”Idea-idea yang perlu diketahui oleh semua
Orang untuk mencari pendapatan sampingan
bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa”
MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB
http://www.sembanghari2.blogspot.com
Notis Undang-undang & Penafian
Ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai perkara yang dibincangkan. Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ebook ini menepati matlamat dengan tepat dan betul pada masa ia diterbitkan.
Idea yang disebutkan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai 100% untuk setiap individu. Tiada sebarang jaminan samada semua orang mampu mendapat hasil yang sama dengan teknik atau maklumat yang diberikan kerana kita berbeza dari segi kemahiran, pengetahuan, pemahaman dan apa jua faktor kemanusiaan.
Kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mendapatkan ilmu dan rezeki seperti yang dikehendaki. Tetapi rezeki ditentukan oleh tuhan yang maha
berkuasa. Sehubungan itu sebarang libialiti atau kerugian tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis atau pengeluar ebook ini.
Hakcipta ebook ini milik sepenuhnya MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB atau http://www.sembanghari2.blogspot.com
Dengan ebook ini, ANDA :
[Boleh] diberikan sebagai bonus dalam laman web jualan anda [Boleh] dijual semula sebagai Produk Master Resale Rights [ Boleh] dipakejkan di website anda
[ Boleh] diletakkan di laman web keahlian berbayar [Boleh] diberikan secara percuma kepada orang lain
[Tidak Boleh] dijual semula di web lelong atau shoping chart [Tidak Boleh] diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti [Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri
[Tidak Boleh] mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini [Tidak Boleh] copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain
BIODATA PENULIS
• Nama: Muhamad Anuar Bin Marsib • Umur: 30 Tahun• Asal: Kampung Gajah, Perak
• Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (KUiTTHO) Sarjana Pendidikan (UTHM)
• Pekerjaan: Sektor Kerajaan
• Tempat Bekerja: Politeknik Mukah Sarawak • Mula mengenali perniagaan internet: Disember 2009
• Sifu Perniagaan Internet: Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) En. Jamaluddin Bahari (pakar e-book) • Sifu Dalam Bidang Keusahawanan: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Dato’ Dr. Rusly Bin Abdullah (Chef Li) • Laman Web/Blog yang dimiliki: http://www.sembanghari2.blogspot.com
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana akhirnya berjaya menyiapkan edisi PERCUMA ebook “7 Strategi Tambah Wang Saku”.
Panduan serta teknik yang terkandung dalam ebook ini diharapkan dapat dijadikan sebagai penunjuk jalan dan pemberi semangat untuk kita sama-sama berusaha meningkatkan kedudukan kewangan kita pada hari ini. Jadi saya harap anda dapat mempraktikkan segala strategi yang dibincangkan dalam ebook ini.
Strategi-strategi yang didedahkan dalam ebook ini mungkin bukan sebuah strategi yang sempurna. Ianya perlu difahami dan sentiasa memperbaiki strategi-strategi ini dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Jadi dengan perkongsian ini, mungkin anda dapat memperbaiki lagi idea-idea ini supaya boleh memperolehi hasil yang lebih memuaskan.
Saya amat berharap idea yang terkandung dalam ebook ini akan dapat membakar semangat anda menambahkan pendapatan bulanan anda. Insya Allah mudah-mudahan kita akan dimurahkan rezeki. Jika panduan saya ini dapat memberikan anda pendapatan yang lumayan pada suatu hari nanti saya harap anda sentiasa bersyukur kepada tuhan yang melimpahkan rezeki kepada anda. Semoga anda terus maju dalam bidang yang anda ceburi.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
MUHAMAD ANUAR BIN MARSIB http://www.sembanghari2.blogspot.com http://discount-hari2.blogspot.com
PENGENALAN
7 STrategi Tambah Wang Saku merupakan perkongsian yang perlu diketahui oleh semua orang bagi merealisasikan impian mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang. Ianya diberikan secara percuma kepada Follower dan pengunjung blog Sembang Hari2.
Dalam e-book ini anda akan didedahkan dengan strategi-strategi yang boleh anda laksanakan bermula dari teknik mengurus wang dengan betul dan seterusnya strategi untuk mengembangkan atau menggandakan wang anda samada secara perlahan atau secara agresif.
Setiap strategi yang dikongsikan dalam e-book ini adalah realistik. Namun setiap strategi yang dikongsikan ada risiko untung rugi. Ianya sebagai suatu lumrah dalam bidang pelaburan dan perniagaan.
Justeru itu setelah memahami isi kandungan e-book ini anda perlu bijak mentafsir peluang dan seterusnya memanfaatkan setiap peluang yang terbentang di hadapan anda untuk merealisasikan impian menikmati kehidupan yang selesa.
Semoga e-book ini memberi matlumat berguna kepada anda, dan dapat membantu membuka minda anda untuk berfikir dan bertindak sebagai seorang jutawan. Diharapkan dengan perkongsian 7 strategi ini dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.
Sekian, salam kejayaan dari admin Blog Sembang Hari2. Semoga anda dapat menjadi seorang yang dermawan pada suatu hari nanti.
BAB 1
STRATEGI PENGURUSAN WANG
Perkara terpenting untuk membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda adalah melalui strategi pengurusan wang yang betul. Tanpa pengurusan wang yang betul, kebarangkalian untuk anda menghadapi masalah kewangan tetap ada walaupun anda mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan. Ini suatu realiti. Ramai dikalangan kita pada hari ini mempunyai pendapatan tinggi, tetapi hidup dalam kesengsaraan akibat berhutang sana sini. Jadi sebelum anda melangkah lebih jauh dalam e-book ini, lebih baik sekiranya anda membuat semakan dan muhasabah diri terhadap pengurusan kewangan anda sekarang. Cuma anda tanya kepada diri anda mengenai soalan-soalan berikut:-
1. Adakah anda seorang yang boros berbelanja?
2. Adakah anda mengalami masalah kewangan setiap hujung bulan? 3. Adakah anda terpaksa membuat pinjaman bank untuk kegunaan
perbelanjaan harian?
4. Adakah anda terpaksa menggunakan kad kredit untuk membeli barang keperluan harian disebabkan kehabisan wang tunai di tangan dan dalam simpanan?
5. Adakah anda pernah gagal membayar ansuran pinjaman kereta, rumah, pinjaman, bil api, bil air, bil astro dan sebagainya?
Jika anda ada mengalami masalah-masalah di atas, anda telah melakukan satu tindakan yang tepat dengan membaca e-book ini. Ayuh! Mari kita mulakan pembacaan selanjutnya.
1.1 PENJIMATAN
Pengurusan wang yang betul tidak akan lari daripada menggunakan perkataan ini iaitu ”Penjimatan”. Penjimatan tidak bermakna anda langsung tidak boleh membelanjakan wang anda. Itu merupakan prinsip Haji Bakhil seperti yang anda pernah tonton dalam filem klasik Melayu lakonan Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Labu-Labi. Pastinya anda akan merasa hidup tertekan sekiranya anda melaksanakan teknik penjimatan seperti itu.
Penjimatan yang saya maksudkan di sini adalah anda perlu membelanjakan wang anda secara berkhemah. Dalam ajaran agama Islam setiap penganutnya di suruh supaya bersederhana dalam setiap aspek kehidupan. Begitu juga kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu ”Berjimat
Cermat Amalan Mulia”.
Untuk berbelanja secara berhemah anda perlu mengenal pasti antara keperluan dan kemahuan. Anda perlu berbelanja berdasarkan keperluan tetapi bukan kemahuan. Bagaimana untuk anda mengenal pasti apa yang dimaksudkan dengan keperluan dan apa pula yang dimaksudkan dengan kemahuan?
Keperluan merupakan perkara asas yang diperlukan oleh setiap orang pada sesuatu masa (zaman) cukup sekadar untuk memberi kemudahan yang sepatutnya tanpa perlu bermewah-mewah untuk kepuasan diri. Setiap zaman berbeza keperluannya. Contohnya suatu ketika dahulu pelajar Universiti tidak memerlukan komputer untuk menyediakan tugasan, kerana kebanyakan tugasan boleh disiapkan dengan tulisan tangan. Tetapi pada hari ini kebanyakan tugasan perlu disediakan secara bertaip, supaya pelajar dapat menyediakan tugasan melalu perlbagai sumber maklumat yang tidak terhad yang boleh didapati dalam talian internet.
Jadi dalam situasi ini komputer telah menjadi suatu keperluan. Justeru itu setiap pelajar Universiti memerlukan komputer untuk memenuhi keperluan pengajiannya di Universiti.
Saya ambil satu contoh lagi iaitu tentang pengangkutan. Suatu ketika dahulu memiliki sebuah kereta merupakan suatu perkara yang hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya dan berada. Pada ketika itu kereta merupakan kemahuan dan bukan keperluan. Disebabkan pengeluaran kereta pada ketika itu adalah terhad, harga kereta terlalu mahal untuk dimiliki. Ianya hanya mampu dimiliki oleh golongan berada.
Tetapi pada hari ini kereta merupakan satu keperluan. Setiap keluarga memerlukan sebuah kereta. Namun begitu keperluan memiliki kereta merujuk kepada kemampuan dan bilangan ahli keluarga. Sebuah keluarga kecil dengan pendapatan bersih seisi rumah RM 2,000 sebulan memadai dengan hanya memiliki sebuah kereta kancil. Bukan membeli sebuah kereta Toyota Vios untuk memenuhi kemahuan bagi menjaga ’standard’ di mata rakan-rakan, sanak saudara dan jiran tetangga.
