• Tidak ada hasil yang ditemukan

IJAZAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "IJAZAH DALAM PENDIDIKAN ISLAM doc"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

TRADISI PENGANUGERAHAN IJAZAH DALAM

SISTEM PENDIDIKAN UMAT ISLAM

Oleh : Asst. Prof. Dr. Mesut Idriz1

Suntingan dan Terjemahan : Hairil Irza bin Ramli2

1.0 Ta’rif Ijazah

Perkataan ‘Ijazah’ berasal daripada bahasa Arab yang diambil dari

kata dasar ‘ajaza’. Ibn Manzur mengungkapkan di dalam kitabnya

Lisan al – ‘Arab3 dengan merujuk kepada ilmu etimologi4, ia bermaksud

bersandar di atas sesuatu sepertimana bersandar di atas kusyen.

Imam an – Nawawi di dalam kitabnya at – Taqrib wa at – Taysir li Ma’rifati Sunan al – Bashir al – Nazir pula menyebut Kata Kerja ‘Ajaza’

merujuk kepada air yang digunakan untuk mengairi tanah lapang

(seperti sawah) atau air yang menghilangkan dahaga seseorang5. Akhir

sekali, al – Fayruzabadi di dalam al – Qamus al – Muhit menyatakan ia bermakna untuk memberi kebenaran, lesen atau kuasa / hak6.

Dari segi istilahnya, berdasarkan kepada Ibn Manzur, kata nama

Ijazah merujuk kepada hak yang diberikan ke atas seseorang pelajar

1 Penolong Profesor dan Pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan

Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berasal dari Macedonia

2 B.IRK (Hons) Al-Qur’an dan As-Sunnah UIAM dan Cert. Syari’ah, Usuluddin dan Da’wah,

Rabitah ‘Alam Islamiy, Makkah.

3 Lihat Ibn Manzur, Lisan al – ‘Arab, Jilid 1, di bawah ‘Ajaza’ (Beirut: 1970), m.s 25 4 Ilmu asal – usul kata

5 M. Abu Zakariyya an – Nawawi, at – Taqrib wa at – Taysir li Ma’rifati Sunan al – Bashir al –

Nazir, (t.t), m.s 18

6 Al – Fayruzabadi, al – Qamus al – Muhit, disunting oleh M.Naim al – Araqsusi, cetakan ketiga

(2)

untuk menyokong ilmu pengetahuannya dalam sesuatu bidang. Bagi

Imam an – Nawawi, para pelajar meminta profesor (pensyarah) untuk

memberikan ijazah kepada mereka secara simboliknya untuk

menghilangkan dahaga mereka terhadap ilmu pengetahuan. Dan bagi

al – Fayruzabadi berhubung dengan pendidikan, ia merujuk kepada

memberikan kebenaran untuk mengajar.

Istilah ijazah di dalam ilmu pendidikan Islam secara umumnya

bermaksud lesen (kebenaran) untuk mengajar, dan secara khususnya

ia merujuk kepada sijil yang dikeluarkan oleh seseorang profesor /

pensyarah di dalam sesebuah institusi pengajian tinggi kepada

seseorang pelajar yang mengikuti sesuatu kursus pengajian (dan akan

dianugerahkan ijazah) berdasarkan penilaian profesor / pensyarah

(yang mengajar kursus tersebut), dan juga kepada sesiapa (pelajar)

yang difikirkan sudah cukup kelayakannya menyampaikan subjek

(ilmu) yang sama kepada anak muridnya sendiri7.

Maka, ijazah dikeluarkan oleh seseorang tenaga pengajar (al – Mujiz

seperti profesor, pensyarah, syeikh, guru dan sebagainya) yang

menganugerahkan lesen (kebenaran) untuk memindahkan segala ilmu

yang telah disampaikan. Umumnya, ijazah mengandungi senarai tajuk

buku / kitab atau kompilasinya serta subjek yang telah dikuasai untuk

dipindahkan dan dengan itu,lesen (kebenaran) akan diberikan.

Pemindahan dari tenaga pengajar ini boleh jadi dalam bentuk umum

7 R.Y Ebied dan M.J.L Young, An Early Eighteenth Century Ijazah Issued in Damietta, in Le

(3)

ataupun khusus. Rangkaian pemindah (perawi) atau lebih tepat

disebut sebagai sanad ini akan berakhir pada pengarang buku / kitab

yang dipelajari, Nabi Muhammad SAW atau selain mereka8.

2.0 Tradisi Penganugerahan Ijazah Dalam Dunia Islam dan

Kepentingannya

Menurut tradisi kaum muslimin, orang yang paling berautoriti untuk

menyampaikan (‘ilmu) adalah Rasulullah SAW, insan yang dipilih oleh

ALLAH SWT untuk menerima wahyu, pengetahuan agama (‘ilmu) yang

diperlukan untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat; yang

disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. ‘Ilmu ini

dipindahkan secara lisan oleh Rasulullah SAW kepada para Sahabatnya

(ashaab, sahabah jama’ daripada saahib) yang kemudiannya

disampaikan pula kepada at – Taabi’in dan kemudian kepada tabi’ at –

Taabi’in. Begitulah seterusnya beberapa kurun sehingga sampai

kepada para ulama’ (mufrad : ‘alim); sepertimana periwayatan hadith

yang berkait dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan sifat Rasulullah

