• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajaran dan Pemudahcaraan Secara Maya Pelaksanaan Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengajaran dan Pemudahcaraan Secara Maya Pelaksanaan Melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

64 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Pengajaran dan Pemudahcaraan Secara Maya –

Pelaksanaan Melalui Sistem Pengurusan

Pembelajaran

(Virtual Learning and Facilitation – Implementation

Through Learning Management System)

Nurun Najwa binti Mohammad Mustafa

1

, Macliffton Tembak Sinau

2

, Alloon J. Basinau

3

1 Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie, Pejabat Pendidikan Daerah, Bentong, Pahang, Malaysia

E-mail: nunawawa@edidik.edu.my

2 Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus, Pejabat Pendidikan Daerah, Kapit, Sarawak, Malaysia

E-mail: cikgumac.cliff@gurumalaysia.edu.my

3 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia

E-mail:alloonjbasinau@gmail.com

Abstrak

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) masa kini telah banyak menyumbang kepada perubahan kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lazim dilaksanakan. Lantaran itu, pelbagai pelantar maya telah digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di peringkat sekolah mahupun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) institut pengajian tinggi di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mengembeleng tenaga untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran secara maya diterapkan dalam sistem pendidikan agar dapat memenuhi kehendak perkembangan semasa. Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti pelantar pembelajaran secara maya dalam pelaksanaan PdPc melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran. Teori Komuniti Inkuiri dan Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson dijadikan sebagai rujukan dalam pelaksanaan PdPC secara maya. Pengkaji telah mengenalpasti tiga ciri yang diperlukan untuk melaksanakan PdPC secara maya; kandungan, komunikasi dan penilaian. Ketiga-tiga elemen bertujuan untuk memahami keberkesanan Google Classroom (GC), Massive Open Online Course (MOOC), Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE) dan Schoology dengan lebih berkesan. Kata Kunci : Pembelajaran Secara Maya, Sistem Pengurusan Pembelajaran, Teori Komuniti Inkuiri, Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson.

I. PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyumbang kepada perubahan dalam kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) di semua institusi pendidikan samada di peringkat pendidikan rendah, menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi untuk mempelbagaikan format PdPC [39],[8].

Perkara ini seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggariskan “Kementerian akan memastikan murid tidak hanya belajar menggunakan ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan bagi meningkatkan pembelajaran mereka" [14]. Bahkan, anjakan ke 7 daripada 11 anjakan yang termaktub

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga jelas menyatakan ICT sebagai salah satu faktor dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara. Rentetan itu, berlakunya transformasi dalam pendidikan di Malaysia.

Menurut Sajap Maswan (2019), pembelajaran maya ditakrifkan sebagai pembelajaran yang berasaskan penggunaan internet. Tambah Sajap Maswan lagi, persekitaran pembelajaran maya menghubungkan ahli-ahli komuniti yang membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan tugasan atau projek di mana-mana sahaja dengan adanya capaian kepada internet. Oleh itu, sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Manangement System (LMS) diperlukan sebagai pelantar untuk melaksanakan pembelajaran secara dalam talian

(2)

65 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

[29]. Tambah mereka lagi, LMS membenarkan pensyarah menyimpan nota PdPC bagi membolehkan capaian daripada pelajar, melaksanakan tugasan secara atas talian, mengendalikan soalan-soalan kuiz secara atas talian dan dapat menjejak kemajuan pembelajaran pelajar secara berterusan.

Menurut Norazilawati Abdullah et,al., (2014), perlaksaan pembelajaran secara maya di Malaysia dianggap sebagai satu konsep pembelajaran yang baru tetapi di negara lain, seperti United Kingdom, Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura, sudah lama bertapak dan diamalkan. Di Malaysia, sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati penggunaan pembelajaran secara maya masih berada pada tahap rendah [5]. Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk mengenalpasti pelantar pembelajaran secara maya dalam perlaksanaan PdPC melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran.

