• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956"

Copied!
75
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1

DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengalu-alukan maklum balas dan ulasan ke atas kajian semula Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 seperti yang dinyatakan dalam Bahagian B di dalam Dokumen Konsultasi ini pada atau sebelum 30 Jun 2017. Sila nyatakan nama dan organisasi yang anda wakili (jika berkenaan) dan mohon sertakan rujukan kepada soalan anda.

Maklum balas dan ulasan hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada: lrpia@ssm.com.my

Kerahsiaan: Mana-mana penafian kerahsiaan yang mungkin dijana oleh sistem IT organisasi anda atau dimasukkan pada helaian hadapan faks sebagai satu pernyataan umum hanya akan terpakai kepada maklumat dalam maklum balas yang anda pohon akan kerahsiaannya.

(3)

2 KANDUNGAN

_______________________________________________

MUKASURAT

Bahagian A: Ringkasan Eksekutif 3

Bahagian B: Kajian Semula Akta Pendaftaran

(4)

3

BAHAGIAN A

KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. Menyedari pentingnya peranan yang dimainkan oleh perniagaan kecil kepada pertumbuhan domestik, SSM mengambil inisiatif untuk memodenkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif dan dinamik untuk perkembangan perniagaan.

2. Dasar-dasar polisi berikut dicadangkan untuk dipertimbangkan sebagai asas dalam merangka proses dan prosedur pendaftaran perniagaan yang lebih cekap:

(a) Pengekalan rangka kerja semasa untuk mentadbir pendaftaran perniagaan sebagai pemilik tunggal atau perkongsian berdasarkan kategori aktiviti perniagaan sedia ada.

(b) Bahawa konsep pendaftaran secara sukarela untuk aktiviti perniagaan tertentu diperkenalkan.

(c) Bahawa kuasa untuk membatal, mengubah atau mengecualikan mana-mana aktiviti daripada pemakaian undang-undang ini terletakhak kepada Menteri.

(d) Bahawa frasa "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" diguna pakai dan mengekalkan

(5)

4

takrif semasa "orang yang bertanggungjawab". Ia juga disyorkan bahawa perlu ada peruntukan nyata mengenai liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" itu.

(e) Bahawa konsep "orang yang ditetapkan" yang mana boleh diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik diperkenalkan.

(f) Peruntukan yang jelas disediakan bagi membolehkan suatu pertubuhan perbadanan untuk menjadi pekongsi dalam perniagaan yang didaftarkan di bawah APP.

(g) Pengekalan dasar mengenai sekatan ke atas warga asing dari mendaftarkan perniagaan mereka di bawah APP.

(h) Bahawa pendaftaran mandatori perniagaan diperlukan sebelum seseorang boleh menjalankan perniagaan.

(i) Bahawa peruntukan berkaitan permohonan untuk carian nama dan perizaban nama disediakan dengan jelas.

(j) Bahawa proses perizaban nama tidak mandatori dan perlu ada tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan kemungkinan disalahguna.

(k) Bahawa proses kelulusan penggunaan nama yang komprehensif selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 diperkenalkan.

(l) Bahawa undang-undang harus membenarkan pertukaran nama perniagaan berdaftar.

(6)

5

(m) Bahawa rangka kerja yang komprehensif disediakan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan atau perniagaan dalam talian atau tanpa premis fizikal.

(n) Bahawa peruntukan yang lebih jelas disediakan bagi menguruskan pendaftaran butir-butir yang perlu didaftar dengan Pendaftar di samping memastikan pekongsi dalam perniagaan dilindungi secukupnya.

(o) Bahawa keperluan mandatori semasa bagi menamatkan perniagaan sekiranya pekongsi yang tidak dapat dikesan atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahkan perniagaan. Pekongsi lain yang masih ada dalam perniagaan perlu diberi pilihan samaada untuk meneruskan perniagaan jika perniagaan masih berdaya maju.

(p) Bahawa prosedur yang berkaitan dengan penamatan atau pembatalan pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa perniagaan itu digunakan atau berniat untuk digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang, dikaji semula untuk memasukkan prosedur pengeluaran notis oleh Pendaftar kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang yang bertanggungjawab dalam perniagaan. Pengeluaran notis itu tidak memerlukan balasan yang menunjukkan sebab yang sebaliknya. Adalah dicadangkan juga bahawa mana-mana orang yang terkilan diberi peluang membuat rayuan kepada Menteri.

(q) Bahawa undang-undang harus membenarkan Pendaftar untuk membatalkan pendaftaran jika terdapat arahan daripada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan

(7)

6

tanggungjawab keselamatan dalam negeri bahawa perniagaan itu telah digunakan untuk tujuan yang tidak sesuai dengan kepentingan negara atau keselamatan. Dalam kes sedemikian, pengeluaran notis adalah tidak diperlukan.

(r) Bahawa amalan semasa dalam memfailkan Borang C dikekalkan sekiranya berlaku penamatan perniagaan akibat kematian sekutuniaga atau pekongsi di mana tidak ada sekutu yang masih hidup.

(s) Bahawa prosedur bagi permohonan untuk mendaftar semula perniagaan boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas pendaftaran perniagaan terhenti.

(t) Bahawa rangka kerja berkaitan pembetulan daftar atau kesalahan yang selaras dengan peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 diguna pakai.

(u) Bahawa rangka kerja yang sama dalam pemfailan elektronik di bawah Akta Syarikat 2016 diguna pakai.

(8)

7 BAHAGIAN B

KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

PENGENALAN

1. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) secara rasmi digubal sebagai Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Ia berkuat kuasa pada 1 Januari 1957. Ia kemudiannya disemak dan diterbitkan pada 26 Januari 1978 sebagai Undang-Undang Malaysia 197 dan mengekalkan nama seperti sedia ada.

2. APP memperuntukkan pendaftaran perniagaan dan terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja. Pada tahun 1996, permohonan APP telah dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan.

3. APP tidak terpakai kepada aktiviti-aktiviti berikut menurut peruntukan seksyen 4:

(a) sesuatu perniagaan yang dipunyai dan dijalankan sepenuhnya oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016;

(b) sesuatu perniagaan yang dipunyai atau diuruskan oleh Kerajaan atau mana-mana badan awam yang diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c) sesuatu pertubuhan yang didaftarkan atau dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan

(9)

8

dengan pendaftaran pertubuhan atau syarikat kerjasama;

(d) sesuatu perniagaan yang semata-mata untuk menjalankan apa-apa profesion di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan hanya boleh dijalankan oleh mereka yang memiliki kelayakan-kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis tersebut dan melalui proses pendaftaran di bawah undang-undang tersebut.

4. Sejak dikuatkuasakan, APP telah dipinda sebanyak empat kali tetapi prinsip-prinsip dan peruntukan substantif APP kekal sama.

5. Setakat 31 Mac 2017, sejumlah 6,492,032 perniagaan telah didaftarkan di bawah APP. Jumlah ini mewakili pertumbuhan sihat aktiviti perniagaan domestik.

6. Menyedari pentingnya peranan yang dimainkan oleh perniagaan-perniagaan kecil terhadap pertumbuhan domestik, SSM mengambil inisiatif untuk mengkaji semula peruntukan di bawah APP bagi memastikan perkembangan komuniti perniagaan melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan dinamik.

PERKARA YANG PERLU UNTUK DISEMAK DAN PERBANDINGAN PENANDA ARAS

7. Kepentingan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan dinamik bagi komuniti perniagaan untuk

(10)

9

berkembang menjadi pertimbangan utama kajian semula ini. Kebanyakan prinsip di bawah APP masih relevan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan yang ketinggalan zaman dan lapuk yang perlu dikaji semula bagi memastikan bahawa undang-undang ini kekal dinamik dan seiring dengan evolusi trend perniagaan semasa.

