• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATA NAMA & FRASA NAMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KATA NAMA & FRASA NAMA"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

KATA NAMA & FRASA NAMA

A) KATA NAMA

1) Kata yang menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan, tempat dan konsep / abstrak.

2) Tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

3) Kata nama am ialah kata yang menamakan sesuatu secara umum. Lazimnya ditulis dengan huruf kecil. Contohnya, pekedai, pakaian, buaya, cendawan, tasik dan gas.

4) Kata nama khas ialah kata yang menamakan sesuatu secara khas / khusus. Huruf awalnya ditulis dengan huruf besar. Contohnya, Ah Keat, Orlando, Sang Buaya, Rafflesia, Taman Permai dan Proton Saga.

B) FRASA NAMA

1) Frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai kata inti dan boleh terbina daripada satu atau lebih perkataan.

2) Dalam ayat, frasa nama boleh terdiri daripada subjek, predikat atau objek. Contohnya, (i) Ahmad menonton televisyen

(subjek) (objek) (ii) Ahmad abang Azli

(predikat)

(2)

KESALAHAN UMUM KATA NAMA & FRASA NAMA

1) Kata nama tidak perlu digandakan selepas kata bilangan yang membawa maksud jamak / kumpulan.

(a) Banyak sayur-sayuran ada dijual di situ. (û)

(b) Sayur-sayuran ada dijual di situ. (ü)

(c) Banyak sayur ada dijual di situ. (ü)

(d) Kaum petani-petani itu sedang membajak sawah. (û)

(e) Kaum petani itu sedang membajak sawah. (ü)

(f) Petani-petani itu sedang membajak sawah. (ü)

2) Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulangi jika predikatnya terdiri daripada kata adjektif yang digandakan.

(a) Bunga-bunga itu cantik-cantik belaka. (û)

(b) Bunga itu cantik-cantik belaka. (ü)

(c) Bunga-bunga itu cantik belaka. (ü)

3) Sesuatu frasa nama mestilah berhukum D – M, iaitu unsur diterangkan mesti mendahului unsur menerangkan. Hanya nama-nama jawatan dikecualikan daripada hukum ini.

Contohnya:

(a) Menteri Perdana (û)

(b) Perdana Menteri (ü)

Contoh kesalahan frasa nama:

(a) Cili sos Mawar enak rasanya. (û)

(b) Sos cili Mawar enak rasanya. (ü)

(3)

C) KATA GANTI NAMA DIRI

(I) KATA GANTI NAMA DIRI

1) Kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.

2) Terdapat dalam dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.

3) Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

(a) Kata ganti nama diri pertama – aku, saya, patik, hamba, beta (tunggal), kami, kita (jamak)

(b) Kata ganti nama diri kedua – awak, engkau, tuan hamba, tuanku, kamu (tunggal), kalian, kamu semua (jamak)

(c) Kata ganti nama diri ketiga – ia, dia, beliau, baginda (tunggal), mereka (jamak).

(II) KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT

1) Terhasil daripada singkatan bentuk penuh, iaitu aku (ku), kamu (mu), engkau (kau), ia /dia (nya).

2) Ditulis serangkai dengan kata lain yang mendampinginya. Contohnya:

(a) Adakah buku itu kaupinjam semalam ? (b) Yang manakah adikmu ?

(4)

KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI

1) Ketidaksesuaian penggunaan mengikut status seseorang, suasana konteks, dan hubungan seseorang dengan seseorang. Contohnya:

(a) Beliau telah dipenjarakan. (û)

(b) Dia telah dipenjarakan. (ü)

2) Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan atau diawali dengan kata bilangan yang menunjukkan banyak. Contohnya:

(a) Mereka-mereka itu telah pun makan nasi. (û)

(b) Mereka itu telahpun makan nasi. (ü)

(c) Semua mereka sudah tidur. (û)

(d) Mereka sudah tidur. (ü)

3) Kata ganti nama diri ia dan mereka tidak boleh digunakanuntuk binatang, benda dan konsep.

