Rancangan pelajaran geografi tingkatan 1

14  Download (0)

Full text

(1)

GEOGRAFI

TINGKATAN 1

TAJUK: TANAH TINGGI

OLEH:-1. EN. ABDULLAH BIN SALAM (SK KAMPONG GELAM)

2. PN. SALMAH BINTI MD ALI (SMK RAHMAT)

(2)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN GEOGRAFI

Tingkatan : 1 RK1 Masa : 80 minit Mata Pelajaran : Geografi

Tajuk : Bentuk Muka Bumi – Tanah Tinggi Objektif pembelajaran:

1. Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi Malaysia. 2. Mengenalpasti kedudukan kawasan tanah tinggi di Malaysia. 3. Memahami sistem gunung lipat.

Di akhir pengajaran ini diharap murid dapat :-1. Pengetahuan:

1.1 Mentafsir kehendak soalan dan dapat menerangkan maksud kata kunci.

2. Kemahiran:

2.1 Menggunakan atlas untuk menentukan kedudukan banjaran dan gunung utama negara Malaysia.

2.2 Mengumpulkan maklumat melalui buku teks Geografi Tingkatan 1, tayangan video, tayangan e- bahan geografi , internet, majalah dan akhbar.

3. Nilai murni

3.1 Bekerjasama dalam kumpulan. 3.2 Menghargai hasil kerja orang lain. 3.3 Berfikiran terbuka.

(3)

GRID/ LANGKAH AKTIVITI Set Induksi

(5 minit)

1 .Guru menayangkan beberapa gambar dan tayangan video (contoh youtube-pemandangan kawasan tanah tinggi di Malaysia.

2. Murid diminta memberikan lokasi gambar dan tayangan video tersebut dan mengaitkan gambar tersebut dengan bentuk muka bumi kawasan tersebut.

Grid 1 (5 minit) MENENTUKAN

1.Guru memaparkan e- bahan dan LMS geografi bertajuk ‘ Tanah Tinggi di Malaysia’.

2.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan mengikut tajuk kumpulan masing-masing. Kumpulan 1 - Maksud , ciri – ciri tanah tinggi Malaysia, nama banjaran dan gunung di Malaysia, kemuncak tertinggi, ketinggian tanah tinggi di Malaysia. Kumpulan 2 - Proses pembentukan banjaran gunung Di Malaysia.

Kumpulan 3 - Perbezaan antara ciri – ciri sistem gunung lipat muda dengan sistem gunung lipat tua.

Kumpulan 4 - Potensi tanah tinggi di Malaysia.

Grid 2

iii. Pusat Akses Sekolah/ Kiosk ICT

iv. Sumber ICT

Internet ( LMS)

(4)

Grid 3 (5 mint) MENGGUNA

1. Murid melengkapkan tugasan mengikut kumpulan masing - masing.

2. Murid bersedia menggunakan sumber maklumat yang telah dicadang, dicari dan dikenalpasti.

3.

Grid 4 (30 minit) MENCATAT

1. Murid-murid berbincang dalam kumpulan mengenai strategi untuk mencari sumber maklumat, mendapat, mengumpul maklumat dan seterusnya menggunakan maklumat tersebut. Mereka perlu membaca, menonton, mengakses internet, mencatat, menyusun maklumat yang diperlukan.

2. Murid mencatat maklumat tugasan setiap kumpulan untuk hasil pembelajaran tajuk ini.

Grid 5 (25 minit) MELAPOR

1. Murid berkerjasama menyiapkan hasil tugasan kumpulan. 2. Murid mempersembahkan hasil dapatan tugasan kumpulan. 3. Guru memantau dan menilai persembahan murid.

4. Guru dan murid merumuskan hasil pembelajaran tajuk ini. 5. Semua tugasan kumpulan akan dipamerkan di sudut mata

pelajaran kelas atau satu salinan untuk simpanan guru. 6. Persembahan kumpulan yang terbaik akan diberikan hadiah.

Grid 6 (5 minit) MENILAI

1. Murid dibekalkan dengan lembaran maklum balas penilaian pembelajaran hari ini.

2. Murid secara jujur menulis keberhasilan proses dan hasil pembelajaran.

Figure

Updating...

References

Related subjects :