• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 713

Prinsip & Proses Bimbingan dan Kaunseling

Minggu 5 Pensyarah:

Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD – Pendidikan Agama Islam (UMM)

PhD – Fiqh & Sains Teknologi (UTM)

(2)

Sinopsis :

Module ini membincangkan mengenai Perkhidmatan Kaunseling Keluarga

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

(3)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

PERKHIDMATAN KAUNSELING

KELUARGA

(4)

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING KELURAGA?

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi"

Goldenberg dan Goldenberg (2002 : 133).

Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli

keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga

berhadapan dengan konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya ke dua-dua individu dan

keluarga berkembang, sejahtera dan 'subur'.

(5)

Kaunseling perkahwinan dilaksanakan kepada pasangan yang telah berkahwin sama ada untuk mempertingkatkan lagi

hubungan perkahwinan atau untuk memecahkan kebuntuan yang wujud dalam perhubungan mereka.

Mereka yang melaksanakan kaunseling jenis ini bukan sahaja perlu memahami hakikat perkahwinan dan perhubungan

pasangan tetapi juga perlu memahami apakah bentuk, teknik dan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan pasangan bermasalah yang biasanya menghadapi pelbagai masalah dalam perkahwinan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING KELURAGA?

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

(6)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

APAKAH MATLAMAT

PERKHIDMATAN KAUNSELING KELURAGA?

Membantu menyelesaikan masalah rumahtangga

Membimbing orang ramai membina keluarga bahagia

Mengelakan keruntuhan ikatan perkahwinan

Menyelesaikan urusan perceraian dengan baik dan profesional.

Isu-isu yang biasa diutarakan dalam proses kaunseling ini adalah seperti keganasan rumahtangga, masalah seksual, personaliti, komunikasi, jangkaan perkahwinan yang tidak realistik, tiada keintiman dan peristiwa harian yang memberi tekanan.

(7)

Melalui perkhidmatan kaunseling yang dijalankan, secara

khususnya ia memberi kesan kepada perubahan yang positif dalam kehidupan dalam semua aspek sama ada emosi, cara berfikir, tingkah laku dan hubungan dengan masyarakat lain.

Melalui perubahan yang dilakukan, setiap pasangan yang

mengalami masalah akan berusaha menyelesaikan konflik yang berlaku dalam rumahtangga.

Mereka juga akan mengelakkan konflik yang tercetus membawa kepada keadaan yang serius sehingga menyebabkan berlaku perceraian. Ini kerana perceraian itu adalah perkara halal yang dibenci dalam Islam.

APAKAH KESAN DARI

PERKHIDMATAN KAUNSELING KELURAGA?

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

(8)

APAKAH KESAN DARI

PERKHIDMATAN KAUNSELING KELURAGA?

Melalui prosedur yang sistematik dalam pelaksanaan kaunseling membantu klien mencapai matlamat dan diselesaikan dengan baik.

Teknik dan kombinasi pendekatan Islam dan Barat dalam sesi kaunseling yang dijalankan mempengaruhi klien membuat keputusan tanpa melanggar hukum syarak.

Perkhidmatan kaunseling adalah jalan bagi membantu pasangan menangani masalah dan mencari jalan bagi

mengelakkan masalah berterusan. Ia secara tidak langsung membawa pasangan berfikir dan menjalankan tanggungjawab dengan baik serta membina hidup yang bahagia.

(9)

APAKAH KESAN DARI

PERKHIDMATAN KAUNSELING KELURAGA?

Kajian Bray dan Jouriles menunjukkan bahawa kaunseling perkahwinan berkesan mengurangkan konflik, meningkatkan kepuasan perkahwinan dan mencegah berlakunya perceraian.

Manakala satu kajian longitudinal yang dijalankan di Denver tentang program PREP (Prevention and Relationship Enhancement Program) mendapati pasangan yang telah menjalani PREP dapat mengekalkan

kepuasan perhubungan dan seksual yang tinggi serta intensiti masalah yang rendah dalam masa tiga tahun selepas latihan, kemahiran komunikasi yang tinggi, pola komunikasi negatif yang kurang dan mempunyai kemahiran

mengendalikan konflik yang tinggi selama 12 tahun selepas pengalaman PREP dan kurang melaporkan kejadian keganasan fizikal dengan pasangan masing-masing dalam jangka masa tiga hingga lima tahun selepas latihan, jika dibandingkan dengan pasangan yang tidak menjalani program tersebut.

