• Tidak ada hasil yang ditemukan

Untuk menjadi Syarikat Penapisan Minyak Berprestasi Tinggi dan Paling Dikagumi di Asia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Untuk menjadi Syarikat Penapisan Minyak Berprestasi Tinggi dan Paling Dikagumi di Asia"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Visi

Untuk menjadi Syarikat

Penapisan Minyak

Berprestasi Tinggi dan

Paling Dikagumi di Asia

Misi

Kami memberi Nilai Pemegang Saham secara berterusan

dengan:

Mengilang dan membekalkan perkhidmatan dan

Produk Minyak yang memenuhi keperluan pelanggan kami

Mencapai kecemerlangan operasi secara berterusan

Mengendalikan perniagaan secara selamat, memastikan

alam sekitar yang mapan dan dengan cara yang optima

dari segi ekonomi

Mengambil kumpulan pekerja yang mempunyai pelbagai

kebolehan, inovatif dan berorientasikan keputusan bagi

menghasilkan kecemerlangan

Objektif

Kami komited untuk menghasilkan kecemerlangan yang berterusan dalam

prestasi perniagaan yang memenuhi sasaran Terbaik-dalam-Kelasnya

menjelang tahun 2005.

Objektif utama kami bagi tahun 2005 adalah untuk:

Kecemerlangan operasi

Menyediakan kecemerlangan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

yang berterusan

Memenuhi kehendak pelanggan kami

Mengurangkan kos secara berstruktur

Memaksimakan margin penapisan

Melindungi kewibawaan aset kami

(3)

LAPORAN TAHUNAN 2004 Juruaudit

TETUAN PRICEWATERHOUSECOOPERS

(AF 1146)

Tingkat 11, Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut, P.O. Box 10192 50706 Kuala Lumpur

Setiausaha-setiausaha Syarikat En. Shamsuflan Shamsuddin bin Alias

(LS 0008050)

En. Mohd Nordin bin Jamaludin

(LS 0004983)

Pn. Rodziah binti Zainudin

(LS 0008034)

Pendaftar Saham

Symphony Share Registrars Sdn Bhd (378993-D) (dahulunya dikenali sebagai Malaysian Share Registration Services Sdn Bhd)

Aras 26, Menara Multi-Purpose Capital Square

No. 8, Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur. Tel No.: 603-271 2222

Faks No.: 603-2721 2530, 603-2721 2531

Penyenaraian Saham Papan Utama

Bursa Malaysia Securities Berhad Pejabat Berdaftar

Bangunan Shell Malaysia Changkat Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Tel No.: 03-2095 9144 Faks No.: 03-2091 2957 Alamat Perniagaan Batu 1, Jalan Pantai 71000 Port Dickson Negeri Sembilan Tel No.: 06-647 1311 Faks No.: 06-647 4622 Lembaga Pengarah

Pengerusi, Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick

PGDK

Pengarah Kanan Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Audit

Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Yahya bin Ismail DPMJ, DPCM, DPMP, KMN, PPT, PJK Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif YM Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif,

Pengerusi Jawatankuasa Audit

Y.Bhg. Dato’ Jaffar bin Ahmad Indot DSNS, SMS

Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Audit

Y.Bhg. Tan Sri Saw Huat Lye PSM, JMN, PMP

Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif En. Mark Owen Stevens

Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Audit

En. Thomas Michael Taylor

Pengarah Gantian kepada Datuk Jon Chadwick Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif En. Zainul Rahim bin Mohd Zain

KANDUNGAN

Notis Mesyuarat Agung Tahunan yang ke 46 86 Penyata Mengiringi Notis Mesyuarat Agung Tahunan 88

Penyata Prinsip Am Perniagaan 89 Anugerah dan Pengiktirafan 90 Lembaga Pengarah 92 Profil Lembaga Pengarah 93 Profil Pasukan Pengurusan 97 Shell di Malaysia 98 Liputan Media 2004 99 Maklumat Utama Kewangan 100

Kalendar Kewangan 101 Tinjauan Pengerusi 102 Komitmen Kami Terhadap Pembangunan Berterusan 108 Laporan Jawatankuasa Audit 116 Penyata Pentadbiran Korporat 119 Penyata Kawalan Dalaman 124 Penyata Kewangan 125 Senarai Hartanah Syarikat 153 Analisis Pegangan Saham 156 Borang Proksi

85 SHELL REFINING COMPANY (FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

(4)

86

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad (“Syarikat”) yang Keempat Puluh Enam akan diadakan pada hari Khamis 19 Mei 2005, jam 11.00 pagi di Bangunan Shell Malaysia, Changkat Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur untuk tujuan berikut, iaitu:

1. Untuk menerima Penyata Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004 bersama dengan Laporan Pengarah dan Juruaudit.

2. Untuk meluluskan pengisytiharan dividen akhir sebanyak Tiga Puluh Lima Sen (RM 0.35) ditolak Cukai Pendapatan Malaysia pada 28% seunit saham biasa berharga RM 1.00 setiap satu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004. Resolusi 1

3. Untuk meluluskan ganjaran Pengarah yang disemak semula bermula

tahun kewangan 2005. Resolusi 2

4. Untuk memilih semula para Pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 81 (3) Tataurusan Pertubuhan Syarikat, di mana mereka layak menawarkan diri untuk pelantikan semula:

a) YM Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin Resolusi 3

b) Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab Resolusi 4

c) Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick Resolusi 5

5. Untuk memilih semula para Pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 81(9) Tataurusan Pertubuhan Syarikat, di mana mereka layak menawarkan diri untuk pelantikan semula:

a) En. Mark Owen Stevens Resolusi 6

b) En. Thomas Michael Taylor Resolusi 7

6. Untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai, meluluskan resolusi berikut menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965: a) “Bahawa Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Yahya bin Ismail, seorang Pengarah

yang bersara menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965 adalah dan dengan ini dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk memegang jawatan sehingga selesai Mesyuarat Agung

Tahunan berikutnya” Resolusi 8

b) “Bahawa Y.Bhg. Dato’ Jaafar bin Ahmad Indot, seorang Pengarah yang bersara menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965 adalah dan dengan ini dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk memegang jawatan sehingga selesai Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya” Resolusi 9

c) “Bahawa Y.Bhg. Tan Sri Saw Huat Lye, seorang Pengarah yang bersara menurut Seksyen 129 Akta Syarikat, 1965 adalah dan dengan ini dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk memegang jawatan sehingga selesai Mesyuarat Agung

Tahunan berikutnya” Resolusi 10

7. Untuk melantik Tetuan PricewaterhouseCoopers sebagai juruaudit dan untuk memberi kuasa kepada para Pengarah menetapkan

bayaran khidmat mereka. Resolusi 11

8. Sebagai URUSAN KHAS, untuk mempertimbangkan dan jika difikirkan sesuai, meluluskan resolusi biasa

berikut:-Cadangan Pembaharuan Mandat para Pemegang Saham Sedia Ada bagi Urusniaga Pihak Berkaitan Berulang Berbentuk Hasil atau

Perdagangan. Resolusi 12

“Bahawa tertakluk kepada Akta Syarikat, 1965, Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat dan Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, kelulusan adalah dan dengan ini diberi untuk Pembaharuan Mandat para Pemegang Saham Sedia Ada bagi Syarikat untuk memeterai dan melaksanakan kategori pengaturan atau urusniaga berulang berbentuk hasil atau perdagangan dari semasa ke semasa dengan Pihak Berkaitan, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2.2 Pekeliling kepada para Pemegang Saham bertarikh 27 April 2005, dengan syarat urusniaga tersebut

adalah:-(i) urusniaga berulang berbentuk hasil atau perdagangan; (ii) perlu untuk operasi harian Kumpulan Shell;

(iii) dilaksanakan dalam urusan biasa perniagaan menurut terma komersial yang normal dan tidak memberi kelebihan kepada Pihak Berkaitan berbanding dengan yang digunakan untuk orang awam; dan

(iv) tidak menjejaskan kepentingan pemegang saham minoriti; (“Mandat”);

Bahawa kuasa yang diberi oleh resolusi ini akan bermula sebaik sahaja ia diluluskan dan terus berkuatkuasa

sehingga:-(i) selesai Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat berikutnya selepas Mesyuarat Agung Tahunan di mana mandat tersebut diluluskan, yang mana pada masa itu ia akan luput, kecuali dengan satu resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat itu, kuasa tersebut diperbaharui; (ii) tamat lingkungan tempoh untuk Mesyuarat Agung Tahunan

berikutnya diadakan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang menurut Seksyen 143(1) Akta Syarikat, 1965 tetapi tidak berlanjutan sehingga lanjutan yang mungkin dibenarkan menurut Seksyen 143(2) Akta Syarikat, 1965; atau

(iii) dibatalkan atau diubah melalui resolusi yang diluluskan oleh Pemegang Saham dalam mesyuarat agung;

yang mana lebih awal;

Dan seterusnya bahawa para Pengarah Syarikat adalah dan dengan ini diberi kuasa untuk menyelesaikan dan melakukan semua tindakan dan perkara (termasuk melaksanakan semua dokumen sebagaimana yang diperlukan) sebagaimana mungkin mereka fikirkan sesuai atau perlu untuk memberi kesan kepada Mandat.”

