• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN TAHUNAN. InQKA InQKA InQKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN TAHUNAN. InQKA InQKA InQKA"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN TAHUNAN

InQKA 2017

(2)

2017

2017

2017

Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu

LAPORAN

Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu

TAHUNAN

(3)

KANDUNGAN

Bab 1

Pendahuluan...4

Bab 2

Aktiviti Kualiti...4

Bab 3

Sistem Kualiti Universiti...6

Bab 4

Kecemerlangan Operasi...7

Bab 5

Web Media dan Media Sosial...8

5.1 Pengurusan Laman Web Universiti...8

5.2 Media Sosial Rasmi UiTM...8

Bab 6

Penarafan Universiti...10

6.1

Pencapaian Penarafan...10

6.2 13 QS Apple Conference and Exhibition...11

Bab 7

Jaminan Kualiti Dalaman (IQA)...12

7.1 Akreditasi Program...12

7.2

Penilaian Kendiri (COPIA)...12

Bab 8

Inovasi dan Kreativiti...13

8.1 Pencapaian Utama KIK UiTM...14

8.2

Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)...15

8.3 KIK Peringkat IPTA...15

8.4 Konvensyen KIK Peringkat Zon UiTM...15

8.5 Konvensyen KIK Peringkat UiTM...16

8.6 KIK Pelajar...18

th

(4)

BAB 1 PENDAHULUAN

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) bertanggungjawab ke atas perihal kualiti di Universiti Teknologi MARA. Sebagai pusat pengurusan kualiti, InQKA mengurus serta menjadi pemangkin kepada aktiviti berkaitan kualiti yang dijalankan bukan sahaja di peringkat kampus induk dan fakulti di Shah Alam, waima di peringkat cawangan serta kampus-kampus satelitnya, demi memastikan kepatuhan keseluruhan universiti kepada i) Code of Practice for Institutional Audit (COPIA), ii) Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA), iii) ketetapan badan-badan profesional serta iv) keperluan ISO 9001.

Meneruskan legasi jaminan kualiti, InQKA kekal bertindak sebagai penyelaras utama atau sekretariat universiti bagi urusan audit Pensijilan ISO9001:2008 di peringkat korporat oleh badan pensijilan LRQA; menyelaras urusan penganugerahan kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping meneruskan lain-lain portfolio berkaitan kualiti. Pada tahun 2017 UiTM telah diberi status SWA Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selaras dengan perubahan tersebut, InQKA kini memberi fokus kepada pengurusan akreditasi program disamping meneruskan fokus kepada beberapa projek Headline KPI universiti yang bertujuan untuk i) menambahbaik proses di peringkat operasi bagi seluruh sistem UiTM melalui projek

Operational Excellence (OE), ii) meningkatkan reputasi UiTM menerusi inisiatif Penarafan Universiti (QS

dan THE), dan iii) Inisiatif ketampakan UiTM dipentas digitalisasi global menerusi Pemantapan Web Media UiTM.

BAB 2 AKTIVTI KUALITI

Selaras dengan pemantapan tadbir urus UiTM di bawah program Trans4U peranan InQKA sebagai pusat kualiti universiti telah berjaya menguruskan aktiviti-aktiviti yang menjamin tadbir urus kualiti. Sepanjang tahun 2017 sebanyak 35 aktiviti berbentuk bengkel/latihan/taklimat telah diadakan yang telah dimanfaatkan oleh seramai 2,041 orang warga UiTM dari pelbagai peringkat. Program-program yang telah diadakan merentasi kesemua fungsi utama InQKA iaitu sistem kualiti dan kecemerlangan operasi, jaminan kualiti dalaman, inovasi dan kreativiti, penarafan universiti, pengembangan ilmu, pengurusan web media universiti dan kecemerlangan kualiti di jabatan masing-masing.

(5)

Rajah 1: Jumlah Jam Latihan dan Bilangan Peserta Program Anjuran InQKA

Selain dari aktiviti yang melibatkan warga UiTM, InQKA juga semakin dirujuk oleh agensi serta institusi pengajian tinggi lain melalui lawatan penandaarasan. Sepanjang tahun 2017 InQKA telah menerima lawatan tanda aras seperti yang tertera di Jadual 1.