SAW yang juga disebut sebagai Sunnah. Method ataupun cara

periwayatan ialah dengan mendengar hadith, membaca, menghafaz

dan kemudian menyebutnya dengan kuat sepertimana cara Nabi SAW

8 Muhammad A. Gunaymah, Tarikh al – Jaami’at al – Islamiyyah al – Kubra, (Tetuwan, 1953), m.s

219; Muhammad Bakir al – Majlisi, Bishar al – Anwar, cetakan kedua, jilid 102, (Beirut : Muassasah al – Wafa’, 1983), m.s 166; lihat juga Agha Buzruk at – Tahrani’s, al – Dhari’ah ila Tasanif al – Shi’ah, dipetik juga dari kedua – dua ‘Abdullah Fayyad, Tarikh at – Tarbiya,

(4)

berhadapan dengan Jibril a.s ketika menerima wahyu pertama (al –

Quran) daripada ALLAH SWT di Gua Hira’.

Ijazah dianugerahkan melalui dua cara; secara lisan and tulisan.

Akan tetapi, jika di tinjau dari sudut sejarahnya, penganugerahan

ijazah secara lisan lebih dipraktikkan berbanding secara tulisan9.

Sebelum ijazah mempunyai maksud yang luas, ia hanya berperanan

sebagai salah satu dari lapan method dalam menentukan kesahihan

periwayatan sesuatu hadith, dan akhirnya hadith dapat diklasifikasikan

mengikut darjat kepercayaan (thiqah) seseorang perawi melalui ucapan mulut10. Para muhadtihin adalah golongan pertama yang

menggunakan istilah ini demi memelihara kepentingan ‘ilmu. Oleh

kerana itu, merekalah Muslim yang paling awal menyedari kepentingan

penulisan sesuatu ‘ilmu yang kemudiannya ia digunakan secara

meluas di dalam bidang ‘ilmu yang lain11.

Oleh itu, istilah pertama yang dikaitkan dengan ijazah berasal dari

kata kerja “sami’ah” yang bermaksud mendengar. Kata terbitannya

“sama’ “ telah digunakan di dalam pengajian hadith yang membawa

makna ijazah pendengaran (ijazat as – sama’). Ijazah ini kemudiannya dikepilkan bersama di dalam buku / kitab atau penulisan – penulisan

lain yang mengesahkan pemiliknya dan kemungkinan ada orang selain

9 Abdullah Fayyad, Al – Ijazat al – ‘Ilmiyyah ‘inda al – Muslimin, (Baghdad : 1967), m.s 21; dan

Muhammad A. Gunaymah, Tarikh al – Jaami’at al – Islamiyya al – Kubra (Tetuwan : 1953), m.s 223

10Mahmud al – Mar’ashi, Al – Mursasalat fi al – Ijazat, jilid 1 – 2, (Qum: Hafidh, 1416 A.H. – 1995

A.D.), m.s 6 – 7; dan I.Goldziher dan S.A Bonabakker, “idjaza”, Encyclopedia of Islam, cetakan kedua.

(5)

beliau dinamakan (di dalam ijazah) yang juga mempelajari material

tersebut di bawah pengawasannya. Profesor / pensyarah akan

membenarkan orang yang dinamakan itu menyampaikan segala

kandungan buku / kitab atau ‘ilmu atas dasar beliau sebagai penulis

buku / kitab tersebut atau sebagai salah seorang yang layak

memberikan autoriti kepada orang lain.

Elemen yang terkandung dalam ijazah pendengaran (ijazat as –

sama’); antaranya penganugerah yakni profesor, pensyarah, guru,

syeikh atau sebagainya yang dipanggil sebagai Musmi’, pembaca yang digelar Qaari’, orang yang mendengar – Saami’ dan penulis ijazah yang juga disebut sebagai kaatib, kaatib as – sama’, kaatib at – Tabaqah

ataupun muthbit as – sama’12. Termasuk di dalam ijazah pendengaran

ini adalah membaca teks atau menyebut dari ingatan. Pembacaan ini

berkaitan sama ada yang berhubung dengan al – Quran ataupun

hadith, kedua – duanya (mendengar dan membaca) saling berkait dan

kadang – kadang menjadi sinonim antara qaraah dan sami’ah13.

12 Butiran biografi kebiasaannya akan menunjukkan bahawa seseorang ulama’ adalah penulis

tabaqah, ia bermaksud untuk memberikan penghargaan kepadanya di atas kepercayaan terhadapnya, ketelitiannya dan tulisan tangannya yang baik. Musmi’ juga boleh jadi penulis (muallif) buku yang telah dipelajari; ataupun beliau seorang yang berautoriti untuk mengajar buku tersebut, dan rangkaiannya balik semula kepada penulis buku; atau melalui seorang atau lebih ulama’ yang berautoriti di antara penulis buku dan musmi’. Qaari’ pula pada lazimnya adalah orang yang paling layak membaca buku tersebut atau membacanya di dalam hati.

Kaatib, penulis ijazah akan menyatakan di dalam ijazah bahagian atau bab yang dipelajari oleh setiap orang yang mendengar (murid / pelajar) dan jika tidak (mendapat maklumat lengkap bahagian / bab yang dipelajari), kaatib akan menulis semuanya perkara yang sama. Penulis biasanya adalah salah seorang pelajar / murid yang akan mencatat nama yang tepat, sesi pembelajaran, tempat belajar dan tarikh yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, lihat S. Al – Munajjid, Ijazat as – Sama’ fi al – Makhtutat al – Qadimah, dalam Majallat Ma’had al – Makhtutat al – Arabiyyah, jilid 1, (1955) m.s 232 – 241; dan George Makdisi, m.s 140 – 141.