4) Kata ganti nama diri ia tidak boleh berfungsi sebagai objek kepada kata sendi, kata kerja transitif, atau pelaku kepada kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:

(a) Surat ini untuk ia. (û)

(b) Surat ini untuknya. (ü)

(c) Beg ini dibeli oleh ia. (û)

(d) Beg ini dibeli olehnya. (ü)

5) Kata ganti nama diri ia dan nya tidak boleh diserangkaikan menjadi ianya dalam ayat.

6) Kata ganti nama diri singkat tidak boleh dijarakkan dengan kata yang mendampinginya.

(5)

(III) KATA GANTI TANYA

1) Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2) Digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilanga.

Contohnya apa, berapa, bila, mana, dan siapa.

(IV) KATA GANTI TEMPAT

1) Kata sana, sini, dan situ merupakan kata ganti nama tempat.

2) Kata sana digunakan untuk tempat jauh dan kata situ tidak sejauh sana.

Manakala kata sini digunakan untuk tempat yang dekat.

(V) KATA GANTI TUNJUK

1) Kata itu dan ini merupakan kata ganti tunjuk.

2) Kata ganti tunjuk boleh diletak di depan kata nama atau di belakang kata nama. Contohnya:

(a) Ini kereta. (depan)

(b) Saya belajar di sekolah itu. (belakang)

(VI) KATA GANTI TAK TENTU

1) Kata ganti tak tentu terrbentuk daripadapenggandaan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa. Contohnya apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa/sesiapa.

2) Kata ini menunjukkan seseorang atau sesuatu secara tidak tentu.

(6)

KATA HUBUNG

1) Kata yang menghubungkan dua atau lebih kata, frasa atau ayat.

2) Jenis kata hubung iaitu:

(a) Kata hubung gabungan – dan, atau, tetapi, serta, maka, kecuali dan sebagainya.

(b) Kata hubung pancangan – agar, kerana, supaya, selama, yang, untuk dan sebagainya.

(c) Kata hubung berpasangan – baik… mahupun, bukan sahaja… tetapi, walaupun… tetapi dan sebagainya.

KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG

1. Perkataan bila adalah kata tanya, manakala apabila adalah kata hubung yang menunjukkan masa, tetapi kedua-duanya tidak boleh ditukar ganti dalam sesautu ayat tertentu. Contohnya:

(a) Saya makan nasi bila lapar. (û)

(b) Saya makan nasi apabila lapar. (ü)

2. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi oleh sebaliknya hanya perkataan sebab yang patut hadir kerana sebab adalah kelas kata nama dan untuk membentuk frasa sendi, kata sendi mestilah diikuti oleh kata nama. Contohnya:

(a) Oleh kerana sakit, dia ke klinik. (û)

(b) Oleh sebab sakit, dia ke klinik. (ü)

3. Kata hubung hingga, sampai dan sehingga tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya.

Contohnya:

(a) Saya tunggu awak hingga ke petang. (û)

(b) Saya tunggu awak hingga petang. (ü)

4. Hanya kata hubung bahawa boleh hadir sebagai komplemen selepas kata kerja transitif, kata adjektif dan sebelum kata nama. Contohnya:

(a) Dia memberitahu yang dia akan ke sini.

(b) Dia memberitahu bahawa dia akan ke sini.

(7)

PENGIMBUHAN AKTIF

1. Pengimbuhan aktif ialah pengimbuhan yang membentuk ayat aktif.

2. Terdapat dua jenis ayat aktif, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

3. Ayat aktif transitif dibentuk oleh kata kerja transitif aktif, manakala ayat aktif tak transitif dibentuk oleh kata kerja tak transitif aktif.

IMBUHAN meN-…-kan, dan meN-…-i

1. Pengimbuhan meN- bermaksud mengimbuhkan awalan me-, mem-, men-, meng-, menye-, atau menge- pada satu kata dasar.

2. Apitan meN-…-kan dan meN-…-I bermaksud mengimbuhkan awalan me-, mem-, men-, meng-, menye-, atau menge-, dan akhiran –kan atau –i pada suatu kata dasar.

3. Pengimbuhanpengimbuhan ini berfungsi sebagai pembentuk kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Contohnya:

(a) Saya membaca buku.

