• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Rasulullah s.a.w. Dalam Mempersaudarakan Masyarakat di Madinah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengurusan Rasulullah s.a.w. Dalam Mempersaudarakan Masyarakat di Madinah"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

ISBN 123-456-7890-98-7 (2015), http://www.ukm.my/skim

Pengurusan Rasulullah s.a.w. Dalam Mempersaudarakan Masyarakat di Madinah

Nur Shahirah Amelia Binti Mat Rohani

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

SHA6538@gmail.com

ABSTRAK: Persaudaraan pada zaman Rasulullah s.a.w. terbina atas dasar akidah yang sangat kukuh hasil daripada usaha dakwah Rasulullah s.a.w. dan pengurusan dakwah yang tersusun bermulanya dari aspek pembinaan akidah dalam mempersaudarakan masyarakat. Seterusnya kepada pembinaan persaudaraan Islam dan undang-undang Islam melalui penyatuan Muhajirin dan Ansar serta menjadikan Piagam Madinah sebagai undang-undang Islam. Justeru itu, penulisan ini mengfokuskan kepada analisis cara pengurusan Rasulullah s.a.w. dalam mempersaudarakan masyarakat di Madinah untuk menjelaskan kepentingan persaudaraan dalam pengurusan Islam. Metodologi pertama yang digunakan adalah dengan menjelaskan konsep persaudaraan dalam Islam dan sejarah ringkas masyarakat di Madinah. Seterusnya, analisis persaudaraan masyarakat di Madinah melalui pengurusan Rasulullah s.a.w. melalui kaedah menghubungkan konsep persaudaraan dalam Islam dengan masyarakat Madinah berdasarkan aspek kepentingan persaudaraan dalam pengurusan Islam. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan yang dilakukan oleh Baginda dalam mempersaudarakan masyarakat majmuk di Madinah memberi impak yang besar kepada pembinaan negara Islam yang pertama di Madinah.

Pengenalan

Pengurusan Islam merupakan suatu pengurusan yang berasaskan tauhid iaitu satu falsafah yang

lengkap berhubung dengan manusia dan

kehidupannya yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. (Sohair Abdel Moneim Sery 1990). Persaudaraan atau perpaduan ummah ialah asas bagi ajaran Islam kerana ia bukannya sekadar membina hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. tetapi juga dituntut supaya mengukuhkan hubungan baik sesama manusia dan mahkluk-mahkluk yang lain.

Hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah pada tahun 622 M merupakan satu perubahan dan era baru kepada penduduk Madinah yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan kaum. Ketika itu persaudaraan ini membangun satu modaliti komuniti yang menjadikan umat Islam sebagai umat contoh dalam masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan agama. Demikian itu, persaudaraan dan ukhuwwah antara mereka telah terjalin pada zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Definisi

Pengurusan adalah sebagai kebolehan

menggunakan sumber manusia dan alam untuk kebaikan manusia dan sistem pelaksanaan serta

penyelarasan dasar ditubuhkan bagi mencapai matlamat negara (Baterah Alias, 2011: 65).

Selain itu, pengurusan juga ialah satu bidang ilmu yang memperkatakan perlakuan manusia dalam memenuhi berbagai keperluan hidup. Dalam erti kata lain, pengurusan ialah satu ilmu yang bertujuan memandu cara berurusan dalam hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini (Auni Haji Abdullah, 2010: 1).

Pengurusan sebagai sebahagian dari tugas kekhalifahan harus memanfaatkan potensi keilmuan yang dianugerahkan kepada manusia sebagaimana yang diisyaratkan ketika Tuhan mengajar Adam a.s („allh Adam al-Asma‟) dalam rangka mempersiapkannya menjadi khalifah di bumi.

Pengurusan menurut perspektif Islam adalah sebahagian daripada misi kebaktian kepada manusia dan pengabdian kepada Pencipta. (Panel Akademi Pengurusan YPEIM, 2005,:6-7)

Konsep Persaudaraan

Persaudaraan dari segi bahasa adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu “ukhuwah” yang berasal daripada kata “Akhun”

(2)

yang membawa maksud sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

Manakala dari segi istilah pula ialah perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bertolak ansur dan bermesra antara sesama umat Islam (Mustafa Haji Daud, 1982: 1).

