• Tidak ada hasil yang ditemukan

SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO TEACHING. Disediakan untuk: DR FARAH MOHAMAD ZAIN. Disediakan oleh:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO TEACHING. Disediakan untuk: DR FARAH MOHAMAD ZAIN. Disediakan oleh:"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

SGDK 4042

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

REFLEKSI MACRO TEACHING

Disediakan untuk:

DR FARAH MOHAMAD ZAIN

Disediakan oleh:

NAMA

NO MATRIK

FATIMAH BINTI MOHD ZAINOL

824698

Tarikh hantar:

20 APRIL 2019

(2)

KANDUNGAN

1.0 Cabaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Moral.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Plan)

3.0 Sebelum Macro Teaching

3.1 Perancangan Pendahuluan

3.2 Perancangan Penyampaian

3.3 Perancangan Penilaian

4.0 Semasa Macro Teaching

4.1 Pelaksanaan Pengajaran

4.2 Set Induksi

4.3 Langkah-Langkah

4.4 Penilaian

4.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm)

5.0 Selepas Macro Teaching

5.1 Bagaimanakah Alat Bantu Mengajar Membantu Kamu Mengajar?

5.2 Huraikan Pengalaman Mengajar Dalam Macro Teaching

5.3 Apakah Penambahbaikan Yang Akan Kamu Lakukan Dalam Kelas Sebenar?

5.4 Apakah Cabaran Utama Kamu Semasa Mengajar?

6.0 Kesimpulan

(3)

1.0 CABARAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

MORAL

Pendidikan Moral merupakan salah satu subjek atau mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh pelajar bukan Muslim yang bersekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini sudahpun lama diperkenalkan dengan bertujuan untuk menerapkan nilai- nilai murni dalam kalangan pelajar berdasarkan pelbagai agama, budaya dan bangsa dalam masyarakat majmuk. Seiring dengan kemajuan zaman, acap kali mendengar isu- isu sosial berlaku oleh kerana kurangnya penerapan nilai- nilai murni dalam jiwa individu itu sendiri. Walaupun begitu, isu yang perlu diutamakan adalah penerapan nilai murni dalam jiwa pelajar itu sendiri sama ada bermula dari rumah mahupun di sekolah. Aspek- aspek keperibadian diri, keluarga, masyarakat dan negara telah pun diterapkan ke dalam Sukatan Pembelajaran Pendidikan Moral Standard Sekolah Menengah bagi memperelokkan keperibadian murid dalam pembentukan sahsiah dan akhlak.

Sebab utama yang mempengaruhi gejala moral biasanya di peringkat remaja di mana mengikut kajian psikologi, golongan remaja pada peringkat ini sedang mencari identiti mereka sendiri dan mahukan kebebasan. Oleh sebab itu, cabaran dalam menerapkan akhlak dan sahsiah dalam kalangan pelajar bermula dari kanak- kanak dan remaja. Di samping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga sangat menekankan aspek Pendidikan Moral tidak kira di peringkat sekolah rendah dan juga peringkat sekolah menengah. Seterusnya, wujudnya segala masalah telah mengakibatkan wujudnya pelbagai cabaran dalam isu Pendidikan Moral. Antaranya adalah wujudnya isu- isu yang mengatakan bahawa pengajaran Pendidikan Moral sudah tidak relevan diajar dalam silibus kerana guru tidak mempunyai latihan yang khusus dalam mengajar subjek ini disamping hanya menekankan hafalan nilai murni semata- mata tanpa dipraktikkan di situasi yang sebenar.

(4)

Sebenarnya, guru merupakan insan yang paling dekat dengan pelajar di mana personaliti seseorang guru itu sangat mempengaruhi pembentukan pelajar. Dapat kita lihat di mana kebanyakan pelajar yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang guru, mereka akan lebih berpotensi untuk mengikut personaliti guru tersebut. Inilah yang dikatakan dalam teori Albert Bandura bahawa guru merupakan “role model” kepada para pelajar sama ada secara terus atau tidak langsung. Secara khususnya, personaliti merupakan perwatakan yang lahir daripada nurani diri seseorang. Jika baik personaliti, maka baiklah acuannya.

