• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU KECIL PERANCANGAN PENJAGAAN AWAL. Rancanglah penjagaan kesihatan dan peribadi anda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU KECIL PERANCANGAN PENJAGAAN AWAL. Rancanglah penjagaan kesihatan dan peribadi anda"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Rancanglah penjagaan kesihatan dan peribadi anda

BUKU KECIL

PERANCANGAN

(2)

Buku kecil ini mengandungi maklumat mengenai jenis-jenis keputusan penjagaan bagi ACP.

Oleh kerana maklumat ini adalah untuk individu-individu dengan tahap kehidupan dan keadaan kesihatan yang berbeza, sebahagian daripadanya mungkin sesuai untuk anda, sementara yang lain mungkin tidak.

Anda tidak perlu mengisi kesemua bahagian buku kecil ini sekarang. Anda boleh melengkapkan bahagian-bahagian yang anda sedia lakukan.

Cara menggunakan

buku kecil ini

Bahagian

Halaman Aktiviti Halaman Informasi

Langkah Saya Seterusnya

04

2222

23 Di mana anda boleh menyimpan

Rancangan Penjagaan Awal anda Semak ACP anda

Surat Kuasa Berkekalan Matlamat

Penjagaan Saya

03

1618

20 Pilihan penjagaan dalam masyarakat

Pilihan penjagaan pada akhir hayat Penjagaan akhir hayat pilihan saya

01

Pemikiran Saya

5 6 7 Gaya hidup saya

Keadaan kesihatan saya sekarang Kebimbangan saya

Pandangan Saya

02

Pandangan saya terhadap kehidupan dan kesihatan

Rawatan yang tertumpu pada keselesaan Rawatan penuh

Pandangan saya terhadap akhir hayat Jurucakap Penjagaan Kesihatan Yang Dilantik

9 10 11 12 14

(3)

Perancangan Penjagaan Awal (ACP) ialah proses merancang penjagaan kesihatan dan peribadi untuk masa hadapan. Dokumen ACP anda memberitahu orang yang anda sayangi dan doktor mengenai rawatan pilihan anda, sekiranya anda sendiri tidak berupaya untuk menyampaikan hasrat anda.

Ia bermula dengan proses perbualan dengan orang yang anda mempercayai supaya anda boleh mengongsi nilai-nilai hidup anda, dan meneroka pilihan-pilihan rawatan serta penjagaan.

Melalui langkah ini, anda boleh membuat rancangan yang boleh digunakan jika anda tidak dapat membuat keputusan sendiri. Anda boleh juga mengubah rancangan ini pada bila-bila masa, selagi anda masih mempunyai keupayaan mental.

Apakah keupayaan mental?

Keupayaan mental merujuk kepada kemampuan seseorang untuk membuat keputusan bagi dirinya sendiri, dan khusus untuk sesuatu keputusan tertentu yang perlu dibuat.

Seseorang itu dianggap mempunyai keupayaan mental apabila beliau masih boleh:

• Memahami fakta-fakta yang perlu untuk membuat keputusan

• Mengekalkan maklumat

• Gunakan maklumat itu untuk menimbangkan

(4)

Pemikiran

Saya

(5)

Ini adalah penting dan bermakna bagi saya:

Berdikari dalam kehidupan seharian saya

Meluangkan masa yang bermutu dengan keluarga

dan rakan-rakan

Kekal sihat dan dapat bersenam

Melancong

Menikmati hobi saya (seperti membaca, mendengar muzik, menonton televisyen)

Menjadi sukarelawan

Gaya hidup saya

Lain-lain:

Bulatkan pilihan yang bersesuaian.

Setiap orang mempunyai kegiatan berbeza yang membawa makna kepada hidup mereka. Dengan memikirkan apa yang bermakna bagi anda, anda boleh menilaikan dan berkongsi pemikiran ini dengan orang tersayang.