(KKT) (b) Saya menyanyi.

(KKTT)

PERBEZAAN IMBUHAN meN-…-kan DAN meN-…-i

1. Objek yang hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-kan adalah objek yang tidak bernyawa atau unsur abstraknya. Contohnya:

(a) Kami menyiapi tesis. (û)

(b) Kami menyiapkan tesis. (ü)

(c) Saya akan memaklumi perkara itu. (û)

(d) Saya akan memaklumkan perkara itu. (ü)

2. Objek yang hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i lazimnya adalah objek bernyawa. Contohnya:

(a) Ibu menyuapkan adik nasi. (û)

(b) Ibu menyuapi adik nasi. (ü)

(8)

3. Jika yang hadir selepas kata kerja berimbuhan meN-…-i itu adalah objek yang tidak bernyawa, ayat yang dibina itu adalah bermaksud memberatkan pelaku dan bukan perbuatan yang dilakukannya. Contohnya:

(a) Dia menyikatkan rambut. (û)

(b) Dia menyikati rambut. (ü)

IMBUHAN beR-, beR-…-an DAN beR-…-kan

1. Pengimbuhan beR- bermaksud mengimbuhkan awalan be-, ber- atau bel- pada suatu kata dasar.

2. Apitan beR-…-an dan beR-…-kan pula bermaksud mengimbuhkan awalan beR- dan akhiran –an atau –kan pada suatu kata dasar.

3. Pengimbuhan beR-, beR-…-an dan beR-…-kan berfungsi sebagai pembentuk kata kerja tak transitif aktif. Contohnya:

(a) Kami berkelah di sini.

(b) Kami ada berbalasan surat.

(c) Kami bertemankan bulan pada malam itu.

IMBUHAN teR- DAN teR-…-an

1. Pengimbuhan teR- bermaksud mengimbuhkan awalan ter- atau tel- pada suatu kata dasar.

2. Apitan teR-…-kan pula bermaksud mengimbuhkan awalan teR- dan akhiran –kan pada suatu dasar.

3. Awalan teR- dan apitan teR-…-kan berfungsi sebagai pembentuk kata kerja tak transitif aktif. Contohnya:

(a) Dia tersenyum dari tadi.

(b) Dia terkenangkan adiknya.

(9)

KATA KERJA TRANSITIF

1. Kata kerja transitif menerangkan perbuatan pelaku terhadapsesuatu (objek)

2. Kata kerja ini mesti diikuti oleh unsur objek yang terdiri daripada kata/frasa nama.

Contohnya:

Emak makan nasi (KKT) (objek)

3. Selain kata kerja dasar makan, minum, dan minta, kata kerja transitif ditanda pengimbuhan meN-, meN-…-kan/i, mempeR-, atau mempeR-…-kan/i.

KESALAHAN UMUM KATA KERJA TRANSITIF

1. Kata kerja transitif makan atau minum yang menerima unsur objek nya mestilah mengimbuhkan awalan meN-. Contohnya:

(a) Adik suka minumnya. (û)

(b) Adik suka meminumnya. (ü)

2. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif tidak boleh digugurkan dalam binaan ayat aktif.

Contohnya:

(a) Ayah sedang cat rumah. (û)

(b) Ayah sedang mengecat rumah. (ü)

3. Kata selain kata/frasa nama tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Contohnya:

(a) Kami mencari akarnya tadi. (û)

(b) Kami mencarinya tadi. (ü)

(10)

KATA KERJA TRANSITIF (FKT)

1. Frasa kerja transitif terbina daripada kata kerja transitif sebagai kata intinya.

2. Frasa kerja transitif memerlukan objek selepasnya. Contohnya:

* Saya menggubah bunga.

