• Tidak ada hasil yang ditemukan

inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran. pembelajaran dan pengajaran ke peringkat yang lebih tinggi. dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran. pembelajaran dan pengajaran ke peringkat yang lebih tinggi. dalam proses pembelajaran dan pengajaran."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI

PPD KINTA SELATAN 2021

1. OBJEKTIF

a) Mencungkil bakat dan idea guru inovatif untuk mewakili daerah Kinta Selatan dalam inovasi anjuran JPN Negeri Perak dan ke peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

b) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran.

c) Mengalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

d) Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

e) Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain.

f) Memupuk budaya reka cipta dalam kalangan guru.

2. KELAYAKAN PENYERTAAN

a) Pertandingan ini terbuka kepada semua guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan daerah Kinta Selatan.

b) Bagi penyertaan kategori kumpulan dan bukan individu, bilangan ahli hendaklah antara 2-3 orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah/institusi yang sama.

c) Inovasi yang telah memenangi emas dalam pertandingan anjuran KPM, JPN dan PPD tidak layak bertanding.

d) Pengecualian diberikan kepada inovasi yang telah membuat

penambahbaikan dan pengubahsuaian yang jelas serta berkesan untuk dipertandingkan semula.

e) Pengecualian diberikan juga kepada inovasi yang tidak berjaya dalam pertandingan pada tahun 2020 dan inovasi tersebut telah dibuat

penambahbaikan.

f) Produk inovasi yang sudah dikomersialkan di pasaran tidak layak mengikuti pertandingan ini.

(2)

3. KATEGORI PERTANDINGAN Pertandingan dibahagikan kepada :

i) Kategori Individu Sekolah Rendah ii) Kategori Individu Sekolah Menengah

iii) Kategori Kumpulan Sekolah Rendah dan Menengah

4. TARIKH PERTANDINGAN 15 -25 Jun 2021

(Saringan Penjurian kertas kerja dan link video Inovasi) 15-25 Jun 2021

(Pembentangan Kajian Tindakan & Saringan Penjurian) *tertakluk kepada perubahan

5. TEMPAT PERTANDINGAN PPD Kinta Selatan

(*Tertakluk pada perubahan)

6. TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN PENYERTAAN

a) Borang pertandingan boleh dimuat turun di portal Laman Inovasi PPD Kinta Selatan di http://www.inovasikis.ppdks.edu.my/.

b) Selain borang pertandingan yang disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar, peserta diminta untuk menyediakan 1 salinan kertas projek, pautan link video Inovasi (google drive,youtube setting unlisted atau public) dan abstrak

(Microsoft word), dan perlu dihantar pada atau 4 Jun 2021 ke http://www.inovasikis.ppdks.edu.my/.

7. KOD ETIKA

a) Dalam semua langkah kajian ilmiah, peserta mestilah menjaga integriti. b) Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau penipuan seperti

memalsukan data atau nota, mencetak rompak dan menggunakan karya penyelidik lain.

c) Pihak urus setia berhak untuk memelihara dan menyimpan hasil kajian peserta serta didokumentasikan dalam bentuk prosiding.

(3)

8. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK

Penerangan

Kertas kerja

Jenis dan Saiz Fon

 Fon yang dibenarkan untuk menaip manuskrip ialah Arial dengan saiz fon 11. Walau bagaimanapun, size huruf dalam rajah atau jadual boleh disesuaikan mengikut keperluan muka surat. Simbol matematik dibenarkan taip menggunakan fon Latex.

Penjarakan Baris (Line Spacing)

Gunakan penjarakan satu baris (single spacing) pada tajuk, penulis, abstrak dan rujukan.

Gunakan penjarakan 1.5 baris (1.5 spacing) untuk semua teks penulisan dan teks dalam jadual.

 Pastikan terdapat satu baris kosong antara subtajuk dengan teks.

Birai (Margin)

 Gunakan jidar 1 inci (2.54cm) pada bahagian atas, bawah, kiri dan kanan setiap muka surat.

Jenis Kertas

 Saiz kertas ialah A4 (210mm x 297mm) yang berkualiti tinggi dan berat minimum 80g

Penomboran muka surat

 Semua halaman hendaklah dinomborkan pada sebelah kanan di bawah muka surat.

Perenggan & Ensotan (Indention)

 Ensot (Indent) pada baris pertama setiap perenggan. Tidak perlu satu baris kosong antara perenggan.

Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek menggunakan huruf besar. Panjang tajuk tidak melebihi 15 patah perkataan

Penulis Nyatakan nama peserta/penulis kertas kerja dan institusi/sekolah serta e-mel pembentang kertas kerja

Abstrak

 Sinopsis kepada keseluruhan kajian yang komprehensif (Nyatakan persoalan kajian, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan kajian).

 Penulisan abstrak hendaklah dalam satu perenggan sahaja dan jarak satu baris (single spacing dalam satu muka surat)

 Panjang abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan.  Tidak perlu teks condong (Italics)

(4)

 Kata kunci hendaklah disertakan.

Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik.

Pendahuluan

Objektif, Kumpulan sasaran, latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi). Isu/Masalah yang ditangani oleh inovasi.

Metodologi / Proses kajian

Reka bentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, rawatan dan prosedur yang dijalankan.

Huraian inovasi

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi Cara inovasi digunakan

Kos bagi menghasilkan inovasi

Manual operasi Terangkan proses kerja yang digunakan dalam pengumpulan data dan pemerhatian.

Hasil kajian Analisis kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan

Perbincangan dan keputusan

Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik.

Keberkesanan inovasi kepada pembelajaran dan pengajaran (sertakan bukti)

Sebar Luas

Kepada guru-guru ( LADAP ) Kepada murid dalam PdP Kepada sekolah lain Laporan bergambar Surat jemputan

Rujukan Penulisan rujukan menggunakan sistem APA (American Psychological Association) terkini.

