Pengenalan
Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian sangat penting kerana ia dapat menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Edward L. Thorndike mengatakan ‘Apa sahaja yang wujud, dapat diukur’. Sebagai guru adalah penting untuk mereka menguasai cara membina dan menganalisis items soalan dengan baik. Tambahan pula, dalam perkembangan sistem pendidikan yang melibatkan peperiksaan awam secara berpusat. Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran murid dan juga keberkesanan pengajaran guru.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi murid atau menilai prestasi dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Definisi Pentaksiran
Pentaksiran boleh diistilahkan sebagai satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang proses pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.
pentaksiran dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikomentrik.
Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dijalankan selepas satu jangka masa tertentu, misalnya selepas sesuatu unit pelajaran habis dipelajari. Tujuan pentaksiran adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh oleh pelajar.
Definisi Pengujian
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Mengikut Raminah Haji Sabran (1991), ‘Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan’. Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan.
Definisi Pengukuran
Pengukuran ialah suatu proses di mana kita memperoleh huraian secara perangkaan tentang sesuatu ciri yang di miliki seseorang individu. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu himpunan pemerhatian yang akan digunakan sebagai data kajian. Biasanya pengukuran diwakilkan dalam bentuk angka kepada prestasi individu untutk menggambarkan keupayaan individu tersebut.
Definisi Penilaian
Penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dan keputusan profesional dalam mentafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian adalah untuk memberikan maklumat tentang pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum diikuti proes memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Penilaian juga dapat menentukan jurang percezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan daripada sesuatu program pendidikan.
Perkar Cara Pemerhatian Pelbagai cara
mengumpul data
Masa Selepas pelajaran Selepas pelajaran Sebelum, semasa dan selepas pelajaran
Kepentingan pengujian, pengukuran dan penilaian
Secara khususnya, dalam konteks pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar, mengenal pasti kesulitan belajar, membuat penambahbaikan semasa proses belajar dan penentuan kenaikan kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh maklumat yang tepat tentang penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilannya.
1. Sebagai penggerak dan motivasi
bahan pelajaran lampau apabila diberitahu akan diuji. Begitu juga keadaan murid-murid di bilik darjah yang bakal menempuh peperiksaan mula belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-objektif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai objektif itu. Bagi murid, hasil ujian boleh dijadikan satu perangsang untuk meningkatkan prestasi diri. Ibu bapa juga dapat mengetahui tahap pembelajaran anak-anak mereka.
2. Mencari punca masalah pembelajaran murid
Pengujian dapat mengesan kelemahan dalam pembelajaran sama ada kepada guru dan juga murid. Bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dapat membuat penambahbaikan seperti membina bahan bantu belajar yang bersesuaian dan mengubah suai aktiviti pembelajaran supaya dapat menarik minat murid untuk belajar. Selain itu satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran murid dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan semasa murid.
3. Mendapatkan maklum balas
Pengujian membolehkan guru meninjau setakat mana objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid. Menentukan kemajuan dan target yang perlu dicapai oleh murid. Guru juga dapat mengesan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak dengan mengambil tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran pada hari seterusnya. Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah dapat mengenal pasti tahap kemajuan murid sama ada cemerlang, sederhana atau lemah. Aktiviti pemulihan dan pengayaan diadakan mengikut keperluan murid.
4. Menilai prestasi murid
murid secara keseluruhan. Guru dapat membuat perbandingan pencapaian seseorang murid dengan murid lain untuk menilai pencapaiannya.
5. Mengesan potensi dan bakat
Potensi atau bakat murid terhadap pembelajaran dapat dikesan. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah yang perlu diberi fokus oleh individu untuk kemajuan diri sendiri. Guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar kepada jurusan-jurusan tertentu seperti sains, teknikal dan kesusasteraan. Penilaian dlakukan berdasarkan kepada rekod kemajuan pembelajarannya. Rujukan norma yang melibatkan perbandingan kemajuan pelajar digunakan bersama rujukan kriteria yang tidak membandingkan perbezaan itu. Pengredan juga dilakukan untuk membuat keputusan sekiranyan murid mengalami masalah pembelajaran.
Penilaian peringkat sekolah 1. Penilaian Formatif
Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit yang telah diajar. Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam pembelajaran. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran, subkemahiran atau sesuatu topik yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai pembelajaran. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak menyeluruh.
2. Penilaian Sumatif
masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua topik yang suah dipelajari. Misalnya ujian akhir semester dan tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi penghujung persekolahan sekolah rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran yang diuji adalah banyak dan menyeluruh.
Perbezaan ujian formatif dan sumatif
Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.
Fungsi 1. Pensijilan atau penggredan
2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir unit/kursus 3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3. Kognitif
4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis 5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar
6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir tahun 7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma
8. Gagal / lulus Pelaporan 8. Jumlah skor 9. Ujian bulanan / lembaran kerja Contoh 9. UPSR, PT3, SPM 10. Satu-satu segmen Fokus 10. Objektif khusus
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian ini sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan murid diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini.
1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masa bagi sesuatu tajuk tersebut.
2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang keempat adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Langkah yang ketiga dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.
