• Tidak ada hasil yang ditemukan

sumber manusia PEMBANGUNAN Budaya Prestasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "sumber manusia PEMBANGUNAN Budaya Prestasi"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

172

Rangka kerja pembangunan sumber manusia Kumpulan LPI secara asasnya adalah mengenai menguruskan bakat dan motivasi kakitangan kami terhadap produktiviti dan kecekapan yang tinggi. Ini merupakan asas strategi perniagaan Kumpulan, dengan matlamat untuk mencapai standard kecemerlangan perniagaan yang tinggi secara konsisten dan mutakhirnya menjana pulangan lebih tinggi kepada pemegang saham.

Selaras dengan inisiatif-inisiatif Bank Negara Malaysia, Kumpulan LPI komited terhadap mengekalkan pewarisan tenaga kerja yang cekap di dalam Kumpulan di samping memastikan keteguhan jangka panjang dalam industri insurans. Dengan itu, Kumpulan terus memperkukuh dan meningkatkan bakat-bakat sedia adanya dengan memberi penumpuan terhadap bahagian-bahagian utama rangka kerja pembangunan sumber manusianya:

• Budaya

• Nilai

• Pembangunan

• Ganjaran

Budaya Prestasi

Kumpulan diperkayakan dengan budaya kecemerlangan dan kejayaan yang mendorong kakitangan kami agar gigih berusaha dan lebih bermotivasi. Kami memberi tumpuan terhadap penjanaan tenaga kerja yang cekap dan layak demi memenuhi jangkaan industri yang semakin meningkat. Melalui program kepimpinan yang efektif, Kumpulan telah berjaya menghasilkan para pemimpin terbaik yang dapat dilihat dengan jelas di peringkat pengurusan yang mampu menarik kemasukan bakat- bakat muda baru. Tanda aras prestasi yang bertenaga dan kompetitif telah menggalakkan kemunculan bakat- bakat dari dalam, seterusnya mewujudkan pengukuhan rangkaian calon-calon yang berpotensi untuk rancangan pewarisan Kumpulan.

Untuk mengukuhkan lagi budaya berprestasi tinggi, kami menggalakkan sesi maklum balas kakitangan dan sesi dialog berterusan dalam usaha kami untuk menggalakkan penglibatan tinggi dari kakitangan. Kami bekerjasama rapat dengan baris hadapan kami, mendengar kebimbangan mereka dan menyediakan latihan prestasi yang berterusan bagi memastikan mereka dapat berkomunikasi dengan berkesan dan mengikut matlamat perniagaan Kumpulan.

Kami kumpulkan bersama pihak pengurusan kanan dan kakitangan dari pelbagai jawatan untuk menyumbang saran idea-idea baru dan menganalisis maklum balas pasaran.

Untuk mendalami dan memperluaskan integrasi bakat- bakat Kumpulan yang pelbagai, persidangan perniagaan strategik telah diadakan di antara pembuat keputusan utama untuk mengkaji semula dan membincangkan perancangan dan strategi perniagaan Kumpulan. Pada bulan Mei dan Oktober setiap tahun, para pengurus berkumpul untuk membincangkan kajian semula prestasi dan menyumbang saran mengenai perancangan strategik untuk Kumpulan. Mesyuarat pengurusan diadakan dengan konsisten setiap bulan dan diadakan secara dialog terbuka. Sesi dialog dan persidangan ini menyediakan platform untuk ketua pasukan perniagaan dan pelbagai ketua jabatan berkongsi idea-idea dan perancangan mereka untuk masa hadapan.

Kami menggalakkan komunikasi secara terbuka bagi memastikan setiap pandangan mereka dapat didengari.

Kepelbagaian kami dari segi umur, jantina dan bangsa telah melengkapkan kami dengan pengetahuan dan kepantasan dalam memberi maklum balas terhadap perubahan dalam persekitaran pasaran dengan lebih efektif. Melalui perspektif yang berbeza, kami dapat mencipta dan memperbaharui rangkaian produk baru yang berjaya untuk pelbagai kumpulan pelanggan.

Budaya prestasi kami yang kukuh dibuktikan dengan pelbagai anugerah yang dikurniakan kepada Kumpulan daripada pemerhati dalam negara dan antarabangsa ke atas kecemerlangan prestasi dan tadbir urus korporat.