Sangatlah ditikberatkan bahawa Pendidikan Moral amat penting sebenarnya di dalam silibus pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, namun matapelajaran ini dipandang endah dan dikatakan tidak penting. Oleh sebab itu, ramainya guru yang bukan bidang menganggap mana- mana guru boleh mengajar subjek ini walhal subjek ini sangat rumit dan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh pelajar bukan Muslim.

Cabaran lain pula adalah kekurangan pengetahuan dan kaedah pendekatan yang perlu untuk matapelajaran Pendidikan Moral. Seperti kita lihat pada masa kini, di sekolah mahupun mana- mana tempat, jelaslah bahawa pendekatan yang digunakan oleh guru adalah tidak bersesuaian dengan penerimaan kognitif pelajar seperti pendekatan sedia ada yang telah digunakan seperti lebih berpusatkan guru dan hanya penerangan yang diberikan.

Kesimpulannya, Pendidikan Moral bukanlah mudah seperti yang diperkatakan. Bagi mana- mana guru yang akan mengajar bidang Pendidikan Moral perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan agar dapat menarik minat para pelajar bukan Muslim terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

(5)

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (LESSON PLAN)

Peringkat Aktiviti Strategi

pengajara n dan pembelaja ran ABM Rasional Set Induksi 5 minit) 1. Guru memaparkan sebuah video yang berkaitan kekeluargaan 2. Para pelajar diminta untuk tunduk ke bawah 3. Pelajar diminta untuk membayangka n dua situasi yang diberikan oleh guru 4. Guru mengaitkan imaginasi murid dengan tajuk hari ini. 5. Guru menyenaraikan objektif pembelajaran. Guru – pelajar Video Untuk menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

(6)

Aktiviti Pertama (15 MINIT) 1. Guru memberikan penerangan tentang konsep tanggungjawab 2. Guru menjelaskan konsep keluarga bahagia 3. Guru menerangkan setiap objektif pembelajaran 4. Guru meminta wakil untuk mencabut stick di laci bertuah 5. Guru meminta

wakil yang terpilih daripada setiap kumpulan untuk tampil kedepan 6. Guru memberi arahan kepada pelajar untuk bermain permainan ini. Guru – pelajar – alat bantu mengajar ‘TOUCH AND GO Untuk menambahka n kemahiran kepekaan para pelajar sepanjang pembelajaran Aktiviti Kedua (5 minit) 1. Wakil setiap kumpulan diminta untuk mengambil bahan yang diberikan guru. 2. Guru memberikan arahan kepada para pelajar. 3. Pelajar diminta untuk membentankan hasil perbincangan Pelajar – alat bantu mengajar ‘PETA I THINK Untuk membentuk semangat berpasukan antara pelajar. Untuk mengembang kan idea para pelajar.

(7)

Perancang an Guru memberitahu pelajar bahawa mereka diberikan masa sebanyak 10 minit untuk berbincang dalam kumpulan. Guru - pelajar Untuk memberikan masa kepada pelajar untuk mengembang kan idea. Aktiviti Ketiga (10 minit) 1. Pelajar diminta menampalkan hasil perbincangan di belakang kelas. 2. Setiap kumpulan

perlu berjalan dan mengambil input penting daripada kumpulan lain. 1. Pelajar diminta untuk mencatat info penting Pelajar - pelajar ‘GALLE RY WALK Untuk memberikan para pelajar tentang pengukuhan nilai murni. Penutup (5 minit) 1. Guru memberikan penutup kepada topik yang telah dipelajari. 2. Pelajar

berkongsi pendapat mereka tentang tajuk yang dipelajari. Guru – pelajar Untuk menegaskan objektif yang telah dipelajari.

