• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODEL INSAN MELAYU DALAM NOVEL-NOVEL S. OTHMAN KELANTAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MODEL INSAN MELAYU DALAM NOVEL-NOVEL S. OTHMAN KELANTAN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

MODEL INSAN MELAYU DALAM NOVEL-NOVEL S. OTHMAN KELANTAN

Robiah binti Mohamad1

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka Abstrak

Kajian tentang insan Melayu ini menganalisis novel-novel Sasterawan Negara ke-9, S. Othman Kelantan. Persoalannya adakah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh S. Othman Kelantan dalam novel- novelnya merupakan watak-watak yang boleh dijadikan model contoh kepada para pembaca. Kajian ini lebih berfokus kepada kaedah kajian kepustakaan, dengan menggunakan teknik close reading dan temu bual melalui snowball sampling dengan sistem jaringan responden. Asas kajian ini berdasarkan konsep nafsu Al-Ghazali bahawa manusia mempunyai tiga tahap nafsu iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawammah dan nafsu ammarah yang digunakan sebagai panduan dalam membina Model Insan Melayu (MIM) telah dijadikan landasan penganalisisan watak dalam novel yang dikaji. Watak-watak seperti beriman, berilmu, berakhlak, berketerampilan, mempunyai ekonomi yang kukuh dan kesihatan yang baik merupakan ciri-ciri unggul insan Melayu-Islam yang dapat bertahan dalam dunia global. Hasil kajian mendapati enam orang watak berada pada tahap nafsu mutmainnah dengan empat orang watak memenuhi semua kriteria MIM, dua orang watak berada pada tahap nafsu lawammah dan tiga orang watak berada pada tahap nafsu ammarah. Kajian ini memperlihatkan bahawa empat orang watak yang berada pada tahap nafsu mutmainnah tersebut merupakan model insan yang telah dibangunkan dengan bersesuaian untuk menjana kehidupan ke arah ekonomi global.

Kata Kunci:Model; insan; kriteria; ekonomi; global

1.0 Pengenalan

Bangsa Melayu ialah penduduk asal negara Malaysia yang merupakan bangsa terbesar yang menghuni negara ini. Menurut Perkara 160, Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan, Melayu ditakrifkan sebagai ―seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat dan adat resam Melayu‖, dan (a) lahir, sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah zuriat seseorang yang sedemikian.

Daripada takrif Melayu yang sah di sisi Perlembagaan itu nyatalah bahawa unsur utama yang mendasari jati diri seseorang insan Melayu itu ialah agama Islam. Aspek kedua, iaitu bahasa juga tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Aspek ketiga iaitu adat istiadat Melayu. Dalam membicarakan adat Melayu,

1 Corresponding author. Tel: +6019-6671258 Emailaddress:

(2)

2

seseorang insan Melayu tidak boleh lupa aspek pertama dan kedua di atas. Mana-mana bangsa di Malaysia tidak layak mempertikaikan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini kerana menurut Ahmad Murad Merican (2013:10):

Orang Melayu di Malaysia tidak pernah menjadi pendatang. Mereka merantau di seluruh pelosok kepulauan dan alam Melayu, sekali gus membawa bersama-sama budaya dan bahasa. Kita perlu melihat fenomena ini dalam konteks yang lebih luas. Konsep ―pendatang‖ tidak boleh digunakan untuk orang dari kepulauan Melayu ke Malaysia. Melayu di kepulauan Melayu berlayar pergi balik – berdagang, membuka negeri, mencari kehidupan baharu, mencari saudara, dan lain-lain. Arus Melayu dalam hal ini amat interaktif. Air merupakan penyatuan dan lebuh raya, dan bukannya sempadan seperti yang difahamkan oleh persejarahan Eurosentrik. Melayu di Nusantara tidak pernah bermigrasi. Mereka merantau. Sejarah mesti dilihat dalam konteks yang tepat. ―Rantau‖ dan ―merantau‖ hendaklah diteliti dan diungkapkan sebagai kategori sosiologikal dalam berwacana mengenai Kepulauan dan Alam Melayu.

Kajian tentang model insan Melayu ini akan menganalisis novel-novel dewasa Sasterawan Negara ke-9, S. Othman Kelantan, yang terkenal sebagai

Pemotret Wajah-wajah Melayu Sepanjang Zaman Penulis dengan Karya dan

Watak-wataknya (Wan Hashim Wan Teh 2005: 141).