(KKT) (objek) (FKT)

KESALAHAN UMUM FRASA KERJA TRANSITIF

1. Hanya kata hubung bahawa boleh hadir selepas frasa kerja transitif yang dalam binaan ayat majmuk aktif. Contohnya:

(a) Dia mengatakan yang ibunya sakit. (û)

(b) Dia mengatakan bahawa ibunya sakit. (ü)

2. Kata nafi bukan tidak boleh bertindak sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja transitif kecuali dalam konteks pertentangan maklumat. Contohnya:

(a) Kami bukan memancing ikan. (û)

(b) Kami tidak memancing ikan. (ü)

(c) Kami bukan memancing ikan atau berenang. (û)

(d) Kami bukan memancing ikan, tetapi berenang. (ü)

(11)

KATA KERJA TAK TRANSITIF

1. Kata yang menerangkan perbuatan pelaku terhadap diri sendiri.

2. Terbina daripada pengimbuhan meN-, beR-, dan teR-.

3. Tidak diikuti oleh objek tetapi boleh diikuti oleh unsur penerang atau pelengkap.

Contohnya:

(a) Ali menyanyi. (tanpa penerang)

(b) Ali menyanyi dengan nyaring. (dengan penerang)

(c) Ali bermodalkan suaranya yang merdu. (dengan pelengkap)

KESALAHAN UMUM KATA KERJA TAK TRANSITIF

1. Imbuhan awalan kata kerja tak transitif tidak boleh digugurkan atau ditiadakan.

Contohnya:

(a) Ah Huat sedang senam. (û)

(b) Ah Huat sedang bersenam. (ü)

(c) (

2. Kata kerja tak transitif berapitan beR-…-kan mesti diikuti oleh kata nama selepasnya sebagai unsur pelengkap. Contohnya:

(a) Mereka berbekalkan dengan sebotol air sahaja. (û)

(b) Mereka berbekalkan sebotol air sahaja. (ü)

3. Sesetengah kata kerja tak transitif seperti naik dan masuk tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya;

(a) Mereka masuk ke persatuan itu. (û)

(b) Mereka masuk persatuan itu. (ü)

(12)

FRASA KERJA TAK TRANSITIF

1. Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya.

2. Kata intinya terdiri daripada kata kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja dasar dan yang berimbuhan meN-, beR-, dan teR-.

3. Frasa kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja tak transitif dengan pelengkap dan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.

4. Frasa kerja tak transitif dengan pelengkap seperti menjadi, berapitan beR-…-kan yang diikuti oleh kata nama selepasnya. Contohnya:

* Bermandikan embun.

(KKTT) (pelengkap)

5. Fasa kerja tak transitif tanpa lengkap diikuti oleh unsur penerang selepasnya atau tanpa unsur penerang selepasnya. Contohnya:

* bersiul. (tanpa penerang)

* bersiul dengan riangnya. (dengan penerang)

KESALAHAN UMUM RASA KERJA TAK TRANSITIF

1. Frasa tak transitif yang selain daripada berimbuhan beR-…-kan dan kata kerja menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi atau kata adjektif untuk tujuan perluasan.

Contohnya:

(a) Kami berbelanja pakaian raya agak banyak. (û)

(b) Kami berbelanja untuk pakaian raya agak banyak. (ü) 2. frasa kerja tak transitif tidak menerima kata nafi bukan sebagai unsur keterangan kecuali

terdapat pertentangan maklumat. Contohnya:

(a) Mereka bukan menyanyi. (û)

(b) Mereka bukan menyanyi sebaliknya menari. (ü)

(13)

KATA KERJA PASIF (KKP)

1. Kata kerja yang membentuk ayat pasif.

2. Kata kerja ini mengutamakan objek sebagai unsur penderita, iaitu sesuatu yang kena oleh sesuatu perbuatan yang dilakukan.

3. Objek atau unsur penderita terletak di hadapan ayat pasif.

4. Empat jenis kata kerja pasif, iaitu kata kerja pasif diri pertama dan kedua, kata kerja pasif diri ketiga, kata kerja pasif berimbuhan pasif, dan kata kerja pasif dengan kata bantu pasif

“kena”.