(6)

Jadual 1: Senarai Lawatan/Tanda Aras ke InQKA

BAB 3 SISTEM KUALITI UNIVERSITI

UiTM menggunakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Bersepadu yang mengambil kira keperluan COPIA dan ISO 9001:2008. Skop pelaksanaan SPK UiTM terdiri dari semua peringkat pengajian dan bidang tumpuan yang merangkumi penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran, perkhidmatan dan penglibatan masyarakat & kelestarian.

Pada bulan November 2015, versi baru ISO 9001:2015 telah diperkenalkan. Sebagai persediaan peralihan ke standard ISO yang baharu, InQKA telah mengadakan tujuh (7) siri latihan pengenalan kepada ISO 9001:2015 dan kursus audit dalam kepada staf di seluruh UiTM. Sejumlah 400 orang staf telah menghadiri kursus berkaitan SPK UiTM termasuk Kursus Lead Auditor ISO 9001:2015 dan Bengkel Sistem e-Pelaporan Audit Dalam (SePADU).

Aktiviti pengemaskinian dokumen kualiti mengikut piawaian ISO 9001:2015 telah diilaksanakan untuk skop Pengurusan Korporat sebagai persediaan ke arah pematuhan standard baharu. Audit Pensijilan ISO 9001:2015 di bawah skop Pengurusan Korporat Universiti Awam akan diadakan pada bulan Februari 2018 dan sekaligus pensijilan juga dijangka diperolehi pada bulan tersebut. Sebanyak 18 PTJ di bawah Pengurusan Korporat akan melalui proses audit berdasarkan 10 teras utama pengajian tinggi yang telah ditetapkan

BIL 1. 2. 3. 4. AKTIVITI

Lawatan Tanda Aras oleh Jazan Universiti, Arab Saudi Lawatan Tanda Aras oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Lawatan Tanda Aras Jaminan Kualiti oleh peserta program International Internship di Agensi Kelayakan Malaysia

Lawatan Rasmi Pejabat Tadbir Urus Korporat dan Jaminan Kualiti (CGQA), Universiti Selangor (UNISEL)

3 Februari 2017 5 April 2017 10 Oktober 2017 11 Oktober 2017

(7)

BAB 4 KECEMERLANGAN OPERASI

Kecemerlangan Operasi (OE) di UiTM telah dimulakan pada bulan Jun 2016. Unit Sistem Kualiti & Kecemerlangan Operasi, InQKA telah diberi mandat untuk merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan OE seluruh UiTM.

Kesinambungan daripada pelbagai aktiviti utama pada tahun 2016 termasuk pembentukan pasukan pelatih OE di PTJ yang terlibat, pembangunan sistem Online Process Improvement Register (OPIR) serta sesi latihan yang telah diadakan, tahun 2017 menyaksikan sebanyak 60 PTJ telah mengambil pendekatan ‘DMAIC’ Six Sigma untuk mengenal pasti dan merekod proses untuk penambahbaikan, mengukur prestasi proses semasa, menambah baik proses, mengukur keberkesanan proses yang ditambah baik, dan akhir sekali melaksana proses yang ditambah baik. Sebanyak 2,046 proses didaftarkan di dalam OPIR dan 8.06% proses telah ditambah baik dengan jayanya oleh PTJ.

Penggunaan sistem OPIR diperluaskan dengan penambahan menu bagi membolehkan PTJ mengemaskini dan memasukkan maklumat penjimatan yang diperolehi setelah penambahbaikan proses dilaksanakan. Bengkel OPIR dilaksanakan pada bulan April 2017 dan seramai 114 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Unit Kualiti dan OE Trainer telah menghadiri bengkel tersebut. Bagi menilai keberkesanan proses yang ditambahbaik, Bengkel Penilaian Proses Kerja telah diadakan pada 10 dan 11 Julai 2017 yang melibatkan seramai tujuh (7) orang panel penilai. Senarai pendek proses yang menunjukkan kadar penjimatan yang memberangsangkan telah dipilih dan dibawa kepada Naib Canselor UiTM untuk dibuat penilaian akhir dan pemilihan proses yang layak menerima Anugerah Kecemerlangan Operasi 2017 mengikut kategori Akademik, Pentadbiran dan Kewangan. Penganjuran Simposium Kecemerlangan Operasi pada 15 Ogos 2017 merupakan penghargaan ke atas penglibatan semua pihak sepanjang projek Kecemerlangan Operasi dijalankan mulai Jun 2016 sehingga November 2017. Di samping itu, simposium yang dianjurkan juga merupakan perkongsian ilmu kepada PTJ tentang penambahbaikan proses kerja yang telah dilaksanakan serta membudayakan kecemerlangan operasi di seluruh universiti. Seramai 174 orang peserta telah menghadiri simposium ini yang bakal menjadi acara tahunan UiTM.