1.1 Permasalahan Kajian

Persoalannya adakah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh S. Othman Kelantan dalam novel-novelnya merupakan watak-watak yang boleh dijadikan model contoh kepada para pembaca. Isu inilah yang akan menjadi fokus kepada kajian ini.

1.2 Objektif Kajian

i. Mengkaji watak dan perwatakan utama dalam novel yang dihasilkan bagi mengangkat watak-watak tersebut yang boleh dijadikan model kepada pembinaan insan Melayu; dan

ii. Memperlihatkan pemikiran S. Othman Kelantan terhadap masyarakat Melayu, menerusi watak dan perwatakan, sama ada watak lelaki mahupun watak wanita di bandar atau di luar bandar.

(3)

3 1.3 Skop dan Batasan Kajian

Ruang lingkup kajian ini akan meliputi semua novel dewasa S. Othman Kelantan yang telah diterbitkan iaitu Pengertian (Penerbitan Pustaka Murni 1966), Pertentangan (Penerbitan Pustaka Antara 1967), Angin Timor Laut (Penerbitan Utusan Melayu Berhad 1969), Juara (Dewan Bahasa dan Pustaka 1973), Perjudian (Dewan Bahasa dan Pustaka 1975), Perwira (Teks Publishing Sdn. Bhd. 1980), Ruang Perjalanan (Dewan Bahasa dan Pustaka 1989), Ustaz (Dewan Bahasa dan Pustaka 1991), Nagogho Astana

(Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd. 1997), Orang Kota Bharu (Dewan Bahasa dan Pustaka 2003), dan Wajah Seorang Wanita (Dewan Bahasa dan Pustaka 2004).

1.4 Metodologi Kajian (i) Kajian perpustakaan (ii)Kajian lapangan

1.5 Kerangka Teoritis/Konsep

Istilah insan Melayu begitu sering digunakan dalam kajian ini, lantaran maksud sebenar istilah tersebut akan dikupas secara terperinci. Istilah ini dilihat dari kaca mata Islam dengan memberi fokus kepada takrifan insan dan pembangunan insan oleh Imam al-Ghazali melalui bukunya, Ihya

Ulumuddin.

Pemahaman konsep insan Al-Ghazali dengan tabi‘i keinginan dalam diri setiap insan melalui beberapa tahap nafsu yang mempengaruhi tingkah laku dan akhlak manusia, iaitu nafsu ammarah, lawwammah dan

mutmainnah menjadi landasan dalam menganalisis isi (content analysis)

watak dan perwatakan utama novel-novel S.Othman Kelantan. 1.6 Tinjauan Literatur

Dalam meninjau kajian-kajian terdahulu, pengkaji telah memberi tumpuan kepada kajian-kajian yang pernah dilakukan tentang pembangunan insan dan modal insan. Terdapat banyak kajian yang dibuat dalam bidang ini, iaitu:

(4)

4

(i) Di Malaysia, modal insan dibincangkan secara ilmiah setelah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membentangkannya dalam RMK-9 di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.

(ii) Kajian peringkat Doktor Falsafah Misran Rokimin (1997) yang berjudul Mereka yang Tertewas: Satu Kajian Teks dan Hubungannya

dengan Latar Belakang Sosial Pelajar.

(iii) Nor Hayati Alwi (2002) menjadikan isu pembangunan insan untuk kajian tesis Doktor Falsafahnya bertajuk Pembentukan Model

Pembangunan Insan Kamil dalam Pengajian Sains.

(iv) Harery bin Abu Said (2007), tesis Doktor Falsafahnya berjudul

Perkaitan Penghayatan Akhlak, Sikap Terhadap Sains, Pencapaian dan Pemilihan Kerjaya di kalangan Pelajar dalam Konteks Pembangunan Modal Insan Bersepadu dalam Bidang Sains dan Teknologi di SMKA.

(v) Mohd Faizal Said (2007) tesis Sarjananya yang bertajuk Model Modal Insan dalam Novel-novel Remaja Pilihan.

(vi) Melalui Seminar Pemikiran dalam Pendidikan, Norlena Salamuddin dan Mohd Taib Harun (2003) membentangkan kertas kerja mereka yang bertajuk Pendidikan Kewarganegaraan dan Tanggungjawab

Sosial Melalui Pendidikan Jasmani.