DENGAN PERINTAH LEMBAGA PENGARAH

En. Shamsuflan Shamsuddin bin Alias (LS 0008050)

Setiausaha Syarikat

En. Mohd Nordin bin Jamaludin (LS 0004983)

Setiausaha Syarikat

Pn. Rodziah binti Zainudin (LS 0008034)

Setiausaha Syarikat

Kuala Lumpur 27 April 2005

notis mesyuarat agung tahunan yang ke 46

86

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

(5)

87 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

notis mesyuarat agung tahunan yang ke 46

NOTA-NOTA KEPADA AGENDA

1. Seorang ahli Syarikat yang berhak menghadiri dan mengundi di mesyuarat ini boleh melantik seorang atau lebih proksi hadir dan untuk pungutan suara, mengundi bagi pihak ahli tersebut. Seorang proksi tidak semestinya ahli. Suratcara pelantikan seorang proksi dan kuasa wakil atau kuasa lain (jika ada) yang ditandatangani atau salinan yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat berdaftar Syarikat, Pejabat Setiausaha Syarikat, Bangunan Shell Malaysia, Changkat Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, tidak kurang dari empat puluh lapan (48) jam sebelum masa mesyuarat ditetapkan akan berlangsung atau mesyuarat ditangguhkan. 2. Hanya borang proksi asli yang diserahkan di alamat berdaftar

Syarikat akan membolehkan pemegang proksi menghadiri dan mengundi semasa mesyuarat. Salinan foto borang proksi tidak akan diterima untuk tujuan mesyuarat. Borang proksi asli tambahan akan diberikan kepada ahli yang memohon secara bertulis kepada Syarikat.

3. Jika seorang ahli melantik dua orang proksi, pelantikan itu tidak sah kecuali beliau menyatakan peratusan pegangan sahamnya yang akan diwakili oleh setiap proksi.

4. Dalam hal sebuah perbadanan, suratcara pelantikan proksi atau proksi-proksi hendaklah dimeterai atau ditandatangani oleh seorang pegawai atau wakil yang diberi kuasa.

5. Tandatangan pada suratcara yang melantik proksi atau proksi-proksi yang dibuat di luar Malaysia, hendaklah disahkan oleh peguam, notari awam, konsul atau majistret.

6. Pelantikan seseorang Pengarah hendaklah menurut Tataurusan Pertubuhan Syarikat.

NOTIS KELAYAKAN MENERIMA DIVIDEN

DIMAKLUMKAN bahawa dengan ini dividen akhir sebanyak Tiga Puluh Lima Sen (RM 0.35) kasar seunit saham ditolak 28% Cukai Pendapatan Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004, jika diluluskan oleh para pemegang saham, akan dibayar pada 10 Jun 2005 kepada para Pendeposit yang berdaftar dalam Rekod Pendeposit pada waktu tutup perniagaan pada 27 Mei 2005.

Seorang Pendeposit adalah layak terhadap pembayaran tersebut hanyalah untuk:

a) saham yang didepositkan ke dalam Akaun Sekuriti Pendeposit sebelum 12.30 tengahari pada 25 Mei 2005 bagi saham yang dikecualikan daripada deposit mandatori;

b) saham yang dipindahkan ke dalam Akaun Sekuriti Pendeposit sebelum 4.00 petang 27 Mei 2005 bagi pindahan; dan

c) saham yang dibeli di Bursa Malaysia Securities Berhad berdasarkan peruntukan sepertinya menurut Peraturan Bursa Malaysia Securities Berhad.

NOTA-NOTA KEPADA AGENDA

1. Menurut Seksyen 169(1) dan 174(1) Akta Syarikat, 1965 dan Artikel 124 Tataurusan Pertubuhan Syarikat.

2. Menurut Artikel 112 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Syarikat telah mengisytiharkan dan membayar dividen interim sebanyak Tiga Puluh Sen (RM 0.30) sesaham biasa dan para Pengarah Syarikat telah mengesyorkan dividen akhir sebanyak Tiga Puluh Lima Sen (RM 0.35) sesaham biasa. Ini menjadikan jumlah dividen sebanyak Enam Puluh Lima Sen (RM 0.65) sesaham biasa bagi tahun 2004. (Semua jumlah yang dirujuk di sini adalah sebelum ditolak cukai pendapatan).

3. Menurut Artikel 82 Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Lembaga (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkecuali) mengesyorkan agar ganjaran setiap Pengarah Bebas Bukan Eksekutif diubah mengikut yang tersebut di

bawah:-a) RM 20,000 setahun bagi ganjaran Pengarah (Tidak berubah); b) RM 10,000 setahun bagi ganjaran Ahli Jawatankuasa Audit (Tidak

berubah);

c) RM 1,000 bagi setiap kehadiran Mesyuarat Lembaga (Tidak berubah);

d) RM 1,000 bagi setiap kehadiran Mesyuarat Jawatankuasa Audit (Baru); dan

e) RM 1,000 bagi setiap kehadiran Mesyuarat Agung (Baru), dan para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif akan dibayar untuk semua perjalanan, tempat tinggal dan lain-lain perbelanjaan yang memerlukan mereka hadir, sebelum dan selepas Mesyuarat para Pengarah atau Jawatankuasa para Pengarah atau Mesyuarat Agung Syarikat atau yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat. 4. Pelantikan semula adalah menurut Artikel 81(3) Tataurusan

Pertubuhan Syarikat, yang memerlukan satu per tiga daripada para Pengarah untuk bergilir-gilir meletakkan jawatan pada Mesyuarat Agung Tahunan pertama dan Mesyuarat Agung Tahunan setiap tahun berikutnya dengan syarat bahawa semua Pengarah hendaklah meletakkan jawatan sekurang-kurangnya sekali setiap tiga (3) tahun, tetapi layak untuk pelantikan semula.

5. Menurut Artikel 81(9) Tataurusan Pertubuhan Syarikat, yang mengehendaki para Pengarah dilantik oleh Lembaga untuk mengisi kekosongan biasa bagi tahun tersebut disahkan oleh para Pemegang Saham pada Mesyuarat Agung.

6. Seksyen 129(6) Akta Syarikat 1965 mengehendaki para Pengarah yang berusia lebih 70 tahun dilantik semula oleh para Pemegang Saham pada setiap tahun.

7. Menurut Seksyen 172(2) dan 173(1) Akta Syarikat, 1965 dan Artikel 127 Tataurusan Pertubuhan Syarikat.

8. Nota penjelasan kepada Urusan

Khas:-Pada 27 April 2005, Lembaga Pengarah telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia Securities Berhad bahawa Syarikat berhasrat untuk mendapatkan kelulusan daripada para Pemegang Saham bagi Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang Saham Sedia Ada bagi Urusniaga Pihak Berkaitan Berulang Berbentuk Hasil atau Perdagangan. Mandat Pemegang Saham Sedia Ada, telah diperolehi pada 12 Mei 2004, akan luput tempoh pada penutup Mesyuarat Agung Tahunan Ke Empat Puluh Enam yang akan diadakan pada 19 Mei 2005. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pekeliling kepada Pemegang Saham bertarikh 27 April 2005. Kesemua terma mempunyai makna yang sama sebagaimana didefinisikan di dalam Pekeliling kepada Pemegang Saham bertarikh 27 April 2005.

87

SHELL REFINING COMPANY (FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

(6)

88

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

1. Para Pengarah yang layak untuk pelantikan semula di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat Keempat Puluh Enam menurut Artikel 81(3) Tataurusan Pertubuhan Syarikat

adalah:-(a) YM Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin (Rujuk muka surat 94 Profil Pengarah) (b) Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab (Rujuk muka surat 95 Profil Pengarah) (c) Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick (Rujuk muka surat 93 Profil Pengarah)

2. Para Pengarah yang layak untuk pelantikan semula di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat Keempat Puluh Enam menurut Artikel 81(9) Tataurusan Pertubuhan Syarikat

adalah:-(a) En. Mark Owen Stevens (Rujuk muka surat 95 Profil Pengarah) (b) En. Thomas Michael Taylor (Rujuk muka surat 96 Profil Pengarah)

3. Para Pengarah yang layak untuk pelantikan semula di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat Keempat Puluh Enam menurut Seksyen 129 Akta Syarikat 1965

adalah:-(a) Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Yahya bin Ismail (Rujuk muka surat 93 Profil Pengarah) (b) Y.Bhg. Dato’ Jaffar bin Ahmad Indot (Rujuk muka surat 94 Profil Pengarah) (c) Y.Bhg. Tan Sri Saw Huat Lye (Rujuk muka surat 94 Profil Pengarah)

4. Tempat, tarikh dan masa Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Puluh Enam akan datang:

(i) Tempat : Bangunan Shell Malaysia, Changkat Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. (ii) Tarikh : Khamis, 19 Mei 2005.

(iii) Masa : 11.00 pagi.

5. Maklumat Kehadiran para Pengarah di Mesyuarat Lembaga.

Lima (5) Mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004. Maklumat kehadiran Pengarah pada Mesyuarat Lembaga adalah seperti

berikut:-Nama Pengarah Bilangan mesyuarat dihadiri

Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick 5 daripada 5 mesyuarat

Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Yahya bin Ismail 5 daripada 5 mesyuarat

YM Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin 3 daripada 3 mesyuarat

(Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 14 April 2004 dan Pengarah Urusan pada 1 Julai 2004)

Y.Bhg. Dato’ Jaffar bin Ahmad Indot 5 daripada 5 mesyuarat

Y.Bhg. Tan Sri Saw Huat Lye 3 daripada 5 mesyuarat

Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab 3 daripada 5 mesyuarat

En. Mark Owen Stevens (Dilantik pada 16 Ogos 2004) 2 daripada 2 mesyuarat

En. Thomas Michael Taylor (Dilantik pada 22 November 2004) 1 daripada 1 mesyuarat En. Shahul Hamid bin Mohd Ismail (Meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan 30 Jun 2004) 2 daripada 3 mesyuarat

En. Tom de Jong (Meletak jawatan pada 31 Julai 2004) 3 daripada 3 mesyuarat

Cik. Lim Tau Kien (Meletak jawatan pada 5 September 2004) 3 daripada 4 mesyuarat En. Paulus Albertus Maria Gerla (Meletak jawatan pada 30 November 2004) 4 daripada 4 mesyuarat En. Zainul Rahim bin Mohd Zain (Pengarah gantian kepada Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick) 1 daripada 5 mesyuarat 6. Mesyuarat Agung Syarikat semasa tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003 telah diadakan di Bangunan Shell Malaysia, Changkat

Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur. Tarikh, masa dan tujuan Mesyuarat Agung diadakan adalah seperti

berikut:-Tarikh Masa Tujuan

Rabu, 12 Mei 2004 11.00 pagi Untuk meluluskan Resolusi Biasa termasuk Urusan Khas ‘Cadangan Pembaharuan Mandat Pemegang Saham bagi Urusniaga Berulang Pihak-pihak Berkaitan Berbentuk Hasil atau Perdagangan.

penyata mengiringi notis mesyuarat agung tahunan

menurut perenggan 8.28(2) Syarat-Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad 88

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

(7)

89 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

penyata prinsip am perniagaan

Pengenalan

Penyata ini menyatakan secara umum prinsip-prinsip am perniagaan yang menjadi pegangan Shell Malaysia dan setiap syarikat Shell di bawah Kumpulan Royal Dutch/ Shell dalam menjalankan urusannya. Menegakkan reputasi Shell adalah paling mustahak. Kita dinilai menurut tindak-tanduk kita. Reputasi kita terjamin selagi kita bertindak secara jujur dan penuh integriti dalam semua urusan dan kita berbuat sesuatu yang kita yakini betul, berasaskan peranan yang wajar dalam perniagaan. Nilai-nilai utama Shell Malaysia adalah sifat-sifat kejujuran, integriti dan menghormati orang lain. Kita juga percaya dalam nilai tambahan seperti menggalakkan sifat beramanah, terbuka, kerja berkumpulan dan profesionalisma serta berbangga dengan apa yang kita usahakan. Nilai-nilai korporat ini adalah asas kepada prinsip-prinsip perniagaan kita. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan semua kakitangan jelas dan sedar tentang prinsip-prinsip ini dan bahawa setiap daripada mereka mengamalkan pernyataan ini dengan sepenuhnya. Mengekalkan kepercayaan dan keyakinan para pemegang saham, kakitangan, pelanggan, rakan perniagaan serta masyarakat dalam mana kita berurusan, adalah amat penting bagi penerusan pertumbuhan dan kejayaan Shell Malaysia. Sesungguhnya, kita berazam untuk mengekalkan kepercayaan tersebut dengan kita berusaha mengikut standard-standard yang digariskan dalam prinsip-prinsip ini.

Datuk Jon Chadwick Pengerusi

September 2002 1. Matlamat

Matlamat syarikat-syarikat Shell ialah beroperasi dengan cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan dalam perniagaan minyak, gas, bahan kimia dan lain-lain jenis perniagaan pilihan, dan memain peranan dalam usaha membangunkan sumber tenaga yang lain. Syarikat-syarikat Shell mengutamakan prestasi cemerlang dan berazam untuk mengekalkan kedudukannya secara jangka panjang dalam suasana penuh persaingan meskipun persaingan sengit terpaksa dihadapi. 2. Tanggungjawab

Syarikat-syarikat Shell bertanggungjawab terhadap lima pihak: a. Terhadap para pemegang saham

Untuk melindungi pelaburan para pemegang saham dan menghasilkan keuntungan yang berpatutan.

b. Terhadap para pelangan

Untuk memikat dan mengekalkan pelanggan dengan cara memaju dan membekalkan barangan serta perkhidmatan yang menambah nilai dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesan terhadap alam sekitar, dengan sokongan kemahiran teknologi, persekitaran dan perdagangan yang sesuai. c. Terhadap para kakitangan

Untuk menghormati hak-hak kemanusiaan kakitangan, menyediakan suasana kerja yang baik dan selamat bagi kakitangan, dan syarat-syarat perkhidmatan yang menarik dan bersaing untuk menggalakkan pembangunan dan memanfaatkan sepenuhnya kebolehan kakitangan dan peluang kerja yang adil dan saksama, menggalakkan penglibatan kakitangan dalam perancangan dan penentuan hala tuju kerjanya mereka serta dalam penerapan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam dokumen ini. Kejayaan komersial syarikat bergantung kepada komitmen padu semua kakitangan.

d. Terhadap golongan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Shell Untuk berusaha mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan dengan para kontraktor, pembekal dan dalam usahasama dan menggalakkan penerapan prinsip-prinsip ini dalam hubungan tersebut. Keupayaan untuk menerapkan dasar ini secara berkesan adalah satu foktor penting dalam menentukan sama ada untuk menjalin atau meneruskan hubungan tersebut. e. Terhadap masyarakat

Untuk menjalankan perniagaan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, mematuhi undang-undang negara di mana syarikat beroperasi, menyatakan sokongan untuk hak-hak asasi manusia selaras dengan peranan sebagai syarikat perniagaan dan mengutamakan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar secara konsisten dengan komitmen untuk menyumbang ke arah pembangunan berkekalan.

3. Prinsip-prinsip Ekonomi

Keuntungan adalah unsur penting dalam menyempurnakan kesemua tanggungjawab ini dan memastikan perniagaan dapat dijalankan sepenuhnya. Keuntungan adalah penentu sama ada perniagaan kita terlaksana secara efisyen, dan sama ada pelanggan menghargai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Shell. Keuntungan penting untuk memastikan peruntukan sumber-sumber korporat dan untuk menyokong pelaburan yang diperlukan demi membangun dan menghasilkan bekalan tenaga masa depan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Tanpa keuntungan dan sumber kewangan yang utuh, tanggungjawab yang digariskan di atas tidak mungkin disempurnakan.

Syarikat-syarikat Shell beroperasi dalam pelbagai suasana sosial, politik dan ekonomi yang sentiasa berubah. Namun, secara amnya, Shell percaya bahawa kepentingan masyarakat boleh dipenuhi sebaik- baiknya menerusi ekonomi pasaran. Sama ada sesuatu pelaburan perlu dibuat ataupun sebaliknya tidak semata-mata bergantung kepada pulangan yang akan diperolehi. Faktor sosial, pengaruh terhadap alam sekitar dan keselamatan juga diambil kira.

4. Integriti Perniagaan

Syarikat-syarikat Shell mementingkan kejujuran, integriti dan sikap adil dalam setiap aspek perniagaan yang diceburinya dan di dalam hubungannya dengan semua pihak yang ia berurusan. Perbuatan menawar, memberi, meminta dan menerima apa jua bentuk rasuah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, tidak dapat diterima sama sekali. Para kakitangan hendaklah mengelakkan percanggahan kepentingan antara aktiviti kewangan peribadi dengan peranan mereka dalam menjalankan urusan syarikat. Kesemua urusan perniagaan yang dilaksanakan bagi pihak syarikat Shell hendaklah dirakamkan dengan tepat dan saksama di dalam penyata kira-kira syarikat dan seterusnya diaudit selaras dengan prosedur yang ditetapkan. 5. Aktiviti bercorak Politik

a. Oleh syarikat

Syarikat-syarikat Shell bertindak dengan tanggungjawab terhadap masyarakat berasaskan undang-undang negara di mana syarikat ini beroperasi bagi mencapai objektif komersilnya yang sah. Syarikat-syarikat Shell tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana badan atau pertubuhan politik atau wakil mereka atau terbabit dengan sebarang parti politik.

Namun, dalam hubungannya dengan kerajaan, syarikat-syarikat Shell berhak dan bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang kedudukannya mengenai perkara-perkara yang membabitkan, syarikat, para kaikitangannya, pelanggannya atau para pemegang sahamnya. Shell juga bertanggungjawab memaklumkan kedudukannya dalam hal-hal yang membabitkan masyarakat di mana ia boleh memberi sumbangan.

b. Oleh para kakitangan

Seseorang kakitangan yang mahu melibatkan diri dalam akitiviti kemasyarakatan, termasuk bertanding dalam pilihanraya, akan diberi peluang untuk berbuat demikian jika langkah ini dikira wajar dari segi keadaan setempat. 6. Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

Sejajar dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan berkekalan, syarikat-syarikat Shell mempunyai pendekatan yang sistematik terhadap pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar untuk mencapai peningkatan prestasi secara berterusan.

7. Masyarakat

Sumbangan paling bernilai yang boleh diberikan oleh sebarang syarikat ke arah kemajuan sosial dan kebendaan dalam negara di mana ia beroperasi ialah melaksanakan aktiviti perniagaannya dengan paling berkesan yang mungkin. Selain itu, syarikat-syarikat Shell juga memberi sumbangan positif dalam hal-hal masyarakat yang mungkin tidak ada kaitan secara langsung dengan perniagaannya. Peluang penglibatan - contohnya menerusi program kemasyarakatan, pendidikan atau sumbangan derma akan berbeza, bergantung kepada saiz syarikat terlibat, suasana masyarakat setempat dan skop untuk inisiatif berguna yang boleh dilaksanakan.

8. Persaingan

Syarikat-syarikat Shell menyokong perusahaan bebas. Shell berusaha untuk bersaing secara adil dan beretika serta berlandaskan undang-undang persaingan yang berkenaan. Shell tidak akan menyekat sebarang pihak lain daripada bebas bersaing dengannya.

9. Komunikasi

Syarikat-syarikat Shell mengakui perlunya komunikasi secara terbuka memandangkan pentingnya aktiviti perniagaan yang diceburinya dan kesannya terhadap ekonomi negara serta pihak individu. Oleh itu, syarikat-syarikat Shell mengendalikan program-program maklumat korporat yang komprehensif dan menyediakan maklumat lengkap berkaitan aktivitinya kepada pihak yang berminat, tertakluk kepada batasan kerahsian perniagaan dan kos.

89

SHELL REFINING COMPANY (FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

(8)

90

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

anugerah dan pengiktirafan

ANUGERAH-ANUGERAH LUAR

Syarikat mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kualiti, kesihatan dan keselamatan pekerjaan dan pengurusan alam sekitar apabila memenangi pelbagai anugerah dalam bidang-bidang tersebut, bukan sahaja dari dalam Kumpulan Shell sendiri malah dari pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan di Malaysia. Kami bangga untuk melaporkan bahawa komitmen kami dalam sistem pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar telah membolehkan kami untuk memenangi anugerah-anugerah berikut:

• Anugerah NACRA 2004

Dianugerahkan kepada Syarikat bagi kategori Laporan Alam Sekitar Terbaik dalam Anugerah Laporan Korporat Kebangsaan (NACRA) di kalangan syarikat-syarikat senarai awam di Malaysia. Anugerah ini telah diterima oleh Syarikat buat kali ketiga berturut-turut.