(8)

BAB 5 WEB MEDIA DAN MEDIA SOSIAL

Unit Web Media yang telah dipindahkan ke InQKA bermula Oktober 2015 terus menjayakan inisiatif ketampakan UiTM dipentas digitalisasi global. Bermula dengan pelancaran laman web baharu UiTM pada 8 Disember 2016, Unit Web Media terus menerus membuat penambahbaikan kepada laman web UiTM.

BAB 5.1

PENGURUSAN LAMAN WEB UiTM

Unit Web Media sentiasa komited untuk membuat penambahbaikan kepada laman web UiTM bagi memastikan ia sentiasa terkini, relevan dan menjadi gerbang penyebaran maklumat universiti. Sepanjang tahun 2017 Unit Web Media telah membuat penambahbaikan seperti berikut:

1. Paparan banner di laman utama yang lebih menarik dah diubah dalam tempoh yang lebih kerap

2. Menyediakan custom search engine untuk memudahkan pengunjung mencapai maklumat yang diperlukan

3. Menyediakan ruang Spotlight yang memaparkan maklumat warga UiTM yang terpilih 4. Mewujudkan menu Graduate Quick Search bagi memudahkan sesiapa yang ingin

menyemak kesahihan graduat UiTM

5. Automasi paparan data UiTM Current Statistics disediakan dengan kerja sama Pusat Perancangan dan Maklumat Strategik (CSPI)

6. Menambah baik reka bentuk senarai kampus 7. Automasi paparan data google analytics

Unit Web Media juga telah membangunkan sistem Our Professors, Web Media Management

Information System (WMMIS) dan UiTM Mobile sebagai pelengkap pengalaman pengguna

web media UiTM.

BAB 5.2

MEDIA SOSIAL RASMI UiTM

Unit Web Media, InQKA juga bertanggungjawab menguruskan media sosial rasmi UiTM. Pada tahun 2017, pengurusan media sosial rasmi UiTM telah dilaksanakan dengan lebih tersusun dengan memperkenalkan segmen-segmen baharu seperti yang tersenarai di Jadual 2.

(9)
(10)

BAB 6 PENARAFAN UNIVERSITI

InQKA merupakan bahagian yang diberi mandat untuk mengurus kompilasi data dari beberapa jabatan penting untuk dikemaskini, dimuat naik, dilapor dan dipantau pencapaian keputusan penarafan universiti oleh badan-badan penarafan. Badan-badan penarafan yang dimaksudkan adalah penarafan QS (QS World University Ranking, QS Asian University Ranking, QS World University Ranking By Subject, QS Star Rating), penarafan Times Higher Education (THE World University Ranking dan THE World University Ranking By Subject) dan penarafan SETARA.

Penarafan universiti ini juga merupakan salah satu Headline KPI untuk semua universiti seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, Projek Transformasi UiTM (Trans4U) – Penarafan Universiti telah mensasarkan kedudukan UiTM untuk setiap badan penarafan sehingga tahun 2018. Pihak InQKA juga bertanggungjawab membantu Pusat-pusat Tanggungjawab untuk membina strategi bagi mencapai sasaran tersebut.

BAB 6.1

PENCAPAIAN PENARAFAN

Keputusan QS By Subject bagi tahun 2017 telah menunjukkan UiTM memperbaiki kedudukan dengan ketara sekali iaitu dengan memperolehi 13 subjek disenaraikan untuk tahun 2017 berbanding 5 subjek bagi tahun 2016 dan hanya 3 subjek bagi tahun 2015.

Rajah2: Pencapaian Penarafan Universiti

OUR CURRENT POSITIONS

2015 2016 2017 RANKINGS QS WUR QS By Subject QS AUR 701+ 3 Subjects 191-200 701+ 5 Subjects 181 751+ 13 Subjects 158 QS Graduate Employability 301-500 SETARA 5 STAR

(11)

BAB 6.2

13 QS APPLE CONFERENCE AND EXHIBITION

13 QS Apple Conference and Exhibition (QS-APPLE) anjuran QS Asia telah diadakan di Thaichung, Taiwan pada 22 hingga 24 November 2017. Ini merupakan tahun ke-2 UiTM menyertai konferensi berkenaan dengan penyertaan delegasi seramai enam (6) orang. Selain terlibat dengan pameran sepanjang program, UiTM juga telah menghantar penyertaan dalam pertandingan

Creative Awards yang dipertandingkan iaitu i) Best International Print Advertisement ii) Most Creative Corporate Institution Video iii) Best International Student Recruitment Brochure iv) Best International Website Page dan v) Most Creative Exhibition Booth.