(5)

10. Video

a) Peserta diberi masa tidak lebih 10 minit untuk membentangkan inovasi dalam Bahasa Melayu.

11. KRITERIA PENGADILAN

a) Panel hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria yang berikut:

i) Kreativiti dan Inovasi ii) Bentuk Inovasi

iii) Aplikasi Inovasi

iv) Penggunaan Hasil Inovasi

v) Potensi Inovasi Untuk Disebarluaskan vi) Keberkesanan Kos

vii) Kertas Projek

viii) Kreativiti persembahan video

b) Penghakiman akan mengambil kira pengetahuan peserta mengenai reka cipta yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan

dan penyediaan untuk hasil tersebut. Yang berikut ialah perincian kriteria pemarkahan:

Instrumen pemarkahan adalah seperti yang berikut :

Bil Aspek Penyataan

1 A

Kreativiti dan Inovasi

(20%)

1.1 Idea yang kreatif (4%)

1.2 Berfokus kepada objektif inovasi (4%) 1.3 Pendekatan PdP yang kreatif (4%) 1.4 Relevan dengan keperluan masa (4%) 1.5 Inovasi yang menarik perhatian (4%)

2 B

Bentuk Inovasi (20%)

2.1 Jelas (4%)

2.2 Kemas dan teratur (4%) 2.3 Mesra pengguna (4%) 2.4 Kepelbagaian guna (4%) 2.5 Mesra alam (4%)

3 C

Aplikasi inovasi 3.1

Hasil inovasi memudahkan guru untuk mengajar (5%)

(6)

(15%)

3.2 Hasil inovasi berupaya menjimatkan masa guru mengajar (5%)

3.3 Hasil inovasi meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar (5%) 4 D Penggunaan hasil inovasi (15%)

4.1 Menarik minat murid untuk belajar (5%) 4.2 Membantu murid memahami pelajaran

(5%)

4.3 Meningkatkan prestasi murid (5%)

5 E

Potensi inovasi untuk disebar luas

(10%)

5.1 Disebar luas kepada guru di sekolah calon (5%)

5.2 Disebar luas kepada guru di sekolah lain (5%)

6 F

Keberkesanan kos (10%)

6.1 Kos penghasilan bahan berpatutan (5%) 6.2 Kos berkurangan berbanding dengan

pendekatan konvensional (5%)

7 G

Persembahan Video 5%

Kreatif, mudah difahami dan memnuhi semua instrument diatas

8 H

Kertas Projek (5%)

Kertas kerja dihantar dalam tempoh ditetapkan dan mengikut format, kemas serta menarik.

12. ANUGERAH DAN HADIAH

a) Reka cipta/inovasi akan diberikan markah mengikut lapan kriteria yang disebut di atas. Markah maksimum ialah 100%. Anugerah pemenang berdasarkan peratusan markah yang berikut:

EMAS : 85% – 100% PERAK : 70% - 84% GANGSA : 60% - 69% Penyertaan: 0%-59%

b) Setiap individu atau kumpulan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas atau Perak atau Gangsa.

(7)

13. PENGISYTIHARAN PEMENANG

a) Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang diberi pada hari pertandingan.

14. PENAFIAN (‘DISCLAIMER’)

a) Jawatankuasa Penganjur akan bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.

b) Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.

c) Dalam kes bahan penyertaan yang belum diberikan surat hak cipta oleh pihak berkuasa tertentu, sebarang keputusan yang menggagalkan atau sebaliknya oleh Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur tidak akan terikat dari segi undang-undang atau tidak boleh digunakan untuk membantu mendapatkan “patent” atau mendaftarkan bahan tersebut mengikut undang-undang tertentu. d) Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa kebanyakan negara

lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hak cipta di bawah undang-undang hak cipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hak cipta dan hak pendaftaran mereka bagi menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hak cipta akibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang rampasan hak cipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan ini.

Referensi

Dokumen terkait

Kualitas transformasi pengetahuan ditunjukkan dengan nilai dari hubungan saling mempengaruhi (korelasi) antara lima disiplin belajar yaitu disiplin keahlian pribadi, disiplin berbagi

hidr drog ogena enasi si ber berta taha hap p da dala lam m pe pemb mben entu tukan kan HM HMD. Pr Pros oses es kom komer ersi sial al de deng ngan an bah bahan an

Kegiatan orientasi dilakukan pada setiap anggota yang masuk ke bagian Komite Pencegahan dan Pengendalian Infeksi Rumah Sakit Umum Mitra Paramedika.. Pada tahap

Berdasarkan hasil Pengujian rangkaian ADC pada Tabel 3 didapatkan hasil konversi diatas merupakan hasil keluaran penguat Op-Amp yang disesuaikan dengan range tegangan

Pasal 11 UU PTPK: Dipidana dengan pidana penjara paling singkat 1 (satu) tahun dan paling lama 5 (lima) tahun dan/ atau pidana denda paling sedikit Rp 50.000.000,00 (lima

Sistem panas bumi vulkanik adalah sistem panas bumi yang berasosiasi dengan gunungapi api Kuarter yang umumnya terletak pada busur vulkanik Kuarter yang memanjang

bershalawat kepada Nabi Muhammad saw. Muhammad adalah manusia yang diciptakan oleh Allah seperti dengan manusia yang lainnya, dilengkapi akal dan hawa nafsu,

Brez aplikacije dictyExpress bi lahko v GenBoardu ročno izbrali vhodne podatke (objekt z izraznimi profili, seznam identifikatorjev genov, funkcijo razdalje in mera podobnosti)