• Tidak ada hasil yang ditemukan

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1/10

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah

Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

CAGARAN

1. Penolakan gaji sebanyak RM500 sebulan membebankan bagi staf yang tidak habis pengajian tetapi telah lapor diri untuk bekerja . Ianya tidak adil, kerana law sebelumnya, pelajar (staf) boleh extend for max two semester, selepas lapor diri (after extend two semester), baru dikenakan penolakan gaji tersebut.

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan.

2. Saya tidak menerima apa-apa dokumen atau surat berkaitan cagaran cuti belajar yang telah dipotong dari gaji saya setelah saya tamat cuti belajar. Apakah syarat-syarat cagaran tersebut dan bagaimana proses tuntutan balik selepas selesai pengajian ? JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan.

3. Isu berkenaan "paksaan" menghabiskan pengajian bagi semua staf yang sedang cuti belajar.

JAWAPAN

Sila rujuk syarat tawaran cuti belajar dalam negeri/luar negeri serta Perjanjian Cuti Belajar.

4. Pelaksanaan cagaran setara kepada staf yang masih belum menyelesaikan pengajian sewaktu lapor diri bertugas. Untuk sebarang rayuan/pertimbangan semula, adakah staf perlu mengemukakan surat persendirian bagi tujuan di atas?

(2)

2/10 JAWAPAN

Staf yang melapor diri bertugas namun belum selesai pengajian akan dikenakan cagaran. Namun, Universiti memberi pengecualian kepada staf yang sedang menunggu keputusan rasmi dengan syarat mengemukakan bukti bertulis dari universiti pengajian. Rayuan (jika ada) hendaklah dimajukan ke Pendaftar melalui Ketua PTj.

5. Isu/soalan berkenaan potongan gaji sebanyak RM500 bagi staf yang gagal menamatkan pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan. Adakah potongan ini terus dilaksanakan sebaik sahaja staf melapor diri? Isu ini dibangkitkan kerana pada masa sekarang, staf tidak lagi dibenarkan membuat lanjutan cuti belajar (bergaji penuh/berbiasiswa) sebagaimana staf terdahulu.

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

6. Surat tindakan cagaran yang tidak menjelaskan secara terang mengenai komplikasi staf tidak dapat menyiapkan pengajian dalam tempoh 1 tahun (dengan cagaran). Saya amat terkejut serta terkilan bila mengetahui ada staf yang berjaya menyelesaikan pengajian dalam tempoh lebih satu tahun namun tidak dapat semula duit cagaran. Perkara ini tidak dijelaskan dengan baik kepada staf.

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

7. Tindakan pemotongan gaji sebagai cagaran staf cuti belajar yang melapor diri sebelum selesai pengajian adalah satu bentuk kezaliman kerana tiada tertulis secara jelas dalam dokumen perjanjian cuti belajar.

JAWAPAN

(3)

3/10

Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

8. Sebelum ini, isu pemotongan gaji hanya akan dilakukan selepas staf tidak berjaya menghabiskan cuti belajar PhD selepas 4 tahun pengajian. Seingat saya juga, KPT juga menetapkan bahawa GOT PhD adalah 4 tahun, bukan 3 tahun. Namun, ia berubah iaitu sebaik sahaja staf melapor diri, pemotongan gaji akan dilakukan. Staf juga diberi tempoh masa setahun untuk menyelesaikan urusan belajar sehingga surat senat barulah duit tersebut akan dipulangkan. Pada pandangan saya, kebarangkalian duit tersebut memang tidak akan kembali kepada tuannya.

JAWAPAN

Wang cagaran merupakan sebahagian daripada wang tuntutan ganti rugi kerana kegagalan staf menamatkan pengajian di dalam tempoh yang ditetapkan.

9. Staf yang tidak mendapat lanjutan dan perlu bertugas sebaik tamat tempoh 3 tahun pengajian dikecualikan dari pemotongan gaji dalam tempoh satu tahun dari tarikh lapor diri.

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

10. Tidak mengenakan wang cagaran bagi staf yang belum tamat pengajian dan telah melapor diri tetapi masih meneruskan pengajian serta menghantar laporan kemajuan pengajian. Ini bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh staf dalam usaha menamatkan pengajian. Tambahan pula geran yang sukar diperolehi penyelia mahupun penyelia bersama menyebabkan peruntukan kewangan untuk tujuan penyelidikan ditanggung sebahagian besar oleh pelajar/staf.