Menurut pakar kewangan, agihan pendapatan sebanyak 15% sahaja daripada pendapatan kita boleh digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta. Pinjaman pembelian kereta yang ideal menurut pakar kewangan adalah 3 tahun sahaja, dan pada pendapat saya paling lama pun 5 tahun. Ini bagi mengelakkan anda menghadapi masalah pada masa akan datang. Perlu diingat harga kereta semakin susut setiap tahun. Faedah yang dikenakan ke atas pembelian kereta pula semakin tinggi, sekiranya tempoh pinjaman semakin lama. Jadi fikir-fikirkanlah kereta apa yang sesuai anda miliki dengan menggunakan 15% daripada pendapatan anda dan pinjaman dibuat dalam tempoh 3 tahun.
Contoh seterusnya untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan adalah telefon bimbit. Pada hari ini telefon bimbit merupakan satu keperluan. Setiap orang memerlukannya tidak kiralah anda seorang suri rumah, pelajar IPT, pekerja binaan, pekerja pembersihan, pemandu, dan sebagainya. Tetapi harus diingat keperluan memiliki telefon bimbit sekadar untuk perhubungan.
Anda tidak seharusnya membeli atau menukar telefon bimbit sedia ada dengan telefon bimbit model terkini dengan spesifikasi yang lebih canggih seperti dilengkapi dengan kamera 15MP, TV, Bluetooth, GPRS, Game 3 Dimensi, Radio, WIFi, dan sebagainya. Mungkin anda akan berasa puas hati dan bangga dengan berpeluang memiliki telefon bimbit dengan ciri-ciri yang saya sebutkan di atas. Tetapi adakah berbaloi dengan kedudukan kewangan anda sekarang? Dan Adakah semua spesifikasi tersebut menjadi keperluan anda atau sekadar hanya memenuhi kemahuan? Jadi fikir-fikirkanlah dengan minda yang terbuka.
Selain itu beberapa contoh perbezaan lagi antara keperluan dan kemahuan yang perlu anda fikirkan untuk menyelamatkan diri anda daripada menghadapi masalah kewangan di kemudian hari. Ianya disenaraikan seperti dalam jadual berikut:-
KEPERLUAN KEMAHUAN
TV Warna Biasa 21” TV Warna ”Flat Screen” 42” Pakaian yang dibeli di pasar raya atau
di tempah dari kedai jahit biasa
Pakaian fesyen terkini yang ditempah dari pereka fesyen terkenal
Motosikal berkuasa kecil di bawah 150 CC
Motosikal kuasa besar yang melebihi 250 CC
Makan di kedai makan biasa atau warung tepi jalan
Makan di restoran Mewah dan Berprestij yang dikunjungi oleh orang-orang ternama
Banyak lagi contoh yang boleh anda fikirkan untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan selain yang disenaraikan dalam jadual di atas. Jadi
pesanan saya sebelum membelanjakan wang anda untuk membeli sesuatu diharap anda dapat berbincang bersama pasangan anda, kenal pasti ianya samada keperluan atau kemahuan.
Secara rumusannya keperluan memadai untuk digunakan bagi melengkapkan dan memudahkan kehidupan anda seharian. Tanpa keperluan urusan kehidupan anda tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Kemahuan pula adalah suatu keperluan yang mewah atau bukan keperluan yang dibeli untuk memuaskan nafsu membeli dan keegoan dalam menjaga ’status’ diri. Jadi sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang petua penjimatan dan teknik pengurusan wang anda boleh layari laman web berikut:-
Petua Jimat Duit (Klik Di Sini)
1.2 AGIHAN
70%-30%
DARI SUMBER PENDAPATAN
Setelah anda tahu betapa pentingnya penjimatan dalam pengurusan wang, seterusnya anda perlu mengetahui cara untuk mengagihkan pendapatan anda. Menurut pakar kewangan anda hanya boleh membelanjakan 70% daripada pendapatan anda untuk perbelanjaan seharian. 70% ini termasuklah senarai perbelanjaan seperti berikut:-
a. Membayar bil elektrik, air, astro, telefon, prepaid, dll
b. Membayar ansuran pinjaman kereta, rumah, sewa rumah, dll
c. Membayar hutang kad kredit, pinjaman pendidikan dan pinjaman peribadi (sekiranya ada)
d. Untuk keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, alat mekap, minyak kereta dan sebagainya
e. Membayar lain-lain hutang yang ada seperti pinggan mangkuk, perabot dan sebagainya.
Manakala 30% lagi daripada agihan pendapatan anda akan digunakan untuk pelaburan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi anda. Sebagai contoh sekiranya anda memperolehi pendapatan RM2000 sebulan, anda hanya boleh membelanjakan sebanyak RM1400(70%) untuk kegunaan perbelanjaan harian pada bulan tersebut sahaja. Baki RM600(30%) anda gunakan untuk pelaburan bagi menjana kekayaan.
10% pertama (RM200) daripada agihan 30% tersebut anda gunakan untuk kebajikan. Samada untuk menolong orang tua, anak yatim dan menderma. Harus diingat dengan rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan tuhan akan melipat gandakan rezeki kita. Ianya bukan sebuah mitos. Banyak kisah-kisah benar yang pernah saya baca di internet dan buku-buku tentang rezeki yang melimpah ruah diterima oleh orang- orang yang suka menderma. Sebagai contoh seorang dermawan dan jutawan terkenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Beliau merupakan seorang yang cukup dermawan. Sifat dermawan beliau dapat digambarkan dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhari sebagai sebuah badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya islam.
Berkat dari sifat pemurah beliau, tuhan telah melimpah ruahkan rezeki beliau. Kini beliau telah memiliki beberapa perniagaan seperti import eksport pakaian berjenama, perniagaan perkapalan, penglibatan dalam projek penswastaan dan memiliki saham dalam pelbagai syarikat yang berkembang maju. Dianggarkan nilai kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar bernilai RM 1.67 billion yang menjadikan beliau usahawan bumiputra yang terkaya di Malaysia. Disebabkan itu, dalam agama islam mewajibkan umatnya untuk membayar zakat. Dengan membayar zakat akan dapat menyucikan harta dan tuhan akan memurahkan rezeki kita dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Seterusnya kita sambung kembali tentang agihan 10% kedua (RM200) daripada sumber pendapatan kita untuk perniagaan. Tidak kira apa jenis perniagaan yang diceburi anda perlukan modal untuk permulaan. Wang tersebut pada peringkat permulaan akan digunakan untuk pergi berkursus, membeli buku/bahan bacaan, mendaftar perniagaan, membeli alat kelengkapan perniagaan dan sebagainya. Kebanyakan orang-orang yang berjaya pada hari ini mengutamakan pelaburan ke atas peningkatan maklumat terhadap pelaburan dan peluang perniagaan. Perniagaan yang bersifat menyampaikan maklumat merupakan perniagaan paling menguntungkan. Disebabkan itu, jika kita lihat ramai penulis-penulis buku menjadi jutawan hasil daripada royalti jualan buku yang mereka terima. Mereka menulis buku sekali atau dua kali dan goyang kaki menerima wang.
Untuk menjadi seorang penulis buku anda perlu sentiasa memenuhkan ilmu di dada dengan mempelajari sesuatu yang baru setiap hari supaya anda dapat membuka minda untuk menulis sesuatu yang menguntungkan kepada diri anda dan juga kepada pembaca-pembaca hasil tulisan anda. Ingat! Kita boleh mencapai matlamat yang kita impikan dengan memperolehi ilmu untuk mencapai matlamat tersebut.
Seterusnya, 10% yang ketiga (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya akan meledakkan akaun anda dalam senyap. Jika anda berjaya menyimpan RM200 secara berterusan pada setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah
- RM 151,206 (simpanan berterusan selama 20 tahun) - RM 434,264 (simpanan berterusan selama 30 tahun) - RM 1,168,444 (simpanan berterusan selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menikmati kehidupan dalam keadaan selesa pada masa akan datang. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda perlu gunakan teknik ini untuk masa depan anda. Tetapi malangnya tidak ramai yang menggunakan teknik ini untuk menjadi kaya. Sebab itu tidak ramai yang menjadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun telah berpencen. Ini kerana tiada lebihan wang setiap bulan untuk disimpan.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan sebagai salah satu strategi untuk menjadi jutawan, saya sarankan kepada anda untuk mengikuti formula 70/30 bermula pada hari ini juga. Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi anda boleh layari laman web berikut:
Pengurusan Kewangan Peribadi (Klik DI Sini)
E-book tips kewangan peribadi mendedahkan kepada anda bagaimana menguruskan wang melalui tips yang mudah, padat dan menjimatkan. Saya syorkan anda melawat laman web berikut supaya anda dapat mengenal pasti kelemahan dalam pengurusan kewangan dan seterusnya memperbaiki teknik pengurusan kewangan anda dengan betul sebelum kedudukan kewangan anda menjadi Parah.
Seterusnya saya juga menyarankan anda supaya melayari laman web rahsia pengurusan wang gaji di laman web berikut:
Pengurusan Wang Gaji (Klik Di Sini)
Dalam e-book ini anda akan didedahkan bagaimana untuk merancang simpanan, menyediakan perlindungan, melabur, dan mengurus perbelanjaan anda dengan bijaksana.
BAB 2
STRATEGI SELESAIKAN HUTANG
Setiap orang tidak akan lari daripada istilah hutang dalam kehidupan seharian mereka. Kita terpaksa berhutang untuk ’berpeluang’ menjalani kehidupan yang agak selesa. Tanpa berhutang kita mungkin tidak mampu untuk memiliki rumah, kereta, menyambung pelajaran, menyediakan modal perniagaan, membeli alat kelengkapan rumah, membuat pelaburan, membeli hartanah dan sebagainya. Malahan ada diantara kita yang hendak mendirikan rumah tangga juga terpaksa berhutang. Paling menyedihkan hutang tersebut hanya dapat di selesaikan dalam tempoh yang lama. Adakalanya pasangan telah mempunyai anak berusia 12 tahun baru berjaya menyelesaikan hutang tersebut.
