• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama I"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Dakwah merupakan penyebaran ilmu agama Islam yang dilakukan oleh seseorang atau sebuah pertubuhan keagamaan kepada khalayak umum. Dakwah merupakan proses yang berkesinambungan yang dilakukan oleh para pengembang dakwah (ulama’) dalam rangka mengubah sasaran dakwah agar membawa umat Islam ke jalan Allah, dan secara berperingkat menarik umat manusia menuju kepada kehidupan yang lebih islamik. Tidak semestinya ulama’ dan cendiakawan islam sahaja yang boleh melakukan aktiviti dakwah ini, kita sebagai umat islam yang mempunyai ilmu juga boleh melakukannya. Namun dengan syarat, kita sentiasa berada dalam landasan yang betul menurut syiar islam. Mengapa kita perlu mengupas serta membahas masalah dakwah ini? Nah ini jawapanya…Seperti kita tahu,Allah SWT mewajibkan kita untuk berdakwah atau menyebarkan agamaNYA. Di dalam Al-Quran Allah SWT telah berfirman “Sampaikanlah walaupun sepatah ayat”. Berpegang kepada dasar itu, kita sebagai khalifah di muka bumi ini yang senentiasa mendapat pelbagai ilmu, seharusnya kita perlu mengamalkanya dan

menyebarkannya untuk kemudahan umat manusia di dunia mahupun dia akhirat insyaallah…Penyebaran dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah secara langsung di mana, pendakwah berhadapan dengan audien dan tidak secara langsung contohnya melalui saluran internet dan telefon bimbit. Apa yang Gang Siputsedoot2009 ingin tekankan di sini ialah dakwah dengan menggunakan kaedah tidak secara langsung. Ini kerana kaedah ini masih banyak peluang yang belum dieksploitasi. Hekeleh..boleh ke nak buat dakwah guna teknologi ICT??Soalan itu mungkin akan terlintas di benak fikiran mereka yang cetek pemikirannya serta tidak mahu menerima sebarang perubahan. Yela..dah nama pun tak nak

perubahan..macam-macam la la alasan…Sebenarnya boleh…

Melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information Technology (IT) hari ini yang dari sehari ke sehari semakin canggih dan

sophisticated, maka mekanisme yang ada ini wajar untuk digunakan dengan

semaksimanya sebagai salah satu methodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya dimonopoli, dikuasai dan dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum

(2)

sekularisme, liberalisme, kapitalisme, darwinisme, komunisme, sosialisme dan dakyah-dakyah sesat yang lain ligat memainkan pemikirannya, mempamerkan aksi jahiliyyah dan menyebarluaskan perkara tersebut . Sungguh… Kita tidak mahu!! umat islam sekarang ni dah dikaburi dengan segala macam saduran palsu yang membuatkan kita lupa kita sedang “diratah” oleh pihak yang benci dengan umat Islam..subhanallah..Menurut sebuah lama web Sabahkini.net, kaedah penyampaian dakwah kini tidak hanya terbatas menggunakan pendekatan konvensional,

sebaliknya ia terus berkembang selaras dengan kemajuan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT). Oleh itu penguasaan terhadap ICT diperlukan bagi pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada sasaran dengan lebih meluas lagi. Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, hari ini peranan umat Islam dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar menjadi lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT. "Kemahiran ICT dan bakat semulajadi mampu di kembangkan dalam usaha berdakwah termasuk bakat dalam bidang lukisan samada berbentuk kartun atau animasi”.Sementara itu Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pula bertitah, pentadbiran Islam wajib bersedia merangka satu dasar secara jelas berhubung program dakwah menggunakan gelombang media baru atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Baginda mahu, satu jalinan kerja antara ulama dan ahli teknologi di wujudkan agar kebaikan dari gelombang teknologi maklumat ICT dapat memberi manfaat kepada ulama. Umat islam harus mengakui, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT merupakan syarat penting bagi menyebarkan Islam secara lebih berkesan. Menurut baginda lagi, masyarakat sekarang tidak lagi menjadikan media cetak dan media konvensional sebagai pilihan utama. Ujar baginda lagi, kegagalan mana-mana pihak dalam

mengaplikasikan peluang teknologi ini untuk berdakwah, akan mengakibatkan umat islam dianggap tidak berupaya mengikuti kemajuan dan perkembangan sains dan teknologi.Eh…kita dok bercakap mengenai dakwah, dakwah dan

dakwah..tapi..sebenarnya dakwah dalam wadah baru yakni ICT ni sebenarnya nak di tujukan atau disasarkan kepada siapa ye..??mesti apa yang dilakukan

mempunyai matlamat tertentu. tak kan saja-saja je kita suka-suka nak bersusah payah menggunakan medium yang bukan konvensional (ICT) ni nak buat

dakwah..Emm…Jom kita kupas lagi persoalan ni bersama Gang Siputsedoot2009…..Haiya Bina..