(vii) Sebuah seminar yang memperkatakan imodal insan di Universiti Malaya pada 26 hingga 27 Julai 2006. Sebanyak 61 buah kertas kerja telah dibentangkan. Hanya kertas kerja bertajuk Sumbangan Sayyed

Qutub dalam Perkembangan Tamadun Sastera Islam Moden oleh Rosni

Samah (KUIM) melihat pembangunan modal insan melalui kaca mata kesusasteraan.

(viii) Sebuah kertas kerja Misran Rokimin (2006b) berjudul Karya Sastera, Modal Insan dan Pembangunan Komuniti: Penelitian Watak Maria

Zaitun dalam Salam Maria karya Fatimah Busu: Satu Kajian Teks yang

termuat dalam Prosiding Seminar Psikologi Pembangunan Komuniti

ISM-UKM agak hampir dengan kajian ini.

(ix) Misran Rokimin (2006a) melalui bukunya Isu Pendidikan dan

(5)

5

yang sebahagian besarnya membicarakan novel remaja dibahagikan kepada dua segmen, iaitu isu pendidikan dan isu pembangunan insan. (x) Tesis Doktor Falsafah Tunku Sarah Tunku Muhamad Jiwa (1997) telah

mengkaji Pembinaan Model Penerapan Nilai dalam Pengajaran di

Institusi Pengajian Tinggi.

(xi) Kajian Gamal Abdul Nasir (1999) dalam tesis Doktor Falsafahnya

Mohammad Natsir: Pendidik Ummah.

Kajian ini berbeza dengan semua kajian di atas dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Pengkaji melakukan kajian ke atas 11 buah novel dewasa Sasterawan Negara S. Othman Kelantan dan menganalisis adakah watak-watak yang ditonjolkan itu menepati konsep insan Melayu yang membolehkan watak-watak tersebut dijadikan model kepada para pembaca.

2.0 Konsep Insan Al-Ghazali Asas Pembinaan Model Insan Melayu (MIM) Menurut Al-Ghazali, nafsu al-ammarah paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Nafsu ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal.

Nafsu al-lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri apabila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Nafsu ini ialah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah. Oleh sebab tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan, dia mencela dan mencerca dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul daripada sudut hatinya sendiri apabila membuat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan di lubuk hatinya.

(6)

6

Inilah yang dikatakan al-lawwamah. Nafsu ini mengarahkan pemiliknya untuk menentang kejahatan, tetapi suatu saat jika ia lalai beribadah kepada Allah SWT, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.

Nafsu al-mutmainnah pula ialah nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah SWT dan manusia yang mendapat nafsu ini akan mendapat reda Allah SWT di dunia dan akhirat. Orang yang memiliki nafsu mutmainnah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Mereka juga mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat mereka lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan diri mereka gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan ujian Allah. Imam al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Bagaimanapun, manusia biasa boleh mencapai tahap nafsu mutmainnah apabila jiwa manusia dapat menahan runtunan nafsu syahwat lalu mencapai ketenangan. Pastinya mereka yang memiliki nafsu ini dijamin oleh Allah SWT untuk terus masuk ke syurga tanpa melalui sebarang penyeksaan mahupun dihisab dalam tempoh yang lama. Al-Ghazali telah merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

―Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama‘ah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-hamba-hamba-Ku.‖ (al-Fajr : ayat 27-30)

Pengkaji telah membina model yang dirujuk daripada Konsep Nafsu Al-Ghazali seperti yang digambarkan menerusi rajah berikut. Model ini dinamakan Model MIM yang dijadikan landasan penganalisisan watak dalam novel yang dikaji, digunakan dalam usaha untuk menjawab permasalahan kajian iaitu adakah watak-watak yang ditonjolkan itu menepati konsep insan Melayu yang membolehkan watak-watak tersebut dijadikan model kepada para pembaca. Watak-watak seperti beriman, berilmu, berakhlak, berketerampilan, mempunyai ekonomi yang kukuh dan kesihatan yang baik

(7)

7

merupakan ciri-ciri insan Melayu yang perlu dilahirkan oleh masyarakat dan negara agar dapat memberi sumbangan kepada kehidupan manusia dan pembangunan negara.