(8)

3.0 SEBELUM MAKRO PENGAJARAN

3.1 PERANCANGAN PENDAHULUAN

Sebelum memulakan sesi pengajaran makro, guru pelatih diminta untuk merancang dan merencanakan persediaan pengajaran yang lengkap bagi memudahkan untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang ketahui, tujuan utama objektif pembelajaran setiap proses pengajaran dan pembelajaran adalahbagi membolehkan para pelajar menguasai dan mencapai sasaran yang dirancang. Di samping itu, guru perlu mengetahui sasaran pelajar yang akan diajar . Ini kerana tahap pelajar akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang Namun perlu diingatkan, pencapaian objektif tidak mungkin selalu akan tercapai. Ini kerana, tahap kognitif dan intelektual para pelajar adalah berbeza. Justeru, guru perlu bijak dalam menyusun dan merancang proses pembelajaran. Perancangan dan persediaan yang lengkap akan membantu melancarkan penyampaian semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan dengan lebih berkesan dan lebih tersusun. Perancangan pendahuluan ini dapat dikategorikan seperti di bawah:-

a. Penentuan topik

b. Kebolehan sedia ada pelajar

c. Objektif dan hasil pembelajaran.

3.1.1 Penentuan Topik

Penentuan topik dapat ditentukan berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu sendiri. Ini bermakna setiap guru amat perlu menguasai setiap skop yang ditetapkan bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru terlatih pada masa kini lebih banyak didedahkan dengan pelbagai cara seiring dengan aras pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) pada alaf yang ke 21 ini.

(9)

3.1.2 Kebolehan Sedia Ada

Di samping menentukan sesuatu tajuk yang akan dipelajari, setiap guru tidak kira guru pelatih atau guru sekolah perlu menyesuaikan sesuatu tajuk berdasarkan pengalaman dan kebolehan sedia ada yang dimiliki oleh para pelajar. Ini kerana ia akan dapat membantu dalam memudahkan kefahaman para pelajar kerana situasi tersebut memang wujud sekitar persekitarannya. Bukan itu sahaja, kebolehan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri akan membantu pelajar untuk lebih mendalami sesuatu ilmu yang diajar dan dipelajari .

3.1.3 Objektif dan Hasil Pembelajaran

Secara umumnya, objektif dan hasil pembelajaran adalah sesuatu yang boleh diukur oleh guru sama ada daripada sudut kefahaman mahupun penguasaan. Kefahaman dan penguasaan dapat ditentukan pada akhir sesi pembelajaran dengan menilai sejauh mana respon para pelajar terhadap tajuk yang dipelajari. Ini dapat dilihat dengan menilai sejauhmana kefahaman dan fokus pelajar terhadap kesuluruhan pembelajaran. Sekiranya pelajar banyak memberi tindak balas dengan menjawab soalan contohnya, ini dapat dikira dengan hasil pembelajaran iaitu berapa bilangan pelajar yang faham dan kurang faham.

3.2 PERANCANGAN PENYAMPAIAN

Bagi menyampaikan sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan, guru perlu menyusun perancangan penyampaian dan memikirkan strategi yang akan digunakan dalam penyampaian. Pemilihan strategi yang lengkap dan teliti akan membantu dalam penyampaian yang lebih berkesan dan interaktif serta dapat meningkatkan mutu penyampaian. Selain itu, penyampaian yang berkualiti akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menjadikan sistem pembelajaran yang lebih bermakna serta dapat

(10)

menyeronokkan lagi para pelajar. Teknik Perancangan penyampaian dapat dikategorikan kepada beberapa skop iaitu:-

a. Penentuan strategi pengajaran

b. Penentuan masa

c. Pemeringkatan isi

d. Pemilihan sumber

Antara teknik yang guru pelatih telah lakukan adalah strategi penyampaian. Strategi penyampaian merangkumi teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru pelatih. Justeru pada langkah pertama guru pelatih telah menggunakan teknik imbas kembali. Imbas kembali ini merujuk kepada perkaitan dengan pengalaman yang telah dialami. Selain itu, guru pelatih juga menggunakan teknik video multimedia yang berkait dengan tajuk yang akan dipelajari. Teknik video ini bertujuan untuk menarik fokus pelajar untuk mengamati sesuatu situasi dengan realiti hidup mereka. Teknik yang seterusnya adalah teknik dan kaedah pembelajaran PAK-21 iaitu “Touch and Go” iaitu teknik yang berpusatkan murid. Pada peringkat ini, pelajar diminta untuk menyesuaikan jawapan yang diberi dengan soalan yang disediakan. Diikuti pula dengan aktiviti kedua iaitu Peta I think di mana para pelajar. Seterusnya penggunaan kaedah “Gallery Walk” .

