• Tidak ada hasil yang ditemukan

Garis panduan dan etika e-Dagang bagi produk fizikal menurut perspektif syariah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Garis panduan dan etika e-Dagang bagi produk fizikal menurut perspektif syariah"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)

(2)

SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Falsafah (Sains Halal)

Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia

(3)

SITI HANIAH BINTI ROHMAD (RAHMAD)

A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of

Master of Philosophy (Halal Science)

Faculty of Islamic Civilization University Technology Malaysia

(4)

DEDIKASI

Salam Sejahtera.

Bersyukur saya kepada tuhan kerana dengan berkat dan rahmatNya, tesis ini dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapanNya.

Istimewa buat : Ayahanda dan bonda tercinta ,

En.Rohmad (Rahmad) Bin Jalil dan Pn. Asnah Binti Ahmad Yang sentiasa merestui perjalanan hidupku

Penyeliaku yang dihormati, Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon Yang menjadi pembimbing dan penasihat terbaikku

Adik-beradikku yang tersayang Masrini, Hafiza, Mohd Fahmy dan Norazira

Yang sentiasa memahami keadaanku

serta

rakan-rakan sekerjaku

yang sentiasa memberi sokongan dan maklumat tambahan yang berkaitan

Terima kasih yang tiada penghujungnya di atas sokongan dan pengertian kalian. Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama…

(5)

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tesis sarjana ini bagi melengkapkan program Sarjana Falsafah (Sains Halal).

Sekalung penghargaan dan kasih sayang dihulurkan buat kedua ayahanda dan bonda serta seluruh ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan galakan sejak dari awal pengajian hingga kini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas dan tidak terhingga khas kepada Prof. Madya Dr. Hussin Bin Salamon selaku penyelia tesis sarjana saya atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, dorongan dan telah mencurahkan ilmu tanpa penat lelah walaupun dalam kesibukan tugas beliau sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Akhir sekali, setinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru di SMA Bugisiah kerana sentiasa bertolak ansur dalam memahami situasi saya sebagai pelajar dan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tesis ini secara langsung atau tidak langsung. Ku iringi doa dan harapan moga Allah merestui perjalanan hidup kalian di dunia dan akhirat.

(6)

ABSTRAK

E-dagang semakin berkembang dan diterima oleh masyarakat dunia termasuk di Malaysia. Kajian ini bertujuan menghasilkan garis panduan dan etika E-dagang bagi produk fizikal menurut perspektif syariah. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis konsep E-dagang menurut perspektif syariah, untuk mengenal pasti jenis salah laku peniaga dalam urusan jual beli atas talian dan untuk menyediakan satu garis panduan dan etika E-dagang menurut perspektif syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi kajian kepustakaan, analisis dokumen, dan pemerhatian terhadap 10 laman portal yang dipilih berdasarkan kekerapan carian oleh pengguna. Aspek yang dilihat pada 10 laman portal tersebut ialah pematuhan dan salah laku perniagaan E-dagang berdasarkan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Hasil daripada analisis kajian mendapati bahawa konsep E-dagang menurut perspektif syariah adalah bercirikan Islam, melibatkan proses penawaran dan penerimaan melalui kontrak muamalah Islam, menggunakan sistem pembayaran yang tiada unsur riba, mempromosikan produk secara telus dan beretika serta menerapkan nilai-nilai etika perniagaan Islam. Antara salah laku yang dilakukan oleh para peniaga yang menggunakan laman portal tersebut ialah tidak memaparkan maklumat perniagaan yang lengkap, tiada pernyataan syarat dan terma perniagaan, kaedah pembayaran yang tidak menggunakan institusi kewangan Islam, tidak memaklumkan jenis perkhidmatan penghantaran yang digunakan dan melakukan promosi yang bertentangan dengan hukum syarak. Hasil kajian ini bermanfaat untuk panduan kepada para peniaga atas talian, kerajaan, badan-badan berkanun dan pengguna perkhidmatan atas talian.

(7)

ABSTRACT

There has been a growing demand and interest of E-commerce by the consumers all over the world, and Malaysia is no exception. This study aims to provide an appropriate guideline of online trading according to Islamic business principles. The specific objectives of this study are to analyse the concept of

E-commerce from the shariah perspective, to identify the type of misconducts committed by online business sellers while doing online transaction and also to suggest a guideline for online business activity according the shariah principles. This study employed a qualitative research method that include library research, document analysis and observation of the 10 online portals that were selected based on the highest search rating by the consumers. The elements observed in the portals were the aspects of compliance and misconduct based on the Consumer Protection Act 1999. From the analysis, it can be concluded that the concept of shariah – based E-commerce follows the characteristics of Islamic business transaction. The concept also comprises the process of offer and acceptance as suggested in Islamic contract, avoids interest in the method of payment, promotes products transparently and ethically and applies the Islamic ethical values. It is also discovered that there have been serious misconducts practised by the online traders including not displaying business details, not providing business terms and conditions, utilising non-Islamic financial institutions for the method of payment, unclear notification on the type of courier services being used and using non-Islamic approach in promoting products. This study suggests a set of ethical guidelines according to the shariah principles to the online traders in Malaysia. This study is very useful to the online traders, government, statutory bodies and consumers.