II. PERNYATAANMASALAH

Seiring perkembangan globalisasi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai kaedah PdPC melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) [30]. Transformasi sistem pendidikan di bawah Projek 1BestariNet dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) merupakan salah satu inisitif program pembestarian sekolah dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan [11], [30]. Semua sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dilengkapkan dengan infrastruktur, peralatan, perisian serta latihan kepada guru dan kakitangan untuk memastikan penggunaan TMK berlaku dalam pengajaran dan pemudahcaraan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop (2016), mendapati bahawa tahap penggunaan kaedah PdPC berbantukan TMK masih berada pada tahap rendah, guru-guru tidak tertarik untuk menggunakan platform PdPC bercorak TMK dan kekangan dari aspek teknikal yang menyebabkan para guru kelihatan bergelut untuk mengamalkannya sebagai medium utama pembelajaran pelajar. Tambahan pula, kerajaan telah membelanjakan sejumlah dana yang besar untuk melestarikan kemudahan ini dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah [13].

Pada tahun 2020, pandemik covid-19 telah mencetuskan perubahan di semua peringkat pendidikan kepada normal baharu iaitu pembelajaran maya akibat penutupan kesemua sekolah dan institusi pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). Malah, Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya semua aktiviti PdPC dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020 [21].

Menurut Azlina A.Rahman et,al (2014), Flipped Classroom yang telah bermula sejak tahun 2000, merupakan satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang mengintegrasikan penggunaan media pembelajaran video dalam PDPC. Namun demikian, Flipped Classroom tidak mengutamakan penggunaan pengajaran dan pembelajaran secara maya semata-mata, kerana penggunaan secara maya hanya dilaksanakan sebagai pemerolehan ilmu sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik di dalam kelas. Flipped Classroom bukanlah contoh pembelajaran secara maya sepenuhnya walaupun pembelajaran secara maya berlaku, namun pelaksanaannya apabila di perlukan sahaja, barulah pembelajaran maya dilaksanakan. Oleh itu, pengkaji berpendapat kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk para guru mengenalpasti pelantar pembelajaran secara maya yang di gunakan semaksimum dalam pelaksanaan pdpc melalui LMS.

III. SISTEMPENGURUSAN

PEMBELAJARAN(LMS)

Menurut Cavus (2011), pembelajaran secara maya ini berkait dengan sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Sistem pengurusan pembelajaran adalah satu sistem yang berasaskan web yang direka untuk menguruskan kandungan pembelajaran, interaksi pelajar, alat penilaian, maklum balas kemajuan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajar secara dalam talian dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih [23].

(3)

66 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Rajah 1 Ciri LMS menurut Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid (2016)

Sistem pengurusan pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis ciri utama iaitu alat kemahiran belajar, alat komunikasi, dan alat produktiviti [23], [37], [35]. Ciri LMS pertama berdasarkan rajah 1 adalah alat kemahiran belajar. Penerapan elemen seperti kuiz. bahan pembentangan dan tugasan secara dalam talian merupakan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. Bagi pembelajaran berkonsepkan kuiz, guru dapat menyediakan satu pangkalan data soalan, memperoleh permarkahan dan memantau kemajuan murid secara dalam talian. Bagi bahan pembentangan pula, pelajar dan guru dapat berkongsi bahan pembentangn yang dihasilkan atau yang telah tersedia di laman sesawang kepada rakan sekelas. Manakala, untuk bahan pembelajaran bercorak tugasan, pelajar dapat memuatnaik tugasan secara dalam talian mengikut ketetapan tarikh yang ditetapkan oleh guru dan kesemua maklumat tersebut disimpan di satu sistem yang sama.

Ciri kedua ialah komunikasi. Menurut Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid (2016), Komunikasi membawa makna, interaksi berlaku di antara pelajar dan guru di mana kategori ini sebagai ruang perbincangan pelbagai maklumat berkenaan kursus seperti berita terkini dan aktiviti yang akan datang kepada semua pelajar kursus tersebut. Selain itu, tambah Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid (2016), perbincangan juga termasuk sebagai alat komunikasi yang membolehkan pelajar dan guru menyampai dan membalas mesej serta membaca komen-komen daripada pengguna lain.