Bagi skop penentuan masa pula, guru pelatih merancang tempoh masa sepanjang proses pdp adalah selama 40 minit, tetapi disebabkan kekangan masa, disingkatkan kepada 30 minit dan guru pelatih cuba untuk mengehadkan proses perancangan pdp.

Pemeringkatan isi pula merangkumi isi yang dirancang untuk dipelajari sesuai dengan aras kognitif dan intelektual para pelajar. Setersnya pemilihan sumber adalah berdasarkan buku teks tingkatan 2 dan juga DSKP Pendidikan Moral Tingkatan 2.

(11)

Perancangan penilaian merupakan antara langkah yang utama juga sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru seharusnya menilai dahulu adakah tajuk yang akan dipelajari benar- benar sesuai seiring dengan tahap intelektual para pelajar. Penilaian amat penting dan perlu berdasarkan kepada taksonomi bloom dimana dengan menilai mengikut aras tersebut, ia dapat membantu para guru sejauh mana keupayaan para pelajar dalam memahami silibus yang akan dipelajari.

4.0 SEMASA MAKRO PENGAJARAN 4.1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN

Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan adalah satu set andaian yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Semasa hendak memulakan sesi pengajaran, guru pelatih hendaklah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran bermula dari set induksi, langkah- langkah, penilaian dan seterusnya alat bantu mengajar yang akan digunakan. Keempat- empat perkara ini sangatlah penting dan amat dititikberatkan dalam sesi makro pengajaran. Perlaksanaan pengajaran yang teratur dan tersusun akan membantu guru didsamping dapat menarik minat para pelajar menggalakkan lagi untuk belajar.

Menurut Thomas (1989), teori amat membantu guru bagi mendalami dan mengatasi masalah pembelajaran dan teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri seperti dapat menjelaskan fakta dengan mudah dan difahami.

4.2 SET INDUKSI

Set induksi adalah antara langkah utama sebelum memulakan sesi pembelajaran dimana set induksi ini bertujuan untuk mengaitkan tajuk yang akan dipelajari dengan pengalaman yang telah dialami. Lazimnya, guru- guru akan menggunakan sebarang idea bagi

(12)

melaksanakan set induksi samada dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti video mahupun imaginasi para pelajar. Berdasarkan tugasan ini, guru pelatih menggunakan video sebagai set induksi dimana ia mengaitkan kisah didalam video dengan pengalaman para pelajar. Selain itu, guru pelatih juga mengaitkan video dengan imaginasi para pelajar melalui isu sensitiviti seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa. Ini kerana ibu bapa adalah orang terpenting di dalam setiap kehidupan. Bagi melaksanakan set induksi ini, tempoh yang diperlukan adalah antara 3 hingga 5 minit.

Di dalam set induksi, guru pelatih meminta para pelajar untuk memejamkan mata dimana guru pelatih memberikan situasi berkaitan ibu bapa dan para pelajar dapat memberikan respon yang positif terhadap situasi yang diberikan .

Daripada Imaginasi, pelajar dapat melahirkan rasa ingin tahu untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu topik yang akan dipelajari. Melalui teknik ini, para pelajar akan cuba berfikir tentang apa dan kenapa guru mengaitkan situasi tersebut dengan pengalaman pelajar.

Selain itu, guru berperanan penting dalam mengaplikasikan kelebihan imaginasi yang sedia ada dalam diri pelajar dengan pengalaman yang telah dialami oleh para pelajar. Melalui teknik ini, para pelajar akan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam proses pdp yang dijalankan.