Seperti yang kita sedia maklum, golongan muda atau pun belia merupakan

(3)

menyedari mereka telah jauh dari rahmat dan syurga Allah SWT. Mereka tidak menghiraukan halal dan haram, baik dan buruk dalam melakukan sesuatu perkara tersebut. Apabila ada pihak yang yang menegur perbuatan mereka, mulalah

mereka melenting…Ah..!!kau sape nak tegur aku!biar la aku dengan cara aku..lagi pun kubur kita masing-masing.kubur aku kubur aku, kubur kau kau jaga la sendiri!!! Hmm..mcm tu lah yang selalu kita dengar bila ada orang menegak kebenaran Allah..Wahai cik abang dan cik kak yang berlagak sombong lagi angkuh..memang la kubur kita ni tak boleh share..tapi kita sebagai umat saudara islam di muka bumi ni mempunyai ruang untuk menegur mana yang tak betul..kalau dah diketahui di depan mata, kalian melakukan perkara lagha..tak kan la kami tak berbuat ape-ape..nanti dosa pula yang kami dapat sebab bersubahat…Minta maaf le kepada sesiapa yang terasa, tapi itulah realitinya pada akhir zaman ini, semua perkara yang membawa kepada kebaikan di pandang jahat dan begitulah sebaliknya. Kami berasa amat risau dan takut dengan situasi sekarang dimana belia merupakan pewaris masa depan negara. Jika belia pada zaman sekarang tidak mempunyai akhlak peribadi yang baik..bagaimana nanti belia akan memimpin negara dan menegakkan syiar islam di dalam negara yang tercinta ini. oleh yang demikian para ahli ulama dan cendiakawan islam yang arif mengenai golongan belia ini perlu mengeksploitasi peluang untuk menarik golongan belia ini untuk dekat dengan Islam. Untuk menarik belia, kita memerlukan golongan belia juga dimana golongan belia amat sinonim dengan tenaga dan minda yang kreatif dan inovatif. Kelebihan itu jika diaplikasi dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, sudah pasti menghasilkan kesan yang hebat untuk agama dan masyarakat.

Usaha dakwah sebegini sebenarnya memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang telah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang untuk mengembangkan syiar Islam yang mulia ini. Menurut sumber yang di tulis oleh Ruzain Syukur Mansor dalam Berita Harian Online, golongan belia tidak perlu merasa rendah diri untuk menyampaikan dakwah dan mereka perlulah bijak mengaplikasikan kemahiran yang ada dalam memperkasakan usaha dakwah. Dalam usaha untuk mengubah persepsi belia untuk mendekati dakwah, pihak terlibat boleh mewujudkan aplikasi dan perisian jawi bahasa Arab berbentuk

(4)

islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran nada deringan pop komersial yang meluas. Sementara galakan terhadap penerbitan album nasyid bakal memberikan impak dakwah melalui kesenian. Di sinilah kepakaran penggubah lagu dan lirik lagu dakwah bergabung dengan pemilik teknologi rakaman suara untuk menghasilkan album dakwah. Selain itu dakwah dalam bidang penyiaran sama ada radio dan media elektronik menanti golongan belia. Kerjaya dalam bidang penyiaran radio Islam seperti Radio ikim.fm umpamanya mampu mendedahkan generasi muda dengan penyebaran dakwah kepada massa. Selain itu juga, medium maklumat baru iaitu blog juga perlu digunakan dalam usaha menyampaikan dakwah. Belia pada zaman sekarang lebih gemar melayari blog-blog untuk memperolehi maklumat selain medium konvensional seperti televisyen atau radio. Contoh laman web dakwah adalah seperti http://www.dakwahonline.com/ Justeru itulah, kita

memerlukan lebih ramai bloggers untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat dan satu klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk tidak berdakwah! Ini adalah salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba moden dan di era globalisasi kini. New World Disorder memerlukan dakwah sebegini. Penggunaan telefon, sms, mesin faks, e-mail, tele-conference, video-conference, tv internet, dan lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah ini. Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah! Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak ke tak nak. Jangan tidak, tidak!!

Pada masa yang sama Golongan pendakwah juga harus sentiasa mengamalkan prinsip cakap serupa bikin. Mereka memikul amanah Allah SWT untuk sentiasa melaksanakan segala ajaran agama dalam diri sendiri sebelum menyuruh orang lain untuk melakukannya. Kealpaan pendakwah mempraktikkan prinsip itu bukan sahaja itu menyebabkan objektif dakwah tidak tercapai malah bakal mengundang

(5)

yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). Surah al-Qasas ayat 56).

Referensi

Dokumen terkait

Prinsip keadilan dalam satu generasi yang terkait erat dengan permasalahan lingkungan hidup tersebut, menghendaki kebersamaan masyarakat secara totalitas dalam satu

Gambar 8. Media Atnews yang memuat kegiatan P2M.. Berdasarkan uraian di bab sebelumnya, beberapa hal yang dapat disimpulkan adalah sebagai berikut. 1) Peserta Kegiatan

1) Menurut hasil prediksi dengan metode Grover, Altman Z- Score dan Springate diperoleh kesimpulan bahwa PT Solusi Bangun Indonesia Tbk berada dalam kondisi

Dari keempat model rumah Kutai yang dikembangkan untuk desain rumah knock- down sebagai solusi perumahan untuk dae- rah rawa dalam penelitian ini adalah model rumah Gudang. Modul

Berdasarkan latar belakang diatas, maka dapat dirumuskan masalah yang akan dibahas yaitu jumlah penduduk Kota Sorong sampai dengan tahun 2026, besar kebutuhan air

Dengan telah bertambahnya fasilitas di Laboratorium Kesehatan Daerah dalam rangka menunjang peningkatan pelayanan kesehatan kepada masyarakat, maka pengaturan retribusi

Grafik (Gambar 8) menunjukan nilai kuat tekan mortar tertinggi pada penambahan 2,5% abu daun pinus pada campuran variasi 7,5% abu bata merah dengan persentase 28,00%

Hal ini memberikan arahan bahwa hipotesis pertama (H1) dapat diterima; 4) Seluruh variabel bebas penelitian yang terdiri dari; komitmen organisasi (X1),