• Tidak ada hasil yang ditemukan

Novel - Destinasi Impian - Copy

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Novel - Destinasi Impian - Copy"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

000 Bahagian B No. 7: Novel Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini) 000 Sinopsis keseluruhan :

Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.

Tema :

Cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi tua yang mengatakan bahawa generasi kini tidak kuat dan tidak bersemangat.

Persoalan :

1. Kebijaksanaan seorang ketua dalam mengurus konflik demi memastikan program yang dilaksanakan berjaya.

2. Sikap terlalu memanjakan anak akan mengakibatkan anak menghadapi konflik identiti.

3. Martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih rosak akibat sikap rakyat dan penduduk yang tidak prihatin terhadap ejaan dan strukstur ayat yang betul.

4. Ekspedisi berbasikal yang penuh dengan cabaran merupakan analogi terhadap kehidupan kita yang sebenar.

5. Kejayaan hanya diperoleh berkat kesungguhan dan kecekalan.

6. Pembohongan akan terbongkar juga akhirnya dan tidak memberikan kebaikan kepada diri sendiri.

Watak dan perwatakan :

1. Johari (Utama) : sepupu kepada Azlina dan Firdaus, pelajar Universiti Putra Malaysia, gemar berbasikal, penyabar, suka membaca dan mempunyai banyak pengetahuan.

2. Azlina : anak bongsu daripada enam orang adik-beradik, 16 tahun, pelajar tingkatan empat, adik kepada Firdaus, adik sepupu kepada Johari, lasak, aktif, pandai berkata-kata, berani dan penyayang.

3. Firdaus : satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, abang kepada Azlina, agak keperempuanan, lemah-lembut, tampan, berhidung mancung, berkulit putih, tidak mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran, cepat marah, cepat lupa diri.

4. Datuk : datuk kepada Johari, Firdaus, dan Azlina, kuat semangat. 5. Salim : kawan rapat Firdaus, baik hati, bangga akan kejayaan Firdaus.

6. Sazali : kawan Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus, curiga akan kata-kata Firdaus, berani. 7. Mazlina : memiliki wajah yang cantik, diminati oleh Firdaus, bangga akan kejayaan Firdaus,

(2)

8. Moksin, Mokhtar, Erma, Zarina : kawan Firdaus. 9. Kasman, Tamrin : kawan Johari.

(3)

Latar Tempat :

1. Tanah terbiar - tempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang. 2. Sekolah Menengah Kapar - tempat Azlina dan Firdaus belajar.

3. Kampung Bukit Kapar - tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina. Tempat permulaan ekspedisi berbasikal menuju ke Morib.

4. Jambatan Musaedin - tempat Johari, Firdaus dan Azlina melintas dalam ekspedisi berbasikal dan masuk ke Kampung Jawa.

5. Pekan Banting - tempat berehat

6. Pantai Morib Baru - tempat yang dituju dan tempat perkhemahan Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang penyabar. 2. Masyarakat yang aktif bersukan.

3. Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan seperti perempuan. 4. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

5. Masyarakat yang tidak mengenang budi.

6. Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. 7. Masyarakat yang taat pada perintah agama.

8. Masyarakat golong peniaga Nilai 1. Keberanian 2. Ketabahan 3. Berpengetahuan 4. Simpati 5. Kasih sayang 6. Baik hati Pengajaran

1. Kita hendaklah berani menyahut cabaran.

2. Kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai pengetahuan yang banyak. 3. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan.

4. Kita haruslah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan.

5. Kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga. 6. Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.

(4)

SINOPSIS

Bab 1 – Johari Teruskan Perjalanan Ini!

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.

Bab 2 – Firdaus Penyesalan Sepanjang Perjalanan

Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila. Firdaus cedera akibat terkejut oleh bunyi hon yang kuat dari arah belakang Firdaus. Sikunya luka. Azlina membandingkan keadaan abangnya itu dengan orang yang sebaya dengan abangnya di Afghanistan dan Palestin. Menurut Azlina, banyak orang yang sebaya dengan abangnya di negara-negara tersebut patah tangan atau kaki kerana berjuang untuk mempertahankan tanah air. Kata-kata Azlina itu menyakiti hati Firdaus. Setelah Johari membalut luka pada siku Firdaus, mereka meneruskan perjalanan berbasikal walaupun Firdaus ingin berehat.