Sebahagian besar masyarakat kita hari ini menerima gaji bulanan cukup hanya sekadar untuk membayar hutang. Sebaik sahaja wang gaji masuk ke dalam akaun bank, ianya habis dikeluarkan untuk membayar hutang. Baki untuk digunakan sebagai perbelanjaan bulanan dan simpanan hanya tinggal beberapa ratus ringgit sahaja. Sekiranya anda juga tergolong dalam golongan ini, saya nasihatkan supaya cuba membuat sesuatu untuk memperolehi pendapatan sampingan. Tanpa pendapatan sampingan boleh menyebabkan kedudukan kewangan anda bertambah parah. Lebih teruk lagi, sekiranya anda tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan anda dengan baki wang yang ada dan meminta bantuan dari ’Ceti moden’ atau dikenali sebagai kad kredit.
Menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan bulanan yang tidak mencukupi bukan satu langkah yang bijak. Ianya dapat di umpamakan seperti lagu dendangan Salleh Yaakob yang pernah dipopularkan suatu ketika dahulu "Gali lobang tutup lobang, Ada wang bayar hutang.."
Sekiranya pada bulan ini anda terpaksa menggunakan kad kredit sebanyak RM400 untuk menampung perbelanjaan bulanan anda, adakah anda dapat membayar tunai RM400 tersebut pada bulan hadapan? Atau anda hanya mampu membayar 5%-25% (RM20-RM100) dan terpaksa menggunakan beberapa ratus lagi untuk menampung kekurangan perbelanjaan pada bulan hadapan dan berterusan ke bulan-bulan berikutnya.
Awas! Sekiranya anda menganggap kad kredit sebagai teman atau penyelamat anda sebenarnya anda telah membuat kesilapan yang cukup besar. Anda pasti akan terus dibelenggu masalah kewangan dan ianya akan menjadi semakin parah apabila anda telah menggunakan kesemua nilai maksimum had pembiayaan kad kredit. Katakan limit kad kredit anda adalah RM 4000 dan anda telah pun menggunakan kesemua nilai tersebut. Berapa bayaran minimum yang perlu anda bayar?
Tentulah RM200 sebulan iatu 5% daripada nilai tersebut. Untuk pengetahuan anda, kad kredit mengenakan faedah 1.5% sebulan daripada baki hutang yang tinggal dalam kad kredit anda. Harus diingat anda akan dikenakan faedah 1.5% daripada 95% hutang anda yang tertinggal dalam kad kredit. Cuba kita lihat jadual di bawah untuk melihat apa yang berlaku kepada hutang 95% yang tertinggal dalam kad kredit setiap bulan.
Bulan Hutang semasa (RM) 1.5% Faedah (RM) 5% Bayaran minimimum (RM) Baki hutang (RM) 1 4,000.00 60.00 200.00 3,860.00 2 3,860.00 57.90 193.00 3,724.90 3 3,724.90 55.87 186.24 3,594.53 4 3,594.53 53.92 179.73 3,468.72 5 3,468.72 52.03 173.44 3,347.31 6 3,347.31 50.21 167.37 3,230.16 7 3,230.16 48.45 161.51 3,117.10 8 3,117.10 46.76 155.86 3,008.00 9 3,008.00 45.12 150.40 2,902.72
10 2,902.72 43.54 145.14 2,801.13 11 2,801.13 42.02 140.06 2,703.09 12 2,703.09 40.55 135.15 2,608.48 13 2,608.48 39.13 130.42 2,517.18 14 2,517.18 37.76 125.86 2,429.08 15 2,429.08 36.44 121.45 2,344.07 16 2,344.07 35.16 117.20 2,262.02 17 2,262.02 33.93 113.10 2,182.85 18 2,182.85 32.74 109.14 2,106.45 19 2,106.45 31.60 105.32 2,032.73 20 2,032.73 30.49 101.64 1,961.58 21 1,961.58 29.42 98.08 1,892.93 22 1,892.93 28.39 94.65 1,826.67 23 1,826.67 27.40 91.33 1,762.74 24 1,762.74 26.44 88.14 1,701.04 25 1,701.04 25.52 85.05 1,641.51 26 1,641.51 24.62 82.08 1,584.05 27 1,584.05 23.76 79.20 1,528.61 28 1,528.61 22.93 76.43 1,475.11 29 1,475.11 22.13 73.76 1,423.48 30 1,423.48 21.35 71.17 1,373.66 31 1,373.66 20.60 68.68 1,325.58 32 1,325.58 19.88 66.28 1,279.19 33 1,279.19 19.19 63.96 1,234.42 34 1,234.42 18.52 61.72 1,191.21 35 1,191.21 17.87 59.56 1,149.52 36 1,149.52 17.24 57.48 1,109.29
Cuba anda lihat Jadual di atas, sehingga 3 tahun (36 bulan) anda masih tidak dapat menyelesaikan hutang kad kredit anda sekiranya anda mengekalkan bayaran minimum seperti yang dikehendaki oleh pihak bank. Itu belum termasuk lagi caj kelewatan yang perlu anda bayar. Biasanya caj kelewatan ini bergantung kepada jenis bank. Adakalanya caj kelewatan ini sehingga 5% daripada baki hutang anda. Cuba anda bayangkan berapa lama masa yang anda perlukan untuk menyelesaikan bayaran kad kredit anda.
Nilai di atas saya andaikan anda sudah tidak lagi menggunakan kad kredit sebaliknya hanya menyelesaikan hutang yang sedia ada. Tetapi berdasarkan kepada kedudukan kewangan golongan yang kita bincangkan saya yakin,
golongan ini akan ‘terdesak’ lagi untuk menggunakan kad kredit. Jadi pengajarannya di sini kad kredit adalah suatu kemudahan dan ianya bukan sebagai sahabat atau penyelamat untuk anda gunakan bagi menampung perbelanjaan bulanan anda.
Mengikut statistik, sejumlah RM20.4 bilion hutang kad kredit tertunggak sehingga Februari 2007. Manakala, 25% daripada jumlah orang yang diisytiharkan muflis adalah terdiri daripada pengguna kad kredit. Jadi awasi penggunaan kad kredit anda mulai dari saat ini.
2.1 Bebaskan Diri Anda Daripada Belenggu Hutang
Seperti yang dibincangkan dalam awal bab ini kita tidak akan lari dari berhutang. Pada hari ini hutang merupakan satu keperluan. Tetapi harus diingat anda perlu cuba sesuaikan komitmen membayar hutang-hutang anda dengan tahap kemampuan anda. Menurut seorang pakar ekonomi yang saya kenal
“Menyelesaikan hutang adalah cara terbaik untuk melaburkan wang anda sekiranya anda takut menghadapi risiko pelaburan”
Untuk maklumat anda setiap pelaburan ada risiko untung rugi. Kita hanya boleh membuat andaian terhadap beberapa faktor sebelum membuat pelaburan, tetapi kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku dalam masa 2-10 tahun akan datang. Jadi, sekiranya pada ketika itu anda mempunya lebihan wang, dalam masa yang sama anda mempunyai banyak hutang. Saya syorkan anda selesaikan hutang anda terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan.
2.2 TIPS
PERANCANGAN
KEWANGAN
Bagi memastikan anda tidak di belenggu masalah kewangan pada tahun ini, kaji kedudukan kewangan anda pada tahun lepas. Adakah kedudukan kewangan anda stabil? Adakah anda mempunyai wang simpanan setiap bulan? Berapakah budget yang dikeluarkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan? Berapa pula wang yang digunakan setiap bulan untuk memenuhi kemahuan? dan pelbagai soalan lagi perlu ditimbulkan untuk anda menyemak balik
penggunaan wang anda di sepanjang tahun 2010 supaya dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk merancang dan memperbaiki keadaan ekonomi anda pada tahun ini.
Cara yang paling mudah untuk memperbaiki keadaan kewangan anda adalah dengan mengamalkan konsep gaya hidup yang sederhana. Anda boleh menilai orang yang menjalankan kehidupan yang sederhana biasanya
mempunyai sifat berjimat cermat yang berhemah.
Terdapat beberapa cadangan yang dapat membantu anda berjimat cermat di dalam perbelanjaan anda:
• Kurangkan perbelanjaan harian anda dengan membeli sesuatu yang anda benar-benar perlukan sahaja
• Batalkan/tangguhkan pembelian/pembuatan sesuatu yang menelan
perbelanjaan yang besar daripada bajet anda. Contohnya anda ada budjet RM1000 untuk membeli peti ais. Tapi peti ais yang anda minati berharga RM2000. Jadi tindakan bijak yang harus anda lakukan adalah membeli peti ais dengan budjet yang anda ada. Cuba elakkan daripada berhutang. Sekiranya anda tetap mahukan peti ais yang berharga RM2000, anda perlu menangguhkan dahulu pembelian anda sehingga anda berjaya mengumpul badjet sebanyak RM2000 untuk membeli peti ais tersebut.
• Minimakan penggunaan – jimatkan penggunaan elektrik, air dan telefon dengan menjadi pengguna berhemah.
• Kurangkan sampah atau kitar semula – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang. • Baiki barang yang rosak yang masih boleh digunakan – Contohnya jahit
pakaian yang koyak, gam bahagian kasut yang tertanggal.
• Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
• Cari hiburan yang percuma atau murah. Contohnya bersukan bersama rakan-rakan, berekreasi ditempat yang percuma atau tubuhkan kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
• Berkongsi dalam pembelian yang besar. Membeli barang secara borong dengan kuantiti yang bayak akan dapat mengurangkan kos pembelian. • Bertukar barangan atau perkhidmatan. Jika anda pandai menggunting
rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda akan mendapat apa yang anda perlukan dan begitu juga sebaliknya. Melalui kaedah ini akan dapat menjimatkan wang.
2.3 Penggunaan
Wang
Bonus Yang Di terima
Sekiranya anda menerima wang bonus contohnya RM4,000 apa yang perlu anda lakukan ke atas wang anda sekiranya dalam masa yang sama anda mempunyai beberapa hutang termasuk hutang kad kredit sebanyak RM4,000? Adakah anda melaburkan wang anda dalam ASB untuk menerima dividen? Atau menggunakan kesemua wang tersebut untuk membayar hutang?
Pada pendapat saya sekiranya anda menerima bonus hujung tahun sebanyak RM4,000 saya sarankan anda pecahkan wang tersebut kepada 4 bahagian. Seribu ringgit pertama anda bayar hutang kad kredit anda supaya dapat mengurangkan anda membayar faedah yang tinggi. RM1000 yang kedua
saya sarankan anda top-up mana-mana 2 hutang yang terendah dalam senarai hutang anda. Sekiranya mencukupi selesaikan 2 hutang terendah tersebut. Dengan menyelesaikan 2 hutang tersebut, selepas ini anda akan mempunyai lebihan wang kerana 2 daripada hutang anda telah selesai. Jadi wang yang anda gunakan sebelum ini untuk membayar hutang-hutang tersebut boleh anda gunakan untuk top-up hutang-hutang yang lain pada bulan-bulan yang akan datang terutamanya hutang kad kredit.
RM1000 yang ketiga anda gunakan untuk simpanan separuhnya dan separuh lagi untuk membawa ahli keluarga anda pergi bercuti. Pergilah bercuti di tempat percutian yang menggunakan kos yang minimum tetapi memadai untuk menggembirakan ahli keluarga anda.
RM1000 yang terakhir anda gunakan untuk perbelanjaan di tahun baru. Anda memerlukan wang tambahan daripada rutin perbelanjaan bulanan anda menjelang tahun baru terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Anda perlu membeli peralatan keperluan sekolah seperti pakaian, alat tulis, buku, yuran pelajaran dan sebagainya. Harus diingat melabur ke atas perbelanjaan persekolahan anak-anak anda merupakan perlaburan yang cukup berharga bukan sahaja di dunia malahan juga di akhirat.
Secara rumusannya anda perlu bijak mengawal wang anda. Anda perlu tahu dengan tepat bila masa yang sesuai untuk menyimpan, berbelanja, membayar hutang dan membuat pelaburan. Menurut pakar ekonomi, menguruskan wang anda seumpama anda mengurus sebuah perniagaan. Anda perlu memastikan perniagaan anda untung dengan memperolehi aliran nilai bersih positif pada setiap hujung bulan.
Nota: Nilai bersih merupakan aset tolak libialiti. Aset merupakan nilai harta anda yang memberi keuntungan/sumber kewangan anda seperti wang gaji anda, akaun simpanan, pelaburan dalam ASB, unit amanah dan nilai
semasa hartanah anda. Libialiti merupakan sesuatu yang anda tanggung seperti baki pinjaman rumah, kereta, hutang kad kredit, baki pinjaman pelajaran dan sebagainya
Untuk makluman lebih lanjut tentang cara menangani masalah hutang anda, anda boleh melayarai laman web berikut:
Panduan Bebas Hutang (Klik Di Sini)
Semoga dengan panduan yang di sampaikan dalam e-book tersebut akan memberi manfaat kepada anda dalam meyelesaikan kemelut kewangan yang melanda kehidupan anda.
BAB 3
STRATEGI MENGGANDAKAN WANG MELALUI SIMPANAN
Setiap orang berpeluang untuk menikmati kehidupan yang selesa pada masa akan datang. Dan semua orang sepatutnya perlu mempunyai RM 1 juta sebelum berpencen atau berhenti berkerja supaya anda boleh hidup dalam keadaan selesa setelah penat bekerja dalam tempoh 20 sehingga 40 tahun. Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara
berpendapatan tinggi bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai. Kunci utama untuk mencapai matlamat tersebut adalah melalui simpanan, perniagaan dan pelaburan
Sekiranya anda mengetahui konsep simpanan untuk menggandakan wang anda, saya berani jamin, setelah berpencen anda tidak perlu berfikir tentang kerja.. Anda tidak perlu berfikir bagaimana cara untuk mencari wang untuk menyara keluarga, anak-anak dan cucu-cicit setelah bersara.. Sebaliknya, jika anda perlu berfikir tentang urusan kerja sekalipun anda hanya perlu
bertanyakan kepada pekerja bawahan anda (Jadi bos lah tu)...
Masa yang ada semasa berpencen sepatutnya anda gunakan untuk bersama keluarga, melayan cucu-cicit dan bagi yang beragama islam, anda dapat memanfaatkan masa tersebut untuk perbanyakkan amal ibadah sebelum tiba masanya kita meninggalkan dunia yang fana ini..
Tetapi untuk menjadi jutawan semasa berpencen bukanlah sesuatu yang mudah.. Anda perlu mendisiplinkan diri dalam mengurus kewangan. Anda perlu mempunyai simpanan berkala sekurang-kurangnya RM 500 secara berterusan pada setiap bulan dalam akaun/saham/bank yang dapat memberi
Menyimpan 10 tahun lebih awal Menyimpan 10 tahun kemudian
Tahun Jumlah simpanan
Simpanan Berkala 10% daripda simpanan Jumlah keseluruhan Jumlah simpanan Simpanan Berkala 10% daripada simpanan Jumlah keseluruhan 1 0.00 6000.00 600.00 6600.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00 0.00 0.00 0.00 0.00 4 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60 0.00 0.00 0.00 0.00 5 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66 0.00 0.00 0.00 0.00 6 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03 0.00 0.00 0.00 0.00 7 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33 0.00 0.00 0.00 0.00 8 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86 0.00 0.00 0.00 0.00 9 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55 0.00 0.00 0.00 0.00 10 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00 0.00 0.00 0.00 0.00 11 105187.00 6000.00 11118.70 122305.70 0.00 6000.00 600.00 6600.00 12 122305.70 6000.00 12830.57 141136.27 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00 13 141136.27 6000.00 14713.63 161849.90 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00 14 161849.90 6000.00 16784.99 184634.89 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60 15 184634.89 6000.00 19063.49 209698.38 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66 16 209698.38 6000.00 21569.84 237268.22 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03 17 237268.22 6000.00 24326.82 267595.04 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33 18 267595.04 6000.00 27359.50 300954.54 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86 19 300954.54 6000.00 30695.45 337650.00 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55 20 337650.00 6000.00 34365.00 378015.00 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00 21 378015.00 6000.00 38401.50 422416.50 105187.00 6000.00 11118.70 122305.70 22 422416.50 6000.00 42841.65 471258.15 122305.70 6000.00 12830.57 141136.27 23 471258.15 6000.00 47725.81 524983.96 141136.27 6000.00 14713.63 161849.90 24 524983.96 6000.00 53098.40 584082.36 161849.90 6000.00 16784.99 184634.89 25 584082.36 6000.00 59008.24 649090.59 184634.89 6000.00 19063.49 209698.38 26 649090.59 6000.00 65509.06 720599.65 209698.38 6000.00 21569.84 237268.22 27 720599.65 6000.00 72659.97 799259.62 237268.22 6000.00 24326.82 267595.04 28 799259.62 6000.00 80525.96 885785.58 267595.04 6000.00 27359.50 300954.54 29 885785.58 6000.00 89178.56 980964.14 300954.54 6000.00 30695.45 337650.00 30 980964.14 6000.00 98696.41 1085660.55 337650.00 6000.00 34365.00 378015.00
Sekiranya pada bulan hadapan anda mula menyimpan RM500 sebulan secara konsisten setiap bulan dengan pulangan pendapatan 10% setahun. Anda berpeluang untuk menjadi jutawan dalam masa 30 tahun dari sekarang.
Cuba anda perhatikan pada bahagian kanan di mana anda lewat 10 tahun untuk memulakan simpanan. Nilai wang simpanan anda pada ketika itu adalah RM 378,015 pada masa 30 tahun akan datang. Kelewatan anda menyimpan dalam tempoh 10 tahuan menyebabkan anda kerugian lebih dari RM 600,000.
Iaitu 2 kali ganda daripada nilai simpanan anda pada ketika itu (Perbandingan
antara RM 1,085,660 dengan RM 378,015). Ini yang dikatakan menggandakan
pelaburan dengan kuasa masa.
Contoh yang kedua cuba lihat jadual di bawah. Dalam jadual berikut saya membuat perbandingan antara 2 orang iaitu si A dan si B. A mula menyimpan RM 500 setiap bulan secara berkala selama 10 tahun dan setelah 10 tahun beliau berhenti daripada membuat simpanan tanpa mengeluarkan satu sen pun wang simpanan beliau. Manakala B mula menyimpan 10 tahun lewat dari A dengan nilai yang sama setiap bulan secara berterusan tanpa berhenti membuat simpanan. Mari kita lihat antara A dan B yang mana telebih dahulu berpeluang untuk menjadi jutawan?