Buat julung kalinya UiTM meraih Gangsa bagi pertandingan Best International Print Advertisement.

Rajah 3: Delegasi UiTM Menerima Anugerah Gangsa Bagi Pertandingan

Best International Print Adverstisement

TH

(12)

BAB 7 JAMINAN KUALITI DALAMAN (IQA)

Selaras dengan pemberian status SWA Akreditasi kepada UiTM, Majlis Eksekutif Universiti dalam mesyuarat Bil. 05/2017 pada 1 Mac 2017 telah meluluskan pewujudan Unit Jaminan Kualiti Dalaman (IQA) di InQKA. Unit IQA telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus akreditasi program serta jaminan kualiti akademik di UITM.

BAB 7.1

AKREDITASI PROGRAM

Bagi mengukuhkan tadbir urus pengurusan akreditasi program di UiTM, Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti Bil. 23/2017 pada 13 September 2017 telah meluluskan pembentukan Jawatankuasa Perakuan Pengiktirafan Program (JKPPP) yang berperanan untuk meneliti laporan penilaian program, membincangkan isu-isu berkaitan akreditasi program serta mengesyorkan tahap pengiktirafan untuk perakuan Senat Universiti.

BAB 7.2

PENILAIAN KENDIRI (COPIA)

Penilaian Luar (External Review) InQKA kini di berada di kitaran keempat bagi tempoh 2017 - 2019. Di dalam kitaran ini, verifikasi ke atas penemuan ERR3 (External Review Report Cycle 3) dibuat termasuk penemuan ERR2 (External Review Report Cycle 2) yang masih tertangguh. Verifikasi terhadap tindakan yang diambil dikategori mengikut status: Resolved, Unresolved dan Action in Progress. Skop penilaian pula adalah pelaksanaan dan keberkesanan sistem jaminan kualiti pusat akademik dalam memenuhi keperluan COPIA serta pelaksanaan dan penyelenggaraan berterusan serta keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan keperluan ISO9001:2008 seperti yang dinyatakan di dalam manual kualiti pusat akademik. Sepanjang tahun 2017 sebanyak 12 pusat akademik telah dinilai. Hasil penilaian tersebut mendapati sistem jaminan kualiti di pusat akademik di UiTM masih kekal dan kukuh.

(13)

Rajah 4: Jadual Penilaian Luar Kitaran 4 (Tahun 2017)

BAB 8 INOVASI DAN KREATIVITI

Seiring dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang semakin pesat, agensi Kerajaan perlu sentiasa mengorak langkah untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar dan perkhidmatan. Justeru, pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ditambah baik agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau

National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan

Perkhidmatan Awam (MPA).

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016, “Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif” dijadikan asas rujukan utama bagi memantapkan pembudayaan inovasi dan kreativiti di UiTM menerusi aktiviti-aktiviti KIK. Garis panduan ini memberi tumpuan kepada penciptaan nilai, penambahan nilai,

(14)

InQKA bertanggungjawab sebagai koordinator utama atau sekretariat kepada UiTM bagi mengawal selia hal ehwal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti inovasi dan kreativiti. Ini termasuk KIK di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.

BAB 8.1

PENCAPAIAN UTAMA KIK UiTM

Tahun 2017 menyaksikan KIK UiTM menyumbangkan pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan yang diperoleh melibatkan kumpulan IK serta fasilitator yang telah diiktiraf di dalam dan luar negara. Pencapaian tersebut adalah seperti yang tersenarai di Jadual 4.

Jadual 4: Pencapaian KIK UiTM diperingkat nasional dan antarabangsa.