4.3 LANGKAH- LANGKAH

4.3.1 AKTIVITI UTAMA ( TOUCH AND GO)

Pada langkah utama, guru pelatih menfokuskan penerangan objektif pembelajaran kepada para pelajar dimana objektif pembelajaran tersebut dikaitkan dengan pengalaman para pelajar. Di samping menerangkan setiap skop yang ditekankan, guru pelatih menjalankan satu aktiviti yang dinamakan “ Touch n Go” dimana permainan aktiviti ini boleh digunapakai pada mana- mana langkah sebenarnya tidak kira sebarang matapelajaran seiring dengan

(13)

pembelajaran abad ke-21 . Dalam tugasan ini, guru pelatih mengaplikasikan pemainan “ Touch and Go” di langkah utama. Permainan ini amat meransang kepada penglibatan para pelajar aktif dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan, bahkan ia turut melatih para pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menjawab soalan . Seterusnya, permainan “ Touch and Go” ini juga sesuai diaplikasikan dalam matapelajaran yang lain kerana permainan ini berkonsepkan umum. Aktiviti utama melibatkan permainan ini dapat dijalankan dalam tempoh 15 minit. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa para pelajar amat berminat dengan permainan ini kerana ia memrlukan kecerdasan dan intelektual yang cekap dalam menjawab soalan disamping ia membantu para pelajar lebih pantas untuk berfikir.

4.3.2 AKTIVITI KEDUA ( PETA I- THINK)

Di dalam aktiviti kedua ini, guru pelatih meminta para pelajar untuk berada di dalam kumpulan yang telah diberikan dan pelajar perlu berkongsi idea dan pendapat tentang tajuk yang telah dipelajari. Setiap pendapat yang telah diberi perlu dicatat oleh wakil dalam peta I think bagi memudahkan kefahaman dan pengukuhan di samping akan lebih muda diterangkan sewaktu pembentangan hasil kumpulan masing- masing. Selepas 5 minit, setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil bagi membentangkan hasil perkongsian idea masing- masing.

4.3.3 AKTIVITI KETIGA ( GALLERY WALK)

Proses yang terakhir adalah aktiviti “Gallery Walk” dimana para pelajar diminta untuk menampalkan hasil Peta I think masing- masing di dinding bagi memudahkan kumpulan lain untuk mengambil info penting untuk dicatatkan dalam “sticky note” yang diberikan.

(14)

4.4 PENILAIAN

Di dalam makro pengajaran, guru pelatih menggunakan tiga kaedah pengajaran berkonsep pemusatan murid seiring dengan pembelajaran abad ke-21. Guru pelatih telah menggunakan penilaian sumatif dimana penilaian ini dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman para pelajar terhadap pembelajaran yang telah dipelajari disamping mengukuhkan kefahaman terhadap sesuatu tajuk yang telah dipelajari. Antara penilaian yang telah dilaksanakan oleh guru adalah seperti kuiz, peta yang melibatkan ingatan dan sebagainya.

Faedah yang didapati oleh guru pelatih berdasarkan penilaiannya adalah dapat mengetahui tahap kefahaman murid dalam tempoh masa yang pantas dan cepat. Seterusnya guru pelatih juga dapat mengetahui kelemahan amalan pengajaran guru pelatih sendiri berdasarkan respon pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Yang terakhir adalah huru pelatih dapat memperbaiki cara pengajaran guru pelatih itu sendiri agar dapat membantu dalam mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

4.5 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

Cabaran pendidikan pada masa kini mengalami suatu perubahan yang amat ketara dimana guru perlu bijak memainkan peranan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan interaktif (Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin). Abm sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam dunia pendidikan. Sistem Abm sudah lama diaplikasikan sejak zaman dahulu lagi tetapi belum diangkat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikannya langkah dalam membantu mengawasi sesi pengajaran dan pembelajaran.

(15)

Bahan bantu mengajar yang digunakan dan diaplikasikan oleh guru pelatih terbahagi kepada bahan bantu mengajar elektronik seperti video dan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti papan “Touch And Go”, Peta I think, papan putih dan juga kertas mahjong. Bahan bantu mengajar video digunakan semasa set induksi bagi membantu dalam sesi penghayatan para pelajar dalam menghargai ibu bapa. Bahan bantu mengajar bukan elektronik pula digunakan semasa perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang oleh guru pelatih.