Menyimpan 10 tahun lebih awal Menyimpan 10 tahun kemudian
Tahun Jumlah simpanan Simpanan Berkala 10% daripada
simpanan Jumlah keseluruhan Jumlah simpanan Simpanan Berkala 10% daripada simpanan Jumlah keseluruhan 1 0.00 6000.00 600.00 6600.00 0.00 0.00 0.00 0.00 2 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00 0.00 0.00 0.00 0.00 3 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00 0.00 0.00 0.00 0.00 4 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60 0.00 0.00 0.00 0.00 5 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66 0.00 0.00 0.00 0.00 6 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03 0.00 0.00 0.00 0.00 7 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33 0.00 0.00 0.00 0.00 8 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86 0.00 0.00 0.00 0.00 9 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55 0.00 0.00 0.00 0.00 10 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00 0.00 0.00 0.00 0.00 11 105187.00 0.00 10518.70 115705.70 0.00 6000.00 600.00 6600.00 12 115705.70 0.00 11570.57 127276.27 6600.00 6000.00 1260.00 13860.00 13 127276.27 0.00 12727.63 140003.90 13860.00 6000.00 1986.00 21846.00 14 140003.90 0.00 14000.39 154004.29 21846.00 6000.00 2784.60 30630.60 15 154004.29 0.00 15400.43 169404.72 30630.60 6000.00 3663.06 40293.66 16 169404.72 0.00 16940.47 186345.19 40293.66 6000.00 4629.37 50923.03 17 186345.19 0.00 18634.52 204979.71 50923.03 6000.00 5692.30 62615.33 18 204979.71 0.00 20497.97 225477.68 62615.33 6000.00 6861.53 75476.86 19 225477.68 0.00 22547.77 248025.45 75476.86 6000.00 8147.69 89624.55 20 248025.45 0.00 24802.54 272827.99 89624.55 6000.00 9562.45 105187.00 21 272827.99 0.00 27282.80 300110.79 105187.00 6000.00 11118.70 122305.70 22 300110.79 0.00 30011.08 330121.87 122305.70 6000.00 12830.57 141136.27 23 330121.87 0.00 33012.19 363134.06 141136.27 6000.00 14713.63 161849.90 24 363134.06 0.00 36313.41 399447.47 161849.90 6000.00 16784.99 184634.89 25 399447.47 0.00 39944.75 439392.21 184634.89 6000.00 19063.49 209698.38
26 439392.21 0.00 43939.22 483331.43 209698.38 6000.00 21569.84 237268.22 27 483331.43 0.00 48333.14 531664.58 237268.22 6000.00 24326.82 267595.04 28 531664.58 0.00 53166.46 584831.04 267595.04 6000.00 27359.50 300954.54 29 584831.04 0.00 58483.10 643314.14 300954.54 6000.00 30695.45 337650.00 30 643314.14 0.00 64331.41 707645.55 337650.00 6000.00 34365.00 378015.00 31 707645.55 0.00 70764.56 778410.11 378015.00 6000.00 38401.50 422416.50 32 778410.11 0.00 77841.01 856251.12 422416.50 6000.00 42841.65 471258.15 33 856251.12 0.00 85625.11 941876.23 471258.15 6000.00 47725.81 524983.96 34 941876.23 0.00 94187.62 1036063.85 524983.96 6000.00 53098.40 584082.36
Jawapannya adalah A. Walaupun A telah menghentikan daripada terus membuat simpanan setelah membuat simpanan 10 tahun lebih awal, tetapi wang simpanan A terus berganda mengikut peredaran masa. Hasilnya akaun simpanan A mempunyai nilai RM 1,036,063 dalam tempoh 34 tahun. Bagaimana pula dengan nilai simpanan B yang masih menyimpan dan terus menyimpan?
Wang dalam akaun simpanan B bernilai RM 584,082 iaitu separuh daripada nilai wang dalam akaun simpanan A. Anda sudah lihat bukti kuasa masa ke atas wang simpanan anda. Nilai simpanan anda akan menjadi lebih banyak sekiranya anda menyimpan lebih awal, daripada orang yang menyimpan lewat tetapi menyimpan lebih banyak.
Tetapi sekiranya anda memiliki RM 100,000 pada hari ini anda mampu menjadi jutawan dalam tempoh 25 tahun dari sekarang dengan syarat anda melabur ke dalam akaun simpanan yang dapat memberi pulangan 10% setahun tanpa mengeluarkan walau satu sen pun daripada akaun tersebut.
Selain itu anda juga mampu menjadi jutawan dalam tempoh 40 tahun sekiranya menyimpan secara konsisten RM 200 sebulan dengan keuntungan 10% setahun. Tetapi apakah kenikmatan yang dapat anda rasakan dengan mempunyai wang simpanan satu juta ringgit semasa anda berusia 65 hingga 70 tahun? Pada ketika itu anda tidak lagi dapat bergerak seaktif sekarang. Malah mungkin pancaindera anda juga semakin lemah. Anda tidak lagi dapat merasa kenikmatan simpanan anda walaupun ianya bernilai satu juta ringgit.
Secara rumusannya anda perlu mula menyimpan dari sekarang. Kelewatan anda memulakan simpanan akan merugikan anda dikemudian hari. Jadi anda perlu bertindak dari sekarang untuk menjadi "Datuk" Jutawan pada 30 tahun akan datang. Anda tidak perlu menjadi ahli perniagaan yang mendapat pangkat Datuk dari mana-mana Sultan atau yang DiPertuan Agong untuk menjadi jutawan.. Cukuplah anda menjadi Datuk kurniaan daripada yang maha esa setelah mendapat cucu.. Tapi perkara yang paling penting anda mampu menjadi jutawan pada masa tersebut dengan membuat simpanan sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Anda masih belum terlambat untuk bertindak dari sekarang. Sekiranya anda berumur 25 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam umur 55 tahun. Sekiranya anda berumur 30 tahun, anda akan menjadi jutawan dalam umur 60 tahun.
Jadi cuba ikhtiarkan cara yang terbaik untuk memulakan simpanan anda RM500 pada bulan hadapan. Cara yang paling hampir dengan anda adalah dengan menjual ebook yang mempunyai lesen RR, MRR, atau PLR. Anda hanya mengeluarkan modal sekali dan boleh memperolehi keuntungan berkali-kali. Dalam masa yang sama anda juga dapat berkongsi segala ilmu dalam e-book ini untuk mendidik orang ramai tentang betapa pentingnya ilmu pengurusan wang untuk merealisasikan impian untuk menjadi jutawan.
Selain dari melabur ke dalam ASB dengan cara menyimpan wang, adakah cara lain lagi yang dapat digunakan untuk memperolehi
keuntungan melebihi 10% sebulan?
Selain daripada menyimpan di dalam ASB anda juga boleh melaburkan wang anda ke dalam pasaran saham, ‘Unit Trust” dan pelaburan Hartanah. Melabur dalam “Unit Trust” boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan ASB. Namun begitu ianya juga mempunyai risiko untuk menanggung kerugian. Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu pelaburan dalam “Unit Trust” anda boleh layari laman web di bawah. Terdapat beberapa buku yang dapat membantu anda untuk mempelajari strategi yang
digunakan oleh Jurulatih Jutawan terkenal Azizi Ali untuk memperolehi keuntungan dalam pelaburan saham dan “Unit Trust”
Dapatkan Buku-Buku Tentang Pelaburan Di SIni
Selain buku terdapat juga ebook yang dapat menjadi panduan kepada anda untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman-laman web berikut:
Pelaburan Dalam Unit Amanah (Klik Di Sini) Panduan Pelaburan Saham (Klik Di Sini)
Selain daripada pelaburan yang dibincangkan di atas, anda juga boleh menjana pendapatan melalui pelaburan dalam emas. Sebenarnya pelaburan emas merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan. Nilai emas adalah lebih bernilai berbanding dengan nilai matawang dollar. Matawang dollar boleh naik dan turun pada bila-bila masa. Wang boleh dicetak dengan banyak
sehingga menyebabkan matawang tidak lagi bernilai. Cuba anda bayangkan apa yang berlaku terhadap perkembangan ekonomi Negara kita sekiranya mata wang Dollar US terus jatuh disebabkan masalah politik, ekonomi global dan inflasi. Sudah tentu keadaan ekonomi kita juga turut jatuh disebabkan ekonomi Negara banyak bergantung kepada mata wang Dollar. Dan sekiranya ini berlaku nilai mata wang kita akan menjadi semakin rendah. RM1,000 pada hari ini mungkin bernilai RM800 pada tahun berikutnya.
Tetapi ianya berlainan dengan melaburkan wang anda dengan emas. Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Gambarajah berikut merupakan graf harga pasaran emas dalam tempoh 5 tahun dari tahun 2006 sihingga awal 2010.
Sumber : http://pengurusanwang.com/go/emas/hargaemas.jpg
Melalui graf tersebut kita dapat lihat kenaikan harga emas daripada USD400 kepada melebihi USD1200 dalam tempoh 5 tahun. Ianya merupakan kenaikan sebanyak 258% atau secara puratanya 51.6% setahun. Adakah anda menjumpai satu jenis pelaburan lain yang boleh memberi keuntungan lebih tinggi daripada pelaburan emas?
Jadi apa salahnya jika anda mencuba untuk melabur dalam emas. Sekiranya anda berminat untuk mendalami ilmu perniagaan emas adalah bolehlah mengunjungi laman web berikut:
BAB 4
STRATEGI JUTAWAN DALAM PERNIAGAAN
Dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap arahan Cef Li, beliau menyarankan supaya semua orang menjalankan perniagaan untuk menjadi kaya. 9/10 daripada pintu rezeki adalah berpunca dari bidang perniagaan. Saya tertarik dengan salah satu kisah yang dipaparkan dalam buku tersebut tentang seorang pendatang dari Indonesia yang menjadi jutawan apabila datang ke Malaysia.
