• Tidak ada hasil yang ditemukan

16 RAHSIA NAK MULA BERNIAGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "16 RAHSIA NAK MULA BERNIAGA"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

NAK MULA

BERNIAGA

16 RAHSIA

KUASAI BISNES

(2)

Hak Cipta © Richworks International Sdn Bhd.

Hak Cipta Terpelihara

© RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD.

Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan pernerbitan. Tindakan undang-undang

akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkansesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional

mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secaran langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi

daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya

mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

(3)

ISI KANDUNGAN

TIPS TAJUK

Buat Secara Part-Time Terlebih Dahulu

Yang Anda Mahir, Buat Jer Belajar Menjual Apa Yang

Ada Di Tangan

Cari Pelabur, Bukan Pelebur

Matlamat Mesti Jelas

Tidak Pentingkan Diri Sendiri Ambil Tindakan

Jangan Ada Perasaan Takut Bijak Mencari Peluang

Berfikiran Jauh Dan Unik

Anggap Cabaran Sebagai Kawan Jangan Cepat Mengalah

Sentiasa Mendengar

YouTube – Memukau Pelanggan Secara Visual

Facebook – 23 Juta Pelanggan Untuk Anda

Instagram Jadi Platform Berniaga

1

2

3

4 5

6

7

8 9

10

11

12 13

14

15

16

(4)

NAK MULA BERNIAGA

Nak mulakan perniagaan bukanlah satu kerja yang mudah. Bukan semudah membaca ABC atau menghafal Alif Ba Ta. Lagi-lagi nak mulakan perniagaan sambil bekerja separuh masa? Lagilah

memerlukan komitmen dan fokus yang amat tinggi! Kalau tak memang hancur bisnes dan juga kerja yang anda sedang hadap sekarang ni.

Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, orang yang baru nak berniaga, dia tak ada

‘awareness’, tak tahu nak mulakan sesuatu. Orang yang bekerja pula, dia cuba

nak buka bisnes tanpa ‘experience’ dan

banyak habiskan duit yang banyak untuk

buka perniagaan. Memang betul hentam

kromo nih. Macam mana perniagaan nak

berjaya kalau main hentam jer?

(5)

BUAT SECARA PART-TIME TERLEBIH DAHULU

Ini cara yang paling mudah dan selamat untuk anda jalankan bisnes

dalam keadaan tak ada duit. Anda tak perlu berhenti kerja, cuma berikan tumpuan sepenuhnya untuk bisnes yang nak dijalankan. Buat sahaja

terlebih dahulu secara ‘part-time’. Gunakan gaji yang anda terima setiap bulan untuk sara hidup, beli keperluan lain dan perbelanjaan untuk

menjayakan idea bisnes anda.

Bagi anda yang sedang bekerja sekarang, nasihat saya adalah jangan berhenti kerja buat bisnes, kalau anda takde ilmu, sistem, mentor yang betul. Sebenarnya, anda patut bekerja dengan apa anda kerja sekarang dan jadikan peluang bekerja itu untuk belajar.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

NAK MULA BERNIAGA

1

(6)

NAK MULA BERNIAGA

APA YANG ANDA MAHIR, BUAT JER

Fikirkan apa kemahiran peribadi yang anda ada? Jenis kemahiran yang boleh membantu orang lain yang memerlukan. Ada banyak kemahiran yang ada permintaan dalam pasaran. Biasanya ia berkait rapat dengan aktiviti perkhidmatan dan bukannya produk fizikal.

Mungkin anda ada kemahiran menguruskan akaun bisnes. Banyak

syarikat kecil yang tak mampu gajikan pekerja tetap untuk urusan kemas kini maklumat kewangan bisnes mereka. Cuba fikirkan satu kemahiran

yang dah ada dalam diri dan fikirkan siapa yang memerlukan kemahiran itu sekarang. Jika ada, anda boleh segera mulakan bisnes tersebut.

Buat pun belum, dah kata tak berjaya. Korang buat jer dulu, ada usaha, kalau tuhan izinkan, korang akan berjaya. Jangan asyik salah orang lain asbab kita yang tak berjaya ni.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

2

(7)

NAK MULA BERNIAGA

BELAJAR MENJUAL APA YANG ADA DI TANGAN

Fokus pada satu produk, guna apa yang ada di tangan, buat sehabis baik, buat 10X ganda, 100X ganda, maksimumkan resources.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Cuba lihat sekeliling rumah, barang-barang yang masih boleh digunakan tapi anda dah tak perlu. Kumpulkan semua barang tersebut atau anda

boleh war-warkan pada semua kawan, jiran dan satu kampung anda

sanggup pergi kutip semua barangan yang mereka tak perlukan dan nak buang.

Ambil semua barang tersebut dan mula cari pelanggan yang sanggup membelinya. Untuk pastikan lepas ini orang akan cari anda setiap kali ada barang yang nak dibuang, berikan sedikit ganjaran pada pemilik asalnya setelah barangnya berjaya dijual.