8. Dokumen ini akan membincangkan isu-isu spesifik dengan matlamat untuk menggalakkan kelancaran dan kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut:

(i) Bahagian A - Dinamik undang-undang

(ii) Bahagian B - Parameter aktiviti yang didaftarkan di bawah APP;

(iii) Bahagian C - Pendaftaran, pembaharuan, pembatalan dan pendaftaran semula perniagaan; dan

(iv) Bahagian D - Pelbagai

BAHAGIAN A - DINAMIK UNDANG-UNDANG

9. Di kebanyakan negara Komanwel dan negara-negara bukan Komanwel, pentadbiran bagi aktiviti perniagaan dijalankan melalui pendaftaran nama perniagaan1.

1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran nama-nama perniagaan Ireland

1963, Akta Nama Perniagaan Wilayah-Wilayah Ibu Negeri 1963, Akta Pendaftaran

(11)

10

10. Di sesetengah negara, berbanding keperluan menghendaki aktiviti-aktiviti tertentu didaftarkan, pendekatan yang lebih luas telah diguna pakai di mana undang-undang menghendaki mana-mana orang yang menjalankan perniagaan2 di bawah nama

perniagaan3 hendaklah berdaftar. Keperluan untuk mendaftarkan

nama perniagaan adalah terpakai secara menyeluruh terhadap mana-mana orang (sama ada tidak diperbadankan atau diperbadankan) yang bercadang untuk menjalankan perniagaan di bawah nama perniagaan. Jika sebuah syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan di bawah nama sebenar4 syarikat

atau individu itu, undang-undang ini tidak terpakai kepada mereka.

11. Sebaliknya, objektif APP adalah untuk menyediakan peruntukan berkaitan pendaftaran perniagaan dalam bentuk pemilik tunggal atau perkongsian berdasarkan jenis aktiviti "perniagaan" tertentu tanpa mengira sama ada atau tidak ia dijalankan di bawah nama perniagaan atau nama sebenar.

2 Akta Pendaftaran Nama Wilayah-Wilayah Ibu Negeri Australia mentakrifkan bahawa

menjalankan perniagaan adalah termasuk menubuhkan tempat perniagaan dan mendapatkan pesanan untuk barangan dan perkhidmatan, tetapi tidak termasuk-

(a) mengambil atau membela prosiding undang-undang; atau

(b) membuka atau menjaga akaun dengan institusi pengambilan deposit yang diberi

kuasa; atau

(c) membuat pembelian atau jualan melalui kontraktor bebas; atau

(d) mewujud dan membuktikan hutang atau gadaian atas harta; atau

(e) mengutip hutang, mendapatkan hutang atau menguatkuasakan cagaran berhubung

dengan hutang; atau

(f) menjalankan transaksi terpencil tidak lebih lama daripada 31 hari; atau

(g) melabur dana atau memegang harta.

3 Nama perniagaan bermaksud satu nama, stail, tajuk atau gelaran di mana perniagaan itu

dijalankan.

4 Berbeza dengan nama perniagaan, nama yang benar adalah nama syarikat atau individu

(12)

11

12. Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 Singapura (APNP Singapura) telah berubah di mana keperluan untuk mendaftar di bawah APNP telah diperluaskan kepada perbadanan (body corporate) sekiranya ia menjalankan perniagaan di bawah nama perniagaan. Mauritius sebaliknya mengambil pendekatan yang berbeza di mana syarikat atau perkongsian komersial secara automatik dianggap telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 2012 Mauritius (APP Mauritius).

13. Dalam keadaan tertentu, peluasan keperluan untuk mendaftar syarikat yang menjalankan perniagaan di bawah nama perniagaan akan mengurangkan kekeliruan kerana semua nama perniagaan akan didaftarkan dengan Pendaftar. Carian awam boleh dijalankan untuk menentukan siapa pemilik sebenar perniagaan. Namun sebaliknya, keperluan tersebut akan mewujudkan suatu dua sistem pendaftaran yang mungkin tidak berfaedah dari segi kos dan keberkesanan.

14. SSM mencadangkan bahawa kerangka sedia ada untuk mengawal pendaftaran pemilik tunggal atau perkongsian berdasarkan takrif "perniagaan" dikekalkan. Selanjutnya, SSM berpandangan bahawa seksyen 4 APP yang mengecualikan pemakaian APP untuk aktiviti-aktiviti tertentu juga dikekalkan.

Soalan untuk Konsultasi:

(1) Adakah anda bersetuju bahawa prinsip untuk mengawal pendaftaran di bawah APP hendaklah berasaskan prinsip pendaftaran wahana perniagaan

(13)

12

dalam bentuk pemilikan tunggal atau perkongsian bagi aktiviti perniagaan tertentu?

(2) Adakah anda bersetuju bahawa keperluan untuk mendaftar di bawah APP diperluaskan kepada mana-mana orang yang menjalankan perniagaan termasuk syarikat atau perkongsian liabiliti terhad?

BAHAGIAN B - PARAMETER AKTIVITI YANG DIDAFTARKAN DI BAWAH APP

Takrif "Perniagaan"

15. Pada masa ini, apa-apa perniagaan yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 APP hendaklah didaftarkan. Seksyen 2 mentakrifkan "perniagaan" untuk meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa-apa-apa kerja yang dinyatakan dalam Jadual.

16. Takrif perniagaan adalah sangat luas dan menyeluruh yang meliputi semua aktiviti tersebut yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun, takrif ini tidak termasuk pegangan jawatan atau pekerjaan; apa-apa pengusahaan amal dan apa-apa pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual APP walaupun aktiviti tersebut dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan.

(14)

13

17. Salah satu masalah takrifan ini adalah rujukan kepada "pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" di mana, walaupun Jadual tersebut bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang dijalankan secara persendirian dan secara aktif bagi tujuan mata pencarian, syarat yang ditetapkan untuk aktiviti yang dikecualikan boleh menimbulkan kekeliruan yang mana kadang kala memerlukan aktiviti tersebut didaftarkan di bawah APP.

18. Takrifan semasa "perniagaan" dalam APP adalah sebanding dengan takrifan yang didapati di bawah APNP Singapura dan APP Mauritius.

19. APNP Singapura mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut:

"Perniagaan" termasuklah tiap-tiap bentuk tred, perdagangan dan profesion, dan apa-apa aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak termasuk apa-apa jawatan, penggajian atau pekerjaan5. 20. Di Singapura, Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32 Tahun

2004) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 yang merujuk kepada pengusahaan amal atau aktiviti perniagaan yang dikecualikan. Rujukan kepada "pengusahaan amal" telah dikeluarkan daripada takrifan dan kini dikategorikan sebagai salah satu kategori yang dikecualikan daripada pemakaian peruntukan APNP Singapura. Daripada merujuk aktiviti yang dikecualikan sebagai "pekerjaan", ia dirujuk sebagai aktiviti yang tidak termasuk dalam perniagaan.

(15)

14

21. Manakala, di Mauritius, "pekerjaan" menjadi sebahagian daripada takrif perniagaan yang memerlukan pendaftaran jika ia dijalankan bagi maksud keuntungan, rujukan kepada "pengusahaan amal" telah dikeluarkan dan dikategorikan sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual kepada APP Mauritius.

22. APP Mauritius mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut:

"Perniagaan"

(a) termasuklah tiap-tiap bentuk tred, perdagangan atau pembuatan, pertukangan, memanggil, profesion, kerjaya atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti lain yang dijalankan oleh seseorang bagi maksud mendapat laba atau keuntungan; tetapi

(b) tidak termasuk-

(i) apa-apa jawatan atau penggajian;

(ii) apa-apa perniagaan atau aktiviti yang dinyatakan dalam bahagian I di bawah Jadual Pertama; atau

(iii) apa-apa aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh seseorang, atau golongan orang, yang dinyatakan dalam Bahagian II di bawah Jadual Pertama6.

23. Berdasarkan di atas, SSM berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk menghalusi definisi "perniagaan" bagi mengelakkan kekaburan. Adalah dicadangkan bahawa rujukan

(16)

15

kepada "pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" dipinda kepada "aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual". Aktiviti-aktiviti tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dikecualikan yang akan ditentukan melalui senarai prinsip-prinsip dan elemen-elemen yang berkaitan. Ia juga disyorkan bahawa rujukan kepada "pengusahaan amal" hendaklah dirujuk sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan di bawah APP.

24. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa takrif perniagaan adalah seperti berikut:

"Perniagaan" termasuklah tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan, penggajian atau pekerjaan, atau apa-apa aktiviti yang ditentukan dalam Jadual.

Aktiviti-aktiviti yang dikecualikan

25. Pengecualian yang diperuntukkan di dalam Jadual APP adalah bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapatkan mata pencarian dan aktiviti tersebut perlu dilakukan secara persendirian atau secara aktif oleh orang yang menjalankan aktiviti tersebut. Pengecualian ini juga berdasarkan kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

(A) Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan barangan dan perkhidmatan, aktiviti itu akan dikecualikan jika ia-

(17)

16

(i) bersifat berpindah randah;

(ii) tidak dijalankan dari mana-mana bangunan atau struktur; atau

(iii) tidak dijalankan dari sebuah kenderaan yang digerakkan secara mekanikal yang mempunyai lebih daripada tiga roda;

(iv) tidak dijalankan dari sebuah gerai yang perlu dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(B) Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa barang atau dagangan di pasar mingguan untuk tidak lebih daripada dua hari berturut-turut dalam mana-mana minggu atau di mana-mana pasaria Melayu atau pasaria yang sama jenisnya yang ditubuhkan, ditaja atau dibantu oleh koperasi, aktiviti itu akan dikecualikan jika barang-barang tersebut ditanam, disediakan, dikilangkan atau diproseskan semata-mata dalam negara.

(C) Dalam hal aktiviti-aktiviti pertanian, aktiviti tersebut akan dikecualikan jika-

(i) aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan secara aktif dan persendirian untuk kepentingan diri mereka sendiri oleh mana-mana orang bagi maksud mencari mata pencarian;

(ii) kawasan yang dipegang, diduduki atau digunakan adalah tidak lebih daripada 25 ekar; dan

(18)

17

(iii) orang yang menjalankan aktiviti tersebut tidak mengambil lebih daripada 5 orang pekerja. (D) Dalam hal aktiviti pertukangan, aktiviti tersebut akan

dikecualikan jika-

(i) aktiviti terebut dijalankan di premis domestik; (ii) hasil pertukangan itu tidak dipamerkan untuk

dijual di khalayak ramai;

(iii) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain daripada anggota rumah tangganya bagi maksud membuat atau menghasilkan kraf tersebut.

(E) Dalam hal nelayan, pembiak ikan dalam kolam, pembuat arang kayu, pemotong kayu, mereka dikecualikan daripada keperluan untuk mendaftar di bawah APP jika mereka terlibat secara persendirian dan secara aktif untuk mencari mata pencarian mereka.

26. Adalah sedia maklum bahawa kriteria dan syarat yang dikenakan pada aktiviti yang dikecualikan telah menimbulkan ketidaktentuan dan kekaburan. Kegagalan untuk memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan akan menyebabkan orang yang menjalankan aktiviti tersebut perlu didaftarkan di bawah APP.

27. Masalah ini bertambah apabila kriteria dan syarat yang ditetapkan tidak boleh digunakan secara seragam. Sebagai contoh, aktiviti yang dikecualikan perlu didaftarkan di bawah APP

(19)

18

jika ia perlu dilesenkan oleh undang-undang bertulis yang lain termasuk undang-undang kecil majlis tempatan. Walau bagaimanapun, tidak ada keseragaman dalam pemakaian ini memandangkan majlis-majlis tempatan mempunyai undang-undang yang berbeza berkaitan aktiviti yang sama.

28. SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mencadangkan jenis aktiviti perniagaan yang sepatutnya dikecualikan untuk mendaftar di bawah APP misalnya, aktiviti perniagaan tertentu yang bersifat sementara atau bagi maksud mendapatkan mata pencarian berdasarkan kriteria ekonomi tertentu. Oleh itu, parameter yang digunakan untuk pengecualian perlu dikaji semula bagi memastikan ia selari dengn tren, unsur-unsur dan alam sekitar perniagaan terkini. Keseimbangan di antara maksud aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk mendapatkan mata pencarian hendaklah jelas dibezakan atau dinyatakan berbanding aktiviti yang dijalankan bagi tujuan mendapat keuntungan. Begitu juga, pemakaian syarat-syarat dan kriteria yang digunapakai hendaklah boleh diseragamkan.

Seksyen 4 APNP Singapura menyenaraikan jenis-jenis orang yang tidak dikehendaki untuk mendaftar:

(a) apa-apa perniagaan oleh penjaja berlesen, sama ada randah atau sebaliknya, yang menjual atau mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan, minuman, barangan, pakaian atau dagangan atau apa-apa jenis, atau seseorang yang menawar untuk mengupah kemahirannya dalam kraftangan atau pertukangan;

(20)

19

(b) apa-apa perniagaan seseorang tukang yang-

(i) menjalankan pertukangannya di premis domestiknya sendiri;

(ii) tidak mempamerkan hasil pertukangannya untuk dijual di khalayak ramai; dan

(iii) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain daripada anggota rumah tangganya bagi maksud pertukangannya.

(c) Apa-apa perniagaan-

(i) seorang pemandu teksi; (ii) seorang pengayuh beca;

(iii) seorang pemilik perahu yang berulang-alik dengan perahunya untuk disewa; atau

(iv) seorang petani, penjaga kolam ikan atau penjaga udang yang-

(A) tidak mengambil bekerja mana-mana orang selain daripada anggota keluarganya yang terdekat;

(B) tidak memiliki tanah di mana ladang atau kolamnya berada; dan

(C) tidak mengenakan orang ramai apa-apa bayaran untuk kemasukan.

Seksyen 4 juga membenarkan kategori orang yang berikut untuk mendaftar secara sukarela:

(a) mana-mana pemilik individu yang menjalankan perniagaan di bawah nama penuh pemilik individu;

(21)

20

(b) mana-mana firma yang mempunyai 2 individu atau lebih yang menjalankan perniagaan di bawah nama penuh semua individu tersebut;

(c) tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana individu atau firma individu yang menjalankan apa-apa perniagaan yang hanya terdiri daripada amalan mana-mana profesion yang di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis boleh dilaksanakan hanya oleh mereka yang mempunyai kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis dan yang nama mereka didaftarkan atau selainnya direkodkan mengikut cara yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis; (d) seorang (A) berkaitan dengan atau bagi seorang lain

(B) menjalankan perniagaan sepenuhnya atau sebahagian besarnya sebagai penama atau pemegang amanah jika B telah memberi butir-butir yang dikehendaki di bawah seksyen 7(1);

(p) mana-mana orang lain yang pada masa ini dikecualikan oleh Menteri di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40; dan (q) mana-mana individu yang, sebaik sebelum tarikh

permulaan kuat kuasa Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 (APNP), menjalankan apa-apa perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32) yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh tersebut, dan sesiapa yang terus menjalankan perniagaan yang sama, pada dan selepas tarikh tersebut

(22)

21

29. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan telah dipermudahkan seperti berikut:

(a) perniagaan seorang tukang yang-

(i) menjalankan pertukangannya di premis domestiknya sendiri;

(ii) tidak mempunyai mana-mana premis

perniagaan.

(b) apa-apa pertubuhan kebajikan agama atau pendidikan; dan mana-mana orang yang terlibat dalam penanaman tanah yang tidak melebihi 4.2208 hektar (10 arpent).

30. SSM berpandangan bahawa parameter yang digunakan di Singapura dan Mauritius adalah lebih mudah dan lebih jelas serta boleh digunakan secara konsisten. Dalam kes Singapura, aktiviti perniagaan tertentu walaupun tidak dikehendaki untuk mendaftar di bawah APNP, boleh secara sukarela berbuat demikian.

31. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan adalah terhad kepada pertukangan yang dijalankan hanya dari premis domestik seseorang tukang itu. Selain daripada itu terdapat pertimbangan lain termasuk sama ada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan kebajikan, keagamaan atau pendidikan dan menyatakan nilai ambang (threshold) penanaman tanah.