KUMPULAN/STAF PENCAPAIAN

Encik Husaini Ab Razab UiTM Cawangan Kelantan Kumpulan Akal

UiTM Cawangan Perlis Kumpulan Saisoku

Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam Kumpulan One Pro

Perpustakaan Tun Abdul Razak

Menerima penghargaan atas

kecemerlangan sebagai Fasilitator oleh

Malaysia Productivity Corporation (MPC)

Mendapat geran bernilai RM30,000.00 dari Program Mainstreaming Grassroots

Innovations (MaGRIs)

Mendapat Pingat Emas di International

Convention on Quality Control Circles

(ICQCC) 2017 di Okada, Manila

Mendapat Pingat Emas di International

Convention on Quality Control Circles

(15)

BAB 8.2

JOURNAL INOVASI MALAYSIA (JURIM)

Pada tahun 2017 InQKA juga telah menerbitkan Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM). JURIM adalah sebuah jurnal inovasi yang komited terhadap percambahan ide kreatif dan inovatif melalui projek-projek yang telah dipertandingkan di Konvensyen KIK ataupun mana-mana pertandingan inovasi samada dalam mahupun luar negara. Jurnal ini menerbitkan hasil inovasi bagi bidang sosial, inovasi pengurusan serta inovasi pengajaran dan pembelajaran. Jurnal ini diterbitkan sebanyak dua (2) kali setahun. Jurnal tersebut telah dilancarkan di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif UiTM pada 21 November 2017 dengan penerbitan Edisi 01, Isu 01 (ISSN 2600-7606).

BAB 8.3

KIK PERINGKAT IPTA

Sebanyak 5 kumpulan IK telah terpilih untuk mewakili UiTM ke Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam 2017. Kumpulan-kumpulan ini merupakan antara kumpulan IK terbaik yang telah berjaya dalam Konvensyen KIK peringkat UiTM tahun 2016. Berikut merupakan pencapaian kumpulan yang bertanding:

Jadual 5: Pencapaian KIK UiTM di Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2017

BAB 8.4

KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON UiTM

Projek-projek KIK yang baharu dihasilkan pada tahun 2017 telah dipertandingkan diperingkat Zon. KUMPULAN VORTEX IM-VATIVE I-TEAM AKAL KAMPUS

UiTM CAWANGAN PERAK UiTM CAWANGAN KELANTAN UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN PERLIS

EMAS EMAS PERAK PERAK

(16)

Rajah 5: Jadual Penganjuran KIK Peringkat Zon UiTM

BAB 8.5

KONVENSYEN KIK PERINGKAT UiTM

Konvensyen KIK Peringkat UiTM tahun 2017 telah berjaya diadakan di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM, Bandar Enstek, Negeri Sembilan dan dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof Dato’ Dr. Abdullah Mohammad Said, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM. Konvensyen ini disertai oleh kumpulan-kumpulan IK yang telah berjaya melepasi konvensyen di peringkat Zon (Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak). Penyertaan sebanyak 19 kumpulan dipertandingkan.

(17)

BIL 1. 6. 13. 12. 14. 15. 2. 7. 3. 4. 5. 8. 9. 11. 10. AKTIVITI PEMENANG Johan

Anugerah Inovasi ICT

Anugerah Persembahan Terbaik Anugerah Dokumentasi Terbaik Anugerah Pembentang Lelaki Terbaik Anugerah Pembentang Kedua Anugerah Inovasi Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Ketiga

Anugerah Inovasi Proses Anugerah Inovasi Teknikal

Anugerah Penjimatan Kos Sebenar

Anugerah Penjanaan Kos Sebenar

Anugerah Fasilitator Terbaik

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Berpotensi Terbaik CIVITEX I-CLIQUE KRISTAL IDEALISTIK Mohd Zafian Mohd Zawawi (IM-VATIVE) Nur Fauziah IM-VATIVE ELECTRON IM-VATIVE AKAL AKAL TECHNOLICIOUS AKAL Mohd Risham Jaafar (CIVITEX) PPKK

UiTM CAWANGAN PAHANG

PTAR, UiTM SHAH ALAM

UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN JOHOR

UiTM CAWANGAN KELANTAN UiTM CAWANGAN JOHOR UiTM CAWANGAN KELANTAN UiTM CAWANGAN KELANTAN UiTM CAWANGAN PERLIS

UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN PERLIS

UiTM CAWANGAN JOHOR UiTM CAWANGAN PERLIS

UiTM CAWANGAN PAHANG UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

(18)

*P&P: Pengajaran dan Pembelajaran

Jadual 7: Senarai Penarafan Konvensyen KIK Peringkat UiTM

BAB 8.6

KIK PELAJAR

Tahun 2017 telah menyaksikan KIK Pelajar berjaya direalisasikan. Konvensyen KIK Pelajar telah diadakan secara berasingan pada 11 November di UiTM Shah Alam bagi pertandingan zon tengah dan peringkat akhir pada 17-19 November 2017 di ILD Kg Gajah, Perak. Pelajar-pelajar ini telah diberi tunjuk ajar oleh fasilitator masing-masing yang mana merupakan jurulatih mereka dalam penawaran kursus kokurikulum KIK diseluruh kampus di bawah seliaan Pusat Kokurikulum, UiTM. BIL 1. 6. 13. 12. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 2. 7. 3. 4. 5. 8. 9. 11. 10.

