• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata Nama. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kata Nama. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kata Nama

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,

haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang

ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang

ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan

pokok, betik, rumput, lalang dll

benda

pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat

pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor

gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.

Pada awal ayat

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan

yang tidak bernyawa.

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan

nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia

Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang

Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan

Pudu Raya

(perhentian bas

dan teksi), Menara

Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

▸ Baca selengkapnya: kata kata izin keluar dari organisasi

(2)

benda

Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Benda

bangunan

kereta

buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji

Proton Saga

Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang

doktor

kerani

guru

budak lelaki

Doktor Efendi

Puan Zainun

Cikgu Azmi

Muhamad Fauzi

Binatang

kucing

lembu

katak

ayam

burung

Si Tompok

Lembu Sapi

Katak Puru

Ayam Belanda

Burung Murai

Tempat

negeri

bandar

kampung

tasek

Terengganu

Jerteh

Kampung Pasir Akar

Tasek Perdana

Tumbuhan

pisang

cili

jambu

limau

Pisang Emas

Cili Padi

Jambu Batu

Limau Kasturi

(3)

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar. A orang B haiwan C makhluk D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________. A kelapa sawit B bunga C getah D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup. A hati B ubat C gula D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong. A Batik B Dodol C Gamelan D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya. A Nyanyian B Masakan C Pakaian D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. A Gadis B Wanita C Pemudi D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________. A doktor B perwira C mekanik D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________. A bilik gerakan B bilik bacaan C bilik stor D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput. A sumpah-sumpah B angkut-angkut C kisi-kisi D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu. A labu-labu B kisi-kisi C dekak-dekak D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. A Budak-budak B Kanak-kanak C Lelaki-lelaki D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi. A Batu-batan B Tanah-tanih C Bukit-bukau D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu. A dalam B bawah C tengah D atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah. A Buah-buah B Buku-buku C Bekas-bekas D Barang-barang

(4)

16 Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. A murid B pelatih C pelajar D mahasiswa

17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu. A Daun B Batang C Pelepah D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim. A poskad B majalah C surat khabar D surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya. A Arnab B Kucing C kambing D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________. A Malaysia B Korea C Jepun D China

21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka. A Isnin B Rabu C Ahad D Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.

A kedai B rumah C dewan D masjid

23 Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah . A gadis B isteri C betina D wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________. A pesawah B penoreh C nelayan D petani

25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara. A pelancong B pendatang C rakyat D murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.

A motosikal B basikal C kereta D beca

27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________. A perkhemahan B pelancongan C petempatan D perkampungan

28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku. A dia B kita C kami D mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas. A jejantas B jambatan C lapangan D bangunan

30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

(5)

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang lantang. A juruulas B juruacara C jurucakap D juruhebah

32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu. A jambatan B jejambat C jejantas D jejari

33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam. A rebut B hujan C angin D panas

34 Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir. A pasar B pejabat C hospital D bengkel

35 __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang. A Seniwati B Pramugari C Pramugara D Peragawati

36 Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah. A university B sekolah C tadika D kolej

37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik. A ibu B adik C kakak D pelajar

38 __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik. A Kuih B Lauk C Sayur D Barang

39 _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.

A Juruacara B Jurucakap C Juruhebah D Jurumaklum

40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.

A lompatan B kemeriahan C kesenangan D kegembiraan

41 Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan__________ rasmi. A surat B kertas C boring D lembaran kerja

42 Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah_________ yang cantik. A singgahsana B mahligai C peterana D takhta

43 Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu.

A kesejahteraan B kebahagiaan C keselamatan D kebaikan

44 __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung yang memakan padi di sawah itu. A Kuda-kuda B Pagar-pagar C Orang-orangan D Siku-siku

45 Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.

(6)

46 Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu panas. A penghawa dingin B pendingin hawa C hawa pendingin D hawa dingin

47 Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang bertugas di __________ itu.

A kaunter jawapan B kaunter hadapan C kaunter maklumat D kaunter pertanyaan

48 Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang __________ kepada rakyat negara ini. A lawatan B pelajaran C kewangan D pekerjaan

49 Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan para pengkaji bintang. A balai cerap B balai besar C balairung seri D balai bertingkat

50 Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.

A pendermaan B pemberian C anugerah D bantuan

51 Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di sana murah harganya. A kedai runcit bebas cukai B kedai bunga

C kedai kasut D kedai buku

52 __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa Pembangunan. A Tun Abdul Razak B Tunku Abdul Rahman

C Tun Mahathir MohamadD D Dato. Abdullah Haji Ahmad Badawi

53 Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan membubul__________. A bubu B joran C pukat D perangkap

54 Ketibaan YAB Dato. Najib di majlis itu disambut oleh beberapa orang __________. A kenalan B kedutaan C kenamaan D keutamaan

55 Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan Idris. A pelajaran B pertanian C perubatan D pendidikan

56 Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru. A tulisan B catatan C lembaran D ringkasan

57 Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________kemerdekaan tanah air. A pejuang B pembela C penjajah D penjenayah

58 __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial yang serius. A Ketibaan B Kehadiran C Kedatangan D Kemasukan

59 Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman Sentosa. A sepermainan B seperjuangan C persekolahan D perkongsian

60 __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan. A Pemandangan B Peristiwa C Keadaan D Situasi

(7)

Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang

disediakan.

1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.

2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat

menghasilkan lagu yang terbaik.

3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.

4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.

5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.

6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.

7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.

8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.

9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing.

10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.

11. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.

12. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.

13. Tanaman ibu Aliah telah bertunas.

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini memfokuskan tiga tahap perbincangan mengenai penggunaan leksikal ganti nama diri yang terdapat dalam subdialek Ulu Berang iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama

Bentuk nama diri (ND) adalah bentuk untuk menyebut atau memanggil nama seseorang. Bentuk ND bahasa Bali memiliki ciri khas pada setiap golongannya. ND

(a) Mereka-mereka itu telah pun makan nasi. 4) Kata ganti nama diri ia tidak boleh berfungsi sebagai objek kepada kata sendi, kata kerja transitif, atau pelaku kepada kata

Selanjutnya data dianalisis dengan metode agih dengan teknik ganti untuk menguji makna yang terdapat pada konsep nama makanan khas Karo dan parafrase untuk menentukan makna

Setelah bentuk dan makna nama makanan dan minuman khas Minahasa dalam aspek metafora dibahas maka tampak bahwa bentuk lingual yang sering muncul adalah

Kata nama am & khas ditulis dalam huruf besar selepas digabungkan balai polis + Taman Melawati = Balai Polis Taman Melawati1. Namun, kata nama jenis alat tidak

Bagi kata nama golongan M (manusia), murid yang memberikan idea untuk mengambil gambar guru dan pekerja-pekerja sekolah yang lain bagi memenuhi pencarian gambar untuk kata

Kata Ganti Nama dan Representasi Identiti Pewacana Parlimen Pronouns and Identity Representations of Parliamentary Speakers *DAYANG SARIAH ABANG SUHAI1 KESUMAWATI ABU BAKAR2 NORSIMAH