(23)

22

32. Dalam kes Malaysia, adalah dirasakan bahawa parameter itu perlu dikaji semula untuk memastikan ia boleh digunakan secara konsisten seperti berikut:

(a) unsur-unsur komersial berbanding penglibatan secara persendirian yang tinggi. Sebagai contoh, menggaji orang yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat, mengenakan yuran, dan lain-lain; dan

(b) Kewujudan berterusan berbanding kewujudan sementara.

33. Sungguhpun parameter di atas boleh dengan mudah digunakan untuk aktiviti yang berkaitan dengan menjual atau mempamerkan untuk jualan barangan dan perkhidmatan, ia dirasakan bahawa parameter di atas juga boleh digunakan bagi aktiviti perikanan dan pertanian seperti nelayan, penternak ikan, penternak ayam dan ternakan atau penanaman tanaman.

34. Berhubung dengan kawasan tanah yang diduduki atau ditanam bagi maksud aktiviti pertanian, SSM berpandangan bahawa keluasan semasa 25 ekar masih relevan kerana Malaysia masih dianggap sebagai negara yang ekonominya berasaskan pertanian dan inisiatif itu bagi menyokong pekebun kecil7. Walau

bagaimanapun, ini perlulah dilengkapi dengan syarat yang menyatakan bahawa bilangan pekerja selain daripada ahli keluarganya yang terdekat tidak melebihi lima orang.

7Takrif kebun kecil di bawah RISDA adalah 100 ekar atau kurang. Ini membolehkan

(24)

23

35. Di Singapura, sekiranya seorang petani memiliki tanah di mana ladang atau kolam itu berada; dia dikehendaki untuk mendaftar aktiviti tersebut. Manakala di Mauritius, apa-apa penanaman tanah tidak perlu didaftarkan jika keluasan tanaman tersebut tidak melebihi daripada 10 arpent (4,2208 hektar).

36. Ia juga dicadangkan bahawa jenis tanaman hendaklah tidak terhad hanya kepada getah, beras (padi), kelapa atau kelapa sawit dan buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran.

37. Berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dikecualikan, SSM mencadangkan supaya pendekatan Singapura diguna pakai di mana beberapa aktiviti walaupun tidak dikehendaki untuk mendaftar, boleh berbuat demikian secara sukarela. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mesti mematuhi sepenuhnya peruntukan APP.

38. Berhubung dengan kuasa Dewan Rakyat di bawah seksyen 20 APP untuk menambah, mengubah atau membatalkan aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual APP, SSM berpandangan bahawa keperluan itu rumit dan tidak memudahcarakan.

39. Pada masa ini, Pendaftar telahpun diberikan kuasa di bawah Jadual dalam perkara 3(4)(ii) untuk meluluskan pekerjaan tertentu dalam pekerjaan pertanian, perhutanan atau di luar bandar.

40. Adalah dicadangkan bahawa kuasa untuk membatal, mengubah atau mengecualikan aktiviti yang dikecualikan hendaklah terletak hak kepada Menteri dengan syor Suruhanjaya. Peruntukan ini akan memudahkan cara khususnya apabila

(25)

24

perubahan segera dikehendaki berkaitan aktiviti yang dikecualikan itu.

Soalan untuk Konsultasi:

(3) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "perniagaan" perlu diperhalusi untuk selari dengan tren, unsur-unsur dan alam sekitar perniagaan semasa?

(4) Adakah anda bersetuju bahawa parameter aktiviti-aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual Pertama dikaji semula bagi memasukkan unsur-unsur komersialisme dan kewujudan yang berterusan?

(5) Adakah anda bersetuju bahawa rujukan kepada "pengusahaan amal" dalam takrif "perniagaan" dirujuk sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan?

(6) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan nyata bagi aktiviti-aktiviti dikecualikan daripada pemakaian APP?

(7) Adakah anda bersetuju bahawa keluasan 25 ekar ini perlu dikekalkan?

(8) Adakah anda bersetuju bahawa pengecualian penanaman tanaman tertentu ini diperluaskan untuk merangkumi semua jenis tanaman?

(26)

25

(9) Adakah anda bersetuju bahawa kuasa untuk membatalkan, mengubah atau mengecualikan aktiviti yang dikecualikan hendaklah terletak hak kepada Menteri dengan syor Suruhanjaya?

(10) Adakah anda bersetuju bahawa walaupun aktiviti-aktiviti tertentu dikecualikan daripada takrif perniagaan, ia mungkin mahu mendaftar aktiviti perniagaan itu secara sukarela?

BAHAGIAN C - PENDAFTARAN, PEMBAHARUAN, PEMBATALAN DAN PEMULIHAN PERNIAGAAN

41. Seksyen 2 APP mentakrifkan "orang yang bertanggungjawab" untuk perniagaan meliputi tiap-tiap pengarah, pengurus, pekongsi, pegawai, ejen atau pengkhidmat yang pada bila-bila masa dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan. 42. Ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu bertanggungjawab atas perniagaan itu terletak pada sama ada atau tidak dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya atau sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan. Takrifan ini menggambarkan keperluan untuk akauntabiliti dalam perniagaan yang mana perlunya ada seorang tertentu yang harus bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan berkaitan

(27)

26

pematuhan peruntukan APP8. Takrifan ini juga menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan antara orang yang menjalankan perniagaan (pemilik) dengan orang yang menguruskan perniagaan.

43. Di bawah APP Mauritius, frasa "orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu perniagaan" digunakan dan bukannya frasa "orang yang bertanggungjawab" walaupun takrif itu adalah sama dengan takrifan di bawah seksyen 2 APP.

44. Frasa yang diguna pakai oleh Mauritius menunjukkan peranan yang dimainkan oleh orang itu dalam memastikan bahawa peruntukan undang-undang dipatuhi. Walaupun mereka tidak semestinya pemilik, mereka diamanahkan dengan pengurusan perniagaan termasuk aspek pematuhan.

45. Di Singapura, konsep "orang yang bertanggungjawab" telah dimansuhkan di bawah APNP 2014. Sebaliknya, seksyen 6(3) APNP 2014 telah memperkenalkan konsep "orang yang bersesuaian" bagi tujuan pendaftaran dan pematuhan undang-undang.

46. Oleh kerana peruntukan di bawah APP turut membezakan “pemilik” dan “orang yang bertanggunjawab bagi pengurusan perniagaan”, SSM mencadangkan supaya frasa “orang yang bertanggunjawab bagi pengurusan perniagaan” diguna pakai dan takrifan “orang yang bertanggungjawab” yang sedia ada dikekalkan.

(28)

27

47. Adalah juga dicadangkan bahawa perlu ada peruntukan yang jelas berhubung liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" seperti berikut:

"Di mana orang yang menjalankan perniagaan adalah dikehendaki di bawah Akta ini untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda, orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang yang pertama tersebut itu juga adalah bertanggungjawab untuk perlakuan atau peninggalan melakukan perbuatan atau benda tersebut."

Soalan untuk Konsultasi:

(11) Adakah anda bersetuju bahawa frasa "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" diguna pakai untuk memberi peranan yang lebih jelas bagi orang tersebut?

(12) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan nyata mengenai liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan" seperti berikut:

"Di mana orang yang menjalankan perniagaan adalah dikehendaki di bawah Akta ini untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda, orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang

(29)

28

yang pertama tersebut itu juga adalah bertanggungjawab untuk perlakuan atau peninggalan melakukan perbuatan atau benda tersebut"?

Pendaftaran oleh "orang yang bertanggungjawab"

48. Pada masa ini, perniagaan mesti didaftarkan oleh "orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan" dalam tempoh 30 hari dari permulaannya.

49. Memandangkan orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan itu tidak semestinya pemilik perniagaan tersebut, terdapat kebimbangan bahawa unsur-unsur penipuan boleh berlaku apabila seseorang yang bukan pemilik sebenar perniagaan dibenarkan mendaftar perniagaan dan dipertanggungjawabkan untuk pelanggaran peruntukan di bawah APP. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan takrifan oleh orang tengah atau "ulat" dalam menawarkan perkhidmatan untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik perniagaan dengan menyamar untuk bertindak sebagai "ejen" sedangkan mereka tidak "dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau sebahagian besarnya dengan pengurusan perniagaan".