Semasa hendak datang ke Malaysia, pendatang Indonesia tersebut terpaksa menggadaikan tanah milik ibunya bagi menampung kos perjalanan dan sara hidup sebelum mendapat pekerjaan. Jadi apabila datang ke Malaysia pendatang Indonesia tersebut telah berazam untuk menebus kembali tanah tersebut malah akan kembali menemui ibunya sebagai seorang jutawan.
Kisah pendatang Indonesia ini bermula sewaktu menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Beliau memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang disekitar kota raya tersebut. Beliau mendapati setiap orang mempunyai wang dalam poket mereka. Tidak seperti di tempat beliau yang sebahagian besar penduduknya hidup dalam kemiskinan. Jadi beliau mula mencari idea bagaimana untuk mendapatkan wang walau satu ringgit daripada setiap orang yang lalu lalang di sekitar kota raya tersebut. Akhirnya beliau telah mendapat satu idea perniagaan. Perniagaan beliau telah berkembang dan terus berkembang dan menjadikan beliau salah seorang jutawan senyap yang diceritakan oleh Chef LI. Perniagaan apa yang diceburinya? Sekiranya anda mahukan kisah selanjutnya, sila dapatkan buku tulisan Chef Li yang berjudul “Menjejaki Jutawan Senyap” di kedai-kedai buku berhampiran anda .
Apakah perkaitan kisah dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap arahan Chef Li dengan Idea keempat iaitu Idea Jutawan Dalam Perniagaan? Berdasarkan konsep minda jutawan, setiap orang boleh menjadi jutawan jika menceburi bidang perniagaan. Setiap orang boleh menjadi jutawan dengan menjual sebarang produk melalui konsep berikut;
1. Menjual produk yang berharga 10 sen kepada 10 juta orang pelanggan 2. Menjual produk berharga RM1 kepada 1 juta orang pelanggan
3. Menjual produk berharga RM10 kepada 100 ribu orang pelanggan 4. Menjual produk berharga RM100 kepada 10 ribu orang pelanggan 5. Menjual produk berharga RM1,000 kepada 1000 orang pelanggan 6. Menjual produk berharga RM10,000 kepada 100 orang pelanggan 7. Menjual produk berharga RM100,000 kepada 10 orang pelanggan 8. Menjual produk berharga RM1,000,000 kepada satu orang pelanggan.
Justeru itu, setiap orang boleh menggunakan salah satu konsep tersebut untuk menjadi jutawan. Cuma perkara yang perlu dipertimbangkan samada untuk menjual produk yang mahal atau yang murah.
Sekiranya anda dapat menjual produk yang mahal sehingga berharga sejuta ringgit anda akan dapat menjadi jutawan dengan hanya menjualkan produk anda kepada seorang pembeli. Sekiranya anda menjual produk yang murah, anda perlu menjualkannya kepada ramai pelanggan.
Jadi bermula dari konsep tersebut telah memberikan saya cetusan idea untuk menjana pendapatan melalui internet. Untuk menjana pendapatan melalui sumber ini adalah mudah jika tahu caranya. Dan sukar jika tidak mengikuti teknik-teknik yang telah dipraktikkan oleh pakar-pakar dalam bidang perniagaan ini. Seperti kata orang tua-tua untuk kita belajar bersilat perlu berguru. Tanpa guru boleh menjadikan langkah persilatan kita sumbang dan mudah untuk
ditewaskan oleh pihak lawan. Begitu juga halnya dengan jenis perniagaan ini. Anda perlu memperbanyakkan ilmu dengan membaca rahsia-rahsia atau cara-cara yang dikongsikan oleh pakar-pakar dalam perniagaan ini.
Untuk menjalankan perniagaan melalui bidang ini juga mempunyai risiko untuk gagal. Bagi saya ini merupakan suatu lumrah dalam bidang perniagaan. Tetapi risiko untuk mengalami kerugian terlalu rendah berbanding menceburi jenis-jenis perniagaan yang lain. Ini disebabkan modal untuk memulakan perniagaan ini terlalu rendah. Anda tidak perlu membeli dan menyimpan stok. Disamping itu anda juga tidak perlu menyewa lot gerai/kedai, membeli perabot dan kelengkapan perniagaan, dan sebagainya yang menelan belanja antara RM10,000 hingga RM50,000.
Sekiranya anda mengalami kegagalan pada peringkat permulaan dalam perniagaan ini, saya harap anda jangan lekas berputus asa. Sebaliknya anda perlu membuat bedah siasat terhadap kegagalan tersebut. Lagipun kos untuk anda menanggung risiko kegagalan dalam perniagaan ini adalah rendah berbanding perniagaan lain yang memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan.
Saya sentiasa memotivasikan diri saya dengan berpegang kepada prinsip kejayaan yang telah dibuktikan oleh Thomas Edilson iaitu orang pertama yang mencipta mentol. Beliau merupakan seorang yang cukup gigih dan penyabar. Beliau telah membuat eksperimen demi eksperimen untuk menghasilkan mentol elektrik dan setiap eksperimennya menemui kegagalan. Sehingga pada eksperimen kali ke 2000 baru beliau berjaya menghasikan mentol yang kita gunakan pada hari ini.
Cuba anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya Thomas Edilson berhenti menjalankan eksperimennya pada percubannya untuk kali yang ke 1000
atau pada kali yang ke 1500. Adakah kita akan merasai nikmat menggunakan mentol pada hari ini? Mungkin jawapannya tidak.
Justeru itu kita harus berterima kasih kepada Thomas Edilson kerana kesungguhan dan kegigihan beliau pada suatu waktu dahulu maka kita dapat menikmati hidup dengan disinari cahaya mentol di waktu malam. Nikmat kegagalan demi kegagalan yang telah beliau rasai suatu waktu dahulu telah terbalas dan memudahkan kehidupan manusia sejagat pada hari ini.
Berbalik kepada usaha anda dan juga saya. Cuba anda bayangkan sekiranya kita berhenti daripada usaha anda untuk memperolehi pendapatan melalui internet. Adakah kita berpeluang untuk menjadi jutawan? Jawapannya tentu tidak. Tidak ada jalan singkat bagi sebuah kejayaan. Jadi usaha demi usaha perlu dipergiatkan untuk menjual ”produk anda” bagi menjana pendapatan.
Pergiatkan usaha anda pada hari ini dan jangan berputus asa. Pasti anak-anak dan cucu anda akan berterima kasih kepada anda kerana memberikan mereka merasai kehidupan yang selesa pada suatu hari nanti.
BAB 5
STRATEGI PERNIAGAAN MELALUI INTERNET
Dewasa ini semakin ramai rakyat Malaysia yang menceburkan diri dalam perniagaan internet. Perniagaan internet mampu memberikan anda pendapatan yang lumayan. Dengan syarat anda perlu mengetahui strategi untuk berjaya dalam perniagaan internet.
Melalui internet anda boleh memasarkan perniagaan anda secara berbayar atau percuma. Sebagai permulaan saya syorkan anda memasarkan perniagaan secara percuma terlebih dahulu. Dalam masa yang sama anda perlu mempelajari cabang-cabang perniagaan internet. Setelah anda mahir, baru anda melaksanakan perniagaan internet anda secara profesional dengan mengeluarkan sedikit modal perniagaan.
Untuk membina sebuah perniagaan internet berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai ”Niche Market Research”, ”Search Engine Optimization (SEO)”, ”Product Development”, ”Sales Letter Writing”, ”Web Development”, ”Internet Marketing”, ”Web Credibility”, ”Traffic Generation” dan sebagainya
MEMASARKAN PERNIAGAAN MELALUI INTERNET SECARA PERCUMA
Terdapat beberapa cara yang anda boleh pasarkan perniagaan anda melalui internet secara percuma. Cara pertama anda boleh menghasilkan blog perniagaan anda secara percuma dengan Blogspot.com. Melalui blog anda boleh menghasilkan post-post yang menarik untuk menarik lebih ramai pelayar internet membeli produk anda. Melalui cara ini anda perlu menarik banyak trafik untuk mengunjungi blog anda. Anda perlu mempelajari bebarapa teknik untuk menarik trafik antaranya mempelajari teknik SEO, pemasaran melalui e-mail,
pemasaran melalui laman web sosial seperti facebook, twitter, dan MySpace serta rajin menyertai forum-forum di laman-laman blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Sekiranya anda dapat memberi komen yang memberangsangkan salam ruangan forum, ahli-ahli forum akan mengagumi pengetahuan anda dan secara tidak langsung menarik perhatian mereka untuk mengunjungi blog anda.
Cara yang ke dua, anda boleh juga memasarkan perniagaan melalui laman web pengiklanan percuma seperti di Lelong.my, Mudah.my, e-bay.com, iklantunai.com, 707panduan.com dan bebarapa laman web seumpamanya. Untuk menjual produk anda di laman-laman web pengiklanan percuma ini anda tidak perlu tahu tentang pembinaan laman web. Perkara yang anda perlu tahu adalah strategi pemasaran. Anda perlu tahu cara untuk menarik perhatian pengunjung laman web tersebut untuk membeli produk anda.
Di antara tips yang dapat saya kongsikan di sini adalah dengan memaparkan gambar tercantik produk anda, meletakkan maklumat jualan yang lengkap, meletakkan harga lebih murah daripada harga yang boleh didapati dipasaran, menjual barangan berkualiti, menjual barangan yang sukar untuk didapati.
Perniagaan dalam laman web pengiklanan percuma ini memerlukan anda memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda. Sekiranya pelanggan anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda berikan, pelanggan anda akan menjadi pembeli setia terhadap beberapa produk lain yang turut anda jual.