Membina Item Ujian
Terdapat lima langkah am dalam pembinaan item ujian iaitu yang pertama menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item. Keseluruhan langkah am penyediaan item ujian ini dapat disimpulkan seperti;
Penyediakan JSU
Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.
Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;
Arahan menjawab bagi setiap soalan hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar.
Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.
Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.
Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar.
Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.
Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid.
Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
Menilai Item Ujian
Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut;
Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh murid.
Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya. Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk
mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut
kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara berikut;
Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.
pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.
Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.
Mentadbir Ujian
Setelah item siap dibina, beberapa perkara harus diambil kira sebelum, semasa dan selepas ujian di jalankan. Antaranya ialah;
1. Sebelum Ujian
Setelah item siap dibina, kertas ujian telah diserahkan kepada ketua panitia Sains untuk disemak dan disahkan.
Kelas 6 Ibnu Sina dipilih untuk menjawab soalan ujian tersebut.
Kertas ujian diperbanyakkan mengikut bilangan di dalam kelas 6 Ibnu Sina iaitu seramai 22 orang.
Tarikh dan masa telah ditentukan untuk murid-murid menjawab soalan ujian tersebut iaitu pada hari Selasa 8 September 2014 pada pukul 9.10 pagi hingga 9.40 pagi selama 30 minit.
Kerusi dan meja murid juga telah disusun berasingan seperti di dalam peperiksaan sebenar supaya tiada peluang untuk meniru dan berbincang. Memastikan kelas 6 Ibnu Sina berada di dalam keadaan yang selesa,
kipas dan lampu berfungsi seperti biasa.
2. Semasa Ujian
Seterusnya guru menerangkan bahawa ujian ini mengandungi 20 soalan aneka pilihan dan 10 soalan berstruktur perlu dijawab selama 30 minit. Guru mengingatkan murid supaya menulis nama dan tahun di ruangan
disediakan dan menghitamkan kertas jawapan yang disediakan.
Murid menyemak bilangan soalan dan muka surat ujian sains tersebut. Murid-murid menjawab soalan ujian.
3. Selepas Ujian
Selepas 30 minit masa berlalu, kertas ujian dikutip.
Guru mengira kertas ujian untuk memastikan bilangan yang dikutip betul. Guru menanda kertas ujian tersebut.
Menganalisis Soalan
Setelah selesai menanda dan menyemak kertas ujian, guru dikehendaki membuat anlisis item. Analisis item perlu dibuat bagi menentukan item yang dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Antara kegunaan analisis item ialah:
1. Menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Item tesebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran sesuai, boleh membezakan antara pelajar yang menguasai dan tidak menguasai objektif pembelajaran.
prestasinya bagi satu item. Mereka boleh mengetahui sama ada item tersebut senang atau sukar.
3. Kegunaan item juga adalah sebagai maklumbalas kepada guru tentang kesukaran murid. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan murid yang mendapat betul bagi satu item adalah penting bagi guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.
4. Analisis item juga digunakan bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya, jika sesuatu item itu berulangkali di dapati sukaroleh murid atau satu bentuk kesalahan sama dilakukannya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan masalah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur murid.
5. Analisis item juga berguna untuk menyemak semula item.Maklumat tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula pada ujian yang akan datang.
Aras Taksonomi Bloom
Benjamin Bloom (1956) telah memperkenalkan satu hierarki kognitiif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi seperti keterangan di bawah;
Pengetahuan adalah aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.
Pemahaman adalah aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini murid menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
Analisis merupakan aras kognitif yang ditunjukkan bahawa murid boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponen yang berasingan dan dapat menunjukkan mereka memahami hubungan di antaranya. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan.
Sintesis merupakan aras kognitif yang menghendaki murid menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan yang baru.
Penilaian adalah aras kognitif yang meminta murid menilai, membuat diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.
Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian Mata Pelajaran: Sains
Bahagian A: Soalan Aneka Pilihan
T
Ta
h
u
n
6 Unit 1: Interaksi antara hidupan
- Persaingan antara tumbuhan
M
JUMLAH KESELURUHAN SETIAP ARAS 4 4 2 8 1 1 20
Bahagian B: Soalan Struktur
6 Unit 1: Interaksi antara hidupan
- Persaingan antara tumbuhan
5 Unit 8: Keadaan Jirim
- Proses Penyejatan
JUMLAH KESELURUHAN SETIAP ARAS 5 3 1 9
Aras soalan mengikut Taksonomi Bloom dan skema pemarkahan Bahagian A: Soalan Aneka Pilihan
BIL SOALAN UNIT/ TAJUK ARAS
SOALAN 1 Rajah 1 menunjukkan dua orang budak lelaki
sedang makan nasi lemak di sebuah gerai.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada rajah di atas?
C. Makanan adalah keperluan asas bagi manusia
D. Budak lelaki perlu makan lebih banyak makanan daripada budak perempuan 2 Yang manakah menunjukkan tumbuhan
dipadankan dengan betul dengan cara ia menyesuaikan diri dengan musim kering? I Pokok getah – menggugurkan daun II Pokok kelapa – menggugurkan daun III Pokok jagung – Menggulungkan daun IV Pokok keembong – Menggulungkan daun
A. I dan II B. I dan III
3 Atikah tidak dapat pergi ke sekolah kerana mengalami penyakit cacar air. Antara yang berikut, yang manakah langkah yang paling berkesan untuk mengelak penyakit itu dari merebak di kalangan keluarganya?