Antara bahan lain yang digunakan oleh guru pelatih adalah buku teks. Buku teks adalah bahan paling utama yang perlu ada dengan guru sebagai rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Tetapi dalam sesi pengajaran guru pelatih, guru pelatih menggunakan teknik pengajaran tanpa menggunakan buku teks bagi memudahkan lagi pengajaran dan membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih mudah dan berkesan kerana kebiasaannya para pelajar kurang menelaah buku dan lebih menggemari aktiviti di dalam kelas.

Dalam tugasan makro pengajaran yang telah dilaksanakan, guru pelatih mampu mengaplikasi BBM yang telah disediakan mengikut apa yang telah dirancang. BBM yang digunakan merangkumi BBM elektronik dan juga BBM bukan elektronik.

5.0 SELEPAS MAKRO PENGAJARAN

5.1 BAGAIMANAKAH ABM MEMBANTU KAMU MENGAJAR?

Alat Bantu Mengajar merupakan satu alternatif yang berkesan serta sangat membantu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan pendidikan alaf ke-21. Alat bantu mengajar merangkumi 2 pembahagian iaitu elektronik dan bukan elektronik. Oleh kerana pendidikan masa kini lebih fokus kepada pembelajaran berpusatkan murid, tidak dapat dinafikan lagi pelajar lebih gemar kepada aktiviti di dalam kelas berbanding penerangan guru

(16)

semata- mata. Tugas guru sebagai pembimbing membantu dan menggalakkan murid untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengeluarkan idea semasa aktiviti dijalankan. Maka persoalannya sejauh manakah alat bantu mengajar membantu dalam sesi pdpc?

Sebagai guru pelatih yang masih di peringkat awal dalam bidang keguruan sangat perlu kepada bantuan mengajar dan rujukan pembimbing. Dengan mengaplikasikan alat bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik akan membantu guru pelatih untuk mengawal kelas dengan tersusun dan rapi.

Tujuan penggunaan alat bantu mengajar adalah sebagai panduan dan bantuan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih rapi dan menarik. Ini kerana penggunaan abm sangat membantu guru terutamanya guru pelatih dalam menyampaikan ilmu dengan lebih mudah.

Terdapat banyak kelebihan yang diperoleh guru pelatih menerusi penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas. Saya sendiri sebagai guru pelatih sangat merasakan penggunaan alat bantu mengajar amat membantu dalam pengajaran saya. Kelebihan pertama yang paling utama adalah bahan bantu mengajar membantu saya dalam mengaitkan tajuk yang akan dipelajari dengan alat bantu mengajar elektronik. Video yang ditunjukkan mempunyai makna yang ingin disampaikan seiring dengan tajuk tanggungjawab diri terhadap anggota keluarga. Video yang ditunjukkan telah dirasai oleh para pelajar kerana penghayatan yang sangat mendalam.

Seterusnya alat bantu mengajar kedua yang telah saya gunakan papan “Touch And Go”. Fungsi saya menggunakan kaedah ini sebagai aktiviti utama adalah supaya para pelajar dapat mengaplikasikan pengajaran yang telah dipelajari di samping menjadi aktiviti yang menghiburkan . Di dalam aktiviti ini, para pelajar diminta untuk menyesuaikan dan memadankan soalan dan jawapan yang diberikan di samping membantu para pelajar untuk pantas berfikir apa jawapan sebenar kerana masa yang diberikan adalah terhad. Melalui

(17)

aktiviti ini, saya dapat lihat bahawa aktiviti ini membantu saya dalam mengukuhkan lagi kefahaman para pelajar.

Seterusnya, alat bantu mengajar yang saya gunakan adalah peta I Think. Peta I-think ini sebenarnya membantu pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian idea yang telah dirumus dan dipelajari. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran akan lebih berfaedah apabila berlakunya perkembangan idea semasa aktiviti ini.

Umumnya, pengajaran dan pembelajaran mampu menimbulkan minat dan kesungguhan dalam kalangan para pelajar.Teori mengatakan semakin kerap penggunaan bahan bantu mengajar, semakin besar potensi pelajar untuk cemerlang (Rohana Zubir, 1987).

5.2 HURAIKAN PENGALAMAN MENGAJAR DALAM MAKRO PENGAJARAN? Sepanjang pengalaman saya di dalam Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah, banyak input baru yang saya perolehi terutamanya dalam subjek Makro Pengajaran. Mikro pengajaran yang telah diajar dapat membantu saya mengaplikasi dalam kelas sebenar kerana berasaskan ilmu pengetahuan.

