• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

BANK SOALAN

PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

BAB 1

SOALAN ESEI

1 Berikan maksud aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. [4]

2 Terangkan tiga persekitaran umum yang memberi pengaruh prestasi sesebuah perniagaan. [6]

3 Huraikan dua kepentingan keuntungan perniagaan kepada pemilik perniagaan. [4]

4 Nyatakan empat kemudahan fizikal yang diperlukan bagi kilang sawit. [4]

SOALAN KAJIAN KES

1 Perusahaan Kain Batik dan Songket

Sebagai pencinta seni tradisional, minat tersebut telah mendorong Muiz dan adiknya Akhtar untuk mengusahakan perniagaan pengeluaran yang berasaskan kain batik dan songket. Muiz dan Akhtar merupakan lulusan universiti tempatan dalam bidang kesenian. Cita-cita mereka ingin menjadi usahawan yang berjaya pada masa hadapan dalam bidang seni tradisional. Pada peringkat permulaan, mereka berkongsi modal perniagaan untuk membuka kilang kain batik dan songket. Sekiranya modal yang dikumpulkan tidak mencukupi, mereka bercadang untuk membuat pinjaman di bank.

Oleh sebab baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pengetahuan mereka berkaitan kaedah berniaga dalam industri tersebut tidak begitu mendalam. Hal ini memerlukan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak lain yang arif tentang bidang perniagaan berkaitan pengeluaran kain batik dan songket. Antara faktor yang perlu diambil kira oleh Muiz dan Akhtar ialah berkaitan persekitaran yang perlu dihadapi apabila menjalankan perniagaan. Secara umumnya, persekitaran perniagaan yang akan dihadapi ialah persekitaran umum dan persekitaran tugas. Persekitaran ini boleh memberi pengaruh dan kesan kepada perusahaan kain batik dan songket yang dijalankan oleh Muiz dan Akhtar.

Dalam proses perancangan, Muiz dan Akhtar sentiasa bersedia menerima nasihat dan pandangan daripada pihak lain dalam menjalankan perniagaan tersebut. Anda merupakan salah seorang yang mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan juga tidak ketinggalan membantu Muiz dan Akhtar dalam merancang perniagaan tersebut.

(a) Huraikan lima faktor persekitaran tugas yang boleh mempengaruhi perniagaan.

[10]

(2)

(b) Jelaskan bagaimana faktor sosiobudaya, teknologi, politik dan perundangan boleh mempengaruhi perniagaan pengeluaran kain batik dan songket. [15]

(c) Sinar Berhad merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam industri penanaman herba untuk pasaran Malaysia dan luar negara. Antara pelanggan utamanya ialah Segar Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan berasaskan tanaman herba untuk pasaran tempatan. Manakala Metro Jamu pula, mengedarkan produk yang dikeluarkan oleh Segar Sdn. Bhd. kepada orang ramai.

(i) Bandingkan ketiga-tiga entiti perniagaan di atas dari pelbagai aspek perundangan penubuhan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. [15]

(ii) Terangkan penglibatan ketiga-tiga entiti perniagaan di atas dalam aspek

tahap perniagaan. [10]

2 Perniagaan Penternakan Kambing

Encik Muizzuddin baru sahaja tamat pengajian di luar negara dalam bidang penternakan. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut dan bercita-cita untuk menjadi penternak moden. Beliau bercadang menternak kambing baka baharu yang diperoleh dari Australia, negara di mana beliau melanjutkan pelajaran. Kemudahan dan pengetahuan yang dimiliki mendorong beliau untuk mengusahakan perniagaan dalam bidang ini. Beliau memiliki tanah yang luas dan sesuai untuk dijadikan tapak penternakan kambing. Encik Muizzuddin sedang menyediakan rancangan perniagaan untuk disertakan bersama permohonan pinjaman di sebuah bank pertanian sebagai satu sumber pembiayaan bagi perniagaan tersebut.

Sebelum itu, beliau telah menjalankan kajian pemasaran untuk meninjau peluang- peluang perniagaan yang boleh direbut di dalam bidang ini. Dalam jangka masa panjang, bekalan daging kambing boleh dibekalkan di dalam dan luar negara.