A. Membersihkan badan dengan sabun dan air suam
B. Sentiasa membasuh tangan selepas ke tandas
C. Memastikan ahli keluarga sentiasa minum air masak
D. Mengelak dari berkongsi peralatan peribadi dengan keluarganya
Berapakah haiwan herbivor di dalam siratan
5 Rajah 3 menunjukkan banyak lalang tumbuh di antara pokok kelapa sawit.
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan daripada keadaan di atas ini?
A. Pokok kelapa sawit akan mati
B. Pokok kelapa sawit tidak akan bertumbuh C. Pokok kelapa sawit tidak akan
mengeluarkan sebarang buah
D. Hasil pokok kelapa sawit berkurang
Tahun 6
Persaingan untuk mendapatkan makanan tidak berlaku antara haiwan dalam kumpulan P dan kumpulan Q kerana ...
A. haiwan dalam setiap kumpulan makan makanan yang berbeza
B. haiwan dalam setiap kumpulan mempunyai keperluan asas yang berbeza
C. terdapat amat banyak tumbuhan di habitat itu
D. semua haiwan itu hidup menyendiri.
Tajuk:
7 Rajah 5 menunjukkan suatu bentuk interaksi antara haiwan.
Apakah bentuk interaksi yang ditunjukkan di atas?
8 Senarai berikut menunjukkan empat jenis kertas.
J - Kertas Manila K - Kaca
L - Kertas pasir M - Kertas surat khabar lama
bermula daripada permukaan yang paling licin. A KMLJ
B JKML C LMKL D KJML
9 Maklumat berikut menunjukkan langkah mengukur panjang satu garis melengkung. P – Ukur panjang benang yang ditanda dengan menggunakan pembaris
Q – Ikut garisan bengkok dengan benang dan tandakan benang di penghujung garisan
D – Lekatkan satu hujung benang ke bahagian permulaan garisan bengkok
Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.
10 Rajah 6 menunjukkan satu penyiasatan yang telah dijalankan oleh sekumpulan murid.
Mengapa titisan air di dalam tiub kaca bergerak ke atas secara perlahan-lahan?
A. Udara di dalam kelalang kon mengembang
B. Udara di dalam kelalang kon mengecut C. Titisan air berwarna itu menjadi ringan D. Tiub kaca mengembang
bayang bagi objek legap.
Apakah yang perlu dilakukan supaya bayang-bayang itu menjadi lebih besar?
A. Gerakkan objek legap ke arah skrin B. Gerakkan sumber cahaya lebih jauh daripada objek legap
C. Gerakkan objek legap lebih jauh dari sumber cahaya
D. Gerakkan skrin lebih jauh dari objek legap
Unit 6: Cahaya
Tajuk:
Pembentukan bayang-bayang
12 Berdasarkan rajah 8, bagaimanakah kita menerangkan konsep pantulan?
A. Pantulan cahaya daripada sesuatu permukaan
B. Pemesongan cahaya pada sesuatu permukaan
C. Kecerahan cahaya D. Kelajuan cahaya
Tahun 5 Unit 6: Cahaya
Tajuk: Pantulan Cahaya
Kefahaman
13 Anuar mengisi bekas P, Q, R dan S dengan 200cm3 air.
Tahun 5 Unit 8:
Keadaan Jirim
Berdasarkan rajah 9, dia boleh membuat kesimpulan bahawa air...
A. mempunyai jisim B. boleh dimampatkan
C. tidak mempunyai bentuk yang tetap D. tidak mempunyai isi padu yang tetap
Ciri-ciri Jirim
14 Seorang murid membina model sebuah bot seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.
Antara bahan yang berikut, manakah yang sesuai digunakan untuk membina bahagian yang bertanda X?
A. Besi B. Span
C. Kertas D. Polistirena
Tahun 4 Unit 4: Sifat Bahan
Tajuk: Pengelasan objek
(Keapungan bahan)
Menganalisis
15 Rajah 11 menunjukkan satu fenomena semula jadi yang melibatkan dua proses perubahan keadaan air.
Tahun 5 Unit 8:
Keadaan Jirim
Tajuk: Kitaran Air
Apakah proses yang berlaku di X dan Y?
16 Carta palang manakah yang menunjukkan dengan betul tentang keupayaan penembusan cahaya melalui tiga bahan yang berbeza?
Tahun 4 Unit 4: Sifat Bahan
Tajuk: Kadar
penembusan cahaya
17 Rajah 12 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menyiasat kejadian fasa bulan separa.
Tahun 5 Unit 11: Bumi, Bulan
Manakah kedudukan bola yang membolehkan pemerhati P tersebut melihat fasa bulan separa?
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
dan Matahari
Tajuk:
Fasa-fasa Bulan
18 Rajah 13 menunjukkan terowong yang berbentuk melengkung.
Mengapakah terowong itu mempunyai bentuk melengkung?
