• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ecstacy BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ecstacy BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA?"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Ecstacy

APA ITU ECSTACY?

Ecstacy, atau nama kimianya 3,4 Methylene Dioxy Meth Amphetamine (MDMA), adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).

Seperti pengeluaran dadah-dadah lain yang dilarang, tiada terdapat kawalan ke atas faktor-faktor seperti kekuatan dan kebersihan dalam pengilangan haram dadah ATS. Pencemaran boleh berlaku semasa penghasilan haram dadah ini dan kerapkali bahan mentah yang rendah mutunya dicampurkan, menyebabkan mutu dan kekuatan MDMA yang dihasilkan sering berbeza. Ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk akibat pengambilan dadah ini.

BAGAIMANA ECSTACY DIGUNAKAN?

Ecstacy selalunya didapati sebagai tablet kecil berwarna putih, kuning coklat dan dari berbagai-bagai saiz, bentuk dan corak . Kebanyakan yang didapati di pasaran gelap adalah dari kekuatan 50-150mg sebiji. Selalunya dos yang diambil untuk mendatangkan kesan ialah 75-100mg. Walau bagaimanapun, seseorang mungkin memerlukan dos yang lebih untuk mendapatkan kesan yang sama akibat penggunaan yang berulang .

Cara yang biasa ialah dengan menelannya, walaupun pil ini berasa pahit. Pil Ecstacy boleh juga dihancurkan (ia juga didapati dalam bentuk serbuk) dan dihidu. Pil ini juga boleh dimasukkan dalam dubur di mana dadah ini boleh terserap. Ecstacy juga boleh didapati dalam bentuk cecair dan akhir-akhir ini di negara-negara Barat, cara administrasi Ecstacy yang digemari ialah secara suntikan.

APAKAH NAMA-NAMA LAIN ?

Ecstacy juga dikenali sebagai ‘the love drug’, ‘the yuppie drug’, ‘ the dance drug’, ’pink lady’, and ‘playboy’; bergantung kepada corak yang tertera di pil berkenaan. Nama-nama ini juga sering berubah setiap beberapa bulan.

BAGAIMANA TAHAP PENYALAHGUNAAN DADAH INI DI MALAYSIA? Ecstacy digunakan oleh segolongan remaja sebelum atau semasa pesta tari-menari atau di kelab-kelab malam, disko, tempat karaoke dan lain-lain tempat hiburan kerana kesan stimulannya. Dipercayai masalah pil ini mula menular

(2)

pada awal tahun 1996. Untuk pil yang diimport harganya dianggarkan pada RM100 sebiji, tetapi pil tiruan boleh diperolehi dengan harga RM40 sebiji.

Jumlah rampasan oleh pihak penguatkuasaan ialah 20,276 biji pada tahun 1996, 38,389 biji pada tahun 1997, 9,231 biji pada tahun 1998 dan 55,975 biji pada tahun 1999. Untuk tempoh 5 bulan pertama tahun ini (Januari – Mei 2000) sejumlah 22,554 biji pil telah dirampas.

Adalah dilaporkan dalam satu serbuan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, 180 dari 445 pengunjung disko haram (iatu 40.4%) yang diuji didapati positif menggunakan ATS.

APAKAH KESAN SEGERA ECSTACY?

Ecstacy membuat penggunanya berasa gembira, seronok, tenang, bersikap lebih terbuka, sensitif kepada sentuhan, cepat mesra dan senang berdamping dengan orang lain (dari situ terbitnya nama ‘love drug’). Pengguna merasa yakin, daya penarikan diri meningkat dan tenang. Kesan ini ditambah lagi dengan bunyi muzik yang seiring dengan degupan jantung seseorang semasa di dewan tarian dan menyebabkan penggunanya menari dengan lebih rancak lagi dan untuk tempoh yang lebih lama. Terdapat pengurangan perilakuan persaingan dan agresif; dan seks di bawah kesan pil ini dirasa lebih lembut, lebih berahi dan lebih mesra.