Keyakinan beliau adalah tinggi disebabkan beliau telah mempunyai jaringan perniagaan dengan pembekal dari luar dan dalam negara serta hubungan baik dengan penyelidik yang boleh menghasilkan baka ternakan yang bermutu tinggi.

Kemudahan fizikal juga menjadi faktor utama yang dititikberatkan oleh beliau.

Hal ini disebabkan oleh kemudahan fizikal dapat membantu melancarkan perjalanan aktiviti perniagaan. Walaupun berpuas hati dengan kemudahan fizikal yang disediakan oleh pihak kerajaan, beliau perlu memastikan kemudahan fizikal yang diperlukan oleh perniagaan beliau berada di tempatnya pada masa yang diperlukan. Namun, kekurangan kemudahan fizikal yang dialami boleh diatasi dengan merujuk kepada pihak kerajaan atau disediakan oleh beliau sendiri.

Encik Muizzuddin juga perlu meninjau peranan pihak-pihak lain yang boleh membantu menjalankan perniagaan seperti pihak swasta dan badan berkanun. Beliau cuba menyusun kepentingan pihak yang terlibat untuk memudahkan beliau berhubung dengan pihak tersebut serta peluang yang boleh direbut seperti penghantaran bekalan daging dan bantuan pemasaran daripada badan berkanun. Namun, masalah yang dihadapi beliau adalah kekurangan pengalaman dalam menghadapi dunia perniagaan yang sebenar.

(3)

Oleh itu, beliau cuba mendapatkan pandangan anda tentang kesan terhadap perniagaan ekoran perkembangan persekitaran perniagaan yang tidak menentu, terutama kenaikan harga petroleum dunia.

(a) Terangkan bagaimana persekitaran umum perniagaan boleh mempengaruhi perniagaan yang akan dijalankan oleh Encik Muizzuddin. [18]

(b) Huraikan proses perniagaan yang berlaku dalam perniagaan penternakan kambing. [15]

3 Syarikat Mercu Jaya Berhad

Syarikat Mercu Jaya Berhad mengunjurkan untuk meraih keuntungan sebanyak RM10 juta setahun menerusi pengenalan beberapa produk makanan segera terbaharu di pasaran tempatan dan luar negara beberapa tahun akan datang. Ketua Eksekutif syarikat tersebut, iaitu Tan Sri Mokhtar berkeyakinan bahawa makanan segera, iaitu mi goreng dan kuih muih yang dihasilkan khusus untuk memenuhi keperluan pengembara dan individu yang sentiasa sibuk tetapi mahu menikmati makanan segar, akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Produk baharu makanan segera yang dihasilkan merupakan produk pertama yang dikeluarkan di pasaran hasil penyelidikan oleh unit penyelidikan Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memenuhi permintaan pasaran dan perubahan gaya hidup masyarakat pada masa kini. Selain pasaran tempatan, produk tersebut akan dipasarkan di negara Indonesia melalui pemborong yang dilantik secepat mungkin. Kajian yang dijalankan mendapati permintaan produk makanan segera adalah tinggi di negara tersebut terutama dalam kalangan masyarakat bandar.

Untuk mendapat liputan yang meluas, Tan Sri Mokhtar telah melancarkan produk tersebut sempena “Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia” di Kuala Lumpur yang berlangsung selama seminggu. Produk makanan segera tersebut akan dijual di semua pasar raya besar dan rantaian jualan runcit di seluruh negara. Pada peringkat awal, sukar untuk menganggarkan keseluruhan rantaian runcit yang akan mengedarkan produk tersebut, tetapi sebanyak 100 buah cawangan telah menyatakan persetujuan untuk menjualnya di seluruh negara.

Produk makanan segera boleh terus dimakan dan untuk menikmatinya dengan cara yang lebih menyelerakan, pengguna dicadangkan untuk memanaskan makanan tersebut dengan merendamnya di dalam air suam atau digoreng. Proses ini akan mengambil masa selama lima minit. Penghasilan makanan segera dengan menggunakan bahan makanan yang berkualiti termasuklah tepung dan rempah yang ditempah khas bagi tujuan menghasilkan makanan segera yang terbaik. Produk ini mempunyai tempoh ketahanan sehingga 1 tahun, namun jika bungkusan makanan ini telah dibuka ia perlu dimakan dengan segera.