KATA KERJA PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA

1. Kata kerja ini diawasi oleh objek dan kata ganti nama diri pertama atau kedua.

2. Berasal daripada pengimbuhan aktif meN-, meN-…_kan, meN-…-i, mempeR--, mempeR-…-kan, atau mempeR-…-i yang digugurkan awalannya. Contohnya:

(a) Saya memancing ikan. (ayat aktif)

(b) Ikan saya pancing. (ayat pasif)

(objek) (KGND) (KKP)

KATA KERJA PASIF DIRI KETIGA

1. Kata kerja ini berpola (objek+KKP+(oleh)+KGND3).

2. Ditandai dengan imbuhan di-, di-…-kan, di-…-i, dipeR-, dipeR-…-kan atau dipeR…-i.

Contohnya:

(a) Dia memancing ikan. (ayat aktif)

(b) Ikan dipancing olehnya. (ayat pasif)

(objek) (KKP) (KS) (KGND3)

(14)

KATA KERJA PASIF BERIMBUHAN PASIF

1. Kata kerja yang berimbuhan beR-, teR-, dan apitan

2. Mengutamakan dan meletakkan objek atau unsur penderita di hadapan ayat pasif.

Contohnya:

(a) Bajunya tidak bergosok (objek) (KB) (KKP)

(b) Tikar itu terbentang di ruang tamu.

(objek) (KKP) (unsur keterangan)

(c) Sani kegelian kerana digeletek.

(Penderita) (KKP)

KATA KERJA PASIF DENGAN KATA BANTU PASIF “KENA”

1. Lazimnya kata bantu pasif “kena” hadir sebelum kata kerja dasar yang mengalami pengguguran imbuhannya. Contohnya:

(a) Amin kesampukan tadi.

(b) Amin kena sampuk tadi.

2. Kebanyakan soalan yang berkaitan dengan kata kerja pasif disoal dalam slot soalan penggunaan kata dan kesalahan umum tatabahasa bagi perkataan yang digariskan. Untuk ulasan PMR, sila rujuk imbuhan pasif.

(15)

FRASA KERJA PASIF

1. Kata intinya terbina daripada kata kerja pasif.

2. Jenis frasa kerja pasif adalah mengikut jenis kata kerja pasif,iaitu:

(a) Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua. Contohnya:

(i) Buku itu saya baca.

(KGND1) (KKP)

(ii) Poster itu awak lukis?

(KGND2) (KKP)

(b) Frasa kerja pasif diri ketiga. Contohnya:

Tikar itu dianyam olehnya.

(KKP) (KGND3)

(c) Frasa kerja pasif berimbuhan pasif. Contohnya:

Soalan itu belum berjawab.

(KKP)

(d) Frasa kerja pasif dengan kata bantu pasif kena.contohnya:

Buku itu kena conteng oleh adik.

(16)

KESALAHAN UMUM FRASA KERJA PASIF

1. Memasukkan kata lain di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja positifnya. Contohnya:

(a) Foto itu saya akan ambil. (û)

(b) Foto itu akan saya ambil. (ü)

2. Memberikan awalan di- pada kata kerja pasif sebelum kata ganti nama diri pertama dan kedua. Contohnya:

(a) Foto itu diambil oleh saya. (û)

(b) Foto itu saya ambilkan. (ü)

3. Tidak boleh menghadirkan kata sandang nya selepas kata kerja pasif diri pertama dan kedua. Contohnya:

(a) Foto itu saya ambilkannya untuk awak. (û)

(b) Foto itu saya ambilkan untuk awak. (ü)

4. Tidak boleh merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang mengalami pengguguran awal meN-. Contohnya:

(a) Foto itu Encik Khoo cuci. (û)

(b) Foto itu dicuci oleh Encik Khoo. (ü)

5. Frasa kerja pasif diri pertama, kedua dan ketiga tidak menerima kata nafi bukan kecuali maklumatnya terdapat pertentangan maksud. Contohnya:

(a) Foto itu bukan saya ambil ataupun Ani. (û)

(b) Foto itu bukan saya ambil, tetapi Ani. (ü)

(17)

KATA ADJEKTIF & FRASA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF (KA)

1. Kata adjektif / sifat berfungsi untuk menerangkan sifat / kebendaan suatu kata / frasa nama. Contohnya:

* Kepalanya botak.