(6)

Ijazah dalam meriwayatkan hadith mengandungi memberi

kebenaran kepada seseorang untuk melakukan perkara yang sama

yakni meriwayatkan hadith kepada orang lain. Kuasa dan memberi

kuasa untuk meriwayatkan adalah dua perkara yang boleh

dipindahkan. Selain ijazah untuk meriwayatkan hadith, ijazah – ijazah

dalam bidang lain turut mula meluas penggunaannya sepertimana

lesen untuk mengajar hukum – hakam, al – Ijazah li at – Tadris. Dengan perkembangan fiqh (hukum – hakam), lesen bukan sahaja dalam

memelihara hadith tetapi ia melangkah setapak ke hadapan dengan

wujudnya lesen untuk mengajar14.

Ijazah untuk mengajar ini dikeluarkan pertama kali di Baghdad

seawal kurun ketiga Hijrah. Kemudian, pada kurun keempat,

penggunaannya menjadi universal dalam prosedur pendidikan di

seluruh tanah Islam. Selepas itu, ia berkembang pesat kepada subjek –

subjek lain (selain agama) dan profesor / pensyarah akan

menganugerahkan ijazah kepada pelajarnya yang mencapai tahap

pencapaian yang sangat memuaskan dalam sesuatu kursus yang diajar

oleh profesor / pensyarah terbabit. Semasa peringkat awal, ijazah

(lesen) lazimnya ditulis di atas helaian kosong yang terdapat di dalam

buku / kitab yang dipelajari15.

14 Abi ‘Abdullah Muhammad al – Majari, Barnamij al – Majari, disunting oleh Muhammad Abu al

– Ajfan, (Beirut: Dar al – Garb al – Islami, 1982), m.s 53

15 Ahmad Shalaby, History of Muslim Education, (Karachi : Indus Publication, 1979), m.s 147 –

(7)

a) Peperiksaan

Ijazah akan dikeluarkan setelah profesor / pensyarah berpuashati

dengan pencapaian pelajar mereka di dalam ujian lisan yang diadakan.

Pada peringkat pertama proses peperiksaan, para pelajar akan diuji

dengan kemahiran berhujah dan berbahas untuk mempertahankan

tesis atau sekumpulan tesis – tesis yang ditulis oleh mereka. Apabila

terbukti kecekapan dan kepandaian mereka, ijazah (lesen) untuk

mengajar hukum – hakam (fiqh) akan dianugerahkan kepada mereka.

Perkembangan ijazah dalam bidang fiqh sejajar dengan perkembangan

awal ijazah dalam bidang hadith. Peperiksaan juga mengambilkira

buku / kitab yang dipelajari oleh pelajar. Sebagai contoh, Ibrahim b

Makram al – Shirazi telah dianugerahkan ijazah mengajar hukum –

hakam dan lesen untuk mengeluarkan fatwa oleh 2 orang profesor,

pada masa yang sama juga beliau telah diuji oleh beberapa orang

profesor berdasarkan kandungan buku – buku (yang telah

dipelajarinya). Akhirnya, beliau dikurniakan ijazah untuk mengajar

buku – buku tersebut16.

b) Umur Pelajar ketika menerima Ijazah

Kebiasaannya, ijazah akan dikurniakan pada peringkat umur matang

iaitu dalam lingkungan 30 – an, 40 – an dan ke atas disamping tidak

dinafikan ada sesetengahnya memperolehi ijazah dalam usia masih

16 Al – Sakhawi, Al – Daw al – Lami’ li ahl al – qarn al – tasi’ dipetik dari George Makdisi, m.s 151

(8)

muda. Ulama’ besar fiqh dari Syria, al – Awza’i telah mengeluarkan

fatwanya dalam usia tiga belas tahun. Muslim b Khalid, salah seorang

ulama’ besar mazhab as – Syafi’e telah dianugerahkan ijazah pada usia

lima belas tahun. Tajud Din as – Subki pula mendapat ijazah untuk

mengajar hukum – hakam dan lesen mengeluarkan fatwa pada usianya

yang baru mencecah lapan belas tahun dan sebenarnya banyak lagi

contoh yang seangkatan dengan mereka. Yang nyata, kemahiran

mereka berhujah dan berbahas dikuatkan lagi dengan ingatan yang

kuat17.

Kesemua kes yang disebutkan adalah satu keadaan yang luar biasa.