Ciri yang terakhir ialah produktiviti. Menurut Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid (2016), produktiviti dalam LMS meliputi sistem pengurusan dokumen seperti memuat naik dan muat turun fail daripada mana-mana komputer yang bersambung dengan internet, kalender, soal selidik dan sebagainya. Dalam katogeri produktiviti juga, LMS membenarkan pelajar melihat laporan kemajuan seperti gred untuk setiap tugasan, kuiz dan ujian.

IV. TEORIKOMUNITIINKUIRI(COI)

Rajah 2 Teori Komuniti Inkuiri (CoI) Menurut Garrison, Anderson & Archer (1999), Teori Komuniti Inkuiri atau Community of Inquiry (CoI) adalah kerangka teori untuk reka bentuk persekitaran pembelajaran dalam talian yang optimum untuk menyokong pemikiran kritis, penyelidikan kritis dan wacana dalam kalangan pelajar dan guru. Tambah Lindita Bektashi (2018), CoI ini menerangkan bagaimana pembelajaran berlaku untuk pelajar melalui pengalaman pendidikan yang berlaku di tiga persimpangan; (i) kehadiran sosial, (ii) kehadiran kognitif dan (iii) kehadiran pengajaran, bertujuan mengembangkan mengembangkan persekitaran pembelajaran dalam talian yang produktif. Ketiga-tiga komponen ini menyokong kepada ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS).

Menurut Lindita (2018), CoI menerangkan ciri kehadiran sosial dibina melalui profil yang dicipta oleh pelajar untuk dilihat oleh guru dan rakan-rakan. Selain itu, guru boleh memuat naik pelajaran, arahan, video, dan aktiviti ke dalam LMS untuk mewujudkan kehadiran pengajaran. Kemudian, ciri yang ketiga iaitu kehadiran kognitif dapat dilihat apabila adanya perbincangan dalam talian dan akhirnya mewujudkan interaksi dan komuniti pelajar.

(4)

67 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

V. MODELPEMBELAJARANDALAM

TALIANANDERSON

Rajah 3 Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson

Menurut Anthony G. Picciano (2017), terdapat empat komponen dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam talian yang berkesan; (i) berpusatkan komuniti, (ii) berpusatkan pengetahuan, (iii) berpusatkan pelajar, dan (iv) berpusatkan penilaian. Menurut Terry Anderson (2004), interaksi antara guru dan pelajar dalam talian boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti samada secara segerak atau tidak segerak berasaskan Net seperti video, audio, persidangan komputer secara maya. Tambah beliau lagi, guru dan pelajar bebas untuk menentukan alat pembelajaran yang mana dirasakan sesuai dengan kehendak kursus samada berbantukan komputer, tutorial, latih tubi, atau simulasi.

VI. PENGGUNAANSISTEMPENGURUSAN

PEMBELAJARANDALAM

PEMBELAJARANSECARAMAYA

Perkembangan dan peningkatan teknologi secara amnya dapat membantu pelbagai kaedah pembelajaran [40]. Ini disokong oleh Abd Hakim Abdul Majid et, al., (2018) yang menyatakan bahawa cara pembelajaran tradisional tidak lagi berkesan secara reletifnya kerana menyekat kebebasan cara pembelajaran yang lebih efektif. Oleh itu, seiring dengan ledakan teknologi dalam dunia pendidikan, pembelajaran secara maya telah diperkenalkan melalui sistem pengurusan pembelajaran. Menurut Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid. (2016), sistem pengurusan pembelajaran ini membolehkan kandungan pembelajaran diperolehi secara dalam talian, yang mana membolehkan pelajar melihat dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui pelayar sesawang dengan menggunakan mana-mana sistem operasi, komputer dan peranti mudah alih. Tiga

