KERTAS KERJA
HARI KETERAMPILAN MAHASIWA (HAKERA)
KOLEJ DATO’ ONN
TARIKH
21 - 23 FEBRUARI 2014 (JUMAAT, SABTU & AHAD)
TEMPAT KOLEJ DATO' ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
SESI 2013/2014
TEMA
”SEIRING, SEIRAMA, SEKELUARGA”
KERTAS KERJA
HARI KETERAMPILAN MAHASISWA KOLEJ DATO’ ONN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk HAKERA 2013.
2.0 PENGENALAN
Program HAKERA ini merupakan salah satu program yang diadakan di bawah kendalian Timbalan Ketua Eksekutif, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn.
Program ini bertujuan menyuntik kemahiran dan tanggungjawab sosial dan kemahiran komunikasi bersama badan-badan korporat. (8 domain kontrak pembelajaran).
Program HAKERA ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar Kolej Dato’ Onn tentang kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selain menerapkan nilai, sikap, estetika dan profesionalisma semasa menguruskan program HAKERA. Selain itu, HAKERA menekankan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik serta kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan ahli.
HAKERA juga mengasah bakat pelajar dalam kemahiran pengurusan dan keusahawanan. Malahan, kemahiran kreatif dan inovatif dapat disuntik dengan mengadakan program-program yang berbeza sepanjang tahun disamping membantu mahasiswa UKM untuk melengkapkan hasil pembelajaran mereka.
3.0 MISI
Merapatkan hubungan antara pelajar Kolej Dato’ Onn tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya supaya dapat bekerjasama antara satu sama lain selaras hasrat Perdana Menteri Malaysia iaitu 1 Malaysia dalam masa yang sama menggilap kompentesi ganerik para pelajar.
4.0 MATLAMAT
Program ini dirancang dengan matlamat :
Melahirkan pelajar modal insan kelas pertama yang berketerampilan, bertanggungjawab, berdedikasi serta tabah dalam menghadapi segala cabaran.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membentuk pelajar yang komited kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam suatu organisasi.
5.2 Melahirkan para pelajar yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi, berinovasi serta bermotivasi.
5.3 Menggabungkan aktiviti sukan, kebudayaan dan kebajikan antara pelajar dari pelbagai bidang tanpa mengubah nilai-nilai estetika yang ada.
5.4 Menerapkan nilai-nilai perpaduan, sikap bekerjasama saling membantu dalam melakukan aktiviti secara berorganisasi.
6.0 TEMA
”SEIRING, SEIRAMA, SEKELUARGA”
7.0 ANJURAN
Timbalan Eksekutif Pelajar, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato' Onn Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Tarikh : 21 - 23 Februari 2014 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat yang dicadangkan:
Sekitar Kolej Dato' Onn Universiti Kebangsaan Malaysia,
10.0 PUBLISITI
Program ini memfokuskan kepada semua pelajar Kolej Dato’ Onn dan umum kepada seluruh warga UKM serta masyarakat setempat
11.0 CADANGAN PERASMI
i. Perasmian Penutupan
1) Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia 2) Y.Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr .Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 3) Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah bt Hj Mohd Awal, Pengetua Kolej Dato’ Onn.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah peserta = 500 orang pelajar Kolej Dato’ Onn = 60 pelajar sekolah
= 100 orang awam
Pemudahcara = 30 orang 1. 14 orang JAKSA 2. 11 orang AJK
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 Pertandingan Aras Tercantik
Aktiviti Pertandingan Aras Tercantik dijalankan untuk memilih pemenang bagi aras tercantik. Terbuka kepada semua warga Kolej Dato' Onn dan warga setiap aras harus menghiasi aras mereka bagi memenangi pertandingan tersebut.
15.2 Blok Terbuka
Menjalankan aktiviti yang membenarkan pelajar lelaki memasuki blok perempuan dan pelajar perempuan memasuki blok lelaki. Aktiviti ini adalah untuk pelajar lelaki mengetahui bagaimana pelajar perempuan menghiasi blok mereka dan untuk pelajar perempuan mengetahui bagaimana pelajar lelaki menghiasi blok mereka.