Apabila autorirti menganugerahkan ijazah menjadi hak peribadi, ia

bergantung kepada seseorang profesor / pensyarah dalam

mengeluarkannya. Sesetengah mereka begitu teliti dan sukar

menganugerahkan ijazah. Sepertimana seorang ulama’ fiqh, Abu Ishaq

Ibrahim bin Yahya al – Dimashqi telah menjadikan para pelajarnya

sangat sukar mendapatkan ijazah daripadanya, beliau sering

‘mengagalkan’ mereka dan mengatakan bahawa mereka belum lagi

layak (memperolehi ijazah)18. Begitu juga ‘Uthman b Sa’id Uthman Abu

Umar19 dan lain – lain. Namun, sebaliknya ada sebahagian pelajar pula

sangat rendah diri dan menyatakan bahawa mereka belum lagi mahir

17 Ibn al – ‘Imad al – Hanbali, Shadarat adh – Dhahab fi Akbar man Dhahab; Ibn Hajar al –

‘Asqalani, ad – Durar al – Kaminah fi a’yan al – min’a at – Tamimah; dan an – Nuaymi, al – Daris fi Tarikh al – Madaris, kesemuanya dipetik dari George Makdisi,m.s 149

18 Ibn Hajar al – ‘Asqalani, ad – Durar al – Kaminah fi a’yan al – min’a at – Tamimah, dipetik dari

George Makdisi, m.s 150

19 Ibrahim Ali al – ‘Aksh, Al – Tarbiyyah wa at – Ta’lim fi al – Andalus, (Amman : Dar al – Fayha’

(9)

dan layak untuk menerima ijazah, kerana memikirkan ia merupakan

tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul dan oleh sebab itu,

mereka mengelak dari menerimanya, seperti kes Ibn Hubaysh, beliau

berkata:”Wahai Tuhan, aku tidak layak menerima ijazah....”20

c) Ijazah sebagai Hak Peribadi

Kuasa dan kelayakan (untuk menganugerahkan ijazah) hanya pada

‘alim, iaitu orang yang paling faham dalam hal – ehwal agama,

terutamanya pakar dalam hukum – hakam Islam, faqih (jama’ –

fuqaha’). Apabila seseorang guru / syeikh / faqih mengurniakan ijazah

kepada anak muridnya, dia sebenarnya menggunakan hak peribadinya

yang sah dan kelayakan yang ada pada dirinya sebagai seorang

individu bukannya mewakili mana – mana kumpulan guru / syeikh /

pensyarah yang diletakkan di bawah satu fakulti (sepertimana

sekarang). Jika ditinjau dari sejarahnya pada zaman moden ini, ijazah

adalah hak peribadi individu untuk mengeluarkannya iaitu daripada

seorang ‘alim kepada anak muridnya. Pemerintah dan pihak berkuasa

tiada ada hak mencampuri urusan ini sekalipun dia seorang khalifah,

sultan, amir, qadi dan lain – lain. Islam tidak seperti gereja, tiada kuasa

seperti paderi, tiada universiti dan tiada persatuan guru / syeikh /

pensyarah untuk mengurniakan ijazah melainkan seorang guru / syeikh

/ pensyarah. Tiada seorangpun boleh memaksa dan menahan mereka

daripada mengurniakan ijazah. Dengan ini, garisan agama dapat

(10)

ditegakkan bukan melalui pemerintah, tetapi dengan kebijaksanaan

para ulama’. Tambahan pula, institusi yang dipunyai oleh ulama’ ini

bebas dari kongkongan pemerintah dan tidak memerlukan kelulusan

mereka untuk mewujudkannya (institusi). Sesungguhnya, pemerintah

tiada hak mencampuri urusan memberi ijazah sekalipun dia

mengasaskan sesebuah institusi terbabit (kecuali sekiranya beliau

terbukti juga seorang ‘alim). Pendidikan Islam seperti juga Undang –

undang Islam bersifat individu dan peribadi21.

d) Jenis – jenis Ijazah

Terdapat 6 jenis ijazah dan disebutkan sepertimana di bawah22

:-1. Ijazah Khusus : Ijazah ini dikurniakan dari orang tertentu kepada orang tertentu yang lain. Ada 4 asas yang terdapat pada ijazah

yang paling berprestij ini; menyatakan nama profesor / pensyarah

yang mengajar, nama pelajar, nama subjek / matapelajaran dan

pengakuan (tenaga pengajar) dengan perkataan ‘ajaztu’

2. Ijazah Tidak Khusus : Ijazah ini juga menyatakan nama profesor / pensyarah yang mengajar akan tetapi nama subjek digugurkan atau

tidak dinyatakan. Profesor / pensyarah akan menyatakan dengan

lisan bahawa mereka (pelajarnya) dikurniakan kebenaran

21 George Makdisi, m.s 271

22 Untuk lebih lanjut, lihat Hisham Nashabi, The Ijaza : Academic Certification in Muslim

(11)

menyampaikan segala apa yang telah mereka pelajari daripadanya

tanpa mengkhususkannya pada sebarang buku / kitab atau subjek

3. Ijazah Umum : Nama profesor / pensyarah dinyatakan, akan tetapi para pelajarnya adalah dalam satu kumpulan dan tidak diperincikan

nama mereka dan kebenaran secara umum diberikan kepada

mereka untuk menyampaikan ilmu dalam sesuatu subjek

4. Ijazah dalam buku / kitab tertentu : Ijazah jenis ini sangat terperinci. Profesor / pensyarah memperakui pelajar tertentu telah tamat

mempelajari sebuah buku / kitab daripadanya atau dia mengingati

teks tertentu. Hanya setelah pelajar membuktikan kecekapannya

akan dikurniakan ijazah ini

5. Ijazah melalui perutusan atau surat ; Ijazah ini hanya untuk pengajian hadith. Ia berlaku apabila seorang ‘alim menulis teks

tertentu (hadith) dan menghantarnya kepada seorang atau lebih

anak – anak muridnya, disertai dengan “perutusan / surat” yang

memberi kebenaran kepada mereka meriwayatkannya kepada

pelajar lain apa yang telah ditulis oleh profesor / pensyarah mereka

6. Ijazah Kehormat ; Ijazah ini hanya terhad untuk ulama’ sahaja, dan sering bertukar – tukar (ijazah ini) sesama mereka sebagai tanda

hormat dan menghargai jasa mereka

Jika diteliti, kita akan mendapati setiap ijazah mempunyai

perbezaan. Namun, satu karakter umum yang sama bagi ijazah –

(12)

kesemuanya bersifat peribadi bukan institusi. Sesungguhnya, inilah

kriteria pensijilan yang paling menonjol dan terkemuka dalam

Pendidikan Umat Islam.