(6)

6

Keadaan kesihatan

saya sekarang

Pada masa ini, saya mengalami keadaan kesihatan berikut:

1.

2.

3.

4.

5.

Sekiranya anda mengalami penyakit kronik, soalan-soalan ini wajar

difikirkan:

Di tahap manakah keadaan kesihatan saya?

Bagaimanakah keadaan kesihatan saya mungkin bertambah baik atau berubah?

Bolehkah keadaan kesihatan saya ini mempengaruhi daya ingatan atau kemampuan saya untuk membuat keputusan buat diri saya sendiri pada masa hadapan?

(7)

Kebimbangan saya

Untuk dapat menguruskan kesakitan

saya dengan baik

Untuk tidak menjadi beban fizikal kepada orang yang saya sayangi

Untuk tidak bergantung pada mesin sokongan hayat untuk masa yang lama

Untuk dapat berfikir sendiri

Untuk tidak menjadi beban emosi kepada orang yang saya sayangi

Untuk dapat menjaga orang yang saya sayangi

Untuk dapat berbicara dengan orang lain

Untuk tidak menjadi beban kewangan kepada

orang yang saya sayangi

Untuk dapat mengucapkan selamat tinggal kepada

keluarga saya

Sekiranya saya terkena penyakit serius atau hilang upaya buat

selama-lamanya, perkara berikut adalah penting bagi saya:

Lain-lain:

(8)

Pandangan

Saya

(9)

Pandangan saya

terhadap kehidupan

dan kesihatan

Inilah yang saya rasakan mengenai mutu kehidupan dan jangka hayat:

Tiada gunanya hidup jika ia tidak bermakna.

Saya ingin dapat

hidup selama mungkin. Untuk mencuba berbagai rawatan* seberapa yang boleh, walaupun ia mungkin membuat saya rasa tidak selesa atau keadaan saya tidak akan bertambah baik. Untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan saya. Sekiranya hampir tiada harapan untuk pemulihan yang bermakna, izinkan saya menghembuskan nafas terakhir dengan penuh harga diri.

Sekiranya saya mengalami kecederaan otak yang sangat serius

(contohnya, strok atau kemalangan jalan raya), inilah yang menjadi hasrat

saya untuk rawatan perubatan:

*Tidak pasti apa

maksudnya? Baca beberapa halaman seterusnya,

sebelum kembali ke ini. Bulatkan pilihan yang bersesuaian di skala berikut.

2

1 3 4 5

2

1 3 4 5

Lengkapkan bahagian in sekiranya anda secara umumnya sihat atau keadaan kesihatan anda terkawal dengan baik.

(10)

10

Rawatan yang

tertumpu pada

keselesaan

Sekiranya anda memilih untuk memberi tumpuan kepada keselesaan dan mutu kehidupan, penjagaan yang anda terima mungkin merangkumi:

Ubat-ubatan

Anda mungkin diberi ubat penahan sakit dan ubat-ubatan lain untuk membuat anda selesa.

Makanan dan Air

Sekiranya anda boleh makan dan minum air sendiri dengan selamat, anda akan diberi pilihan ini. Sekiranya tidak, pilihan lain untuk memberi makanan boleh dipertimbangkan.

Topeng oksigen

Anda mungkin diberi topeng oksigen untuk membantu pernafasan anda.

Rawatan yang bertumpu pada keselesaan bertujuan memberi anda mutu hidup yang wajar. Pilihan ini bertujuan untuk mengelakkan penggunaan mesin dan

penjagaan di hospital seberapa yang boleh.

ACP ialah mengenai pemilihan matlamat rawatan yang sesuai dengan tahap penyakit dan lintasan demi menjaga kehidupan dan maruah. Dua halaman ini menerangkan

contoh-contoh rawatan yang mungkin anda terima. Proses rawatannya akan bersesuaian dengan keadaan anda dan pilihan yang dinyatakan. Sila berbincang dengan seorang pemudah cara ACP untuk

mendapatkan maklumat seterusnya mengenai kesesuaian pilihan ini.