komponen utama yang perlu ada dalam pembelajaran secara maya dengan menggunakan LMS ialah pelantar tersebut mestilah berfungsi sebagai alat komunikasi, alat kandungan dan alat penilaian. Antara contohnya :

i) Google Classroom

Google Classroom (GC) adalah pembelajaran digital percuma yang telah dibangunkan oleh pihak Google Inc. pada tahun 2014 untuk membolehkan para pendidik berhubung dengan pelajar secara dalam talian [29]. GC dikatogerikan sebagai salah satu pelantar pembelajaran secara maya yang mengandungi ciri-ciri LMS seperti dalam Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson. Melalui pelantar GC, guru boleh berkomunikasi secara maya menggunakan filtur yang tersedia iaitu fungsi forum, komen, pengumuman, notifikasi emel dan gabungan aplikasi sedia ada dari Google seperti Google Meet. Selain itu, kandungan pembelajaran juga dapat dikongsikan dan diuruskan dengan lebih tersusun mengikut kerangkan kurikulum kerana adanya filtur folder di ruang tugasan. Murid dapat mengakses kepada bahan pembelajaran pada bila-bila masa. Menurut Shaharanee (2016), guru boleh membuat penialain melalui tugasan di ruang classwork seperti kuiz, ujian atau apa jua yang sesuai dengan kursus. Guru akan menyemak dan memulangkan semula hasil kerja pelajar beserta markah yang diperolehi. Pelajar akan dapat melihat markah mereka diruangan gred di dalam GC.

ii) Massive Open Online Course (MOOC) MOOC adalah pembelajaran atas talian yang boleh diakses secara percuma oleh setiap orang diseluruh pelusuk dunia [10]. MOOC boleh dilaksana dalam skala pengguna yang lebih besar merentasi pelbagai rangkaian dan platform, serta tanpa had penglibatan bagi individu. MOOC dikatogerikan sebagai salah satu pelantar pembelajaran secara maya yang mengandungi ciri-ciri LMS seperti dalam Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson. Melalui pelantar MOOC, pelajar dapat berkomunikasi, berkongsi bahan kandungan antara satu dengan yang lain secara dalam talian. Mereka juga dapat membantu rakan-rakan menyelesaikan semua kesukaran yang mereka hadapi dalam pembelajaran [10]. Guru pula dapat membuat penilaian kepada pelajar untuk mengetahui tahap kefahaman dan kemajuan pelajar. Ketiga-tiga ciri ini dapat dilakukan hanya dalam satu pelantar.

iii) Modular Object-Oriented Dynamic Learning

Environment (MOODLE)

MOODLE ialah perisian yang lengkap (MOODLE + Apache + MySQL + PHP) yang merupakan aplikasi web secara percuma kepada pengguna (Rahim Omar, 2011). MOODLE dikatogerikan sebagai salah satu pelantar pembelajaran secara maya yang mengandungi ciri-ciri LMS seperti dalam

(5)

68 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson. Melalui pelantar MOODLE, pelajar dapat berkomunikasi di luar sesi persekolahan secara dalam talian melalui filtur forum dan perbuatan. Dalam MOODLE juga terdapat fitur untuk

membolehkan guru memuatnaik bahan

pembelajaran dan membuat pernilaian kuiz.

iv) Schoology

Menurut Aminoto & Pathoni (2014), Schoology ialah salah satu laman web sosial yang menawarkan pembelajaran sama seperti di dalam kelas secara percuma dan mudah digunakan seperti Facebook. Schoology dikatogerikan sebagai salah satu pelantar pembelajaran secara maya yang mengandungi ciri-ciri LMS seperti dalam Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson. Melalui pelantar Schoology, guru dan pelajar dapat berkomunikasi secara dalam talian. Malah, guru juga dapat membuatnaik media bahan pembelajaran seperti video, audio, dan gambar yang berupaya menarik perhatian pelajar. Bahkan, melalui Schoology juga, guru dapat membuat penilaian kepada murid.

