• Tidak ada hasil yang ditemukan

SABAH, MALAYSIA. Warta Kerajaan. Diterbitkan dengan kuasa. Jil. LXXIII] KOTA KINABALU, KHAMIS, 22 MAC 2018 [No. 12

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SABAH, MALAYSIA. Warta Kerajaan. Diterbitkan dengan kuasa. Jil. LXXIII] KOTA KINABALU, KHAMIS, 22 MAC 2018 [No. 12"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

No. 118 [No. JPBN(S)600-1/9 Klt.4 ORDINAN PEGUAMBELA

(BAB 2)

PELANTIKAN AHLI-AHLI LEMBAGA TATATERTIB

DI BAWAH SEKSYEN 12A

Pada menjalankan kuasa di bawah seksyen 12A Ordinan Peguambela (Bab 2), Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak selepas berunding dengan Pertubuhan Undang- Undang, dengan ini melantik ahli-ahli Lembaga Tatatertib yang berikut bagi tempoh dua (2) tahun mulai 11 Disember 2017 hingga 10 Disember 2019:

Bil. Nama Jawatan

1. Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun Pengerusi (No. K/P: 510327-12-5199)

2. Datuk Stephen Foo Kiat Shin Ahli

(No. K/P: 430320-12-5049)

3. Datuk John Sikayun Ahli

(No. K/P: 540109-12-5243)

Jil. LXXIII] KOTA KINABALU, KHAMIS, 22 MAC 2018 [No. 12 Kenyataan-kenyataan berikut adalah diterbitkan atas perintah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri untuk Makluman Umum.

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI SUKARTI BIN WAKIMAN, Setiausaha Kerajaan Negeri.

SABAH, MALAYSIA

Warta Kerajaan

Diterbitkan dengan kuasa

(2)

4. Encik Ho Kin Kong Ahli (No. K/P: 470610-12-5019)

5. Encik Daniel Tan Jwee Peng Ahli

(No. K/P: 590802-12-5271)

6. Encik Mohd Amin Jaafar Ahli

(No. K/P: 590503-12-5343)

7. Encik Frederick Pang Kin Chiau Ahli

(No. K/P: 590706-12-5925)

8. Puan Lee Chung Ching @ Mary Ahli

(No. K/P: 551022-12-5383)

9. Puan Marianne Antoinette Ghani Ahli

(No. K/P: 711102-71-5076)

Bertarikh pada 15 Mac 2018.

YAA TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA RICHARD MALANJUM

Hakim Besar Makhamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

[No. JPBN(S)600-1/9 Klt.4 ADVOCATES ORDINANCE

(CAP. 2)

APPOINTMENTOF MEMBERSOF DISCIPLINARY BOARD

UNDER SECTION 12A

In exercise of the powers under section 12A Advocates Ordinance (Cap. 2), the Chief Judge of The High Court in Sabah and Sarawak after consultation with the Law Society, hereby appoint the following members of Disciplinary Board for the period of two (2) years from 11th December 2017 to 10th December 2019:

No. Name Position

1. Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun Pengerusi (No. K/P: 510327-12-5199)

2. Datuk Stephen Foo Kiat Shin Ahli

(No. K/P: 430320-12-5049)

3. Datuk John Sikayun Ahli

(No. K/P: 540109-12-5243)

4. Encik Ho Kin Kong Ahli

(No. K/P: 470610-12-5019)

ORDINAN PEGUAMBELA- (samb.)

Bil. Nama Jawatan

(3)

5. Encik Daniel Tan Jwee Peng Ahli (No. K/P: 590802-12-5271)

6. Encik Mohd Amin Jaafar Ahli

(No. K/P: 590503-12-5343)

7. Encik Frederick Pang Kin Chiau Ahli

(No. K/P: 590706-12-5925)

8. Puan Lee Chung Ching @ Mary Ahli

(No. K/P: 551022-12-5383)

9. Puan Marianne Antoinette Ghani Ahli

(No. K/P: 711102-71-5076)

Dated 15th March 2018.

YAA TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA RICHARD MALANJUM

Chief Judge of The High Court in Sabah and Sarawak.