50. Sebagai perbandingan, bagi maksud pendaftaran, APNP Singapura 2014 menyatakan perlunya "orang yang bersesuaian"9

(30)

29

untuk menyerah simpan permohonan itu. Pada dasarnya, "orang yang bersesuaian" merujuk kepada pemilik atau pekongsi sebenar perniagaan dan juga termasuk orang yang ditetapkan10

yang diberi kuasa oleh orang yang bersesuaian tersebut. Oleh itu, di Singapura, walaupun takrif "orang yang bersesuaian" menghendaki pemilik untuk mendaftar perniagaan mereka, ia juga memberikan fleksibiliti di mana seseorang yang ditetapkan juga boleh mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik jika diberi kuasa untuk berbuat demikian.

51. Di Mauritius, kewajipan untuk mendaftar perniagaan terletak hanya pada orang yang menjalankan perniagaan dan

Dalam subseksyen (1) — "orang yang sesuai" ertinya —

(a)di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah sebagai pemilik individu, individu itu;

(b)di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan ialah suatu, pengarah atau setiausaha syarikat itu;

(c) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa sesuatu perkongsian liabiliti terhad mengikut pengertian seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A), seorang pengurus perkongsian liabiliti terhad;

(d)di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian 2 Bahagian XI Akta Syarikat, wakil yang diberi kuasa syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 366 Akta itu (Cap 50);

(e)di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah seperti firma, individu yang sama ada -

(i) rakan kongsi firma itu; atau

(ii) orang yang berkenaan yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c) atau (d) (mengikut mana-mana yang berkenaan) berkenaan dengan mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad atau syarikat asing yang merupakan rakan kongsi firma itu; atau

(f) ejen pemfailan yang berdaftar di bawah seksyen 28F 30 Akta Lembaga Perakaunan dan Kawal Selia Korporat (Bab 2A.) yang diberi kuasa oleh, dan bertindak bagi orang yang memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini; ... "

10 Seseorang ditetapkan ertinya seseorang, atau orang yang dalam golongan

orang, ditetapkan oleh Menteri iaitu seorang peguam, akauntan, setiausaha syarikat, ejen setiausaha korporat, seorang pekerja biro perkhidmatan.

(31)

30

bukan ke atas orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan11.

52. Dalam memberikan penjelasan mengenai siapa yang mempunyai tanggungjawab untuk mendaftarkan sesebuah perniagaan itu, SSM mencadangkan bahawa perlu ada suatu peruntukan nyata bahawa permohonan untuk mendaftarkan perniagaan mesti dilaksanakan oleh mana-mana orang yang menjalankan perniagaan iaitu pemilik dan bukanlah orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan.

53. Untuk tujuan memudahcara perniagaan, pihak kami ingin mendapatkan pandangan sama ada undang-undang perlu menyediakan peruntukan "orang lain yang ditetapkan" yang boleh diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik.

54. Orang yang ditetapkan boleh mengikut konsep "orang yang bersesuaian" di bawah APNP 2014 Singapura12.

Soalan untuk Konsultasi:

(13) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu secara nyata menghendaki pendaftaran perniagaan dilaksanakan oleh mana-mana orang yang menjalankan perniagaan?

11 Seksyen 6 APP 2002.Mauritius

(32)

31

(14) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu meentapkan orang lain selain daripada pemilik untuk mendaftarkan perniagaan bagi pihak pemilik?

Pertubuhan Perbadanan sebagai Pekongsi

55. Peruntukan di dalam APP tidak menjelaskan tentang pendaftaran pertubuhan perbadanan sebagai pekongsi dalam suatu perniagaan. Oleh itu, peruntukan APP berkaitan keperluan untuk mendaftar perniagaan telah ditafsirkan untuk menjurus kepada individu dan perkongsian yang terdiri daripada individu sahaja.

56. Penafsiran yang sedemikian adalah disebabkan oleh keadaan di mana syarikat mendaftarkan perniagaan mereka atas dasar bahawa perniagaan itu dijalankan di bawah suatu nama perdagangan.

57. Menurut seksyen 4(a), peruntukan APP tidak terpakai kepada perniagaan berdaftar yang dimiliki secara eksklusif dan dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016. Walau bagaimanapun, peruntukan itu tidak menyatakan bahawa peruntukan APP tidak terpakai dalam kes-kes apabila syarikat menjadi pekongsi dalam usaha niaga, sekaligus menjadikan perniagaan tersebut sebagai tidak dimiliki secara eksklusif oleh syarikat itu.

58. Di samping itu, peruntukan seksyen 17(1) APP menyatakan bahawa "Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah di bawahnya dilakukan oleh sesuatu

(33)

32

pertubuhan perbadanan, seeorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu hendaklah juga disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu melainkan dia mebuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan tidak disebabkan oleh apa-apa pengabaian di pihaknya".

59. Daripada pembacaan peruntukan seksyen 4(a) dan 17(1), ia boleh disimpulkan bahawa suatu pertubuhan perbadanan boleh menjadi pekongsi dalam perniagaan.

60. Dalam menerima pakai pendekatan yang bersifat fasilitatif, SSM berpandangan bahawa perlu ada peruntukan yang jelas yang membenarkan pertubuhan perbadanan yang telah memasuki perkongsian sama ada dengan individu atau pertubuhan perbadanan untuk mendaftar perkongsian tersebut di bawah APP. Usaha niaga ini mestilah dibezakan dengan pengecualian kepada perniagaan yang dimiliki dan dijalankan secara eksklusif oleh pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 4 APP.

61. Di Singapura, pertubuhan perbadanan dibenarkan untuk menjadi pekongsi dalam perkongsian perniagaan melalui takrif 'firma' yang bermaksud dua atau lebih individu badan yang tidak diperbadankan, atau satu atau lebih individu atau satu atau lebih perbadanan, atau dua atau lebih perbadanan yang memasuki perkongsian antara satu sama lain dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan. Selanjutnya, perkataan 'orang' ditakrifkan untuk termasuk suatu perbadanan, firma, firma asing dan individu.

(34)

33

62. APP Mauritius juga membolehkan syarikat-syarikat menjadi pekongsi dalam perniagaan melalui takrif 'firma' yang termasuk badan yang tidak diperbadankan yang terdiri daripada satu atau lebih individu, atau satu atau lebih pertubuhan perbadanan, yang menubuhkan perkongsian dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan.

63. Pendekatan yang diambil oleh Singapura dan Mauritius adalah selaras dengan takrif perkongsian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961 sebagai "perhubungan yang wujud antara orang-orang13 yang

menjalankan perniagaan yang sama dengan tujuan mendapat keuntungan".

64. Bagi menjelaskan isu ini dan agar selaras dengan takrif perkongsian, SSM berpandangan bahawa suatu pertubuhan perbadanan hendaklah dibenarkan menjadi pekongsi dalam perniagaan yang didaftarkan di bawah APP. Ia adalah dicadangkan bahawa takrif "firma" seperti yang terdapat dalam APNP Singapura diguna pakai.

Soalan untuk Konsultasi:

(15) Adakah anda bersetuju bahawa perlu peruntukan jelas yang membenarkan pertubuhan perbadanan menjadi pekongsi dalam perniagaan?

13 Seksyen 66 Akta Tafsiran mentakrifkan "orang-orang" untuk termasuk mana-mana

(35)

34

(16) Adakah anda bersetuju bahawa takrif "firma" seperti dalam APNP Singapura diguna pakai?

Pendaftaran Perniagaan oleh Warga Asing

65. Pada masa ini, tiada peruntukan yang jelas dalam APP yang tidak membenarkan warga asing daripada mendaftar perniagaan mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, secara pentadbiran, warga asing tidak dibenarkan mendaftar perniagaan mereka di Malaysia. Ini disokong oleh arahan daripada Menteri Perdagangan dan Industri (yang kini dikenali sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada tahun 1988 untuk tidak membenarkan mana-mana warga asing daripada mendaftar perniagaan di Malaysia melainkan jika mereka memegang status penduduk tetap. Ini dapat dibuktikan melalui borang yang ditetapkan (Borang A) di mana rakyat Malaysia atau penduduk tetap sahaja dibenarkan mendaftar perniagaan.