e) Kepentingan Ijazah

Nilai ijazah pada pelajar moden semasa zaman ketemadunan Islam

sangat tinggi. Kepentingan utamanya dapat disimpulkan kepada 5

perkara seperti

berikut:-i. Ijazah mengandungi banyak maklumat terperinci tentang biografi

(Riwayat hidup)23. Biografi seseorang tokoh / perawi yang

meriwayatkan perkataan, perbuatan,sifat – sifat dan taqrir Nabi

Muhammad SAW dengan disebutkan nama, salasilah, gelaran dan

pekerjaan mereka, di samping guru – guru yang pernah mereka

menuntut ilmu daripadanya. Inilah yang boleh dikatakan sebagai

sumber terhebat dan terunggul dalam Bibliografi Islam.

ii. Ia mengandungi maklumat sejarah yang bernilai berkenaan ulama’ ,

aktiviti intelek mereka, cara mereka mempraktikkan ilmu,

pandangan dan pemikiran mereka

iii. Ia juga memberikan maklumat yang banyak tentang bandar –

bandar yang menjadi pusat pengajian ilmu dan intelek pada zaman

tertentu

iv. Di samping itu, ia juga mendedahkan kepada kita buku / kitab yang

sering dipelajari dalam sesuatu subjek / matapelajaran tertentu

(13)

v. Akhir sekali, gambaran yang boleh didapati daripada kewujudan

ijazah ialah perkembangan akademik Islam dan ia menjadi asas

kepada kemunculan idea – idea dan teori – teori baru

3.0 Kepelbagaian Ijazah

Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini dalam

pembahagian jenis – jenis ijazah terdapat satu jenis ijazah yang

dikenali sebagai Ijazah Khusus. Ijazah ini telah tersebar

penggunaannya dalam pelbagai cabang ilmu terutamanya hadith dan

bidang – bidang yang lain seperti kaligrafi, tariqah (religious order),

sufisme, puisi / sajak, kesusasteraan, sains perubatan dan sains Islam

yang lain. Selepas perkembangan awal ijazah dalam sejarah Islam

dipelopori oleh bidang hadith, pengijazahan dalam bidang yang lain

mula wujud dan berkembang.

Bagi ijazah dalam bidang kaligrafi yang begitu banyak jenisnya akan

dianugerahkan kepada pelajar oleh seseorang profesor / pensyarah

untuk melayakkan mereka bekerja sebagai penulis khat, penyalin /

pencetak dan kerani di dalam pejabat kerajaan. Beberapa contoh boleh

dijumpai berdasarkan ijazah ini seperti dalam Muradi’s Silk al – Durar fi A’yan al – Thani ‘Ashar24 dan dalam Ugur Derman’s Hattat Icazetnameleri25. Ramai pelajar berminat untuk mendalami ilmu

24 Beliau adalah Abu al – Fadl Muhammad b ‘Ali b Muhammad al - Muradi

25 Lihat Ugur Derman, “Hattat Icazetnameleri”, kertas kerja dibentangkan pada Kongres

(14)

kaligrafi Islam dan mendapatkan ijazahnya kerana menyedari

kepentingannya dalam pejabat – pejabat kerajaan dan menyalin buku –

buku / kitab – kitab memandangkan mesin pencetakan belum wujud

lagi (pada masa tersebut).

Ijazah dalam bidang tariqah kesufian pula begitu luas maknanya.

Ia meliputi sudut fizikal dan spiritual. Seseorang syeikh akan

mengurniakan ijazah kepada anak muridnya sama ada dari segi kuasa

spiritual (akan menjadi pengganti syeikh) atau hak untuk mengajar

buku – buku/ kitab – kitab yang berkaitan dengan kesufian. Sebagai

contoh dalam menganugerahkan kuasa spiritual, ijazah Syeikh ‘Abbas

Afandi dianugerahkan kepada Hafiz ‘Umar Afandi dalam tariqah Ummu

Sinan, salah satu cabang Naqshibandiyyah, pada 1321 A.H., di Skopje

(Dalam bahasa Turki, Uskup)26. Dan juga satu contoh kebenaran yang

diberikan untuk mengajar buku / kitab yang berkaitan dengan Sufisme

iaitu ijazah Syeikh Nizamuddin Awliya dianugerahkan oleh syeikhnya

Syeikh Faridud – Din Gani – Shakar yang juga mengurniakan kuasa

spiritual kepadanya disamping kebenaran mengajar buku / kitab

Tamhidi yang dikarang oleh Abu Shakur Salimi yang membicarakan tentang asas – asas Keimanan27.