A. Terowong itu kelihatan lebih cantik B. Struktur terowong adalah lebih kuat C. Sturktur terowong adalah lebih stabil
D. Lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalam terowong
Tahun 5 Unit 12: Kekuatan dan kestabilan
Tajuk: Kekuatan
keluasan tapak sesuatu objek. Antara
kenderaan-kenderaan di bawah, yang manakah paling stabil ketika menuruni lereng bukit?
Unit 12: Kekuatan dan kestabilan
Tajuk: Kestabilan
20 Rajah 14 menunjukkan peralatan yang selalu diperhatikan.
Peralatan di atas sesuai dikelaskan dalam kumpulan?
A. K B. L C. M
Tahun 6 Unit 7: Mesin
Tajuk:
Mesin Ringkas
D. N
Bahagian B: Soalan Struktur 1 Rajah 1 menunjukkan satu penyisatan yang
dijalankan oleh murid Tahun 6 Cemerlang.
(a)Menggunakan keputusan penyiasatan ini,
nyatakan satu inferens?
Kerana anak benih Y bersaing untuk
mendapatkan ruang berbanding anak benih X.
(b)Tuliskan satu pemerhatian untuk
menyokong jawapan anda di 1 (a). Purata ketinggian anak benih Y kurang berbanding anak benih X.
(c) Nyatakan apakah yang tetapkan
(pembolehubah malar)dalam penyiasatan? Jenis anak benih/ jumlah tanah
(d)Nyatakan satu hipotesis yang dapat dibuat
dalam penyiasatan ini.
Bertambah jarak antara biji benih,
Bertambah purata ketinggian anak benih.
(e)Nyatakan satu maklumat yang dikumpulkan
dalam penyiasatan ini.
2 Empat helai tuala yang mempunyai jisim dan bahan
yang sama digantung di bawah cahaya Matahari. Semua tuala tersebut mengandungi isi padu air yang sama. Jisim akhir setiap tuala tersebut
direkodkan selepas 1 jam.
(a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
Untuk menyiasat hubungan di antara saiz permukaan tuala dengan jisim akhir tuala.
(b) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.
Saiz permukaan tuala Jisim akhir tuala
(c) “Saiz permukaan tuala yang terdedah mempengaruhi masa untuk tuala kering” Berdasarkan pernyataan, nyatakan
hubungan di antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
Bertambah saiz permukaan tuala terdedah, Berkurang masa untuk tuala kering.
(d) Apakah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini?
Jisim awal tuala
Penyejatan
Analisis
Analisis
Sintesis
Analisis Skor Markah Secara Statistik
Skor markah dianalisis untuk memperoleh nilai indeks diskriminasi, indeks kesukaran dan seterusnya kebolehpercayaan bagi ujian yang ditadbir.
Kajian dilakukan ke atas murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis, Benut. Berdasarkan data mentah yang diperolehi dan dianalisis, maklumat responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam jadual di bawah. Pengkaji memperoleh maklumat tersebut melalui set ujian yang diberikan kepada 22 orang responden yang terpilih.
Pencapaian Kumpulan Murid
Perkara Bilangan Responden
(Murid)
Jantina Lelaki 12
Perempuan 10
Indeks Kesukaran
Kesukaran item merupakan peratus murid yang mengambil ujian menjawab sesuatu item itu dengan tepat. Semakin tinggi peratus sesuatu item dijawab dengan betul oleh murid bermaksud semakin senang sesuatu item. Untuk mendapatkan kesukaran item, bahagikan bilangan murid yang menjawab betul untuk sesuatu item dengan jumlah murid yang menjawab item tersebut. Nisbah untuk kesukaran item biasanya dilabel sebagai p.
p = Bilangan murid menjawab betul Bilangan murid menjawab item ujian Bil
Murid
Kumpulan Murid Jumlah Keseluruhan ( % )
Item Objektif ( /20) Markah (%)
1. 20 100
2. 20 100
3. 20 100
4. 19 95
5. 18 90
6. 17 85
7. 17 85
8. 17 85
9. 17 85
10. 16 80
11. 15 75
12. 15 75
13. 14 70
14. 14 70
15. 14 70
16. 12 60
17. 12 60
18. 11 55
19. 11 55
20. 10 50
21. 9 45
Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan itu dapat dibuat berdasarkan jadual di bawah;
Indeks Kesukaran(I.K) Pentafsiran item Keputusan
I.K < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai soalan
0.3 < I.K < 0.8 Sederhana Terima soalan
I.K > 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai soalan
Jadual 2: Pentafsiran Indeks Kesukaran
Jelas menunjukkan dari jadual di atas, dapat dilihat jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran maka ia bermakna lebih senang item tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah makan lebih sukar item itu.
Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan murid-murid daripada kumpulan cerdas dan kumpulan lambat (Mok 1995). Dyang engan perkataan lain, Indeks Diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan itu membezakan pencapaian di antara murid-murid yang baik dengan yang lemah. Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibian itu terlampau susah sehingga murid yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau sebaliknya ia terlalu senang sehingga murid yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul.