(8)

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Objektif Kajian 9 1.5 Persoalan Kajian 10 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Batasan Kajian 13 1.8 Definisi Istilah 14 1.9 Rumusan 16

(9)

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kemajuan Dunia Dagangan Hari Ini 18

2.3 Teknologi Internet 19

2.4 E-dagang 21

2.4.1 Peranan E-dagang Dalam Kemajuan

Ekonomi Negara 23

2.5 Polisi Perundangan E-dagang Di Malaysia 25

2.6 Falsafah Perniagaan Konvensional 26

2.6.1 Konsep E-dagang 28

2.6.2 Ciri-ciri E-dagang 31

2.6.3 Tawaran dan Penerimaan Produk E-dagang 32 2.6.4 Kaedah Pembayaran Dalam Transaksi

E-dagang 33

2.6.5 Kaedah Pengiklanan Sebagai Alat Promosi

Produk E-dagang 35

2.6.6 Etika E-dagang 36

2.7 Falsafah Perniagaan Islam 38

2.8 Sorotan Kajian Lepas 43

2.9 Rumusan 48 3 METODOLOGI KAJIAN 49 3.1 Pendahuluan 49 3.2 Rekabentuk Kajian 50 3.2.1 Data Primer 50 3.2.2 Data Sekunder 51 3.3 Pengumpulan Data 52 3.3.1 Pemerhatian 52 3.3.2 Analisis Dokumen 53

(10)

3.3.3 Kajian Kepustakaan 54

3.4 Prosedur Kajian 54

3.5 Analisis Data 56

3.6 Rumusan 57

4 KONSEP E-DAGANG MENURUT PERSPEKTIF

SYARIAH 58

4.1 Pendahuluan 58

4.2 E-dagang Menurut Perspektif Syariah 60 4.2.1 Ciri-ciri E-dagang Dari Perspektif

Syariah 61

4.2.2 Tawaran dan Penerimaan Produk

E-dagang Menurut Perspektif Syariah 63 4.2.2.1 Kaedah Pembatalan Kontrak Jual Beli 64 4.2.3 Sistem PembayaranTransaksi E-dagang

Menurut Perspektif Syariah 69

4.2.4 Kaedah Pengiklanan Sebagai Alat Promosi

Produk E-dagang Menurut Perspektif Syariah 71 4.2.5 Etika E-dagang Menurut Perspektif Syariah 76

4.3 Unsur Syubhah Dalam E-dagang 78

4.3.1 Gharar 81

4.3.1.1 Gharar Dalam Akad 81

4.3.1.2 Gharar Dalam Produk 83

4.3.2 Riba 85

4.3.2.1 Riba fadhl 86

4.3.2.2 Riba nasi’ah 86

4.4 Implementasi E-dagang Dari Perspektif Syariah 91

(11)

5 SALAH LAKU DAN ISU DALAM E-DAGANG 95

5.1 Pendahuluan 95

5.2 Salah Laku Dalam Transaksi E-dagang 96

5.3 Ciri-ciri E-dagang 100

5.3.1 Maklumat Perniagaan 100

5.3.1.1 Nama Peniaga/ Nama Perniagaan/ Nama Syarikat dan Nombor

Pendaftaran Perniagaan

100 5.3.1.2 Alamat Perniagaan, Alamat Emel

Dan Nombor Telefon 102

5.3.1.3 Jenis Produk Fizikal 106

5.3.1.4 Harga Produk 109

5.4 Penawaran dan Penerimaan Produk E-dagang 111

5.4.1 Terma dan Syarat 112

5.4.2 Anggaran Masa Penghantaran Produk

E-dagang 118

5.5 Kaedah Pembayaran Produk E-dagang 121

5.6 Kaedah Pengiklanan Produk E-dagang 125

5.7 Rumusan 127

6 RUMUSAN DAN CADANGAN 128

6.1 Pendahuluan 128

6.2 Rumusan 129

6.2.1 Konsep E-dagang Menurut Perspektif

Syariah 129

6.2.2 Jenis Salah Laku Yang Dilakukan Oleh

(12)

6.2.3 Garis Panduan E-dagang Bagi Produk Fizikal Menurut Perspektif Syariah

131 6.2.4 Etika E-dagang Menurut Perspektif Syariah 143

6.3 Cadangan 148

6.4 Kajian Lanjutan 150

6.5 Penutup 152

RUJUKAN 153

(13)

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Senarai bank Islamik di Malaysia sehingga 12 November 2009

90 5.1 Senarai nama dan nombor pendaftaran

perniagaan E-dagang

101

5.2 Alamat premis perniagaan E-dagang 103

5.3 Alamat emel laman portal E-dagang 104

5.4 Talian telefon laman portal E-dagang 104

5.5 Jenis produk jualan di laman portal 106

5.6 Kos tambahan yang dikenakan oleh peniaga atas talian

110 5.7 Perkongsian terma dan syarat perniagaan

E-dagang

112 5.8 Tempoh masa penghantaran produk

E-dagang

119 5.9 Kaedah pembayaran yang diaplikasikan

oleh laman portal

(14)

SENARAI RAJAH

JADUAL TAJUK HALAMAN

(15)

SENARAI SINGKATAN

ATM - Automated Teller Machine

CDM - Cash Deposit Machine

COD - Cash On Delivery

EDI - Electronic Data Interchanges

EFT - Electronic Fund Transfers

HTML - Hyper Text Markup Language

ICT - Information, Communication and

Technology

IP - Internet Protocol

KPDNKK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan s.a.w - Sallallahu ‘alaihi wasallam

s.w.t - Subhanahu wata’ala

SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia

TCP - Transmission Control Protocol

URL - Uniform Resource Locators

(16)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Negara Asia Tertinggi Dalam Penggunaan Internet Bagi Tahun 2013

162 B Statistik Penggunaan Internet Dan Populasi

Data Asia

163 C Berita Penipuan Atas Talian Di Media Massa 166 D Contoh Laman Portal Yang Mematuhi

Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012

167

E Maklumat Perniagaan Laman Portal 168

F Jenis Produk Yang Dijual Di Laman Portal 174

G Aduan Pelanggan Di Laman Web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional

178

H Terma dan Syarat Perniagaan Atas Talian 179

I Tempoh Masa Penghantaran Produk E-dagang 218

J Aduan Kelewatan Tempoh Masa Penerimaan Produk

230 K Kaedah Pembayaran Produk Yang Dijual

Secara Atas Talian

231

L Jadual Pematuhan Dan Salah Laku Yang Dilakukan Oleh Peniaga Dalam E-dagang

244 M Pengiklanan Yang Tidak Mematuhi Hukum

Syarak di Laman Portal Terpilih

245 N Tuduhan ke Atas Laman Portal Yang Menjual

Maklumat Peribadi Pembeli Atas Talian

(17)
(18)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Aktiviti perdagangan sudah pun berkembang semenjak zaman Kesulatanan Melayu Melaka. Ini terbukti melalui kesan sejarah lepas yang mana pedagang biasanya akan berlayar dalam tempoh – tempoh tertentu untuk menjual hasil dagangan ke merata tempat di seluruh pelosok dunia. Situasi tersebut menyebabkan tempoh masa perniagaan bertambah dan risiko kerugian sekiranya barang dagangan dirompak atau rosak adalah tinggi. Dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang mana akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan dan penyelenggaraan. Faktor waktu juga perlu diambil kira, memandangkan kebanyakan perniagaan melibatkan perdagangan antarabangsa di antara negara yang berbeza zon waktunya yang akan merumitkan urusniaga.