(11)

Rawatan penuh

Sekiranya anda ingin menerima semua rawatan untuk membolehkan anda terus hidup, rancangan rawatan anda boleh merangkumi:

Resusitasi Jantung

Pemampatan dada boleh digunakan untuk menghidupkan semula jantung anda. Ini boleh menyebabkan lebam dan keretakan tulang rusuk.

Bantuan Pernafasan

Untuk membantu pernafasan anda, tiub pernafasan boleh dimasukkan ke dalam saluran udara anda, dan mesin sokongan pernafasan boleh digunakan.

Bantuan Memberi Makanan

Tiub untuk menyalurkan makanan melalui hidung, perut atau usus anda boleh digunakan untuk memastikan anda menerima makanan dan air yang mencukupi.

Ubat-ubatan

Anda mungkin diberi lebih banyak ubat untuk membantu tubuh anda berfungsi, atau untuk melawan jangkitan.

(12)

12

Pandangan saya

terhadap akhir hayat

Inilah kebimbangan saya mengenai rawatan perubatan:

Saya bimbang saya tidak akan mendapat rawatan

yang mencukupi.

Saya bimbang saya akan mendapat terlalu

banyak rawatan.

Inilah penjagaan yang saya ingin terima:

Untuk mendapatkan semua rawatan yang ada supaya saya

boleh terus hidup.

Untuk mencuba beberapa rawatan yang boleh membantu saya bertambah sembuh. Untuk menghentikan rawatan sekiranya tidak ada kesembuhan. Untuk mendapat cukup

makan, minum, dan ubat untuk membuat saya rasa selesa. Dan jika ini tidak mencukupi untuk menampung

kehidupan, izinkan saya meninggal dunia.

Sekiranya saya mempunyai penyakit yang kekal, tidak boleh disembuhkan lagi dan mempunyai kira-kira 12 bulan sahaja untuk hidup:

Bulatkan pilihan yang bersesuaian di skala berikut.

2

1 3 4 5

2

1 3 4 5

Lengkapkan bahagian ini sebagai persiapan apabila anda menghampiri akhir hayat.

(13)

Sekiranya perkara berikut berlaku kepada saya, saya lebih suka tidak meneruskan rawatan untuk melanjutkan hidup.

Sekiranya saya tidak lagi menyedari persekitaran saya:

Sangat Bantah Sangat Setuju

Sekiranya saya mengalami kesakitan atau ketidakselesaan yang teruk:

Sekiranya saya tidak dapat menghargai kehidupan, dan mengekalkan

hubungan penting:

Sekiranya saya tidak lagi dapat berfikir dengan waras untuk menjalani

kehidupan secara berdikari:

Pandangan saya terhadap

akhir hayat

(Bersambungan)

Bulatkan pilihan yang bersesuaian di skala berikut.

2 1 3 4 5 2 1 3 4 5 2 1 3 4 5 2 1 3 4 5

Sangat Bantah Sangat Setuju

Sangat Bantah Sangat Setuju

(14)

14

Jurucakap Penjagaan

Kesihatan Dilantik Saya (NHS)

Jurucakap Penjagaan Kesihatan Dilantik (NHS) anda adalah seseorang yang anda percayai untuk menyampaikan pilihan penjagaan anda, sekiranya anda tidak dapat lagi melakukannya. Beliau biasanya adalah ahli keluarga atau rakan karib anda.

Latihan berikut dapat membantu anda mengetahui siapa yang harus dipilih sebagai Jurucakap Penjagaan Kesihatan yang Dilantik.

Sekiranya anda membuat Surat Kuasa Berkekalan, pertimbangkan untuk melantik

orang yang sama sebagai NHS dan Penerima Kuasa. Ini

akan memudahkan mereka menjaga dan menguruskan

urusan anda sekiranya anda kehilangan keupayaan mental.