Persaudaraan ialah kesatuan hati, fikiran perasaan satu dan sama (Muhammad „Abdullah Al-Khatib, 1990: 208).

Persaudaraan menurut al-Ghazali ialah pertalian persaudaraan yang kuat tanpa perbezaan bangsa dan pauk akan meneguh kefahaman atau persepsi Islam malah tiada siapa lebih mulia di antara mereka kecuali ketaqwaan kepada Allah s.w.t. (Mustafa Haji Daud, 1982: 9).

Persaudaraan berasal daripada perkataan Arab iaitu “ukhuwwah” yang membawa maksud ikatan, jalinan dan sebagainya. Al-Quran menjelaskan “ukhuwwah” membawa maksud persaudaraan seagama Islam dan persaudaraan yang terjalinnya bukan kerana agama (M. Quraish Shihab, 1996: 489). Firman Allah s.w.t.:























Maksudnya: Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10) Imam Hasan Al-Banna mengatakan bahawa ukhuwwah ialah hati dan jiwa ditautkan dengan „aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri) (Muhammad „Abdullah Al-Khatib, 2008: 331).

Masyarakat di Madinah

Ahmad Shalaby mengatakan bahawa masyarakat di Madinah terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan Muhajirin, golongan Ansar dan

Yahudi. Golongan Muhajirin ialah masyarakat yang berpindah dan berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama penghijrahan Rasulullah s.a.w. Kaum Muhajirin adalah kaum pendatang yang tidak mempunyai harta dan tempat tinggal. Kemudian golongan Ansar pula ialah Penduduk asal dari Madinah yang terdiri daripada dua golongan iaitu golongan Aus dan golongan Khazraj, kedua-dua golongan ini telah memeluk

Islam. Kaum Ansar adalah kaum yang

mempunyai segala-gala kemudahan dan kekayaan kerana Madinah itu tanahair mereka. Manakala Yahudi ialah terdiri dari golongan Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadhir, Bani Quraizhah dan masyarakat Arab yang memeluk agama Yahudi. (Ahmad Shalaby, t.t : 38)

Kaum Yahudi di Madinah terdiri daripada tiga golongan besar atau suku iaitu Bani Nadhir, Bani Qainuqa‟ dan Bani Quraizah. Jumlah mereka keseluruhannya dianggarkan seramai 4400 orang. Antara tiga golongan itu, jumlah yang paling ramai ialah Yahudi Bani Qainuqa‟. Jumlah mereka dikatakan seramai 1500 orang. Jumlah Yahudi Bani Quraizah pula ialah seramai 1400 orang dan selebihnya adalah Yahudi Bani Nadhir. Kesemua golongan Yahudi ini adalah orang-orang yang pintar dan mempunyai kebun-kebun yang luas dan subur serta mempunyai rumah-rumah batu yang besar-basar dan dibina dalam benteng atau kubu (Tarikuddin bin Haji Hassan, 2010: 422-423).

Analisis Persaudaraan Masyarakat di Madinah melalui Pengurusan Rasulullah s.a.w Peringkat pertama penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah adalah mempersaudarakan golongan Aus dengan Khazraj.

Seterusnya, Baginda Rasulullah s.a.w membina”ikatan persaudaraan” antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk melenyapkan sikap finatik kesukuan dalam mewujudkan ruh pengabdian selain kepada agama Islam. Di samping itu, pendekatam Rasulullah s.a.w. di Madinah adalah lebih kepada pengukuhan iaitu cenderung kepada syariat dan pengurusan (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 52). Selain itu, perkara pertama ketika hijrah Rasulullah s.a.w. ialah mempersaudarakan dalam kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan, maka keteguhan saf yang sangat penting dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan (Yahya Othman, 2012: 61).