• Anugerah Kecemerlangan Makmal 2004

Dianugerahkan kepada Makmal Syarikat oleh Institut Kimia Malaysia kerana menampilkan kualiti, keselamatan, daya saing teknikal dan piawaian yang tinggi dalam perkhidmatan analitikal dan kewibawaan. Ini juga merupakan tahun ketiga berturut-turut Syarikat meraih anugerah ini.

• Anugerah Emas MSOSH 2003

Dianugerahkan kepada Syarikat oleh Persatuan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) kerana usaha berterusan Syarikat dalam menampilkan kecemerlangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di dalam aktiviti perniagaan. Kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen berterusan semua pekerja Shell, rakan-rakan perniagaan dan kontraktor kami.

• Anugerah Amalan Terbaik NAfMA 2004

Dianugerahkan kepada Syarikat untuk Amalan Terbaik Perakaunan Pengurusan (NAfMA) 2004 oleh Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah. Anugerah ini bertujuan menyokong gesaan Kerajaan terhadap kecemerlangan korporat dan pentadbiran korporat terbaik dengan mengiktiraf organisasi yang menerapkan amalan terbaik dalam perakaunan pengurusan ke arah prestasi perniagaan bertaraf dunia.

• Anugerah Nilai Pemegang Saham Tahunan KPMG/The Edge 2003

Dianugerahkan kepada Syarikat sebagai pengiktirafan syarikat nombor 1 di dalam kategori Tenaga dan Sumber Asli oleh Anugerah Nilai Pemegang Saham Tahunan KPMG/The Edge 2003. Anugerah ini mengiktirafkan syarikat-syarikat senarai awam di Malaysia yang telah menjanakan nilai cemerlang untuk pemegang saham mereka dalam tahun kewangan dikaji.

(9)

91 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

anugerah dan pengiktirafan

PENGIKTIRAFAN LUAR

Sebagai bukti usaha yang berterusan dalam mengekalkan sistem pengurusan yang berkualiti dan piawai yang tinggi bagi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), Syarikat telah menerima persijilan daripada International Standards Organisation’s (ISO) dan Persatuan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia (OHSAS).

• ISO 14001

Syarikat memperolehi persijilan ISO 14001 pada bulan September 2000 dan audit persijilan semula telah berjaya dilaksanakan dalam tahun 2003. Piawaian antarabangsa ini menetapkan garis panduan bagi pengurusan alam sekitar.

• ISO 9001

Syarikat berjaya dinaik-tarafkan kepada ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Julai 2003 dengan skop yang diperluaskan meliputi perkhidmatan Marin.

• ISO 17025

Makmal utama Syarikat berjaya bertukar kepada piawai ISO 17025 yang baru pada tahun 2001. Persijilan ini merupakan anugerah kualiti tertinggi yang diberi sebagai mengiktiraf kecekapan teknikal pekerja sesebuah makmal dan penggunaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan.

• OHSAS 18001

Di dalam hal berkaitan keselamatan dan kesihatan, Syarikat telah berjaya mencapai persijilan OHSAS dalam tahun 2001. Audit persijilan semula telah berjaya dilaksanakan dalam tahun 2004.

• ISPS

Pengangkutan laut adalah amat penting kepada Syarikat dan sebagai operator kepada jeti yang mempunyai tiga tempat himpitan dan satu “Single Buoy Mooring” (SBM) untuk kemudahan pengunaan kapal-kapal di dalam perjalanan antarabangsa, adalah menjadi kewajiban Syarikat untuk mematuhi peraturan-peraturan yang digariskan oleh Organisasi Maritim Antarabangsa – Keselamatan Perkapalan dan Kemudahan Pelabuhan Antarabangsa (ISPS) adalah mandatori.

Pasukan keselamatan dan marin Syarikat telah bekerja keras dan berjaya mencapai pematuhan ini pada 1 Julai 2004 tanpa sebarang gangguan pada operasi Syarikat.

(10)

92

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

lembaga pengarah

dari kiri ke kanan:

En. Shamsuflan Shamsuddin bin Alias, En. Mohd Nordin bin Jamaludin dan Pn. Rodziah bte Zainudin (Setiausaha-setiausaha Syarikat) Duduk dari kiri ke kanan:

YM Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin (Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif), Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick (Pengerusi, Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif), Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Yahya bin Ismail (Pengarah Kanan Bebas dan Bukan Eksekutif)

Berdiri dari kiri ke kanan:

En. Mark Owen Stevens (Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif), Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab (Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif), Y.Bhg. Dato’ Jaffar bin Ahmad Indot (Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif), En. Thomas Michael Taylor (Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif), Y.Bhg. Tan Sri Saw Huat Lye (Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif)

(11)

93 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

profil lembaga pengarah

Sebelum memegang jawatannya di Malaysia, Datuk Jon merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Gas dan Tenaga Shell yang bertanggungjawab ke atas perniagaan Gas dan Tenaga Global Shell Amerika Utara, dan kegiatan pemasaran dan perdagangan gas dan tenaga secara global. Beliau juga merupakan Pengerusi Coral, sekutu Pemasaran dan Perniagaan Amerika Utara bagi Shell, dan ahli Lembaga InterGen, sekutu Tenaga bagi Shell. Pada masa ini Datuk Jon mempengerusikan Lembaga Pengarah bagi 12 syarikat: Shell Malaysia Limited, Shell MDS (Malaysia) Sdn Bhd, Shell Timur Sdn Bhd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shell Information Technology International Sdn Bhd, Sarawak Shell Bhd, Shell Sabah Selatan Sdn Bhd, Sabah Shell Petroleum Company Ltd, Shell Exploration & Production Malaysia B.V., Shell Petroleum Malaysia Ltd, Shell Treasury Malaysia (L) Ltd dan juga Syarikat anda. Beliau ialah Pengarah Urusan bagi kedua-dua Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum Company Ltd dan menganggotai Lembaga Pengarah Malaysia LNG Dua Sdn Bhd. Datuk Jon juga terlibat dengan beberapa organisasi yang berkaitan dengan industri. Datuk Jon telah dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan & Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) pada 29hb Jun 2004. Beliau juga menyertai Sidang Meja Bulat Korporat Malaysia (sebagai Ahli Lembaga), Kelab Petroleum Malaysia (sebagai Ahli Jawatankuasa Biasa), Institut Petroleum Malaysia (sebagai Pengarah) dan Panel Penasihat Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) (sebagai ahli). Beliau juga merupakan Naib-Presiden bagi Dewan Perniagaan & Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan juga Ahli Lembaga Majlis bagi Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Y.Bhg. Datuk Jon Chadwick PGDK

Pengerusi, Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif

Datuk Jon Chadwick, seorang warganegara Britain, berusia 47 tahun, adalah Pengerusi Shell Malaysia, satu jawatan yang telah disandangnya semenjak 1hb Julai 2002. Beliau juga merangkap Pengarah Urusan bahagian Eksplorasi dan Pengeluaran Shell Malaysia serta Pengarah Pengeluaran bagi Eksplorasi dan Pengeluaran - Asia Pasifik, dan juga mengendalikan urusan perniagaan di Filipina, Pakistan dan China.

Datuk Jon mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains daripada University of Manchester di United Kingdom. Datuk Jon menyertai Shell pada 1978 sebagai seorang Jurutera Gerudi. Sepanjang 27 tahun di Shell, Datuk Jon telah menetap dan bekerja di The Netherlands, Oman, Indonesia, Gabon, Argentina, Peru, United Kingdom dan Malaysia. Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah sebagai Ketua Perunding bagi bahagian Eksplorasi dan Pengeluaran Shell, Pengurus Besar bagi beberapa syarikat di Amerika Selatan dan Ketua bahagian Penggabungan & Pengambilalihan dan Kewangan.

Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Yahya bin Ismail DPMJ, DPCM, DPMP, KMN, PPT, PJK Pengarah Kanan Bebas and Bukan Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Audit

Dato’ Dr. Yahya bin Ismail, warganegara Malaysia, berusia 77 tahun, telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Syarikat pada 19hb September 1978. Dato’ Dr. Yahya ialah pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar (University of Sydney Australia, 1957) dan Diploma dalam Perubatan Veterinar Tropika (University of Edinburgh, Scotland, 1963).

Dato’ Dr. Yahya berada dalam Perkhidmatan Awam dari tahun 1959 hingga 1978. Semasa beliau bersara sebagai Ketua Pengarah Lembaga Maju Ternak Kebangsaan, beliau telah berkhidmat dalam Lembaga Totalisator Malaysia dari tahun 1982 sehingga 1990 dan sebagai Pengerusi dari tahun 1986.

Dato’ Dr. Yahya menganggotai Lembaga Pengarah bagi syarikat yang tersenarai berikut: Killinghall (Malaysia) Berhad, YTL Corporation Bhd, YTL Power International Bhd dan Metroplex Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif Komputer Sistem (M) Sdn. Bhd. Beliau adalah Pengarah Kumpulan Southern Bank dari 1983 ke 2003.