3

(8)

NAK MULA BERNIAGA

Cari pelabur. Pastikan mereka sanggup melabur untuk idea bisnes anda itu. Buat persediaan yang mantap untuk persembahkan idea bisnes

anda sampai mereka rasa rugi kalau tak melabur.

CARI PELABUR,

BUKAN PELEBUR

4

(9)

NAK MULA BERNIAGA

MATLAMAT MESTI JELAS

Matlamat akan capai bila kita start tulis besar-besar apa yang kita nak capai dan letakkan di tempat senang nampak.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Apakah matlamat yang anda hendak capai untuk sepanjang hari ini?

Tentukan dan sediakan perancangan untuk memastikan setiap kerja ada proses yang tepat perlu dilakukan.

Selain itu, letakkan jangka waktu yang membolehkan anda fokus terhadap perkara-perkara rutin yang lain juga.

5

(10)

NAK MULA BERNIAGA

TIDAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Dengan bersedekah, kita sedang mensucikan kolam jiwa dari sifat ‘ananiyah’ atau bahasa mudahnya, pentingkan diri sendiri.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Anda pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri yang bagus, tetapi tidak semua tugas memerlukan anda mengerahkan

kemampuan anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah serta ringkas untuk dilaksanakan.

6

(11)

NAK MULA BERNIAGA

AMBIL TINDAKAN

Impian boleh dicapai jika anda tulis dan baca setiap hari. Tapi setakat tulis dan baca tak guna jugak. Perlu selari dengan tindakan.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti yang sentiasa

mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilingnya. Cuba bayangkan sekiranya anda sebagai usahawan mempunyai mentaliti yang malas

dan tak mampu untuk mengambil tindakan dengan apa jua perkara yang akan anda lakukan. Adakah anda rasa bisnes anda akan

berkembang? Mungkin anda antara usahawan yang akan gulung tikar terlebih dahulu berbanding dengan usahawan-usahawan lain.

7

(12)

NAK MULA BERNIAGA

JANGAN ADA

PERASAAN TAKUT

Bukan takut nak ambil tindakan, tapi anda takut untuk tidak mengambil tindakan dan tak buat apa-apa dengan bisnes.

Ramai usahawan bercita-cita tinggi tapi masih takut-takut untuk bergerak ke hadapan. Ada usahawan yang tak ‘takut mati’ dan

tak takutkan kegagalan. Malah mereka sanggup lakukan apa saja untuk berjaya. Jika anda merasa tidak selamat, gunakan emosi itu untuk memandu anda untuk mencapai matlamat bisnes anda.

8

(13)

NAK MULA BERNIAGA

BIJAK MENCARI PELUANG

Usahawan harus bijak mencari peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan. Perniagaan yang mempunyai masalah besar sebenarnya ia menunjukkan mereka mencari peluang untuk

memperbaiki diri dan operasi syarikat.

Bila ada problem, dia stuck dengan problem, dia fokus problem itu je. Dia tidak melihat, kalau problem ni aku boleh solve, apa benda yang aku boleh capai, apa benda lain yang aku boleh buat.

So, cara saya fikir dan saya diajar adalah untuk setiap masalah adalah peluang.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

9

(14)

NAK MULA BERNIAGA

BERFIKIRAN JAUH DAN UNIK

Keep moving forward.

Trust the process

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Usahawan yang unik dan berinovasi, sanggup mengambil risiko dan

menghasilkan idea-idea baru untuk mencipta penyelesaian masalah masa hadapan. Mereka juga mampu membantu organisasi yang telah matang dan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan baru dalam mengambil

peluang yang ada.

10

(15)

NAK MULA BERNIAGA

ANGGAP CABARAN SEBAGAI KAWAN

Nak berjaya tuan-tuan dan puan-puan, dia punya keperitan tu banyak, pengorbanan yang nak diberi, sebab you nak dapat benda you tak pernah nak dapat. Mestilah you kena buat benda yang you tak pernah buat, kalau tak you takkan berada di level lain.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jika tiada cabaran, bagaimana anda nak belajar? Sekiranya anda ada satu produk tapi menerima banyak kritikan daripada pelanggan anda berkenaan dengan produk yang anda keluarkan itu, pasti peluang anda untuk mengembangkan syarikat tipis disebabkan oleh kerana pelanggan tak suka akan produk anda, tetapi, apa yang anda harus lakukan?

Adakah anda hanya menerima kritikan itu sebagai pematah semangat anda? Anda perlu bersedia dan anggap cabaran ini yang membantu anda untuk memperbaiki lagi perniagaan anda di masa hadapan.

11

(16)

NAK MULA BERNIAGA

JANGAN CEPAT MENGALAH

Kita boleh pilih nak mengalah dengan tekanan atau nak give up atau kita boleh cepat-cepat bangun, dan berusaha lebih baik.

- Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jatuh bangun dalam bisnes adalah normal. Jadi anda jangan cepat

mengalah, malah jadikan ia sebagai salah satu pembakar semangat untuk kembali membina bisnes yang baik.