Bab 3 Azlina Kerana Abang

Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4 Johari Antara Mereka Berdua

Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari dan berani.

(5)

Bab 5 Firdaus Kesal Belum Bernoktah

Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Tiba-tiba, Firdaus mengesyaki Azlina dan Johari bercinta. Dalam pada itu, Firdaus teringat kawan rapatnya, Salim mengajaknya menonton wayang tetapi ditolaknya kerana mahu menyertai ekspedisi berbasikal itu. Firdau amat menyesal. Kekesalan Firdaus bertambah apabila mengingati esoknya adalah majlis sambutan ulang tahun kelahiran Mazlinda, iaitu gadis pujaan hatinya. Dalam Firdaus berangan itu, Azlina mengajak Firdaus berlumba kerana Morib makin dekat. Azlina menyindir Firdaus kerana Firdaus tidak memberikan reaksi dan menyebabkan Firdaus marah. Tiba-tiba, sebuah lori besar bergerak laju dan menyebabkan Azlina terjatuh. Firdaus menyindir Azlina bahawa kemalangan yang menimpa Azlina adalah balasan terhadap perbuatan Azlina yang suka memperlinya.

Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6 Johari Api Itu Mesti Dipadamkan

Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus betul-betul marah. Azlina memujuknya agar tidak risau kerana Firdaus cepat marah apabila penat. Kemudian, Johari dan Azlina berbual tentang luka Azlina yang seolah-olah tiada kesan. Dalam pada itu, Johari bimbang apabila mengenangkan dendam Firdaus terhadap Azlina. Johari menghampiri Firdaus untuk memberitahu bahawa Morib tidak sampai dua kilometer lagi tetapi Firdaus seperti tidak mengendahkannya. Mungkin Firdaus mendendaminya juga. Bagi Johari, Firdaus mesti memadamkan api dendam di hatinya.

Bab 7 Firdaus Tidak Kuduga

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Moksin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Bab 8 Johari Kuinjaki Destinasi Ini

Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.

(6)

Bab 9 Azlina Senja di Pantai

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Kasman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.

Bab 10 Firdaus Usah Lupa Bumi yang Dipijak

Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia berasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.

Bab 11 Johari Perubahan

Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus ingin pulang bersendirian. Azlina berasa bimbing akan abangnya, Firdaus. Johari menenangkan Azlina dengan cerita seorang lelaki Inggeris yang berbasikal mengelilingi dunia seorang diri dan menjelaskan bahawa Firdaus mesti menjadi sehebat orang Inggeris. Johari juga menasihati Azlina supaya tidak berasa risau kerana abangnya, Firdaus telah menjadi lelaki yang berani dan pandai berdikari seperti yang dikehendaki. Walaupun Johari berperasaan seperti Azlina yang takut Firdaus ditimpa kemalangan, namun dia mengeraskan suaranya untuk mengajak Azlina meneruskan perjalanan.

Bab 12 Firdaus Pahit Manis dalam Perjalanan

Firdaus diberitahu Moksin bahawa Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.

(7)

000 LATIHAN 000

Berdasarkan novel yang anda kaji, ……

1. huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Novel ini bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi tua yang mengatakan bahawa generasi kini tidak kuat dan tidak bersemangat.

Persoalan pertama yang terdapat dalam novel ini ialah kebijaksanaan seorang ketua dalam mengurus konflik demi memastikan program yang dilaksanakan berjaya. Buktinya, Johari dapat mengendalikan ekspedisi berbasikal dan konflik sepanjang ekspedisi tersebut dengan baik sehingga dia, Azlina dan Firdaus sampai ke tempat yang dituju iaitu Pantai Morib Baru.