Kakitangan kami berbangga dengan anugerah dan pengiktirafan yang dikurniakan ini kerana kejayaan Kumpulan adalah hasil daripada kerja keras dan sumbangan mereka.

PEMBANGUNAN

sumber manusia

(2)

MENCIPTA NILAI

Kami mensasarkan untuk melahirkan pemimpin yang bertaraf dunia. Kami percaya bahawa kami merupakan antara

pengusaha yang dikenali dalam memperkenalkan dan mencungkil bakat-bakat yang banyak dalam

industri kita. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada kakitangan kami dan

tidak pernah gagal memberi anugerah kepada yang terbaik. Kami mahu

mewujudkan kerja yang meransangkan dan

memuaskan kepada kakitangan

kami.

ETIKA

Komitmen kami untuk tanggungjawab kami kepada kakitangan kami, pemegang polisi kami, kerjaya kami, kepada industri dan masyarakat keseluruhannya tanpa berbelah bahagi. Kami terus menetapkan tahap yang tinggi dalam etika perniagaan dan tadbir urus korporat.

PRESTASI PERNIAGAAN CEMERLANG

Kami berdedikasi untuk mendukung reputasi kami demi kecemerlangan dalam setiap aspek perniagaan kami.

Kami percaya bahawa organisasi yang cemerlang akan berkembang dan menarik kakitangan yang cemerlang. Kami tertumpu kepada menjana prestasi kewangan yang cemerlang untuk menjamin kejayaan yang berterusan dan kukuh untuk Kumpulan dan kakitangannya.

MERANGKA LALUAN KERJAYA

Kami bersungguh-sungguh dalam mengoptimumkan potensi kakitangan kami sepenuhnya dan memperkenalkan pertumbuhan individu. Kami menyokong persekitaran di mana kakitangan kami boleh menggunakan kebolehan mereka sepenuhnya dan mencapai cita-cita mereka. Kami membolehkan kakitangan kami berkembang di dalam organisasi dan mempunyai kerjaya yang menjamin masa hadapan mereka dengan kami.

PEMBELAJARAN BERTERUSAN

Kami komited dalam perjalanan pembelajaran di dalam dan di luar di sepanjang hayat Kumpulan kami.

Kami menyediakan peluang-peluang yang strategik kepada kakitangan kami untuk menghasilkan idea-idea yang berbeza dan kepakaran pelbagai peringkat, jabatan dan daripada pelbagai organisasi. Kami akan terus

meningkatkan cara kami bekerja.

KEADILAN

Kami diperkaya dengan pelbagai demografi, bangsa dan jantina kami. Kami percaya bahawa sinergi diatur daripada pelbagai perspektif pembezaan kami mempengaruhi pertumbuhan Kumpulan dari segi penyelesaian masalah dan penghasilan idea.

PRIHATIN

Kami komited dalam menyediakan tempat kerja yang selesa untuk kakitangan kami. Kami berusaha untuk menyemai kesejahteraan dan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat dalam segala yang kami lakukan sebagai satu Kumpulan. Kami sentiasa menganjurkan inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial dalam usaha kami mewujudkan masyarakat yang prihatin.

KEDERMAWANAN

Kami percaya bahawa kejayaan Kumpulan merupakan kejayaan kakitangannya. Kami

mahu kakitangan kami bertambah maju dalam kemewahan Kumpulan ini. Kedermawanan

Kumpulan terbukti dengan cara ia disediakan untuk kakitangannya.

173

meningkatkan nilai

Nilai Dikongsi

Asas bagi kecemerlangan dan kejayaan budaya berpunca daripada komitmen kukuh kami terhadap lapan (8) Nilai Pembangunan Sumber Manusia berikut yang diilhamkan oleh falsafah peribadi Pengasas dan Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow. Ini merupakan prinsip-prinsip yang menerangkan dengan jelas nilai-nilai yang dikongsi oleh kakitangan kami:

Lapan nilai ini bermatlamat untuk meningkatkan dan memperkayakan kehidupan kakitangan kami di samping merapatkan jurang di antara matlamat perniagaan Kumpulan dan pembangunan keperluan kakitangan kami. Nilai-nilai ini merupakan kunci untuk menyampaikan misi dan falsafah korporat Kumpulan. Secara strategiknya, nilai-nilai dasar ini memandu perkhidmatan kami, memberi kesan kepada budaya kerja kakitangan kami, memaksimumkan prestasi perniagaan Kumpulan dan memberikan erti dan tujuan kepada kerja seharian kakitangan kami.