3.0 S. Othman Kelantan : Seorang Pengarang dan Ahli Akademik

S. Othman Kelantan gemar memaparkan manusia Melayu yang terpaksa berdepan dengan hambatan ideologi Barat akibat kekeliruan yang

(8)

8

berpunca daripada penguasaan ilmu separuh jalan. SOK turut memperkatakan perihal kekaguman Melayu terhadap pencapaian ilmu sains, teknologi dan perkembangan komunikasi sehingga Melayu global tercabut daripada akar tradisi, nilai dan agama. Apa yang sering tertonjol di sebalik karya-karya S. Othman Kelantan yang banyak itu merupakan perjuangan kepada survival bangsanya sendiri. Dengan sebab itulah segala ketidakjujuran, kepincangan dan penyelewengan ditentangnya habis-habisan. Sebagai seorang yang berjiwa patriotik juga, pengisian kemerdekaan itu amat penting baginya justeru pengalaman pahit masa lampau harus dijadikan pengajaran supaya tidak berulang. Sesuatu yang ada harus dipertahankan lebih-lebih lagi yang menyentuh persoalan maruah dan peribadi bangsa untuk melahirkan suatu bangsa yang megah, berdaulat dan mempunyai keperibadian dan ketahanan nasional yang tinggi (Ilias Zaidi, 1991: 227).

Sumbangan S. Othman Kelantan dalam kesusasteraan tanah air telah memberi kesan yang besar terhadap usaha pemasyarakatan dan pengembangan sastera kepada masyarakat, bangsa dan negara. SOK merupakan seorang penulis yang sangat prolifik dan karya-karyanya telah diterbitkan dalam pelbagai penerbitan, malah ada di antaranya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jepun, Vietnam, China, dan Singhale. Karya-karyanya dapat dirumuskan ke dalam Jadual 3.1 di bawah:

Jadual 3.1: Rumusan hasil karya S. Othman Kelantan Bil. Jenis

Karya Catatan

1. Cerpen a. Kumpulan cerpen yang telah dihasilkan berjumlah enam buah iaitu 13 Cherpen S. Othman Kelantan (1970),

Surat (1979), Ibu (1980), Perkahwinan Rama-rama

(1984), Beberapa Pembetulan (1991) dan

Berjalan-jalan Di Sini (2004).

b.Antologi cerpen diterbitkan bersama penulis lain berjumlah 21 buah.

(9)

9

penerbitan berjumlah lebih 200 buah cerpen.

d.Cerpen-cerpennya yang telah diterjemahkan ke bahasa asing berjumlah lima cerpen iaitu ―Pahlawan Lembu‖, ―Catatan Seorang Senator‖, ―Hobi‖, ―Cuti‖ dan ―Dedalu‖.

2. Novel a. Novel dewasa berjumlah 11 buah iaitu Pengertian

(1966), Penentangan (1967), Angin Timur Laut (1969),

Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980),

Ruang Perjalanan (1989), Wajah SeorangWanita

(1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan

Orang Kota Bahru (2003).

b.b. Novel remaja berjumlah empat buah iaitu Kawan

Tersayang, (1989), Khazanah Bukit Keluang (1989),

Misteri Taman Rimba (1989) dan Pendaki yang

Berjaya (1989).

c. Novel yang diselenggarakan sebanyak empat buah iaitu

Acuman Mahkota (1988), Melati Kota Bharu (1988),

Meraih Mimpi (1989) dan Novel-novel Hamzah (1989).

d.Novel yang diterjemahkan ke bahasa asing seperti :

(i)Angin Timor Laut diterjemahkan ke bahasa

Perancis, Vietnam dan Thai.

(ii)Juara, diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dan

Inggeris.

(iii) Wajah Seorang Wanita diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.

(iv) Novel Juara diadaptasi menjadi drama televisyen dan filem, manakala Orang Kota Bharu

telah diskripkan untuk pementasanTeater Perdana anjuran DBP oleh Fauziah Nawi.

3. Puisi (eceran)

Terdapat 15 puisi eceran telah dihasilkan antara tahun 1955 hingga 1974.

(10)

10 4. Buku/

Kajian Sastera

Terdapat enam buah buku telah dihasilkan iaitu Falsafah Alam (1963), Teknik Mengkaji Novel (Dalaman dan

Luaran) (1985), Novel: Tanggapan dan Kritikan (1986),

Kecenderungan Baru dalam Novel Melayu: Satu Kajian

Struktur (1987), Pemikiran Satira dalam Novel Melayu

(1997), dan Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel

(2003). 5. Esei dan

Kritikan

Sejumlah 366 buah esei/kritikan telah ditulis oleh S. Othman Kelantan.