(3)

Jaminan semulajadi adalah jalan persaudaraan, ikatan kasih sayang bersama, jaminan kekuasaan pemerintah dan undang-undang. Prinsip keadilan kepada masyarakat adalah kejayaan sebagai kejayaan dalam sistem kemasyarakatan (Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti, 2008: 283)

Rasulullah s.a.w mempersaudarakan

sahabatnya dalam kalangan orang-orang

Muhajirin dan Ansar. Antaranya ialah Ja‟far bin Abi Talib dengan Mu‟adz bin Jabal, Hamzah bin ‟Abdul Mutallib dengan Zaid bin Harithah, Abu Bakar Al-Siddiq dengan Kharrijah bin Zuhair, Sa‟ad bin Al-Ruba‟i dengan ‟Abdul Rahman bin ‟Auf dan lain-lain (Muhammad Sa‟id Ramdhan Buthy, 2001: 175). Buktinya Sa‟ad bin Al-Ruba‟i telah menawarkan separuh hartanya iaitu rumah, harta dan ahlinya dengan saksama kepada saudaranya iaitu ‟Abdul Rahman bin A‟uf. Sebaliknya ‟Abdul Rahman bin ‟Auf berterima kasih dan meminta Sa‟ad bin Al-Ruba‟i membawa beliau ke pasar Madinah untuk beliau bekerja di sana. (Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti, 2008: 283). Setiap kaum Muhajirin dipersaudarakan dengan kaum Ansar dan persaudaraan itu dianggap seperti saudara kandung sendiri. Sebagaimana firman Allah s.w.t. :















































Maksudnya: Dan orang-orang Yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang Yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya Yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Surah Al-Anfal: Ayat 75) Demikian itu, hikmah Rasulullah s.a.w mengadakan majlis ”Mempersaudarakan Sesama Mereka serta jiwa semua orang beriman kepada

aqidah yang” adalah bertujuan untuk

memperlihatkan kepada umat Islam tentang ”Ikatan Persaudaraan” ini bukan sahaja melalui ucapan kasih sayang di bibir sahaja tetapi juga dipraktik dalam masyarakat yang menjadi asas utama dalam stuktur keadilan sosial (Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti, 2008: 284). Oleh itu, keadilan dalam masyarakat dapat diwujudkan

melalui pengurusan Rasulullah dalam

mempersaudarakan masyarakat di Madinah. Di samping itu, strategi Rasulullah dalam menjalin ikatan ukhuwwah ini adalah melalui pembinaan masjid. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah telah membina sebuah masjid untuk dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul bagi umat Islam dan sebagai langkah untuk menyatukan umat Islam melalui dasar Islam dan bukan melalui semangat perkauman yang sangat menebal ketika itu. Masjid tersebut adalah Masjid Quba‟ yang bertujuan untuk membersihkan jiwa, memurnikan akhlak serta mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara sesama Islam (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 54).

Rasulullah s.a.w menjadikan ”aqidah Islamiyyah” sebagai asas ikatan persaudaraan yang mengikat antara satu hati dengan satu hati yang lain sesama sahabatnya (Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti, 2008: 282).

Selain itu, perkara kedua iaitu perpaduan persaudaraan yang menjadi tunggak kekuatan umat dan masyarakat Islam ialah hubungan antara umat Islam. Pengurusan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam asas ini adalah mempersaudarakan di antara golongan Muhajirin dan Ansar dengan meletakkan Islam sebagai ikatannya. Ia berbeza dengan hubungan ‟asabiyyah yang bertunjangkan atas hubungan kekeluargaan, keturunan, warna kulit dan tanah air tanpa ada perhitungan di atas dasar taqwa dan maruah manusia (Haji „Abdul Hadi Awang, 2006: 18).

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka:

”Bersaudaralah kamu di jalan Allah

berdua, berdua”

Al-Imam Ibn Qayyim menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melakukan persaudaraan itu di rumah Anas bin Malik r.a. Jumlah yang terlibat dalam peristiwa itu adalah seramai 90 orang. Sebahagian daripadanya adalah dalam kalangan Muhajirin dan sebahagianya lagi adalah dari kalangan Ansar (Haji „Abdul Hadi Awang, 2006: 19).