(19)

peniaga. Aplikasi ini memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan pada setiap masa tanpa mengira tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia kini yang mementingkan masa (Nik Rahim Nik Wajis, 2009). Dengan kemudahan seperti E-dagang ini, para pembeli atau pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dan boleh melakukan transaksi jualbeli yang berlebihan tanpa had. Manakala bagi peniaga pula, situasi ini boleh dijadikan sebagai satu peluang keemasan dalam menambahkan pendapatan, memandangkan kemudahan E-dagang ini hanya memerlukan kos yang sangat rendah seperti tiada bayaran sewa premis, bayaran gaji pekerja, bayaran cukai dan kos pengurusan operasi perniagaan yang dijalankan.

Dalam bancian yang telah dibuat oleh Nielsen Online, jumlah pengguna internet di Asia adalah sebanyak 825,094,396 orang (42%) berbanding populasi seramai 3,834, 792,852 pada tahun 2010. Negara-negara utama Asia yang melangkah maju dalam dunia internet antaranya adalah China, Jepun, India, Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Vietnam, Pakistan, Singapura, Malaysia dan Thailand (rujuk Lampiran A). Di Malaysia, kajian yang sama menunjukkan kadar pengguna internet telah bertambah dari semasa ke semasa, iaitu sebanyak 3.7 juta orang pada tahun 2000 meningkat kepada 20.1 juta pengguna dianggarkan sehingga 31 Disember 2014 (Internetworldstats.com, capaian pada 17/8/2014, rujuk Lampiran B). Kemudahan internet kini bukan lagi dianggap sebagai trend semasa, tetapi lebih kepada satu medium dalam mempermudahkan urusan harian samada bagi peniaga ataupun surirumah.

Dunia internet juga kini bukan hanya sekadar gudang informasi dan bahan

bacaan, tetapi telah diaplikasikan dalam sektor perniagaaan atas talian atau E-dagang. E-dagang melibatkan para peniaga yang mempromosikan produk mereka

secara maya di laman portal bagi menembusi sasaran pengguna sebagai pembeli produk tersebut. Di Malaysia, sebanyak 37% pengguna internet terlibat dalam

(20)

3/6/2011). Antara laman portal E-dagang popular yang boleh dilayari oleh penduduk di Malaysia adalah seperti zalora.com, mudah.com, lazada.com dan lelong.com.my selain laman portal peribadi peniaga. Ini menunjukkan bahawa pendedahan kemajuan teknologi internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya semakin meluas dan mendapat perhatian manusia sejagat.

Kebanyakan penduduk di Malaysia yang tinggal di bandar menggunakan aplikasi pembelian barang secara atas talian kerana jaringan internet yang semakin baik, promosi daripada media massa dan juga kerana tabiat mereka yang malas keluar rumah untuk membeli belah setelah seharian bekerja. Faktor pendorong lain adalah faktor kenaikan harga bahan api kenderaan yang semakin meningkat serta kesesakan lalulintas dan masalah untuk meletakkan kenderaan mereka. Oleh itu, penglibatan kerajaan dalam membangunkan kemudahan Jalur Lebar di kawasan bandar dan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dijangka akan menarik lebih ramai lagi pengguna E-dagang di Malaysia. Memandangkan E-dagang kini semakin mendapat perhatian ramai, pendekatan tentang aplikasi E-dagang ini perlu diperincikan dan dikaji keberkesanannya ke arah keharmonian kehidupan harian manusia yang lebih bertamadun.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecanggihan teknologi internet adalah antara salah satu kesan ketamadunan manusia abad ini. Namun begitu ia tidak menjanjikan perubahan nilai-nilai etika manusia kepada yang lebih baik. Dalam bidang perniagaan, didapati banyak kesilapan dan kecuaian yang dilakukan oleh peniaga sama ada disedari atau tidak.

(21)

2010). Dari al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

“Akan tiba suatu masa, yang manusianya tidak peduli lagi tentang sumber usahanya, dari sumber yang halal ataukah dari sumber yang haram”.

(An-Nasa’i: 4300)

Petikan hadis di atas menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w telah menjangkakan bahawa akan tiba satu zaman yang mana manusia tidak lagi menghiraukan samada sesuatu barangan itu halal atau haram. Petikan hadis itu juga bertepatan dengan kecanggihan zaman teknologi kini yang juga semakin mengurangkan kebimbangan manusia terhadap isu halal dan haram. Dalam isu E-dagang, umum mengetahui bahawa teknologi komputer dan internet kini memainkan peranan yang sangat penting dalam industri ekonomi amnya dan perniagaan di Malaysia khususnya memandangkan ia dapat menghasilkan jaringan perniagaan tanpa batasan.