KUMPULAN PUSAT TANGGUNGJAWAB KATEGORI PENARAFAN

ACADEMIA PROSES EMAS

EMAS PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK PERAK EMAS EMAS EMAS EMAS EMAS EMAS EMAS TEKNIKAL TEKNIKAL TEKNIKAL TEKNIKAL TEKNIKAL TEKNIKAL P&P P&P P&P P&P PROSES PROSES PROSES PROSES PROSES PROSES PROSES ICT I-CLIQUE IDEALISTIK I-COP LINGUATECH ORIENT PPKK RUMANDAWI TECHNOLICIOUS VOTE AKAL IM-VATIVE CIVITEX E-XCELL FBM EAST COAST INFO WHIZ KRISTAL HOSTELIER ELECTRON

UiTM CAWANGAN SARAWAK

PTAR, UiTM SHAH ALAM

UiTM CAWANGAN JOHOR UiTM CAWANGAN PAHANG AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM SHAH ALAM

UiTM CAWANGAN KEDAH

UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN UiTM CAWANGAN SABAH

UiTM CAWANGAN JOHOR

UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN UiTM CAWANGAN PERLIS

UiTM CAWANGAN KELANTAN UiTM CAWANGAN PAHANG

UiTM CAWANGAN KELANTAN UiTM CAWANGAN TERENGGANU UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

(19)

BAB 9 PENILAIAN KECEMERLANGAN

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKC) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1994. Pada awalnya, hanya 12 anugerah sahaja dipertandingkan. Akan tetapi, jumlah anugerah yang dipertandingkan telah berubah dari tahun ke tahun, sesuai dengan tumpuan dan pendekatan kualiti yang dirancang. Amnya, anugerah kecemerlangan ini diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan kepada gerakan kualiti yang menyeluruh khususnya di kalangan warga dan jabatan UiTM sendiri. Ringkasnya, anugerah ini merupakan satu penghargaan kepada jabatan dan warganya yang berusaha kearah kecemerlangan dan membudayakan pengurusan yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, memenangi anugerah semata-mata bukan matlamat penganugerahan. Menambah baik pengurusan dari masa ke semasa dan mengamalkan budaya kualiti menyeluruh akan secara tidak langsung meningkatkan nilai dan kualiti kerja yang berterusan.

Selaras dengan semangat untuk meningkatkan nilai dan kualiti kerja warga universiti secara berterusan, skop pelaporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) telah ditambah baik. Pada tahun 2016, skop pelaporan telah difokuskan kepada bidang tumpuan yang lebih spesifik. Bidang tumpuan 2016 adalah mengikut kepada teras unit/jabatan/fakulti/kampus iaitu samada i) pengajaran & pembelajaran, ii) penyelidikan dan penerbitan, iii) jaringan industri dan/atau iv) perkhidmatan. Pada tahun 2017 bidang tumpuan ini telah ditambah baik lagi. Pusat tanggung jawab harus melaporkan aktiviti yang dijalankan dan pencapaian prestasi bagi tahun 2016 mengikut kepada perancangan strategik bagi bidang tumpuan yang dipilih.

(20)

Penambahbaikan AKNC 2017 turut melibatkan pertambahan jumlah anugerah yang dipertandingkan. Selain dari anugerah mengikut Kategori (Fakulti/Cawangan/ Bahagian) yang telah dipertandingkan pada tahun 2016, beberapa anugerah baharu telah diperkenalkan.