½ J
Di mana; Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item dengan betul Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item dengan betul J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita menentukan sama ada item yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak. Jadual berikut memberi satu kaedah umum untuk membolehkan kita mentafsir item yang dikaji.
Indeks Diskriminasi (I.D) Pentafsiran Item Keputusan
I.D > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
0.2 < I.D < 0.4 Diskriminasi positif yang sederhana
Ubahsuai item 0 < I.D < 0.2 Diskriminasi positif yang rendah Tulis semula item I.D < 0 Diskriminasi negatif, prestasi
kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
Item itu buruk dan harus dibuang Jadual 3: Pentafsiran Indeks Diskriminasi
Jadual 4: Analisa dan pentafsiran I.D dan I.K untuk 20 Aneka Pilihan
Item I.K Pentafsiran Cadangan I.D Pentafsiran Cadangan Analisa
1 0.9
Sederhana Terima item 0.71 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.71 Diskriminasi
positif yang
Item amat sesuai
tinggi diterima
Sederhana Terima item 0.43 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.57 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.57 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.71 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.71 Diskriminasi
positif yang
Item amat sesuai
17 0.6 4
Sederhana Terima item 0.71 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.43 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.71 Diskriminasi
positif yang
Sederhana Terima item 0.14 Diskriminasi
positif yang
Pada keseluruhannya, keputusan analisis yang diperolehi amat menggalakkan. Keputusan analisis menunjukkan 11 daripada 20 item objektif yang dibina mencapai tahap baik iaitu nilai indeks kesukaran di paras sederhana dan nilai indeks diskriminasi masing-masing mencapai nilai diskriminasi positif yang tinggi iaitu melebihi 0.4. Ini kerana ia berupaya mendiskriminasi murid, iaitu semakin tinggi nilai indeks diskriminasi melambangkan kemampuan soalan tersebut mendiskriminasi prestasi kumpulan murid. Soalan yang berkualiti tinggi seperti item bernombor 2, 4, 15, 16, 17 dan 19 kerana dapat membezakan kemampuan kumpulan cerdas dengan kumpulan lemah dengan sejelasnya.
Keadaan yang hampir sama berlaku pada soalan 1 di mana lebih 95% daripada 22 orang murid (I.K = 0.86) dapat menjawabnya dan nilai indeks diskriminasinya hanya mencapai 0.14. Satu soalan di mana setiap orang mendapat markah penuh atau hampir mendapat markah penuh adalah satu soalan yang sangat senang. Murid-murid telah dihalang dari menunjukkan pencapaian sebenar mereka dan tidak diuji mengikut kemampuan pengetahuan mereka.
Walau bagaimanapun, dalam sesuatu ujian adalah wajar jika sesetengah soalan yang mudah diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada murid yang lemah. Manakala soalan-soalan yang susah diberi untuk mencabar murid-murid yang berkebolehan tinggi. Contohnya soalan 5, 6 dan 7 yang amat mudah dengan indeks kesukaran 0.82 tetapi oleh sebab indeks diskriminasinya yang mencapai 0.29 bererti nilai diskriminasi positif yang sederhana. Ini bermakna soalan ini walaupun kelihatan mudah tetapi tidaklah lemah, jadi ia masih boleh diterima.
Bagi soalan 9 dan soalan 11, indeks diskriminasinya mencapai 0.57, ini bererti soalan ini agak sukar walaupun untuk kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh merumuskan bahawa soalan tersebut masih boleh dijawab dengan baik oleh murid yang berkebolehan tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat juga soalan yang mencatatkan indeks diskriminasi < 0.4. Soalan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 13 dan 20 perlu diperbaiki dan ditambah baik supaya dapat mencabar kemampuan murid menjawab soalan.
Bagi 20 soalan objektif yang dikaji ini, tiada satu soalan pun yang mendiskriminasi secara negatif. Sesuatu soalan jika mendiskriminasi secara negatif bermakna ia tidak bersetuju dengan ujian tersebut. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada soalan tersebut. Sekiranya sesautu soalan itu sukar dan tidak boleh dijawab dengan betul oleh sebahagian besar murid-murid dari kumpulan atas, maka sudah tentu ramai lagi murid dari golongan rendah tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul.
diskriminasi positif yang tinggi, 6 soalan mempunyai diskriminasi positif yang sederhana dan 4 soalan mempunyai diskriminasi positif yang rendah.
Semasa ujian ditadbir, jika terdapat murid yang memberi komen bahawa sesuatu soalan itu tidak jelas atau amat sukar, maka guru haruslah membuat semakan dengan menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk membuktikan sama ada komen itu berasas atau tidak. Walaupun usaha untuk menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi mengambil masa yang banyak, tetapi ia amat penting untuk guru membaiki kualiti item ujian yang dibina pada masa akan datang.