15.3 Gerai Keusahawanan
Membuka gerai pameran, jualan makanan, pakaian, pameran yang terdiri daripada penggerai dari pelajar Kolej Dato’ Onn sendiri demi mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan.
15.4 Rumah Hantu
Mengadakan rumah hantu yang terdiri dari pelajar Kolej Dato’ Onn sendiri. Merupakan program wajib setiap tahun semasa HAKERA berlangsung. Dibuka selama 3 hari 2 malam.
15.5 Pertandingan Futsal
Mengadakan Pertandingan Futsal dan penyertaannya terbuka kepada semua warga UKM terutamanya warga Kolej Dato' Onn. Pertandingan ini diadakan untuk melahirkan mahasiswa yang sihat dan berdaya saing.
15.6 Sukaneka dan Sukan Rakyat
Menganjurkan pertandingan sukaneka dan sukan rakyat penyertaan dibuka kepada semua warga kolej Dato onn.
15.7 Pertandingan Counter Strike
Menganjurkan pertandingan Counter Strike atau permainan komputer dan membuka pnyertaan kepada semua warga UKM terutama warga Kolej Dato' Onn
15.8 Malam Kebudayaan
Menganjurkan malam kebudayaan bagi memeriahkan lagi majlis penutup HAKERA. Terdiri daripada persembahan dari pelbagai kaum dan mereka akan mempersembahkan tarian budaya masing-masing
15.9 Forum Perdana Kerohanian
Bercirikan keagamaan, forum perdana ini akan menjemput panel-panel penceramah daripada luar untuk mengupas beberapa tajuk yang menjadi perbualan masyarakat sekarang serta menjelaskan sebarang permasalahan mengenai keagamaan.
15.10 Kempen Kesihatan
Kempen kesihatan akan dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia dimana pemeriksaan kesihatan dan pelbagai aktiviti yang melibatkan kesihatan dijalankan.
15.11 Program Akademik
Program ini akan menjemput pelajar-pelajar sekolaj luar untuk merasai kehidupan di kampus. Mereka juga akan mengikuti beberapa program berunsurkan akademik yang dianjurkan.
15.12 Pertandingan Karaoke
Pertandingan Karaoke ini bertujuan untuk mencari bakat-bakat yang tersembunyi di kalangan pelajar Kolej Dato' Onn. Terbuka kepada semua warga Kolej Dato' Onn dan semua warga UKM.
15.13 Mini Game
Mini Game akan berlangsung sepanjang program dijalankan. Mini game ini terdiri dari permainan-permainan tradisional dan moden.
15.14 Tayangan Wayang
Satu tayangan video akan didakan pada sebelah malam semasa program berlansung. Penonton akan dikenakan bayaran jika mahu menonton video yang ditayangkan.
15.15 Senamrobik
Program yang bercirikan kesukanan. Akan dilakukan dengan kerjasama pelajar-pelajar sekolah yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
Program senamrobik ini akan menjemput pakar senaman yang berpengalaman untuk mengendalikan senaman ini.
15.16 Rewang
Program rewang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar- pelajar dan staff kdo.