_______

No. 119 [No. JKM.PHB.600-2/5/66/(17)

ORDINAN PENGAMBILAN TANAH Bab 69

ARAHANDIBAWAH SEKSYEN 5

Bahawasanya Yang di-Pertua Negeri berpendapat bahawa mana-mana tanah yang disebut dalam Pemberitahuan Warta No. 70/2018 hendaklah diambil, tetapi pengisytiharan serta-merta bagi maksud itu adalah tidak mungkin dapat dibuat sehingga kerja-kerja pengukuran disiapkan; oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan

Bab 69 kepadanya oleh seksyen 5 Ordinan Pengambilan Tanah, Yang di-Pertua Negeri dengan ini mengarahkan bahawa pegawai yang diberi kuasa boleh melakukan apa- apa kerja di atas tanah yang berkaitan dengan penggunaannya, yang bagi maksud itulah tanah itu dicadangkan untuk diambil, iaitu untuk Pembinaan Talian Penghantaran 275KV SESB dari PMU Kimanis ke Cadangan PMU Sipitang, Beaufort.

Bertarikh di Kota Kinabalu, pada 25 Januari 2018.

Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, Ketua Menteri Sabah.

No. Name Position

(4)

[No. JKM.PHB.600-2/5/66/(17) LAND ACQUISITION ORDINANCE

Cap. 69

DIRECTIONUNDER SECTION 5

Whereas it appears to the Yang di-Pertua Negeri that any land referred to in Gazette Notification No. 70/2018 should be acquired, but that until surveying work is completed, it is not possible to make an immediate declaration to that effect; now, therefore, in

exercise of the powers conferred upon him by section 5 of the Land Acquisition

Cap. 69

Ordinance, the Yang di-Pertua Negeri hereby directs that the authorised officers may do any works on the land connected with the use, to which the land is intended to be put on its acquisition, to wit, the construction of SESB Kimanis - Sipitang 275KV Power Transmission Line Beaufort.

Dated at Kota Kinabalu, this 25th day of January, 2018.

By His Excellency’s Command,

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, Chief Minister of Sabah.

_______

No. 120 [No. KKT&P: 400-14/1/13 Jld. 8 (05) SIJIL KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI

PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH LAHAD DATU BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

Penyata Harta dan Tanggungan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan Nota Kepada Akaun Majlis Daerah Lahad Datu bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 telah diaudit oleh wakil saya. Pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap Penyata Kewangan ini.

Tanggungjawab saya adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap Penyata Kewangan tersebut.

2. Penyata Kewangan ini telah disediakan mengikut asas penerimaan dan pembayaran tunai. Menurut asas ini, hasil dan harta berkaitan diiktiraf semasa diterima dan bukan semasa diperoleh, dan perbelanjaan diiktiraf semasa dibayar dan bukan semasa dilakukan.

3. Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada Penyata Kewangan adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan pendedahan yang mencukupi dalam Penyata Kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian Penyata Kewangan secara keseluruhan.

(5)

4. Pada pendapat saya, Penyata Kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan harta dan tanggungan yang berpunca dari urus niaga tunai bagi Majlis Daerah Lahad Datu pada 31 Disember 2016, dan hasil serta pembayaran dalam tahun yang berakhir pada tarikh itu mengikut asas tunai.

RAMLEE BIN HJ. KARIAH, b.p. Ketua Audit Negara,

Malaysia.

Kota Kinabalu.

Tarikh: 13 Julai 2017.

(6)

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA KETUA AUDIT NEGERI MENGENAI PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH LAHAD DATU (MDLD)

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 Laporan Mengenai Penyata Kewangan

Kami telah mengaudit penyata kewangan Majlis Daerah Lahad Datu yang merangkumi lembaran imbangan pada 31 Disember 2016, dan penyata pendapatan untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Pada pendapat kami, penyata kewangan yang memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai lembaran imbangan Majlis Daerah Lahad Datu pada 31 Disember 2016 dan penyata pendapatan Majlis Daerah Lahad Datu untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut mengikut piawaian-piawaian perakaunan berkaitan yang digunapakai di Malaysia.

Asas Pendapat

Kami telah menjalankan audit kami mengikut Akta Audit 1957 dan Seksyen 60, Ordinan Kerajaan Tempatan dan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia.

Tanggungjawab kami di bawah piawaian dihuraikan dengan lanjut dalam seksyen Tanggungjawab Juruaudit untuk Audit Penyata Kewangan dalam laporan kami. Kami percaya bahawa buku audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan sesuai untuk memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami.