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

(4)

4/10 11.Wang cagaran yang "hangus"

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

12."Adalah dicadangkan supaya wang cagaran (bagi pelajar yang telah tamat cuti belajar tetapi masih belum habis pengajian), dihapuskan sama sekali. Adalah tidak releven mengenakan wang cagaran sebanyak RM500/bulan @ RM1000/bulan sebagai motivasi kepada staf untuk segera menamatkan pengajian. Malah ianya hanya menambahkan 'tekanan' kepada staf yang masing-masing MEMANG bercita-cita untuk tamat pengajian dengan secepat mungkin."

JAWAPAN

Sila rujuk Pekeliling Pengurusan Bil. 9/2014 bertarikh 31 Julai 2014, Dasar Baharu Berkaitan Staf Cuti Belajar Yang Masih Belum Menyelesaikan Pengajian Dalam Tempoh Yang Ditetapkan

LANJUTAN

13.Tutor tidak bergaji dalam tempoh lanjutan. JAWAPAN

Mulai 1 Januari 2016, pihak KPT telah memberhentikan penajaan untuk tempoh lanjutan. Walaubagaimanapun pihak universiti telah bersetuju untuk memberikan lanjutan pertama bergaji penuh dengan elaun sara diri untuk 3 bulan pertama dan 3 bulan berikutnya bergaji penuh sahaja dengan pembiayaan universiti. Pembiayaan ini hanyalah terpakai sehingga 31 Disember 2016.

14.Walaupun biasiswa hanya diberikan untuk tempoh 3 tahun pengajian, mohon jasa baik UTHM untuk memberikan lanjutan pengajian bagi dua semester dengan bergaji penuh tanpa biasiswa. Diharapkan dengan ini, pelajar/staf dapat meneruskan pengajian dan beban kewangan pelajar/staf dapat diringankan oleh uthm sebagai majikan yg prihatin.

(5)

5/10 JAWAPAN

Sila kemukakan rayuan kepada Pendaftar Universiti

15.Tempoh maksimum 60 bulan. Memohon agar diberi penambahan masa (bercuti tanpa gaji) sehingga selesai pengajian.

JAWAPAN

Mengikut peraturan semasa tempoh maksimum dibenarkan hanya 60 bulan sahaja

16.Mohon pertimbangan untuk membenarkan staf melanjutkan tempoh cuti belajar dengan gaji penuh selama 12 bulan.

JAWAPAN

Sila kemukakan rayuan kepada Pendaftar Universiti

17.Perlukah pelajar yang extend mengambil cuti tanpa gaji sedangkan untuk menyelesaikan pengajian, pelajar sangat2 memerlukan duit memandangkan biasiswa juga akan ditamatkan pada tempoh berkenaan. Ini akan lebih mengganggu perjalanan pengajian pelajar dan makin melambatkan proses untuk pelajar menyelesaikan pengajian. Dan kenapa perlu dikenakan wang cagaran (yang akan hangus selepas setahun) kepada para pelajar yang masih meneruskan pengajian tetapi telah diminta untuk melapor diri sedangkan pelajar tidak lagi menerima biasiswa dan perlu menanggung perbelanjaan pengajian serta diri dan keluarga.

JAWAPAN

Sila kemukakan rayuan kepada Pendaftar Universiti

18.Adalah diharapkan supaya pihak majikan dapat mempertimbangkan permohonan staf untuk 'extend' selama 6 bulan/ 1 tahun dengan gaji penuh setelah tamat tempoh cuti belajar.

JAWAPAN

(6)

6/10

19. Memohon pertimbangan yang sewajarnya berkenaan pemberhentian pemberian gaji kepada tutor yang sedang cuti belajar dan tidak dapat menyelesaikannya dalam tempoh 3 tahun. Dan juga mengenai isu pemberhentian perkhidmatan tutor dan terpaksa membayar balik pampasan dan penalti kepada pihak universiti yang dikenakan kepada tutor yang tidak dapat menyelesaikan pengajian. Harapan agar pihak Universiti menarik balik pekeliling yang tidak mesra tutor.

JAWAPAN

Penetapan peraturan dan syarat pelanjutan cuti belajar telahpun dimaklumkan melalui surat rujukan UTHM/PP/500-14/3/4Jld 42(39) bertarikh 31 Oktober 2016 dan telah diemel pada 1 November 2016.