Walaubagaimanapun, pengguna Ecstacy juga boleh mengalami kesan yang buruk seperti degupan jantung menjadi kencang, suhu badan dan tekanan darah meningkat, mengetap rahang, mengancing gigi, mulut kering, muntah-muntah, hilang selera, kekejangan otot, berpeluh, rasa panas atau sejuk, dahaga, kurang pengeluaran air kencing, pening, risau, ketakutan, gelabah dan susah untuk tidur. Pengguna lelaki juga boleh mengalami masalah ereksi dan gagal menikmati kepuasan. Ada juga kalangan pengguna yang merasa terancam dan lemah, lebih-lebih lagi apabila bersama dengan mereka yang tidak dikenali. Kesan pengambilan Ecstacy melalui 3 fasa :

• Peringkat permulaan : pengguna merasa khayal dengan cepat

• Peringkat tengah : di mana pengguna merasa gembira, seronok dan tenang

• Peringkat akhir: di mana penggunanya merasa keletihan, murung, gentar, cemas, mudah meradang; kurang tumpuan, menghadapi masalah tidur dan merasa tidak selamat.

(3)

Sesiapa yang mengidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, masalah hepar, sawan dan mempunyai sejarah gangguan mental dan kejutan panik akan mengalami risiko yang lebih dari kerosakan fizikal dan psikologi akibat Ecstacy.

APAKAH KESAN DOS TINGGI ATAU DOS BERLEBIHAN ECSTACY?

Pada dos yang lebih tinggi Ecstacy tidak mendatang kesan yang lebih menyeronokkan tetapi sebaliknya menyebabkan muntah-muntah, perasaan terapung, perlakuan ganjil, menghadapi khayalan dan sawan. Dos yang tinggi menyebabkan suhu badan dan tekanan darah meningkat tinggi sementara degupan jantung menjadi bertambah kencang sehingga boleh membawa maut. Kesan ini lebih membahayakan mereka yang sememangnya menghadapi masalah jantung atau pernafasan, mereka yang menghadapi kemurungan dan lain-lain masalah psikologi.

MENGAPA PENYALAHGUNA ECSTACY BOLEH MENGHADAPI MAUT?

Tiada terdapat kaitan di antara dos yang diambil dengan risiko kesan sampingan atau kematian. Seseorang boleh mati akibat sebiji pil. Kerapkali kematian berlaku ke atas seseorang yang pernah mengguna Ecstacy tanpa menunjukkan kesan buruk Ecstacy. Tiada siapa mengetahui bagaimana sesorang boleh mengalami kesan yang teruk sekali dengan penggunaan dadah ini.

Kematian boleh terjadi kerana: 1. Kesan stimulan dadah ini

Tekanan darah yang tinggi, peningkatan suhu badan dan degupan jantung akibat dadah ini boleh menyebabkan serangan jantung dan pendarahan otak.

2. Kenaikan suhu badan

Kebanyakan kematian adalah sebab ini. Suhu badan yang meningkat akibat penggunaan dadah ini diburukkan lagi dengan kepanasan akibat aktiviti menari dengan rancak di dalam kelab malam dan disko yang panas. Tubuh pengguna Ecstacy gagal menggantikan galian yang hilang apabila berpeluh, dan kekurangan air dalam tubuh mengakibatkan tubuh pengguna cuba mengekalkan air dalam badan dengan menghentikan mekanisma berpeluh dan fungsi buah pinggang. Kenaikan suhu badan ini mengakibatkan sawan, koma, buah pinggang gagal berfungi dan akhirnya maut.

(4)

3. Minum berlebihan.

Kematian juga pernah berlaku kerana penggguna meminum terlalu banyak air pada satu masa kerana kehausan. Dibawah pengaruh Ecstacy ada pengguna yang diketahui meminum air sehingga 20 liter dalam jangkamasa 3 jam. Perlakuan ini mencairkan lagi kepekatan darah sementara saiz sel dalam badan akan mengembang. Ini terutama sekali membahayakan otak yang membengkak dan berhimpit dengan tempurung kepala. Bahagian otak yang mengawal degupan jantung dan pernafasan akan rosak dan mangsa akan maut. Dadah ini juga mengeluarkan hormon yang menghalang buah pinggang dari berupaya mengeluarkan air yang berlebihan dan ini memburukkan lagi keadaan.

PENDEK KATA APA BAHAYA ECSTACY KEPADA KESIHATAN?

Penggunaan Ecstacy memudaratkan kesihatan kerana:

1. Penggantungan psikologi di mana seseorang mendapati sukar untuk berhenti atau mengurangkan penggunaan Ecstacy.

2. Ecstacy merosakkan otak dan sistem saraf seseorang.

3. Ecstacy merosakkan jantung dengan menyebabkan degupan

jantung bertambah kencang dan tidak menentu, dan peningkatan tekanan darah.