Anugerah-anugerah yang telah diperkenalkan pada tahun 2017 adalah:

i. Anugerah Mengikut Bidang Tumpuan (8 Anugerah)

ii. Anugerah Mengikut Kriteria (7 Anugerah)

iii. Anugerah Pembentangan Terbaik (1 Anugerah)

BAB 9.1

KEPUTUSAN AKNC 2017

AKNC 2017 telah disertai oleh 34 Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Sesi penilaian laporan AKNC telah dilaksanakan secara bersepadu oleh panel penilai yang terlatih pada 3 hingga 5 Oktober 2017. Keputusan penilaian ini kemudiannya dibentangkan kepada Naib Canselor UiTM bagi memutuskan PTJ yang akan ke sesi pembentangan akhir finalis AKNC 2017. Pembentangan akhir finalis AKNC 2017 telah diadakan pada 20 November 2017 dengan dipengerusikan oleh Naib Canselor UiTM sendiri. Keputusan AKNC 2017 merupakan keputusan dari kedua-dua penilaian tersebut. Senarai pemenang AKNC 2017 adalah seperti berikut:

ANUGERAH PEMENANG

1. Mengikut Bidang Tumpuan

2. Mengikut Kriteria

1.1 Pengajaran dan Pembelajaran

2.1 Kepimpinan

1.2 Penyelidikan dan Penerbitan

2.2 Perancangan Strategik 1.3 Jaringan Industri

2.3 Tumpuan Kepada Pelanggan 1.4 Jaringan Alumni

2.4 Pengukuran, Analisa & Pengurusan Pengetahuan

1.5 Penyampaian Perkhidmatan

2.5 Tumpuan Kepada Sumber Manusia 1.6 Inovasi dan Pengkomersilan

2.6 Tumpuan Kepada Operasi 1.7 Pembangunan Staf

2.7 Hasil

1.8 Pembangunan Pelajar

Fakulti Perakaunan

Pejabat Pendaftar

Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Pejabat Pendaftar UiTM Cawangan Johor

UiTM Cawangan Perak Tiada Penyertaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak Perpustakaan Tun Abdul Razak

Pejabat Pendaftar UiTM Cawangan Perlis

Pejabat Pendaftar Pejabat Pendaftar

Pejabat Pendaftar

(21)

Rajah 8: Pemenang AKNC 2017 (Kategori Bahagian/Unit)

PEMENANG

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2017 (BAHAGIAN/UNIT)

JUARA JUARANAIB TEMPATKETIGA

PEJABAT

PENDAFTAR PERPUSTAKAANTUN ABDUL RAZAK

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

PEMENANG

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2017 (UiTM CAWANGAN)

1 2 3

JUARA NAIB JUARA TEMPAT KETIGA UiTM CAWANGAN PERAK UiTM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN UiTM CAWANGAN JOHOR 2017 2017 2017

(22)

Rajah 10: Pemenang AKNC 2017 (Kategori Fakulti)

Rajah 11: Juara Keseluruhan AKNC 2017

PEMENANG

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2017 (FAKULTI)

FAKULTI

PERAKAUNAN SAINS KOMPUTERDAN MATEMATIKFAKULTI PENGURUSANMAKLUMATFAKULTI

JUARA NAIB JUARA TEMPATKETIGA

1 2 3

2017 2017 2017

JUARA KESELURUHAN

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR 2017

(23)

BAB 10 PENUTUP

InQKA mempunyai 35 orang staf yang terdiri daripada seorang Penolong Naib Canselor, 3 orang Pengarah, 7 orang Ketua, 3 orang Koordinator dan 21 orang Staf Pentadbiran. Semua pengurusan aktiviti yang telah dirancang pada akhir tahun 2016 dilaksanakan dengan berpandukan kepada Kalendar Aktiviti InQKA 2017. Kalendar Aktiviti InQKA merupakan arahan kerja kepada semua staf InQKA dan membolehkan mereka bertindak dengan proaktif dalam memastikan kejayaan sesuatu aktiviti yang dirancang. InQKA telah turut mengamalkan perkongsian Doa Pagi oleh Penolong Naib Canselor InQKA melalui aplikasi WhatsApp yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan warga InQKA. Ini diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan program-program yang mengukuhkan semangat keserakanan di kalangan warga InQKA seperti program Majlis Berbuka Puasa, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Jamuan Hari Raya, Majlis Sambutan Hari Kelahiran Staf dan Program Perancangan Strategik InQKA. Secara keseluruhan tahun 2017, InQKA berjaya menguruskan bajet dengan baik (perbelanjaan sebanyak 98% dari bajet yang diperuntukan) dalam melaksanakan 130 aktiviti yang dirancang dengan purata tahap kepuasan keseluruhan program anjuran InQKA pada 85%. Kesemua aktiviti InQKA adalah inisiatif yang terbit atau boleh dipetakan kepada sebelas agenda RMK11 UiTM dan teras pada Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