(4)

Rasulullah s.a.w. menggalakkan para sahabat dan para pendakwah pada zaman itu untuk bekerja secara berkumpulan atau berjemaah demi menegakkan agama Islam dan mengeratkan ukhuwwah Islamiyyah antara golongan Muhajirin dan Ansar (Berhanundin bin Abdullah, 1997: 73).

Masyarakat baru Islam yang terbentuk di Madinah atas dasar prinsip persaudaraan di antara semua orang beriman sehingga terciptalah jalinan ukhuwwah yang kuat menggantikan tradisi balas dendam, semangat perkauman (kekabilahan), tradisi persekutuan dan sebagainya (Muhammad „Abdullah Al-Khatib, 1990: 216-217).

Perlembagaan Madinah merupakan

perlembagaan bagi kerajaan Islam di Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perlembagaan Madinah digubal pada tahun 622 Masihi dan berbentuk perjanjian antara ketua negara dengan anggota masyarakat dalam negara itu. Faktor pembentukan perlembagaan ini adalah kerana Madinah mempunyai masyarakat pelbagai kaum sehingga wujud perkauman dan kaum Yahudi ingin menguasai ekonomi di Madinah (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 55). Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. perlu melakukan sesuatu

untuk menjamin keamanan, kestabilan

masyarakat dan mewujudkan hubungan

persaudaraan antara pelbagai kaum di Madinah. Ia mengandungi pelbagai aspek dasar untuk menubuhkan sebuah negara Islam Madinah.

Perlembagaan Madinah mengandungi 47

fasal, perkara yang terkandung dalam

perlembagaan tersebut adalah pembentukan ummah, hak asasi manusia, perpaduan seagama, tugas warganegara, melindungi negara dari ancaman musuh, politik perdamaian, ekonomi dan sebagainya. Sesungguhnya kandungan yang terpenting dalam perlembagaan tersebut adalah masyarakat dari Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum hendaklah hidup sebagai sebuah masyarakat yang saling tolong-menolong antara satu sama lain dan mewujudkan ikatan persaudaraan. Perlembagaan Madinah digubal untuk menunjukkan keprihatinan pengurusan sosial Nabi Muhammad s.a.w. dalam membentuk umat yang syumul dalam pelbagai aspek kehidupan dan menggabungkan seluruh masyarakat yang berada di sekitar kota Madinah iaitu orang-orang Islam yang terdiri dari dua golongan iaitu Aus dan Khazraj serta masyarakat bukan Islam (Abdul Ghafar bin Hj. Don, 2009: 56).

Di samping itu, Rasulullah s.a.w. telah bertindak dan menjelaskan kedudukan

orang-orang bukan Islam dalam negara Islam, iaitu antara orang Muslim dan Yahudi, sebagaimana firman Allah s.w.t:























































Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

(Surah al-Ma‟idah: Ayat 42) Dalam Piagam Madinah, golongan Yahudi bebas menganut agama mereka selagi tidak menjejaskan kepentingan umum dan mereka mempunyai kewajipan untuk taat kepada negara Islam di Madinah tanpa dipaksa serta diberi hak sewajarnya (Haji „Abdul Hadi Awang, 2006: 34-35). Selain itu, perlindungan terhadap orang-orang Islam dan bukan Islam telah dijelaskan dalam perlembagaan Madinah. Di samping itu, golongan bukan Islam dikenakan cukai Jizyah. Pembayaran cukai ini bukan satu kezaliman tetapi sebagai ketaatan setia golongan bukan Islam

kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai

pemerintah Islam di Madinah. Pembayaran jizyah ini menunjukkan penyertaan golongan bukan Islam iaitu Yahudi dan Kristian di Madinah bersama dengan orang-orang Islam ke arah pembangunan dan kemakmuran negara sehingga mereka tidak merasakan perbezaan dari segi tanggungjawab untuk menjamin keamanan,

(5)

kemakmuran, persaudaraan, perpaduan, keselamatan nyawa dan sebagainya (Mustafa Haji Daud, 1982: 140). Pengurusan dalam masyarakat yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap golongan bukan Islam melalui perjanjian Madinah ialah dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Janganlah kedua-dua belah pihak Islam dan Yahudi saling dengki-mendenki. Hendaklah bersatu hati dan hidup rukun damai.