Usaha menganalisis dan mentafsirkan item ujian walaupun memakan masa, tetapi amat perlu kera dapatannya akan memberi manfaat kepada guru yang menyediakan soalan dan juga kepada murid. Perolehan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bukan sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti ujian dari segi keberkesanan tetapi yang pentingnya ia menguatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian dan pencapaian murid yang sebenar dapat diketahui.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
0 0.2 0.4 0.6 0.8 1 1.2 1.4 1.6
I.D I.K
Analisis Pengganggu
Pengganggu merupakan pilihan-pilihan yang lain yang salah dalam sesebuah item aneka pilihan. Pengganggu merupakan faktor yang kritikal dalam menentukan soalan aneka pilihan secara keseluruhan. Di dalam proses pembentukan jawapan-jawapan soalan aneka pilihan yang mana ia terdiri daripada dua bahagian; jawapan-jawapan benar dan jawapan palsu. Jawapan palsu berfungsi sebagai penganggu untuk menarik murid yang kurang pandai untuk memilihnya manakala murid cerdas seharusnya tidak memilih jawapan ini. Konsep pengganggu ini ialah berteraskan dengan idea bahawa murid pandai dapat membezakan kunci dan pengganggu manakala murid lemah tidak dapat membezakan kunci dan pengganggu.
boleh diperluaskan kepada tindak balas murid terhadap pengganggu item. Cara pengiraan indeks kesukaran pengganggu adalah seperti di bawah;
Jadual 5: Tafsiran bagi Indeks Kesukaran Pengganggu
Jadual 6: Pengganggu soalan berdasarkan jawapan murid No.
Soala n
Pilihan Jawapan Murid Indeks Kesukaran Pengganggu
Catatan
A
B
C
D
1 0 0 21 1 0.04 Pengganggu tidak berfungsi
2 5 10 2 5 0.54 Pengganggu yang baik
3 1 1 0 20 0.09 Pengganggu tidak berfungsi
4 2 11 7 2 0.31 Pengganggu yang baik
5 0 1 3 18 0.13 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
6 18 2 1 1 0.31 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
7 18 1 1 2 0.31 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
8 2 3 3 14 0.13 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
9 14 1 2 5 0.22 Pengganggu yang baik
10 18 1 3 0 0.13 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
11 0 6 1 15 0.27 Pengganggu yang baik
12 19 1 2 0 0.31 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
13 1 2 18 1 0.31 Pengganggu lemah, perlu diubahsuai
14 0 0 0 22 1 Pengganggu tidak berfungsi
16 4 2 0 16 0.18 Pengganggu yang baik
17 0 6 14 2 0.27 Pengganggu yang baik
18 0 10 9 3 0.40 Pengganggu yang baik
19 16 1 4 1 0.18 Pengganggu yang baik
20 5 1 16 0 0.22 Pengganggu yang baik
Petunjuk : Jawapan betul
Dalam ujian ini, kita dapat memerhatikan ada jawapan soalan objektif yang tidak berupaya merangsang murid yang tidak mengetahui jawapan tepat tidak memilihnya langsung. Contohnya jawapan bagi soalan 14, di mana indeks diskriminasi mencatatkan 0 menunjukkan semua murid dapat menjawab soalan. Soalan 1 dan 3 juga menunjukkan pengganggu tidak berfungsi dengan baik di mana 95% murid dapat menjawab soalan dengan betul. Ini bermakna jawapan-jawapan ini tidak dapat memainkan peranan sebagai pengganggu yang berkesan. Guru perlu memperbaiki jawapan tersebut untuk mempertingkatkan kerasionalan soalan.
Soalan 2, 4 dan 20 menunjukkan peranan pengganggu yang baik. Contohnya soalan 2 di mana hanya 45% murid sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Soalan-soalan yang mempunyai pengganggu yang baik perlu dikekalkan manakala soalan yang pengganggu tidak berfungsi perlu ditambah baik sebelum dimasukkan ke dalam bank soalan.
Skor X
Satu set markah bagi sekumpulan 22 orang murid yang menduduki ujian Sains yang terdiri daripada 20 item soalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah;
Skor X Gundalan Kekerapan (f)
100 III 3
95 I 1
90 I 1
85 IIII 4
80 I 1
75 II 2
70 III 3
60 II 2
55 II 2
50 I 1
45 I 1
35 I 1
0 5 10 15 20 25 0
20 40 60 80 100 120
Skor Mentah (X)
Skor Mentah (X)
Julat = Skor Tertinggi – Skor Terendah = 100 – 35
= 65
Saiz selang kelas = Julat Bilangan kelas yang dicadangkan
= 65
5
= 13
Jadual 7: Jadual frekuensi data terkumpul