Namun begitu, dalam kerancakan aktiviti E-dagang ini, masih terdapat kekurangan dan kelemahan mengenainya terutama di Malaysia selaku sebuah negara Islam. Hanya segelintir umat Islam yang mungkin menyedari adakah proses jualbeli maya tersebut dibenarkan dalam Islam, adakah jualbeli atas talian memenuhi hukum syarak, adakah wujud unsur syubhah pada produk yang dipamerkan di laman portal dan adakah promosi yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak syariat Islam yang melarang pujian berlebihan terhadap barangan yang tidak pasti seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dari Sa’id ibnu al-Musayyab dari Abu Hurairah r.a;

(22)

(An-Nasa’i: 4307)

Terdapat pelbagai bidang perkhidmatan produk yang ditawarkan di atas talian kini antaranya produk pakaian, alatan rumah, kenderaan, makanan, makanan kesihatan dan lain-lain lagi. Pada masa kini, Malaysia mengalami kebanjiran pelbagai jenis produk dari dalam dan luar negara yang mana menjanjikan pelbagai kelebihan yang menarik dan menakjubkan. Ini dapat dilihat melalui promosi dan iklan yang dipaparkan di media-media massa kini sehingga menarik hati pengguna untuk membeli produk tersebut. Justeru itu, faktor pengiklanan adalah penting kepada pengusaha produk jualan bagi memastikan kejayaan dan keuntungan perniagaan mereka.

Namun begitu, seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi kini, terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam bidang ini yang mengambil langkah global dengan memasarkan produk mereka secara atas talian di mana ia dapat di promosi di seluruh dunia tanpa batasan dengan kos pengiklanan yang lebih rendah. Sungguhpun produk yang dijual adalah produk usahawan Melayu yang mempunyai cop halal, namun masih terdapat peniaga-peniaga atas talian yang beragama Islam yang mempraktikkan jualan produk yang bertentangan dengan syariat Islam apatah lagi peniaga bukan Islam. Seperti yang dipaparkan di dada-dada akhbar kini, di mana banyak aduan yang dibuat berkaitan perniagaan atas talian (rujuk Lampiran C). Dalam konteks ini, ketelusan peniaga memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan produk yang diperdagangkan secara maya adalah wujud secara fizikalnya, tiada unsur ketidakpastian (gharar) dan kesamaran (syubhah) serta bertepatan dengan kehendak pelanggan dengan mempraktikkan promosi yang tidak keterlaluan

(23)

Multimedia bagi meletakkan negara sebagai pusat sedunia bagi komunikasi dan maklumat multimedia. Selain daripada itu terdapat satu set undang-undang siber iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997 bagi membendung jenayah siber. Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga telah meletakkan satu rang undang-undang baru berkaitan internet iaitu Peraturan – Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Pada akhir tahun 2010, kerajaan telah meminda semula Akta E-dagang yang digubal pada tahun 2006 bagi melindungi hak pembeli dan penjual yang melakukan transaksi E-dagang khususnya di Malaysia (Kamal dan Fariza, 2005)

Menurut YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri ada perubahan di dalam akta tersebut yang memerlukan penjual yang menjual secara atas talian untuk memiliki syarikat perniagaan yang sah dan berdaftar bagi mengelakkan penipuan di kalangan peniaga (Utusan Online, 23/12/2009). Beliau turut menjelaskan sekiranya produk yang ditawarkan tidak menepati seperti yang diiklankan, tindakan boleh diambil ke atas peniaga terbabit berdasarkan Akta Perihal Dagangan 1972. Namun begitu, sekiranya produk tersebut adalah produk kesihatan, penguatkuasaan adalah mengikut undang-undang dan bidang kuasa Kementerian Kesihatan seperti kes-kes produk pelangsing badan, kosmetik, ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia berlebihan termasuk

steroid yang semakin berleluasa penjualannya di dalam dunia siber.

Dalam konteks penipuan siber ini, pengguna juga seharusnya lebih peka dalam mengenalpasti kewujudan laman-laman portal dan produk dalam dunia siber. Mereka seharusnya mempelajari teknik-teknik untuk mengelakkan diri dari ditipu seperti meminta peniaga memaparkan foto produk yang ingin dibeli dari pelbagai sudut, meminta senarai ramuan bagi produk makanan atau kosmetik, mendapatkan

(24)

terjadi kes penipuan. Selain itu, pastikan setiap pembelian disertakan dengan resit atau invois daripada peniaga.

Terdapat kes yang mana berlaku penipuan dari segi pengesahan identiti pihak yang melakukan transaksi menyebabkan urusniaga atas talian tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dari sudut syariah. Kekurangan maklumat mengenai pengguna akan menyukarkan peniaga untuk menghantar barangan tersebut manakala kekurangan identiti peniaga pula menyukarkan pihak pengguna untuk mengesan mereka sekiranya berlaku kes penipuan. Seharusnya hubungan antara peniaga dan pengguna diteruskan selepas proses transaksi perniagaan bagi mengharmonikan dunia perniagaan E-dagang. Seterusnya, segala maklumat mengenai pengguna yang berurusan dengan pihak peniaga atas talian ini hendaklah dirahsiakan dari sudut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat yang boleh menyebabkan berlakunya penipuan seperti maklumat kad kredit dan nombor akaun bank pihak pengguna (Sabahdaily.com, capaian pada 11/7/2010).

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan agar dapat memberi gambaran sebenar kepada semua pihak terutamanya peniaga atas talian mengenai perdagangan elektronik iaitu E-dagang yang berlandaskan syariah. Selain itu, kajian ini juga memperincikan jenis-jenis salah laku yang dilakukan oleh beberapa peniaga atas talian dan kaedah promosi yang dilaksanakan sama ada berlandaskan hukum Islam atau tidak bagi membina satu garis panduan dan etika yang diperlukan oleh peniaga atas talian dalam melaksanakan aktiviti E-dagang yang mematuhi tuntutan syariah.

(25)

Melalui permasalahan atas talian yang dinyatakan dalam latar belakang masalah di atas, ternyata bahawa isu etika peniaga dalam transaksi perniagaan atas talian kian hebat diperbincangkan memandangkan E-dagang merupakan antara kemudahan terkini di abad ini yang diaplikasikan oleh ramai pengguna Islam di Malaysia. Namun begitu, kajian mengenai isu E-dagang di Malaysia masih tidak mencukupi untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan menyebabkan penyelidik mengambil peluang ini untuk membantu permasalahan serantau.