Sebagai pengetahuan, saya juga pernah mengajar di beberapa buah sekolah yang mana merangkumi sekolah menengah dan rendah. Jujur saya mengatakan, sangatlah penting ilmu pendidikan kepada mana- mana pihak yang ingin menceburi bidang perguruan. Ilmu mikro pengajaran banyak membantu saya dalam meyusun langkah dan aktiviti pengajaran bagi mewujudkan aktiviti dan proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Ilmu mikro pengajaran sangat mengajar dan mementingkan tatacara pengajaran dan pembelajaran bermula set induksi, langkah utama, langkah kedua, langkah ketiga dan penutup. Selain itu, etika semasa memasuki kelas juga sangat dititikberatkan di mana sebagai guru pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran perlulah dalam keadaan yang bersih

(18)

dan sedikit serius. Ini kerana, sebagai seorang guru terutamanya bagi guru pelatih yang masih baru perlu sedikit serius dan tidak membiarkan para pelajar tidak menghormati kita. Dengan cara itu, akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

5.3 APAKAH PENAMBAHBAIKAN YANG AKAN KAMU LAKUKAN DALAM KELAS SEBENAR?

Sebagai guru pelatih yang masih baru dalam bidang perguruan pasti perlu membuat banyak penambahbaikkan kerana masih lagi belajar dan masih di peringkat awal lagi. Antara cadangan awal bagi penambahbaikkan adalah dari sudut pengurusan masa. Pada aspek pengurusan masa ini merujuk kepada pembahagian aktiviti dapat dilaksanakan dalam masa yang telah ditetapkan. Pada pandangan saya, dalam pengajaran Pendidikan Moral khususnya, perancangan pengajaran perlu dihadkan kepada 2 atau 3 unit kecil sahaja bagi satu masa. Ini kerana penerimaan kognitif pelajar adalah berbeza dengan penerimaan kita. Sebahagian pelajar tidak mampu untuk memahami kesemua unit.

Selain itu, perkara yang perlu saya membuat penambaikkan adalah mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas. Ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar untuk terus bergiat aktif dalam kelas sepanjang proses pdpc. Aktiviti yang pelbagai sememangnya akan mempengaruhi para pelajar untuk terus memberi tumpuan dalam pembelajaran dan membantu para pelajar untuk cepat dan pantas mengeluarkan idea serta pendapat yang relevan.

(19)

5.4 APAKAH CABARAN UTAMA KAMU SEMASA MENGAJAR?

Sememangnya tidak dinafikan lagi, sangat sukar untuk mengawal pembelajaran matapelajaran Pendidikan Moral kerana subjek ini sangat dianggap mudah oleh semua pihak. Namun sebenarnya subjek Pendidikan Moral mempunyai cabaran yang sangat besar kerana subjek ini melibatkan pelajar bukan muslim dan tidak semua akan patuh kepada kita guru Melayu. Ini isu pertama yang merupakan cabaran kepada para guru Pendidikan Moral.

Cabaran yang kedua adalah teknik pembelajaran . teknik pembelajaran ini merujuk kepada aktiviti yang dijalankan dan kaedah apa yang digunakan semasa pembelajaran. Agak sukar sebenarnya untuk merancang aktiviti di dalam kelas seiring dengan masa 40 minit yang telah dihadkan. Biasanya di waktu subjek pendidikan moral, para pelajar akan mudah dan kerap merasa bosan dengan pembelajaran kerana prinsip di dalam diri mereka sendiri yang tidak mahu menerima pengajaran itu dan menganggap itu sesuatu yang mudah.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang makro pengajaran, dapat disimpulkan beberapa kekuatan dan kelemahan saya sebagai guru pelatih yang masih di peringkat awal. Antaranya adalah bahan bantu mengajar sangat membantu dalam makro pengajaran di samoing dapt meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar. Peringkat paling utama yang perlu dititikberatkan adalah pada peringkat set induksi. Ini kerana set induksi merupakan pembayang kepada isi yang akan disampaikan. Lazimnya jika bermula dengan set induksi yang menarik, maka akan dikuti dengan sesi pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan. Di samping itu, kekuatan yang kedua adalah suara yang lantang. Apa yang saya dapat simpulkan bahawa jika seseorang guru memiliki suara yang lantang akan mempengaruhi tindak balas para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan para

(20)

pelajar sentiasa tumpu dalam pembelajaran, suara seorang guru perlulah jelas dan lantang apabila menyampaikan ilmu.