Tan Sri Mokhtar memberi jaminan bahawa produk tersebut halal dimakan oleh penganut agama Islam. Selain itu, produk tersebut juga dijamin selamat untuk dimakan dan tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna kerana ia dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan bahan tiruan. Setiap bungkusan dijual pada harga yang berdaya saing dengan produk makanan segera yang telah sedia ada dalam pasaran.

(4)

Berdasarkan kes di atas,

(a) jelaskan jenis aktiviti perniagaan yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan makanan segera yang diceburi syarikat ini, [10]

(b) huraikan tahap perniagaan yang terlibat dalam bagi Syarikat Mercu Jaya Berhad.

[20]

SOALAN PRINSIP

1 Terangkan bagaimana lima aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan di Malaysia boleh dianggap sebagai aktiviti yang penting dalam dunia perniagaan. [15]

2 Jelaskan lima peranan perniagaan kepada masyarakat. [15]

(5)

SOALAN ESEI

1 Perniagaan berasaskan pengeluaran:

• Bahan mentah diproses untuk menghasilkan output

• Sebagai contoh, kilang pemasangan kereta.

Perniagaan berasaskan perkhidmatan:

• Perniagaan yang berasaskan untuk memenuhi kepuasan keperluan barangan akhir dan selepas proses pengeluaran

• Sebagai contoh, perniagaan runcit.

2 Tiga persekitaran umum yang boleh mempengaruhi prestasi perniagaan:

Ekonomi

• Merujuk situasi ekonomi dalaman dan luaran

• Peranan bank pusat menentukan polisi berkaitan penawaran wang mempengaruhi perkembangan perniagaan.

– Penawaran wang bertambah, permintaan akan meningkat dan perniagaan turut berkembang.

Teknologi

• Kaedah baharu dalam melakukan sesuatu kerja.

• Ciptaan kaedah baharu dilaksanakan melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).

• Peningkatan dalam teknologi membantu meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran dan membantu mengurangkan kos perniagaan.

Fizikal

• Merujuk kemudahan asas dan infrastruktur awam

• Pengangkutan melancarkan pengedaran barangan

• Perhubungan memudahkan penghantaran maklumat dengan cepat 3 Dua kepentingan keuntungan perniagaan kepada pemilik perniagaan:

Pengagihan dividen

Untung membolehkan pengurusan syarikat boleh memberi dividen yang tinggi kepada pemegang saham yang merupakan pemilik syarikat.

Pengukur keyakinan kepada pemilik perniagaan

Untung yang dinikmati oleh perniagaan memberi keyakinan kepada pemilik perniagaan untuk mengekalkan dan menambahkan pelaburan.

4 Empat kemudahan fizikal yang diperlukan bagi kilang sawit:

Sistem pengangkutan

Jalan raya diperlukan untuk memudahkan kilang sawit mendapat bekalan sawit dari ladang kelapa sawit.

JAWAPAN

(6)

Sistem perhubungan

Pengurus kilang sawit perlu kemudahan komunikasi memudahkan urus niaga dengan perniagaan untuk berbincang tentang pembekalan dan pemasaran.

Utiliti

Bekalan tenaga elektrik dan air membolehkan operasi kilang sawit boleh berjalan dengan lancar.

Gudang

Kilang sawit memerlukan gudang untuk menyimpan minyak sawit yang telah diproses dan menyimpan bekalan kelapa sawit sebagai bahan untuk memproses.

SOALAN KAJIAN KES

1 (a) Lima faktor persekitaran tugas yang boleh mempengaruhi perniagaan:

Pelanggan

• Pengguna akhir membeli barangan akhir

• Mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan mempunyai pelbagai pilihan Pembekal

• Merupakan orang tengah yang membekalkan bahan mentah, input dan barangan separa siap

• Hubungan baik penting untuk kelancaran, efisien dan pemberian syarat kredit.