(10)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

Adler telah mengemukakan empat tahap atau peringkat dalam proses kaunseling keluarga yang kini menjadi asas kepada amalan proses kaunseling keluarga

4 peringkat dalam kaunseling keluarga iaitu:

a) Perhubungan (Relationship)

b) Penilaian dan analisis (Analysis and Assessment) c) Insight (Celik akal)

d) Orientasi semula/pendidikansemula (reorientation/re education)

(11)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

Suradi (2006) telah mencadangkan empat tahap secaraumum proses kaunseling keluarga boleh dijalankan iaitu

i. membina perhubungan, membuat penilaian tentangmasalah keluarga yang dihadapi,

ii. mengembangkan kesedaran emosi dan menerima pola ketidak fungsian keluarga.

iii. keluarga akan belajar bagaimana mengubah sistem keluarga iv. penamatan

(12)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

.

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

Saedah (2004) mengatakan proses kaunseling keluarga dalam lima tahap iaitu

i. Pembinaan perhubungan antara kaunselor dengan ahli keluarga, ii. Pemahaman permasalahan dan struktur keluarga,

iii. Penstrukturan pola transaksi keluarga dan pengubahan tingkah laku, iv. Pengukuhan tingkah laku dan pendidikan mengenai perubahan

keluarga dan keibubapaan, v. Penamatan

(13)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Hasil kajian menunjukkan terdapat lima peringkat dalam proses

kaunseling keluarga iaitu peringkat pembinaan hubungan, peringkat analisis dan menilai masalah keluarga, peringkat kesedaran emosi dan celik akal , peringkat penstrukturan semula keluarga dan orientasi

pembelajaran semula keluarga dan akhir sekali peringkat penamatan.

Hasil dapatan kajian ini mempunyai kesamaan dalam kajian yang di jalan kan Saedah (2004), Petrocelli (2002), Wachler dan Lenox(1994), Pinsof (1989) iaitu semua lima peringkat sesi ini perlu dilaksanakan dalam amalan proses kaunseling yang bertujuan untuk menolong klien membuat perubahan dalam mencapai matlamat kehidupan mereka.

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(14)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Membina Hubungan:

Hasil kajian menunjukkan bahawa proses membina hubungan merupakan proses yang amat penting bagi memudahkan proses kaunseling keluarga

Odell dan Quinn (1998) mengatakan bahawa membina hubungan yang terapeutik amat penting dalam sesi yang pertama. Ini adalah kerana keluarga mempunyai perasaan dan pemikiran yang tertanya-tanya apa berlaku dalam sesi kaunseling keluarga.

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(15)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Membina Hubungan - Mendapatkan Maklumat

Halstead et al. (2002) menyatakan salah satu elemen yang penting dalam amalan dalam perhubungan kaunseling iaitu

pertama mendapatkan maklumat latar belakang keluarga dengan mengemukakan soalan-soalan yang merangkumi semua aspek isu yang dibawa oleh keluarga.

“Yang pertama... kita main soalan-soalan light...maknanya perkaitan dengan yang fakta ... keluarga, tempat tinggal, kerja ...apa semua ..anak ...macam mana ayah macam mana ibu ... ibu

pula macam mana anak ...pandangan .. soalan-soalan yang biasa orang kata yang memerlukan jawapan yang fakta”

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(16)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Membina Hubungan - Pembinaan hubungan yang terapeutik Pendekatan ini dapat dilakukan oleh kaunselor melalui

inform consent

Menurut Kaplan(2003) kaunselor perlu memberi fokus kepada Inform consent pada pertemuan yang pertama sesi kaunseling keluarga agar dapat membantu membina hubungan yang kukuh dengan keluarga dan juga membina kepercayaan keluarga.

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(17)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

Analisis dan penilaian masalah keluarga

Crane (1986) mengatakan kaunselor amat perlu belajar bagaimana untuk menilai kehendak keluarga.

Pengamal kaunseling keluarga menyatakan menganalisis interaksi keluarga perlu menjadi fokus agar kaunselor dapat mengintegrasikan maklumat dari pelbagai sudut agar memenuhi keperluan keluarga

terutama keluarga yang sedang menghadapi pelbagai konflik Sprenkle (2009).

...dan ini yang biasanya terjadi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya permasalahan keluarga ini ... pasal apa.. isteri tak tahu apa suami nak... suami tak tahu apa isteri nak ....suami dan isteri tak tahu apa anak-anak nak... Dan anak- anak tak tahu apa yang ibu dan ayah dia nak...ini yang boleh menyebabkan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini dalam keluarga....hubungan break down.

(18)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Kesedaran emosi dan celik akal

Keluarga yang kesedaran emosi atau mendapat celik akal adalah bergantung pada permasalahan keluarga dan keluarga itu

sendiri. Kesedaran emosi keluarga apabila keluarga dapat

memahami, menyelami dan menerima dengan terbuka perasaan semua ahli keluarga.

Manakala celik akal lebih memberi fokus kepada pemikiran keluarga di mana keluarga dapa mengubah persepsi yang negatif kepada persepsi yang positif (Kaplan , 2003).