(3)

174

PEMBANGUNAN

sumber manusia

(samb’)

Pembangunan melalui Latihan

Selaras dengan matlamat kami untuk membentuk bakat yang berkebolehan, pelbagai inisiatif pembangunan telah disediakan di sepanjang tahun bagi menyediakan kakitangan kami dengan latihan berterusan dan peluang- peluang pembangunan.

Pada bulan April, kami mengadakan Bengkel Membina Pasukan untuk para pegawai rendah kami di mana mereka ditugaskan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan bertujuan untuk membentuk komunikasi yang berkesan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Pada bulan Jun, kami meneroka satu program pembelajaran uji kaji yang tertumpu kepada perkhidmatan pelanggan dan membina pasukan untuk para eksekutif kami. Berdasarkan daripada pengalaman sebenar pelbagai syarikat-syarikat korporat gergasi, para eksekutif kami diberi kesedaran tentang strategi menang-menang untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih efisyen dan efektif. Pada bulan Julai, para eksekutif kanan kami menyertai program kecemerlangan kepimpinan bagi menyediakan mereka dengan pembelajaran berterusan sebagai persediaaan ke pengurusan pertengahan. Pada bulan September, kami menganjurkan satu program mengenai Pengurusan Kekuatan – Kaedah LIFO bagi pengurus rendah di mana mereka didedahkan kepada penilaian diri dan kaedah- kaedah di mana mereka dapat membina kekuatan mereka dan meminimumkan kelemahan.

Bagi memastikan kakitangan kami dilengkapkan dengan pengetahuan produk yang betul, kami mengadakan program-program latihan produk insurans secara berterusan. Kakitangan juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program-program luar dan seminar industri yang menyediakan pembangunan terkini dalam industri di luar pengalaman biasa Kumpulan. Kakitangan kami telah menghadiri pelbagai sesi latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh organisasi dan institut yang terkenal antaranya, Institut Insurans Malaysia (MII), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Kebangsaan Malaysia (NIAM), dan Biro Penginsurans Motor (MIB).

Di sepanjang tahun, Kumpulan juga menghantar wakil ke persidangan antarabangsa di mana rangkaian perniagaan dibina dan pengalaman budaya antara negara dikongsi bersama. Kami mengambil bahagian di Persidangan Eksekutif Tuntutan Asia 2011 yang dianjurkan oleh Munich Reinsurance di Bangkok, Thailand; menjalani latihan mengenai Analisis Risiko Dinamik dan Teknik Insurans Semula oleh Munich Reinsurance baru-baru ini di Singapura, dan menghadiri seminar mengenai Menyusun Semula untuk Perubahan – Perundangan, Pengurusan Risiko Perusahaan dan Pengurusan Modal oleh Labuan Reinsurance di Phuket, Thailand.

(4)

175

meningkatkan nilai

Rangka Kerja Ganjaran Komprehensif

Penunjuk prestasi adalah penting dalam menentukan pencapaian dan perkembangan individu kakitangan terhadap matlamat strategik Kumpulan. Termasuk dalam sistem penilaian komprehensif Kumpulan adalah komponen penilaian yang merangkumi prestasi kerja kakitangan secara individu dan sumbangan kakitangan dari pelbagai tahap di dalam inisiatif-inisiatif sumber manusia Kumpulan. Secara dasarnya, sistem imbuhan berdasarkan prestasi kami memastikan kakitangan yang berprestasi tinggi diberi ganjaran pakej imbuhan yang kompetitif.