Pembiaya dan pemodal

• Punca kewangan syarikat membiayai aktiviti syarikat

• Pembiaya terdiri daripada bank-bank, syarikat kewangan dan lain-lain Pesaing

• Merupakan pihak lain yang terlibat dalam aktiviti perniagaan yang sama dan hampir sama dalam pasaran

• Menjadi faktor ancaman jika menyebabkan syer pasaran berkurangan

• Menjadi faktor peluang jika persaingan dilaksanakan secara positif dan sihat seperti menjalankan kaji selidik, kreatif dan inovasi bagi meningkatkan kualiti produk

Kerajaan

• Pihak berkuasa menentukan bentuk dan hala tuju sesebuah sistem ekonomi

• Mengadakan undang-undang dasar perniagaan dan sistem percukaian perniagaan

(b) Faktor sosiobudaya, teknologi dan politik dan perundangan boleh mempengaruhi perniagaan pengeluaran kain batik dan songket yang diusahakan oleh Muiz dan Akhtar:

(7)

Persekitaran Definisi Contoh pengaruh Sosiobudaya Merangkumi nilai, adat,

amalan, perubahan populasi, dan sikap yang serupa dalam sesuatu masyarakat memberi kesan kepada gaya hidup, pemikiran, pembelian pengguna, berubah mengikut trend dan budaya luar

• Perubahan budaya akibat pengaruh global mengubah cita rasa masyarakat

• Hal ini menggalakkan penggunaan produk dengan lebih meluas dan sesuai

digunakan oleh pelbagai kaum dan upacara bukan lagi untuk program tradisional

Teknologi Meliputi perubahan dalam kaedah pengetahuan, alatan yang boleh mempengaruhi produktiviti, kos dan pembangunan produk baharu

• Penggunaan komputer

menghasilkan reka bentuk corak produk yang lebih menarik, pelbagai dan lebih cepat dihasilkan

• Penggunaan teknologi media juga memudahkan produk ini diperkenal dan dipasarkan dengan lebih meluas Politik dan

Perundangan

• Merujuk keadaan politik, sistem politik, undang- undang, kawalan dan galakan kerajaan

• Mempengaruhi dasar dan aktiviti perniagaan

• Dasar kerajaan mewajibkan pemakaian baju batik dalam kalangan kakitangan kerajaan telah meningkatkan pengeluaran dan jualan produk ini

• Melancarkan kempen songket

• Menganjurkan pameran dan ekspo antarabangsa

• Memberi anugerah tokoh kraf tangan negara untuk menggalakkan usahawan menceburkan diri ke dalam sektor ini

(c) (i) Perbandingan antara ketiga-tiga entiti perniagaan di atas dalam pelbagai aspek perundangan penubuhan dan aktiviti adalah seperti yang berikut:

Persekitaran Sinar Berhad Segar Sdn. Bhd. Metro Jamu Bilangan

Pemilik

2 orang hingga tiada had

2 hingga 50 orang Seorang pemilik Penubuhan Pejabat

Pendaftar syarikat

Pejabat Pendaftar

syarikat Pejabat Pendaftar perniagaan

(8)

Persekitaran Sinar Berhad Segar Sdn. Bhd. Metro Jamu Liabiliti Terhad

setakat modal dilaburkan

Terhad setakat modal dilaburkan

Tidak terhad kerana boleh hilang modal dan aset peribadi Cukai Cukai syarikat Cukai syarikat Cukai individu

atau pendapatan Aktiviti Ekstraktif, iaitu

pengeluaran bahan mentah semula jadi

Pembuatan dan pengilangan, iaitu memproses produk penjagaan kesihatan

Perkhidmatan peruncitan, iaitu menjual memproses produk penjagaan kesihatan kepada orang ramai

(ii) Penglibatan Sinar Berhad, Segar Sdn. Bhd. dan Metro Jamu daripada aspek tahap dalam perniagaan:

Sinar Berhad Segar Sdn. Bhd. Metro Jamu

Tahap primer, iaitu menanam pokok herba di ladang

Tahap sekunder, iaitu memproses herba menjadi produk penjagaan kesihatan di kilang