Fikirkan tentang orang dalam hidup anda yang boleh anda percayai untuk:

Nama Nama Nama

Bercakap dengan anda dan dengar hasrat anda.

Bersedia bertindak mengikut hasrat anda. Mampu membuat keputusan dalam keadaan tertekan. Bersedia untuk bercakap dengan pasukan perubatan mengenai nilai dan

matlamat rawatan anda.

Anda boleh melantik sehingga dua orang untuk menjadi NHS anda. Mereka boleh saling menyokong dan bekerjasama demi

(15)

Matlamat

Penjagaan

Saya

(16)

16

Sebilangan besar orang sudah biasa dengan hospital sebagai tempat untuk mendapatkan rawatan. Tetapi tahukah anda bahawa ada juga cara lain untuk mendapatkan rawatan selain di hospital? Untuk bercakap dengan seseorang mengenai pilihan anda, kunjungi Pautan AIC di mana-mana sahaja untuk berhubung dengan Perunding Penjagaan. Mereka juga dapat memberi nasihat mengenai skim kewangan yang mungkin layak untuk anda.

Pilihan penjagaan dalam masyarakat

Hospital

Setelah keluar dari hospital, beberapa pesakit mungkin memerlukan sokongan selama beberapa minggu. Hospital masyarakat dapat memberikan rawatan jangka pendek semasa pesakit sedang pulih.

Hospital Masyarakat

Hospital adalah tempat untuk rawatan dan penjagaan. Ini paling sesuai jika pesakit

mengalami sakit teruk atau tidak sihat. Tetapi ada banyak pilihan rawatan lain yang tersedia.

Rumah rawatan merupakan kemudahan penjagaan kediaman jangka panjang yang memberi bantuan kepada penduduk yang perlukan pertolongan dalam kebanyakan Kegiatan Kehidupan Harian mereka dan/atau perlukan penjagaan jururawat harian.

(17)

Perubatan di Rumah: Seorang karyawan penjagaan memberi rawatan untuk penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Rumah Rawatan: Seorang jururawat akan membantu membalut luka, memberi suntikan dan menukar saluran pemberi makanan.

Penjagaan Peribadi Di rumah: Kakitangan penjagaan terlatih akan membantu klien dengan Kegiatan Kehidupan Harian dan tugas-tugas seperti belanja runcit dan pengemasan ringan.

Terapi Di rumah:Seorang pakar terapi membantu klien untuk memulihkan atau mengekalkan

Rumah

Sebilangan besar orang lebih suka tinggal dan dijaga dalam persekitaran yang biasa dengan mereka. Penjagaan di rumah membantu seseorang untuk menerima rawatan profesional dalam keselesaan rumah.

Pusat

Penjagaan berasaskan pusat memenuhi keperluan fizikal, sosial dan riadah pelanggan. Kakitangannya juga akan membantu dalam soal makanan, pengangkutan dan sokongan dengan Kegiatan Kehidupan Harian.

Pemulihan Siang Hari: Sesi terapi membantu klien yang mengalami masalah fizikal untuk memulihkan kekuatan dan fungsi tubuh mereka. Pakar terapi yang terlatih menyediakan fisioterapi dan/atau terapi kerja yang sesuai dengan keperluan klien.

Penjagaan Siang Hari Demensia: Ini adalah satu program khas untuk merangsang minda dan badan bagi Orang yang Hidup Dengan Demensia.

(18)

18

Pilihan penjagaan di akhir hayat

Bahagian ini bertujuan untuk individu yang berada di akhir hayat. Pilihan ‘betul’ akan bergantung pada keadaan, keperluan penjagaan, dan kewangan seseorang. Ini adalah peluang yang baik untuk berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda dan membincangkan pilihan apa yang paling sesuai dengan keadaan anda.

Rumah-rumah rawatan

menyediakan bantuan sepanjang hari dengan aktiviti dan tugas harian. Tumpuannya ialah pada mutu dan kekerapan penjagaan.