Ketidakbergantungan dan Tanggungjawab Etika Lain

Kami bebas daripada Majlis Daerah Lahad Datu mengikut Undang-Undang Kecil (berdasarkan Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan) Institut Akauntan Malaysia (“Undang-Undang Kecil”) dan Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Kod Etika Akauntan Profesional (“Kod IESBA”), dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika kami yang lain mengikut Undang-Undang Kecil dan Kod IESBA.

Tanggungjawab Ahli Majlis Terhadap Penyata Kewangan

Ahli Majlis bertanggungjawab dalam penyediaan penyata kewangan yang memberi pandangan yang benar dan saksama selaras dengan asas perakaunan yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Lahad Datu. Menurut asas ini, hasil dan harta berkaitan diiktiraf semasa diterima dan bukan semasa diperolehi, dan perbelanjaan diiktiraf semasa dibayar dan bukan semasa dilakukan. Ahli Majlis juga bertanggungjawab merangka kawalan dalaman yang bersesuaian bagi penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan dan kesilapan.

Dalam menyediakan penyata kewangan Majlis Daerah Lahad Datu, Ahli Majlis bertanggungjawab untuk menilai keupayaan Majlis Daerah Lahad Datu untuk terus sebagai satu usaha berterusan, mendedahkan, yang mana berkenaan, perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas usaha berterusan perakaunan melainkan jika Ahli Majlis sama ada berhasrat untuk membubarkan atau untuk menghentikan operasi, atau tidak mempunyai alternatif yang realistik berbuat demikian.

(7)

22 Mac 2018

Tanggungjawab Juruaudit bagi Audit Penyata Kewangan

Objektif kami adalah untuk memperoleh keyakinan yang munasabah sama ada penyata kewangan Majlis Daerah Lahad Datu secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah tahap jaminan tertinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit dijalankan mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara jika ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap penting jika secara individu atau dalam agregat, mereka boleh dengan munasabah dijangkakan akan mempengaruhi keputusan ekonomi dari pengguna diambil berdasarkan penyata kewangan ini.

Sebagai sebahagian daripada audit mengikut piawaian pengauditan yang diluluskan di Malaysia, kami menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan profesional di seluruh audit, Kami juga:

* Mengenal pasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara dalam penyata kewangan Majlis Daerah Lahad Datu, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merekabentuk dan melaksanakan prosedur audit responsif kepada risiko berkenaan, dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat kami. Risiko tidak mengesan salah nyata yang ketara akibat daripada penipuan adalah lebih tinggi daripada salah nyata yang terhasil daripada kesilapan, disebabkan penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, peninggalan sengaja, gambaran yang salah, atau mengatasi kawalan dalaman.

* Mendapatkan pemahaman kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit bagi tujuan merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Majlis Daerah Lahad Datu.

* Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran perakaunan dan pendedahan yang berkaitan yang dibuat oleh Ahli Majlis.

* Membuat kesimpulan mengenai kesesuaian penggunaan perakaunan asas usaha berterusan oleh Ahli Majlis dan berdasarkan bukti audit yang diperolehi, sama ada ketidakpastian material wujud berkaitan dengan peristiwa-peristiwa atau keadaan yang boleh menimbulkan keraguan yang besar ke atas keupayaan Majlis Daerah Lahad Datu untuk meneruskan operasi sebagai usaha berterusan. Jika kesimpulan dibuat bahawa ketidakpastian material wujud, kami dikehendaki untuk menarik perhatian LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA KETUA AUDIT NEGERI MENGENAI

PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH LAHAD (MDLD) BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 - (samb.)

(8)

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA KETUA AUDIT NEGERI MENGENAI PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH LAHAD (MDLD) BAGI TAHUN

BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 - (samb.)

Tanggungjawab Juruaudit bagi Audit Penyata Kewangan - (samb.)

dalam laporan juruaudit kami kepada pendedahan yang berkaitan di dalam penyata kewangan Majlis Daerah Lahad Datu atau jika pendedahan tersebut tidak mencukupi, untuk mengubah pendapat kami. Kesimpulan kami adalah berdasarkan kepada bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Walau bagaimanapun, peristiwa atau keadaan masa depan boleh menyebabkan Majlis Daerah Lahad Datu untuk berhenti untuk terus sebagai satu usaha berterusan.