Tahap tertier, iaitu memasarkan produk penjagaan kesihatan kepada orang ramai sebagai pengguna kesihatan Tahap

antarabangsa, iaitu memasarkan hasil tanaman herba ke peringkat antarabangsa

Tahap hiliran, iaitu memproses pokok herba untuk menghasilkan produk kesihatan untuk dipasarkan di Malaysia

Tahap domestik, iaitu memasarkan produk penjagaan kesihatan hanya di dalam negara Malaysia

2 (a) Persekitaran umum perniagaan boleh mempengaruhi perniagaan yang akan dijalankan oleh Encik Muizzuddin melalui faktor-faktor yang berikut:

Ekonomi

• Keadaan ekonomi yang baik akan meningkatkan permintaan terhadap kambing di dalam dan luar negara

• Pasaran yang baik akan memudahkan penjualan kambing ke seluruh negara

• Penawaran wang yang banyak menunjukkan keupayaan pelanggan untuk menambahkan permintaan terhadap kambing

Sosiobudaya

• Rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum tiada halangan untuk membeli kambing

• Budaya rakyat Malaysia mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan

(9)

• Keluarga bekerja mewujudkan banyak restoran dan hal ini boleh meningkatkan permintaan terhadap kambing

Politik dan perundangan

• Dasar kerajaan menggalakkan bidang pertanian

• Kestabilan politik negara memberikan suasana kondusif dalam dunia perniagaan, tanpa mengambil kira jenis perniagaan yang dijalankan

• Kawalan kerajaan tentang pengimportan kambing kerana mengutamakan produk tempatan

Teknologi

• Mesin moden mengendalikan aktiviti penternakan

• Makanan sesuai dengan keperluan pemakanan kambing

• Wujudnya baka baharu dari semasa ke semasa Fizikal

• Kemudahan jalan raya dan lebuh raya untuk aktiviti pengedaran dan jualan kambing

• Sistem perhubungan yang moden

• Kemudahan tempat untuk mengeksport kambing (b) Proses perniagaan dalam penternakan kambing:

Input

• Anak kambing

• Bangunan

• Tapak Transformasi

• Memberikan makanan

• Menyediakan kemudahan

• Menyemak keadaan fizikal kambing Output

• Kambing baka baharu

• Berkualiti

• Segar dan berkhasiat Proses pemasaran

• Jenama

• Penghantaran

• Kategori daging

• Kesegaran daging Untung/Rugi

• Untung diperoleh jika hasil melebihi jumlah kos

• Rugi dihadapi jika hasil kurang daripada jumlah kos

• Untung memberikan ganjaran kepada Encik Muizzuddin untuk meneruskan usaha penternakan kambing

3 (a) Jenis aktiviti perniagaan yang berkaitan yang perlu dipertimbangkan oleh Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan makanan segera yang diceburi syarikat ini:

(10)

Ekstraktif

• Pengeluaran ekstraktif melibatkan pengeluaran bahan mentah dari perut bumi Bahan mentah yang diperlukan ialah tepung dan rempah yang ditempah khas.

Barangan pengguna (konsumer)

• Pengeluar barangan konsumer merujuk perniagaan yang terlibat dalam pengeluaran barang kegunaan isi rumah.

• Mi goreng dan kuih boleh dimakan terus oleh pengguna yang terdiri daripada isi rumah.

Peruncitan

• Perniagaan yang terlibat dalam aktiviti runcit lazimnya mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna.

• Syarikat Mercu Jaya Berhad memasarkan mi goreng dan kuih-muih segera di pasar raya besar dan rantaian jualan runcit seluruh negara.

• Sebanyak 100 buah cawangan telah menyatakan persetujuan untuk menjualnya di seluruh negara.

Pemborongan

• Perniagaan borong membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit atau pelanggan.

• Syarikat Mercu Jaya Berhad memasarkan produk di negara Indonesia melalui pemborong yang dilantik.

Profesional

• Perniagaan yang terlibat dalam aktiviti profesional menawarkan perkhidmatan yang khusus.

• Produk baharu makanan segera yang dihasilkan merupakan produk pertama yang dikeluarkan di pasaran hasil penyelidikan oleh unit penyelidikan Syarikat Mercu Jaya Berhad bagi memenuhi permintaan pasaran dan perubahan gaya hidup masyarakat pada masa kini.