Antara kesemua laman web pengiklanan percuma ini, saya syorkan anda mendalami cara berniaga melalui e-bay. Terdapat beberapa orang rakan saya menjana pendapatan sehingga RM 2000 sebulan dengan hanya membeli jam tangan dari negara lain dan menjualkannya kembali jam tangan tersebut kepada pembeli dari negara lain dengan hanya menjalankan urusniaga melalui
bay.com. Sekiranya anda berhasrat untuk mendalami ilmu perniagaan dalam e-bay.com saya syorkan anda melayari laman-laman web berikut:
Rahsia Sifu e-bay (Klik Di Sini)
Sumber Produk Ebay (Klik DI Sini)Teknik Menjalankan Perniagaan Di ebay 100% automatik
Selain itu anda juga boleh mendapatkan pendapatan dengan menyertai beberapa perniagaan internet percuma seperti program pengiklanan dan program Affiliate.
Contoh Program Pengiklanan Yang Boleh Disertai
- Google Adsense - Text-Links-Ads - Bidvertiser - Nuffnang - Advertlets
Contoh Program Affiliate Yang Boleh Anda Sertai
- Clickbank
- Commision Junction - PayDotCom
- Amazon.com
- Mempromosikan produk atau e-book orang lain dan mendapat komisyen bagi setiap jualan
MEMASARKAN PERNIAGAAN MELALUI INTERNET SECARA BERBAYAR
Setelah anda mahir dalam teknik memasarkan perniagaan melalui internet secara percuma, kini kita beralih kepada teknik berbayar. Melalui teknik berbayar akan menambahkan keyakinan orang ramai terhadap perniagaan anda.
Perniagaan anda akan kelihatan sebagai sebuah perniagaan yang profesional dengan mengaplikasikan teknik berbayar.
Sebut sahaja perniagaan di internet sudah pasti kita membayangkan laman web. Untuk memastikan perniagaan laman web anda diyakini anda perlu membeli domain sendiri dan menyewa tapak laman web atau dikenali sebagai ”web Hosting” Nama domain biasanya dijual pada harga antara RM30 sehingga RM50 setahun bergantung kepada nama belakang domain yang hendak digunakan samada ”.com”, ”.my”, ”.edu.my”, ”.com”, ”.com.my” dan sebagainya.
Harga bagi sewaan web hosting pula adalah di sekitar RM60-RM200 setahun bergantung kepada spesifikasi yang ditawarkan oleh pemilik syarikat-syarikat web hosting. Sekiranya anda berminat untuk membeli domain dan menyewa web hosting, saya syorkan anda pergi ke mana-mana satu laman web seperti Link di bawah.
Daftar Domain dan Web Hosting di ecommercematry.com Daftar Domain dan Webhosting di NetKL.com
Daftar Domain dan Web hosting di Mercumaya.net Daftar Domain dan Webhosting di Jomhost.com Daftar Domain Dan Webhosting di Sempoi hosting.com
Kesemua laman web di atas menyediakan perkhidmatan menjual domain dan menyewa web hosting dengan harga yang berpatutan yang memberikan lebih nilai untuk wang anda. Tetapi harus anda ingat, anda perlu mencatatkan masa anda mendaftar dan bila masa luput bagi domain dan sewaan web hosting anda. Sekiranya anda terlupa dan tidak memperbaharui bayaran tahunan anda, kemungkinan kontrak anda akan ditamatkan oleh penyedia laman web dan web hosting. Kesudahannya nama domain perniagaan dan web hosting akan dilelong. Dan amat merugikan anda sekiranya anda meraih pendapatan yang lumayan dengan nama domain tersebut.
Setelah anda membangunkan laman web perniagaan anda, anda perlu menarik trafik (pengunjung) ke laman web anda. Lebih banyak pengunjung datang ke laman web anda lebih berpotensi untuk anda meraih pendapatan. Anda boleh menarik trafik datang ke laman web anda secara percuma melalui menyertai ruangan forum di mana-mana laman web/blog, bertukar link laman web dengan rakan, menyediakan program affiliate di laman web anda, memasarkan produk di portal perniagaan seperti e-bay.com, mudah.com, lelong.com dan meletakkan domain laman web anda pada iklan tersebut serta menyertai laman web sosial seperti friendster, twitter dan Myspace. Disamping itu anda juga perlu mempunyai key-word yang dicari oleh ramai orang di laman web anda. Untuk mengenalpasti key word tersebut anda boleh menyemaknya di beberapa enjin pencarian seperti google.com, cari.com, yahoo.com dan seagainya.
Salah satu teknik menarik pengunjung yang menguntungkan adalah dengan membuat pengiklanan berbayar di google adwords dengan kos serendah RM 0.10-RM1 per klik. Kos tersebut anda perlu tetapkan bergantung kepada badjet ke atas pengiklanan yang mampu anda keluarkan. Semakin tinggi harga yang anda mampu bayar semakin kerap iklan anda dikeluarkan dan semakin tinggi kedudukan laman web anda dalam ”rangking” pengiklanan. Kebiasaannya iklan anda akan muncul di laman web google.com, di laman-laman web dan laman-laman blog yang mendaftar sebagai penerbit iklan dengan syarikat google.com
Jadi secara tidak langsung bila pengunjung-pengunjung internet melawat mana-mana laman web atau blog yang mempunyai niche area yang hampir sama dengan laman web anda mereka akan terpandang iklan anda. Bagi mereka yang mengklik iklan tersebut, mereka akan dibawa ke laman web anda.
Selain teknik yang kita bincangkan di atas anda juga boleh menggunakan teknik berbayar melalui kuasa pemasaran e-mail. Untuk berjaya dalam teknik ini anda perlu memberi hadiah atau bonus kepada pengunjung laman web anda dengan syarat mereka mendaftar nama dan e-mail di laman web anda. Teknik ini dikenali sebagai teknik ”autoresponder” dimana setiap email yang didaftarkan oleh pengunjung di laman web anda, ianya akan disimpan dalam ”database”.
Kemudian anda hanya perlu membuat follow up dengan menghantar e-mail pemasaran perniagaan anda kepada senarai e-e-mail tersebut. Paling menarik ianya dilakukan secara aoutomatik. Tidak kira berapa banyak pun senarai e-mail yang anda berjaya kumpul samada 1,000, 5,000, 10,000 dan sebagainya sistem akan menghantar secara outomatik kepada semua senarai email tersebut.
Tugas anda adalah mudah iaitu hanya menyediakan bonus percuma samada e-book, laporan, kupon jualan diskaun, dan sebagainya. Langkah seterusnya anda perlu menyiapkan beberapa siri e-mail promosi untuk disetkan dalam ”outoresponder” anda.
Biasanya pakar-pakar perniagaan internet menyediakan sekurang-kurangnya 5 siri e-mail promosi yang disetkan ke dalam ’outoresponder’ mereka. E-mail promosi ini akan dihantar secara berturutan mengikut minggu (bergantung kepada apa yang anda setkan dalam ”outorsponder”). Sebagai contoh anda mempunyai 10,000 senarai e-mail. Pada minggu pertama 10,000 prospek akan menerima e-mail promosi pertama anda. Daripada 10,000 tersebut anda mempunyai 1% pembeli (100 orang). Kemudian e-mail promosi kedua akan menyusul pada minggu berikutnya ke atas 9,900 senarai e-mail yang tidak membuat pembelian semasa e-mail promosi pertama dihantar. Daripada senarai e-mail tersebut 99 orang (1%) membeli produk anda, dan ianya berterusan sehingga e-mail yang ke 5. Cuba anda bayangkan jualan yang mampu anda raih
dengan teknik ini. Sekiranya anda mampu menjual satu produk dengan harga RM50, anda mampu meraih pendapatan sebanyak RM25,000 dengan hanya mempunyai 5% (500) pembeli daripada 10,000 senarai e-mail dalam simpanan anda.
Kenapa anda memerlukan ”Autoresponder” untuk berjaya dalam perniagaan internet? Dalam perniagaan internet anda perlu membekalkan maklumat secukupnya kepada prospek anda sebelum mereka membuat pembelian. Semasa prospek anda mengunjungi laman web anda, mereka hanya membuat ”survey” ke atas produk anda. Jadi anda perlu ”Follow-Up” prospek anda berkali-kali untuk memberi maklumat selanjutnya tentang produk anda disamping mengingatkan mereka untuk membeli produk anda.
Pada ketika e-mail pertama dihantar, prospek anda tidak membeli produk anda mungkin disebabkan tidak cukup wang atau tiada masa untuk membuka e-mail. Jadi inilah gunanya penghantaran e-mail secara berturutan bertujuan untuk mengingatkan prospek anda sekiranya mereka lupa tentang produk anda. Jadi tanpa outorespoder saya rasa pasti sukar untuk anda melakukuan teknik berikut iaitu menghantar e-mail berkali-kali kepada 10,000 senarai e-mail anda.
Terdapat 2 ”Outoresponder” yang dapat saya syorkan kepada anda iaitu ”getresponse” dan ”aweber”. Anda boleh membuat semakan tentang harga dan maklumat selanjutnya berkenaan ”autoresponder” di laman-laman web berikut:
dapatkan Autorespoder di aweber.com Dapatkan Aotoresponder di getresponse.com
Informasi Sejenak
Ramai usahawan internet telah menjadi jutawan hanya bekerja secara sambilan dari rumah.
________________________________________________________________ Statistik penggunaan internet terkini
Di dunia:2 billion Di Eropah: 475.07 juta
Di Amerika Syarikat: 409.3 juta Di Asia: 835.09 juta
Di Indonesia: 30 juta Di Malaysia:16.9 juta
Dan pengguna internet di seluruh dunia meningkat sehingga 200% setiap tahun. ________________________________________________________________
Kebanyakan orang hanya tahu menggunakan internat, tetapi tidak tahu cara menjana pendapatan melalui internet. Cuba anda bayangkan pendapatan yang anda perolehi sekurang-kurangnya RM1 daripada 1 juta pengguna internet.