VII. KESIMPULAN

Pembelajaran secara maya kini merupakan kaedah yang menjadi pilihan. Hal ini dikukuhkan lagi apabila berlakunya situasi semasa seperti pandemik covid-19, telah menyebabkan pembelajaran secara konvensional bukan pilihan utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang berlaku berdasarkan norma baharu, telah memberikan pengalaman kepada guru dan murid ke arah pembelajaran secara maya dengan lebih bermakna. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan kemudahan untuk para murid dan guru, serta ibu bapa dan warga komuniti dengan memastikan pengajaran dan pembelajaran secara maya berlaku secara terancang dan berkesan. Antaranya, menyediakan pelantar persekitaran pembelajaran maya yang mempunyai ciri-ciri sistem pengurusan pembelajaran. Merujuk kepada Teori Komuniti Inkuiri (CoI) dan Model Pembelajaran Dalam Talian Anderson, pengkaji mendapati bahawa pelaksanakan PdPC secara maya memerlukan tiga komponen; (i) kandungan, (ii) komunikasi dan (iii) penilaian. Secara tuntasnya, LMS sangat memberikan kesan yang mendalam dalam sistem pendidikan masa kini.

RUJUKAN

[1] Abd Hakim Abdul Majid, Mokhairi Makhtar & Syadiah Nor Wan Shamsuddin. (2018). Keperluan Pembelajaran Berasaskan Realiti Maya Dalam Konstruk Pemasangan Komponen Komputer Mata Pelajaran Tmk

Spm Pendidikan Di Malaysia: Satu Kajian Rintis. Asian People Journal (APJ), Volume 1, Issue 1 (2018), 28-44

[2] Aminoto & Pathoni. (2014). Penerapan Media E-Learning Berbasis Schoology untuk Meningkatkan Aktivitas dan Hasil Belajar Materi Usaha dan Energi di Kelas XI SMAN 10 Kota Jambi. Jurnal Sainmatika Vol 8 No 1 2014 ISSN 1979-0910. Jambi: Universitas Jambi.

[3] Anthony G. Picciano. (2017). Theories and Frameworks for Online Education: Seeking an Integrated Model. Theories and Frameworks for Online Education: Seeking an Integrated Model, 166-190.

[4] Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah. (2014). Flipped Classroom Dalam Konteks Malaysia. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13

Ogos 2014. Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/ 274701682.

[5] Bahagian Teknologi Pendidikan. (2017). Dokumentasi Kajian dan Laporan Pemantauan. Putrajaya. Retrieved from http://btp.moe.gov.my/media/SP

[6] Cavus, N. (2011). Selecting a Learning Management System (LMS) in Developing Countries: Instructors’ Evaluation. Interactive Learning Environments, Interactive Learning Environments, v21 n5, 419-437.

[7] Fatin Nabilah Abdul Wahid, Rohani Abdul Aziz, Ruslina Ibrahim, Helmi Norman & Norazah Nordin. (2019). Kajian Tinjauan Sistematik Mooc Bagi Kajian Terpilih Tahun 2013-2016. Conference: Seminar on Transdisciplinary Education (STED2017) At Universiti Kebangsaan Malaysia. [8] Francis R. & Shannon S. J. (2013). Engaging

with blended learning to improve students' learning outcomes. European Journal of Engineering Education, 38 (4): 359-369. [9] Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini

Sheik Osman, Erwani Kamaruddin, Abdulrazak F, Shahatha Al-Mashhadani & Shakiroh Khamis. (2020). Cabaran Dalam Melaksanakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Analisis Kes Persekitaran Pembelajaran Maya-Frog Serta Strategi Untuk Melestarikan Penggunaan Google Classroom Dalam Kalangan Guru. Journal of Educational Research and Indigenous,

(6)

69 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Studies Volume: 1 (1), 1-16.