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(19)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Penstrukturan dan pembelajaran semula keluarga

Orientasi pembelajaran semula seperti kemahiran komunikasi yang selalu menyebabkan institusi keluarga tidak berfungsi Kajian mendapati bahawa keluarga yang terlibat dengan kes penceraian, penderaan isteri , penderaan anak, dan kes juvana semuanya kurang kemahiran komunikasi sebagai sumber

masalah.

“Kadang-kadang klien tidak reti nak cakap macam kita kena ajar klien bercakap macam tu supaya dia boleh cakap skrip tersebut tak payah tulis-tulis dia hafal untuk bercakap dengansuami atau

isteri “

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(20)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Penamatan

Proses penamatan Childers ( 1998) , mengatakan bahawa

walaupun kaunseling keluarga yang dikendalikan oleh kaunselor sama dari segi rawatan dan intervensinya tetapi proses

penamatannya adalah berbeza

Hasil dari kajian jelas menyokong bahawa fasa penamatan yang diamalkan oleh kaunselor dalam kaunseling keluarga ada kalanya berlaku dan adakalanya tidak

Penamatan sesi yang berlaku juga boleh berlaku secara bersemuka atau melalui telefon.

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(21)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Contoh Penamatan

Pada sesi penamatan... saya bagi masa ...kalau dia nak datang jangan datang lebih kurang daripada 2

bulan...makna kalau dia ada masalah sebelum 2 bulan , saya kata jangan datang... “

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(22)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Modaliti pengendalian

Pengamal melaporkan gaya pengendalian dalam amalan proses kaunseling keluarga boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu

secara individu , secara individu dan keluarga dan juga secara keluarga sepenuhnya

Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu yang

dilakukan dalam kaunseling keluarga disebabkan apabila konflik keluarga terlalu kritikal sehingga mereka tidak boleh duduk

bersama dalam tempoh masa yang panjang .

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(23)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Jumlah sesi

Dapatan kajian ini menunjukkan jumlah sesi kaunseling keluarga yang menjadi amalan dalam proses kaunseling keluarga dikendalikan dengan jumlah kurang dari empat sesi dan juga lebih dari empat sesi.

Coco & Courtney (1998) 15 sesi iaitu tiga sesi

keluarga,enam sesi ibu dan anak, tiga sesi dengan ibu dan tiga sesi dengan anak yang bermasalah, Santisteban

(1997)12-14 sesi, Holtzworth-Munroe telahmenjalankan 17- 35 sesi

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

(24)

RUJUKAN

Aminah Hj. Hashim (1995), "Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling" dalam Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Federal Publications, h. 3-4. 7

Zuraidah Abdul Rahman. 1994. Kaunseling dalam Pengurusan. Shah Alam : Times Books International

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

(25)

SESI PERBINCANGAN KELOMPOK

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

KAUNSELING KELUARGA

Imam al-Ghazali (1979) menyatakan kekeluargaan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Semakin luas peranan sesebuah keluarga lebih besar lagi masalah yang boleh

timbul. Bincangkan

(26)

Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD

Referensi

Dokumen terkait

Pengujian yang telah dilakukan adalah menguji nilai resistansi dari komposit polimer-karbon dalam pengaruhnya terhadap jenis gas yang dideteksi (karakteristik

Perbedaan ketebalan yang lebih besar antara hasil penghitungan menggunakan persamaan Sauerbrey dengan hasil karakterisasi SEM terjadi pada ZnPc jika dibandingkan

Sisanya 34,1% Kepuasan Pengguna Sistem Informasi yang digunakan dalam kegiatan akademik pada mahasiswa beberapa Perguruan Tinggi Swasta di Palembang dipengaruhi

menciptakan budaya dan iklim sekolah/madrasah yang kondusif dan inovatif bagi pembelajaran peserta didik, 6) mengelola guru dan staf dalam rangka pendayagunaan

Berdasarkan uraian latar belakang di atas, maka fokus penelitian ini adalah bagaimana komunikasi para pendeta GKPS dalam menangani konflik yang terjadi di grup facebook.. Untuk

(reseptif) oleh otak bagian belakang, dan otak bagian depan merespon secara motorik untuk melakukan aksi (ekspresi). Sistem sensorik berhubungan dengan reseptif,

terhadap faktor-faktor penting menurut wisatawan, terutama terhadap faktor-faktor yang harus diperbaiki, untuk mendukung peningkatan daya tarik kawasan wisata serta

Aerob Fakultatif terhadap Kualitas Organoleptik, Fisik, dan Nutrisi Ampas Tahu Difermentasi Kapang Neurospora sitophila dan Trichoderma viridae sebagai Pakan Ternak; Evaluasi