Persoalan kedua ialah sikap terlalu memanjakan anak akan mengakibatkan anak menghadapi konflik identiti. Contohnya, Firdaus berperwatakan agak keperempuanan akibat sikap ibu bapanya yang terlalu memanjakannya.

Persoalan ketiga ialah pembohongan akan terbongkar juga akhirnya dan tidak akan memberikan kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya, perbuatan Firdaus yang membohongi Moksin dan Sazali dengan mengatakan bahawa dia lambat sampai ke destinasi kerana adiknya, Azlina banyak berehat akhirnya terbongkar juga.

(8)

2. nyatakan tiga nilai yang menjadi pegangan watak utama. Jawapan anda perlu disokong oleh contoh peristiwa yang sesuai.

Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Watak utama dalam novel ini ialah Johari. Johari seorang yang berani. Buktinya, Johari berani menyahut cabaran datuknya untuk menyertai ekspedisi berbasikal dari Klang ke Pantai Morib Baru iaitu sepanjang 50 kilometer.

Nilai kedua yang dipegang oleh Johari ialah kesabaran. Contohnya, Johari sanggup melayan pelbagai kerenah Firdaus dengan sabar sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal. Walaupun Firdaus sering merungut sepanjang perjalanan berbasikal, Johari sabar memujuknya agar Firdaus dapat sampai ke destinasi yang dituju.

Nilai ketiga ialah simpati. Contohnya, Johari bersimpati terhadap Azlina dan segera membantu adik sepupunya itu apabila basikal Azlina terbabas ke kiri jalan akibat sebuah lori besar yang bergerak laju.

3. nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut berserta contoh yang sesuai. Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Pengajaran pertama ialah kita hendaklah rajin membaca supaya mempunyai pengetahuan yang banyak. Sebagai pelajar, adalah menjadi tanggungjawab kita rajin berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Contohnya, Johari mempunyai pengetahuan yang banyak kerana dia rajin membaca.

Pengajaran kedua ialah kita haruslah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga kerana air dicincang tiada putus. Contohnya, Azlina sayang akan abangnya, Firdaus walaupun mereka selalu sahaja bertengkar.

Pengajaran ketiga ialah kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya, Firdaus insaf atas kesalahannya membohongi kawan-kawannya setelah dia lemas di laut.

(9)

4. nyatakan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa bagi setiap latar yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Pengarang novel ini telah menjalin ceritanya di Kampung Bukit Kapar. Inilah tempat tingga Azlina, Johari dan Firdaus. Di situlah juga Azlina, Johari dan Firdaus memulakan perjalanan ekspedisi berbasikal menuju ke Pantai Morib Baru.

Jambatan Musaedin juga merupakan salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Tempat ini merupakan tempat Azlina, Johari dan Firdaus melintas dalam ekspedisi berbasikal dan masuk ke Kampung Jawa.

Pantai Morib Baru merupakan latar tempat yang membawa cerita ini ke puncak. Tempat ini merupakan destinasi yang dituju oleh Johari, Azlina dan Firdaus setelah berbasikal sepanjang 50 kilometer dari Kampung Bukit Kapar. Firdaus juga lemas di laut akibat cuba menyelamatkan Maslinda, gadis pujaan hatinya yang berpura-pura lemas.

5. nyatakan satu watak samping dan jelaskan tiga perwatakannya.

Novel yang saya kaji ialah Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini. Watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Azlina.

Azlina seroang yang pandai berkata-kata. Contohnya, Azlina pandai mematahkan hujah atau kata-kata abangnya, Firdaus.

Azlina juga seorang yang berani. Contohnya, Azlina selalu menyindir abangnya, Firdaus yang asyik hendak membatalkan eskpedisi berbasikal. Selain itu, Azlina berani menerima cabaran datuknya walaupun dia seorang perempuan.

Di samping itu, Azlina seorang yang penyayang. Buktinya, Azlina tidak sampai hati mahu membiarkan abangnya, Firdaus pulang berseorangan dari Pantai Morib Baru ke Klang. Dia bimbang akan abangnya ditimpa kemalangan.

Referensi

Dokumen terkait