[10] Hudiya Adzhar, Khalid, F. & Aidah Abdul Karim (2017). Penggunaan Massive OpenOnline Course (MOOC) sebagai Kaedah Pembelajaran Baharu. Dalam Rohaila MohamedRosly, Nabila Atika Razali & Nur Atikah Jamilluddin. (Editor)., Pembelajaran Abad ke-21:Trend Integrasi Teknologi (pp 179-188). Bangi: Fakulti Pendidikan UKM

[11] Lai Chee Sern, Noormawati Kamarudin, Rashidah Lip & Noridah Hasnan. (2017). Tahap Penggunaan Pembelajaran Maya Dalam Kalangan Guru Reka Bentuk Teknologi: Satu Tinjauan Di Sekolah Rendah Luar Bandar. Advanced Center for Technical and Vocational Education

(ACTiVE). Retrieved from

https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.p hp/oj-tp/article/view/4784/2862

[12] Lindita Bektashi. (2018). Community Of Inquiry Framework In Online Learning: Use Of Technology. Retrieved from https://techandcurriculum.pressbooks.com /chapter/coi-and-online-learning/.

[13] Kementerian Kewangan Malaysia. (2014). Maklum balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Siri 3. Putrajaya, Malaysia. Dicapai daripada

https://www.audit.gov.my/images/pdf/LK AN2013/Persekutuan/Siri3/LKAN2013 _ Persekutuan MaklumBalas Siri 3 MASTER.pdf

[14] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

[15] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat Siaran Bilangan 3 Tahun 2020 : Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan Jangkitan Covid-19. Putrajaya : Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

[16] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat Pemakluman Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Putrajaya : Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

[17] Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yeop. (2016). Frog VLE (persekitaran pembelajaran maya) dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya. Journal of Research, Policy & Practice of

Teachers & Teacher Education Vol. 6, No. 2, December 2016, 67-77

[18] Mohamed Amin Embi, dan Ebrahim Panah. (2014). Blended and Flipped Learning : Case Studies in Malaysian Higher Education Institutions. Selangor: Centre for Teaching and Learning Technologies UKM.

[19] Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19. Creative And Innovative Teaching Practices During Covid-19 Movement Control Order (MCO), Volume 1, 23-30.

[20] Nadia Abdul Hamid & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2017). Aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog Vle) Dalam Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Luar Bandar. Jurnal Wacana Sarjana, Jilid 1(1), Retrieved from http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/artic le/view/50.

[21] Najmi Syahiran Mamat. (2020, 27 Mei). Tiada aktiviti PdP bersemuka di kampus hingga 31 Disember kecuali 5 kategori pelajar – KPT. Astro Awani. Bahan diakses pada 15 Januari 2021, daripada https://www.astroawani.com/berita- malaysia/tiada-aktiviti-pdp-bersemuka-di- kampus-hingga-31-disember-kecuali-5-kategori-pelajar-kpt-244544

[22] Nurhidayah, H. (2020, April 17). Carian 'Google Classroom' di Malaysia tertinggi di

dunia. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/79

328/BERITA/Nasional/Carian- GoogleClassroom-di-Malaysia-tertinggi-di-dunia.

[23] Nurul Nadirah Mohd Kasim & Fariza Khalid. (2016). Sistem PengurusanPembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan: Satu AnalisisPerbandingan. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & NurulSyaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan TeknologiMaklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

[24] Norazah Umar, Jamal Othman, Rozita Kadar

& Nurhafizah Ahmad. (2020). Covid-19 Merealisasikan Aplikasi Teknologi Dalam

Pendidikan. Creative And Innovative Teaching Practices During Covid-19

(7)

70 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Movement Control Order (MCO), Volume 1, 39-43.

[25] Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh Nik Azmah Nik Yusuff. (2014). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog Vle) Dalam Kalangan Guru Sains. Retrieved from https://fkip.unri.ac.id/wp-

content/uploads/2017/08/2014-3-Norazilawati-ms-44-54-1.pdf.