Kajian mengenai etika perniagaan atas talian di Malaysia seharusnya diperincikan bagi membendung masalah-masalah yang berlaku dalam E-dagang dan memberikan satu garis panduan kepada peniaga atas talian untuk melaksanakan perniagaan yang berlandaskan hukum syarak. Dari sudut kepentingannya kepada pengguna, pembinaan garis panduan dan etika perniagaan atas talian ini dapat melindungi hak-hak pengguna ketika berurusan secara atas talian dengan pihak peniaga. Selain itu, pembinaan garis panduan dan etika tersebut membolehkan para pengguna Muslim mengetahui sejauh mana kaedah pembelian yang mereka lakukan seharian itu sah disisi hukum syarak atau tidak.

Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji isu ini untuk memahami dengan lebih mendalam konsep perniagaan atas talian yang berlandaskan syariah dan mengenalpasti salah laku peniaga dalam perniagaan atas talian. Melalui pemahaman dan penelitian aspek tersebut, penyelidik akan membina satu garis panduan dan etika perniagaan atas talian yang berlandaskan hukum syarak agar dapat diaplikasikan oleh peniaga atas talian dalam membina perniagaan atas talian yang mengikut perspektif syariah.

(26)

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menyelidik sikap peniaga - peniaga atas talian dalam melaksanakan perniagaan yang berlandaskan syariah Islam. Untuk mencapai objektif tersebut, beberapa objektif khusus perlu dicapai iaitu;

i. Untuk menganalisa konsep E-dagang menurut perspektif syariah.

ii. Untuk mengenal pasti jenis salahlaku yang dilakukan oleh peniaga di dalam urusan jual beli atas talian.

iii. Untuk mencadangkan satu garis panduan E-dagang bagi produk fizikal kepada peniaga atas talian menurut perspektif syariah.

iv. Untuk mengenalpasti etika-etika yang boleh diamalkan oleh peniaga dalam mengendalikan E-dagang menurut perspektif syariah.

(27)

Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian mengenai penyelidikan ini adalah seperti berikut;

i. Bagaimanakah bentuk konsep E-dagang yang mematuhi syariah?

ii. Apakah jenis salahlaku yang dilakukan oleh peniaga di dalam urusan jual beli atas talian?

iii. Bagaimanakah bentuk garis panduan E-dagang bagi produk fizikal menurut perspektif syariah?

iv. Apakah etika-etika yang boleh diterapkan kepada peniaga atas talian dalam melaksanakan E-dagang menurut perspektif syariah?

Dengan terjawabnya persoalan kajian di atas, pada akhir kajian satu garis panduan dan etika E-dagang yang lebih jelas dapat diketengahkan untuk pengetahuan umum khususnya umat Islam di Malaysia dalam menjalankan transaksi perniagaan atas talian yang mematuhi hukum syarak.

(28)

Dunia masa kini adalah dunia tanpa batasan yang dapat menghasilkan komunikasi dan transaksi perniagaan dengan hanya di hujung jari tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Jika diperhatikan kini semakin ramai yang mewujudkan sistem perniagaan sendiri. Beberapa tahun dahulu perniagaan banyak dilaksanakan secara konvensional tetapi seiring dengan kemajuan, perniagaan mengikut kaedah Islam kini juga sudah banyak diaplikasikan di seluruh dunia seperti kewujudan perkhidmatan perbankan Islam yang semakin pesat dikembangkan oleh bank-bank konvensional. Justeru, kajian ini sangat diperlukan kepada negara memandangkan Malaysia adalah negara Islam yang memiliki 17, 375 juta (61.3%) penduduk beragama Islam (statistik 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia). Dari sudut Islam pula, terdapat beberapa hukum dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan transaksi perniagaan yang dijalankan sah di sisi agama.

Kajian ini dijalankan setelah membuat beberapa perkiraan kepentingan manfaatnya kepada masyarakat umumnya dan kepada golongan pelaku E-dagang, iaitu peniaga dan pengguna, secara khususnya. Melalui pemerhatian dan pembacaan penulis, negara masih lagi kekurangan kajian tentang kepatuhan perniagaan atas talian terhadap hukum syarak. Dengan kemudahan dan pengetahuan dalam bidang komunikasi, semakin ramai juga rakyat di Malaysia tanpa mengira usia yang membina portal perniagaan sendiri. Justeru itu dengan adanya kajian tentang garis panduan dan etika dalam menjalani transaksi E-dagang, pengguna khususnya rakyat Malaysia dapat mengetahui sejauh mana sesuatu transaksi perniagaan yang mereka jalani itu sah atau pun tidak mengikut syariah Islam. Bagi peniaga pula, kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan bagi membina sebuah laman portal perniagaan yang berlandaskan hukum syarak.

(29)

harga; adakah berpatutan, dari segi kuantiti dan timbangan; adakah menepati, dari segi promosi jualan; adakah keterlaluan dan dari segi bahan makanan; adakah ramuan yang digunakan dipamerkan dan adakah ia halal dimakan oleh golongan Islam. Melalui kajian ini juga, hak-hak kepenggunaan dapat ditegakkan dan dapat menjadi panduan kepada badan-badan yang berkenaan dalam menggubal akta-akta yang berkenaan dengan hak pengguna siber.

Dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, hasil analisis kajian ini dapat memberi satu pendedahan baru berkaitan aspek perundangan Islam dalam perlaksanaan E-dagang, sekaligus membolehkan ia menjadi titik rujukan untuk kajian pada masa akan datang. Manakala dalam bidang praktikal dan pengimplementasian pula, hasil kajian ini dapat membuka mata para peniaga dan usahawan Islam yang menjual produk fizikal secara atas talian untuk lebih memahami konsep transaksi dan muamalah Islam dalam E-dagang. Dengan ini, diharapkan para usahawan Islam di dalam dunia siber lebih peka dan kreatif dalam mewujudkan satu perniagaan yang bersih, telus dan halal sepenuhnya di sisi Islam memandangkan perniagaan berkonsepkan muamalah Islam diakui lebih digemari kerana ketelusan dan kesahihan transaksinya oleh bukan Islam sekalipun.