* Menilai pembentangan keseluruhan, struktur dan kandungan penyata kewangan Majlis Daerah Lahad Datu, termasuk pendedahan, dan sama ada penyata kewangan mewakili urus niaga asas dan peristiwa dengan cara mencapai pembentangan saksama.

Kami berkomunikasi dengan Ahli Majlis mengenai, antara lain, skop yang dirancang dan masa audit dan penemuan penting, termasuk apa-apa kekurangan yang ketara dalam kawalan dalaman yang kami kenal pasti semasa audit kami.

BAL & PARTNERS, BALTASARBIN MASKOR, No. Firma: AF 002001 No. Kelulusan: 2918/08/18/(J)

Akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah

Kota Kinabalu.

Tarikh: 28 Mei 2017.

(9)

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU

PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 PENGAKUANOLEH PENGERUSIDAN PEGAWAI EKSEKUTIF

Kami, IMANBIN ALI dan MOHD. FAWZI ABDUL KADIR yang merupakan Pengerusi dan Pegawai Eksekutif Majlis, dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat kami, Penyata Harta dan Tanggungan, Nota-nota kepada Penyata Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran telah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang sebenar dan saksama berkenaan kedudukan Penyata Kewangan Majlis pada 31 Disember 2016.

Nama: IMANBIN ALI

Jawatan: Pengerusi Tarikh: 20 April 2017.

Nama: MOHD. FAWZI ABDUL KADIR

Jawatan: Pegawai Eksekutif Tarikh: 20 April 2017.

(10)

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU

PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 PENGAKUANOLEH PEGAWAI UTAMA

Saya, MOHD. FAWZI ABDUL KADIR, Pegawai Utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Majlis Daerah Lahad Datu, dengan ikhlasnya mengakui bahawa Penyata Harta dan Tanggungan, Nota-nota kepada Penyata Kewangan, Penyata Penerimaan dan Penyata Pembayaran adalah sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan saya betul, dan saya membuat pengakuan ini sesungguhnya dengan mempercayai bahawa ianya benar.

D itan d atan g an i d an d iak u i

dengan sesungguhnya oleh

}

MOHD. FAWZI ABDUL KADIR, MOHD. FAWZI ABDUL KADIR

di Majlis Daerah Lahad Datu pada 20 April 2017.

Di hadapan saya,

URAIMIN BIN HAJI JADIL, Pesuruhjaya Sumpah,

Majistret Kelas Dua, Pejabat Daerah Lahad Datu.

(11)

Tanggungan20162015 RMRM BantuanKhasdaripadaKerajaan Persekutuan...............308,0681,985,374 Bantuan Khas daripada Kerajaan Negeri14,860200,000 Pungutan bagi Pihak Agensi Kerajaan(1,226)(713) Pertaruhan Am...............276,785267,285 Kumpulan Wang Terkumpul pada 1 Januari................27,265,15020,704,393 Tambah: Penerimaan Lebih daripada Pembayaran3,386,6006,560,757 Pada 31 Disember............30,651,75027,265,150 31,250,23729,717,096

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU PENYATA HARTA DAN TANGGUNGAN PADA 31 DISEMBER 2016 Harta20162015 RMRM Wang dalam Bank dan di Tangan19,959,90820,062,663 Simpanan Tetap.........10,719,1719,418,039 Pinjaman Motosikal Pekerja...4,6165,457 Cukai Barang dan Perkhidmatan...556,770220,004 Skim Perkhidmatan Singkat...9,77210,933 31,250,23729,717,096 IMANBIN ALI, Pengerusi, Majlis Daerah Lahad Datu. Bertarikh: 20 April 2017.