Rumah Rawatan

Hospital menyediakan pelbagai kemudahan penuh perubatan. Pilihan ini adalah sesuai jika keperluan penjagaan seseorang itu rumit atau memerlukan pengawasan yang ketat.

(19)

Rumah

Hospis adalah khusus menawarkan bantuan

mengurangkan gejala kesakitan untuk pesakit yang berada di tahap akhir penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi. Tumpuannya adalah untuk menjadikan hidup senyaman mungkin dalam menjalani sisa-sisa hidup mereka.

Hospis

Ramai orang memilih untuk tinggal di rumah kerana ia memberi mereka rasa keakraban dan keselesaan.

Penjagaan di rumah hospis memberi sokongan fizikal, emosi dan mental kepada seseorang untuk menjalani hari-hari terakhir mereka di rumah.

(20)

20

Penjagaan akhir hayat

pilihan saya

Ini adalah penting bagi saya dalam menjalani hari-hari terakhir saya:

Untuk selesa and tidak rasa sakit

Untuk mengurangkan tekanan pada keluarga saya

Untuk dijaga di tempat pilihan saya

Untuk mendapatkan pelbagai rawatan yang ada seberapa yang boleh

Untuk dikelilingi oleh orang tersayang Untuk tidak disambungkan ke sebarang mesin Untuk tidak bergantung pada mesin sokongan hayat untuk masa yang lama

Untuk memastikan orang yang saya sayangi tahu hasrat

akhir hayat saya Untuk dapat mengucapkan selamat

tinggal kepada orang yang saya sayangi

Lain-lain:

(21)

Di mana dan bagaimana anda

boleh melengkapkan ACP anda

dan alat perancangan lain.

Imbas kod QR ini untuk senarai penyedia yang dapat membantu anda dengan ACP.

Langkah Saya

Selanjutnya

(22)

22

Di mana anda boleh

menyimpan Perancangan

Penjagaan Awal anda

Setelah Perancangan Penjagaan Awal anda disiapkan bersama dengan pemudah cara, ia akan tersedia dalam Rekod Penjagaan Kesihatan Elektronik Nasional (NEHR). Ini membolehkan pasukan penjagaan kesihatan anda mengakses dan merujuk pada Perancangan Penjagaan Awal anda itu.

Semak ACP anda

Perancangan Penjagaan Awal anda adalah cerminan anda. Jika hidup anda berubah, anda mungkin mahu membuat keputusan yang baharu. Anda disyorkan untuk menyemak Perancangan Penjagaan Awal anda dengan pemudah cara ACP untuk memastikan ia mencerminkan pilihan semasa anda. Anda juga harus menyemak Perancangan Penjagaan Awal selepas:

• Setiap dekad kehidupan • Diagnosis perubatan baharu • Kemerosotan daya fungsi harian

yang ketara

• Ada kematian dalam hidup anda, kerana perspektif anda mungkin berubah, atau NHS anda mungkin sudah tiada lagi

Untuk peringkat seterusnya dalam kehidupan anda, fikirkan tentang:

• Apa yang penting bagi anda

• Apa yang anda jangkakan akan berlaku • Apakah detik-detik penting yang anda

ingin hadiri, jika boleh (misalnya, peristiwa atau detik penting seperti perayaan ulang tahun atau perkahwinan)

Anda juga harus menyimpan salinannya untuk diri sendiri dan keluarga anda. Sila mohon salinan cetakan ACP anda dari pemudah cara anda.

Idea-idea untuk menyimpan Perancangan Penjagaan Awal anda: • Dalam fail rekod perubatan anda di rumah

• Dengan dokumen perancangan masa depan anda yang lain

Selepas anda mengemas-kini ACP anda, pastikan anda memberitahu orang yang anda sayangi agar mereka sentiasa mengetahui hasrat terkini anda.

Ingat!

Anda boleh menyemak semula Perancangan Penjagaan Awal anda selagi anda mempunyai keupayaan mental.