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

93

(12)

94

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

profil lembaga pengarah

YM Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif

Raja Ahmad Murad bin Raja Bahrin, warganegara Malaysia, berusia 45 tahun, ialah Pengarah Urusan Syarikat anda. Raja Ahmad Murad dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Syarikat anda pada 14hb April 2004 dan seterusnya sebagai Pengarah Urusan pada 1hb Julai 2004. Sebelum pelantikan beliau ke Syarikat anda, beliau telah berkhidmat dengan Sabah Shell Petroleum Company Limited dan juga telah diberi tugas dan latihan di dalam bahagian Pengilangan di Shell Eastern Petroleum Pte Ltd, Pulau Bukom pada Oktober 2003. Raja Ahmad Murad kini juga merupakan Pengarah Urusan Lutong Refining Company Sdn. Bhd. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari University of Liverpool, United Kingdom. Beliau juga mempunyai Diploma dalam bidang Teknologi dari Brighton Technical College, United Kingdom. Raja Ahmad Murad, menyertai Shell pada 1989 sebagai Jurutera Fasiliti dengan Sarawak Shell Berhad. Sepanjang 16 tahun bersama Shell, beliau telah berkhidmat dengan Sarawak Shell Berhad, Sabah Shell Petroleum Company Limited dan Nederlandse Aardolie Mij BV (The Netherlands). Beliau telah menjawat pelbagai jawatan dalam bidang kejuruteraan (projek, bahagian depan, reka cipta dan pembinaan), sumber manusia, pengurusan penyelenggaraan dan pengurusan operasi.

Sebelum berkhidmat dengan Shell, Raja Ahmad Murad juga telah bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad dan Esso Production Malaysia Inc.

Y.Bhg. Dato’ Jaffar bin Ahmad Indot DSNS, SMS

Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Pengerusi Jawatankuasa Audit

Dato’ Jaffar bin Ahmad Indot, warganegara Malaysia, berusia 70 tahun, telah menjadi Pengarah Syarikat anda sejak tahun 1981. Beliau telah mengikuti Program Pengurus Kanan Antarabangsa Harvard Business School di Vevey, Switzerland pada tahun 1983. Beliau menganggotai Lembaga Pengarah Guinness Anchor Bhd, Pan Pacific Asia Bhd, Cygal Bhd, Trenergy (Malaysia) Bhd, Melewar Industrial Group Berhad (dahulu dikenali sebagai Maruichi Malaysia Steel Tube Berhad) dan FSBM Holdings Bhd.

Dato’ Jaffar menyertai Shell pada tahun 1956 dan telah bersara pada tahun 1989 selepas berkhidmat selama 33 tahun. Semasa tempoh perkhidmatannya, beliau bekerja dengan Shell di Jepun dan London, di mana beliau menyandang pelbagai jawatan dalam perdagangan minyak antarabangsa, pembangunan perniagaan, dan perhubungan awam. Pada tahun 1980 beliau pulang ke Malaysia sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perhubungan Awam Shell Malaysia, dan pada tahun 1983 beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd. Beliau merupakan Pengerusi Shell Timur Sdn Bhd daripada Ogos 1989 hingga Disember 1997.

Y.Bhg. Tan Sri Saw Huat Lye PSM, JMN, PMP

Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Audit

Tan Sri Saw Huat Lye, warganegara Malaysia, berusia 70, telah menjadi Pengarah Syarikat anda sejak tahun 1984. Beliau merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Malaya (Singapura) dan telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Boston, USA.

Tan Sri Saw memulakan kerjayanya dengan Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaya pada tahun 1958 dan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dalam pelbagai jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kinta Selatan, Penolong Setiausaha Negeri Perak, Pengerusi Majlis Perbandaran Taiping, Penolong Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Timbalan Ketua Pengarah di Kementerian Pengangkutan. Selepas bersara daripada Perkhidmatan Awam pada tahun 1971, beliau telah diundang oleh Kerajaan untuk menubuhkan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan merupakan Pengurus Besar dan Ketua Eksekutif MAS yang pertama pada tahun 1971. Beliau bersara daripada MAS pada tahun 1982.

Kini, Tan Sri Saw merupakan pengarah eksekutif Naluri Bhd, Pengerusi Guinness Anchor Bhd, dan pengarah Edaran Otomobil Nasional Bhd. Beliau pernah menganggotai Lembaga pelbagai syarikat antaranya Malaysia-Singapore Airlines, Malaysian Helicopter Services Bhd dan Development and Commercial Bank Bhd. Beliau juga merupakan Fellow bagi Chartered Institute of Transport (London) sejak tahun 1975.

(13)

95 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

profil lembaga pengarah

Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif

Tn. Hj. Mohzani bin Abdul Wahab, warganegara Malaysia, berusia 51 tahun ialah Pengarah Urusan bagi Shell Malaysia Trading Sdn Bhd sejak 1hb Ogos 2001. Baru-baru ini, pada 15hb Januari 2005 beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd. Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Perniagaan Runcit Berangkai bagi Malaysia, Singapura, Brunei dan Oman. Di Malaysia, beliau ialah Wakil Kanan Tempatan bahagian “Downstream” bagi Shell. Beliau dilantik sebagai Pengarah Syarikat anda pada 1hb Ogos 2001. Seorang graduan Pengkhususan Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Mohzani menyertai Shell pada tahun 1976. Beliau telah menyandang pelbagai jawatan pengurusan dalam pembekalan, pengedaran, komunikasi dan penjenamaan, pemasaran dan runcit bagi sektor Produk Minyak Shell termasuk bertugas di Filipina. Beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Runcit di Malaysia pada tahun 2000.

Buat masa kini beliau menganggotai Lembaga Pengarah bagi 12 syarikat iaitu: Shell Timur Sdn Bhd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Superkad Services Sdn Bhd, Usaha Rawang Sdn Bhd, Shell Malaysia Limited, Brunei Shell Marketing Company Sdn Bhd, P S Pipeline Sdn Bhd, P S Terminal Sdn Bhd, Pertini Vista Sdn Bhd, Bonuskad Loyalty Sdn Bhd, syarikat tersenarai Shell Oman Marketing Company SAOG dan termasuklah Syarikat anda.

Beliau juga merupakan seorang Pengarah Kumpulan Bantuan Bersama Industri Petroleum Malaysia (PIMMAG) dan seorang ahli Jawatankuasa Pengurusan Bersama JMC.

Mr. Mark Owen Stevens

Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif

Mark Owen Stevens, warganegara Britain, berusia 48 tahun, ialah Naib Presiden bagi Operasi Pengilangan Timur. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Syarikat anda pada 16 Ogos 2004.

Seorang graduan ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan) Kejuruteraan Kimia dari University College, London, Mark menyertai Shell pada 1977 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam operasi loji penapisan dengan Shell Haven Refinery, United Kingdom, Shell International Petroleum, The Hague, Shell Europe Oil Products, London, United Kingdom dan Shell Global Solutions, The Hague. Pada waktu ini Mark merupakan Pengarah Shell Refining Australia dan juga Syarikat anda.

(14)

96

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

profil lembaga pengarah

Mr. Thomas Michael Taylor Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, Ahli Jawatankuasa Audit

Thomas Michael Taylor, warganegara Britain, berusia 48 tahun, ialah Pengarah Kewangan Shell Malaysia dan “Controller”, Eksplorasi dan Pengeluaran, Asia Pasifik. Beliau dilantik sebagai Pengarah Syarikat anda pada 22 November 2004.

Mike mempunyai Sarjana Kejuruteraan dari University of Cambridge. Beliau memulakan kerjayanya di Shell pada November 1984 sebagai Juruaudit bagi Shell Expro. Semenjak itu beliau telah menyandang pelbagai jawatan kewangan kanan di SAGF (sebuah anak syarikat Shell di West Indies Perancis) Shell Hungary RT, Shell International Ltd dan Sakhalin Energy Investment Company Ltd, Rusia.

Pada masa ini beliau menganggotai Lembaga kepada 12 syarikat : Shell Timur Sdn Bhd, Shell Malaysia Ltd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shell Treasury Malaysia (L) Ltd, Sarawak Shell Bhd, Shell Sabah Selatan Sdn Bhd, Sabah Shell Petroleum Company Ltd, Shell Petroleum Malaysia Ltd, Atracc Sdn Bhd, Shell Exploration and Production Malaysia B.V., CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd dan termasuklah Syarikat anda.

Beliau juga menganggotai Lembaga Mileflame Ltd, Syarikat swasta Britain dan menjadi ahli kepada Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah.

Zainul Rahim bin Mohd Zain Pengarah Gantian kepada Datuk Jon Chadwick

Zainul Rahim bin Mohd Zain, warganegara Malaysia, berusia 52 tahun, ialah Timbalan Pengerusi Shell Malaysia dan juga merangkap Penolong Pengarah Urusan bagi Shell Malaysia Eksplorasi & Pengeluaran (SM-EP).

Beliau dilantik sebagai Pengarah Syarikat anda pada 1 Disember 2001 dan telah bersara pada 26 Ogos 2002. Beliau dilantik sebagai Pengarah gantian kepada Datuk Jon Chadwick pada tarikh yang sama.

Zainul, seorang graduan dalam bidang Kejuruteraan dari University of Western Australia, mula menyertai Shell pada tahun 1978. Beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam kejuruteraan petroleum dan pengurusan maklumat dan teknologi di SM-EP dan semasa bertugas di The Netherlands. Beliau merupakan Pengurus Besar Perkhidmatan Perniagaan SM-EP (1997), Perkhidmatan Teknikal (1999) dan Unit Perniagaan Sarawak (2000), sebelum menyandang jawatan Timbalan Pengerusi di Shell Malaysia.

Buat masa ini, Zainul menganggotai Lembaga kepada 14 syarikat termasuklah Shell Malaysia Limited, Shell MDS (Malaysia) Sdn Bhd, Shell Timur Sdn Bhd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Sarawak Shell Bhd, Lutong Refining Company Sdn Bhd, Shell Sabah Selatan Sdn Bhd, Sabah Shell Petroleum Company Ltd, Malaysia LNG2 Sdn Bhd (sebagai gantian Datuk Jon Chadwick), Malaysia LNG3 Sdn Bhd (sebagai gantian Idris Jala), CS Mutiara Sdn Bhd, Shell Exploration & Production Malaysia BV, Syarikat Pendidikan Staffield Sdn Bhd, dan Syarikat anda. Zainul telah melibatkan diri di dalam beberapa organisasi bukan Kerajaan. Beliau merupakan Pengerusi untuk Dana Pembangunan Berterusan Shell dan Dana Biasiswa Shell. Zainul juga merupakan Pengarah untuk Persatuan Jurutera Petroleum Asia Pasifik dan Kumpulan Bantuan Bersama Industri Petroleum (PIMMAG) dan Pengarah gantian Kelab Petroleum Malaysia. Di samping itu, Zainul juga merupakan Pemegang Amanah Kolej Tunku Jaafar. Buat masa ini, Zainul adalah Pengerusi Majlis Perniagaan bagi Pembangunan Berterusan Malaysia dan juga Wakil Jawatankuasa Kontraktor Pengeluaran Bersama Petroleum di Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI).