(b) Tahap perniagaan yang terlibat dalam bagi Syarikat Mercu Jaya Berhad:

Tahap sekunder

• Tahap sekunder melibatkan pemprosesan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.

• Penghasilan makanan segera dengan menggunakan bahan makanan yang berkualiti termasuklah tepung dan rempah yang ditempah khas bagi tujuan menghasilkan makanan segera yang terbaik.

Tahap tertier

• Perniagaan tahap tertier merujuk perniagaan yang melibatkan produk tidak ketara atau perkhidmatan produk yang tidak perlu diproses lagi.

• Produk tersebut akan dipasarkan di negara Indonesia.

• Dijual di semua pasar raya besar dan rantaian jualan runcit di seluruh negara.

• Sebanyak 100 buah cawangan telah menyatakan persetujuan untuk menjualnya di seluruh negara.

(11)

Tahap hiliran

• Perniagaan hiliran merupakan perniagaan yang wujud disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan huluan.

• Dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan bahan tiruan.

• Penghasilan makanan segera dengan menggunakan bahan makanan yang berkualiti termasuklah tepung dan rempah yang ditempah khas bagi tujuan menghasilkan makanan segera yang terbaik.

Tahap domestik

• Perniagaan domestik merupakan perniagaan yang menjalankan aktivitinya pada peringkat tempatan.

• Syarikat Mercu Jaya Berhad memasarkan produk makanan segera dalam negara di 100 buah cawangan rantaian kedai.

• Dijual di semua pasar raya besar dan rantaian jualan runcit di seluruh negara.

Tahap antarabangsa

• Perniagaan antarabangsa menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara lain.

• Syarikat Mercu Jaya Berhad bercadang mengeksport produk makanan segera di Indonesia terutama di kawasan bandar.

SOALAN PRINSIP

1 Lima aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan di Malaysia yang boleh dianggap sebagai aktiviti yang penting dalam dunia perniagaan:

Peruncitan

• Perniagaan yang terlibat dalam aktiviti runcit lazimnya mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna.

• Tugas peruncit termasuk memecah pukal, memperagakan barang, memberikan perkhidmatan dan menawarkan khidmat selepas jualan.

Pemborongan

• Perniagaan borong membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit atau pelanggan.

• Tugas pemborong termasuk memecah pukal dan membungkus semula barang dalam kuantiti yang lebih kecil dan menyediakan pengangkutan untuk mengagihkan barang-barang kepada peruncit atau pelanggan.

Kewangan

• Perkhidmatan insurans dapat memberi perkhidmatan perlindungan ke atas risiko yang diinsuranskan.

• Pinjaman yang disediakan oleh bank membolehkan perniagaan mendapat pembiayaan menjalankan aktiviti dan mengendalikan urus niaga.

Profesional

• Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang.

(12)

• Doktor, jurutera, peguam, dan arkitek menyediakan perkhidmatan khusus dan memerlukan kelulusan dalam kalangan ahlinya.

• Sebagai contoh, doktor memiliki pengetahuan dalam perubatan boleh memberi rawatan kepada pesakit.

Perhotelan

• Industri perhotelan menyediakan kemudahan istirahat dan rekreasi.

• Pelancong yang datang menggunakan pesawat, menginap di tempat penginapan seperti hotel dan chalet, membeli belah dengan menggunakan kemudahan perbankan dan menikmati budaya dan makanan tempatan.

Pendidikan

Perkhidmatan pendidikan menyediakan prasarana pendidikan yang formal bertujuan melahirkan ilmuwan dalam bidang sains dan teknologi, perubatan, teknologi maklumat dan pendidikan sains sosial yang diperlukan untuk memenuhi permintaan negara pada masa hadapan.

Perhubungan

• Perkhidmatan berkaitan dengan bidang komunikasi seperti perhubungan telefon, pos dan Internet dapat menyediakan kemudahan untuk mendapatkan maklumat serta perkembangan mengenai perniagaan.

