• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PEMBUNGKUSAN, PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN RISALAH DATA KESELAMATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PEMBUNGKUSAN, PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN RISALAH DATA KESELAMATAN"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PEMBUNGKUSAN, PELABELAN BAHAN KIMIA

BERBAHAYA DAN RISALAH DATA KESELAMATAN

1.0 TUJUAN

Garis Panduan Pembungkusan, Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya dan Risalah Data Keselamatan disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada mereka yang terlibat dengan pengendalian Bahan Kimia Berbahaya di Universiti.

2.0 SKOP

Garis panduan ini terpakai di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti yang membeli, menyimpan dan menggunakan bahan kimia samada untuk pengajaran dan pembelajaran atau tujuan penyelidikan dalam memastikan Bahan Kimia Berbahaya tersebut dikendalikan dengan baik dan memenuhi aspek keselamatan yang telah ditetapkan.

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

3.1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 (Pindaan 2015).

3.2 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihtan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan

dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

3.3 Garis Panduan bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

4.0 DEFINISI

Bahan Kimia Merujuk kepada bahan yang merupakan suatu unsur bahan

kimia dan sebatiannya dalam keadaan semulajadi atau yang

diperoleh melalui mana-mana proses pengilangan,

termasuklah apa-apa bahan tambah yang perlu untuk mengekalkan kestabilannya dan apa-apa bendasing yang terhasil daripada proses yang digunakan, tetapi tidak termasuk apa-apa pelarut yang boleh dipisahkan tanpa menjejaskan kestabilan unsur itu dan sebatiannya, atau mengubah komposisinya; dan campuran bahan kimia yang merupakan suatu campuran atau larutan yang mengandungi dua atau lebih bahan yang bertindak balas untuk kegunaan di tempat kerja, termasuklah aloi.

Bahan Kimia Berbahaya Merujuk kepada bahan kimia yang dikelaskan oleh pembekal

utama atau Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KP JKKP) sebagai bahan kimia berbahaya berdasarkan bahaya fizikal, kesihatan dan alam sekitar.

Penerima Bahan Kimia Merujuk kepada seseorang yang menerima bahan kimia

berbahaya daripada Pembekal.

Pembekal Pembekal merujuk kepada pihak yang membekalkan bahan

(2)

kimia berbahaya samada pembekal yang membungkus semula, mengedar atau menjual secara runcit bahan kimia berbahaya ataupun pembekal yang merumus, mengilang, mengimport, mengitar semula atau merumus semula bahan kimia berbahaya.

Kategori Bahaya Merujuk kepada pembahagian kriteria dalam setiap kelas

bahaya yang menentukan keterukan bahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

Kelas Bahaya Merujuk kepada sifat bahaya fizikal, kesihatan atau alam

sekitar sesuatu Bahan Kimia Berbahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

Helaian Data Keselamatan (SDS)

Merujuk kepada suatu helaian maklumat yang disediakan yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan bahan kimia berbahaya.

5.0 PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA

5.1 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan bungkusan Bahan Kimia Berbahaya

yang dibekalkan oleh Pembekal direkabentuk sebagaimana berikut:

5.1.1 Bahan Kimia Berbahaya tidak boleh keluar melainkan jika peranti keselamatan dipasang pada bekas tersebut.

5.1.2 Bungkusan dan pengancingnya hendaklah kukuh dan mampu menampung Bahan Kimia Berbahaya tersebut.

5.1.3 Bahan yang dijadikan bungkusan dan pengancing hendaklah tidak mudah rosak disebabkan oleh Bahan Kimia Berbahaya tersebut atau boleh membentuk sebatian yang memudaratkan atau berbahaya Bahan Kimia Berbahaya tersebut.

5.1.4 Jika bungkusan itu merupakan suatu bekas yang dipasang dengan peranti pengancing boleh ganti, peranti pengancing itu hendaklah direka bentuk supaya bungkusan itu boleh dikancingkan berulang kali tanpa bahan kimia berbahaya itu terkeluar.

5.1.5 Bungkusan itu dilengkapi dengan pengedap pada mulanya dan apabila bungkusan itu dibuka, pengedap itu akan pecah dan tidak boleh diperbaiki.

5.2 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan bungkusan Bahan Kimia Berbahaya

yang dibekalkan oleh Pembekal dilabel dengan jelas dan tidak boleh dipadam.

5.3 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan maklumat-maklumat yang perlu pada

(3)

5.3.1 Pengecam Produk.

Merujuk kepada nama atau nombor yang digunakan pada label untuk memberikan satu cara unik yang dengannya bahan kimia berbahaya boleh dicam dalam keadaan tertentu.

5.3.2 Pengenalan Pembekal.

Merujuk kepada maklumat Pembekal yang mengeluarkan dan membekal Bahan Kimia tersebut.