(FN) (KA)

2. Terdapat 10 jenis kata adjektif, iaitu:

keadaan / sifat - sihat, alim, adil warna - biru, hijau, merah ukuran - tebal, renek, panjang bentuk - bulat, bujur, bundar waktu - suntuk, silam, pantas cara - sopan, hati-hati, kasar jarak - jauh, dekat, nyaris perasaan - sayu, belas, gembira pancaindera - acap, merdu, wangi kekerapan - acap, sering, jarang

3. Imbuhan se-, ter-, dan ke-…-an ialah imbuhan pembentuk kata adjektif yang membawa maksud perbandingan. Contohnya:

* baik - sebaik

* baru - terbaru

* anak - keanak-anakkan

4. Kata adjektif boleh disertai dengan kata bantu dan kata penguat sebagai kata keterangannya.

(18)

FRASA ADJEKTIF (FA)

1. Terbina daripada kata adjektif sebagai kata intinya dan boleh diperluas dengan penggunaan kata bantu dan kata penguat.

2. Berfungsi sebagai predikat ayat atau boleh juga sebagai subjek ayat dengan mendukung fungsi sebagai frasa nama. Contohnya:

(a) Ali bijak.

(FA)

(b) Biru warna pilihan saya.

(FA)

KESALAHAN UMUM FRASA ADJEKTIF

1. Kata adjektif bersifat pernyataan perasaan, oleh itu tidak boleh menerima akhiran –kan.

Contohnya:

(a) Saya bencikan awak. (û)

(b) Saya benci akan awak. (ü)

2. Kata sendi tidak boleh dilenyapkan antara kata adjektif berpenyataan perasaan dengan frasa nama. Contohnya:

(a) Saya suka limau. (û)

(b) Saya suka akan limau. (ü)

3. Dua kata penguat tidak boleh hadir serentak di antara kata adjektif. Contohnya:

(a) Dia paling pandai sekali. (û)

(b) Dia paling pandai. (ü)

(c) Dia pandai sekali. (ü)

(19)

4. Kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan kata penguat. Contohnya:

(a) Anilah yang tercantik sekali di sini. (û)

(b) Anilah yang tercantik di sini. (ü)

5. Kata adjektif berawalan ter- yang bermaksud paling perlu diikuti dengan kata sandang yang jika berfungsi sebagai predikat ayat. Contohnya:

(a) Diana terpandai di kelasnya. (û)

(b) Diana yang terpandai di kelasnya. (ü)

6. Kata adjektif berawalan se- yang bermaksud sama dengan tidak perlu diikuti dengan kata sendi dengan selepas. Contohnya:

(a) Diana sebijak dengan Amalina. (û)

(b) Diana sebijak Amalina. (ü)

7. Kata ganda adjektif berirama yang bermaksud paling / sangat tidak perlu lagi disertai dengan kata penguat sebelumnya. Contohnya:

(a) Rumah itu hingar-bingar sekali. (û)

(b) Rumah itu hingar-bingar. (ü)

8. Kata ganda adjektif berapitan ke-…-an yang bermaksud seperti tidak boleh diawali oleh kata seperti / agak / semacam lagi. Contohnya:

(a) Air laut itu seperti kebiru-biruan. (û)

(b) Air laut itu kebiru-biruan. (ü)

(20)

KATA SENDI & FRASA SENDI

KATA NAMA

1. Merupakan suatu kata tugas yang terletak di hadapan kata nama.

2. Berfungsi sebagai sendi / penyambung antara kata nama dengan kata lain yang ada perkaitan dalam ayat. Contohnya:

(a) Ani pergi pasar. (û)

(b) Ani pergi ke pasar. (ü)

3. Berikut merupakan kata sendi dan fungsi yang lazim digunakan.

(a) di = tempat dan arah

(b) ke = tempat, arah dan masa

(c) dari = waktu, arah dan tempat

(d) kepada = arah yang merujuk kepada manusia

(e) daripada = unsur abstrak, asal sesuatu, orang perbandingan dan keanggotaan

(f) pada = masa, tempat bagi sesuatu perbuatan, abstark dan manusia

(g) tentang = hal yang diperkatakan (h) mengenai = merujuk kena pada sasaran

(i) akan, kepada, terhadap = pernyataan perasaan / sikap selepas kata adjektif

(21)

FRASA SENDI

1. Kata intinya ialah kata sendi.

2. Berfungsi sebagai predikat ayat.

3. Boleh diperluas dengan menambahkan unsur keterangan sebelum dan selepasnya.

Contohnya:

Buku itu di atas meja. (frasa sendi)

* atas = kata arah yang menjadi keterangan kepada kata sendi di.