Pelaksanaan aktiviti E-dagang sememangnya tiada dinaskan dalam mana-mana ayat al-Quran, tetapi para ulama’ dan para cendekiawan Islam menggunakan pendekatan maqasid syariah untuk menetapkan sebarang hukum dalam perniagaan atas talian. Justeru itu, perniagaan atas talian disabitkan sebagai harus kerana perniagaan dalam Islam adalah diharuskan. Selain itu, dalam perniagaan atas talian syarat dan terma yang dipersetujui oleh pembeli menjadi bukti bahawa perniagaan atas talian adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bersifat nyata dan kekal serta dapat difahami oleh pengguna (Zarul, t.t.).

(30)

Sebelum melaksanakan kajian ini dengan selengkapnya, beberapa batasan telah dijadikan sebagai panduan.

i. Sampel yang dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini merupakan 10 buah laman portal beli belah atas talian yang paling banyak dilayari oleh pengguna internet melalui statistik Google.com, Alexa.com dan Bing.com bagi tahun 2012 dan 2013. Statistik tersebut penyelidik perolehi daripada laman web

”www.shoppingsearchenginemalaysia.com”. Laman-laman portal tersebut

adalah antara 10 laman portal beli belah atas talian yang paling popular di Malaysia.

ii. Kajian ini juga khusus dikaji tentang penjualan produk fizikal kerana kesemua laman portal menawarkan jualan produk fizikal yakni produk yang boleh disentuh dan nyata.

iii. Kajian ini juga membataskan kepada empat isu utama untuk dibincangkan iaitu konsep E-dagang menurut perspektif syariah, jenis salah laku dalam transaksi jualbeli atas talian, cadangan garis panduan dan etika E-dagang. iv. Selain itu, skop kajian juga lebih menjurus kepada penyediaan garis panduan

(31)

Definisi istilah yang dikemukakan adalah untuk menjelaskan beberapa istilah secara spesifik yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan pembaca dari melahirkan pandangan yang berbeza mengenai kajian ini. Berikut adalah definisi penting kepada beberapa istilah yang akan digunakan oleh penyelidik dalam rentetan kajian ini;

i. Garis Panduan

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), garis panduan merujuk pada panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut dan dasar (ciri-ciri utama) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan. Dalam kajian ini, garis panduan akan merujuk pada senarai panduan yang perlu diikuti oleh peniaga atas talian dalam melaksanakan perniagaan atas talian yang mematuhi syariat Islam.

ii. Etika

Maksud etika menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Menurut Syed Omar Syed Agil (2001), etika bermaksud `ethos' atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Justeru itu, apabila disebut etika perniagaan atas talian ia menjurus kepada peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan yang dijalankan.

iii. E-dagang (perniagaan atas talian)

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), perniagaan atas talian adalah satu proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan

(32)

menjual dan mengiklankan produk dan perkhidmatan secara atas talian di mana amalan ini telah menjadi amalan standard perniagaan masa kini. Namun begitu, Dictionary of e-Business (2003) mengelaskan E-dagang sebagai terma yang menggambarkan proses perniagaan dalam persekitaran elektronik seperti World Wide Web (www).

iv. Produk

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), produk adalah sesuatu barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha atau pengilang yang ditawarkan oleh industri. Kamus Ekonomi Oxford (2009) pula mendefinisikan produk sebagai hasil pengeluaran sesebuah firma, industri atau ekonomi secara keseluruhannya. Produk juga merujuk kepada mana-mana objek atau perkhidmatan yang meningkatkan utiliti (kepuasan pengguna). Produk terbahagi kepada dua bentuk iaitu produk digital dan produk fizikal. Produk fizikal adalah produk yang boleh dirasa, dihidu atau dipegang secara zahirnya (Idris Abdullah, 1992). Kajian ini menjurus kepada pemilihan produk fizikal yang ditawarkan di laman portal sesebuah syarikat. v. Syariah

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007), syariah adalah sesuatu yg berkaitan dgn hukum-hukum Islam. Menurut Glosari Kewangan dan Ekonomi Islam (Akram Khan, 1990), syariah adalah hukum Allah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah Nabi. Secara umumnya ia dikenali sebagai undang-undang Islam.

(33)

Tujuan perniagaan bukanlah mencari untung semata, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa menjanjikan keuntungan. Tujuan perniagaan mengikut Islam antaranya ialah untuk memperbesar, memanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat serta pelaksanaan yang betul. Dalam konteks E-dagang ini, kejujuran dan ketelusan peniaga dalam melaksanakan transaksi perniagaan atas talian amat diperlukan bagi mengelakkan kewujudan unsur syubhah dan gharar yang akan menimbulkan pelbagai permasalahan dalam dunia dagangan Islam yang kini semakin bertamadun.

Oleh itu, kajian ini akan memperincikan lagi aspek E-dagang dalam Islam bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Muslim di Malaysia dan akhirnya mencadangkan satu garis panduan dan etika yang dapat dipraktikkan pula oleh mereka dalam kehidupan seharian. Bagi membantu menyelesaikan permasalahan tersebut, kajian juga akan dengan berteraskan pegangan al-Quran dan hadis-hadis sahih selain rujukan-rujukan lain yang bermanfaat.

(34)

Al-Quran Al Karim Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Al Hidayah House of Quran. 1) BUKU DAN KITAB

Ab. Aziz Yusof dan Ahmad Bashir Aziz (2008). Pengurusan Perniagaan Islam : Konsep, Isu

dan Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Abdul Latif B. Muda (2000). Huraian Hadis – Hadis Hukum. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Abu Umar Basyir (2007). Fikih Ekonomi Keuangan Islam. Edisi Indonesia. Terjemahan dari buku Ma La Yasa’ut Tajiru Jahlulu. Karya Prof Dr Abdullah al-Muslih dan Prof Dr. Shalah as-Shawi. Jakarta: Darul Haq.