• Perkhidmatan berkaitan dengan bidang komunikasi juga menyediakan kemudahan untuk menyebarkan maklumat tentang keluaran ke pasaran, memudahkan aktiviti jual beli secara atas talian (online) dan memudahkan proses mendapatkan maklum balas dari pelbagai pihak seperti pelanggan.

Perkhidmatan pengeluaran

• Perkhidmatan yang diperlukan dalam aktiviti pemasaran produk yang dikeluarkan atau dihasilkan dari kilang atau pusat pengeluaran.

• Antaranya ialah pergudangan, iaitu aktiviti menyimpan produk sebelum barang yang sudah siap sebelum dihantar ke pasaran.

• Perkhidmatan pengangkutan untuk menyampaikan ke pasaran sama ada darat, laut dan udara.

2 Lima peranan perniagaan kepada masyarakat:

Menghasilkan pelbagai keluaran untuk memenuhi pelbagai cita rasa

• Keluaran yang berkualiti tinggi kepada masyarakat pada harga yang berpatutan

• Bertujuan kepuasan kepada masyarakat

• Sebagai contoh, jika masyarakat mementingkan keselamatan penggunaan kereta, dengan itu pengeluar kereta perlu mengeluarkan kereta yang memiliki ciri-ciri keselamatan

Mewujudkan peluang pekerjaan

• Memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dalam menjalankan aktiviti perniagaan

• masyarakat menerima gaji dan upah

• Sebagai contoh, kilang roti memerlukan pekerja yang mahir dalam bidang pembuatan makanan roti.

(13)

Mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan

• Mewujudkan peluang perniagaan dan peluang pelaburan lain berkaitan perniagaan yang dijalankan

• Boleh menjalankan aktiviti seperti menyediakan bekalan bahan mentah, sumber manusia dan kemudahan pengangkutan untuk perniagaan

• Sebagai contoh, Kilang pengeluaran perabot memerlukan perniagaan membekalkan kayu-kayan sebagai bahan asas pengeluaran perabot.

Melibatkan diri dalam aktiviti sosial

• Melaksanakan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat

• Boleh membina imej baik dalam kalangan masyarakat

• Sebagai contoh, memberi biasiswa kepada pelajar kurang kemampuan dan cemerlang dalam melanjutkan pelajaran.

Meningkatkan kemudahan infrastruktur

• Pembukaan perniagaan baharu akan menyebabkan pertambahan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan perhubungan.

• Pembayaran cukai perniagaan membolehkan pihak kerajaan menyediakan kemudahan awam yang lebih efisien kepada masyarakat.

• Sebagai contoh, kawasan perindustrian menyebabkan wujudnya bandar baharu yang menyebabkan perniagaan menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada penduduk.

Referensi

Dokumen terkait

Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan karunia-Nya, sehingga peneliti dapat menyelesaikan penulisan skripsi yang berjudul Analisis Iklan Layanan Kesehatan

Prinsip sederhana dari pemanfaatan ketiga bentuk energi itu adalah: memakai energi kinetik yaitu energi yang dihasilkan oleh laut kemudian digunakan untuk memutar turbin

Oleh sebab itu penelitian ini dilakukan untuk menjawab permasalahan diatas, dengan tujuan umum mengembangkan model hybrid bioekonomi untuk pengelolaan Kawasan

d. Membantu dalam kegiatan program khusus sesuai dengan kebutuhan siswa, baik pengajaran maupun program pengayaan dan seleksi masuk perguruan tinggi melalui jalur PMDK/UMPTN.

Kimseye gadretme. Gadr: Söz ve ahid verdikten sonra ahdini bozmaya denir. Anana, babana isyan etme. Öf bile deme. Belki onlara daima dua et. Anana, teyzene çok ikram

Ide untuk merancang sistem informasi yang berisi informasi status kuliah berupa papan informasi, terinspirasi dari suatu sistem tampilan informasi penerbangan (Flight

Peserta vvajib hadir di kelas minimal 15 menit sebelum diklat dimulai dan menandatangani daftar hadir pagi, selingan pagi, siang dan selingan sore yang telah disediakan oleh

Dengan sifatnya yang sebagian besar diterapkan operasi pembacaan, maka suatu directory service akan menerapkan suatu model replikasi untuk dapat memberikan kehandalan yang lebih baik.