Seterusnya aktiviti yang melibatkan pengukuhan kefahaman para pelajar merupakan langkah yang baik kerana menerusi aktiviti pengukuhan akan mewujudkan suasana yang ingi bersaing dalam kalangan para pelajar. Selain itu, guru juga mestilah kerap memeriksa latihan yang diberikan para pelajar kerana dari situlah guru boleh menilai sejauh mana kefahaman para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Daripada aspek kelemahan pula, guru pelatih tidak dapat menepati masa yang ditetapkan dan yang telah disusun mengikut langkah demi langkah kerana berkemungkinan disebabkan masa yang terhad ataupun aktiviti yang melibatkan tempoh masa yang panjang. Ini kerana, kadangkala terdapat masalah dan gangguan berlaku di luar jangkauan atau luar kawalan kita. Sebagai guru pastinya mempunya tujuan dan objektif yang hendak disampaikan, tetapi bukanlah perkara mudah untuk menjadikan para pelajar faham sepenuhnya apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana setiap penerimaan pembelajaran adalah bergantung tahap kognitif pelajar itu sendiri. Oleh itu, guru pelatih hendaklah peka terhadap kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaraan. Setiap kelemahan harus dibuat penambaikkan dan kekuatan terus jadi amalan agar mampu melahirkan para pelajar yang bijaksana dalam kurikulum.

(21)

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL

(22)

SESI MAKRO PENGAJARAN

RUJUKAN

Anthony, Edward M. 1963. “Approach, Method, and Technique”. English Learning 17: 63-67. An Arbor: University of Michigan Press.

Thomas, C., Englert, C., and Gregg, S. (1987). An analysis of errors and strategies in the expository writing of learning disabled students. Remedial and Special Education, 8, 21-30. Thomas, R.L. (2009). Using distance learning to increase literacy among TANF participants. Journal of Technology in Human Services, 27(3), 216-226.

Bloom, B.S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summative evaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher.

Glaser, R. (1973). “A Creterion-Referenced Test”, dlm. Popham, W.J (ed.) Criterion-referenced measurement, An introduction. New Jersey: Educational Technology Publication.

Pusat Perkembangan Kurikulum.( 1996). Penilaian kendalian sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur kami panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi dengan judul ³ Pengaruh Rasio Teh Hitam - Daun Meniran dan Suhu

Berdasarkan hasil analisis regresi linier yang telah dilakukan penulis, dapat disimpulkan bahwa secara simultan atau bersama- sama, semua indikator kinerja dan

Perpustakaan ada ruangan yang berisikan kumpulan buku ilmu pengetahuan. Pada bangunan Surakarta Fun Kidspace, perpustakaan dapat dinikmati oleh semua kalangan dari

Dengan melakukan variasi terhadap jenis fungsi aktivasi yang diberikan dan unit tersembunyi pada struktur struktur JST, akan dilihat bagaimana respon dari pelatihan

Nilai koefisien korelasi yang positif mengandung artinya bahwa persepsi yang positif dari responden terhadap manfaat PNPM-MP akan meningkatkan motivasinya

Berdasarkan pertentangan antar penelitian- penelitian terdahulu (research gap) yang dijelaskan di atas, maka penelitian ini perlu dilakukan untuk menelaah kembali

selalu terjaga keberadaannya. Sebagian besar responden telah menyadari bahwa tindakan konservasi yang dilakukan hari ini merupakan tabungan bagi generasi

Tingkat pencemaran Turbidity terjadi hanya pada kategori kelas pencemaran Tidak Tercemar meliputi areal seluas 3348,15 Ha atau 61,54% dari luas Sub DAS Way Kandis Hulu