4. Ecstacy merosakkan hati (hepar).

5. Ecstacy mendatangkan kerosakan buah pinggang. Ecstacy

menyebabkan suhu badan meningkat dan kehilangan air dari badan yang banyak, mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dan akhirnya membawa maut.

6. Tarian rancak di bawah pengaruh Ecstasy boleh mendatangkan

(5)

7. Gangguan pembekuan darah yang disebabkan oleh Ecstasy boleh menyebabkan perdarahan dalaman dan mendatangkan maut.

8. Ecstacy boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan

menyebabkan keguguran kepada wanita yang mengandung.

9. Ecstacy boleh menyebabkan kemalangan jalanraya kerana

penggunanya mengalami penglihatan yang kabur dan khayal semasa memandu.

10. Bahaya kepada exploitasi seks dan seks bebas - Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh Ecstacy akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin.

11. Ecstacy juga mendatangkan masalah sosial kerana ia

menjejaskan hubungan dengan keluarga dan orang lain. Keadaan pengguna yang sentiasa gelisah dan tidak menentu juga memburukkan lagi hubungannya dengan orang lain.

APA KAWALAN UNDANG-UNDANG UNTUK ECSTACY?

Ecstacy (MDMA) telah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak 21.5.86. Penguatkuasaan Akta ini dijalankan oleh pihak Polis dan Kastam. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki MDMA tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

(6)

Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk Ecstacy. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1998) ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini,

Pemilik kurang dari 5g MDMA boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau pemenjaraan sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g MDMA boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g MDMA boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik 50g dan lebih dari 50g MDMA dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pindaan kepada Akta ini juga mengenakan hukuman sebatan mandatori sehingga 3 sebatan ke atas kakitangan awam yang bertugas di pusat-pusat pemulihan, lokap polis, penjara dan tempat-tempat tahanan yang didapati memiliki dadah berbahaya.

(7)

Rampasan Pil Ecstacy, 1996-2000

Tahun Jumlah pil Ecstacy yang dirampas

1996 20,276 biji

1997 38,389 biji

1998 9,231 biji

1999 55,975 biji

2000 (sehingga Mei) 22,554 biji

Data tangkapan pemilikan Pil Ecstacy

1996 1997 1998 1999 Jan-Mei 2000 Seksyen 39B 3 44 50 41 38 Seksyen 39A(2) - - - 11 29 Seksyen 39A(1) - - 1 41 5 Lain-lain 48 23 34 219 46 Jumlah 51 67 85 312 118

Referensi

Dokumen terkait

• Setelah di klik tombol go, maka simpan database tersebut dalam format zip dengan nama file db_cc.sql.zip atau lihat gambar dibawah ini :. • Setelah berhasil di

Melalui fungsi aktuasi akan diketahui gambaran tentang proses bimbingan dan pengarahan yang diperlukan oleh staf sesuai dengan pembagian tugas yang

Pesan dapat disampaikan dengan cara tatap muka (face to face) atau melalui media komunikasi. Isi pesan bisa berupa ilmu pengetahuan, hiburan, informasi, nasihat atau propaganda.

Web merupakan sarana promosi di dunia cyberspace atau Internet. Perkembangan Internet dewasa ini begitu pesat. Hingga saat ini pengguna Internet di indonesia hampir 1 juta. Jumlah

Gaya pemulih tersebut sebanding dengan simpangan, seperti pada gerak harmonic sederhana. Sekarang kita akan membandingkan gaya pemulih untuk massa pada pegas dan gaya pemulih

Toolbox adalah sebuah panel yang menampung tombol-tombol yang berguna untuk membuat suatu desain animasi mulai dari tombol seleksi, pen, pensil, Text, 3D

6).Mencari kesempatan untuk merealisasikan rencana yang telah diprogramkan. Jadi berdasarkan uraian diatas, motivasi kerja seorang auditor merupakan dorongan dalam

Apabila terjadi kekosongan undang-undang, atau karena adanya berbagai hal sehingga materi undang-undang tersebut belum diproses untuk menjadi undang-undang sesuai dengan tata cara atau