Kumpulan mengakui hakikat bahawa walaupun pampasan kewangan adalah penting, ianya bukanlah faktor utama terpenting dalam sistem ganjaran dan pengiktirafan. Oleh itu, sistem ganjaran kami mengambil kira kesan gabungan faktor-faktor ketara dan tidak ketara yang boleh menarik, mengekalkan dan menggalakkan kakitangan kami kepada tahap kepuasan dan produktiviti yang tinggi. Kumpulan membayar semula kakitangan berdasarkan Model Jumlah Ganjaran WorldatWork yang menggariskan nilai- nilai yang menyumbang ke arah kepuasan kakitangan dan menguruskan dasar pampasan dan manfaat untuk melaraskan kakitangan kami dengan strategi perniagaan Kumpulan.

(5)

176

PEMBANGUNAN

sumber manusia

(samb’)

Kami percaya pada perkongsian kekayaan Kumpulan dengan kakitangan kami dan komited dalam menyediakan peluang pembangunan peribadi bagi membolehkan mereka menyedari potensi mereka sepenuhnya. Ini dibuktikan dalam polisi pengambilan pekerja kami, yang menggalakkan kenaikan pangkat dalaman sebelum mengambil kira calon-calon dari luar. Bukti kepada komitmen ini adalah bilangan bakat yang kami asuh dalam jawatan pemimpin utama di dalam Kumpulan. Di sebalik imbuhan kewangan, kumpulan kakitangan kami yang berbakat diberikan pengiktirafan di atas usaha mereka melalui peningkatan kerjaya mereka.

Usaha berterusan Kumpulan untuk mencipta nilai menghasilkan pusing ganti kakitangan yang rendah.

Setiap tahun, senarai penghormatan kami menunjukkan senarai panjang kakitangan kami yang setia yang dihargai dan diberi anugerah di majlis anugerah perkhidmatan panjang Kumpulan. Majlis ini juga memberikan peluang bagi menggalakkan kakitangan yang baru berkhidmat untuk membina kerjaya mereka dalam Kumpulan. Menurut rekod, 20% tenaga kerja kami telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun bersama Kumpulan, dan kakitangan yang paling lama berkhidmat telah bersama dengan kami lebih daripada 38 tahun.

Kebajikan kakitangan kami adalah penting dan kami terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk menggalakkan kerja dan kehidupan yang seimbang. Seminar-seminar diadakan secara berkala untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat. Dalam penularan wabak penyakit berjangkit

• Budaya & Nilai Kumpulan

• Strategi Perniagaan

• Inisiatif Sumber Manusia

• Imbuhan

• Pakej Faedah

• Pengiktirafan Prestasi

• Pembangunan & Peluang Kerjaya

• Keseimbangan Antara Kerja dan Kehidupan

• Menarik

• Mengekal

• Merangsang

• Kakitangan

• Kepuasan &

Produktiviti

• Perniagaan

• Keuntungan

& Kejayaan Gambar rajah di bawah menunjukkan tinjauan menyeluruh mengenai rangka kerja ganjaran Kumpulan:

baru-baru ini, kami telah menyediakan Perancangan Kesiapsediaan Wabak bagi memastikan Kumpulan dan kakitangan kami bersedia dalam menghadapi sebarang kecemasan kesihatan. Sebahagian daripada perancangan kesedaran kami adalah membina perhubungan yang erat di kalangan kakitangan. Kelab Sukan kami merupakan salah satu platform yang berkesan di mana kakitangan kami terlibat secara aktif dalam menganjurkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rekreasi. Acara-acara yang dianjurkan seperti hari keluarga, perlawanan sukan dan makan malam tahunan juga membantu memudahkan kakitangan berinteraksi.

Kakitangan kami adalah bukti terhadap kedermawanan dan keprihatinan Kumpulan di mana kerjasama, kepercayaan, dan persefahaman ditekankan. Walaupun keadaan ekonomi yang suram dan kekerapan krisis kewangan yang meningkat, Kumpulan terus prihatin terhadap kakitangannya. Pada tahun-tahun sebelumnya, Kumpulan menaikkan gaji dan melaksanakan kajian semula manfaat sebagai tindak balas terhadap kos sara hidup yang tinggi demi mengurangkan beban kewangan kakitangan kami. Kami juga merupakan antara beberapa syarikat yang pertama dalam sektor kewangan yang melanjutkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari.

(6)

177

meningkatkan nilai

Untuk melindungi kakitangan kami dan menggalakkan sikap bertanggungjawab, kami menyediakan polisi dan prosedur yang menggariskan kod tatatertib Kumpulan.