Al-Albani, Muhammad Nashiruddin (2007). Shahih Sunan An-Nasa’I. Jilid 3. Terjemahan Kamaluddin Sa’diyatul Haramain. Jakarta: Pustaka Azzam.

Al-Imam Malik r.a. (1993). Muwatho’. Terjemahan Kh. Adib Bisri Musthofa, Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Al-Imam Nawawi (1997). Shahih Bukhari. Jilid I. Terjemahan H. Zainuddin Hamidy, H. Fachruddin HS, H. Nasharuddin Thaha, Johar Arifin dan A. Rahman Zainuddin M.A. Selangor: Klang Book Centre.

Al-Imam-Asy-Syafi’i r.a. (1989). Al-Umm (Kitab Induk). Jilid 4. Terjemahan Prof. Tk. H. Ismail Yakub SH-MA, Kuala Lumpur: Victory Agencie.

Al Kamili, Syaikh Muhammad Ali (2001). Ahkam al I’lanat at-Tijariyyah. Terjemahan Ust Hermawan as-Sundee. Makkah: Daruth-Thayyibah al-Khadra.

(35)

Al-Ustadz H.Abdullah Shonhaji (1993). Tarjamah Sunan Ibnu Majah. Jilid III. Semarang: CV. Asy Syifa’.

Al-Zuhaili, Wahbah (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid IV. Terjemahan Md Akhir Haji Yaacob et al. Syria: Dar el Fikr.

Al-Zuhaili, Wahbah (1997). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid I. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Zuhaili, Wahbah (1999). Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid III. Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain et al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

As-Sayyid Salim, Abu Malik Kamal (2007). Shahih Fikih Sunnah. Jilid 4. Terjemahan Khairul Amru Harahap dan Faisal Saleh. Jakarta Selatan: Pustaka Azzam.

Burhanudin H. S, (2000). Etika Individual, Pola Dasar Filsafat Moral. Bandung: Rineka Cipta

Dra. Hulwati, M. Hum (2001). Ekonomi Islam: Teori dan Praktinya Dalam Perdagangan

Obligasi Syari’ah di Pasar Modal Indonesia dan Malaysia. Indonesia: Ciputat Press

Group.

Dr. H. Habib Nazir, Muhammad Hasanuddin, Prof. Dr. H. Afif Muhammad (2008).

Ensiklopedia Ekonomi dan Perbankan Syariah. Bandung: Kafa Publishing.

Drs. H. Moh. Zuhri (1992). Tarjamah Sunan At-Tirmidzi. Jilid II. Terjemahan Muhammad Isa bin Surah at-Tirmidzi, Kuala Lumpur: DarulFikir.

E. Turban, J. Lee, D. King and H.M. Chung (2000). Electronic Commerce: A Managerial

(36)

Hoffman, W. ,Frederick, R. and Schwartz, M. (2001). Business Ethics: Readings and Cases

in Corporate Morality. 4th ed. London: McGraw Hill.

Ibnu Katsier (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 1. Terjemahan H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Ibnu Katsier (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 2. Terjemahan H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Ibnu Katsier (1994). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 6. Terjemahan H. Salim Bahreisy dan H. Said Bahreisy. Kuala Lumpur: Victory Agencie

Kalakota R. and Whinston A., (1997). Electronic Commerce: A Manager’s Guide. United Kingdom:Addision-Wesley.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazario Enterprise

Kotler, P. and Keller, K., (2008). Marketing Management. 13th ed. New Jersey: Prentice Hall. Mohd Radzi Othman dan Ghafarullahhuddin Din (2005). Ekonomi Dalam Perspektif

Al-Quran dan As-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mustafa Hj. Daud (1994). Perniagaan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Prof. Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam (2010). Fiqh Muamalat : Sistem Transaksi Dalam

Islam. Terjemahan Nadirsyah Hawari, LC, M.A. Jakarta: Amzah.

(37)

Samuel M. P., Hutabarat, S. H., M.H. (2010). Penawaran dan Penerimaan Dalam Hukum

Perjanjian. Indonesia: PT Grasindo, Gramedia Widiasarana.

Uma Sekaran (2003). Research Methods For Business. Canada: John Wiley & Sons.

Ustadz Bey Arifin, Yunus Ali Al-Muhdhor dan Ummu Maslamah Rayes (1993). Tarjamah

Sunan An-Nasa’iy. Jilid IV. Kuala Lumpur: DarulFikir.

Wan Sabri Wan Hussin (2004). Etika & Amalan Perniagaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

William M. Pride, Robert J. Hughes and Jack R. Kapoor (1988). Business. 2nd ed. Boston: Houghton Mifflin Company.

Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria (2011). Hadis 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur: Telaga Biru

(38)

Achmad Warson Munawwir (1997). Kamus al-Munawwir Arab-Indonesia. Surabaya: Pustaka Progresif.

Idris Abdullah (1992). Kamus Istilah Ekonomi & Perdagangan Melayu – Arab. Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.

Noresah Baharom (2007). Kamus Dewan Edisi ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Akram Khan (2003). Islamic Economics and Finance: A Glossary. 2nd ed. London: Routledge.

Botto, F. (2003). Dictionary of e-Business – A Definitive Guide to Technology and Business

Terms. 2nd ed. England: John Wiley & Sons.

Black, J., Hashimzade, N. and Myles, G. (2009). Dictionary of Economics. 3rd ed. New York: Oxford University.

3) ARTIKEL DAN KERTAS KERJA

Abdul Razak Che Hussin, Halina Mohamed Dahlan, Mahadi Bahari dan Rashidah Kadir (2001). Kefahaman Tentang Perdagangan Elektronik Menerusi Internet. Persidangan

Kebangsaan Keusahawanan dan Perniagaan Kecil.