2. Janganlah kedua-dua belah pihak Islam dan Yahudi saling benci-membenci. Sebaliknya hendaklah mereka hidup berkasih sayang sebagai dua bersaudara yang baik.

3. Hendaklah kedua-dua belah pihak Islam dan Yahudi hidup berbaik-baik sebagai satu bangsa.

4. Kedua-dua belah pihak sama ada Islam dan Yahudi bebas melaksanakan tuntutan agama masing-masing. Janganlah saling ganggu-mengganggu.

5. Sekiranya pihak Yahudi diserang dari luar oleh musuh, hendaklah kaum Muslimin membantu mereka. Begitu juga sekiranya kaum Muslimin diserang oleh

musuh luar, kaum Yahudi wajib

membantunya.

6. Kedua-dua pihak Islam dan Yahudi hendaklah saling tolong-menolong dalam

mempertahankan Madinah apabila

diserang oleh musuh luar.

Oleh itu, perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Yahudi adalah demi memantapkan dan

memperkukuhkan ikatan perpaduan kaum

Madinah agar keselamatan dan kedamaian penduduk terjamin (Tarikuddin bin Haji Hassan, 2010: 430).

Jalinan persaudaraan antara Muslim dan non-Muslim tidak dilarang dalam Islam, selagi mana pihak lain menghormati hak-hak kaum Muslim (M. Quraish Shihab, 1996: 494). Sebagaimana firman Allah s.w.t.:













































Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

(Surah al-Mumtahanah: Ayat 8) Demikian itu, al-Quran telah menjelaskan tentang interaksi antara manusia dengan tujuan untuk memantapkan ukhwah antara Muslim dan bukan Muslim.

Tambahan pula, kaum Yahudi di

Madinah menguasai sektor ekonomi sehingga mereka menguasai pusat-pusat perdagangan dengan menggunakan cara yang tidak sepatutnya seperti riba, menipu, mengkhianat dan sebagainya. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. telah mewujudkan pusat perdagangan bagi kaum Muslim di Madinah agar dapat mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan Yahudi. Selain itu, Rasulullah s.a.w. menggalakkan kaum Muslim berniaga kerana baginda ingin memupuk sifat-sifat terpuji kaum Muslim kepada kaum Yahudi dalam sektor perniagaan. Seterusnya, tujuan Rasulullah s.a.w. juga adalah untuk mewujudkan tali persaudaraan antara orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam iaitu Yahudi (Muhammad Abdul Qadir Abu Faris, 2000: 95).

Kesimpulan

Ketika era pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w,

baginda telah berjaya membentuk satu

masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi dan menyatupadukan hubungan yang mampan antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi. Persaudaraan pada zaman Rasulullah s.a.w. sangat dititikberatkan dan menjadikan ikatan persaudaraan sebagai jalan utama untuk membina

daulah Islam. Peristiwa ini perlu dihayati dan

diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh masyarakat Islam kini.

Kepentingan konsep persaudaraan sangat

ditekankan kepada umat manusia dalam

mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia). Justeru itu,

sekiranya manusia menghayati konsep

(6)

Muhammad s.a.w, maka ia akan melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul. Natijahnya, ikatan persaudaraan akan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat dan kukuh. Antara sebab kejatuhan kegemilangan tamadun Islam adalah disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam itu sendiri.

Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan

yang dilakukan oleh Baginda dalam

mempersaudarakan masyarakat majmuk di

Madinah memberi impak yang besar kepada pembinaan negara Islam di Madinah. Sebagai cadangan setiap organisasi Islam mestilah meletakkan perpaduan dan persaudaraan dalam pengurusan Islam sebagai antara misi utama dalam mencapai matlamat pengurusan Islam.