KESALAHAN UMUM FRASA SENDI

1. Kata sendi memerlukan kata nama selepasnya. Oleh itu, penggunaan oleh kerana adalah salah kerana kerana ialah kelas kata hubung. Kata yang sesuai digunakan ialah oleh sebab.

2. Kata sendi yang merujuk kepada pernyataan sikap / perasaan tidak boleh ditiadakan di antara kata adjektif dengan kata nama. Contohnya:

(a) Saya suka aiskrim ini. (û)

(b) Saya suka akan aiskrim ini. (ü)

3. Kata sendi akan tidak boleh digugurkan di antara kata kerja tunggal dengan kata nama.

Contohnya:

(a) Biar dia kenal diri sendiri. (û)

(b) Biar dia kenal akan diri sendiri. (ü)

4. Kata sendi demi dan untuk tidak boleh hadir serentak dalam ayat kerana dianggap lewah.

Contohnya:

(a) Dia berusaha demi untuk kejayaannya. (û)

(b) Dia berusaha demi kejayaannya. (ü)

(22)

5. Kata sendi tentang dan mengenai tidak boleh bertukar ganti sewenang-wenangnya.

Contohnya:

(a) Dia tahu mengenai perkara itu. (û)

(b) Dia tahu tentang perkara itu. (ü)

6. Frasa sendi di dalam atau di antara hanya digunakan bagi frasa nama yang berpengertian tempat atau ruang. Contohnya:

(a) Buku itu dalam laci meja. (û)

(b) Buku itu di dalam laci meja. (ü)

7. Kata sendi dari tidak boleh hadir selepas kata sendi semenjak atau sejak kerana membawa maksud lewah. Contohnya:

(a) Sejak dari tadi dia ada di situ. (û)

(b) Sejak tadi dia ada di situ. (ü)

8. Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika dihubungkan dengan kata hubung dan atau atau secara pilihan. Contohnya:

(a) Awak ingin bertemu dengan dia atau saya? (û)

(b) Awak ingin bertemu dengan dia atau dengan saya? (ü)

9. Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh digugurkan jika kata tersebut adalah ke. Contohnya:

(a) Kita mahu ke sana atau sini. (û)

(b) Kita mahu ke sana atau ke sini. (ü)

10. Kata sendi pada unsur kedua tidak boleh digugurkan jika kata sendi tersebut adalah ke dan tidak berkata hubung. Contohnya:

(a) Lajim berjalan ke sana sini. (û)

(b) Lajim berjalan ke sana ke sini. (ü)

(23)

PERIHAL AYAT

AYAT TUNGGAL

1. Ayat tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat tunggal boleh dibina dalam bentuk ayat bersusunan biasa dan bersusunan songsang.

AYAT MAJMUK

1. Ayat majmuk terbina daripada beberapa ayat tunggal. Oleh itu, dalam ayat majmuk terdapat dua atau lebih subjek atau predikat.

2. Ayat-ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan kata hubung bagi membentuk ayat majmuk.

3. Jenis-jenis ayat amjmuk ialah:

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat-ayat tunggalnya dihubungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, tetapi, kecuali dan lain-lain.

2. Ayat-ayat tunggal yang digabungkan adalah bersifat setara. Contohnya:

(a) Ani ke dapur.

(b) Liza ke dapur.

(c) Ani dan Liza ke dapur.

(ayat majmuk)

(b) Ayat Majmuk Pancangan

Ayat-ayat tunggal dipancangkan pada satu ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti yang, bahawa, untuk, kerana, agar dan lain-lain.

Contohnya:

(a) Kereta itu berwarna merah.