5.3.3 Kata Isyarat.

Merujuk kepada suatu perkataan yang digunakan untuk menunjukkan tahap relatif keterukan bahaya dan memberi amaran kepada pembaca terhadap potensi bahaya bahan kimia berbahaya pada label contohnya “Amaran”, yang menunjukkan Kategori Bahaya yang kurang teruk; dan “Bahaya”, yang menunjukkan Kategori Bahaya yang lebih teruk.

5.3.4 Pernyataan Bahaya.

Merujuk kepada suatu pernyataan yang ditetapkan bagi Kelas Bahaya dan Kategori Bahaya yang memerihalkan sifat bahaya sesuatu bahan kimia berbahaya termasuklah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

5.3.5 Piktogram Bahaya.

Merujuk kepada suatu komposisi grafik yang menyampaikan maklumat khusus tentang bahaya yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

5.3.6 Pernyataan Berjaga-jaga.

Merujuk kepada suatu ungkapan yang memerihalkan langkah yang disyorkan untuk meminimumkan atau mencegah kesan buruk akibat pendedahan

kepada bahan kimia berbahaya, atau penyimpanan atau pengendalian bahan

kimia berbahaya yang tidak wajar.

5.3.7 Jika kuantiti bahan kimia yang bersaiz 125 ml ke bawah hanya Perkara 5.3.1, 5.3.2, 5.3.3, 5.3.5 dan suatu penyataan “Baca Helaian Data Keselamatan sebelum digunakan”.

5.4 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan maklumat pada label ditulis dalam

Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

5.5 Maklumat terperinci berkaitan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya boleh dirujuk pada

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013.

(4)

6.1 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan Pembekal mengemukakan Helaian Data Keselamatan (SDS) bagi setiap Bahan Kimia Berbahaya atau apa-apa

campuran bahan kimia yang mengandungi bahan berbahaya yang dibekalkan.

6.2 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan SDS yang diterima dari pembekal

mengandungi maklumat berikut:

6.2.1 Pengenalan bahan kimia berbahaya dan pembekal. 6.2.2 Pengenalan bahaya.

6.2.3 Komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia berbahaya. 6.2.4 Langkah-langkah pertolongan cemas.

6.2.5 Langkah-langkah pemadaman kebakaran. 6.2.6 Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja. 6.2.7 Pengendalian dan penyimpanan.

6.2.8 Kawalan pendedahan dan perlindungan diri. 6.2.9 Sifat fizikal dan kimia.

6.2.10 Kestabilan dan kereaktifan. 6.2.11 Maklumat toksikologi. 6.2.12 Maklumat ekologi. 6.2.13 Maklumat pelupusan. 6.2.14 Maklumat pengangkutan. 6.2.15 Maklumat pengawalseliaan.

6.2.16 Maklumat lain (Tarikh penyediaan SDS dll.).

6.3 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan SDS yang diterima dari Pembekal

dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

6.4 Penerima Bahan Kimia hendaklah memastikan SDS ditempatkan berhampiran

Bahan Kimia Berbahaya tersebut disimpan dan mudah dicapai untuk rujukan sekiranya berlaku kemalangan.

7.0 PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN SEMULA BAHAN KIMIA BERBAHAYA

7.1 Jika pembungkusan semula dibuat ke atas Bahan Kimia Berbahaya yang

dibekalkan oleh Pembekal, bungkusan Bahan Kimia Berbahaya tersebut hendaklah menggunapakai syarat-syarat pembungkusan seperti yang dinyatakan dalam perkara 5.1.

(5)

7.2 Label pada bekas Bahan Kimia Berbahaya hendaklah dipastikan tidak ditanggalkan, dirosakkan, diubahsuai atau dipinda. Sekiranya berlaku perkara seperti yang dinyatakan, Bahan Kimia Berbahaya tersebut hendaklah dilabel semula menggunapakai syarat-syarat pelabelan seperti yang dinyatakan dalam perkara 5.3.

7.3 Pelabelan semula juga perlu dibuat ke atas Bahan Kimia Berbahaya yang

dipindahkan ke bekas lain menggunapakai label yang disediakan oleh Bahagian OSHE seperti Rajah 1.

7.4 Pelabelan semula Bahan Kimia Berbahaya yang dipindahkan ke bekas kecil boleh

menggunapakai label yang disediakan oleh Bahagian OSHE seperti Rajah 1 dan diikat pada bekas tersebut.

Referensi

Dokumen terkait

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini.

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini...

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini.

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini...

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini..

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini.

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini..

Jika maklumat peraturan lain yang berkenaan tidak dinyatakan dibahagian lain didalam risalah data keselamatan ini, ianya akan dinyatakan bahagian ini.