ELAUN

20.Cuti tanpa gaji selepas lanjutan pertama. JAWAPAN

Permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji hendaklah dimajukan kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf (UNIKAPS).

21.Tiada maklumat yang jelas mengenai duit pembiayaan penajaan setiap kali dikreditkan. JAWAPAN

Maklumat bayaran biasiswa boleh dirujuk di FAQ Unit Kemudahan Pengajian Staf

22.Adakah biasiswa STAB membiayai kos pembentangan/seminar di dalam atau luar negara? Nyatakan elaun-elaun lain yang disediakan untuk calon STAB dan cara untuk memohon elaun tersebut (sekiranya ada).

JAWAPAN

Ya, biasiswa STAB membiayai kos pembentangan/seminar di dalam atau luar negara . Sila rujuk syarat tawaran dan peraturan cuti belajar dan FAQ Unit Kemudahan Pengajian Staf.

(7)

7/10

23.Bayaran untuk penghantaran kertas ke journal/conference. Mungkin pihak UTHM dapat memberikan sumbangan kepada staf Cuti Belajar terutamanya yang dalam tempoh pelanjutan, tanpa gaji & tanpa biasiswa.

JAWAPAN

Pembiayaan yang ditanggung hanya semasa didalam tempoh asal tawaran cuti belajar dan pembentangan secara lisan sahaja.

24.Adakah universiti menyediakan bantuan kewangan atau claim perjalanan untuk program yang diadakan di uthm?

JAWAPAN

Universiti hanya memberi tambang gantian kepada staf yang dijemput hadir sahaja.

25.Mohon dipertimbangkan bayaran elaun STAB kepada yang menambah tahun pengajian 3+1 tahun untuk tempoh kecemasan yang sukar dijangka.

JAWAPAN

Universiti hanya menanggung elaun STAB mengikut tempoh dalam surat tawaran cuti belajar.

26.Adakah claim penginapan dibenarkan bagi staf cuti belajar? JAWAPAN

Tertakluk kepada kewangan semasa dan kelulusan pengurusan university.

27.Adakah tutor cuti belajar dibenarkan melapor diri selepas penghantaran tesis untuk viva @ selepas peperiksaan lisan (viva-voce)?

JAWAPAN

Staf yang telah menghantar hardbound thesis sahaja yang dibenarkan melapor diri dengan mengemukakan dokumen pengesahan dari pusat siswazah universiti pengajian.

(8)

8/10

LAPOR DIRI

28.Sesuatu pengajian dikira tamat/selesai setelah mendapat surat senat atau setelah menghantar tesis untuk viva?

JAWAPAN

Dikira Berjaya selepas mendapat pengesahan senat dari Universiti pengajian.

29.Adakah terdapat pilihan untuk melapor diri bergaji penuh setelah sahaja "LULUS" peperiksaan lisan (viva-voce) samada pembetulan (minor/major)?

JAWAPAN

Staf yang telah menghantar hardbound thesis sahaja yang dibenarkan melapor diri dengan mengemukakan dokumen pengesahan dari pusat siswazah universiti pengajian.

30.Adakah dibenarkan tutor yang cuti belajar untuk melapor diri selepas selesai viva? JAWAPAN

Staf yang telah menghantar hardbound thesis sahaja yang dibenarkan melapor diri dengan mengemukakan dokumen pengesahan dari pusat siswazah universiti pengajian.

PENGURUSAN

31.Sekiranya PhD tidak dapat disiapkan dalam tempoh 3 tahun, apakah kesannya terhadap pelantikan STAB? Adakah jawatan pensyarah diisi dengan calon lain?

JAWATAN

Bergantung kepada kekosongan jawatan serta keperluan Universiti pada masa itu.

32.Adakah biasiswa STAB membiayai kos pembentangan/seminar di dalam atau luar negara? Nyatakan elaun-elaun lain yang disediakan untuk calon STAB dan cara untuk memohon elaun tersebut (sekiranya ada).

JAWAPAN

Peuntukan dan Elaun yang diberi telah dinyatakan didalam Surat Jaminan Kewangan yang diberikan sewaktu menerima tawaran cuti belajar.

(9)

9/10

33.Adakah tahun perkhidmatan tutor diambil kira bermula dari lantikan jawatan tutor supaya dapat memenuhi jangka masa perkhidmatan yang diperlukan untuk skim pencen?