Pengurniaan Ijazah di dalam bidang puisi dan sajak pula boleh

didapati dengan adanya contoh ijazah yang dianugerahkan oleh ‘Ali b

26 Ijazah [Ijazah tidak bercetak Hafiz Umar Afandi yang dianugerahkan oleh Syeikh ‘Abbas

Afandi, pada tahun 1321 A.H / 1901 A.D. (Koleksi Peribadi, Husamettin Vardar, Skopje, Macedonia)]

27 Khaliq Ahmad Nizami, Some Aspects of Religion and Politics in India During the thirteenth

(15)

Muhammad b Mahfuz al – ‘Alawi kepada anaknya Siddiq b ‘Ali pada

691 A.H dengan memberikannya kebenaran mengajar puisi ‘Umar b al

– Farid. Sepertimana

katanya:-“Wahai anakku, Siddiq ibn ‘Ali, pelajar yang berilmu, ‘adil dan bersemangat tinggi – Semoga ALLAH mengilhamkannya kebenaran dan jalan yang lurus untuk diikuti, dan melindunginya daripada bersama orang – orang yang berhak menerima kutukan dan azab seksaan – telah mempelajari puisi ‘Umar b al – Farid daripada saya kecuali satu puisi yang bermula dengan : Sa’iq al – Az’an Tatwy al – Bid Tay, maka, dengan ini saya memberi kebenaran kepadanya membacanya selepas saya sepertimana saya membacanya selepas Syeikh Fakhrud – Din al – Iraqi”28.

Bagi bidang perubatan, profesion dalam bidang ini mendapat

kesedaran yang tinggi di dunia Islam semasa abad kesepuluh Masihi,

seseorang penuntut perubatan / bakal doktor wajib lulus peperiksaan

dan mendapat ijazah dan jika tidak, mereka tidak dibenarkan

mempraktikkan ilmu ini. Kita boleh melihat contoh ijazah perubatan di

dalam kitab Ibn Abi ‘Usaybi’ah’s Tabaqat al – Atibba’29.

4.0 Struktur dan Kandungan Ijazah

28 Ahmad Shalaby, History of Muslim Education, m.s 148, diambil daripada manuskrip yang

dimiliki oleh Profesor A.J. Arberry

29 Ibn Abi ‘Usaybi’ah, ‘Uyun al – Anba’ fi Tabaqat al – Atibba’, suntingan Nizar Reza, (Beirut :

(16)

Satu skema umum disediakan untuk sesi ini yang mengandungi ciri

– ciri lazim ijazah yang dikeluarkan di dalam Dunia Islam. Kebanyakan

ciri – ciri ini menepati skema tersebut melainkan ada sedikit

pengecualian..

1. Ijazah kebiasaannya akan dimulakan dengan Basmalah (Dengan

Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani), diikuti

dengan memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH (Hamdalah) dan

pujian kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan para

sahabat baginda (Selawat)

2. Pujian ke atas ilmu dan menyebut kepentingannya..Kemudian

disebut potongan ayat – ayat al – Quran al – Karim dan Hadith Nabi

SAW yang berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan; seperti

ayat, “Katakanlah : Adakah sama orang – orang yang mengetahui

dan orang – orang yang tidak mengetahui? ....30, dan hadith yang

bermaksud,”Sekiranya seseorang mengembara di atas jalan untuk

mencari ilmu, ALLAH akan membukanya perjalanannya ke salah

satu jalan menuju ke syurga”31.

3. Menitikberatkan sanad32. Inilah perkara yang sangat diutamakan

oleh ulama’ Salaf dalam mengkaji sesuatu hadith, sama ada ia

benar – benar datang dari Nabi SAW atau sebaliknya. Kemudian

digunapakai oleh bidang – bidang yang lain bagi menjamin

30 Az – Zumar: 9

31 Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, no: 3634

32 Rangkaian periwayatan dari seorang rawi kepada seorang rawi yang lain sehingga sampai

(17)

ketulenan, kesahihan dan kualiti ilmu yang disampaikan kepada

umat Islam. Sepertimana kata ‘Abdullah b Mubarak : “Sanad itu

sebahagian dari ad – Deen, sekiranya tidak kerana sanad, sesiapa

pun akan bercakap apa sahaja yang dia mahu”33.

4. Mengandungi nama profesor / pensyarah dan nama pelajar. Di sini

profesor / pensyarah akan menyatakan nama pelajar yang akan

dikurniakan ijazah. Perkembangan akademik pelajar juga diselitkan

bagi menunjukkan kualiti ilmu seseorang pelajar. Selain itu, para

profesor / pensyarah akan menggunakan peluang untuk melahirkan

penghargaan kepada guru mereka sendiri dengan menyebutkan

nasab ilmunya.

5. Nama buku – buku / kitab – kitab dan subjek yang dipelajari juga

dinyatakan dalam ijazah

6. Rantaian penyampai / perawi sesuatu ilmu (silsilah) akan kembali

kepada ALLAH SWT, kecuali ijazah dalam sesuatu buku / kitab,

rantaian akan berakhir pada penulisnya. Walaubagaimanapun, bagi

kitab hadith, ia akan kembali kepada orang yang mengumpul dan

menulis hadith tersebut kerana hadith – hadith di dalam kitab ini

mempunyai sebilangan para perawi yang berbeza dan ia akhirnya

akan kembali kepada Rasulullah SAW. Selebihnya, menyatakan

nama semua perawi yang hidup sejak zaman Rasulullah SAW

hingga ke zaman ulama’ yang mengumpul hadith – hadith adalah

sesuatu yang sukar,dan sanad akan menjadi terlalu panjang di

(18)

samping memerlukan masa yang banyak dan ruang yang besar

(pada ijazah). Oleh itu, kadang – kadang hanya sebahagian nama

perawi yang disebut (dengan keadaan tidak menjejaskan kekuatan

sesuatu hadith).