Kesungguhan S. Othman Kelantan menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan tanah air selama lima dekad dalam pelbagai genre sastera secara prolifik dan konsisten membolehkannya menerima pelbagai hadiah dan anugerah seperti dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Senarai hadiah dan anugerah yang dimenangi oleh S. Othman Kelantan Bil Hadiah/Anugerah yang Diterima Tahun Terima Kategori/ Genre Pemberi Anugerah 1. Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP

1962 Novel Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Hadiah Sastera Malaysia (Cerpen)

1972 Cerpen Kerajaan Malaysia 3. Hadiah Sastera

Malaysia (Cerpen)

1973 Cerpen Kerajaan Malaysia 4. Pingat Bakti (PB) 1973 Kebaktian DYMM Sultan

Kelantan 5. Pingat Ahli Mangku

Negara (A.M.N.)

1974 Kebaktian DYMM Yang Di-Pertuan Agong 6. Hadiah Sastera

Malaysia (Cerpen)

1975 Cerpen Kerajaan Malaysia 7. Hadiah Sastera

Malaysia (Esei)

1984 Esei Kerajaan Malaysia 8. S.E.A Write Awards 1990 Kesemua

genre

(11)

11 9. Anugerah Tokoh

Sastera Negeri Kelantan

2003 Kebaktian Kerajaan Kelantan

10. Anugerah Sasterawan Negara ke-9

2003 Kesemua genre

Kerajaan Malaysia

Meneliti semua hasil kerja SOK wajarlah beliau dianugerahi Sasterawan Negara, membuatkan nama SOK akan menjadi ingatan, seperti kata perumpamaan Melayu, "Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Nama yang baik akan terus hidup tenteram dalam dunia sastera tanah air.

4.0 Analisis dan Penemuan

Kajian dan analisis yang mendalam ke atas novel-novel dewasa Sasterawan Negara ke-9, S. Othman Kelantan dengan menggunakan Teori Insan Al-Ghazali mendapati majoriti watak utama daripada 11 buah novel dewasa yang dikaji menepati ciri-ciri yang ditetapkan dalam Model Insan Melayu (MIM) dan boleh dijadikan model contoh kepada para pembaca.

SOK telah menetapkan setiap wataknya mempunyai asas ilmu agama sebagai insan Melayu beragama Islam. Ada yang membawa kepada kemantapan akidah dan ada pula yang diuji keimanan mereka. Menyentuh tentang akhlak pula, tidak semua watak memiliki akhlak yang baik dan boleh dicontohi. Tindakan mereka yang mulia menyucikan serta membawa nur pada jiwa, sementara tindakan jahat dan membawa dosa mengotorkan jiwa sehingga hilang nurnya, justeru manusia memang ada kecenderungan untuk meningkatkan hakikat dirinya yang suci bersih. Namun, manusia juga boleh terjerumus ke lembah yang lebih rendah daripada haiwan. Ilmu dan tindakan yang mulia adalah penting untuk menyucikan diri manusia agar berakhlak mulia.

Melalui 11 buah novel yang dikaji, didapati empat watak utama telah menepati semua nilai dalaman dan nilai luaran insan Melayu yang dianggap ideal seperti yang telah ditetapkan dalam kriteria Model Insan Melayu. Ternyata SOK telah mengangkat watak-watak ideal orang Melayu yang

(12)

12

menepati kata-kata Hang Tuah, ―Takkan Melayu hilang di dunia‖. Watak-watak tersebut telah mempertahankan nama baik orang Melayu di samping mengangkat agama Islam ke tempat yang sepatutnya. Mereka memberi teladan hidup yang boleh dijadikan contoh kepada para pembaca. Mereka ialah ‗Aku‘ (Ruang Perjalanan), Siti Musalmah (Wajah Seorang Wanita), Saifuddin (Ustaz) dan Habib (Orang Kota Bharu) yang kesemuanya berada pada tahap nafsu al-mutmainnah. SOK telah mengangkat watak-watak yang baik untuk dicontohi. Watak-watak ini menepati ciri-ciri manusia dalam golongan mutmainnah yang segera bertaubat dan insaf akan kesalahan yang dilakukannya seperti pandangan Imam Al-Ghazali. Watak-watak tersebut merupakan watak manusia yang hebat dan unggul berdasarkan latar masa novel tersebut, sungguhpun mereka bukannya berpangkat atau berjawatan tinggi dalam masyarakat kerana masing-masing hanyalah pensyarah, peniaga, ustaz dan guru sahaja.