(b) Kereta itu milik Adam.

(c) Kereta yang berwarna merah itu milik Adam. (ayat majmuk)

(24)

KESALAHAN STRUKTUR AYAT MAJMUK PANCANGAN

1. Kata hubung pancangan tidak boleh ditiadakan jika hendak menghubungkan ayat induk dengan ayat tunggal yang lain. Contohnya:

(a) Mazni pulang ibunya sakit tenat. (û)

(b) Mazni pulang kerana ibunya sakit tenat. (ü)

2. Menggunakan kata hubung yang menyalahi konteks. Contohnya:

(a) Dia tahu yang itu suatu kesalahan. (û)

(b) Dia tahu bahawa itu suatu kesalahan. (ü)

3. Ketidaktepatan kedudukan kata hubung dalam ayat sehingga menjadikan strukturnya salah. contohnya:

(a) Baju itu yang berwarna biru tergantung. (û)

(b) Baju yang berwarna biru itu tergantung. (ü)

AYAT TERGANTUNG

Merupakan binaan ayat yang tidak dapat ditentukan dengan jelas subjek dan predikatnya atau tidak mempunyai subjek atau predikat. Contohnya:

(a) Melukis yang menjadi kegemaran saya. (û)

(b) Melukislah yang menjadi kegemaran saya. (ü)

(25)

RAGAM AYAT

AYAT AKTIF

1. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a) Ayat aktif transitif:

· Mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai penderita.

· Kata kerjanya terdiri daripada kata kerja transitif berimbuhan meN-, meN-

…-kan, meN-…-i, mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-i.

Contohnya:

Taha membaling batu.

subjek KKT objek

(b) Ayat aktif tak transitif:

· Mengutamakan subjek sebagai pelaku.

· Terdiri daripada kata kerja tak transitif yang berimbuhan meN-, beR- dan teR-. Contohnya:

Taha bersukan subjek KKT

(26)

AYAT PASIF

1. Mementingkan objek sebagai penderita.

2. Objek terletak di bahagian hadapan ayat.

3. Bagi ayat pasif diri pertama dan kedua, kata kerjanya diakhiri imbuhan –kan dan –i, manakala bagi ayat pasif diri ketiga, kata kerjanya berimbuhan di-, di-…-kan atau di-…-i. Contohnya:

(a) Buku itu saya baluti.

(b) Laporan itu telah kami siapkan.

(c) Baju itu dijahit oleh Puan Lee.

4. Ayat pasif berimbuhan pasif teR- dan beR- mengutamakan objek sebagai penderita, sementara bagi yang berimbuhan ke-…-an, pelaku menjadi penderita. Contohnya:

(a) Hidangan itu telah terhidang.

(b) Buah mangga itu belum berjolok.

(c) Kami ketinggalan bas.

Referensi

Dokumen terkait

Simplisia biji jinten hitam bisa didapat dari berbagai belahan dunia termasuk dari India dan Habasyah, tetapi yang paling populer digunakan adalah jinten hitam

 agma mi<ing   terjadi saat dua jenis magma yang berbeda bertemu dan kemudian  bercampur menjadi satu menghasilkan satu jenis magma lain yang homogen yang disebut

ACC CONTROL Voucher biaya PR Tagihan Pengecekan harga dengan rekapan biaya maintenance kendaraan D B M a in te n a n c e Sesuai T Y Input atau update data, dan cetak memo

Meskipun terdapat pula khalayak yang memiliki reaksi yang berbeda tetapi pesan yang keluar dari peralatan komunikasi dan media massa dipusatkan terhadap sebuah peristiwa

Nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan dominansi relatif dari jenis tanaman Tengkawang disajikan pada Tabel 1 dan nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan

Hasil penelitian terhadap responden baik di Puskesmas Pati I maupun Puskesmas Dukuhseti memang telah menjelaskan bahwa biaya pengobatan gratis dan responden yang memang sebagian

Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari

 penyebab terbesar terbesar dari dari sindroma sindroma batuk batuk rejan, rejan, bronkiolitis bronkiolitis dan dan penyakit penyakit demam saluran nafas bagian