Sekolah-sekolah yang terlibat dalam rancangan Integrasi Murid-Murid: i) Sekolah-sekolah yang berada di dalam

kawasan yang sama atau

ii) Sekolah-sekolah yang berhampiran(bukan dalam satu kawasan)

Mengadakan mesyuarat antara sekolah-sekolah yang terlibat dan menubuhkan Jawatankuasa Integrasi Murid-Murid bagi penggal pertama dan penggal-penggal berikutnya.

Meneliti rancangan yang telah dirancangkan untuk dilaksanakan dan untuk dibuat pengesanan.

Analisa Masalah Masala h? Tidak Ya Lampiran ‘A’

(28)

Rancangan diteruskan

Mengadakan mesyuarat bulanan/penggal dan meneliti pelaksanaan. Kenalpasti kelemahan Tidak Rancangan diteruskan Menyediakan laporan-laporan

Menyampaikan laporan-laporan tahunan dan Penyata Kewangan mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid Kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Berhenti

Kurang Berkesan Ya

(29)

Lampiran‘B’

Proses Kerja Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Tindakan Guru-Guru Besar Ketiga-Tiga Sekolah Yang Berkenaan

Proses Kerja Tindakan

1. Menerima Buku Garispanduan Rancangan Integrasi Murid-Murid selepas berbengkel.

Semua Guru Besar sekolah yang terlibat dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid.

2. Memberi penerangan/taklimat kepada guru-guru masing-masing mengenai konsep dan Rancangan Integrasi Murid-Murid. - Konsep dan matlamat

- Jenis-jenis Kegiatan Khas yang dicadangkan - Perancangan dan pelaksanaan kegiatan khas

Rancangan Integrasi Murid-Murid - Penyeliaan rancangan

- Pelaporan rancangan

Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah yang mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid.

3. Memberi penerangan kepada murid-murid mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid. - seperti di atas

Semua Guru Besar sekolah-sekolah yang mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid. 4. Memberi penerangan/taklimat kepada PIBG,

Lembaga Pengurus Sekolah dan masyarakat setempat mengenai Rancangan Integrasi Murid-Murid.

- seperti di atas

Semua Guru Besar sekolah-sekolah yang mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid.

5. Menghubungi Guru-Guru Besar Sekolah- Sekolah yang terlibat dalam Rancangan Integrasi Murid-Murid:

i) Sekolah yang berada di dalam kawasan yang sama atau

ii) Sekolah-sekolah yang berhampiran(bukan dalam satu kawasan)

Sama seperti di atas.

6. Mengadakan mesyuarat antara ketiga-tiga sekolah yang terlibat dan menubuhkan Jawatankuasa Rancangan Integrasi Murid-Murid.

- Perlantikan pemegang-pemegang jawatan - Menentukan kekerapan mesyuarat

- Mengenalpasti kemudahan yang ada dan jenis-jenis gerakerja yang sesuai untuk di

Guru-Guru Besar, PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, Guru-guru Penolong Kanan dan Guru-guru yang dipilih dari ketiga-tiga sokolah yang mengikuti Rancangan Integrasi Murid-Murid.

(30)

jalankan bersama.

- Mengenalpasti tenaga pengajar/pakar yang ada/boleh didapati.

- Cara-cara bagaimana rancangan dijalankan termasuk penjadualan dan pengelompokan pelajar-pelajar mengikut kegiatan khas yang dirancang.

- Cara-cara menyelia rancangan.

- Cara-cara mendapatkan sumber kewangan. 7. Meneliti rancangan untuk dilaksanakan dan

untuk dibuat pengesanan.

Semua pihak yang berkenaan dari ketiga-tiga sekolah yang terlibat

8. Rancangan diteruskan Jawatankuasa Petugas Rancangan Integrasi Murid-Murid.

9. Mengadakan mesyuarat seterusnya yang telah dirancang dan menyelia pelaksanaan. - Menentukan penyelia-penyelia bagi

kegiatan-kegiatan tertentu.

- Mempastikan rancangan berjalan mengikut jadual.

-Mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Jawatankuasa Petugas Rancangan Integrasi Murid-Murid.

10. Rancangan diteruskan. Jawatankuasa Petugas Rancangan Integrasi Murid-Murid. 11. Menyediakan laporan - bulanan - penggal - tahunan a) Laporan umum b)Laporan kewangan Setiausaha Setiausaha Setiausaha Bendahari 12. Menyampaikan Laporan Tahunan dan

Penyata Kewangan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Referensi

Dokumen terkait

Kredit yang diberikan dengan suatu jaminan tersebut dapat berbentuk. barang berwujud atau tidak terwujud atau jaminan orang

Berdasarkan analisis kebutuhan yang dilakukan dapat dikemukakan bahwa kebutuhan isi terhadap pengembangan buku pengayaan menulis cerita anak bermuatan nilai

Sebagai salah satu acara tv pada era sekarang ini suatu hiburan memang terlebih banyak mendapatkan porsi dari pada berita dan headline new di setiap

Perbedaan secara fisik antara plastik biodegradable pati kentang dan gliserol dengan plastik biodegradable pati kentang dengan sorbitol lainnya adalah dari bentuk yang

Sebagai tindaklanjut telah dibentuknya Peraturan Daerah Nomor 7 Tahun 2016 tentang Pembentukan dan Susunan Perangkat Daerah Kabupaten Kepulauan Anambas dan

Tapi berbeda dengan latihan fisik, tidak ada kemajuan dengan buku ini”, kutipan tersebut menggambarkan watak tokoh Raib yang pantang menyerah dalam berlatih fisik

Form di sini dapat anda gunakan untuk melakukan pengubahan preferensi glob- al aplikasi Senayan, seperti Library Name, Public Template (tampilan OPAC), Default Application

Keberadaan karikatur maupun gambar kartun dalam media massa cetak, khususnya pada majalah tidak hanya melengkapi artikel tulisan-tulisan dimajalah saja, tetapi juga