(15)

97 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

profil pasukan pengurusan

Raja Ahmad Murad

bin Raja Bahrin

Pengarah Urusan

Kerakyatan: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, University of Liverpool, United Kingdom Menyertai Shell: 1989 Gro Cederlof

Pengurus Kanan, Teknologi

Kerakyatan: Norway

Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains (Kepujian) Kejuruteraan Kimia, Technical University of Trondheim, Norway

Menyertai Shell: 1989

Anthony Michael Eales

Pengurus, Ekonomi dan Penjadualan

Kerakyatan: Australia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Macquarie University, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Kimia, University of Queensland, Australia

Menyertai Shell: 1988

Jong Lee Fah

Pengurus Kualiti, Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar

Kerakyatan: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia, Universiti Malaya, Malaysia

Menyertai Shell: 1992

Martin Jean Pierre Cornelis Nieskens

Pengurus Kanan, Operasi

Kerakyatan: Belanda

Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains (Kepujian) Kejuruteraan Kimia, Technical University Eindhoven The Netherlands

Menyertai Shell: 1977

Ammeran bin Mad

Pengurus Kanan, Kejuruteraan

Kerakyatan: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Loji, Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal, Washington State University, Amerika Syarikat

Menyertai Shell: 1992

Syed Ahmad Taufik Albar

Pengurus Kewangan

Kerakyatan: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Ekonomi dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Menyertai Shell: 1998

Mohd Azri bin Mohd Nawi

Pengurus Sumber Manusia

Kerakyatan: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(16)

98

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

Shell di Malaysia

Rakan Pembangunan Negara

Shell di Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan Royal Dutch/Shell yang beroperasi di lebih 145 negara di seluruh dunia. Shell Malaysia mempunyai kehadiran dan sejarah selama 114 tahun di Malaysia, dan terdiri daripada syarikat-syarikat milik penuh, usaha sama dan syarikat senarai awam. Shell Malaysia terlibat di dalam tiga perniagaan teras iaitu Eksplorasi dan Pengeluaran, Produk Minyak, dan Gas dan Tenaga, dan ia mempunyai sembilan hab perkhidmatan sokongan khusus global di dalam negara. Shell Malaysia menggaji lebih 5,000 pekerja di seluruh negara yang mempunyai pelbagai kepakaran dan bakat, yang mana 95% daripadanya adalah rakyat Malaysia. Shell telah melabur lebih daripada RM 70 bilion di Malaysia sepanjang empat dekad yang lalu, dan mempunyai komitmen pelaburan semasa sebanyak RM 12 bilion daripada 2003 hingga 2007. Shell Malaysia juga membekalkan penajaan bahan dan sumber dalam bidang-bidang pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan sosial. Shell Malaysia mempunyai aspirasi untuk menjadi Pilihan Utama bagi Syarikat Terbaik, “Top Performer of First Choice”, dengan mengendalikan perniagaan dengan cekap, bertanggungjawab dan dengan berkeuntungan.

Shell Malaysia mempunyai matlamat untuk mengekalkan prestasi Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar yang boleh dibanggakan; untuk meraih keyakinan dan kepercayaan para pelanggan, pemegang saham dan masyarakat; untuk menjadi jiran tetangga yang baik dan menyumbang kepada pembangunan berterusan. Shell ingin mengekalkan kewujudannya di Malaysia bagi tempoh yang lama; untuk mencapai piawaian kualiti produk dan prestasi perkhidmatan yang tinggi; berusaha sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan pihak-pihak berkepentingan, dan menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.

Shell Refining Company (Federation of Malaysia) Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai sebuah syarikat senarai awam. Syarikat anda sekarang mempunyai 49% penyertaan awam. Ia dikendalikan dengan teknologi terkini dan merupakan pembekal utama produk petroleum kepada perniagaan Produk Minyak Shell di Malaysia. Loji penapisan minyak Syarikat anda di Port Dickson menghasilkan rangkaian produk petroleum yang komprehensif, yang mana lebih kurang 90% daripadanya digunakan di Malaysia.

Pada tahun 1999, Syarikat anda telah menyiapkan pembinaan Long Residue Catalytic Cracker (LRCC) yang pertama di Malaysia dengan pelaburannya sebanyak RM 1.4 bilion, dan justeru itu, telah menukarkan loji penapisan yang bersaiz sederhana dan ringkas ini kepada sebuah kompleks loji penapisan moden yang bertaraf dunia.

LRCC ini, yang melambangkan komitmen penting bagi masa depan Syarikat, telah menambahkan empat kali ganda pengeluaran Gas Petroleum Cecair (LPG) dan mengandakan pengeluaran gasolin kenderaan. Ia juga telah membolehkan loji penapisan ini menghasilkan propylene buat pertama kalinya. Propylene adalah stok bahan bernilai tinggi dalam industri petrokimia.

Di samping berusaha untuk memberikan pulangan yang maksima kepada para pemegang saham, Syarikat anda juga percaya dalam memberikan perhatian seimbang kepada penjagaan alam sekitar dan memberi sumbangan kepada pembangunan sosial dalam masyarakat. Kami memberi galakkan dan sokongan yang aktif bagi mewujudkan kekayaan yang pelbagai dalam masyarakat, pembangunan kemahiran serta kepakaran baru dan pemindahan teknologi baru serta amalan perniagaan terbaik kepada Malaysia. Syarikat anda amat berbangga kerana dapat menjadi pemimpin perniagaan yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai dan menjadi ahli masyarakat yang penyayang dan prihatin.

98

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

(17)

99 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

(18)

100

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

maklumat utama kewangan

Perolehan (RM JUTA)

Perolehan 7,510.5 5,496.9 37% 4,458.2 4,601.4 5,183.5

Keuntungan sebelum cukai 741.9 249.6 197% 198.0 3.9 157.5

Keuntungan/(Kerugian) selepas cukai 670.3 182.3 268% 152.9 (0.1) 111.7

Jumlah jualan (ribu tong sehari) 116.4 116.9 0% 113.6 119.2 114.5

Lembaran imbangan (RM JUTA) Aset

Jumlah aset 3,038.0 2,464.0 23% 2,462.0 2,059.3 2,622.8

Penghutang perdagangan dan 903.6 657.5 37% 566.2 245.5 522.4

lain-lain penghutang

Inventori minyak 603.8 361.1 67% 373.9 205.2 378.0

Jumlah inventori minyak (ribu tong) 3,882.1 2,918.0 33% 3,084.0 2,614.0 3,265.0

Liabiliti dan Dana Pemegang Saham

Pemiutang perdagangan dan 622.8 534.6 17% 636.9 263.6 388.4

lain-lain pemiutang

Dana pemegang saham 1,563.4 1,001.0 56% 862.0 741.4 780.5

Aliran Wang Tunai (RM JUTA)

Tunai dijanakan daripada operasi 437.0 190.4 129% 214.8 504.7 154.8

Pembelian hartanah, loji dan peralatan 33.8 18.6 82% 23.4 4.2 7.6

Setiap RM 1 Sesaham (sen)

Pendapatan/(Kerugian) 223.45 60.76 268% 50.98 (0.05) 37.23

Aset bersih 521.13 333.67 56% 287.33 247.13 260.17

Dividen kasar 65.00 25.00 160% 18.00 15.00 18.00

# Angka-angka telah dinyatakan semula untuk mengambil kira pelarasan pada tahun sebelum menurut MASB 25

(19)

101 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004

kalendar kewangan

Bil. Tarikh Pengumuman

1. 12 Mei 2004 Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Puluh Lima.

2. 12 Mei 2004 Pengumuman Keputusan Bergabung yang belum diaudit untuk Suku Tahun Pertama

bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2004.

3. 4 Jun 2004 Tarikh pembayaran dividen terakhir bernilai Dua Puluh Sen (RM 0.20) sesaham ditolak Cukai Pendapatan Malaysia sebanyak 28% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003.

4. 4 Jun 2004 Tarikh pembayaran dividen khas bernilai Sepuluh Sen (RM 0.10) sesaham ditolak Cukai Pendapatan Malaysia sebanyak 28% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004

5. 16 Ogos 2004 Pengumuman Keputusan Bergabung yang belum diaudit untuk Suku Tahun Kedua

bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2004.

6. 8 Oktober 2004 Tarikh pembayaran dividen pertama bernilai Sepuluh Sen (RM 0.10) sesaham ditolak Cukai Pendapatan Malaysia sebanyak 28% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.

7. 18 November 2004 Pengumuman Keputusan Bergabung yang belum diaudit untuk Suku Tahun Ketiga bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2004.

8. 24 Disember 2004 Tarikh pembayaran dividen khas bernilai Sepuluh Sen (RM 0.10) sesaham ditolak Cukai Pendapatan Malaysia sebanyak 28% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.

9. 23 Februari 2005 Pengumuman Keputusan Bergabung yang belum diaudit dan Cadangan Dividen Suku Tahun Keempat bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2004.

10. 27 April 2005 Penerbitan Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke 46, Notis Pembayaran Dividen dan penutupan Buku serta Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.

11. 19 Mei 2005 Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Puluh Enam.

12. 25 - 27 Mei 2005 Penutupan Buku bagi menentukan kelayakan menerima dividen.

13. 10 Jun 2005 Tarikh pembayaran dividen terakhir bernilai Tiga Puluh Lima Sen (RM 0.35) sesaham ditolak Cukai Pendapatan Malaysia sebanyak 28% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2004.