66. Selain daripada itu, terdapat juga kebimbangan bahawa dengan membenarkan warga asing mendaftar perniagaan di Malaysia ia boleh menggalakkan penyalahgunaan sistem pendaftaran kerana ia akan menjadi sukar dan tidak praktikal untuk menentukan peniaga tulen daripada orang-orang yang berniat untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek. Tambahan pula, kebenaran untuk memasuki Malaysia yang diberikan kepada orang asing berbeza bergantung kepada tujuan lawatan mereka. Adalah dikhuatiri bahawa dengan membenarkan warga asing mendaftar perniagaan akan sama seperti memberi mereka pengiktirafan undang-undang untuk giat dalam aktiviti perniagaan walhal pada hakikatnya, mereka tidak dibenarkan

(36)

35

untuk berbuat demikian. Terdapat juga kebimbangan bahawa penguatkuasaan peruntukan APP tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

67. Pada masa yang sama, terdapat juga kebimbangan bahawa kepentingan peniaga kecil tempatan akan terjejas dengan kebanjiran peniaga asing.

68. Dalam APNP 2014 Singapura, takrifan "orang" dalam AAPNP Singapura yang dimansuhkan itu telah dikeluarkan kerana APNP 2014 Singapura bergantung kepada takrifan sedia ada dalam Akta Tafsiran Singapura yang termasuk apa-apa syarikat atau persatuan atau kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan. Oleh itu, syarat-syarat sedia ada berhubung pertubuhan perbadanan14, firma, firma asing dan individu telah

dimasukkan ke dalam bahagian takrifan APNP 2014 Singapura untuk penjelasan mengenai siapa yang dibenarkan untuk mendaftar perniagaan. Selanjutnya, seksyen 6 APNP 2014 Singapura memerlukan individu atau setiap pekongsi firma yang untuk menyatakan kewarganegaraan mereka dalam borang pendaftaran.

69. Di Mauritius, takrifan "orang" adalah sesiapa yang dibenarkan untuk mendaftar perniagaan termasuk sebuah

14 APNP 2014 Singapura mentakrifkan "perbadanan" sebagai makna "mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau sedia ada di Singapura atau di luar Singapura dan termasuklah -

(A) mana-mana syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat (Bab 50.) atau mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang berada pada bila-bila masa yang berkuat kuasa di Singapura;

(B) mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A.); dan

(37)

36

konsortium, société15, perkongsian, usaha sama, amanah atau

firma. Penyertaan warga asing dalam pendaftaran perniagaan di Mauritius hanya terhad kepada société asing, perkongsian atau entiti perniagaan yang sama.

70. Kedudukan di bawah APNP Singapura telah menggantikan istilah "firma asing" dengan "syarikat asing" yang mempunyai erti yang sama seperti dalam seksyen 4(1) APNP Singapura. Selanjutnya, APNP 2014 telah menggantikan istilah "pengurus tempatan" dengan "wakil yang diberi kuasa"16, di mana

sekurang-kurangnya seorang wakil hendaklah dilantik, dan wakil yang diberi kuasa akan secara peribadi bertanggungjawab untuk segala tanggungjawab pemilik individu atau firma asing atau syarikat.

71. Dalam konteks di Malaysia, penyertaan warga asing masih boleh direalisasikan melalui pelbagai cara termasuk pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 atau melalui pegangan saham dalam syarikat-syarikat tempatan. Peruntukan Akta Syarikat 2016 mengandungi perlindungan yang mencukupi untuk melindungi kepentingan orang ramai dalam berurusan dengan ahli perniagaan asing yang sedia ada. Selain itu, warga

15 Société-

(a) ertinya société yang ditubuhkan di bawah mana-mana enakmen di Mauritius; dan

(b) termasuklah-

(i) société de fait;

(ii) société en penyertaan; (iii) usaha sama;

(iv) konsortium; atau

(v) société, perkongsian atau sama entiti perniagaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara asing.

(38)

37

asing juga boleh memulakan perniagaan melalui Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

72. Tambahan pula, dengan penguatkuasaan Akta Syarikat 2016 yang baru, konsep pengarah tunggal dalam sebuah syarikat boleh memudahcara dan memudahkan pemilik tunggal asing yang berhasrat untuk memulakan perniagaan di Malaysia menurut dua bentuk perniagaan yang dinyatakan di atas. Oleh itu, undang-undang yang relevan di Malaysia adalah tidak menghadkan pemilik tunggal asing entiti perniagaan untuk mengembangkan pelaburan perniagaan dan asing di Malaysia. 73. Justeru, SSM mencadangkan bahawa dasar mengenai sekatan ke atas warga asing daripada mendaftarkan perniagaan mereka di bawah APP dikekalkan.

Soalan untuk Konsultasi:

(17) Adakah anda bersetuju bahawa dasar berkaitan pendaftaran perniagaan oleh individu atau syarikat-syarikat asing perlu dikekalkan?

Tarikh permulaan perniagaan

74. Pada masa ini, suatu perniagaan hanya perlu didaftarkan di bawah APP dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan itu. Rasional bagi keperluan tersebut adalah bagi membolehkan usahawan menilai daya maju usaha niaga itu sebelum mengambil langkah selanjutnya dengan secara rasmi

(39)

38

mendaftarkan perniagaan tersebut. Walaupun rasional ini mungkin relevan semasa APP diperkenalkan pada tahun 1956, keperluan ini mungkin tidak lagi mencerminkan persekitaran perniagaan masa kini.

75. SSM berpandangan bahawa keperluan untuk mendaftar perniagaan hanya selepas ia memulakan operasinya membuka peluang kepada beberapa kemungkinan penyalahgunaan. Walaupun kegagalan untuk mendaftar perniagaan dalam tempoh tiga puluh hari adalah satu kesalahan di bawah APP, terdapat keadaan di mana perniagaan membawa kebelakang tarikh permulaannya dalam borang pendaftaran mereka untuk mewajarkan kewujudan awal dengan tujuan mendapatkan permit, lesen atau mengambil bahagian dalam tender dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, dan lain-lain.

76. SSM juga turut bimbang dengan kemungkinan terdapat pengusaha perniagaan yang tidak tulen (fly-by-night) yang tidak berhasrat mendaftarkan perniagaan tetapi mengadakan urus niaga dengan orang awam dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan perniagaan.

77. Di Singapura dan Mauritius, undang-undang menghendaki seseorang dan nama perniagaan orang itu didaftarkan sebelum dia menjalankan perniagaan17. Sungguhpun tempoh masa untuk

permohonan pendaftaran tidak dinyatakan di Singapura, APP Mauritius secara spesifik menghendaki permohonan tersebut dibuat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum operasi perniagaan dimulakan.

(40)

39

78. SSM berpandangan permohonan untuk mendaftarkan perniagaan hendaklah dibuat sebelum seseorang itu boleh menjalankan perniagaan hendaklah dinyatakan secara jelas dalam perundangan. SSM juga ingin mendapatkan pandangan daripada orang ramai sama ada tempoh masa tertentu dikehendaki bagi suatu permohonan untuk pendaftaran dibuat.

Soalan untuk Konsultasi:

(18) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu menghendaki seseorang mendaftar di bawah APP seelum orang itu boleh menjallankan perniagaan?

(19) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada tempoh masa tertentu bagi permohonan untuk pendaftaran? Jika ya, apakah tempoh masa yang sesuai:

(a) 7 hari;

(b) 14 hari; atau (c) 30 hari?