Turut berada pada tingkat nafsu mutmainnah ialah watak Saleh (Angin

Timor Laut) dan Awang Teleng (Perwira). Namun mereka tidak memiliki

kriteria Model Insan Melayu yang kelima iaitu ekonomi yang kukuh. Sementara itu, watak Muhammad Faris (Pengertian) dan Pak Mat

(Perjudian) merupakan insan Melayu yang diberi peluang oleh Allah SWT

supaya bertaubat setelah melalui kehidupan yang dilarang oleh Islam.

Seterusnya, daripada 11 buah novel yang dikaji terdapat tiga orang watak antogonis yang tidak memberi manfaat kepada orang lain. Mereka banyak membawa keburukan dan tidak boleh dijadikan contoh kepada para pembaca. Watak-watak yang dimaksudkan itu ialah Burhanuddin

(Pertentangan), Mamat (Juara) dan Dr. Zafrullah (Nagogho Astana).

Ketiga-tiga orang watak tersebut sanggup bertindak keji demi memuaskan nafsu ammarah yang telah menguasai diri mereka.

Segala sifat dan perlakuan keji manusia seperti tiga orang watak antogonis tersebut tidak sesuai dijadikan contoh tauladan kepada sesiapa dan merka tidak akan disukai dan dikenang orang.

(13)

13 5.0 PENUTUP

Kajian tentang model insan Melayu dalam novel-novel SOK ini wajar membuka minda masyarakat untuk melihat hasil karya Sasterawan Negara ini yang berbentuk novel dari pelbagai sudut. Empat orang watak iaitu ‗Aku‘, Siti Musalmah, Saifuddin dan Habib menepati kriteria Model Insan Melayu boleh dijadikan contoh berdasarkan kehebatan mereka berada pada tahap nafsu mutmainnah berpandukan pandangan Al-Ghazali dan mereka sesuai untuk menjana kehidupan dalam ekonomi global. Empat orang watak lagi iaitu Faris, Saleh, Pak Mat dan Awang walaupun tidak memenuhi semua kriteria yang ditetapkan tetapi masih mempunyai nilai dalaman dan nilai luaran yang kuat. Watak-watak seperti ini tidak akan hilang kerana mereka akan disebut dan dikenang orang di kampung halaman sendiri atau di daerahnya, kalau tidak pun di dunia ini.

RUJUKAN

Abul Quasem, M. & Kamil. (1988). Etika Al-Ghazali: Etika Majemuk di dalam

Islam. Terj. Mahyudin, J. Bandung: Penerbitan Pustaka.

Ilias Zaidi. (1993). S. Othman Kelantan. Dlm. Ahmad Kamal Abdullah (pngr.).

Jambak 1, hlm. 208-240. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Murad Merican. (2013). Identiti nasional ialah identiti Melayu: Penulisan sejarah dan mempertikaikan keMelayuan. Kertas Kerja Wacana Pemartabatan Bahasan Kebangsaan dalam Sektor Pendidikan, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, 4 Oktober.

Al-Ghazali. (1980). Ihya Ulumiddin. Jiwa Agama. Terj. H. Ismail Yakub. Indonesia: Percetakan Menara Kudus.

Al-Ghazali. (1988). Keajaiban Hati. Terj. Nurhickmah. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Al-Ghazali. (1992). Kitab Uraian Keajaiban Hati. Terj. Ed. Baru. Jil. 2. Cetakan ke-2. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Urus Setia Panel Anugerah Sastera Negara (pngr.). 2003. Sastera dan

Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Ali Hasan. 1984. Tuntunan Akhlak. Johor Bahru: Thinker‘s Library Sdn. Bhd.