JAWAPAN

Pihak universiti hanya mengambil kira tahun perkhidmatan bagi staf tetap sahaja.

34.Adakah pihak Universiti memberikan tempoh tawaran biasiswa bagi Master by Research lebih panjang berbanding Master by Coursework?

JAWAPAN

Pihak universiti hanya membenarkan tempoh yang diluluskan berdasarkan surat tawaran universiti penganjur.

35.Jika tidak dapat menyelesaikan dalam tempoh 3 tahun pengjian, apakah pihak UTHM akan terus potong penajaan elaun tanpa notis atau masih diberi budi bicara?

JAWAPAN

Pengajian hanya dibiayai dalam tempoh asal pengajian.

36.Memandangkan lanjutan cuti belajar tidak lagi dibenarkan, bolehkah staf yang terlibat mengambil cuti tanpa ganti (sebagai contoh, untuk tempoh selama 6 bulan) tanpa perlu melapor diri terlebih dahulu? Pada masa yang sama, adakah RM500 (jika cuti belajar dalam negara) akan ditolak daripada akaun staf berkenaan?

JAWAPAN

Staf perlu mengemukakan permohonan.

37.Bagaimanakah pihak UTHM menjaga kebajikan Staff Cuti Belajar Tanpa Gaji dan memberi solusi bagaimana untuk meneruskan kelansungan hidup tanpa gaji.

JAWAPAN

(10)

10/10

SKIM TENAGA AKADEMIK BARU (STAB)

38.Apakah status STAB selepas 3tahun tamat kontrak dan masih lagi belum tamat pengajian? Sama seperti staf cuti belajar iaitu dipanggil bekerja @ ditamatkan perjanjian dan perlu membayar 100k atau sebaliknya.

JAWAPAN

Tempoh maksimum cuti belajar adalah selama 60 bulan, walau bagaimanapun STAB hanya dibiayai untuk tempoh asal kelulusan. Selepas tempoh tersebut, sekiranya belum selesai boleh mengemukakan permohonan lanjutan Tanpa Elaun Tanpa Biasiswa selama 6 bulan bagi setiap permohonan dalam tempoh berbaki.

39.Adakah staf STAB ada tempoh kelonggaran selama 1tahun selepas tamat 3tahun tempoh pengajian?

JAWAPAN

Tempoh maksimum cuti belajar adalah selama 60 bulan, walau bagaimanapun STAB hanya dibiayai untuk tempoh asal kelulusan. Selepas tempoh tersebut, sekiranya belum selesai boleh mengemukakan permohonan lanjutan Tanpa Elaun Tanpa Biasiswa selama 6 bulan bagi setiap permohonan dalam tempoh berbaki.

Referensi

Dokumen terkait

Terjadinya gempa bumi di Alor yang berpusatkan di daratan sekitar 33 Km arah timur ibukota Kabupaten Alor, Kota Kalabahi, mengakibatkan kerusakan fisik berupa bangunan pribadi

Bagi peneliti selanjutnya diharapkan penelitian yang telah dilakukan ini dapat menjadi sumber ilmu serta referensi untuk meneliti kembali tentang gaya bahasa perbandingan,

Singapura sendiri secara tidak langsung juga banyak memberi keuntungan bagi pariwisata Indonesia karena posisinya sebagai sentra penghubung transit penerbangan internasional

Melalui Rapat Koordinasi dan Pengembangan Program dan Anggaran Institut Seni Indonesia Denpasar dapat menghasilkan Perjanjian Kinerja (PK) di lingkungan Institut

Mutcler (1984) melakukan penelitian dengan mewawancarai praktisi auditor yang menyatakan bahwa perusahaan yang menerima opini audit going concern pada tahun sebelumnya

Belum adanya kejelasan tentang tata ruang dan rencana pengembangan wilayah pesisir, sehingga banyak terjadi tumpang tindih pemanfaatan kawasan hutan mangrove untuk berbagai

Selanjutnya berdasarkan Peraturan Walikota Tangerang Nomor 64 Tahun 2016 tentang Kedudukan, Susunan Organisasi, Tugas dan Fungsi serta Tata Kerja Dinas

Dilakukan suatu penelitian apakah terdapat hubungan antara usia, skor awal GCS, reflek pupil terhadap cahaya, hipotensi, dan waktu prehospital dengan