Selang Kelas (x) Titik Tengah Frekuensi (f)
35-39 37.5 1
40-44 42.5 0
45-49 47.5 1
50-54 52.5 1
55-59 57.5 2
70-74 72.5 3
75-79 77.5 2
80-84 82.5 1
85-89 87.5 4
90-94 92.5 1
95-100 97.5 4
0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5
Skor X Ujian Sains Tahun 6
Frekuensi (f)
Skor Min
Min ialah purata bagi markah keseluruhan sesuatu ujian. Min merupakan kecenderungan memusat yang paling kerap digunakan. Min dicari dengan menjumlahkan semua skor dan membahagikan jumlah tersebut dengan bilangan skor. Purata bagi 22 orang murid tahun 6 Ibnu Sina dapat dirumuskan melalui formula di bawah;
Nama Murid Skor Mentah (X)
NURUL FIRZANAH 100 MUHAMMAD SAIFULLAH 100 NURHIDAYATURRAHMA SAPUTRI 100 MUHAMMAD ABU BAKAR 95 MUHAMMAD SAIFUDDIN 90 NUR MARYAM NABIHAH 85 ANDEK NURALIS SYAZLYANA 85 NURUL HAFIQAH 85 MUHAMMAD AZRYZAL 85 FAREHAH HAFEZAH 80 MUHAMMAD DANIEL FAREEZ 75 MUHAMMAD ZULFAHMI 75 MUHAMMAD HAZIM AIZAT 70 MUHAMMAD SYAHMI IQBAL 70 AINUL FARISAH 70 NUR KARMILA IZZATI 60 ODE ANDI SHUHADA 60 NUR RABIATULADAWIYAH 55
SURIANA 55
MUHAMMAD ALIF NAJMI 50 MUHAMMAD SHAHRUL 45 MUHAMMAD REDUAN 35
Jumlah skor 1625
Bilangan Keseluruhan Murid = 22 orang
Skor min = Jumlah Keseluruhan Skor Murid Bilangan Keseluruhan Murid
= 1625
22
= 73.86
Sisihan Piawai (SD)
Sisihan piawai adalah ukuran serakan yang popular. Di dalam penggunaan sebagai entiti yang berasingan atau sebagai sebahagian analisis lain seperti pengiraan selang keyakinan dan juga di dalam pengujian hipotesis. Sisihan piawai ialah untuk mengetahui taburan skor bagi sesuatu ujian. Sisihan piawai digunakan sebagai satu teknik untuk membandingkan skor ujian antara murid. Taburan skor boelh dipiawaikan kepada sebarang taburan dengan min dan sisihan piawai yang telah ditetapkan. Formula di bawah adalah untuk mengira sisihan piawai;
σ
=
√
σ
2=
√
∑
(
X -
μ
)
2
N
atauJadual 8: Jadual pengiraan sisihan piawai Skor
X
Gundalan Kekerapan (f) fx X2 fx2
100 III 3 300 10000 30000
95 I 1 95 9025 9025
90 I 1 90 8100 8100
85 IIII 4 340 7225 28900
80 I 1 80 6400 6400
75 II 2 150 5625 11250
70 III 3 210 4900 14700
60 II 2 120 3600 7200
55 II 2 110 3025 6050
50 I 1 50 2500 2500
35 I 1 35 1225 1225
N = 22 fx = 1625 fx2 = 127375
Dengan menggunakan formula
= 127375 – 1625 2 22 22
=
√
5789 – (74)2=
√
5789 – 5479=
√
310= 17.61
Skor-Z
Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi beberapa sisihan piawai. Skor-Z mewakili nombor nilai sisihan piawai di atas atau di bawah bagi set nombor apabila data adalah bertaburan normal. Jika skor-Z negatif, maka nilai kasar markah adalah di bawah min dan jika skor-Z positif maka nilai kasar markah adalah di atas min. Skor-Z dikira dengan menggunakan rumus berikut;
Skor-Z = Skor mentah(X) – Min(M) Sisihan Piawai α
Min = 73.86
Jadual 9: Jadual pengiraan Skor-Z
Nama Murid Skor Mentah
(X) X – Mα Skor-Z
NURUL FIRZANAH 100 100 – 73.86
17.61 1.48
MUHAMMAD SAIFULLAH 100 100 – 73.86
17.61
1.48
NURHIDAYATURRAHMA SAPUTRI 100 100 – 73.86
17.61
1.48
MUHAMMAD ABU BAKAR 95 95 – 73.86
17.61
1.2
MUHAMMAD SAIFUDDIN 90 90– 73.86
17.61
0.91
NUR MARYAM NABIHAH 85 85– 73.86
17.61
0.63
ANDEK NURALIS SYAZLYANA 85 85– 73.86
17.61
0.63
NURUL HAFIQAH 85 85– 73.86
17.61
0.63
MUHAMMAD AZRYZAL 85 85– 73.86
17.61
0.63
FAREHAH HAFEZAH 80 80– 73.86
17.61
0.35
MUHAMMAD DANIEL FAREEZ 75 75– 73.86
17.61
0.06
MUHAMMAD ZULFAHMI 75 75– 73.86
17.61
0.06
MUHAMMAD HAZIM AIZAT 70 70– 73.86
17.61
-0.22
MUHAMMAD SYAHMI IQBAL 70 70– 73.86
17.61
-0.22
AINUL FARISAH 70 70– 73.86
17.61
-0.22
NUR KARMILA IZZATI 60 60– 73.86
17.61
-0.79
ODE ANDI SHUHADA 60 60– 73.86
17.61
-0.79
17.61
SURIANA 55 55 – 73.86
17.61
-1.07
MUHAMMAD ALIF NAJMI 50 50 – 73.86
17.61
-1.35
MUHAMMAD SHAHRUL 45 45 – 73.86
17.61
-1.63
MUHAMMAD REDUAN 35 35 – 73.86
17.61
-2.21
30 40 50 60 70 80 90 100 110
-2.5 -2 -1.5 -1 -0.5 0 0.5 1 1.5 2
Skor-Z
Skor-Z
Terdapat 13 murid yang mendapat skor-z positif, ini menunjukkan nilai kasar markah adalah melebihi min 73.86. Manakala 9 orang murid pula didapati mendapat skor-z negatif. Ini bermakna nilai kasar markah mereka adalah kurang dari min 73.86.