Selain daripada Buku Panduan Tatatertib Kakitangan, kami juga melaksanakan dasar-dasar untuk melindungi kakitangan dan mendidik mereka tentang hak mereka;

seperti:

i. Dasar Gangguan Seksual ii. Prosedur Aduan

iii. Dasar Dedah Penyelewengan

iv. Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab sosial, kami juga percaya kepada sumbangan semula kepada masyarakat. Kami telah meningkatkan tenaga kerja kami dengan berterusan, menyediakan lebih daripada 90 peluang pekerjaan di dalam pasaran pekerjaan pada tahun ini, di samping lebih daripada 60 pekerjaan baru yang ditawarkan pada tahun lepas. Kami mengambil bahagian dalam inisiatif Bank Negara Malaysia, Program Pengkayaan Bakat Sektor Kewangan (FSTEP) sejak dari tahun 2008 dan akan terus menerima pelajar daripada institusi lain untuk latihan industri bagi menggalakkan pembelajaran dan membantu mencari bakat-bakat di dalam industri.

Bagi memudahkan pelajar dalam latihan, kami menjadikan pembelajaran sebagai sebahagian daripada budaya kerja kami.

MAJU KE HADAPAN

Bagi Kumpulan LPI, pengurusan modal insan yang strategik terus menjadi keistimewaan dalam Kumpulan LPI demi mencapai prestasi dan kejayaan yang cemerlang. Kumpulan komited ke arah ini dan akan terus memperlengkapkan kakitangannya terhadap pengekalan keberuntungan perniagaan, kekayaan dan kemakmuran bersama.

(7)

178

Peristiwa Korporat & Anugerah

KALENDAR

1. Lonpac dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Sekutu bagi Penyelesaian Multinasional Chubb 2010

28 Januari - Kuala Lumpur

2. Mesyuarat Agung Tahunan ke-50

14 Februari - Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

3. Lonpac dikurniakan Anugerah Jenama Terbaik dalam Perkhidmatan Kewangan – Insurans Am oleh BrandLaureate bagi tahun 2010-2011 bagi Penjenamaan Korporat oleh Asia Pacific Brands Foundation

23 Mac - Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur

4. LPI menerima keahlian dalam Kelab Billion Ringgit The Edge dan berada di kedudukan ketiga bagi kategori Syarikat Yang Paling Menguntungkan – Pulangan Tertinggi ke atas Ekuiti Dalam Tempoh 3 Tahun dan Saham Berprestasi Terbaik – Pulangan Tertinggi kepada Pemegang Saham Dalam Tempoh 3 Tahun bagi Sektor Kewangan.

13 Julai - Kuala Lumpur 178

3 2

2

(8)

179

meningkatkan nilai

179

meningkatkan nilai

5. Lonpac dikurniakan Syarikat Insurans Terbaik, Malaysia bagi Tahun 2011 oleh World Finance.

September - Kuala Lumpur

6. LPI menerima pengiktirafan daripada Anugerah Tadbir Urus Perusahaan Malaysian Business – CIMA 2011 dengan memenangi Anugerah Merit, Pemenang Keseluruhan.

27 September - Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur

7. LPI menerima Sijil Merit – Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2011

15 November - Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

8. LPI dikurniakan Anugerah Mesyuarat Agung Tahunan Paling Segera dan Anugerah Kecemerlangan dalam Indeks MCG 2011

7 Disember - Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur

8 7

6

(9)

180

Komuniti & Hubungan Pelanggan

1. Lonpac bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Sabah Bandaraya Kota Kinabalu dan Borneo Sports Arena menganjurkan Kejohanan Futsal Lonpac 26 Mac - Borneo Sports Arena, Sabah

2. Kempen Derma Darah

8 April - Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur

3. Lawatan dan Sumbangan Sosial kepada Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur 16 Jun - Cheras, Kuala Lumpur

KALENDAR peristiwa penting

(samb’)

180

1

2

2 3

(10)

181

meningkatkan nilai

181

4. Hari Kesihatan Komuniti Lonpac

15 Julai - Ibu Pejabat Lonpac, Kuala Lumpur

5. Lonpac dan China Press Bhd bekerjasama menganjurkan Pertandingan Menulis Esei mengenai

“Melaka Bandaraya Bersejarah”