Rujukan

Abdul Ghafar bin Hj. Don. 2009. Kajian

Pemikiran Dakwah Muhammad Al-Ghazali Kitab Fiqh Al-Sirah. Selangor:

Jabatan Pengajian Dakwah dan

Kepimpinan.

Ahmad Shalaby. T.t. Masjarakat Islam.

Jogjakarta.

Auni Haji Abdullah. 2010. Teras Utama Sistem

Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam

Raya Enterprise.

Baterah Alias. 2011. Etika dan Cabaran dalam

Pengurusan Islam – Isu-isu Pengurusan Dalam Islam.

Berhanundin bin Abdullah. 1997. ’Amal Jama’ie

dalam Organisasi Islam. Terengganu:

Zabib Interprise.

Haji „Abdul Hadi Awang. 2006. Fiqh Al-Harakah

dari Sirah Nabawiyyah Jilid 2. Selangor:

Dewan Pustaka Fajar.

M. Quraish Shihab. 1996. Wawasan Al-Quran:

Tafsir Maudhu’i atas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung: Mizan Anggota IKAPI.

Muhammad „Abdullah Al-Khatib. 1990. Ciri-ciri

Khusus Masyarakat Islam. Kuala

Lumpur: Pustaka Abdul Majid & Pustaka Hamduna.

Muhammad „Abdullah Al-Khatib. 2008.

Penjelasan di Sekitar Risalah Ta’alim.

Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Muhammad Abdul Qadir Abu Faris. 2000. Sistem

Politik Islam. Jakarta: Robbani Press.

Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti. 2008. Fiqh

Al-Sirah. Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Muhammad Sa‟id Ramdhan Al-Buthy. 2001.

Sirah Nabawiyah. Shah Alam: Pustaka

Dini Sdn. Bhd.

Mustafa Haji Daud. 1982. Konsep Persaudaraan

dalam Islam. Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia.

Panel Akademi Pengurusan YPEIM, 2005,

Pengurusan dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, Kuala Lumpur:

Akademi Pengurusan YPEIM.

Tarikuddin bin Haji Hassan. 2010. Sejarah Rasul

Ulul Azmi Terbesar. Johor: Perniagaan

Jahabersa.

Yahya Othman. 2012. ’Amal Jama’-Pengertian

dan Tuntutannya. Selangor: Dewan

Referensi

Dokumen terkait

Pemahaman yang seperti inilah yang dijalankan Nabi kita Muhammad SAW dalam menjalankan dakwah Islamiyah untuk meninggalkan pengaruh masyarakat pra-sejarah Islam ( jahiliyah ) menuju

Pada waktu Rasulullah SAW menetap di Madinah, penduduknya terdiri dari tiga golongan, yaitu umat Islam, umat Yahudi (Bani Qainuqa, Bani Nazir dan Bani Quraizah)

Setelah upacara haji yang lain disempurnakan, Nabi Muhammad SAW kembali ke Madinah. Disinilah ia menghabiskan sisa hidupnya. Ia mengatur organisasi masyarakat di kabilah-kabilah

Menurut Nurcholis Madjid, masyarakat madani adalah masyarakat yang merujuk pada masyarakat Islam yang pernah dibangun Nabi Muhammad SAW di Madinah, sebagai

seluruh penduduk Madinah. Bila terjadi perselisihan di antara kaum Muslimin dan kaum Y ahudi, maka penyelesaiannya dikembalikan kepada keadilan Nabi Muhammad SAW. sebagai

Pendidikan dalam Islam sangat penting sekali karena dengan pendidikan tercipta pribadi yang luhur dan berkemanusiaan dalam hal ini Allah Swt mengutus Nabi Muhammad

antara kaum Muslim dengan kelompok-kelompok lain di kota Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Wacana dan aksi politik Islam di Indonesia akan dapat diwujudkan dengan menganut

1. Menjelaskan hal-hal yang dilakukan pertama kali oleh Nabi Muhammad Saw untuk membangun masyarakat Madinah. Menjelaskan Prinsif-prinsif dasar sistem ekonomi Islam 3.