(20)

102

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

Datuk Jon Chadwick

Pengerusi

tinjauan

(21)

103 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004 Saya bagi pihak Lembaga Pengarah anda

dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad (“Syarikat”) bagi tahun berakhir 31 Disember 2004. Prestasi Syarikat anda sepanjang tahun lalu membanggakan dan di sini saya ingin menjelaskan mengenai pemangkin yang memacu prestasi tersebut. Persekitaran Per niagaan Kami

Ekonomi dunia terus meningkat pada tahun 2004 sementara pergolakan di Timur Tengah semakin reda. Keluaran Domestik Kasar (KDK) bagi ekonomi perindustrian yang utama di dunia – Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat – melebihi peningkatan dalam tahun 2003 sementara Asia terus memperlihatkan pertumbuhan teguh dan menyeluruh yang diterajui oleh Republik Rakyat China. Iklim perniagaan ini menjadi asas yang baik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi global yang mapan pada tahun 2005.

Dalam Belanjawan Negara 2004, Kerajaan Malaysia telah menekankan fokus kepada kegiatan perniagaan domestik dan perindustrian sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi. Usaha untuk merangsang serta mempertingkatkan kegiatan ekonomi domestik melalui dasar dan strategi Kerajaan diteruskan dalam Belanjawan 2004. Kerajaan juga telah memperkenalkan satu pakej Strategi Baru bagi memudahkan sektor swasta meneruskan usaha dan fungsinya sebagai tenaga pertumbuhan, dengan itu mengurangkan pergantungan kepada Kerajaan. Belanjawan Negara yang teguh bersama dengan usaha positif dan koordinasi membuahkan pertumbuhan mapan bagi KDK Malaysia sebanyak 7.1% pada 2004. Menurut Bank Negara Malaysia dalam laporan suku tahunan akhirnya pada 2004, ini adalah satu pencapaian yang diterajui oleh sektor swasta negara. Permintaan domestik keseluruhan bagi produk petroleum tidak banyak berubah, dan jatuh secara marginal sebanyak 0.9% berbanding dengan kejatuhan sebanyak 2% pada 2003. Perubahan pada permintaan kebanyakannya adalah berdasarkan sektor. Jumlah jualan Gasoil automotif bertambah sebanyak 51% (tambahan sebanyak 27% pada 2003) dan Gasolin kenderaan sebanyak 1% (tambahan sebanyak 6% pada 2003). Dalam sektor perindustrian pula, jualan Gasoil perindustrian jatuh sebanyak 36% berbanding dengan 12% pada tahun 2003 dan minyak penerbangan naik sebanyak 16% berbanding dengan kejatuhan sebanyak 9% pada tahun sebelumnya. Jumlah jualan LPG jatuh sebanyak 10% berbanding dengan kenaikan sebanyak 3% pada 2003.

Margin penapisan, yang bergantung pada pergerakan relatif harga minyak mentah dan harga produk minyak siap, lebih teguh pada tahun 2004 berbanding dengan tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2004, harga minyak mentah bergerak antara minima USD 32 setong pada permulaan tahun sehingga maksima USD 55 setong. Pergerakan harga produk yang diukur dengan Means of Platts Singapore (‘MOPS’), menunjukkan arah aliran yang lebih teguh dengan pergerakkan dalam lingkungan harga USD 36 setong hingga USD 64 setong. Menurut penganalisis pasaran, margin penapisan serantau mengukuh disebabkan oleh pertambahan mendadak dalam permintaan dari negeri China dan juga defisit yang berterusan dalam bekalan produk minyak siap berbanding dengan permintaan serantau. Sepanjang tahun ini, beberapa kilang penapisan mengalami tempoh penutupan yang berpanjangan - dalam persekitaran sebegini, pihak pengurusan Syarikat anda bertanggungjawab untuk dan telah berjaya mengekalkan tahap ketersediaan operasi yang tinggi. LPG Komersial Runcit Sektor 2001 2002 2003 2004 '000 tong

Jualan Produk Petroleum di Malaysia (2001 hingga 2004) 69,891 75,492 83,750 97,926 65,078 69,654 57,815 41,676 14,453 14,584 15,037 13,524 Dis 04 Nov 04 Okt 04 Sept 04 Ogos 04 Jul 04 Jun 04 Mei 04 Apr 04 Mac 04 Feb 04 Jan 04

Tapis Arab Light

USD/tong

Harga Minyak Mentah Tapis dan Arab Light

20 40 60

ULG97 ULG92 Kero Gasoil

USD/tong

Harga Produk (MOPS) 2004

30 40 50 60 Dis 04 Nov 04 Okt 04 Sept 04 Ogos 04 Jul 04 Jun 04 Mei 04 Apr 04 Mac 04 Feb 04 Jan 04

(22)

104

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LPG 5% Minyak Jet

8%

Perolehan Jualan (Mengikut Produk) 2004

Propylene 4% Tops 6% LCO 4% Minyak Gasolin Kenderaan 39% Melalui dua carta Margin Penapisan bagi tahun

2004 di atas, dapat diperhatikan bahawa, a) Sepanjang tahun ini, margin penapisan

kompleks menikmati aras margin yang lebih tinggi dan ketara berbanding margin ringkas hidroskimming; dan b) Margin purata kompleks penapisan di

Malaysia adalah USD 1.73 setong lebih tinggi berbanding yang direalisasikan di Singapura.

Pengeluaran dan Jualan Kami

Dalam tahun 2004, kilang penapisan Syarikat anda di Port Dickson mencatatkan ketersediaan operasi pada 94.7%, menurun sedikit daripada 95.6% pada tahun sebelumnya. Ini adalah kerana penutupan unit Long Residue Catalytic Cracker (‘LRCC’) yang tidak dirancang selama 12 hari pada awal tahun ini. Syarikat anda juga berjaya melaksanakan dua penutupan yang terancang pada tahun ini bagi memudahkan pemeriksaan berkanun dan penyelenggaraan unit Kompleks 1 pada Mac 2004 selama 16 hari, dan unit Platformer-2 pada September 2004 selama 14 hari. Dengan komitmen yang kukuh daripada pekerja kilang penapisan untuk memaksimakan

Malaysia 46% Timur Jauh

30%

Minyak Mentah dan Bahan Stok Diproses

– Sumber Bekalan 2004

Timur Tengah 24%

masa hidup loji, kami berjaya memproses sejumlah 40.5 juta tong minyak mentah dan minyak termampat pada tahun ini yang mewakili pengurangan sebanyak hanya 1.7% berbanding tahun 2003.

Minyak mentah dan minyak termampat Malaysia terus kekal menjadi pemasukan utama ke dalam kilang penapisan dan mewakili 46% daripada diet pemasukan kilang penapisan, dan yang selebihnya datang dari Timur Jauh dan Timur Tengah. Kebolehlenturan kompleks

penapisan Syarikat anda ternyata berharga sepanjang tahun, di mana kami dapat memproses barisan stok bahan minyak mentah yang lebih luas dan menghasilkan barisan produk berpelbagai yang mempunyai margin yang tinggi.

tinjauan pengerusi

Mudah Komplek Purata Komplek

USD/tong Margin Penapisan SRC - 2004 -3 0 3 6 9 12 2004 purata = USD5.51/tong Dis 04 Nov 04 Okt 04 Sept 04 Ogos 04 Jul 04 Jun 04 Mei 04 Apr 04 Mac 04 Feb 04 Jan 04 37 38 39 40 41 42 43 44 2000 2001 2002 2003 2004

Jumlah Pemasukan Jualan

juta/tong

Pemasukan Penapisan & Jualan (2000 - 2004)

42.8 43.5 41.9 42.8 41.4 42.4 42.9 39.3 41.2 40.5 2000 2001 2002 2003 2004 RM juta Kutipan Jualan 5,184 4,601 4,458 5,497 7,511 0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000 7,000 8,000 -4 -2 0 2 4 6 8 10 12

Mudah Komplek Purata Komplek

USD/tong

Margin Penapisan Singapura - 2004

2004 purata = USD3.78/tong Dis 04 Nov 04 Okt 04 Sept 04 Ogos 04 Jul 04 Jun 04 Mei 04 Apr 04 Mac 04 Feb 04 Jan 04

(23)

105 SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

LAPORAN TAHUNAN 2004 Jumlah jualan berkurangan sedikit sebanyak

0.7% kepada 42.5 juta tong pada tahun 2004, daripada 42.8 juta tong sebelumnya. Namun demikian, hasil jualan pada tahun 2004 mengalami pertambahan yang luar biasa sebanyak 37% kepada RM 7,511 juta daripada RM 5,497 juta pada tahun 2003, yang disokong oleh harga produk yang lebih tinggi; ini adalah hasil perolehan tahunan yang paling tinggi dalam sejarah Syarikat anda.

Gasolin kenderaan dan Gasoil, kekal sebagai produk utama kilang penapisan, mewakili 73% daripada jumlah pengeluaran. Pelaburan Syarikat anda di dalam unit Long Residue Catalytic Cracker (LRCC) dalam tahun sembilan puluhan, ternyata bernilai dengan memberi peluang untuk menghasilkan produk yang mempunyai margin lebih tinggi; unit LRCC ini adalah satu-satunya kemudahan sejenisnya di mana-mana kilang penapisan di Malaysia.

Pada tahun ini, kami juga mendapat manfaat daripada keuntungan sebelum cukai atas baki pegangan stok sebanyak RM 112 juta disebabkan kenaikan menyeluruh harga minyak (untung sebanyak RM 17 juta pada tahun 2003); walau bagaimanapun, keuntungan dari pegangan stok ini hanya merangkumi 15% daripada jumlah pendapatan sebelum cukai Syarikat. Pendapatan sesaham dan Dividen Kami Pendapatan sesaham bagi tahun 2004 naik kepada rekod 223 sen daripada 61 sen pada tahun sebelumnya.