Sudah pasti anda juga berpeluang untuk menjadi Jutawan
SOALAN CEPU EMAS
Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai adakah anda boleh mendapatkan 1 juta pengunjung ke kedai anda?
Jawapannya adalah mustahil Melainkan kedai anda terletak kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti KLCC, KLIA, Berjaya Time Square, City Square dan beberapa pasaraya terkemuka sahaja. Tetapi dengan kedai ‘online’ anda iaitu internet segalanya tidak lagi mustahil.
5.1 STRATEGI
MEMBELI
BARANG YANG MAHAL DAN
MENJUALKANNYA SEMULA DENGAN HARGA YANG
LEBIH MAHAL
Terdapat beberapa orang rakan-rakan saya telah mendapat untung sehingga ribuan ringgit sebulan melalui perniagaan di internet tanpa mempunyai laman web dan tanpa mempunyai pengetahuan untuk membangunkan laman web. Mereka hanya mempunyai sebuah blog percuma yang dibangunkan dengan blogspot.com. Saya bertanya kepada mereka apakah rahsia kejayaan mereka sehingga dengan begitu mudah memperolehi pendapatan secara sampingan yang lumayan diinternet.
Hampir kesemua mereka menggunakan strategi yang sama iaitu Strategi membeli barang yang mahal dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih mahal. Barang-barang tersebut biasanya mereka dapati melalui laman web pengiklanan percuma seperti di Lelong.com.my, Mudah.my, dan e-bay.com. Kemudian mereka menjualkannya kembali ke laman-laman web berikut dengan harga yang lebih mahal.
Contohnya seorang rakan saya membeli sebuah jam koleksi daripada seorang penjual di e-bay.com dengan harga RM1000. Kemudian setelah barang tersebut diperolehi, beliau mengambil gambar jam tersebut, dan mengedit gambar tersebut dan mengiklankannya dengan sangat menarik. Iklan yang dihasilkan menjadikan jam tersebut kelihatan sangat menarik dan eklusif. Seterusnya beliau menjualkannya kembali di laman-laman web yang saya sebutkan di atas dengan harga RM1,600. Beliau berjaya menjual jam tersbut dalam masa 1 minggu selepas ianya diiklankan. Malah pernah juga terdapat beberapa barangan lain yang berjaya dijual dalam masa 1 hari sebaik sahaja ianya diiklankan. Sungguh menguntungkan.
Untuk anda berjaya dalam teknik ini anda perlu mengenal pasti barang-barang yang kuantitinya sedikit di pasaran tetapi mempunyai permintaan yang tinggi. Berbaloi ke atas wang anda sekiranya anda membuat pembelian barang-barang tersebut kerana harganya akan menjadi semakin mahal dari masa ke semasa. Antara barang-barang yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti senarai berikut:
• Jam Koleksi
• Barang-barang antik
• Kereta koleksi (bukan kereta biasa) • Seramik antik
• Permaidani
• Barang kemas, lukisan atau batu antik. • Setem, wang syiling atau wang kertas lama
Kebanyakan barang-barang dalam senarai ini digilai oleh ramai orang. Terdapat orang-orang tertentu dari kalangan golongan berada yang meminati barang-barang dalam senarai di atas. Golongan ini biasanya tiada masalah ke atas wang mereka. Dan mereka cuba untuk mencari barang yang unik dan istimewa untuk dimiliki bagi memenuhi kepuasan mereka. Semakin sukar barang-barang tersebut didapai semakin tinggi nilainya. Sebagai contoh sebuah lukisan yang berusia ratusan tahun seperti lukisan potret Monalisa. Potret tersebut boleh dijual sehingga nilai satu billion ringgit disebabkan hasil lukisannya yang menarik dan terlalu sukar untuk didapati (Hanya ada satu sahaja yang asli). Tetapi contoh yang saya beri ini tidaklah realistik untuk anda laksanakan. Cukuplah sekadar contoh sahaja ;)
Jadi ada beberapa barang dalam senarai di atas yang boleh anda ’survey’ di talian internet untuk dibeli dan dijualkan semula. Selain itu anda juga boleh mencari barang-barang terpakai yang masih elok samada di rumah ayah anda, rumah sanak saudara atau rumah atuk anda. Cuba cari barang-barang antik dan
iklankan barangan tersebut di portal perniagaan percuma seperti e-bay.com, mudah.my dan lelong.com. Pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. Seorang rakan saya pernah menjual piring hitam lagu elvis pallesly yang dijumpai semasa mengemas rumah yang baru dibeli.
Pada mulanya beliau berhasrat untuk membuang barang tersebut disebabkan beliau tiada pemain piring hitam. Tetapi atas nasihat seorang rakan yang lain, beliau telah mengiklankan barang tersebut dalam e-bay.com. Dalam masa 2 minggu ianya diiklankan, ada pembeli dari luar negara berminat untuk membeli piring hitam tersebut dengan harga yang tinggi. Jadi, rakan saya dengan senang hati menjual barang tersebut. Lihat! Tanpa mengeluarkan sebarang modal, rakan saya telah mendapat wang dengan mudah.
Walaupun secara asasnya, anda perlu menjual barang dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran semasa menjual di laman web pengiklanan percuma seperti e-bay, lelong dan mudah.my. Namun bagi kes-kes menjual barang-barang tertentu seperti yang dibincangkan di atas anda boleh menjualnya dengan harga yang mahal tetapi berbaloi untuk wang pembeli.
Untuk melipat gandakan kejayaan anda dalam teknik ini, anda juga perlu menimba ilmu bagaimana untuk memasarkan barangan anda sehingga ianya terjual. Jadi, sekiranya anda berminat saya syorkan anda mengunjungi laman web berikut untuk mempelajari teknik pemasaran yang betul untuk meraih keuntungan semasa menjual di laman web mudah.my. Selamat mencuba..
BAB 6
STRATEGI JUTAWAN MELALUI PERNIAGAAN GAYA POS
Untuk meraih kejayaan dalam perniagaan melalui pos anda perlu mengetahun niche area untuk produk anda. Sebagai contoh jika produk anda tentang masakan, anda perlu memasarkan produk anda ke dalam majalah-majalah masakan seperti Saji, Mingguan Wanita, Majalah Wanita dan sebagainya. Bagi produk yang berunsur kecantikan seperti produk pelangsingan badan anda boleh memasarkan produk anda di majalah yang kebanyakan pembacanya adalah dari kalangan kaum wanita seperti Majalah Wanita, Mingguan Wanita, Pa & Ma, Harmoni, dan sebagainya.
Saya syorkan anda menggunakan kedua-dua medium pengiklanan iaitu melalui majalah/akhbar dan internet. Ini kerana pada masa ini ramai orang telah mula sedar tentang kepentingan penggunaan internet. Tetapi ada juga sebilangan besar masyarakat kita yang tidak arif menggunakan internet tetapi membaca majalah dan suratkhabar. Jadi, saya syorkan anda mencuba untuk mendapatkan prospek daripada kedua-dua medium pengiklanan ini.
Untuk mengiklankan perniagaan anda melalui akhbar/majalah, anda perlu membayar kos pengiklanan. Kos pengiklanan bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh akhbar/majalah tersebut. Bagi akhbar/majalah yang mempunyai ramai pembaca semakin mahal kos pengiklanan yang dikenakan oleh pihak syarikat. Antara akhbar/majalah yang top boleh anda iklankan ialah:-
a. Mingguan Wanita ~ 300,000 pembaca (RM189 untuk 2 minggu) b. Mingguan Perdana ~ 40,000 pembaca (RM90 seminggu)
c. Bacaria ~ 30,000 pembaca (RM90 seminggu)
d. Mingguan Misteri ~ 20,000 pembaca (RM200 4 minggu) e. Sensasi ~ 10,000 pembaca (RM60 seminggu)
f. Mingguan Malaysia – 1.5 juta pembaca g. Berita Harian – 1 juta pembaca
h. Mingguan Metro – 800 ribu hingga 1 juta pembaca
Sila beli akhbar/majalah di atas dan lihat di pada ruangan iklan di untuk makluman terkini. Tuliskan iklan anda disehelai kertas, dan poskan bayaran dengan wang pos.
Jika anda perhatikan kebanyakan akhbar tidak meletakkan harga untuk kos pengiklanan mereka. Anda perlu menghubungi mereka untuk mengetahui harga tersebut. Jika kita lihat dalam senarai di atas kebanyakan akhbar mempunyai pembaca lebih ramai daripada majalah. Disebabkan itu kos untuk membuat pengiklanan di akhbar biasanya lebih tinggi daripada majalah.
Walaupun anda mengiklankan perniagaan anda di majalah, anda tidak perlu khuatir akan kekurangan prospek. Kebiasaannya pembaca akhbar akan membuang, menggunakannya sebagai alas atau menjual di kedai kitar semula surat khabar yang telah mereka baca. Jadi kebanyakan pembaca akhbar tidak sempat untuk melihat iklan anda disebabkan mereka akan mendapatkan akhbar yang baru pada keesokan harinya dan meninggalkan akhbar pada hari sebelumnya. Jadi walaupun pembaca akhbar lebih ramai daripada pembaca majalah belum tentu anda akan mendapat respon/prospek yang lebih ramai daripada pembaca akhbar.
Bagi pembaca majalah pula walaupun kuantiti pembacanya sedikit, tetapi majalah biasanya akan disimpan dan dibaca berulang kali. Jadi sekiranya pada