7. Kemudian penganugerah (profesor / pensyarah) akan memberikan

nasihatnya kepada pelajar bagaimana menggunakan ‘ilmu sebaik

mungkin, mendidik bakal anak murid mereka, memainkan peranan

sebagai seorang ulama’ di dalam masyarakat dan meminta

pelajarnya supaya tidak melupakannya dan memohon mereka

berdoa kepada ALLAH SWT untuk memberi keampunan kepadanya

8. Akhir sekali, ijazah lazimnya akan diakhiri dengan doa, tarikh

dikeluarkan ijazah dan pengesahan dari profesor / pensyarah sama

ada dengan tanda tangan, cop rasmi atau kedua – duanya. Namun,

nama institusi / tempat pengajian jarang – jarang dinyatakan.

Kecuali jika diadakan majlis rasmi (konvokesyen), nama tempat

majlis diadakan akan disebut dan tempat pengajian secara tidak

langsung dapat dikenalpasti. Begitu juga apabila disebut nama

profesor / pensyarah, nama tempat pengajian juga dapat diketahui.

Dengan cara ini, situasi geografi pengajian ilmu – ilmu Islam dapat

digambarkan; di mana, bila, bagaimana dan subjek yang dipelajari,

kedudukan tempat atau kawasan dari segi sosial dan politiknya

yang bercahaya kerana padat dengan ilmu pengetahuan dan

(19)

5.0Perbezaan Utama Diantara Ijazah dan Sijil atau Diploma

Tradisi pengijazahan seperti yang disebutkan pada awal lagi telah

bermula dan berkembang dalam Islam sejak kurun ke 4 A.H (kurun ke

10 Masihi). Dua kurun selepas itu, pada pertengahan kedua kurun ke

12, ia muncul pula di Latin Barat. Ia adalah lesen untuk mengajar yang

dipanggil sebagai licentia docendi, yang sama maksudnya dengan ijazah. Namun, berdasarkan kepada pandangan George Makdisi, tiada

satupun bukti pada zaman lampau / purba yang menunjukkan sama

ada di Greece mahupun di Rom mengeluarkan lesen untuk mengajar

(ijazah). Juga tiada ijazah yang dikeluarkan oleh Kristian Timur

Byzantine yang sekalipun ia mempunyai pertalian terus dengan

pendidikan klasik (Greece). Begitu juga hal yang sama berlaku pada

sistem pendidikan Kristian Barat Latin. Ia hanya mula diperkenalkan

Kristian Barat pada pertengahan kedua kurun ke 12, dari salah satu

institusi – institusi yang wujud tanpa maklumat sejarah yang asli34.

Tetapi Daniel Haneberg, dalam kajiannya terhadap sistem pendidikan

Islam telah mengeluarkan satu kenyataan yang menarik berkenaan

ijazah. Katanya;” Saya merasakan lesen / sijil yang kita (Barat)

keluarkan adalah bersumberkan dari institusi umat Islam”35. Oleh itu,

ianya satu kemungkinan besar bahawa licentia docendi berasal daripada ijazah.

34 George Makdisi, The Rise of Colleges, m.s 272

35 D. Haneberg, Abhanlung uber das Schul – und Lehrwesen der Muhamedaner im Mittelater,

(20)

Sebagai tambahan, peringkat perkembangan ijazah dan licentia docendi menurut George Makdisi sebenarnya tidak jauh berbeza dan beliau menerangkannya seperti

berikut:-“From initial training in the literacy arts, to embarking on the long course of study leading to the mastership, passing through the ranks of scholar (mutafaqqih) and fellow (faqih), representing the undergraduate and graduate level, assisting the master as ordinary repetitor (mu’id) or extraordinary docent (mufid), including the work of building up repertories of disputed questions (masa’il khilafiyah, quaestiones disputatae), the student practice of quizzing one another (mudhakarah,collatio), disputing for practice with fellow students, or with masters in class (munazarah, disputatio), disputation based on the confrontation of conflicting opinions (khilaf, sic et non), and the mastery of dialectic (jadal, dialectica), and finally, obtaining the licence to teach (ijazah li at – Tadris, licentia docendi), and incepting by giving the inaugural lesson or lecture (dars iftitahi, inceptio)”36.

Hanya satu perbezaan ketara yang boleh dilihat bahawa

perkembangan ijazah di dunia Islam terkehadapan lebih dari satu

kurun sebelum kemunculan licentia docendi dari mana – mana bahagian pemerintahan Kristian Eropah. Inilah bentuk awal sijil yang

terdapat di Barat. Tetapi jika dilihat pada sejarah, perkataan licentia

docendi telah diubah menjadi elemen – elemen dalam sistem

(21)

universiti; sijil, diploma, ijazah dan sebagainya. Seperti satu kes di

Perancis, secara tradisionalnya, lesen mengajar adalah ijazah pertama

dan latihan / pengajian untuk mendapatkan ijazah menjadi

tanggungjawab sistem Pengajian Tinggi Perancis. Walaubagaimanapun,

reformasi / perubahan pada diploma universiti Perancis bermula pada

1973 dan lengkap pada 1976, dan kedudukan licentia docendi

berubah37. Sebaliknya, ijazah dalam kehidupan pendidikan umat Islam

tetap kekal seperti dahulu sehingga hari ini kecuali pada tempat –

tempat tertentu.