(14)

14

Misran Rokimin. (1997). Mereka yang tertewas: Satu kajian teks dan hubungannya dengan latar belakang sosial pelajar. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Misran Rokimin. (2006a). Isu Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan

Menerusi Novel. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Misran Rokimin. (2006b). Karya sastera, modal insan dan pembangunan komuniti: penelitian watak Maria Zaitun dalam Salam Maria karya Fatimah Busu: Satu kajian teks. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Psikologi Pembangunan Komuniti ISM-UKM anjuran Institut Sosial Malaysia, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 20-21 Disember. Mohamad Daud Mohamad & Muhammad Ikhram Fadhly Hussin (pngr.). (2004).

Pemikiran Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Faizal Said. (2007). Model modal insan dalam novel-novel remaja pilihan.

Tesis Sarjana. Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hayati Alwi. (2002). Pembentukan model pembangunan insan kamil dalam pengajian sains. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norlena Salamuddin & Mohd Taib Harun. (2003). Pendidikan kewarganegaraan dan tanggungjawab sosial melalui pendidikan jasmani. Prosiding Pemikiran dalam Pendidikan: Ke arah Memperkasa Pendidikan Menurut Acuan Malaysia, hlm

Nur Faizah Abdul Wahab. (2009). Inspirasi Modal Insan Terbilang (Jilid 6:

Cendekiawan Bahasa, Sastera & Media). Kuala Lumpur: Arus Intelek

Sdn. Bhd.

Rosni Samah. (2006). Sumbangan Sayyed Qutub dalam perkembangan tamadun sastera Islam moden. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Tamadun Islam tentang Pembangunan Modal Insan oleh Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 26-27 Julai.

Sheikh Abdullah Basmeih. (1980). Tafsir pimpinan ar-Rahman kepada

pengertian al-quran (30 juz). Terj. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Siti Ezaleila Mustafa. (2009). 20 Tokoh Sasterawan. Bandar Baru Bangi: Medium Publications.

S. Othman Kelantan. (1966). Pengertian. Machang: Penerbitan Pustaka Murni. S. Othman Kelantan. (1967). Pertentangan. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka

(15)

15

S. Othman Kelantan. (1969). Angin Timor Laut. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.

S. Othman Kelantan. (1975). Perjudian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. (1980). Perwira. Pulau Pinang: Teks Publishing.

S. Othman Kelantan. (1989). Ruang Perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. (1991b). Ustaz. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. (1997). Nagogho Astana. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd.

S. Othman Kelantan. (2003). Orang Kota Bharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. (2004). Wajah Seorang Wanita. Ed. Khas Sasterawan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. (2007b). Juara. Edisi Khas Sasterawan Negara. Cetak ulang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tafsir Quran Karim. (1992). Klang: Klang Book Centre.

Tunku Sarah Tunku Muhamad Jiwa. (1997). Pembinaan model penerapan nilai dalam pengajaran di institusi pengajian tinggi. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Hashim Wan Teh. (2005). Pemotret wajah-wajah Melayu sepanjang zaman penulis dengan karya dan watak-wataknya. Dlm. Urus Setia Panel Anugerah Sastera Negara (pngr.). Sastera dan kemanusiaan, hlm. 141-145. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Konsep cinta dalam perkahwinan dalam kajian ini telah membuktikan bahawa aspek cinta memfokuskan kepada konteks kepercayaan dan tahap dalam perhubungan yang wujud

Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden iaitu guru pelatih PTK, Fakulti pendidikan, UTM mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap soalan objektif

Seterusnya, kajian menunjukkan bahawa tiga kaedah penterjemahan 语气助词 ( yuqi zhuci ) yang disarankan oleh Liu Xu (2005), iaitu kaedah penyambungan, penggabungan dan

Pada tahap yang paling asas, pendekatan analisis morfologi adalah berdasarkan tiga prinsip utama seperti yang dirumuskan oleh Moudon (1994) dan Djokic (2009) iaitu: (i)

Hasil kajian menunjukkan bahawa pengarang novel ini iaitu Habiburrahman El Shirazy berjaya memurnikan konsep rububiyyah, uluhiyyah, qada’ dan qadar yang terdapat dalam elemen

Penemuan kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga faktor yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap pendekatan amalan terbaik dalam pengurusan operasi,

Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga konsep utama dalam keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang boleh diaplikasikan dalam sesebuah keluarga bagi

Hasil kajian ini mendapati bahawa kosa kata bahasa Melayu mempunyai leksikal gender, iaitu perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki atau perempuan dan yang bersifat neutral, yakni