(23)

Pemberi kuasa

Surat Kuasa Berkekalan

Selepas anda menyelesaikan ACP dan memilih NHS anda, anda mungkin juga ingin mempertimbangkan untuk membuat Surat Kuasa Berkekalan (LPA)*.

Lawati www.aic.sg/acp untuk maklumat terkini mengenai

AC󰈪󰈪

L󰈪󰈪A

LPA adalah dokumen undang-undang yang membolehkan anda (“pemberi kuasa”), untuk secara sukarela melantik satu atau lebih orang (“penerima kuasa”) untuk membuat keputusan dan bertindak bagi pihak anda sekiranya anda kehilangan keupayaan mental suatu hari nanti. Seorang penerima kuasa boleh dilantik untuk bertindak dalam dua bidang yang luas melibatkan kebajikan peribadi dan hartanah dan hal ehwal. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk membuat NHS anda dan melantik orang yang sama sebagai penerima kuasa. Dengan demikian adalah lebih mudah untuk beliau menjaga anda dan menangani urusan anda sekiranya anda kehilangan keupayaan mental.

*Beberapa penyedia ACP juga dapat membantu

anda membuat Surat Kuasa Berkekalan.

PENERIMA KUASA PENERIMA

(24)

Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) bertujuan untuk mewujudkan masyarakat penjagaan yang bersemangat dan bertenaga supaya orang ramai dapat hidup dengan baik hingga ke usia senja. AIC menyelaras dan menyokong usaha dalam menyepadukan penjagaan supaya dapat

mencapai hasil penjagaan terbaik untuk pelanggan kami. Kami mendekati para penjaga dan warga emas dengan maklumat untuk kekal aktif supaya mereka dapat hidup dengan baik, dan menghubungkan mereka kepada perkhidmatan yang mereka perlukan. Kami menyokong pihak

berkepentingan dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti

penjagaan, dan juga bekerja dengan rakan kesihatan dan penjagaan sosial untuk menyediakan perkhidmatan bagi penduduk yang semakin tua. Usaha kami dalam masyarakat ialah untuk membawa perkhidmatan dan maklumat penjagaan lebih dekat kepada mereka yang memerlukan.

Maklumat ini tepat pada Sep 2021.

Untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai kami:

Klik

www.aic.sg

Hubungi

1800 650 6060

Referensi

Dokumen terkait

Anggap bahwa T opt menjadi pohon pohon optimal dalam keadaan yang sama, dengan x dan y adalah karakter- karakter dengan frekuensi-frekuensi terkcil pertama dan kedua dalam M

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dilakukan, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa ada hubungan yang positif antara motivasi berprestasi dengan disiplin latihan

Konsumen yang berdatangan tidak hanya dari Kecamatan Banjarmasin Barat, namun ada juga dari luar kota yaitu, Bandung, Surabaya, dan Palangkaraya, kendala yang dihadapi

Sebagai bahan atau dokumen advokasi yang digunakan dalam mendesak perubahan kebijakan RUU PPILN, SP melakukan kajian kritis terhadap pasal RUU PPILN, yang

Koperasi merupakan salah satu sarana perekonomian yang difungsikan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya masyarakat kalangan menengah ke bawah. Oleh karena

Setelah persalinan terjadi involusi pada hampir seluruh organ tubuh wanita. Involusi ini sangat jelas terlihat pada alat-alat kandungan. Sebagai akibat kehamilan di

Sebagian besar mahasiswa (55,9%) menganggap bahwa kegiatan mentoring sangat bermanfaat sebagai wadah diskusi mengenai tugas-tugas yang ada di dalam blok serta memicu mereka

Denah, Lokasi, Situasi, Instalasi Sanitasi, Instalasi Listrik 12 Surat Izin Perpanjangan Operasional Rumah Sakit Kelas B Datang ke Gerai P2T Provinsi DIY dengan