(12)

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU NOTA-NOTAKEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 1. WANGDALAM BANKDANDI TANGAN

Baki Pada Baki Pada 31 Disember 31 Disember

2016 2015

RM RM

Alliance Bank Malaysia Berhad ... ... 19,479,525 17,896,138 EONCAP Islamic Bank Berhad ... ... 480,383 2,166,525 19,959,908 20,062,663 2. SIMPANAN TETAP

Alliance Bank Malaysia Berhad ... ... 416,274 403,549 Alliance Bank Malaysia Berhad ... ... 360,663 349,683 Ambank (M) Berhad ... ... ... ... 1,108,345 1,072,960 Ambank (M) Berhad ... ... ... ... 1,108,345 1,072,960

Bank Rakyat ... ... ... ... ... 232,104 224,657

Bank Rakyat ... ... ... ... ... 609,273 589,724

BIMB Bank Berhad ... ... ... ... 579,539 559,999

BIMB Bank Berhad ... ... ... ... 579,539 559,999

CIMB Bank Berhad ... ... ... ... 1,000,000 1,000,000

EON Bank Berhad ... ... ... ... 705,853 685,647

EON Bank Berhad ... ... ... ... 358,163 347,910

Public Bank Berhad ... ... ... ... 157,742 152,978

Public Bank Berhad ... ... ... ... 360,544 349,654

Bank Simpanan Nasional ... ... ... 1,058,044 1,023,833

Agro Bank ... ... ... ... ... 1,056,160 1,024,486

Bank Rakyat ... ... ... ... ... 1,028,583 -

10,719,171 9,418,039 3. BANTUAN KHASDARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Bantuan bagi Sewa Rumah 77,376 - - 77,376

( Pr o jek Pem b asmian K e- miskinan Bandar)

Bantuan bagi Projek BP 1 ... 1,907,998 1,877,221 (3,554,526) 230,693 1,985,374 1,877,221 (3,554,526) 308,069 Jenis Bantuan

Baki Pada 1 Januari

2016

Baki Pada 31 Disember

2016 Tambahan (Kurangan)

RM RM RM RM

(13)

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU NOTA-NOTAKEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 - (samb.) 4. BANTUAN KHASDARIPADA KERAJAAN NEGERI

4. Bantuan bagi Menaik Taraf Taman Awam di Taman-taman Awam di Taman Perumahan

Fajar, Eastern dan Hap Heng 200,000 - (185,140) 14,860

200,000 - (185,140) 14,860

5. PUNGUTANBAGI PIHAK AGENSI KERAJAAN

Amanah Saham Nasional Berhad (515) 5,330 (5,330) (515)

ANGKASA ... ... ... - 273,315 (273,315) -

Bayaran Gaji ... ... ... - - - -

Caruman KWSP ... ... - 216,445 (217,574) (1,129)

Caruman Pencen ... ... 386 584,559 (584,559) 386

Caruman PERKESO ... ... - 6,828 (6,761) 67

Cukai Pendapatan ... ... - 20,359 (20,359) -

Insurans ... ... ... ... - - - -

Insurans Takaful Malaysia ... - 70 (70) -

KOPEKS ... ... ... - 18,415 (18,415) -

Nafkah Edah dan Nafkah Anak - 1,800 (1,800) -

Pinjaman Motosikal ... ... (584) 2,517 (1,933) -

Pinjaman Perumahan ... ... - 37,198 (37,198) -

Public Bank ... ... ... - 411,687 (411,687) -

Sabah Credit ... ... ... - 1,438,421 (1,438,421) -

Sumbangan Amal Jariah ... - 370 (370) -

Tabung Haji ... ... ... - 8,560 (8,560) -

Zakat ... ... ... ... - 420 (455) (35)

Insolvensi... ... ... ... - 4,000 (4,000) -

(713) 3,030,294 (3,026,807) (1,226)

RM RM RM RM

Jenis Bantuan

Baki Pada 1 Januari

2016

Baki Pada 31 Disember

2016 Tambahan (Kurangan)

(14)

6. CUKAI BARANGDAN PERKHIDMATAN (GST)

Input Tax ... ... ... - 573,120 - 556,770

Output Tax ... ... ... - - (16,350) -

- 573,120 (16,350) 556,770 MAJLIS DAERAH LAHAD DATU

NOTA-NOTAKEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 - (samb.)