(24)

Warga Kerja Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Prof Dr. Hajah Roziah Mohd Janor

Penolong Naib Canselor

Prof Madya Rosslina Mohamed Nawi

Pengarah Web Media

Prof Madya Dr. Azizah Abdullah Pengarah IQA Prof Madya Dr. Roslina Ab Wahid Pengarah SKKO Dr. Nornizar Anuar

Ketua Pencapaian & Penarafan

Dr. Nik Azlin Nik Ariffin

Ketua Inovasi & Kreativiti

Encik Mohd Zairul

Dr. Hajah Zainab Mohd Noor, A.N.S

Ketua Komunikasi & KA

Encik Mohd Yusof Mustaffar

Ketua Media Sosial

Dr. Nor Hanisah

Puan Zuriati Janin

Ketua Akreditasi Program (Sains & Teknologi)

Encik Azizian Mohd Sapawi

Ketua Laman Web

Ir. Dr. Amirul

Dr. Fadzlina Mohd Fahmi

Ketua Akreditasi Program (Sains Sosial)

Dr. Hayati Abd Rahman

(25)

Puan Fairuzah Zaharos Mansor, A.M.N

Timbalan Pendaftar

Puan Noor Azmah Zuber

Penolong Pendaftar

Puan Norlelawati Mohamad Adi

Setiausaha Pejabat

Puan Siti Nur Juhirniza Mior Mohd Tahir

Pen. Peg. Tek. Maklumat

Encik Muhamad Riduan Jamil

Pen. Peg. Tek. Maklumat

Puan Hairina Ahmad Bakri

Pegawai Eksekutif

Puan Norhasnida Mohamad

Pen. Peg. Penyelidik

Puan Fauzilah Idris

Pen. Peg. Tek. Maklumat

Puan Nur Ayuni Salim

Pegawai Eksekutif

Encik Kamarudin Che Yusoff

Pembantu Tadbir Kanan

Puan Fazlina Abdul Rasid

Pen. Peg. Tek. Maklumat

Puan Nurul Nadzirah Ismail

Pegawai Eksekutif

Encik Mohd Izwan Said

Pembantu Tadbir

Cik Norazah Mohamed Aznan

Pembantu Tadbir

Encik Mohd Khaizir Kamarun

Pen. Peg. Tek. Maklumat

Puan Noor Sazila Md Sarip

(26)

Institut Kualiti dan Pembangunan Ilmu (InQKA)

Aras 5, Blok A, Bangunan Akademik 2, 40450, Shah Alam, Selangor Tel: +603 5543 5702 Faks: +603 5543 5721

Referensi

Dokumen terkait

1 Fasilitasi Forum Koordinasi Pimpinan Belanja Alat Tulis Kantor APBD Sanggau (Kab.) Volume:1 Paket Pengadaan Langsung 2.. Fasilitasi Forum Koordinasi Pimpinan

Wilayah daratan pesisir pantai Kota Selatpanjang sebagian besar terdiri dari rawa gambut dan sebagian lainnya lahan kering dengan ketinggian antara 0-25 m dpl.. 4.2.2

Berasal dari guru jenjang TK, SD, SMP, SMA, SMK dan SLB yang telah telah dinyatakan lolos seleksi. Calon guru penggerak akan mengikuti pendidikan guru penggerak selama 6 bulan.

Perlu diketahui bahwa dalam sebuah musik, pada saat tertentu dapat terdapat lebih dari satu nada yang mengiringi elodi utama dapat berangkaian menjadi lagu lagu klasik

Skin Care Body Care Fragrance Hair Styling Deodorant Hair Care Skin Care Body Care Fragrance Hair Styling Deodorant Hair Care SPALDING Splash Cologne GATSBY Eau de Toilette GATSBY

Hasil dari penelitian tersebut menunjukkan bahwa jodipan sebagai salah satu tujuan desa wisata memiliki elemen: warga dan pejabat desa berpartisipasi dalam

dengan brand trust pada penelitian yang dilakukan oleh Chimona (2013). Maka, menjadi dasar untuk melakukan penelitian dengan judul “Peran Green Brand Satisfaction dalam..

Dalam mendukung penyediaan data gender dan anak dalam encanaan dan penganggaran, Pemerintah menerbitkan Peraturan Menteri Negara Pemberdayaan Perempuan dan