Pengiraan statistik dalam pengukuran dan penilaian dapat membantu guru menganalisis serta merumus data yang menjadi panduan kepada guru untuk menilai pencapaian murid dalam suatu mata pelajaran. Sungguhpun angka atau nombor bukanlah pengukur sebenar pencapaian murid tetapi ia dapat memberi gambaran tentang nilai alat ukuran iaitu ujian yang diberi dari segi keobjektifan, ketekalan dan kebolehpercayaan, keseragaman sesuatu kumpulan murid, membuat pengelasan dan pemilihan murid berpandukan gred yang diperoleh untuk tujuan penempatan serta keberkesanan strategi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Dengan menggunakan rumusan data guru boleh mendapatkan maklum balas bagi mengesan tahap penguasaan murid untuk tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pemulihan, pengayaan, membantu memilih dan mengelaskan murid mengikut tahap pencapaian mereka serta memberi bimbingan kepada murid lemah dan memotivasikan murid cemerlang.
Tugasan SCE3113 telah memberi banyak pendedahan kepada saya bermula dengan membina Jadual Spesifikasi Ujian, mentadbir ujian dan seterusnya menyemak dan menganalis data mentah. Cabaran agak besar sepanjang melaksanakan tugasan ini. Walaupun saya telah bermula lebih awal namun masih berlaku masalah pembahagian masa kerana kesibukan menyiapkan fail-fail berkaitan dengan pemautauan nazir bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Saya banyak membuat bacaan dan rujukan tentang kaedah yang betul untuk menganalisis data mentah. Secara jujurnya, saya mengalami kesukaran semasa melaksanakan tugasan. Membina JSU agak mudah tetapi membuat analisis markah agak susah dan mencabar. Saya telah membina sendiri jadual analisis menggunakan perisian MSExcel untuk mengira Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi. Jadual analisis yang dibina agak ringkas namun saya berpuas hati kerana dapat belajar menggunakan formula yang betul. Saya juga akan menggunakan jadual analisis ini apabila menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun nanti.
Di antara masalah utama yang saya hadapi ialah semasa mengira Sisihan Piawai. Memandangkan ada beberapa cara untuk mengira sisihan piawai menyebabkan ada banyak kekeliruan yang berlaku. Saya juga telah mencuba berulang kali menggunakan kaedah pengiraan yang berbeza, akhirnya saya memilih mengira menggunakan jadual kekerapan. Walaupun agak susah, akhirnya saya berjaya. Saya turut mendapatkan bantuan daripada kawan PPG di sekolah yang kini belajar di semester 7. Memandangkan beliau telah mempelajari subjek ini pada semester 6, banyak ilmu yang telah beliau kongsi bagi membantu saya menyiapkan analsis data ini.
Pada peringkat permulaan, saya bercadang melukis graf secara manual dengan menggunakan kertas graf sahaja. Tetapi ia kelihatan kurang menarik dan tidak sesuai. Maka telah belajar membina graf menggunakan perisian MSExcel, ia jauh lebih mudah dibina berbanding menggunakan perisian MSWord. Banyak ilmu baru yang saya dapat dalam mengendalikan kedua-dua perisian komputer ini.
pencapaian setiap murid, mengenal pasti gred, mengesan masalah pembelajaran yang berlaku pada murid serta memikirkan kaedah terbaik untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dengan harapan akan berlaku peningkatan prestasi murid pada peperiksaan akan datang.
Analisa skor markah ini membolehkan guru mengesan kelompok murid yang cemerlang dengan kelompok murid yang serderhana dan yang lemah. Ini membantu guru membina items ujian yang sesuai dengan aras murid. Guru dapat membina soalan yang dapat mencabar murid cemerlang, memotivasi murid sederhana dan lemah menjawab soalan dengan taburan soalan yang mempunyai tiga aras iaitu aras tinggi, sederhana dan mudah. Melalui analisa ini juga, guru dapat mengesan soalan-soalan yang perlu disingkirkan dan soalan yang perlu ditambah baik dan yang boleh di simpan dalam bank soalan. Peranan pengganggu dalam item ujian juga sangat penting, sekiranya murid faham dan menguasai pelajaran dengan baik, item pengganggu tidak memberi kesan yang besar. Namun bagi murid sederhana dan lemah, kerap memilih item pengganggu sebagai jawapan.
Rujukan Buku
Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam, Tan Kim Lan (2014). Amalan Pentaksiran Dalam Matematik. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012).Huraian sukatan pelajaran KBSR sains. Kementerian Pelajaran Malaysia
Jurnal Online
Norlly Mohd Isa & Hamimah Abu Naim (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi tajuk Dinamik dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2. http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/4.pdf (dilayari pada 23 September 2014)
Prinsip Pembinaan Item, www.academia.edu/4397271/Prinsip_Pembinaan_Item