Ainin Sulaiman (2000). The Status Of E-commerce Applications In Malaysia. Information

Technology for Development 9: 153-161.

(39)

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Rahim Bin Nik Wajis (2009). E-dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah, Institut Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.

Noraidah S., Zulridah M. N., dan Hasmiah K., (2009). Prestasi Perkhidmatan E-Kerajaan Daripada Perspektif Pengguna. Prosiding PERKEM IV. Jilid I. 250-260.

Rafizah Bt Kasbun, (2010). E-dagang : Kajian Analisis Model Perniagaan E-dagang Kekangan Dalam Perlaksanaan E-dagang Menurut Persepsi & Penerimaan Syariah Islam. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010. 281-288.

Syed Omar, Syed Agil, (2001). Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam dalam Perniagaan. Persidangan dan Ekspo Pengurusan Perniagaan Islam, Pusat Dagangan Dunia

Putra, Kuala Lumpur, 25-28 May 2001

Y.B. Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (2009). Memperkasa Ekonomi Ummah Melalui Pemantapan Jaringan Tempatan dan Penerokaan Berkesan Dalam Pasaran Global:

Persiapan Mendepani Cabaran Baru Ekonomi Dunia. Kongres Ekonomi Islam

(40)

Ali Khatibi, V, Thygajaran, A, Seetharaman, (2003). E-Commerce In Malaysia: Perceived Benefits and Barriers. Vikalpa, 28 (3): 77-82.

Abuznaid, S.A. (2009). Business Ethics In Islam: The Glaring Gap In Practice. International

Journal of Islamic And Middle Eastern Finance and Management, 2 (4): 278 – 288.

Bloch M., Pigneur Y. and Segev A. (1996). On The Road of Electronic Commerce: a Business Value Framework, Gaining Competitive Advantage and Some Research

Issues. University of Lausanne.

H. Asmuni. (t.t.). Penetapan Harga Dalam Islam: Perspektif Fikih dan Ekonomi. Universitas Islam Indonesia.

Hanuddin Amin (2008). E-business From Islamic Perspective: Prospects and Challenges.

Journal of Internet Banking and Commerce. 13(3): 1-13.

Kenneth S. and John P. K., (2002). Business Ethics and E-commerce In Contemporary Society. Re-Imagining Business Ethics: Meaningful Solutions For A Global Economy. 4: 13-30.

Mayur S, Desai, Thomas C. Richards and Kiran J. Desai (2003). E-Commerce Policies and Customer Policy. Information Management & Computer Security. 11(1): 19-27. Naniek Noviari (t.t.). Pengaruh Kemajuan Teknologi Informasi Terhadap Perkembangan

Akuntansi. Jurusan Akuntansi, Fakultas Ekonomi – Universitas Udayana.

Norazlina Zainal, Fauziah Osman dan Siti Hartini Mazlan (2004). E-commerce From An

(41)

Sulaiman, Ainin (2000). The Status Of E-Commerce Applications In Malaysia. Journal

Information Technology for Development 9:153-161.

Yam, B. L., Wolf M. dan Dale L. Lunslord, (2011). Consumers’ Perceptions Of Online Ethics And Its Effects On Satisfaction And Loyalty. Journal of Research In

Interactive Marketing. 5(1): 71 -89.

Zainal Amin Ayub. (2001). E-Dagang: Perlindungan Pengguna Di Malaysia. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia: Disertasi LLM.

Zwass, V (1991). Electronic Commerce: Structures and Issue., International Journal of Electronic Commerce. 1 (1): 3-23.

5) AKTA UNDANG-UNDANG

Malaysia (1972). Akta Perihal Dagangan. :P.U.(A)183 1972. Malaysia (1999). Akta Perlindungan Pengguna. :P.U.(A)458 1999.

Malaysia (2011). Akta Perihal Dagangan. :P.U.(A)730 2011.

Malaysia (2011). Akta Kawalan Harga & Antipencatutan. :P.U.(A)723 2011. Lembaga Piawaian Pengiklanan Malaysia (2014). Kod Amalan Periklanan. Oliver Wendel Holmes, Jr (1881), “The Common Law”.

(42)

http://sabahdaily.blogspot.com/2010/07/keselamatan-dalam-pembelian-secara.html.

Malaysia Internet Usage and Telecommunication Report. Dicapai pada 15 Ogos 2014, dari www.internetworldstats.com/stats3.htm

PayPal, Capaian pada 24 Jun 2011, www.wikipedia.com.my/paypal

Statistik E-dagang di Malaysia. Dicapai pada 3 Jun 2011, http://www.slideshare.net/nummerzwei/bezahra-online-business

Referensi

Dokumen terkait

Hasil yang dicapai dari penelitian ini adalah sebuah aplikasi serunai sebagai media pengenalan alat musik tradisional Sumbawa dengan menggunakan sistem berbasis

Kemudian pelaksanan pembelajaran tahfidz di kelas regular yaitu biasanya guru Pendidikan Agama Islam membuka pelajaran dengan menyuruh kepada para siswa untuk

Setelah melakukan kajian mendalam, serta wawancara dan observasi lapangan, maka kinerja pengasuh dalam pembinaan akhlak anak di panti asuhan Kinderhut Indonesia

Dengan demikian, dapat dikatakan bahwa siswa di SMA Negeri Kecamatan Tangerang Kota Tangerang memiliki kebutuhan yang tinggi akan layanan online self-help dengan menampilkan

Oleh karena itu, pada kesempatan kali ini peneliti ingin meneliti lebih lanjut dengan membuat sebuah penelitian dengan judul “Pengaruh Kampanye Pada YouTube Web

SCA yang tidak secara fisik menangani produk UTZ: SCA ini harus mematuhi persyaratan yang berlaku dari Standar Rantai pengawasan (ChoC), walaupun bukan sebagai

‘Allamah bin Baaz berpendapat bahwa wudhu' setelah mengusung jenazah tidak disunnahkan karena hadits yang menjadi landasannya adalah dha'if. Adapun mandi setelah