31 Julai - Melaka

6. Sumbangan Sosial kepada SJK (C) Pay Fong 3 31 Julai - Melaka

4

5

6 4

5

meningkatkan nilai

(11)

182

Komuniti & Hubungan Pelanggan

7. Lawatan dan Sumbangan Sosial kepada Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi

26 Ogos - Cheras, Kuala Lumpur

8. Lonpac Go Green, Let’s Hunt

1 Oktober - Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

KALENDAR peristiwa penting

(samb’)

182

7

7 8

8 8

8

(12)

183

meningkatkan nilai

183

Kakitangan Kami

1. Seminar Pegawai – Pengembaraan Membina Pasukan 1–2 April - Corus Paradise Resort, Port Dickson

2. Merentas Hutan

15 April - Bukit Putih, Cheras

3. Konvensyen Agensi 2011

22–24 April - The Magellan Sutera, Kota Kinabalu

4. Mesyuarat Perniagaan Pengurus

23–24 Mei - Hotel Equatorial Bangi, Putrajaya

1

2 4

4 3 meningkatkan nilai

(13)

184

5. Seminar Eksekutif – Perkhidmatan Pelanggan &

Kerjasama Dalam Tindakan

18–19 Jun - Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya

6. Lonpac Motor Hunt

25–26 Jun - Avillion Admiral Cove, Port Dickson 7. Seminar Eksekutif Kanan – Kecemerlangan

Kepimpinan

23–24 Julai - Nilai Springs Resort, Nilai

8. Golf Amal Lonpac E-Assist

20 September - Impian Golf & Country Club, Kajang

9. Merentas Taman Tasik Perdana

23 September - Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur 10. Seminar Penolong Pengurus & Timbalan Pengurus –

Bengkel Pengurusan Masa

24–26 September - Holiday Inn, Melaka

7

6

8

8 5

KALENDAR peristiwa penting

(samb’)

184

Kakitangan Kami

9

(14)

185

meningkatkan nilai

185

11. Majlis Makan Malam Ulang Tahun Lonpac yang ke-49

5 Oktober - Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya 12. Percutian Kelab Sukan I

6–9 Oktober - Ho Chi Minh City, Vietnam

13. Mesyuarat Perniagaan Pengurus

12–13 Oktober - Boulevard Hotel Mid Valley, Kuala Lumpur

14. Percutian Kelab Sukan II 18–23 Oktober - Seoul, Korea 15. Hari Keluarga Lonpac

19 November - Sunway Lagoon Theme Park dan Sunway Convention Centre, Petaling Jaya

11

12 10

11

15 13

14 meningkatkan nilai

Referensi

Dokumen terkait

Pada tanggal 5 April 2001, kondisi suhu muka laut sedikit berubah yang mana area dengan suhu muka laut sebesar 28-29 o derajat Celcius di selatan Jawa lebih sempit (lebih ke utara)

Suryani mencatat sejumlah adat ke- biasaan Bayunggede lainnya yang tidak berasal dari Hindu Bali, dan tidak seperti yang terdapat di desa dataran rendah, yaitu : (1)

Berdasarkan uraian di atas maka, belajar bermakna menurut Ausubel adalah suatu proses belajar di mana peserta didik dapat menghubungkan informasi baru dengan pengetahuan yang

Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat memberikan dan hidayahnya-Nya, serta memberikan kemudahan sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan

Video juga merupakan komponen penting dalam distance learning, suatu metode pengajaran yang tidak lagi terikat oleh ruang.Dalam upaya memenuhi kebutuhan peralatan

mengandung konsentrasi ikan pelagis adalah pada kedalaman 5 hingga 15 meter dan yang terbanyak berada pada lapisan 11-15 meter.Jumlah ketersediaan ikan dari hasil

Sedangkan Pegunungan Serayu Selatan merupakan elemen yang muncul dari Zona Depresi Bandung yang membujur secara longitudinal di Jawa Barat dan terdiri atas bagian barat dan

Karakter seleksi jagung hibrida yang berpengaruh langsung terhadap hasil pada kondisi kekeringan adalah tinggi tanaman, luas daun, panjang tongkol, diameter tongkol, dan