Keperluan berkaitan nama perniagaan

Penggunaan nama perniagaan

79. Pada masa ini, orang yang bertanggungjawab untuk perniagaan adalah dikehendaki mendaftar perniagaan dalam tempoh tiga puluh hari dari permulaan perniagaan. Oleh itu, perniagaan boleh dijalankan di bawah nama yang masih belum

(41)

40

didaftarkan. Ini mungkin memberi kesan bertentangan kerana nama itu mungkin suatu nama yang terhad, dilarang atau dianggap tidak dikehendaki oleh Pendaftar.

80. Bagi mengelakkan masalah yang sedemikian, SSM berpandangan bahawa undang-undang patut melarang penggunaan apa-apa nama perniagaan yang tidak didaftarkan dengan Pendaftar. Terdapat juga keperluan untuk melepaskan Pendaftar daripada liabiliti bahawa pendaftaran suatu nama tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penggunaan nama itu, jika penggunaan nama tersebut dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

81. Kedua-dua Singapura dan Mauritius mempunyai peruntukan berkaitan larangan penggunaan nama melainkan nama itu telah didaftarkan sewajarnya. Pada masa yang sama, kedua-dua negara ini juga dengan jelas memperuntukkan bahawa pendaftaran nama oleh Pendaftar tidak bermaksud membenarkan penggunaannya jika nama itu adalah dilarang oleh undang-undang lain.

82. SSM mencadangkan pendekatan yang diambil oleh Singapura dan Mauritius diguna pakai.

Soalan untuk Konsultasi:

(20) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang patut melarang penggunaan apa-apa nama perniagaan yang tidak difailkan atau didaftarkan dengan Pendaftar?

(42)

41

(21) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan nyata yang menyatakan bahawa pendaftaran nama itu tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penggunaan nama itu, jika penggunaan nama tersebut dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain?

Carian dan perizaban nama

83. Suatu perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama peribadi pemilik atau di bawah nama dagangan. Bagi nama peribadi, nama perniagaan hendaklah dinyatakan seperti di dalam kad pengenalan pemilik.

84. Suatu nama dagangan adalah nama atau gelaran yang digunakan perniagaan bagi menjalankan perniagaan atau yang digunakan firma untuk beroperasi. Nama perdagangan yang dicadangkan hendaklah menggambarkan sifat, skop atau kepentingan operasi perniagaan. Suatu nama dagangan hanya boleh didaftarkan setelah mendapatkan kelulusan Pendaftar. 85. Walaupun APP 1956 tidak memperuntukkan keperluan untuk carian nama, sebagai perkara dasar pentadbiran, permohonan carian nama boleh dilakukan melalui Borang PNA.42 bagai memastikan bahawa nama perniagaan memenuhi keperluan Kaedah 15(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (KPP). Jika diluluskan, nama itu akan dirizab untuk tiga puluh hari. Permohonan carian nama hanya terpakai

(43)

42

untuk perniagaan yang berhasrat untuk didaftarkan di bawah nama dagangan.

86. SSM berpandangan bahawa peruntukan mengenai permohonan carian nama dan perizaban nama perlu diperuntukkan dengan jelas di bawah undang-undang.

87. Di bawah APNP 2014 Singapura, seseorang boleh memohon kepada Pendaftar untuk perizaban nama sebagai nama perniagaan berdaftar yang dicadangkan dan Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan di bawah keadaan tertentu18. Jika Pendaftar berpuas hati bahawa nama itu bukan

satu nama yang dilarang atau terhad, Pendaftar boleh merizab nama perniagaan yang dicadangkan untuk tempoh 60 hari selepas tarikh Pendaftar memberitahu pemohon yang permohonannya telah diluluskan pada atau dalam tempoh 60 hari selanjutnya19.

88. APP Mauritius tidak mengandungi apa-apa peruntukan berkaitan prosedur carian nama dan perizaban nama.

89. Setelah mempertimbangkan kedudukan di Singapura dan Mauritius, SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mempunyai peruntukan berkenaan dengan carian dan perizaban nama kerana ia akan meningkatkan pematuhan kepada keperluan di bawah Kaedah 15 Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (KPP) dan mengurangkan pertindihan nama. SSM berpandangan bahawa peruntukan yang sama sebagaimana

18 Seksyen 16 (1), (2) dan (3) APNP Singapura 2014. Peruntukan ini juga sama

dengan peruntukan di bawah seksyen 22 (6) Akta Syarikat 1965 atau seksyen 27 (4) Akta Syarikat 2016.

(44)

43

yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Syarikat 2016 hendaklah disediakan.

90. Selanjutnya, SSM berpandangan bahawa walaupun prosedur perizaban nama akan dapat mengurangkan pertindihan nama, proses perizaban tidak perlu diwajibkan dan perlu ada tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan prosedur ini disalahgunakan.

Soalan untuk Konsultasi:

(22) Adakah anda bersetuju bahawa perlunya peruntukan bagi permohonan carian nama dan perizaban nama di bawah undang-undang?

(23) Adakah anda bersetuju bahawa prosedur perizaban nama tidak perlu diwajibkan?

(24) Adakah anda bersetuju bahawa tempoh perizaban adalah satu bulan atau lebih lama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar?

Sekatan ke atas pendaftaran nama tertentu

91. Secara amnya, kaedah 15(1) KPP memperuntukkan bahawa terdapat perkataan-perkataan tertentu yang dilarang untuk digunakan sebagai nama atau sebahagian daripada nama

(45)

44

perniagaan kecuali dengan keizinan Menteri20. Pendaftar juga

diberi kuasa untuk menyekat penggunaan nama-nama tertentu jka didapati tidak wajar. Larangan ini mesti diluluskan oleh Menteri dan disiarkan dalam Warta.

92. Di Singapura, peruntukan sama berkaitan sekatan pendaftaran nama perniagaan adalah terdapat di bawah seksyen 17 APNP 2014 Singapura. Di Singapura, kecuali dengan persetujuan Menteri, Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan perniagaan di bawah suatu nama yang pada pendapat Pendaftar tidak wajar, sama dengan mana-mana perbadanan atau nama perniagaan, sama dengan suatu nama yang dirizab di bawah Akta Syarikat (Bab 50) atau APNP, atau suatu nama daripada jenis yang mana Menteri telah mengarahkan Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta, tidak boleh diterima untuk pendaftaran.

93. Di Mauritius, peruntukan sama dengan Kaedah 15 KPP yang terdapat di bawah seksyen 10(3) APP Mauritius. Di samping itu, Pendaftar mempunyai kuasa untuk membatalkan atau menolak pendaftaran perniagaan jika namanya adalah sama atau menyerupai nama mana-mana orang lain yang menjalankan perniagaan atau nama perniagaan yang di bawahnya terdapat orang lain menjalankan perniagaan atau jika pada pendapat Pendaftar adalah tidak wajar atau mengelirukan.

20 Kaedah 15 KPP memperuntukkan bahawa kecuali dengan kelulusan daripada

Menteri, nama yang mengandungi perkataan tertentu, atau kata-kata yang mencadangkan kaitan dengan royalti, kerajaan, badan-badan kerajaan atau agensi kerajaan asing atau badan-badan antarabangsa atau mana-mana pertubuhan atau badan yang ditubuhkan oleh Royal Charter.

(46)

45

94. Di Malaysia, tiada peruntukan dalam APP dan KPP yang melarang pendaftaran nama perniagaan yang serupa atau sama dengan perniagaan berdaftar yang sedia ada. Walau bagaimanapun, sebagai satu perkara dasar, nama yang serupa atau sama hanya dibenarkan untuk perniagaan yang didaftarkan di bawah nama peribadi tetapi tidak di bawah nama dagangan. 95. Berikutan ini, SSM berpendapat bahawa selain daripada prosedur sedia ada berhubung sekatan nama di bawah Kaedah 15 KPP, tiada perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan perniagaan atau syarikat yang dianggap didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang awam.

Soalan untuk Konsultasi:

(25) Adakah anda bersetuju bahawa selain daripada sekatan nama di bawah Kaedah 15 RBR 1957, tiada perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan nama perniagaan berdaftar yang sedia ada atau sebuah syarikat yang dianggap didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012?