[26] Rahim Omar. (2011). Apakah itu moodle?.

Retrieved from

http://jom2moodle.blogspot.com/p/apakah -itu-moodle.html

[27] Sajap Maswan. Pembelajaran Maya (2019). Virtual Learning dan Pembangunan

Komuniti. Retrieved from

https://sajadstudio.info/artikal/virtual_kom uniti.pdf.

[28] Shaharanee, I. N. M., Jamil, J. M., & Rodzi, S. S. M. (2016). Google Classroom As A Tool For Active Learning. AIP Conference Proceedings, 1761(1), Retrieved from https://doi.org/10.1063/1.4960909. [29] Siti Asmah Mohamed & Maisurah

Shamsuddin. (2020). Google Classroom Sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) Mod Atas Talian Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Creative And Innovative Teaching Practices During Covid-19 Movement Control Order (MCO), Volume 1, 66-75. [30] Siti Hajar Halili & Suguneswary. (2016).

Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Berasaskan Model Tam Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik April 2016, Bil. 4, Isu 2, 31-41.

[31] Siti Noridah Ali, Nur Liyana Khalid Khan & Ahmad Taufiq Wafi Abdul Ghani. (2018). Abad 21: Trend Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Putrajaya : Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

[32] Sitinorfazilah Matail. (2016). Pengujian Dan

Penilaian. Retrieved from

https://www.academia.edu/11609074/PEN GUJIAN_DAN_PENILAIAN.

[33] Sukmawati. (2020). Implementasi Pemanfaatan Google Classroom Dalam Proses Pembelajaran Online di Era Industri 4.0. Jurnal Kreatif Online, Vol. 8 No. 1, 39-46.

[34] Sumarni Lapammu & Zamri Mahamod (2018). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Pelajar Tingkatan 4 terhadap Penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya Vle Frog Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-62.

[35] Srichanyachon, N. (2014). Efl Learners ’ Perceptions of Using LMS. TurkishOnline Journal of Educational Technology,13(4), 30–35.

[36] Terry Anderson. (2004). Theory and Practice of Online Learning. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/ 44833801.

[37] Wichadee, S. (2015). Factors Related to Faculty Members’ Attitude and Adoption of a Learning Management System. Turkish Online Journal of Educational Technology,14(4), 53–61

[38] Yap Leng Lee & Ruhizan Mohammad Yasin. (2019). Keberkesanan Modul Flipped Classroom Terhadap Pencapaian Bahasa Jerman Dan Keterlibatan Pelajar. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, Volume: 2 Issues: 8, 249- 265.

[39] Yu C. K., Belland. B. R, Kerstin E. E. Schroder K. E. E & Walker A. E., 2014. K-12 teachers’ perceptions of and their satisfaction with interaction type in blended learning environments. Distance Education, 35 (3): 360-381.

[40] Zain, M.M. (2010). Developing on Teaching Module for The Vocational Education. Shah Alam. Selangor, Malaysia

(8)

71 Received: 05 March 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

AUTHOR’SINFORMATION

First Author: Nurun Najwa Binti Mohammad Mustafa

Sekolah Kebangsaan Kampung Shafie, Pejabat Pendidikan Daerah, Bentong, Pahang, Malaysia.

E-mail: nunawawa@edidik.edu.my

Second Author: Macliffton Tembak

Sinau

Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus, Pejabat Pendidikan Daerah, Kapit, Sarawak, Malaysia.

E-mail: cikgumac.cliff@gurumalaysia.edu.my

Third Author: Alloon J. Basinau

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Peserta didik menalar proses kasus-kasus hukum yang diberikan oleh guru, kemudian membuat produk infografis dari hasil penalaran tentang sistem hukum dan peradilan

peralatan yang tepat, sesuai dengan spesifikasi dan toleransi terhadap kendaraan/ sistem, membuat data yang tepat se suai hasil pemeliharaan/ servis, dan s eluruh