Lembaga Pengarah telah mengesyorkan dividen akhir sebanyak 35 sen setiap RM 1 unit saham, menjadikan jumlah dividen kasar bagi tahun sebanyak 65 sen sesaham bagi tahun kewangan di bawah tinjauan, termasuk dua dividen interim khas sebanyak 10 sen setiap satu. Ini mewakili kenaikan 160% daripada jumlah dividen kasar sebanyak 25 sen sesaham bagi tahun sebelumnya. Dividen yang perlu dibayar bagi tahun 2004 adalah yang paling tinggi pernah diisytiharkan oleh Syarikat anda, melebihi rekod yang lalu sebanyak 37 sen sesaham yang kali terakhir dibayar pada tahun 1998. Prestasi pembayaran dividen tahun 2004 dikaitkan kepada penjanaan tunai yang ketara oleh Syarikat anda sepanjang tahun dan adalah menjadi matlamat Lembaga Pengarah untuk mengekalkan tahap dividen tahunan di masa depan sekurang-kurangnya pada 45 sen sesaham.

Meskipun perkembangan harga saham Syarikat anda pada tahun 2004 sangat membanggakan, pihak Lembaga Syarikat sangat prihatin untuk tidak berdiam diri dan yakin inisiatif prestasi seterusnya akan menghasilkan tahap keuntungan yang lebih menarik.

0 100 200 300 400 500 600 700 800 2000 2001 2002 2003 2004 RM juta

Keuntungan Sebelum Cukai

158 4 198 250 742 -200 -150 -100 -50 0 50 100 150 200 2004 2003 2002 2001 2000 52 (145) 149 112 RM juta

Kerugian Sebelum Cukai Pegangan Stok

17 0 10 20 30 40 50 60 70

Khas Akhir Interim 2000 2001 2002 2003 2004 sen Dividen Sesaham 18 15 18 25 65 20 35 10 -15 36 87 138 189 240 2000 2001 2002 2003 2004 sen Pendapatan Sesaham 37.2 (0.05) 50.98 60.76 223.45

Keputusan Kewangan Kami

Prestasi kewangan Syarikat anda pada tahun 2004 adalah yang terbaik. Keuntungan bersih selepas cukai pada tahun 2004 mencatat jumlah rekod sebanyak RM 670 juta, mewakili kenaikan sebanyak RM 488 juta atau 268% melebihi RM 182 juta yang dicapai pada tahun 2003. Gabungan kekuatan margin penapisan serantau yang cergas, yang mana pengurusan Syarikat anda telah memaksimakan di mana boleh, bersama dengan prestasi operasi yang cemerlang, menyumbang kepada prestasi kewangan Syarikat anda yang membanggakan pada tahun 2004. Syarikat anda telah berjaya mencapai keuntungan rekod bagi empat suku tahunan berturut-turut.

(24)

106

SHELL REFINING COMPANY

(FEDERATION OF MALAYA) BERHAD (3926-U) (DIPERBADANKAN DI MALAYSIA)

SUMBER

MANUSIA

PRODUKTIVITI KOS

MARGIN

Inisiatif Kemajuan Per niagaan Kami Kejayaan Syarikat anda banyak bergantung kepada pelaksanaan tiga cabang strategi perniagaan yang berkitar sekeliling elemen utama SUMBER MANUSIA:

• Peningkatan Produktiviti - Bertujuan untuk mengurangkan jumlah masa kerja yang diperlukan untuk mengendalikan kilang penapisan pada tahap keberkesanan tinggi, dengan selamat dan secara berstruktur. • Peningkatan Margin - Bertujuan untuk

meneruskan usaha meningkatkan margin penapisan dan menepis kesan elemen tidak menentu dalam pasaran.

• Kepimpinan Kos - Bertujuan untuk meningkatkan tahap keberkesanan kos tanpa kompromi terhadap margin dan integriti/keselamatan loji dan tenaga kerja Syarikat serta pekerja kontraktor. Ketiga-tiga strategi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan digabungkan dalam Pelan Perniagaan Syarikat anda dan kini diterapkan ke dalam proses perancangan perniagaan tahunan Syarikat.

tinjauan pengerusi

Keputusan kewangan Syarikat anda untuk tiga tahun dahulu adalah amat memuaskan. Syarikat anda mencatat pelbagai rekod dan memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Syarikat anda juga telah mencatat prestasi kewangan terbaik pada 2004. Syarikat anda juga telah memenangi kategori Laporan Alam Sekitar Terbaik pada Anugerah Laporan Tahunan Korporat Kebangsaan (NACRA) untuk tahun ketiga berturut-turut bagi 2003. Syarikat anda telah memenangi anugerah Amalan Terbaik di Anugerah Kebangsaan untuk Amalan Terbaik dalam Perakaunan Pengurusan (NAfMA). Syarikat anda juga telah diiktiraf untuk prestasi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar melalui pelbagai anugerah dan pensijilan luaran. Saya menggalakkan anda untuk mengetahui lebih tentang kejayaan Syarikat anda dengan membaca kandungan seterusnya dalam laporan tahunan ini.

Komitmen Kami terhadap Pembangunan Berterusan

Kami komited untuk mengendalikan perniagaan kami dalam cara yang konsisten dengan Prinsip Perniagaan Am Shell yang merangkumi pematuhan terhadap Rangka Kerja Pengurusan Pembangunan Berterusan Kumpulan Shell. Kami menekankan ini dengan pematuhan tegas terhadap Polisi Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar global, yang diikuti oleh semua syarikat Shell.

Memelihara kesihatan dan keselamatan staf, pelanggan dan kontraktor kami, dan melindungi alam sekitar sentiasa dan akan terus menjadi keutamaan Syarikat. Syarikat anda mempunyai pendekatan yang sistematik terhadap pengurusan bidang kritikal ini. Kami menetapkan sasaran dan standard, serta sentiasa mengukur, menilai dan melaporkan prestasi terkini.

Pekerja Kami

Banyak yang telah dicapai pada tahun 2004. Sama ada ia merupakan keupayaan kami untuk menggunakan sepenuhnya keadaan pasaran yang positif atau keupayaan kami menghadapi cabaran semasa, satu faktor kritikal kepada kejayaan kami yang harus disebut ialah -Pekerja Kami. Ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan dan pekerja Syarikat kerana usaha gigih dan komitmen teguh mereka adalah sebab kami dapat berada di sini hari ini dan menoleh kembali ke tahun 2004 sebagai tahun kewangan yang amat memuaskan. Pekerja telah, adalah, dan akan terus menjadi sumber kekuatan kami. Untuk dinyatakan dengan lebih jelas, mereka adalah aset paling penting dan kami akan terus memastikan kecemerlangan di kalangan pekerja kami melalui usaha berganda untuk membangun dan meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran peribadi. Segala kemahiran dan ilmu pengetahuan yang mereka peroleh, cipta, bertukaran dan berkongsi, adalah menjadi kepentingan strategik Syarikat kami untuk mencapai visi, misi dan objektif.

Semasa tahun tinjauan, Syarikat anda telah melabur kira-kira RM 2.1 juta berbanding RM 0.9 juta semasa tempoh perbandingan 2003, untuk latihan pekerja. Peningkatan sebanyak 133% adalah bukti komitmen Syarikat bagi memastikan pekerja sentiasa dinilai dan diberi peluang untuk membangun.

Senarai latihan pekerja 2004 2003 2002 Pekerja yang 46% 39% 36% menerima latihan (%) Purata jumlah 32 17 10 jam latihan setiap pekerja Pelaburan dalam 5.3% 2.9% 2.7% latihan seimbang dengan kos pekerja (%)

Sebagai penambahan, selain memastikan peluang terbuka untuk pekerja Syarikat mengurangkan jurang ketidakcekapan teknikal, kami juga sedar betapa pentingnya pekerja menjalin kerjasama sepasukan yang erat dan menerapkan hubungan baik pada semua peringkat. Pada bulan Ogos 2004, Minggu Kepelbagaian & Penyertaan (D&I) dilancarkan dengan objektif untuk berkongsi dan mewujudkan 75

125 175 225

Indeks Komposit Harga Saham SRC

Harga Saham SRC berbanding Indeks Komposit 2004

(diselaraskan ke 100 pada 1 Januari 2004)

Mac 05 Feb 05 Jan 05 Dis 04 Nov 04 Okt 04 Sept 04 Ogos 04 Jul 04 Jun 04 Mei 04 Apr 04 Mac 04 Feb 04 Jan 04

Referensi

Dokumen terkait

Islam merupakan agama yang menghargai, menempatkan dan mengakui eksistensi akal sebagai piranti berpikir. Hal itu bisa dilihat dari berbagai ayat yang termaktub dalam teks kitab

Dirjen Cipta Karya mengungkapkan, instalasi senilai lebih dari Rp 600 miliar sangat dinantikan para pengusaha perhotelan dan restoran selain juga masyarakat umum.“Para pemilik

Batuan tertua yang ada di Cekungan Kutai berupa batuan metamorf yang menjadi pembentuk batuan dasar dan berumur Paleozoikum dan Mesozoikum (Satyana et al., 1999

Tujuannya untuk meningkatkan kunjungan wisatawan mancanegara dan wisatawan nusantara ke Aceh melalui kegiatan sebagai berikut; Promosi pariwisata Aceh yang dilaksanakan di dalam

Namun, gain rata-rata dari ketiga antena V-Vertical Groundplane pada frekuensi UHF memiliki nilai 3,86 dBi, sehingga antena V-Vertical Grounplane cukup baik

Peneliti menggunakan teknik pengumpulan data purposive dan snowball dikarenakan peneliti telah menetapkan kriteria informan yang sesuai dengan kriteria yang tepat, tetapi

Secara khusus, orang dengan penyakit jantung koroner adalah populasi yang paling beresiko mengalami SKA, oleh karena itu sangat penting bagi penderita SKA

Kode Barang Register Luas (M ²) Perolehan Tahun Letak/Lokasi Tanggal Nomor Dokumen Status Tanah Nomor Kode Tanah. PELAYANAN TERPADU