Sekarang kita lihat pula perbezaan utama diantara ijazah dan sijil

atau diploma yang digunapakai pada hari ini. Perbezaan ini dapat

diringkaskan kepada tiga perkara

utama:-a. Pertama, keunikan ciri pendidikan Islam itu sendiri yang

menunjukkan bahawa bukanlah tanggungjawab institusi pendidikan

Islam untuk menganugerahkan sijil akademik. Ia adalah

tanggungjawab profesor / pensyarah untuk mengurniakannya

apabila seseorang pelajar tamat mempelajari satu – satu subjek

atau sesebuah buku / kitab. Ini semua bergantung kepada

pencapaian pelajar sama ada mereka benar – benar layak untuk

mempraktikkannya, mengajar dan menyampaikan segala material

yang dipelajari kepada pelajar yang lain. Tiada cop rasmi atau

pengesahan dari institusi (universiti) di tempat profesor / pensyarah

37 Lihat Carol Green, “Degrees, Diplomas and Certficates” dalam The International

(22)

mengajar akan diminta untuk mengesahkan seseorang pelajar itu

layak menerima ijazah. Inilah fakta yang jelas bahawa ijazah di

dalam pendidikan Islam adalah tanggungjawab individu profesor /

pensyarah bukan universitit. Selagi mana beliau sedar

tanggungjawabnya, kualiti pendidikan dan akademik umat Islam

akan tetap terpelihara. Berbeza dengan situasi ini, institusi

pendidikan di Barat hanya mementingkan sijil dan penganugerahan

gelaran akademik dan ijazah. Tanggungjawab profesor / pensyarah

dalam hal ini seolah – olah pada kelas kedua. Perkara ini

mendatangkan masalah apabila sesebuah kelas / dewan kuliah di

universiti mempunyai saiz yang besar dan pelajar yang ramai.

Sudah tentu dari segi praktikalnya, amat mustahil bagi seseorang

profesor / pensyarah mengetahui sejauh mana pencapaian para

pelajarnya dan di manakah tahap yang sesuai untuk mengurniakan

ijazah kepada mereka. Maka, hubungan intelektual diantara

profesor / pensyarah dan para pelajar mereka tidak wujud. Hanya

pelajar pada peringkat postgraduate (sarjana, PhD dll) yang mempunyai hubungan baik dengan profesor / pensyarah mereka.

b. Kedua, selain subjek / mata pelajaran (madah) yang dipelajari disebut di dalam ijazah, buku / kitab yang tamat dipelajari dan

berjaya dihabiskan juga dinyatakan bersama – sama rantaian

(23)

atau ijazah (hari ini) hanya menyatakan subjek yang telah

dipelajari, tiada nama buku / kitab, penulisnya dan rantaian perawi /

penyampai dilampirkan bersama.

c. Ketiga, perbezaan dari segi bentuk. Umumnya ijazah dalam

pendidikan Islam dianugerahkan dalam bentuk buku yang kadang –

kadang mengandungi 20 muka surat dan lebih. Tetapi sijil, diploma

dan ijazah hari ini (berdasarkan pendidikan Barat) dikeluarkan

dalam bentuk satu gulungan (scroll) yang hanya mengandungi satu muka surat.

Wallahua’lam. Siap pada 22 April 2005 jam 3.40 petang.

Referensi

Dokumen terkait

Kedua penulis telah berhasil membawa wacana pendidikan Muslim yang semula seolah-olah dari ‘wilayah pinggiran’ ke dalam ‘wilayah sentral’ perdebatan dalam dinamika pendidikan

dari penilaian hasil belajar mengajar adalah sebagai berikut: 3 1) Bahan pertimbangan dalam membentuk kenaikan kelas. 2) Umpan balik dalam memperbaiki proses belajar mengajar.

Boleh jadi keadaan baru tersebut ialah apa yang disebut oleh orang-orang tasawuf sebagai keadaan mereka ( ahwal ), karena dalam keadaan itu yang dimiliki oleh

Proses belajar mengajar merupakan suatu proses yang mengandung serangkaian perbuatan guru dan siswa atas dasar hubungan timbal balik yang berlangsung dalam situasi

Proses belajar mengajar yang memiliki hubungan timbal balik antara guru atau pendidik dengan peserta didik, dengan memberikan suatu informasi dan guru sebagai fasilitator

Dalam proses belajar mengajar seorang siswa dituntut untuk dapat memahami dan bisa menerapkan apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Tetapi kadang-kadang seorang

Dar i penger tian di atas penulis dapat menyimpulkan bahw a metode tanya jaw ab adalah suatu car a mengajar seor ang gur u di mana adanya umpan balik antar a gur u dan

Jadi hakekat Humas dalam manajemen Lembaga Pendidikan madrasah dapat diartikan suatu proses hubungan timbal balik two-way Traffic antara lembaga pendidikan madrasah dengan masyarakat