Perubahan nama perniagaan

96. Tidak seperti dalam Akta Syarikat 2016, APP tidak mempunyai peruntukan yang membolehkan perniagaan untuk

(47)

46

mengubah nama atau memberi kuasa kepada Pendaftar bagi mengarahkan perubahan nama perniagaan.

97. SSM sedia maklum bahawa terdapat permintaan daripada industri untuk membenarkan perniagaan mengubah nama mereka. Antara sebab yang dinyatakan untuk permintaan tersebut termasuk perubahan dari segi jenis perniagaan dan perubahan pekongsi dalam perniagaan yang mungkin memerlukan perniagaan melakukan perubahan-perubahan tersebut.

98. Pada masa ini, apabila perniagaan ingin mengubah namanya, ia perlu menamatkan perniagaannya dan mendaftar semula perniagaan tersebut di bawah nama baru. Pendekatan ini tidak fasilitatif dan tidak kos efektif. Pada masa yang sama, ketiadaan peruntukan yang membenarkan Pendaftar mengarahkan perubahan nama juga boleh menimbulkan halangan kepada Pendaftar dalam menjalankan kewajipannya bagi memastikan bahawa nama-nama perniagaan mematuhi keperluan-keperluan seperti yang dinyatakan dalam APP. Terutama sekali jika perniagaan telah didaftarkan untuk menjalankan perniagaan di bawah nama yang terhad atau tidak wajar.

99. Di Singapura, peruntukan yang membenarkan perniagaan untuk mengubah nama dan memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengarahkan perubahan nama terkandung di bawah seksyen 18 APNP 2014 Singapura. Peruntukan ini adalah sama dengan peruntukan baru di bawah seksyen-seksyen 28 dan 29 Akta Syarikat 2016.

(48)

47

100. Sama seperti APP, APP Mauritius tidak mempunyai apa-apa peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan dan kuasa Pendaftar untuk mengarahkan perubahan dalam nama perniagaan.

101. Bagi tujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang fasilitatif, kos efektif dan dinamik, SSM mencadangkan bahawa peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan pelru diperuntukkan di bawah undang-undang. Pada masa yang sama, ia juga dicadangkan agar Pendaftar diberi kuasa untuk mengarahkan perubahan nama untuk perniagaan atas alasan tertentu seperti nama telah didaftarkan secara tidak sengaja atau sebaliknya, sebagai nama yang terhad, dilarang atau tidak wajar.

Soalan untuk Konsultasi:

(26) Adakah anda bersetuju bahawa peruntukan berkaitan perubahan nama perlu diperuntukkan di bawah undang-undang?

(27) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar perlu diberi kuasa untuk mengarahkan perubahan nama untuk perniagaan atas alasan tertentu?

Peruntukan khusus bagi perniagaan tanpa suatu tempat perniagaan atau kekal/ tetap tempat perniagaan

102. Salah satu maklumat yang diperlukan semasa mendaftar perniagaan adalah alamat tempat perniagaan, dan jika

(49)

48

perniagaan mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, alamat cawangannya21.

103. Keperluan ini menunjukkan bahawa semua perniagaan mesti mempunyai tempat perniagaan. Walaupun ini mungkin benar dalam kebanyakan keadaan, terdapat beberapa jenis perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap. Walaupun aktiviti itu termasuk sebagai salah satu aktiviti dalam takrif perniagaan, orang yang menjalankan perniagaan itu mungkin menghadapi kesukaran untuk mematuhi keperluan di bawah APP.

104. Oleh itu, salah satu daripada agenda utama untuk proses kajian semula ini adalah dengan menilai kecukupan undang-undang dalam mengawal perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang ditetapkan atau kekal. SSM menyedari bahawa parameter yang jelas perlu diwujudkan bagi membolehkan perniagaan tanpa suatu tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap boleh mematuhi undang-undang.

105. Bagi menangani aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang kekal atau tetap, SSM mencadangkan bahawa undang-undang perlu mengadakan satu peruntukan khusus bahawa selagi seseorang itu mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; orang itu dianggap menjalankan perniagaan di Malaysia bagi maksud APP. 106. Walaupun cadangan ini boleh diguna pakai dengan mudah kepada perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan

21 Seksyen 5 (2) (d) APP.

(50)

49

yang tetap, tetapi ia sukar untuk perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan.

107. Dalam hal peniaga-peniaga pasar malam atau pasar tani, ia akan mudah untuk membuktikan tempat perniagaan mereka kerana terdapat bukti fizikal tempat di mana perniagaan itu dijalankan. Peruntukan khusus yang dicadangkan boleh diguna pakai dan dipatuhi dengan mudah.

108. Dalam hal aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui internet (perniagaan atas talian), untuk membuktikan suatu tempat perniagaan akan menjadi lebih sukar. Perniagaan berasaskan internet tidak perlu bergantung kepada tempat fizikal untuk menjalankan perniagaan kerana aktiviti tersebut dijalankan secara atas talian dan boleh dijalankan di mana-mana sahaja di dunia. Oleh itu, ia juga bermakna bahawa perniagaan itu tidak semestinya berlaku di Malaysia kerana transaksi boleh diselesaikan di luar negara.

109. Justeru adalah penting untuk menentukan sama ada aktiviti perniagaan tersebut dijalankan di Malaysia atau tidak bagi membolehkan pendaftaran aktiviti itu di bawah APP.

110. Di Malaysia, Akta Perdagangan Elektronik 2006 (AKPE 2006) memperuntukkan pengiktirafan undang-undang untuk mesej elektronik dalam urus niaga komersial, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi keperluan undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahcarakan urus niaga komersial secara elektronik.

111. Seksyen 5 AKPE 2006 mentakrifkan urus niaga komersial sebagai komunikasi tunggal atau pelbagai komunikasi yang

(51)

50

bersifat komersial, sama ada secara kontraktual atau tidak, yang termasuk apa-apa perkara berkaitan pembekalan atau pertukaran barangan atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan, perbankan dan insurans .

112. Oleh kerana ia adalah mustahil untuk menentukan tempat perniagaan di mana urus niaga komersial elektronik berlaku, penunjuk alternatif mesti digunakan untuk membolehkan aktiviti itu mematuhi keperluan APP.

113. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan kaedah yang jelas untuk menunjukkan tempat penghantaran dan tempat penerimaan suatu mesej elektronik seperti berikut:

"22. Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula22

dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan-

(a) jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, dari tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat

perniagaan yang mempunyai hubungan

terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan pemula; atau

(b) jika pemula tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.

22 "pemula" ditakrifkan sebagai seseorang yang melaluinya atau yang bagi

pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar di bawah seksyen 5 AKPE 2006.

Referensi

Dokumen terkait

Perintah ini digunakan untuk urutan kerja sistem kontrol yang lebih dari satu kondisi logika yang harus terpenuhi semuanya untuk mengeluarkan satu output.. Logika ini mirip

Nude photography adalah gaya seni fotografi yang menggambarkan tubuh manusia dalam keadaan tidak berbusana atau telanjang sebagai sebuah objek foto. Model dalam nude photography

Konsumen tidak memilih citra merek sebagai variabel yang mendukung minat beli karena konsumen lebih mempercayai konsumen lain tentang keunggulan dan kehandalan yang

Analisis Lingkungan Eksternal yang kedua adalah model tekanan-tekanan kompetisi yang menjelaskan tentang lima ancaman, yaitu persaingan dari pesaing- pesaing yang sudah ada,

Kemandirian merupakan suatu sikap individu yang diperoleh secara kumulatif selama perkembangan dimana individu akan terus belajar untuk bersikap mandiri dalam

Program untuk kemajuan tenaga kerja wanita atau orang cacat.. Pelatihan tenaga kerja melalui program tertentu

Arsitektur tropis adalah konsep yang masih dapat diaplikasikan pada gedung/ bangunan tinggi seperti pada desain dan fasad Gedung Wisma Dharmala Sakti serta usaha

Analisis: Dari 10 artikel dianalisis perbandingan QNWL 4 artikel berada pada kategori sedang (66,5%), 4 artikel pada kategori kurang (58,5%), dan 2 artikel pada kategori