RM RM RM RM

Jenis Bantuan

Baki Pada 1 Januari

2016

Baki Pada 31 Disember

2016 Tambahan (Kurangan)

(15)

HASIL 1 - SES 1.Ses Tanah.......................1,250,0001,476,676226,676- 2.Tunggakan Ses Tanah..................200,000246,34146,341- JUMLAH SES:1,450,0001,723,017273,017- 2 - BAYARAN-BAYARAN 1.Pelan Bangunan.....................150,000115,020-34,980 2.Kenyataan-kenyataan..................15,00028,32713,327- 3.Rumah Penyembelihan..................10--10 4.Bayaran Agensi Kenderaan...............10--10 5.Bayaran Iklan.....................100,00036,885-63,115 6.Bayaran Letak Kereta..................60,00058,850-1,150 7.Bayaran Pelan Tanah..................1,00050-950 JUMLAH BAYARAN-BAYARAN:326,020239,13213,327100,215 3 - LESEN-LESEN 1.Perdagangan Berbahaya...............100,000105,9105,910- 2.Anjing........................1,000290-710 3.Hiburan (Seksyen 5)..................120,000224,620104,620- 4.Hiburan (Seksyen 6)..................10--10 5.Penjaja-penjaja.....................100,000110,59810,598-

Anggaran 2016 RM

ButiranSebenar RM

Lebih Daripada Anggaran RM

Kurang Daripada Anggaran RM

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU PENYATA PENERIMAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 Pecahan Kepala

(16)

6.Lesen di bawah Undang-undang Lain.........10--10 7.Rumah Penginapan..................10,0009,490-510 8.Pasar-pasar.....................400,000413,05513,055- 9.Penyimpanan Petroleum...............30,00014,940-15,060 10.Rumah Kedai - Lesen Am...............250,000286,14736,147- 11.Kutipan bagi Pembersihan Pasar............150,00028,160-121,840 12.Kutipan Lesen Usahasama...............10--10 JUMLAH LESEN-LESEN:1,161,0301,193,210169,610137,430 4 - PELBAGAI 1.Denda di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan......50,00068,17018,170- 2.Faedah Atas Simpanan Tetap...............300,000371,86871,868- 3.Pelbagai........................300,000365,24465,244- 4.Pemerolehan Semula Terlebih Bayar.........10--10 5.Sewa dari Rumah Majlis...............107,3207,310- 6.Bayaran Balik Pinjaman/Faedah............7,000--7,000 7.Bayaran Elektrik.....................15,0001,940-13,060 8.Dewan Masyarakat..................70,00087,69517,695- 9.Faedah daripada Tunggakan Cukai Rumah......450,000662,686212,686- 10.Bayaran untuk Membuang Sampah bagi Kawasan Luar Perkadaran.....................20,0008,084-11,916

Anggaran 2016 RM

Pecahan KepalaButiranSebenar RM

Lebih Daripada Anggaran RM

Kurang Daripada Anggaran RM

MAJLIS DAERAH LAHAD DATU PENYATA PENERIMAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016 - (samb.) 3 - LESEN-LESEN - (samb.)

Referensi

Dokumen terkait

Kecuali apa yang dinyatakan oleh saya di perenggan 4 hingga 8, pada pendapat saya, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan harta dan

Lokasi penelitian termasuk dalam Cekungan Sumatera Selatan yang berada di Daerah Geramat, Kecamatan Merapi Selatan, Kabupaten Lahat yang dijadikan sebagai objek

Azeem, Sherif Abdel, Sabda Langit Perempuan dalam Tradisi Islam, Yahudi, dan Kristen, Yogyakarta: Gama Media, 2001, cet.. Bahammam, Fahd Salem, Makanan dan Pakaian: Penjelasan

disimpulkan bahwa sistem adalah dari berbagai komponen atau elemen-elemen yang saling berhubungan satu sama lain dalam bekerja sama secara harmonis

Pencapaian yang telah dilakukan Badan Pengelolaan Keuangan Aceh tahun 2018 sudah berjalan dengan cukup baik dan diharapkan kedepannya dapat lebih ditingkatkan

Penelitian ini membandingkan kinerja metode cyclostationary feature detection dan metode energy detection pada teknik spectrum sensing menggunakan software matlab sehingga dapat

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan, dapat diketahui bahwa variabel independenyaitu citra perusahaan, kualitas layanan, dan persepsi harga berpengaruh

Selain itu dengan adanya kegiatan Pengembangan Desa Mitra oleh Sekolah Menengah Kejuruan Pertanian Pembangunan (SMK-PP) Negeri Banjarbaru sebagai pusat pemberi informasi