12

(17)

NAK MULA BERNIAGA

SENTIASA

MENDENGAR

Pelakon Jessica Alba, pengasas dan presiden Santa Monica, Calif – The Honest Company, yang menjual produk bayi, rumah dan

penjagaan diri, menyatakan bahawa pentingnya seseorang usahawan itu untuk berada dalam kalangan orang yang lebih pintar dari anda untuk mendengar idea dari mereka. Kerana baginya, kejayaan itu bermula dari komunikasi, kerjasama dan kadang-kadang kegagalan itu yang akan merubah bisnes

menjadi yang terbaik.

13

(18)

NAK MULA BERNIAGA

YOUTUBE – MEMUKAU PELANGGAN SECARA

VISUAL

Satu kaedah turun temurun, tetapi yang pasti masih lagi relevan sehingga kini. Ambil contoh, dalam seminggu berapa kali anda tonton video YouTube? Dalam sehari berapa kali? Dan jangan

lupa, penggunaan smartphone dan komputer ringan seperti iPad, serta tablet lain.

Semua ini mempunyai akses terus kepada YouTube. Sekaligus ini adalah faktor YouTube mendapat paparan yang tinggi setiap

masa. Menurut buku Social Nomics, terdapat hampir 3 bilion video dimuat naik setiap hari. Ini menunjukkan permintaan amat tinggi di dalam YouTube terutamanya dalam perkara ‘how-to’.

14

(19)

FACEBOOK –

23 JUTA PELANGGAN UNTUK ANDA

Di Malaysia terdapat hampir 23 juta pengguna Facebook daripada 28.7 juta pengguna Internet seluruh Malaysia. Kekuatan utama Facebook

ialah mempunyai demografik dan psikografik yang lengkap. Demografik bermaksud anda tahu di mana lokasi mereka pada asasnya. Sekaligus

ini membolehkan anda tahu di mana kumpulan sasaran anda berada. Di Facebook, anda boleh masukkan video-video yang telah anda buat di

Youtube, dan biasanya video yang mendidik, memberi inspirasi, kelakar atau pelik akan dikongsikan. Jadi jenama anda lebih viral (merebak)

kepada bakal pelanggan baru.

NAK MULA BERNIAGA

15

(20)

NAK MULA BERNIAGA

INSTAGRAM JADI

PLATFORM BERNIAGA

Instagram tidak terlalu sukar seperti di platform media sosial yang lain. Ia hanya memerlukan ulasan daripada kalangan rakan kita, artis, ataupun

‘instafamous’ terhadap produk yang kita pasarkan.

Malah kini Instagram telah menyediakan pemasaran berbayar iaitu IG sponsored dan cara penggunaannya juga tidak terlalu sukar.

Instagram juga adalah platform media sosial yang menggunakan kos yang rendah berbanding media sosial yang lain. Selain itu, ia juga boleh mendapatkan pembeli yang berpotensi tinggi dengan kos sifar jika tahu caranya yang betul.

16

(21)

NAK MULA BERNIAGA

Semoga dengan adanya E-book ini dapat membantu sedikit

sebanyak untuk anda yang bekerja untuk memulakan bisnes. Ikut je tips ini, kalau tak boleh ikut semua, ambil satu tips dan fokus

serta bertindak dan lakukan berganda-ganda kali sehingga dapat hasilkan result.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu tujuan dari penelitian ini yaitu untuk mendeskripsikan sikap konservasi masyarakat terhadap tumbuhan pakis sayur untuk pemanfaatan yang berke- lanjutan

Tujuan yang hendak dicapai dalam penelitian ini adalah sebagai berikut: “Untuk meningkatkan keaktifan dan prestasi belajar akuntansi melalui penerapan model

fase proliferasi TAH Tunggal Endometrium atrofi fase proliferasi TAH Tunggal Endometrium atrofi tdp - virgo TAH Tunggal Hiperplasia kompleks Atipik radang kronis TAH Tunggal

15.30 - 15.50 Z7 Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Siswa Melalui Penerapan Model Pembelajaran Penemuan Terbimbing Berbantuan Software Cabri-3D Materi Irisan Bidang Dengan

Type / Consumable Trade Name Tipe / Merek Kawat Las Kualitas Grade Posisi Pengelasan Welding Position No.. Sertifikat Persetujuan

Konsumen yang berdatangan tidak hanya dari Kecamatan Banjarmasin Barat, namun ada juga dari luar kota yaitu, Bandung, Surabaya, dan Palangkaraya, kendala yang dihadapi

Sesuai dengan judul dalam penelitian ini, maka yang menjadi sampel penelitian adalah : Wajib Pajak Badan yang melakukan restitusi PPN LB dan Fiskus.. Berdasarkan pada

Konsep Customer engagement digunakan oleh praktisi humas dalam rangka menjaga hubungan jangka panjang dengan pelanggan melalui media baru, yang mana dalam