16 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:
Pejabat Kolej Dato’ Onn
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
( u/p: Farith Farhili Bin Ismail, 0143469159) Tel : 03-82915103
Faks : 03-8921 5117 Emel : [email protected]
18 PENUTUP
Semoga program ini dapat diluluskan dan mendapat bantuan kewangan supaya program ini dapat berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua warga Kolej Dato’ Onn, disamping dapat membantu para pelajar untuk mengasah kemahiran mereka serta melengkapkan lapan asas domain yang terdapat didalam Kontrak Pembelajaran. Terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI HARI KETERAMPILAN MAHASIWA
(HAKERA) KOLEJ DATO’ ONN
Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr .Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tuan Haji Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat Kehormat 1
Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal Pengetua Kolej Dato’ Onn
Penasihat Kehormat 2 Prof. Madya Dr. Jasri Bin Jamal Timbalan Pengetua Kolej Dato’ Onn
Felo Penasihat
Cik Nik Nurul Farhana Binti Sulaiman
Siti Nurhani Binti Ghazali FSSK / 2 / A142760 / 013 6607580
Ketua Pengarah Farith Farhili Bin Ismail FTSM / 2 / A142231 / 014 3469159
Timbalan Ketua Pengarah 1 Mohamad Naif Bin Ismail FTSM / 2 / A141769 / 017 4185880
Timbalan Ketua Pengarah 2 Nurul Najiha Binti Ahmad FSSK / 2 / A140949 /017 7754147
Setiausaha
Nurul Diyanah Binti Md Zaidan FEP / 2 / A13981 / 012 3033977
Bendahari Nuratiqa Binti Ghazahali FKAB / 2 / A140790 / 017 7732634
Pengarah Program : Wanaisah Cheloh
` FSSK/2/A138666/013 26449928
Pengarah Pemasaran : Reuben Rajendra Dass FST/1/A140516/012 6373579 Pengarah Persembahan : Nur Hazirah Binti Sinin
FST/1/A140743/017 9155758
Pengarah Jamuan : Nor Arzian binti Abd Wahab FSSK/1/A138625/019 288 6446
Pengarah Protokol : Jamilah binti Abdullah
FEP/1/A139413/014 8140859
Pengarah Program Akademik : Harith bin Hela Ladin
FSSK/2/A138385/019 2653982
Pengarah Sijil dan Cenderamata : Adilah Binti Mohd Sa'afie FPI/1/A140956/017 7529768
Pengarah Teknikal dan Logistik : Mohamad Naif Bin Ismail FTSM/1/A141769/017 4185880
Pengarah Rumah Hantu : Syed Amirul Bin Syed Edros FUU/2/A142000 /019 3521106
Pengarah Sukan : Muhamad Hafiz Bin Adnan
FEP/2/A137596/017 5606120
Pengarah Kerohanian : Abdul Rahim Bin Abdullah FPI/2/A138721/013 3364272
Pengarah Gerai Keusahawanan : Siti Nurain Binti Sulaiman
FEP/2/ A136450/017 6189070
Pengarah Publisiti dan Penerbitan : Adib Rabani Mu’az Bin Abd Malik FEP/2/A136651/017 4981519
Pengarah Tugas-Tugas Khas : Harith bin Hela ladin
Dan Keselamatan FSSK/1/A141181/0128399808
Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia : Nurul Natasha binti Zulkifli FSSK/2/137348/014 5240544
ATURCARA PROGRAM
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
21 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)
8.00 malam – 10.30 malam Ceramah Kerohanian
Gerai Keusahawanan
Rumah Hantu
Pameran
Mini Game
Kolej Dato' Onn
22 FEBRUARI 2014 (SABTU) 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang
Pertandingan Futsal
Pertandingan Counter Strike
Pertandingan Aras Tercantik
Gerai Keusahawanan
Mini Game
Kempen Kesihatan
Blok Terbuka
Mini Game
Program Akademik
Sukaneka
Kempen Kesihatan
Kolej Dato' Onn
8.00 malam - 10 malam
Rumah Hantu
Pertandingan Karaoke
Mini Game
Tayangan Wayang
Gerai Keusahawanan 23 FEBRUARI 2014
(AHAD)
8.00 pagi – 1.00 tengah hari
2.00 petang - 6.00 petang
8.00 malam - 10.00 malam
Senamrobik
Gerai Keusahawanan
Persiapan Rewang
Rewang
Majlis Penutup
Kolej Dato' Onn
BELANJAWAN Anggaran Pendapatan
BIL. PERKARA RM
1. Pendapatan
Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) Sumbangan Kolej
Sumbangan pihak luar
500 500 9000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 10,000
Anggaran Belanjawan
BIL. PERKARA RM
1.
2.
Belanja Pengurusan Pentadbiran
Kecemasan dan Keselamatan
Perbelanjaan Aktiviti Makanan Rewang
”Indoor activity”
”Outdoor activity”
- peralatan sukan -rumah hantu -khemah -Pameran
-Perhiasan Pentas -Penceramah & Juri
300 100
4000
200 400 1500 200 200 600
3.
4.
5.
Publisiti
Kain rentang dan Poster
Cenderamata Hadiah Hamper Plug Sijil
Rencam
300
1000 500 100 100
500
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 10,000